HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan suatu perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan hidup manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan spiritual. Oleh itu, pendidikan dari perspektif Islam mempunyai pengertian yang mendalam dan menyeluruh yang merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan rohaniah yang berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utama kehidupan. Dr. Yusuf alQardawi (1980) mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Kepelbagaian konsep dalam pendidikan Islam turut dilihat sebagai faktor utama dalam melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Konsep tersebut menjadi penggerak utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang mempunyai cita-cita dan falsafah hidup yang tersendiri yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus mewujudkan masyarakat yang progresif dan bertamadun seperti yang digariskan oleh Islam. Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai dua maksud. Pertama, Pendidikan Islam merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain. Kedua, Pendidikan Islam melipuli segala bidang hidup manusia seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, perundangan dan sebagainya. Ini bermakna dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam bidang ekonomi, kita boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama Islam melarang kita melakukan penipuan, mungkir janji, dan penganiayaan. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran seperti memudahkan kira bicara, bertolak ansur, tolong-menolong, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilainilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

-1-

HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM 2. 2. penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Guru perlu menggunakan kebijaksanaannya dalam memilih dan melaksanakan pendekatan.2 Menarik Minat Pelajar Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menarik minat pelajar dan seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk mengikuti pengajaran guru sepanjang ia berlangsung. kaedah. teknik dan strategi pengajaran agar ianya menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar. antaranya ialah : 2. bahan bantu mengajar (BBM). demokratik dan bersemangat. Pengajaran yang berkesan merupakan satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat.1 Mencapai Objektif Pengajaran Sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ini akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap proses pembelajaran murid jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah yang lain seperti kuliah atau ceramah. pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid akibat daripada penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Pencapaian objektif pula bergantung kepada cara bagaimana seseorang guru itu mengendalikan proses pengajaran yang telah dirancang. Ia meliputi penyediaan guru dari aspek persediaan mengajar. emosi.0 Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Yang Berkesan. Objektif yang dirancang itu perlu jelas dan saksama berasaskan kepada tahap pencapaian murid. Kejayaan pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Ia merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani. Menurut Ee Ah Meng (1990). guru sebaikbaiknya menggunakan kaedah tunjuk cara supaya setiap pelajar berpeluang untuk mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru. guru terlebih dahulu perlu merancang dan menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan faktor penting bagi memastikan beberapa perkara berikut tercapai sepanjang proses P&P dijalankan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara bermakna dan berkualiti. kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. pengendalian set induksi. Contohnya di dalam tajuk Tayamum. rohani dan intelek. ada tiga kemahiran utama yang boleh digunakan oleh guru -2- .

Kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan mengubah tingkah laku. -3- . 2. berkemahiran.4 Dapat Membentuk Sikap Positif Guru bertanggungjawab membentuk sikap yang positif terhadap pelajaran dan memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran mereka. membina dan mengembangkan aspek rohani. Pengalaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi sikap dan minatnya terhadap sekolah. suara dan kaedah pengajaran. Mereka perlu mengubah corak dan bentuk interaksi di antara guru dengan pelajar dan mempelbagaikan kaedah serta teknik mengajar.3 Menghasilkan Pembelajaran Yang Bermakna Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang bermakna dimana ianya dapat mengubah tingkah laku.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM untuk menarik minat serta tumpuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang dinamik. Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Guru dianggap berjaya sekiranya murid mencintai ilmu pengetahuan serta sentiasa untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran. faham dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang dijalankan. minda serta jasad pelajar. 2. Dengan kata lain. Peranan guru ialah menyediakan suasana serta persekitaran yang boleh merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran. pelajar berasa seronok. bertambah minat. Berikutan dengan itu. guru perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. berilmu dan berakhlak mulia.

1 Kaedah Kuliah Kaedah kuliah atau kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian.1 Contoh: Kaedah ini pernah digunakan oleh Rasulullah ketika baginda menyampaikan pengajarannya di rumah Arqam bin Abi Arqam dan juga di masjid Nabawi.1. 3. kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a. Baginda memanggil sanak saudara dan -4- . Ini kerana Baginda s. Walau bagaimanapun. perlu dijadikan asas dan rujukan. Di antara kaedahkaedah yang pernah digunakan oleh Rasulullah dalam menyampaikan ilmu pengetahuan adalah seperti berikut: Kaedah Kuliah  Kaedah Tunjuk Cara  Kaedah Halaqah  Kaedah Talaqqi  Kaedah Hafazan  Kaedah Mujadalah  Kaedah Gambaran  Kaedah Khutbah  Kaedah Dialoq  Kaedah Tikrar Diantara kaedah-kaedah berikut. Kaedah ini juga digunakan oleh Rasulullah apabila baginda menerima wahyu Ilahi yang memerintahkannya supaya menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Semasa menyampaikan pengajaran pula.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Rasulullah Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi maklumat dan perkembangan pendidikan di alaf baru ini dapat menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. ringkas. 3. penjelasan serta penerangan kepada pelajar.w. guru perlu menggabungjalinkan dengan teknik-teknik yang lain seperti soaljawab dan perbincangan bagi melibatkan pelajar dalam komunikasi dua hala.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM 3.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Bahasa dan intonasi yang digunakan oleh guru perlu jelas.a. bernas dan mudah difahami oleh pelajar. hanya lima kaedah sahaja dipilih untuk dihuraikan berkaitan dengan contoh serta kekuatan-kekuatan yang terdapat pada kaedah tersebut.

