You are on page 1of 38

,I

(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)

ffiffi% re x reffiffiffi
sEeru ffieffi ffi pffi ffi ti EW&h€&&fi Kffi ffi&ruffi se&ru
ffi&ffi8 pffiffiffi$w$&ffi&ru Kffis ffiffitruffi&ffi
ffi&TT# ffi&ft\H ffiHJ& YEruffiK&Y

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA CIDB


Agensi Penyediaan Standard MALAYSIA
STANDARD PERUMAHAN KEBANGSAAN
BAGI PERUMAHAN KOS RENDAH
SATU DAN DUA TINGKAT

CIDB
MALAYSIA

@
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbtan

Standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah satu


dan dua tingkat.
(Construction rndustry standard ; ClSl : 1998)
lsBN 983-40002-0-0
1. Construction industry--Standards--Malaysia. 2. House
construction--Standards--Malaysia. 3. Single story houses--
Standards. l. Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan
Malaysia. ll. Srri.
690.80218

*
Standard ini disediakan oleh Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia sebagai Standard
lndustrt Pembinaan (Construction lndustry Standard) melalui perlantikan Lembaga Pembangunan
lndustri Pembinaan Malaysia sebagar Agensl Penvediaan Standard (SWO) oleh SIRIM Bhd. pada 22
April 1997.

Standard ini diluluskan oleh Jawatankuasa Texnikal Standard Perumahan yang ditubuhkan oleh
Lembaga Pembangunan lndustri Pembtnaan Maiays a cagi menyediakan standard - standard bagi sektor
perumahan.

LembagaPembangunanlndustriPembinaanMalaysia ngnmenankperhattanbahawafakta{aktayang
terdapat dalam standard ini tidak semestinya mengandungr segala keperluan kontrak pembinaan.

Standard initerlakluk kepada kajian semula berkala mengikut perkembangan semasa industriperumahan.
Segala cadangan untuk memperbaiki akan direkod dan dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa yang
berlanggungjawab bagi mengkaji semula standard yang dirujuk.

Penyediaan Standard ini merujuk kepada:

Rujukan Jawatankuasa : CIDB / SWO - TC 1 / WG 1

Rujukan Fail : LPPIM:PT/USQi09/12

Segala komen yang dicadangkan hendaklah dihantar kepada urusetia yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia


Bahagian Pembangunan Teknologi
Unit Standard dan Kualiti
Tingkat 15, Menara Dato Onn, PWTC
45 Jalan Tun lsmarl,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 603 441 4311
Faks : 603 445 4272 I 443 3172
http : //www.cidb.gov.my

Perubahan yang dibuat setelah diterbitkan

Bil. Perubahan Tarikh dikeluarkan Pembetulan yang dibuat

(i)
PRAKATA

Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia ( CIDB ) adalah sebuah badan siahrtod yarg
ditubuhkan melalui Akta Parlimen iaitu Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan
Malaysia)yang telah diwartakan pada bulan Julai 1994. Lembaga initelah mula beroperasipada thb.
Disember 1994.

Salah satu fungsi lembaga ini seperti yang termaktub di bawah subsekysen 4(1) Akta 520 adalah untuk
menggiatkan penstandardan dan peningkatan teknik serta bahan binaan dalam industri pembinaan.
CIDB telah di lantik sebagai Agensi Penyediaan Standard (Standards Writing Organisation) pada 22 April
1997 oleh SIRIM Berhad bagi membangunkan standard - standard untuk sektor pembinaan.

Skop perlantikan ini adalah bagi menyediakan standard nasional iaitu Standard Malaysia (MS) dan
standard industri iaitu Standard lndustri Pembinaan .(ClS)

Standard ini telah disediakan oleh kumpulan kerja Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perurnahan
Kos Rendah Satu dan Dua Tingkat yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perumahan-

Penyediaan standard ini adalah berpandu kepada Garis Panduan Rumah Kos Rendah Satu dan Dua
Tingkat (kecuali rumah pangsa)yang diterbitkan oleh Kementerian Perumahandan KeraiaanTempatan.

(ii)
Perwaki lan Jawatankuasa

Perwakilan kepada Jawatankuasa adalah terdiri daripada individu - individu yang mewakili Kementerian - Kementerian, Badan -
badan Berkanun, lnstitusi - lnstitusi Pengajian Tinggi, Pertubuhan - Pertubuhan lkhtisas dan Persatuan - Persatuan berikut:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Kementerian Kerja Raya
Kementerian Tenaga dan Pos
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dalam Negeri
SIRIM Berhad
U niversiti Teknologi l\,4alaysia
Pertubuhan Arkitek Malaysia
Pertubuhan Perancangan Malaysia
Persatuan Pemalu Perumahan Malaysia
lnstitut Jurutera Malaysia
Persatuan Perunding Jurutera Malaysia
Persatuan Pemborong Binaan Malaysia

Jawatankuasa Teknikal bagi Standard Perumahan Kebangsaan diwakili oleh:

lr. Sim Gan Poh (Pengerusi) Jabatan Perumahan Negara


En.Lokman b. Darus / En.lsmail b. Sharifl (Setiausaha) CIDB
Salleh
En. Nordin b. Mohd Jabatan Kerajaan Tempatan
Yahya
Pn. Norasiah bt. Jabatan Perancang Bandar dan Desa
En. N.Marimuthu Persatuan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Prof. Madya Noor Sharipah bt. Sutan Sidi / Dr. Nooraini bt. Yusoff Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia
Hashim
Pn. Khatijah bt. SIRIM Bhd.
En. Chong Lee Siong Pertubuhan Arkitek Malaysia
Dr. Muhamad b. Nong Pertubuhan Perancangan Malaysia
En. Lee Yee Kuang Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia
lr. Toh Hock Choon Persatuan Perunding Jurutera Malaysia
Salleh
En. Azlan b. Mohamed Persatuan Pemborong Binaan Malaysia
/
lr.Mohamed b. Mohd.Nuruddin CIDB
En. Megat Kamil Azmi b.Megat Rus Kamarani

Kumpulan Kerja yang terlibat dalam penyediaan Standard Perumahan Kebangsaan Kos Rendah
bagi Rumah Pangsa ialah:

Pn. Dang Anom bt. Md. Zin (Pengerusi) Jabatan Perumahan Negara
En. Chow Wah i En. Ahmad Fahmi b. AbdGhaffar Jabatan Perumahan Negara
(Setiausaha)
En Lokman b. Darus / En.lsmail b. Sharifl CIDB
En. Amir b. lsmail Jabatan Kerajaan Tempatan
lr. Chin Wei Choong / En.Kamalaldin b. Abdul Latif Jabatan Kerja Raya
Pn. Norasiah bt. Yahya /Pn. Jamariah bt. lsam Jabatan Perancang Bandar dan Desa
En. Mustapah b. Aris Jabatan Landskap Negara
En. Yusni b. Hj.Yaakob Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
En. Mohd. Ali b.Rashidi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas
Salleh
En.Razali Aw. b. Mat Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sulaiman
Prof . Madya Ahmad Bashri b. Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
En. Lee Yee Kuang Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia
En. Tan Hoh You, Peter lnstitut Jurutera Malaysia
Wahab
Y. Bhg Dato Abdullah Bakri b. A. Pertubuhan Arkitek Malaysia
/
lr.Mohamed b. Mohd.Nuruddin CIDB
En.Megat Kamil Azmi b. Megal Rus Kamarani

