You are on page 1of 3

Ruj.

Kami :
Tarikh :
Kepada

SEMUA IBU BAPA / PENJAGA

Tuan,

MAKLUMAN TENTANG DASAR DAN AKTIVITI KOKURIKULUM MURID

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada
kurikulum sekolah untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana
memberi kerjasama kepada sekolah selama ini sehingga banyak kejayaan cemerlang dalam
aktiviti kokurikulum telah dicapai.

2. Sebagai menyahut seruan dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa dasar
telah digubal untuk tujuan tersebut. Sebanyak 10% markah kokurikulum akan diambil kira untuk
kemasukan murid ke IPTA bermula tahun 2007. Penilaian ini mengambil kira aspek kehadiran,
jawatan disandang, penglibatan dan pencapaian seseorang murid sehingga ke tahun terakhir
murid tersebut bersekolah.

3. Besar harapan pihak sekolah agar tuan dapat memastikan anak-anak jagaan tuan terlibat
dengan bersungguh-sungguh dalam aktiviti kokurikulum. Berikut dilampirkan aktiviti
kokurikulum yang disertai oleh anak tuan.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amat dialu-alukan dan dihargai ke arah melahirkan pelajar
yang sihat dan terpimpin.

Sekian, terima kasih.

’TERBILANG TRADISI KAMI’

Saya yang menurut perintah,

………………………………..

s.k: 1. Sektor Sekolah Berasrama Penuh, KPM


2. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (U.P Unit Kokurikulum)
3. Pegawai Pelajaran PPD Kubang Pasu
Lampiran

1. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib


seperti termaktub dalam Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Perkara 5.1 Surat Pekliling Ikhtisas Bil 1/1985
KP(BS)8591/Jld.II ( 29 ) iaitu :

“ Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah


penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurang dalam salah satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau
kelab atau satu kegiatan sukan atau permainan.”

2. Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid


menyertai kegiatan kokurikulum.
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 yang diterbitkan sebagai PU ( A ) 196/98

3. Kehadiran, jawatan, penglibatan, dan pencapaian murid dalam


kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian.
Penilaian ini dalam bentuk markah yang akan diberi semasa murid
berada dalam setiap tingkatan sehingga ke tingkatan terakhir.
Markah ini akan dikira bersama untuk kemasukan murid ke IPTA.
(Markah kokurikulum ke IPTA bermula 2007)
Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 SPI Bil.1/1985 dan
Perkara 2.1 SPI Bil 2/1986 )dan SPI berterikh Ogos 2006

GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E 19 ke bawah

4. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah


didaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang
menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika
disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng
sekolah atau ponteng kelas.
(Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang
dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid
dan ibubapa mereka).

5. Perkara berikut akan dilakukan oleh pihak sekolah untuk


melaksanakan dasar tersebut:
a) Setiap murid mesti memiliki sebuah buka rekod kehadiran
dan rekod penilaian terbaru mengikut format yang
ditetapkan;
b) Setiap kali kehadiran murid akan direkod dalam buku rekod
kehadiran;

c) Setiap kehadiran, jawatan, penglibatan dan pencapaian


murid akan diberi markah seperti yaang dietapkan;

d) Murid yang tidak hadir tertakluk kepada tindakan disiplin


mengikut tatacara yang ditetapkan;

e) Murid yang sakit hendaklah menunjukkan surat pengesahan


pegawai perubatan untuk tindakan pihak sekolah
seterusnya.

You might also like