You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH BERINGIN

44100 KUALA KUBU BHARU


SELANGOR DARUL EHSAN

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


Bil 4 /2018

Tarikh : 13 November 2018


Masa : 02.00 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKLB

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En Samsudin bin Ahmad Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn.Norliza binti Nordin GPK Pentadbiran
3. Hj.Md Noor bin Md Isa GPK HEM
4. En.Anuwar bin Arshad GPK Kokurikulum
5. Pn.Siti Mahana binti Manap Ketua Panitia Sains
6. Pn.Marshella binti Manshor Ketua Panitia Sejarah
7. Mohd Rafizal bin A.Rahman Guru Penolong
8. Pn Hafiza bt Ali Hasan Ketua Panitia BI
9. En.Maarof bin Salleh Ketua Panitia BM
10. En.Mohd Fadzli bin Ahmad Ketua Panitia PI
11. Pn.Suzana binti Anwar Ketua Panitia Matematik
12. Pn.Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada GuruPemulihan/Pegawai Aset
13. Pn Noor Falahan binti Zainal Abiddin Ketua Panitia Seni
14. Pn Sayidah Nafisah bt Suroso Ketua Panitia BA
15. Pn Syuhaidah binti Salim Guru Media
16. Pn Mayzurah Binti Mohamad Guru Penolong
17. En. Khairil Azam b. Md Yahya Guru ICT
18. Pn.Aswida binti Abd. Rahman Guru Prasekolah
19. Puan Rodziah Kerani
20. Puan Alina Binti Ahmed Kerani Kewangan
21. Puan Hasnita PPM PRA

Tidak Hadir (Bersebab)

- Tiada

Urus Setia Mesyuarat:

1. Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada Urusetia mesyuarat


1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli
Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(JKPAK) Bil 4 /2018.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 4 Tahun 2018 telah
disahkan oleh Puan Sayidah Nafisah dan disokong oleh Puan Marshellah Binti
Manshor.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4 PERKARA PERKARA BAHARU

4.1 KEW PA 8 2018 telah dilaporkan tanpa ada sebarang penambahan aset.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 KEW-PA2 & KEW-PA3

JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon
kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan
diserahkan kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2018.

Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

5.2 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan

Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat


pengesahan dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.
Makluman
5.3 Pergerakan Aset Alih Kerajaan

Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada
Unit Aset untuk tujuan pemantauan.

Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

5.4 Kehilangan Dan Hapus kira

- Tiada laporan

Makluman

5.5 Agihan Stok Bekalan Pejabat

Mesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali


seminggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Khamis.

5.6 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset

Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit
keras dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset akan
menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi
penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset
perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi
memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Pegawai Stor

5.7 Penempatan Aset

Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset
agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang
pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.

Makluman

5.8 Pelabelan Aset

Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan
mengambil tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini
bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan
penempatan aset.

Tindakan : Unit Aset


5.9 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan

Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap


pengurusan aset perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan
semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki
kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset dipohon untuk
mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset

6.0 PENUTUP

Tuan Pengerusi Guru besar mengakhiri mesyuarat petang ini dengan ucapan
terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Beliau juga amat bersyukur di atas
kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan semua program sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Urus Setia
Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada
SK Lembah Beringin
Tarikh : 20 November 2018

You might also like