(ii i)
KANDUNGAN

0. Pendahuluan
1. Skop
2. Definisi

BAHAGIAN 1: STANDARD PERANCANGAN

1. Skop
2. Kerja - Kerja Tanah
3. Keluasan Lantai
4. Saiz Lot Unit Kediaman
5. Anjak Undur Bangunan
6. Lorong Belakang
7. Laluan Utama Ke Lot-Lot Kediaman
8. Sistem Rangkaian Jalan
9. SistemRetikulasiAir
't0. SistemPembetungan
1 1. Keperluan Pencegahan Kebakaran
12. Ruang Letak Kereta
13. Kemudahan Sosial dan Kemasyarakatan
14. Kemudahan Elektrik
15. Landskap

BAHAGIAN 2: STANDARD REKA BENTUK

1. Skop
2. Susun Atur dan Reka bentuk Bangunan
3. Sistem Bekalan Air Dalaman
4. Pemasangan Elektrik
5. Pendawaian Dalaman Bagi Telefon
6. Sistem Rangkaian Jalan 2,
7. Sistem Saliran 27
8. Sistem Pembetungan 27

Lampiran
CIS 1 : 1998

STANDARD PERUMAHAN KEBANGSAAN


BAGI PERUMAHAN KOS RENDAH SATU DAN DUA TINGKAT

O. PENDAHULUAN

Standard Perumahan Kos Rendah yang seragam adalah perlu bagi mempastikan pembangunan
perumahan kos rendah yang lebih sempurna dan komprehensif. Standard ini adalah untuk memberi
kesan yang memuaskan terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan
alam persekitaran terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Standard ini adalah untuk digunapakai bagi perancangan semua projek pembangunan Perumahan Kos
Rendah yang merangkumi projek-projek sektor awam dan sektor swasta di Malaysia.

Perumahan Kos Rendah merangkumi rumah-rumah teres, berkembar, berkelompok dan sesebuah yang
tidak melebihi dua (2)tingkat.

Semua reka bentuk hendaklah mematuhi semua kehendak Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, termasuk pindaan terkini.

Standard ini mengambil kira empat parameter sebagai skop dan asas penentuan Standard iaitu:

0.1 Keselamatan

Perhatian diberi kepada keselamatan individu dan harta benda serla penekanan kepada
keperluan fizikal sepefii penyediaan ruang-ruang dan laluan keluar
/ masuk yang mencukupi
di masa kecemasan, penentuan jarak minimum di antara bangunan-bangunan dan jalan
keluar / masuk pilihan ke blok-blok kediaman.

0.2 Kemudahan lnfrastruktur Yang Lengkap

Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang perlu ada bagi setiap skim perumahan ialah
seperlijalan keluar/masuk yang mencukupi, sistem saliran, bekalan elektrik, sistem pembetungan,
sistem pembuangan sampah, lampu-lampu jalan yang mencukupi, perkhidmatan telekom,
dan lain-lain kemudahan awam. Dengan perancangan yang teliti kesemua kemudahan
dapat disediakan melalui penggunaan tanah yang optimum tanpa menjejaskan kualiti kemudahan
yang disediakan.

0.3 Kesihatan Mental Dan Fizikal

Keperluan asas yang perlu bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal ialah reka bentuk ruang
unit-unit kediaman yang menitikberatkan keselesaan penghuni dengan penekanan kepada
pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta keluasan lantai yang bersesuaian.
Kawasan lapang yang cukup untuk kemudahan fizikaldan rekreasiterutamanya bagi belia dan
kanak-kanak juga perlu diadakan.

Perancangan f izikalsetiap skim perumahan perlu memberi perhatian kepada susun atur unit-unit
kediaman supaya penghuni mendapat privacy serta langkah-langkah perlu bagi mengurangkan
pencemaran udara, bunyi bising, bau busuk, kesesakan dan lain-lain.
-
CIS 1 : 1998

0.4 KesihatanMasyarakat

lndividu tidak boleh hidup tanpa interaksi scs a :a. ekonomi di dalam masyarakat. Perhatian yang
khusus perlu diberikepada keadaan perseK:a'a' -asvarakat. Kemudahan sosialdalam kawasan
perumahan seperti kedar, sekolah, kemuda.:- i:-::Taan, kemudahan kesihatan dan lain-lain
hendaklah disediakan dengan sempurna la^ -3-:-{-: r:- <esejahteraan masyarakat.

0.5 Standard ini disediakan berdasarkan enam (6) obielctif berikut:

0.5.1 Mewujudkan keseragaman dalam penca- _:--z- =='-* ='a' ' -= =:-::-
0.5.2 Membantu pihak-pihak sektor a\n/an'aa- s,',',s:a .=-:'=' -='-a-::'-::::.:- :':s:>
perancangan dan penyediaan pelan-3e a- : za :' -.a' )=' --=-=-' -= ==-:a-

0.5.3 Memudah dan mempercepatkan Pthak Ber<uasa -l-e-:a:a- -:-:-::=: :: .-':. z' ,1-i
dikemukakan untuk kelulusan.

0.5.4 Membantu mengurangkan kos pembangunan Q'..e<, ?='--i'z- ' -: ==- l-- :a^pa
menjelaskan kualiti rumah dan kemudahan ltzi ka sela < - a'. 2 2-- : :-::r : a -= - = =' - - aran
Kos Rendah

0.5.5 Mempertingkatkan kualiti rumah dan kemudaha. '2., :a-z - -a ' 1:- :='s3(taran
Perumahan Kos Rendah.

0.5.6 Membantu membentuk suasana dan perse'<'.a'a' ,?'). --I-:' -- -" -::'='s sesama
penduduk dan diantara penduduk dan ala,'. se< :a'

1. SKOP

Standard ini dibahagikan kepada dua bahagian.

1.1 StandardPerancangan

Standard perancangan tni memberi penekanar <aca:z s.a-t:'l-:::':)-': ;-- _: --a'- ::a:.lhi
untukperancangankawasanperumahanDag:rc-;'z= .z's-:-- =.-"=:'' .:-I -:'=: s3esa
dan selamat demi kesejahteraan penghunrnya

1.2 Standard Reka Bentuk

Standardrekabentukini memberi penekana'- \..=)= s::-ta'l-::a'1?'a,a']ce' -l:a:-- :al


mempastikan setiap unit rumah yang dihas t<z' a:--^:: la- s: cS? -ni;( f 'a ar:,.

Dengan adanya standard ini, semua p haK ,,a':'.' .z'.:a ar pembangunan Perumahan Kos
Rendah samada di sektor awam ataupun dr se(i.'s','.asta oapat melaksanakan projek Perumahan
Kos Rendah dengan lebih berkualitt dan ef rsye'

ff
CIS 1 : 1998

2. DEFINISI

2.1 Perumahan Kos Rendah merangkumi semua projek Perumahan Rumah Kos Rendah (kecuali
rumah pangsa) yang dilaksanakan oleh pihak awam dan pihak swasta;

2.2 Rumah Kos Rendah bermaksud rumah-rumah yang dilual dengan harga tidak melebihi
RM25,000.00 seunit atau pun apa-apa harga yang akan ditentukan oleh Kerajaan dari masa ke
semasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

2.3 Ciri-ciri rumah adalah seperti berikut:

a) tidak melebihi dua tingkat

b) mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik tidur

c) mempunyai keluasan lantai bersih tidak kurang daripada 60 meter persegi yang diukur
mengikut garisan tengah dinding luar dan tidak termasuk ruang anjung dan serambi

d) ruang tamu dan makan

e) dapur

bilik mandi dan tandas

g) ruang menyimpan barang

2.4 Landskap bermaksud suatu pemandangan luaran atau permukaan bumiyang dihasilkan
daripada olahan keadaan semula jadi atau binaan dengan menggunakan unsur-unsur asli dan
brnaan supaya berfungsi dan menarik.

