Minit Aset Bil 3 2018 SKLB

You might also like

You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH BERINGIN

44100 KUALA KUBU BHARU


SELANGOR DARUL EHSAN

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


Bil 3 /2018

Tarikh : 17 Julai 2018


Masa : 02.00 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKLB

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En Samsudin bin Ahmad Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn.Norliza binti Nordin GPK Pentadbiran
3. Hj.Md Noor bin Md Isa GPK HEM
4. En.Anuwar bin Arshad GPK Kokurikulum
5. Pn.Siti Mahana binti Manap Ketua Panitia Sains
6. Pn.Marshella binti Manshor Ketua Panitia Sejarah
7. Mohd Rafizal bin A.Rahman Guru Penolong
8. Pn Hafiza bt Ali Hasan Ketua Panitia BI
9. En.Maarof bin Salleh Ketua Panitia BM
10. En.Mohd Fadzli bin Ahmad Ketua Panitia PI
11. Pn.Suzana binti Anwar Ketua Panitia Matematik
12. Pn.Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada GuruPemulihan/Pegawai Aset
13. Pn Noor Falahan binti Zainal Abiddin Ketua Panitia Seni
14. Pn Sayidah Nafisah bt Suroso Ketua Panitia BA
15. Pn Syuhaidah binti Salim Guru Media
16. Pn Mayzurah Binti Mohamad Guru Penolong
17. En. Khairil Azam b. Md Yahya Guru ICT
18. Pn.Aswida binti Abd. Rahman Guru Prasekolah
19. Puan Rodziah Kerani
20. Puan Alina Binti Ahmed Kerani Kewangan
21. Puan Hasnita PPM PRA

Tidak Hadir (Bersebab)

- Tiada

Urus Setia Mesyuarat:

1. Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada Urusetia mesyuarat


1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli
Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(JKPAK) Bil. 3/2018.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 2 Tahun 2018


telah disahkan oleh Encik Mohd Rafizal bin A.Rahman Dan disokong Oleh Puan
Siti Mahana Binti Manap.
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5

Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus


dikemaskini. Ramai guru sugar memastikan pergerakan aset dari satu
tempat ke tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan
supaya senerai rekod tidak tercicir.

Tindakan : Pegawai Aset

4 PERKARA PERKARA BAHARU

4.1 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1.1 Pendaftaran Aset

Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan


KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah
mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima
aset berkenaan. Harta Perolehan yang terbaharu adalah Notebook
Dell Inspiron N4050. ( Rujuk lampiran KEW.PA 4 dan KEW.PA 8)

4.1.2 Penyelenggaran Aset

Unit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan


berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini,
Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari
guru dan kakitangan sekolah.

4.1.3 Kehilangan Dan Hapus Kira

(Tiada)
4.2 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih


kerajaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah.Segala aset
sekolah disimpan dengan baik.

4.3 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

(Tiada)

Makluman

4.4 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB

(Tiada)

Makluman

4.5 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih


kerajaan direkodkan sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod
pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir dan kesukaran
merekod data yang baharu.

Makluman

4.6 SISTEM MYSPATA

Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang


digunakan olah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi
pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan
sistem mySPATA bagi pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) memutuskan setiap
kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut.
5 HAL-HAL LAIN

5.1 KEW-PA2 & KEW-PA3

JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon
kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan
diserahkan kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2018.

Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

5.2 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan

Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat


pengesahan dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.
Makluman

5.3 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan

Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan


aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling
Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa
menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan
semasa menguruskan aset sekolah.

Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

6.0 PENUTUP

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat


yang hadir dan berharap agar semua Ahli Mesyuarat memberi kerjasama dalam
menjaga kecemerlangan urusan Aset Alih sekolah untuk memberi imej yang
baik kepada sekolah. Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat
memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan
terkini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Urus Setia
Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada
SK Lembah Beringin
Tarikh : 25 Julai 2018

You might also like