You are on page 1of 2

MINGGU KEDUA (2)

TARIKH : 28 Januari 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, saya sedikit sebanyak telah mula menyesuaikan diri untuk
mengajar subjek Matematik mengikut tahap murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar telah
diadakan. Walaubagaimanapun, ada seorang murid yang kadang-kala tidak mahu
memberikan kerjasama yang baik yang akhirnya mempengaruhi murid-murid lain untuk
turut sama tidak minat untuk belajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran kadang-kala terganggu dan lebih memburukkan keadaan, tumpuan
kumpulan lemah turut terjejas. Justeru menyebabkan pengurusan masa saya tidak
berjaya diuruskan dengan tepat.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran yang kadang-kala didominasi oleh
murid yang agak bijak diantara mereka semua menyebabkan emosi pelajar terbabit
terganggu. Murid bermasalah merasakan guru lebih memberi perhatian kepada murid
yang pandai dan seterusnya murid mula membuat pelbagai ragam untuk tidak memberi
tumpuan kepada pengajaran yang dijalankan dan seterusnya bertindak bermain dengan
kumpulan lemah dan cuba menghasut murid lain agar memulaukan murid yang pandai.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi memastikan pengajaran yang lebih berkesan, saya perlu memastikan


pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan agar tidak ada
ruang untuk pelajar tersebut membuat pelbagai ragam disamping pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dan menarik bagi kedua-dua kumpulan
tersebut. Saya tidak boleh membuat pengajaran yang bersifat persaingan antara
mereka kerana akan mengubah emosi pelajar yang sederhana dan lemah.

Saya perlu bijak memainkan peranan dalam memastikan P&P dapat berjalan
dengan lancer. Saya perlu memastikan emosi mereka baik sebelum meneruskan P&P
disamping bersikap lebih prihatin dalam menarik minat dan perhatian mereka untuk
belajar dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran P&P kelak.

Bagi memastikan perkara tidak berulang, saya perlu bersikap tegas supaya
pelajar tidak melawan dan mendengar arahan.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memastikan setiap aktiviti yang
dijalankan dalam P&P perlu tepat dengan waktu yang diperuntukkan agar mudah bagi
saya untuk mengawal keadaan kelas dan tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan sentiasa meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru
pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh memperbaiki kelemahan dari
semasa ke semasa.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba lebih peka dalam memahami tingkah laku setiap pelajar dan akan cuba
untuk memperbaiki tingkah laku mereka kearah yang lebih baik.

You might also like