2.5 Landskap Lembut bermaksud kepada unsur-unsurtanaman seperti pokok-pokok, bunga-bungaan


dan pokok-pokok renek termasuk yang menjalar atau yang menutup bumi.

2.6 Landskap Keiur/keras bermaksud unsur-unsur binaan yang dibangunkan di sesuatu kawasan
landskap meliputi struktur-struktur dan bangunan-bangunan seperti wakaf, menara pandangan,
kolam, air pancutan, tempat meletak kenderaan, siar kaki dan perabot-perabot landskap lain

2.7 Perabot Landskap bermaksud kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kegunaan


pengunjung-pengunjung seperti lampu-lampu hiasan, bangku, meja perkelahan, papan tanda dan
tong sampah.

2.8 Silara bermaksud rimbunan daun.

2.9 Rumput Tompok bermaksud penanaman kepingan rumput yang dipotong mengikut saiz yang
sesuai dan ditanam secara setompok-setompok dalam jarak yang sesuai iaitu nisbah saiz
kepingan dan jarak adalah 1 :1 .

2.10 Rumput Rapat-Rapat bermaksud penanaman kepingan atau gulungan rumput mengikut lebar
dan panjang yang sesuar. Kepingan atau gulungan rumput dihamparkan secara rapat-rapat bagi
tujuan mendapatkan kesan yang segera. Saiz kepingan rumput yang sesuai adalah 300 mm x 300
mm x 60 mm (panjang x lebar x tebal), manakala saiz bagi gulungan rumput biasanya (1800 mm
- 3000 mm) x 300 mm x 60 mm.
CIS 1 : 1998

2.11 Perabot Jalan bermaksud sirukiuryang dibina atau dipasang di


memberi kemudahan kepada pengguna seperti lampu-lampu
arah, lampu-lampu isyarat.

212 Tanaman Jenis Campuran bermaksud gubahan l.i'.-='


empat c rr-c' la-anian yang berlainan bagitujuan

2.13 Buka Depan Lot bermaksud saiz minima buka:::=- <elebaran unit
kediaman untuk rumah dua tingkat ialah 4.8 m manakalr .a:- lingkat.

2.1 4 Jalan Dalamanbermaksud jalanekses <: --*1-'--r-'=---=- l:- -.lmah kedai.

2.15 Lorong Pejalan Kaki bermaksul -=- := = =- '=. --=':a:i;3'npat letak kereta ber:-s.:
z
dengan mengambilkira kegunaa-::-::-i - =- :::': :a- -:::stkal.
2.16 Siar Kaki bermaksud srar ka< -.':1. =- - =-=-:- : sepanjang jalan-lalan yanc -3*. -';a
pejalan kaki terutama seka : 2- )-'- z =- : -: -' :=' la aman.
..:as
2.17 Lintasan Pejalan Kaki ::'-:':-l.=-:-.=- s 'tasan pelalan kaki yang ses-? --:-' -:
jalan keluar r.as*{ .a' .a 1' s -s-' :e't- c adakan.

2.18 Laluan Motosikal :e'-a<suc oag lalan-jalan yang mempunyai b ar:a- -::-:'; .:-l'^jgl
(>30o' CarrpaCa lumiah kenderan). Laluan motosikal hendaklah d'b
-: :.- '= =:i':- - - -Jm
ialuan ini ialah 1 .B m.

2.19 JalanKeluar/Masukbermaksudlalanyangmerupakar'z-.- -'=-=--- ----:--: :=-::^.aian


luaran yang di bina oleh Jabatan Kerja Raya atau P -'2u 3." -..- :- -=',-
CIS 1 : 1998

BAHAGIAN 1

STANDARD PERANCANGAN

I
CIS 1 : 1998

BAHAGIAN 1: STANDARD PERANCANGAN

1. SKOP

Bahagian ini memberi panduan skop Standard berikut:

1 .1 Kerja-Kerja Tanah yang bersesuaian.

1.2 Keluasan Lantai yang mencukupi untuk unit kediaman.

1,3 Saiz Lot Unit Kediaman yang mencukupi untuk keselesaan ruang dalaman.

1.4 Anjak Undur Bangunan yang bersesuaian.

1.5 Lorong Belakang yang bersesuaian.

1.6 Laluan Utama yang mencukupi ke lot kediaman.

1.7 Sistem Rangkaian Jalan yang cekap sefta rizab jalan yang mencukupi.

1.8 Sistem Retikulasi air yang baik dan dapat membekalkan air bagi setiap unit kediaman.

1.9 Sistem Pembetungan yang cekap.

1.10 Keperluan Pencegahan Kebakaran yang mencukupi untuk keselamatan penghuni dan harta
benda.

1,11 Ruang Letak Kereta yang mencukupi.

1.12 Kemudahan Sosialdan Kemasyarakatan yang mencukupimengikut keperluan pendudukserta


dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara penduduk dan lanskap yang bersesuaian,

1.13 Kemudahan Elektrik yang mencukupi dan efisyen yang dapat membekalkan kuasa elektrik
kepada setiap unit kediaman.

1.14 Landskap yang bertujuan untuk mengindahkan dan juga untuk keselesaan penghuni.

2. KERJA.KERJA TANAH
2.1 Pembentukan aras bagikerja-kerjatanah hendaklah seboleh-bolehnya mengikut kontorpermukaan
semulajadi tapak.

2.2 Kerja-kerja pemotongan dan tambunan hendaklah ditahap yang paling minimum.

2.3 Kerja-kerja tanah hendaklah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 termasuk pindaan
terkini dan mengikut amalan kejuruteraan yang dibenarkan.

2.4 Semua permukaan cerun hendaklah ditanam dengan rumput rapat-rapat.

7
CIS 1 : 1998

3. KELUASAN LANTAI

3.1 Unit-unit kediaman perlu mer:--.,a sa zyang mencukupi bagi keperluan asas dan keselesaan
penghuni menjalankan akt'r': -a"r: .': -arian.
3.2 Keperluan terperinci keluasa- a-:a ,rrnimum bagi ruang dalam setiap unit kediaman dan reka
bentuk unit kediaman aca a^ se:31 :r Bahagian 2 : Standard Reka Bentuk Perumahan Kos
Rendah.

4. SAIZ LOT UNIT KEDIAMAN

4.1 Unit-unit kediaman hendak,a'''-er'.rpunyai ukuran buka depan dan sa z :'. .=- I -=-:-. -- -::
mempastikan ruang Catana' :apat digunakan dengan berkesan ae' :='l='a- --=-= ,=- -
sempurna demi keselesaa' penghuni.

4.2 BukadepanminimumoagUnitkediamanjenisteresialah4'8m
dan6.0 m untuk rumah salu trngkat.

4.3 Tiada had minimum atau maksimum bagi ukuran panjang loi. S, : -
perancangan susun atur tapak sesuatu projek. Panjang lot be'ga-:,-:
dicadangkan mengikut Piawaian Kordinasi Modular dengan ta-:a- =' -- -

5. ANJAK UNDUR BANGUNAN


5.1 Bangunan yang berhadapan dengan bangunan lain atau
yang sesuai bagi mempastikan keselamatan dan privacy
bunyi bising.

5.2 Anjak Undur Hadapan Bangunan

5.2.1. Bagi bangunan yang menghadap rizab jalan. a'.,-,


sempadan lot. Sila rujuk Rajah 1.