b. -5- . malaikat Jibril datang dengan rupa yang cantik dan berbau harum dan menyuruh Rasulullah mengambil wudhu’ dan bersembahyang. c.2 Kaedah Tunjuk Cara Kaedah tunjuk cara adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan cara atau langkah tertentu dalam melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar. secara tidak langsung ia akan melahirkan rasa hormat dan sanjugan pelajar kepada guru. b. Tunjuk cara yang telah dijalankan perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang diperhatikan.2. Oleh itu. ia akan memberi pengalaman. kemahiran dan pengetahuan sebenar kepada pelajar serta dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung. Bilangan pelajar atau saiz kelas tidak terhad dan tidak ditentukan. 3. c. Guru dapat memperkenalkan topik-topik baru dengan mudah dan lancar. 3. 3. 3. Jibril telah mengajar nabi berwudhu’ dan bersembahyang.2 Kekuatan Kaedah a.2 Kekuatan Kaedah a. kemahiran dan pengetahuan kepada pelajar. Kaedah ini dapat menggalakkan pelajar menglibatkan diri secara aktif dalam menerokai pengetahuan dan pengalaman yang baru. Kaedah ini dapat memudahkan pelajar memahami tajuk yang dipelajari kerana aktiviti yang dijalankan dialami sendiri oleh murid dalam keadaan yang sebenar. banyak maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dalam masa yang singkat. Kaedah ini menampakkan kebergantungan pelajar kepada guru. Berikutan peristiwa itu.1. Melalui kaedah ini.2.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM penduduk-penduduk Quraisy ke Bukit Safa lalu menyampaikan pidato dan syarahan baginda di sana. Kaedah yang berbentuk amali ini. Kaedah ini amat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah kerana ia melibatkan perkara-perkara amali yang dilakukan setiap hari.1 Contoh: Semasa berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. dapat memberi peluang kepada pelajar dalam melaksanakannya dengan betul dan sah mengikut syarak dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar. d. d. Rasulullah telah menerima wahyu yang mengandungi perintah wajib mengerjakan solat lima waktu. Kaedah tunjuk cara dapat memberi pengalaman.

pelajar akan membentuk satu bulatan atau lingkaran dimana guru akan berada dihadapan murid. Daripada pertemuan itu.3. tidak melakukan dusta.4. Kaedah halaqah yang terdiri daripada kumpulan kecil dapat memudahkan guru memberi tumpuan dan perhatian kepada semua pelajarnya. baginda akan menghafaz ayat-ayat berkenaan dan menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabat. c. 3. Penyampaian ilmu dapat dijalankan secara terus kepada pelajar dan membantu pelajar memahaminya dengan mudah. Melalui kaedah ini.1 Contoh: Kaedah ini dilaksanakan oleh rasulullah ketika baginda bertemu dengan beberapa orang Islam Madinah di kaki bukit Aqabah pada musim haji.3. dan tidak melanggar perintah Rasulullah dalam perkara-perkara kebajikan. 3. Penduduk Madinah yang terdiri daripada puak ‘Aus dan Khazraj bertemu dengan Rasulullah.2 Kekuatan Kaedah a. Kumpulan kecil dapat memudahkan pelajar berinteraksi dan bersoal jawab dengan guru.3 Kaedah Halaqah Salah satu kaedah yang dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil ialah kaedah halaqah. b. -6- . d. hubungan yang baik dan erat antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar terjalin dalam situasi kekeluargaan. tidak berzina. tidak membunuh anak.4 Kaedah Talaqqi Kaedah talaqqi merupakan kaedah pengajaran dimana guru memperdengarkan bacaan beberapa ayat al-Qur’an kepada semua pelajar di dalam kelas. lalu mereka diajak memeluk Islam. Kaedah ini merujuk kepada aktiviti pengajaran di mana guru menyampaikan isi-isi pelajaran dan murid mendengar dan memberi fokus kepada apa yang disampaikan oleh guru. tidak mencuri. Melalui kaedah ini. Semasa guru memperdengarkan bacaaannya. Para sahabat mendengar dan mengikuti bacaan Rasulullah dan mereka berusaha menghafaz ayat-ayat tersebut seperti yang telah didengari daripada baginda.1 Contoh: Setiap kali turunnya Jibril membawa wahyu al-Quran kepada Rasulullah.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM 3. pelajar dikehendaki memerhatikan bacaan guru dan mengikut secara perlahan-lahan dari segi sebutan kalimah-kalimah Al-Qur’an yang perlu dibaca dengan betul dan fasih serta mengikut hukum tajwid. 3. Rasulullah menyeru mereka agar tidak menyekutukan Allah SWT. 3.

