You are on page 1of 1

Perkara 164, menyentuh mengenai mengalakkan penghasilan dan pembelian barangan

tempatan. Di bawah perkara ini, 4 inisiatif telah dilaksanakan, antaranya, peruntukkan Rm 150 juta
bagi program latihan dan bantuan penjualan secara digital kepada 100 ribu usahawan tempatan
untuk beralih kepada perkhidmatan digital di bawah kempen e-Dagang PKS dan PKS. Seperti yang
sedia maklum, industri PKS yang didominasi oleh usahawan tempatan adalah salah satu industri
yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Ada di antara mereka yang sebelum ini membuka
kedai, terpaksa menutup kedai akibat pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malahan, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, di kebanyakkan negeri,
waktu operasi mereka hanyalah sehingga 10 malam. Syarat-syarat yang dilaksanakan ini tentulah
telah menimbulkan pelbagai kesan kepada industri PKS, antaranya, menjejaskan pendapatan
mereka. Dengan inisiatif yang dilaksanakan ini, usahawan tempatan akan terdedah kepada platform
e-Dagang, iaitu melaksanakan perniagaan secara atas talian. Program latihan yang disediakan,
pastinya akan menyedarkan usahawan tempatan mengenai kebaikan e-Dagang, antaranya
menjimatkan wang dan masa. Selain itu, usahawan tempatan dapat menjimatkan wang dengan
bantuan peralatan digital yang disediakan oleh kerajaan. Kesimpulannya, inisiatif ini banyak
membantu usahawan tempatan.

You might also like