Sempadan Eangunan

RIZAB JALANRAYA

Rajah :
CIS 1 : 1998

5.2.2 Bagi bangunan yang menghadap rrzab laluan pejalan kaki 3.0 m lebar, anjak undur
hadapan ialah 3.0 m darpada sempadan lot. Sila rujuk Rajah 2.

Buka Depan Minimum rujuk Klausa 4.2

Sempadan Bangunan

Undur Hadapan
Mlnlmum

Rajah 2

5.3 Anjak undur bangunan antara garisan bangunan dengan mana-mana sempadan lot selain
daripada di klausa 5.2 ialah 2.3 m.

5.4 Bagi rumah jenis teres, tiada had anjak undur antara garisan bangunan dengan sempadan lot
lorong belakang dan lorong tepi.

5.5 Sekiranya tiada lorong belakang disediakan, anjak undur antara garisan bangunan dengan
sempadan belakang lot ialah 2.3 m. Sila rujuk Rajah 3.

Sempadan Lot

Rajah 3
CIS 1 : 1998

5.6 Jarak minimurn d aniara cua blok rumah teres bersebelahan ialah 4.5 m. Sila ruluk Rajah 4.

4.5 m

JJ
tt

Rajah 4

6. LORONG BELAKANG

6.1 Penyediaan lorong belakang adalah bergantung kepada (:-s=: -=- .=:=:-- =- -:-=- -=-lan
susun aturtapak, jenis rumah yang dicadangkan serta kepe " - a - P iha k 3e'c- asa -:-i Datan ang ..
berkaitan.

6.2 Antara kegunaan lorong belakang ialah:

(a) Sebagai laluan kecemasan seperti kebakarar'

(b) Sebagai laluan servis dan saliran.

6.3 Sekiranyalorongbelakangdiperlukan,rizab4.5 m::a-'=--=-=- -:--=.=- -=:=":aoini


telah mengambilkira keperluan Jabatan Bomba dan Peni'e a-:: ::-:!: .-::-::=-
6.4 Bagi rumah jenis berkelompok, keperluan ut il : s3l;- =- - -.- 1- =- - =-=:.- - =- '
- :-lng
belakang tidak diperlukan.

7. LALUAN UTAMA KE LOT-LOT KEDIAIvIA|{


7.1 Laluan utamayang selamat hendaklah:==: =-=-'=--'=-= -.- . -. =-. ---.- -:---:,.a.
blok-blok kediaman, kedai, padaag per"-=- ':--='':.-:r: :r -:---1-1---:--:i-a'
awam lain demi keselamatan penducL-r<. E
t.z Bagi Perumahan Kos Rendah tdak se- -1'-*=- -:.- - ::- .'.- -=- --- = -=- .=- -=-1=' :
bahagian hadapan. Sebahagtan iar:z:z = -1- '= '- '. '- - =- :- : .:- , ::- =.1' :a'ae^
ialuan pejalan kaki.

7.3 Bagl rumahberkelompok, laluanae3z- '=' - -,-."1-,:-:-: : -:' -'.--"= -'-: .:laran,
susunaturtapak hendaklah merca-: " '=.a--- -:' -:- -:- ': = :-: =-- ::-::: -a::-asan.

7.4 Setiap laluan pejalan kak' he-:)- a- --:-=- - .=' -.'-- :- -:' ": . : - :: - - =' -='=='
'7 C.
Jarakmaksimumdiantaraunl{=:=*=- ,:- -'. .-- -----:- . '-- : -'a- -:-'.-::'?1' Bomba
ialah 75 m.

I
CIS 1 : 1998

8. SISTEM RANGKAIAN JALAN

8.1 Am

Rangkaian jalan hendaklah disedrakan bagi memudahkan pergerakan kenderaan dalam kawasan
perumahan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan penduduk-penduduk.

Jalan yang disediakan hendaklah boleh menampung semua jenis kenderaan dalam keadaan biasa
dan semasa kecemasan.

t-t L

rr t-l
I Jalan susur l2.om

t-t
I-r [-t
Jalan Dalaman 12.0m

t-r I-t
Lorong

Jalan
Belakang

susur
4.5m

12.0m

Jalan Luaran 40.0 m - 50.0 m

Rizab Rangkaian Jalan

Ralah 5

8.2 Rizab

Kelebaran minimum bagi rizab lalan-jalan yang perlu disediakan hendaklah menepati keperluan
berikut: (rujuk rajah 5)

a. Jalan keluar/masuk 20.0 m


b. Jalan susur 12.0 m
c. Jalan dalaman 12.0 m
d. Lorong belakang 4.5 m
e. Laluan pejalan kaki 3.0 m

8.3 Lebar Turapan

Lebar turapan minimum bagr lalan-lalan di dalam klausa 8.2 di atas ialah seperti berikut:

a. Jalan keluar/masuk 6.0 m


b. Jalan susur 6.0 m
c. Jalan dalaman 6.0 m
d. Lorong belakang 3.0 m
e. Laluan pejalan kaki 2.0 m

11

r
CIS 1 : 1998

8.4 Keratan Jalan

Keratan Jalan hendaklah meruiuk kepada Arahar' :,:-1 3- :::- 3ecmetric


Design of Roads termasuk pindaan terki:

Bahu Laluan Kenderaan


Jalan

== =- =

8.5 Jalan Keluar / Masuk (rizab 30 i-n aia. 2: -


Jalan Keluar/ Masur re'-a1'=- = -=- -'=-. -:-:- -: -' I lengan s stem )" 2- '='a' - a:a:an
Kerja Raya atau P ha.,3:-. -=:=-=-:='.=' .=-; ?' renCaklah terdirt car S s:*,, r- :lal
carriageway', Br an;a-:':-::1*==-=- -'--;'2'"aatar..:6lorong-21,a":a':=".-':-=:ada
kapasiti la ul ntas 'y'"'l :'.:=- --.-'-'

Pe-o,naa-;e',-e')--'='=':1-l-=z'.2--:3t'i-c,rr rekabentuk.aa'a:a=-:=-:: I laar


garispandua.te<z:e-:-..=-=--;.-:'.et1a?aicjaamArahanTeknik(Jalan)885-AGuideon
Geomentric Design of Roads:3'Iasuk p ndaan terkini yang dikeLlat<2- - .' -=,"=.':=- ,alan,
Jaoata' Ke',a Ba.,a ','1a a."s a

Persimpangandi antaralalankeluar/masukdenganjalanluaranher:-,r a':-.'=:a''-! l3ngan


mengambil kira jumlah kenderaan yangterdapatdijalan luaran Ca' -- =-' '='..-==^ .a-g akan
drhasilkan oleh perumahan yang akan dibina.

Semua permohOnan untuk mengadakan penyambungan ke a --'. -- r='-='-'-=- l'tegeri


hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan ., :- : ::" =' =:-'

8.6 Jalan Susur (rizab 12.0 m)

Jalanini merupakanSistemrangkaian jalanyangmench-:--- = 1--. =- -,. 1-1- -a., a--aan


keluar/masuk. Jalan ini merupakan sistem jalan oua '= a

Semua jenis bangunan (kediaman/kedai) tidak dtce-a'r.- ' =- - -' - = =- '= -.'
.-'3-{:eruS
ke jalan-jalan jenis ini keCuali ia merupakanialan SiS-'I .:: .. . '- -.' -.. -' ='=- =:.-
:-.laran

dengan mempunyai bangUnan di Sebelah lalan s.-= - -=' ---: =' .. -."--='=' 'za? zon
penampan.

