You are on page 1of 2

PANDUAN MENULIS RINGKASAN

BAHASA MELAYU PT3

a) Murid akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk


diringkaskan.

b) Petikan tersebut sekitar 220 hingga 300 patah perkataan.


Contoh: … tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan permainan
tradisional.

c) Murid perlu meringkaskan isi-isi yang berkaitan dengan kepentingan


permainan tradisional sahaja.

d) Murid diminta menggaris kata kunci yang diberi dan fahami maksud kata
kunci tersebut.

e) Contoh kata kunci yang mungkin dikemukakan dalam soalan


ringkasan termasuklah :

- sebab-sebab /faktor-faktor /punca-punca


- kesan-kesan /implikasi /impak
- kepentingan /kebaikan /faedah
- keburukan /kelemahan
- kekangan /masalah /halangan
- tugas /peranan /tanggungjawab
- langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara

f) Kemudian, murid diminta membaca petikan dengan teliti dan menggaris


ayat-ayat yang merupakan isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan.
Nomborkan setiap isi yang telah digaris.

g) Murid tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang


diulang atau membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

h) Murid diminta menjawab dalam satu perenggan sahaja. Panjang


ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan sahaja.

i) Murid mesti mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi tetapi calon


digalakkan mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan tidak
melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.

j) Murid dikehendaki mengemukakan satu isi dalam satu ayat sahaja


dengan menggunakan ayat yang gramatis. (5/6 isi = 5/6 ayat).  Ayat-ayat
yang dibina haruslah ringkas, tepat dan padat.

k) Murid perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk


PANDUAN MENULIS RINGKASAN
BAHASA MELAYU PT3

menunjukkan kesinambungan ayat dalam ringkasan.

l) Murid perlu menggunakan ayat sendiri yang bermaksud ayat yang tidak
disalin bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga akhir. Maksudnya
ialah tiada perubahan perkataan, pengguguran atau penggantian
perkataan dibuat.

m) Menggunakan ayat sendiri bukan bermaksud pelajar mesti melakukan


perubahan seperti pengguguran perkataan atau penggantian perkataan
atau penukaran satu atau lebih perkataan dengan perkataan lain yang
difikirkan sesuai. Sebenarnya dalam jawapan ringkasan pelajar tidak
digalakkan menukarkan kata kunci jawapan kepada perkataan lain
kerana hal ini mungkin akan mengubah maksud asal pertikan dan sudah
tentu akan menyusahkan guru atau pemeriksa.

n) Murid tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri.

Rangka Ringkasan

….…………………….(Kata tugasan) ialah /adalah ………………….(Isi pertama).


Selain itu, ………………………………(Isi kedua). Seterusnya, ………………………………(Isi
ketiga). Selanjutnya, ………………..(Isi keempat). Akhir sekali, ………………….(Isi
kelima)….

(80 hingga 100 patah perkataan) 

You might also like