You are on page 1of 2

Pengenalan

Sukan ragam merupakan suatu cabang dari sekalian cabang-cabang


kemahiran bersukan. Dalam sukan ragam, kreativiti penganjur perlulah luas untuk
menghasilkan permainan sukan ragam yang terbaik. Permainan yang ingin
dianjurkan tidak terikat pada undang-undang khusus, ianya brdasarkan kreativiti
penganjur. Sebelum kita pergi lebih jauh: apakah itu sukan ragam?

Perkataan “sukan” ditakrifkan sebagai “apa-apa aktiviti fizikal yang


dilaksanakan dengan peraturan tertentu, beserta prosedur yang teratur”. Kamus
terbesar, Wikipedia menyebutkan “sukan” sebagai berikut:

“A sport is an organized, competitive, entertaining, and skillful activity requiring


commitment, strategy, and fair play, in which a winner can be defined by objective
means which is governed by a set of rules or customs.”

-Wikipedia, ‘Sport’. 2011.

Manakala “ragam” pula membawa erti “pelbagai bentuk dan rupa; hasil
kreaviti atau semulajadinya pelbagai”. Definisi ini menunjuk terus kepada maksud
“lebih dari satu”. Digabungkan, sukan ragam bolehlah disebut sebagai suatu
kepelbagaian aktiviti fizikal yang melibatkan peraturan dan prosedur tertentu dalam
pelaksanaannya.

Selalunya dalam skop pendidikan di Malaysia, sukan ragam hanya


dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ataupun prasekolah sahaja. Dalam pada
masa yang sama, sukan ragam juga turut dipilih sebagai acara tahunan sekolah.

Memandangkan ianya melibatkan lapisan kanak-kanak, sukan ragam jarang


menampilkan acara yang ekstrem kerana ianya lebih bersifat riadah dan santai.
Aspek keselamatan amatlah penting dalam melaksanakan sesuatu acara sukan
ragam. Di samping itu, konsep berpasukan dijadikan prinsip tunjang dalam aktiviti
sukan ragam.

Kelebihan yang diperoleh dari pelaksanaan sukan ragam amatlah banyak dan
berguna dalam membentuk modal insan yang cemerlang bukan sahaja mental,
malah fizikalnya. Hal ini kerana, sukan ragam melatih diri peserta dengan aktiviti
yang menyihatkan. Selain itu, ia juga membina semangat berpasukan dalam
golongan muda kerana nilai ini penting dalam membentuk masyarakat bersepadu
pada masa akan datang.

Sukan ragam bukan sahaja melibatkan kemahiran fizikal, malah kecerdasan


minda juga diperlukan untuk mengatur strategi pasukan. Hal ini secara tidak
langsung membentuk personality pragmatic dan strategis. Dan akhir sekali, sukan
ragam berupaya membentuk jati diri berdaya saing,-yang mana kita sedari-
merupakan elemen peribadi yang penting untuk meneruskan hidup di abad ke dua
puluh satu ini.

Kesimpulannya, sukan ragam sememangnya amat berkesan dalam


membentuk peribadi yang mantap, sama ada dalam konteks fizikal mahupun mental.
Diharap, acara seegini dapat dikerapkan lagi dalam masyarakat kita, khususnya
golongan muda kerana pada peringkat inilah mereka senang dibentuk. Seperti apa
yang diperkatakan oleh pepatah Melayu, “Lentur buluh biarlah dari rebungnya”

Sekian.

You might also like