8.7 Jalan Dalaman (rizab12.0 m)

Jalanini mei'upakanlalanekseskerumah-ru: a-;a::--=' ---''- -''=.= - : -:a bekalan


airdantalianletrik/lampujalanditempatka': :=-=--'-=: - -.-'=: -.- -.: ==- - Lalah 30
km/jam dengan diadakan langkah-langka- ::-a= .1=' '=-. - :=:=- : ^== --::: akan
CIS 1 : 1998

8.8 Lorong Belakang (rizab 4.5 m)

Lorong belakang merupakan a uan utiltr untuk pembetungan, talian telefon, gas dan pungutan
sampah.

8.9 Laluan Pejalan Kaki (rizab 3.0 m)

Bagi laluan pejalan kaki danpada tempat letak kereta berpusat ke tempat kediaman, lebarturapan
hendaklah sekurang-kurangnya 2 0 m untuk mengambilkira kegunaan bersama oleh basikal.

Bagi laluan pejalan kaki dijaluran hijau yang menghubungi kawasan-kawasan kediaman dengan
pusat akttvttt yang lain, iebar minima turapan hendaklah 3,0 m untuk mengambilkira kegunaan
bersama oleh basikal dan motorsikal.

Jenis turapan yang biasa digunakan ralah premix, konkrit, 'interlocking paving block' atau 'concrete
flag'.

8.10 Siar Kaki


Siar kakt hendaklah diadakan di sepanjang jalan-jalan yang mempunyai pejalan kaki terutama
sekali dr jalan-jalan susur dan dalaman.

8.11 Lintasan Pejalan Kaki

Untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki, lintasan pejalan kakiyang sesuaiperlu diadakan
untuk pejalan-pejalan melintasi jalan-jalan susur dan jalan keluar/masuk.

Nota Teknik Jalan 18/97 - Guideline To Providing Crossing For Pedestrian, yang dikeluarkan
oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia boleh dirujuk untuk menentukan jenis-jenis
lintasan yang sesuai diadakan.

8.12 Laluan Motosikal


Laluan motosikal hanya perlu disediakan sebagai laluan motosikal keluar masuk kepada Jalan
Persekutuan atau Jalan Negeri yang mempunyai laluan motosikal sedia ada.

8.13 Audit Keselamatan Jalan Raya

Audit keselamatan lalan raya ke atas rangkaian lalan-jalan dalam sesuatu cadangan perumahan
adalahdiwajibkan. lniadalahuntukmengenalpasticiri-cirikeselamatanyangtidakbaikyangboleh
menyebabkan kemalangan.

Penekanan perlu diberikan kepada cara untuk mengurangkan konflik di antara kenderaan-
kenderaan dan pengguna-pengguna yang tidak drlindungi seperti penunggang motosikal, basikal
dan pelalan kaki dalam penempatan kawasan-kawasan kediaman dan pusat-pusat sosial dan
rekreasi.

9. SISTEM RET!KULASI AIR

9.1 Kesemua kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan sistem retikulasi hendaklah merujuk dan
mematuhi kehendak Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan untuk kelulusan.

IJ
CIS 1 ; 1998

10. SISTEM PEMBETUNGAN

101 Se: ac s( ni perumahan hendaklah dise: a- =- ,'ang sesuai bagi


mempastikan kesihatan penduduk dan iengan merujuk
<..2:z Garis Panduan Reka Bentuk yang dikeluarkan
: e' Jabatan Perkhidmatan Tempatan.
I
1 1. KEPERLUAN PENCEGAHAN I

11.1 Langkau api antara blok-blok bagikeselamatan


penduduk dan harta benda,

11.2 Bagi rumah jenis teres jara< kediaman ialah 4.5 m.

11.3 Panjang setiap blok kedia-a-

11.4 Pili Bomba

11.4.1 Pili-pili bomba mematuhi piawaian MS 1395:1996


Specification f:'

11.4.2 Biia';-*- - -:: -1' :- : : -. : --.a hendaklah mematuht kehen:a< Jabatan


Bomba dan Fer t? Z-z'.

12. RUANG LETAK KERETA

12.1 3ac?e'--z'z'^t :===-:a- =-::='<e:mpoktempatletakkeretaberpusat::'-ts:laKan.


r\s!ai.e-:a:
N1^-^h
2'.2-:.-:1'r'.2-''.-,:?--T,ahankosrendahjenisberkeomp:,,1 aa-satu('1 )tempat
letak kereta bagi setiap empat (4) unit kediaman dan tambahan 20 oo daripada jumlah unit
hendaklah disediakan untuk pelawat.

12.2 Jaraktempatletakkeretatersebuthendaklahtidakmelebihidarica:a75m:="-=:z--:r.raman
yang terjauh.

13. KEMUDAHAN SOSIAL DAN KEMASYAHAKATAN

13.1 Kesemua keperluan kemudahan sosial dan ke-as.. 1'i-='=- I ::'=: :' -- =a'--.-2,^' Rumah
Kos Rendah hendaklah mematuhr kehen:a< luanual Pia.,,a 7')2r2a27ngan Kemudahan
Masyarakat, l9SSyangdikeluarka",: e' -zaa'.=- ==-=- -=' -=- ==- -=' ,=- l=== Se'renanjung
Ma aysia,
I
13.2 Rizab Tapak Kemudahan lbadat -=. :: :: :- - -:'--:'=-'--. =:-:a-'endaklah
mematunr <e'e-a?/. lilanual Piav,'aian Pera":a.3an Gar s parcuan Perancangan Tempat I
lbadat lslam, 1997 - a-l I - a -=' - 2- -=:)'=- = ='=- .=-;-' ==-:=' -=' l=s, Setenanjung
Malaysia seperlr x J)-:-z '
Jad-a:

Surau Kurang daripada 40 keluarga Muslim


Masjid 200 Jemaah
500 Jemaah
'1000 Jemaah

14
CIS 1 : 1998

13.3 Rizab Tadika - tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak hendaklah disediakan bagi membantu
sebilangan besar ibubapa yang bekerja. Keluasan minimum bagi rizab tadika adalah seluas 0.1
hektar bagi setiap 100 - 500 unit kediaman dan bagi setiap tambahan 500 unit atau sebahagian
daripadanya tambahan 0.'l hektar hendaklah disediakan.

13.4 Rizab Dewan Serbaguna - rizab seluas 0.25 hektar bagi setiap 100 - 1,000 unit kediaman
hendaklah disediakan.

13.5 Rumah Kedai - kedai-kedai kecilyang berdekatan dengan unit kediaman hendaklah disediakan
bagi memberi kemudahan kepada penduduk. Nisbah kedai yang sesuai ialah sebuah kedai bagi
setiap 30 unit kediaman dengan maksimum 10% daripada jumlah unit kediaman.

13.5 Tempat Pengumpulan Sampah - sekiranya laluan utama ke lot-lot kediaman tidak melalui jalan
kenderaan sepenuhnya, tempat-tempat pengumpulan sampah dilokasiyang bersesuaian dengan
susun atur hendaklah disediakan bagi memudahkan pembuangan sampah.

14, KEMUDAHAN ELEKTRIK

14.1 Kesemua kerja reka bentuk, pembinaan dan penyiapan bangunan pencawang elektrik , lampu
jalan dan hal-hal yang berkaitan, hendaklah mematuhi kehendak dan mendapat kelulusan pihak
Tenaga Nasional Berhad peringkat negeri atau daerah yang berkaitan.