penyelamat. Guru membuka ruang untuk perbincangan bersama anak-anak muridnya d.2 Kekuatan Kaedah a. Kemajuan dalam pendidikan Islam sehingga kini telah menjadikan orang Islam sebagai satu umat yang terulung. kitab dan sebagainya.a. Kaedah hafazan dapat membantu para pelajar mengingati ayat-ayat al-Quran dan memudahkan mereka membaca dan mengamalkannya. Hafazan membawa maksud memelihara. 3. mulia dan dihormati. Pelajar membaca ayatayat al-Quran dengan ingatan semata-mata tanpa melihat buku. Ini sangat memberi kesan kepada pemahaman sebagaimana dimaklumi dalam ilmu pendidikan. c. c. b. menjaga. pembimbing dan pengajar -7- . juga mengajar al-Quran kepada para sahabat menerusi kaedah hafazan. Rasulullah saw yang merupakan seorang pendidik.4. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kelancaran pelajar dalam menguasai bacaan ayat-ayat al-Quran Kesimpulan Pendidikan pada zaman Rasullulah s.w bersumberkan Wahyu dan menjadi tunggak utama kepada perkembangan sistem pendidikan Islam.1 Contoh: Rasulullah s. Proses penurunan al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit. Pelajar dapat mendengar pengajian gurunya dengan lebih berkesan apabila melihat sendiri kaedah-kaedah pengajiannya dan isyarat-isyarat tangan dan kepalanya. Pelajar dapat mengajukan soalan secara langsung kepada guru tentang apa yang tidak difahami. 3. 3. Kaedah Talaqqi dapat meningkatkan penguasaan pelajar secara teori dan amali dalam hukum tajwid dan Tilawah al-Quran b. Kaedah ini juga dapat menajamkan daya ingatan dan pemikiran pelajar sekiranya dilakukan secara istiqamah.a.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM 3. mengingati.2 Kekuatan Kaedah a.5. mengawal apa yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang. Kaedah ini membolehkan pelajar membaca Al-Quran dengan teliti terutamanya dari aspek kelancaran untuk menyebut kalimah al-Qur’an dengan betul.5.5 Kaedah Hafazan Kaedah hafazan merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mengingati dan memelihara ayat-ayat al-Quran supaya ia tidak hilang atau lupa.w. Hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah untuk menyampaikannya kepada para sahabat dan kemudiannya menghafaz serta memahami isi kandungannya.

Guru juga perlu mempunyai kesedaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan supaya pendidikan yang berkualiti serta lebih berkesan dapat diberikan kepada anak didik di sekolah. keimanan yang mantap serta mempunyai nilai akhlak yang terpuji. Semoga usaha bakti yang disumbangkan oleh guru selama ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s. namun ibu bapa dan masyarakat tetap menaruh sepenuh harapan terhadap keupayaan dan kebolehan kaum guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna.w. Inilah benteng utama yang perlu dihayati dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. salah laku dan kemerosotan akhlak semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Masalah kurang disiplin. 5. kaum guru perlu memiliki kesabaran. -8- . Dalam menghadapi arus perkembangan globalisasi. kaum guru turut bersama mengharungi pelbagai cabaran dan karenah pelajar dalam pelbagai isu. Dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan.0 Penutup Meskipun dekad demi dekad telah berlalu. Mereka diharap memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi menyediakan generasi muda hari ini menghadapi cabaran hidup di masa hadapan. Pemasalahan ini menuntut kaum guru agar lebih peka tentang isu-isu persekolahan supaya ianya dapat ditangani dengan lebih bijaksana.HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM telah diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak dan mengatur kehidupan masyarakat ke arah yang lebih mulia dan terpuji.t. Guru adalah sebagai arkitek dan penyelamat masa depan anak bangsa. kekuatan akidah.

HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM -9- .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful