You are on page 1of 2

SEJARAH SEKOLAH

SK SERI KEMAJUAN
Terletak kira-kira 35km dari bandar Batu Pahat, di sebuah kampung pinggir bandar bernama Simpang
Tengah atau dikenali juga sebagai Kampung Parit Tengah di kawasan Parit Raja. Bangunan ini terletak
kira-kira 1,5 km jauhnya dari simpang kampung ini

Bangunan asal telah dibina pada 8 mac 1956 dengan kerjasama dan gotong royong dari
penduduk setempat dan sekitar sekolah. Pada mulanya hanya sebuah bangunan sahaja didirikan.
Bangunan ketika itu hanya beratapkan daun nipah dan berdingdingkan kayu hutan yang dibelah
sendiri.

Semua peralatan dan perkakas sekolah dibeli sendiri daripada kutipan derma orang
kampung. Tanah sekolah ini pada mulanya kepunyaan En. Samingan bin Paiman yang tinggal di
kampung ini, beliau telah menyerahkan sebahagian daripada tanahnya kepada kerajaan negeri
sebagai tapak sekolah ini npada 15 julai 1962 seluas EMR 2 ekar. Tanah tapak ini diberi imbuhan
daripada kerajaan negeri bernilai RM 4.000.00

Sekolah ini telah didirikan dengan inisiatif penduduk kampung dengan saranan dari Penghulu
mukim Kawasan Parit Raja ketika itu iaitu Tuan Haji Mohammad bin Nawawi.

Di awal penubuhannya , sekolah ini dikenali sebagai “SEKOLAH UMUM SERI KEMAJUAN”.
Jumlah murid ketika itu hanya seramai 50 orang sahaja. Sekolah ini kemudiannya ditukar nama
kepada “ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEMAJUAN” memandangkan pertambahan murid serta
peruntukan tambahan.

Pada tahun 1963, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan sebanyak 3 bilik darjah
dan 1 pejabat yang bernilai sebanyak RM 20.000 daripada kerajaan dan merupakan bangunan ke
dua.

Sementara itu, pada tahun 1983 pula, sekolah ini telah mendapat bangunan ke tiga dengan
mendapat tambahan sebanyak 2 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 16 bilik . terdiri dari 11
bilik darjah, 1 pejabat, 1 bilik guru besar, 1 bilik tayang, 1 bilik perpustakaan dan 1 stor. Sebuah
bangunan kantin seluas 2700 kaki persegi. Kesemua peruntukan ini bernilai RM 475.000.00 yang
bertaraf sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Bangunan baru seluas 25x100 kaki persegi yang boleh
menampung seramai 150 orang murid. Perkataan “KEMAJUAN” DIBERIKAN UNTUK SEKOLAH INI
DENGAN HARAPAN SEKOLAH INI AKAN SENTIASA MENUNJUKKAN KEMAJUAN DARI SEMASA KE
SEMASA DALAM SEMUA BIDANG KHUSUSNYAN AKADEMIK DAN NON AKADEMIK.

Bangunan sekolah asal telah dirasmikan pembukaannnya oleh Y.A.B Dato HJ Hassan bin
Yunus , Menteri Besar Johor ketika itu pada 15 JULAI 1964. Guru Besar pertama sekolah ini ialah
Cikgu Ahmad bin Ismail. Beliau berkhidmat di sekolah ini sejak ianya dibuka pada 8 mac 1956 hingga
beliau bersara pada 5 Januari 1986. Beliau berkhidmat di sekolah ini lebih kurang 30 tahun.
LATIHAN

You might also like