14.2 Perletakan Pencawang Elektrik hendaklah mematuhi Garis Panduan Perancangan Tapak
Pencawangan Elektrik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Bil. 9/97.

15. LANDSKAP: PERANCANGANLANDSKAP


15.0.1 Bagi memastikan ruang-ruang khas untuk projek landskap disediakan. Pada peringkat
awal perancangan projek perumahan, adalah perlu aspek landskap dibincangkan di
peringkat awal perancangan yang mana input landskap diambil kira semasa menyediakan
pelan susun atur secara keseluruhan.

15.0.2 Perancangan dan reka bentuk landskap yang sesuai, teratur dan sistematik boleh
mewujudkan suasana persekitaran tempat kediaman yang selesa dan harmoni. Bagi
tujuan ini pokok teduhan perlu ditanam di sekitar kawasan perumahan, di samping
tempat letak kereta, kawasan lapang dan disekitar bangunan tertentu sepefti Surau dan
Dewan Serbaguna.

15.0.3 Perancangan dan reka bentuk landskap hendaklah mengikut Buku Garis Panduan
Landskap Negara dan disesuaikan dengan kawasan dan keluasan landskap yang telah
I diluluskan.

fl

:
15.0.4 Sebelum kerja landskap perumahan kos rendah dilaksanakan, pelan landskap dan
kemudahan rekreasi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
bagi kemudahan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan bagi mempastikan
projek dapat dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

15.0.5 Menyediakan Jaluran Hijau minimum 6.0 m lebar yang menghubungkan kawasan
perumahan dan kemudahan awam sepeftitaman awam, sekolah dan kedai. Kawasan ini
hendaklah terpisah daripada kenderaan.

15
CIS 1 : 1998

15.1 Perlaksanaan Landskap

15.1 .1 Bagi mendapdtkan r-ce'


diambil kira adalah -.- .=: .-:'
tempat letak kereta, ka.'. =:='
yang selamat dan iidak beracur-
yang terlalu besar.

15.1.2 Tapak Tanaman

Kawasan yang te ah
spesifikasi yang betul dengan
tanah yang sesua cal

15.1.3 Spesies Pokok

Bagi tuluan met^:--:- --:-


ditanam adalah cz'a-:= =- :
projek perumaha. :=- = ='
pokok rendang. D -- -. .=- -
yang berkanopi lebar bagi

15.1.4 Tanaman Pokok Fenek

Di kawasan ?eri--'='
digalakkan bag
pokok-pokok re'., --' --
memberi halangaru

15.1.5 Tanaman Rumput

Semua permukaan -:^:a<iah


ditanam den;a-
dengan
ketUlenan \:?^J : -=-1.,
15.2 Landskap Kejur

15.2.1 Landskap <. -'.. - 1a lran hilau


siar kak ae- :a- = =- r=-;: - :;duk, papan
tanda dan -<a:1-= ' .

15.2.2 Kawasan lapang

Sebanyak 1 hendaklah
diperunt!K( ?- a: - ' :.. i:a-,,'ang Selamat,
sesuai da' s=) -='. .- -.- ..-;
srbuk dengan
' - =- '-
a^ak-kanak
- dalam
skim terse: -' -: 1- kpang ini meliputi kawasan
nrr'lrnr .a'*a':'
CIS 1 : 1998

15.3 Kawasan Rekreasi

15.3.1 Kawasan rekreasi bagi projek Perumahan Kos Rendah perlu dibahagikan kepada dua
bahagtan iaitu untuk kanak-kanak di bawah dan diatas umur 12 tahun.

15.3.2 Bagi kanak-kanak 12 tahun ke atas perlu disediakan kawasan-kawasan gelanggang


terbuka seperti sepak takraw, bola tangkis, bola tampar dan padang bola. Bagi kanak-
kanak di bawah 12 tahun perlu disediakan padang permainan kanak-kanak. Kesesuaian
jenis gelanggang yang disediakan berpandukan kepada penduduk selempat.

15.3.3 Tamanpermainankanak-kanak

(a) Padang permarnan hendaklah disediakan di kawasan yang selamat, jauh dari
laluan kenderaan yang sibuk dan mudah dikunjungi oleh kanak-kanak melalui
laluan pejalan kaki. Keluasan minimum bagi padang permainan ialah 0.06 - 0.4
hektar bagi setiap 100 hingga 400 unit kediaman.

(b)
li

Nisbah yang disediakan bagipembinaan taman permainan kanak-kanak ialah 500


1

kanak-kanak (100 unit kediaman) pada satu taman permainan kanak-kanak.


Sistem alatan permainan modular bersepadu yang mengandungi 2 buai, 1 papan
I

gelungsur, 2 jongkang-jongkit dan 1 pepanjat hendaklah disediakan. Keperluan


untuk tambahan alat-alat permainan boleh dibuat secara individu.

(c) Bagi setiap 1500 kanak-kanak (300 unit kediaman), standard minimum tersebut
dan ditambah dengan perkakas individu sepefii koleksi zoo dan juga menyediakan
kawasan bebas (free play areas) untuk kanak-kanak berlari.

(d) Peralatan perumahan perlu mematuhi standard MS 966: Part 1:1986, Parl2:
1985, Part 3: 1985 - Specification for Playground Equipment for Parks;
Schools and Domestic Use atau diluluskan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.

(e) Taman permainan dan gelanggang rekreasi perlu disediakan dengan sistem
pengaliran dan peparitan yang betul bagi mengelakkan terjadi takungan air.

15.3.4 Padang Bola

(a) Padang bola hendaklah disediakan di kawasan yang selamat, jauh dari laluan
kenderaan yang sibuk dan mudah dikunjungi oleh pengguna-pengguna melalui
laluan pelalan kakr. Keluasan minimum bagi padang bola ialah 1.2 hektar bagi
setrap100 - 1000 unit kediaman.

(b) Kawasan padang bola perlu digredkan dengan baik serla disediakan sistem
saliran air, tanaman rumput, tiang gol dan tempat duduk jika diperlukan.

'15.3.5 GelanggangRekreasiTerbuka

Gelanggang rekreasi terbuka hendaklah mematuhi spesifikasi yang betul bagi


memudahkan kerja penyelenggaraan dan menjaga keselamatan pengguna.

17
CIS 1 : 1998

15.3.6 LorongBerbasikal
Lorong berbasikald ,', -
juga kawasan berekreasi
keselamatan awam perfr.r

15.4 Rizab Zon Penampan

15.4.1 Lebar Rizab z:- -engikut keperluan


Jadual 2.

