Minit Aset Bil 1 2018 SKLB

You might also like

You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH BERINGIN

44100 KUALA KUBU BHARU


SELANGOR DARUL EHSAN

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


Bil 1 /2020

Tarikh : 9 Januari 2020


Masa : 02.00 petang – 4.30 petang
Tempat : Google Meet

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En Samsudin bin Ahmad Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn.Norliza binti Nordin GPK Pentadbiran
3. Hj.Md Noor bin Md Isa GPK HEM
4. En.Mohd Khoiri Bin Jaya GPK Kokurikulum
5. Pn.Siti Mahana binti Manap Guru Penolong
6. Pn.Marshella binti Manshor Guru Penolong
7. Mohd Rafizal bin A.Rahman Guru Penolong
8. Pn Hafiza bt Ali Hasan Guru Penolong
9. En.Maarof bin Salleh Guru Penolong
10. En.Mohd Fadzli bin Ahmad Guru JQAF
11. Pn.Suzana binti Anwar Guru Penolong
12. Pn.Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada GuruPemulihan/Pegawai Aset
13. Pn Noor Falahan binti Zainal Abiddin Guru Penolong
14. Pn Sayidah Nafisah bt Suroso Guru Penolong
15. Pn Syuhaidah binti Salim Guru Penolong
16. Pn Mayzurah Binti Mohamad Guru Penolong
17. En. Khairil Azam b. Md Yahya Guru ICT
18. Pn.Aswida binti Abd. Rahman Guru Prasekolah
19. Puan Rodziah Kerani
20. Puan Alina Binti Ahmed Kerani Kewangan
21. Puan PPM PRA

Tidak Hadir (Bersebab)

Tiada

Urus Setia Mesyuarat:

1. Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada Urusetia mesyuarat


1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada Mesyuarat


Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan kali pertama hari ini dan
memulakan mesyuarat dengan meminta semua yang hadir membaca Ummul
Kitab.

1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk


menerangkan tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan dan perlantikan Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan peringkat sekolah bagi tahun
2018.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 1 Tahun 2018


telah disahkan oleh Encik Maarof Bin Salleh dan disokong oleh Ustaz Mohd
Fadzli Bin Ahmad.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4 PERKARA PERKARA BAHARU

4.1 Membentangkan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan Sekolah Kebangsaan


Lembah Beringin 2018 seperti berikut :

Penasihat : Encik Samsudin Bin Ahmad

(Guru Besar Sek. Keb. Lembah Beringin)

Pengerusi : Puan Hajah Norliza Binti Nordin

(PK Pentadbiran)

Guru Aset : Pn. Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada

AJK : Semua Ketua Panitia


4.2 Edaran bahan tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (Rujuk Edaran)

Tajuk : Dasar Pengurusan Aset Kerajaan.

Tindakan :(Semua AJK Aset)

4.3. Pengurusan Harta Modal dan Inventori

4. 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Harta Modal bermaksud Aset


Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000.00 dan ke atas setiap
satu atau Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara
berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan
penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan dalam manual /
buku panduan pengguna.

(Makluman)

4. 3.2 Inventori pula bermaksud Aset Alih yang harga perolehaan asalnya
kurang daripada RM1,000.00 setiap satu dan tidak memerlukan
penyelenggaraan berjadual. Bagi perabot, hamparan, hiasan,
langsir dan pinggan mangkuk pula tidak perlu mengambilkira harga
perolehan asal

(Makluman)

4.3.3 Pengerusi memaklumkan semua Harta Modal dan Inventori


didaftarkan dalam kad dengan segera agar tidak berlaku
kehilangan. Tempoh yang ditetapkan bagi pendaftaran Aset Alih
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 adalah 2
minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Rekod Harta Modal
adalah pada KEW.PA-2 dan Inventori pada KEW.PA-3.

(Makluman)

5 HAL-HAL LAIN

5.1Pengerusi menjelaskan tentang tanggungjawab guru-guru stok untuk


melaksanakan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.
5.2Pengerusi juga memaklumkan bahawa kunci setiap bilik di bangunan sekolah
mestilah mempunyai salinan di pejabat.

6.0 PENUTUP

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat


yang hadir dan berharap agar semua Ahli Mesyuarat memberi kerjasama dalam
menjaga kecemerlangan urusan Aset Alih sekolah untuk memberi imej yang baik
kepada sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Urus Setia
Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada
SK Lembah Beringin
Tarikh : 13 Januari 2018

You might also like