_=3AR RIZAB ZON


PENAMPAN MiNIMUM (M)

20

- a 1- =-^ :a'iutUp 10
(Aras zon penampan
hendaklah ditinggikan)

'=:,a=1- : ':,',::al kumbahan terbuka 30


(Aras zon penampan
hendaklah ditinggikan)

15.4.2 Aras zon penampan di kawasan loji rawatan kumbahan tertutr.p serta terbuka dan
pengumpulan sampah hendaklah ditinggikan / dinaikkan-

NOTA: Semua 1.a.'.a.a'=a--^'=-=- ',. ==',.- :a'-:.- --= --;<al oerlu


kerja lanas(ac :
mematun Dea. anOskac-,:-]-:':.:."= -,.=-P hakBerxuasaTen-calan:::a --: a<sanakan.
Pe'ka'a ;a'J:e' -: a-: ' '= =:= =' = .':::::: : -' .' ' :: :' . ':: -: -- ' -' -' :'-- :: a'ggang
-^1,-^^^

18
CIS 1 :1998

BAHAGIAN 2
STANDARD REKA BENTUK
CIS 1 : 1998

BAHAGIAN 2 : STANDARD REKA BENTUK

lt 1. SKOP

Bahagian ini memberi panduan skop standard berikut:

Susun atur dan reka bentuk bangunan

Sistem bekalan air dalaman

Pemasangan elektrik

Pendawaian dalaman bagi telefon

Sistem rangkaian jalan

Sistem saliran

Sistem pembetungan

2. SUSUN ATUR DAN REKA BENTUK BANGUNAN

Susun atur dan kegunaan ruang hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) bilik tidur, ruang
tamu dan makan, bilik mandidan tandas serla ruang menyimpan barang dan ruang legar.Semua dimensi
reka bentuk bangunan hendaklah mengikut spesifikasi MS 1064 - Guide To Modular Coordination in
Building. Sebarang bahan atau produk yang digunakan dalam pembinaan Perumahan Kos Rendah
harus menepati Standard Malaysia terutama bila ciri-ciri keselamatan dan kualiti adalah ditekankan.

2.1 Bilangan Bilik Tidur

Bilangan bilik tidur bagi setiap unit kediaman hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) bilik.

2.2 Keluasan Lantai

2.2.1 Semua ukuran adalah drukur mengikut garisan tengah dinding.

2.2.2 Unit-unit kedraman perlu mempunyai keluasan lantai yang mencukupi bagi keperluan
asas dan keselesaan penghuni. Keluasan bersih minimum hendaklah tidak kurang
daripada 60.00 m persegi dan tidak termasuk ruang sepedi anjung dan serambi.

2.2.3 Bilik tidur t hendaklah tidak kurang daripada 11.70 m persegi.

2.2.4 Bilik tidur 2 hendaklah tidak kurang daripada 9.90 m persegi.

2.2.5 Bilik tidur 3 hendaklah tidak kurang daripada 7.20 m persegi.

2.2.6 Ruang dapur hendaklah disediakan dengan keluasan tidak kurang daripada 5.40 m
persegi.

21
CIS 1 : 1998

Bilik mandi dan tandas

(a) Luas bilik mandi tida<


(b) Luas bilik tandas t :a.
(c) Lebar minimum b <
daripada 1.20 m.

2.2.8 Ruang tamu dan ruang bersekali.

2.2.9 Buang menyimpan rendaklah disediakan


bagi keselesaan pengl'xrf-

2.2.10 Contoh dimens

BILIK TIDUR
.1
1.

3900 mm 18O0 mm

I . ,.rnr,.n -l I 3000 mm
ll
KeiL:asa-="---::'::: Keluasan = 5.40 m persegi

2. 5. BILIK MANDI

ii^ ^ 1500 mm
--

ilI)Orm 12oo mm

li [-l
Keluasan = 9.!X) m persgi Keluasan - 1.80 m persegi

J. BILIK TIDUR 3 6. BILIK TANDAS

2400 mm
'I
50C rirr
.l
200 mm
tt
I | 3000 mm

Keluasan = 7.2O m persegi Keluasan = 1.80 m persegi

Rajah 1

22

-l
CIS 1 : 1998

2.3. Kemasan dan Lekapan

2.3.1 Kemasan lantai yang minimum adalah seperti Jadual 1:-

Jadual 1

FUANG KEMASAN LANTAI

Ruang tamu 1. Lepaan simen


Ruang makan

Bilik tidur 1. Lepaan simen


Stor / Serbaguna
Serambi
Laluan
Tangga (boleh juga digunakan kayu)
Langkan
Apron

Dapur 1. Ubin seramik tidak mengelicik


Bilik air / tandas

Jadual 2

RUANG/BAHAGIAN KEMASAN DINDING

Dinding bahagian dalam yang dilepa 1. Cat emulsi

Dinding bahagian luar yang dilepa / 2. Cal lapis kalis cuaca


yang perlu dicat. (Minimum: 1 lapisan dasar & 2
lapisan akhir)

Dapur 3. Ubin seramik setinggi 1.5 m


Bilik air / tandas

Dinding dan komponen bangunan 4. Cat kilat


yang berkayu

23
CIS 1 : 1998

2.3.3 Kemasan dinding yang minimum adalah seperli di Jadual 3:

Jadual 3

a a4aa

Pintu
1. Ruang tamu
2. Huang utama
3. Lain-lain pintu papan lapis
n.-.!
,e ts e- i

Bilik air / tandas 1. Pintu PVC


2. Pintu papan ai s::':: ,'-aa - ==- = -- - --
di bahagian sebe a- :;- a*

Siling 1. Lepaan simen


2. Kepingan simen tanpa asbestos

Bumbung 1. Atap genting


Z. Kepingan beralur

'1
Dapur unit sinki logam dengan kepala paip

'1 unit besen bilas dengan kepala paip


Bilik air
'1 unit kolah air dengan kepala paip

Tandas 1 unit palung curah (cistern) PVC


I unft tandas (wc) jenis duduk cangkung /
1 unit paip tegak

Di bahagian aaiaa=- -. =- = - - -: -

Longkang --: -- : a'!eter longkang konkrit

2.4 Pencahayaan dan

Bi lik-bilik/ruang-ruang yalq sefirp unit kediaman hendaklah mendapat


pencahayaan dan cg- ; - -=' : =- i=- -
=-.2t lebih tingkap yang mempunyai
keluasan tidak kura- : : = -.
==' =.= =-'= : { rJang tersebut dan hendaklah
mempunyai ruang D!"ia :::ara bebas dan tidak terganggu
yang tidak kurang .z':=t= i'. : '-; - : :ersebut. Digalakkan supaya
pengudaraan silang dapat keseluruhan bilik-bilik rumah dan
dapat tembus daripada s=:- belakang rumah atau
sebaliknya.

_l
CIS'l : 1998

2.5 Ketinggian Bilik

2.5.1 Ketinggian darilantai ke siling bilik/ruang dalam setiap unit kediaman hendaklah seperti
berikut:

(a) Ruang tamu/makan dan bilik tidur - ketinggian hendaklah tidak kurang daripada
2.80 m;
(b) Dapur - ketinggian hendaklah tidak kurang daripada 2.80 m;
(c) Bilik mandi/tandas - ketinggian hendaklah tidak kurang daripada 2.50 m.

2.5.2 Bagi unit kediaman yang mempunyai siling cerun, purata ketinggian bagi bilik/ruang
hendaklah seperti di atas, kecuali dengan syarat tiada mana-mana bahagian sesuatu
bilik tersebut boleh kurang daripada 2.00 m tingginya.

2.6 Dinding Pemisah

Dinding pemisah hendaklah dibina antara setiap unit dan setiap dinding pemisah hendaklah
dibina sehingga paras bumbung dan mempunyaitahap ketahanan api sekurang-kurangnya dua
(2) jam.

2.7 Elemen Struktur Lain

Semua elemen struktur seperliyang ditafsirkan dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
1984, selain dinding pemisah, hendaklah diperbuat daripada bahan binaan yang berupaya
menahan api selama sekurang-kurangnya setengah (112\ iam.

2.8 Anggapan Tempoh Ketahanan Api

Bagi bahan binaan yang tidak termasuk dalam Senarai Anggapan Tempoh Ketahanan Api,
Jadual Kesembilan, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, sijil pengesahan tempoh
ketahanan api bagi bahan berkenaan yang diperakui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
hendaklah dikemukakan.

2.9 Tangga-Tangga

Tangga-tangga, jika ada, adalah tidak dibenarkan di dalam ruang dapur.Tangga-tangga yang
disediakan hendaklah mempunyai lebar yang mencukupi dan menepati kehendak Undang-
Undang Kecil Bangunan Seragam terkini bagi memudahkan pergerakan penghuni terutama
semasa kecemasan.

2.10 Jeriji Keselamatan Tingkap

Sekiranya leriji perlu dipasang di rumah kediaman, ia hendaklah memenuhi kehendak-kehendak


asas Bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia yang digariskan seperti berikut:

(a) Jeriji yang dipasang hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mudah dibuka dari
dalam.
(b) Keutamaan pemasangan adalah di bilik tidur kerana ia mempunyai "sleeping risk" dan "panic
risk".
(c) Perlu mengadakan alternatif untuk memudahkan pasukan Bomba masuk semasa kebakaran
untuk tujuan penyelamatan dan pemadaman.

25

I
CIS 1 : 1998

2.11 Railing atau


Rarlrro a:a-
Oe'- I S:l:'=- --' -' S:--a

3. SISTEM BEKALAN AIR DALAMAN

3.1.1 Kesemua kerja reka bentuk, pembinaan dan penyiapan sistem bekalan air dalaman
hendaklah merujuk dan mematuhi kehendak Pihak Berkuasa yang berkenaan untuk
kelulusan.

3.1.2 Penyediaan kemudahan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan untuk kegunaan
tertentu seperti di tandas dan sebagainya adalah digalakkan.

4. PEMASANGAN ELEKTRIK

4.1 Kesemua kerja reka bentuk dan pemasangan elektrik hendaklah menepati kehendak-kehendak
Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik1994, dan Peraturan-Peraturan
Pendawaian lnstitut Jurutera Elektrik British (Edisi 16).

4.2 Pendawaian

4.2.1 Semua pendawaian hendaklah dalam konduit sama ada yang tersembunyi di dalam
lepaan atau di bumbung yang bersiling. Konduit yang digunakan hendaklah daripada
jenis yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4.2.2 Sistem pendawaian hendaklah direka bentuk supaya setiap unit rumah diberi satu (1) m
berasingan yang diletak di bahagian luar rumah.

4.2.2 Papan agihan yang digunakan hendakldh daripada jenis polikarbonat yang diluluskan
oleh Jabatan Bekalan Elekrik.

4.3 Punca Mata Elektrik

Setiap ruang dalam unit kediaman hendaklah disediakan dengan mata elektrik yang mencukupi
seperti berikut :

(a) Anjung - satu (1) mata lampu;

(b) Ruang Tamu - satu (1)mata lampu, satu (1)mata kipas siling dan dua (2) mata kuasa;

(c) Ruang Makan - satu (1)mata lampu dan satu (1)mata kuasa;

(d) Setiap Bilik Tidur - satu (1) mata lampu, satu (1) mata kuasa dan satu (1) mata kipas siling;

(e) Dapur - satu (1) mata lampu dan dua (2) mata kuasa;

(f) Bilik air - satu (1) mata lampu;

26
CIS 1 : 1998

(s) Tandas - satu (1) mata lampu.

(h) Jika Ruang Tamu dan Ruang Makan bersekali, mata kipas siling hendaklah ditempatkan di
tengah kedua-dua ruang.

5. PENDAWAIAN DALAMAN BAGI TELEFON

5.1 Bagi perkhidmatan telefon setiap unit kediaman hendaklah disediakan dengan pendawaian
tersembunyi di dalam lepaan dan siap dengan soket telefon.

6. SISTEM RANGKAIAN JALAN

6.1 Kesemua reka bentuk hendaklah mematuhi Garis Panduan Reka bentuk Jalanraya yang
terdapat dalam Arahan Teknik (Jalan) 8/86-A Guide on Geometric Design Of Roads termasuk
pindaan terkiniyang dikeluarkan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia.

7. SISTEM SALIRAN

7.1 Kesemua kerja reka bentuk dan pembinaan hendaklah mematuhi Standard dan Prosedur Reka
bentuk Saliran Dalam Bandar bagi Semenanjung Malaysia terkini.

8. SISTEM PEMBETUNGAN

8.1 Setiap skim perumahan hendaklah disediakan dengan sistem pembetungan yang sesuai bagi
mempastikan kesihatan penduduk dan menjaga kesejahteraan alam sekitar dengan merujuk
Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pembetungan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

27

L
CIS 1 :1998

LAMPIRAN

29

l
CIS 1 : 1998

PENERBITAN YANG DIRUJUK

1. Garis Panduan Flumah Kos Rendah Satu dan Dua Tingkat yang diterbitkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 alau pindaan terkini.
3. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau pindaan terkini.
4. Garis Panduan Reka bentuk dan Pemasangan Sistem Pembentungan yang diterbitkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
5. Garis Panduan Landskap Negara yang diterbitkan oleh Jabatan Landskap Negara.
6. Garis Panduan Landskap Untuk Jalanraya yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja
Raya Malaysia.
7. Akta Bekalan Elektrik 1990
8. Garis Panduan Reka bentuk Jalanraya yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya
Malaysia
9. Manual Piawaian Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,
1 9BB
10. Garis Panduan Tapak Pencawang Elektrik, Jabatan Perancangan Bandardan Desa Semenanjung
Malaysia bil. JPBD 9/97
1'1. Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi, 1998, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia
12. Piawaian Perancangan Garis Panduan Perancangan Tempat lbadat lslam, 1997, Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
13. Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, 1998, Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia
14. Standard dan Prosidur Reka bentuk Saliran Dalam Bandar bagi Semenanlung Malaysia (1974)
diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
15. MS 1064:Par1 1:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Basic Module.
16. MS 1064:Part 2:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings :Terminology and Graphics
Conventions.
17. MS 1064:Part 3:'1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Principles & Rules.
18. MS 1064:Part 4:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Submodular lncrements.
19. MS 1064.Part 5:1988 - Guideto ModularCoordination in Buildings : Series of Preferred Multimodular
Sizes for Horizontal Dimensions.
20. MS'1064:Paft 6:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Multimodules for Horizontal
Coordinating Dimensions.
21 . MS 1 064:Part 7.1 9BB - G uide to Modular Coordination in Buildings : Modu lar Floor Plane for Vertical
Dimensions.
22. MS 1064:Part 8:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Storey Heights and Room
Heights.
23. MS 1 064:Paft 9:1 988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Coordinating Sizes of Doorsets
(external and internal).
24. MS 1064:Part 10:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Preferred Dimensions for
Doorsets.
25. MS 1 064:Part 1 'l :1 988 - Gu ide to Mod ular Coordination in Build ings : Ref erence Lines of Horizontal
Controlling Coordinating Dimensions.
26. .l
MS 1 064:Part 2:'l 9BB - G uide to Modular Coordination in Buildings : Preferred Storey Heights and
Room Heights for Residential Buildings.
27 . MS '1064:Part 13:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Coordinating Dimensions for
Stairs and Stair Openings.
28. MS 1064:Part.l4:.1988 - Guide to ModularCoordination in Buildings:FundamentalPrinciplesfor
Design of Joints in Buildings.
29. MS 1064:Pafi 15:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Coordinating Sizes for Rigid
Flat Sheet Boards Used in Buildings.
30. MS 966:Part 1 : 1 986, Par12:1985, Part 3: 1 985 - Specif ication for Playground Equipment for Parks,
School and Domestic Use.
31 . MS1395.1996 - Specif ication for Pillar Hydrants

31

You might also like