You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH BERINGIN

44100 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR,SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN


BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tarikh : 18 Januari 2021


Masa : 08:00 -10:00 malam
Tempat : Dalam Talian Gmeet

KEHADIRAN :

Bil Nama Jawatan

1. En Samsudin bin Ahmad Guru Besar (Pengerusi)

2. Pn Hajah Norliza Binti Nordin Guru Pen Kanan

3.. Hj.Md Noor bin Md Isa Guru Pen Kanan HEM

4. En.Khoiri Bin Jaya Guru Pen Kanan Kokurikulum

5. Pn Salbiah Bt Mohamad Guru Perpustakaan & Media

6. En Hazzizul Firdaus Bin Hodari Guru Pendidikan Khas Integrasi

7. Pn Nor Huda Binti Tumi’an Guru Pendidikan Khas Integrasi

8. En Hafizuddin Bin Zuhaidi Guru Pra Sekolah

9. Pn.Siti Mahana binti Manap Guru Akademik Biasa

10. Pn.Marshella binti Manshor Guru Akademik Biasa

11 Pn Hafiza bt Ali Hasan Guru Akademik Biasa

12. En.Maarof bin Salleh Guru Akademik Biasa

13. En.Mohd Fadzli bin Ahmad Guru Akademik Biasa

14. Pn.Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada Guru Pemulihan Khas

15. Pn Noor Falahan binti Zainal Abiddin Guru Akademik Biasa

16. Pn Sayidah Nafisah bt Suroso Guru Akademik Biasa

17 Pn Mayzurah Binti Mohamad Guru Akademik Biasa

18. En. Mohd Rafizal bin A.Rahman Guru Akademik Biasa

19. En Sanusi Bin Aziz Guru Akademik Biasa

TIDAK HADIR BERSEBAB

URUS SETIA MESYUARAT

1. Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada Urusetia mesyuarat

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan seterusnya mengalu alukan kehadiran guru-
guru pada mesyuarat guru dan kakitangan bilangan satu bagi sesi 2021

Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat dan selamat kembali
bertugas dalam norma baharu sekali lagi setelah sekolah ditutup kembali kerana PKPB akibat
peningkatan jumlah kes covid-19.

Makluman

1.3 Pengerusi berharap semua guru dapat menerima perubahan portfolio yang berlaku dalam
organisasi sekolah pada tahun ini atas perpindahan guru penyelaras ICT iaitu Puan Suzana Binti
Anwar.

Makluman

1.4 Pengerusi mohon semua guru untuk semak kembali senarai tugas dalam unit masing-masing
kerana ada beberapa perubahan jawatankuasa.Keputusan diambil setelah mengambil kira
pemberatan tugas dan tahap keupayaan masing-masing.

Makluman

1.5 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baharu yang melapor diri ke sekolah iaitu Ustaz
Sanusi Bin Aziz.

Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat bilangan satu bagi tahun 2021 telah dibentangkan dan dicadang untuk
disahkan oleh Encik Hazzizul Firdaus Bin Hodari seterusnya disokong untuk pengesahan oleh
Puan Marshella Binti Manshor.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.0 PERKARA PERKARA BAHARU/PELAPORAN

4.1. GURU BAHARU

4.1.1 Pengerusi memperkenalkan seorang guru baharu yang berpindah ke SK Lembah Beringin iaitu
Ustaz Sanusi Bin Aziz dari SK Sungai Tengi.

Makluman

4.2 PERUBAHAN PORTFOLIO TUGAS

2
4.2.1 Perlantikan baharu bagi guru GPM iaitu Pn Marshella bt Manshor menggantikan Pn Salbiah bt
Mohamad yang menjadi guru akademik biasa .
Makluman

4.2.2 Pn Hafiza bt Ali Hasan telah dilantik menjadi Guru Penyelaras ICT/Digital Learning dan Guru
Data menggantikan Pn Suzana bt Anuar yang telah berpindah ke sekolah lain. Ustaz Sanusi
merupakan pembantu unit ICT.

4.3 MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH VERSI 2 DAN PANDUAN


PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH

4.3.1 Pengerusi menyatakan bahawa sesi persekolahan pada tahun ini akan dimulakan dengan
menggunapakai manual pengajaran dan pembelajaran dirumah versi 2 dan panduan
pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran dirumah kerana sekolah masih belum
diboleh beroperasi seperti biasa.

Makluman

4.3.2 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk sentiasa merujuk panduan PDPR dan
melaksanakan PDPR berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan bagi memastikan kelansungan
pembelajaran murid.

Makluman

4.4 MANDAT KURIKULUM

4.4.1 GPK1 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru yang diberi mandat untuk
memegang portfolio baharu dalam unit kurikulum bagi tahun 2021.

Makluman

4.4.2 GPK 1 telah menyediakan buku pengurusan kurikulum 2021 dan guru boleh rujuk perubahan
portfolio tugas, takwim kurikulum dan jadual waktu pdpr yang telah dibuat.

Makluma
n

4.4.3 PK Kurikulum akan cuba memberikan guru kelas 27 minit seminggu manakala guru bukan
guru akan mendapat 29 minit seminggu. Namun segala perubahan tertakluk kepada situasi,
keperluan dan keadaan semasa.
Makluman

4.4.4 Guru perlu membuat sisipan kerana masalah pdpr pada tahun 2020. Hal ini kerana masih ada
murid yang terkesan dengan silibus tahun 2020 sama ada dari aspek kandungan yang tidak
dapat dilaksanakan, keterlibatan murid yang rendah atau tahap penguasaan murid yang
rendah.
Tindakan: Semua Guru

4.4.5 Ketua setiap panitia perlu membuat mesyuarat dalam kalangan ahli panitia dan berbincang
cara untuk melaksanakan penjajaran 2.0. Segala sisipan penjajaran kurikulum perlu
didokumentasikan dalam bentuk RPT 2021.
Tindakan: Ketua Panitia

4.4.6 Guru yang mengajar mata pelajaran tahun 2020 perlu memaklumkan kepada guru yang
mengajar mata pelajaran tahun 2021 berkaitan topik atau kemahiran yang terkesan dan
maklumat PBD.
Makluman

3
4.5 MANDAT HEM

4.5.1 GPK Hem telah menyediakan buku pengurusan hal ehwal murid 2021 dan guru boleh rujuk
perubahan portfolio tugas masing-masing.

Makluman

4.5.2 GPK Hem memaklumkan bahawa penyerahan buku teks dan penerimaan buku teks akan
dijalankan pada hari Rabu 20 Januari 2021 pada pukul 8:00 pagi.
Tindakan :Semua
guru

4.5.3 Penyerahan dan penerimaan buku adalah secara pandu lalu.

Makluman

4.6 MANDAT KOKURIKULUM

4.6.1 GPK Kokurikulum mohon semua guru untuk semak perubahan portfolio tugas masing-masing
dalam buku pengurusan unit kokurikulum 2021.

Makluman

4.6.2 Pelaksanaan perjumpaan unit kokurikulum bersama murid akan dijalankan secara atas talian.

Makluman

4.6.3 GPK Kokurikulum akan mengedarkan senarai nama murid mengikut unit beruniform, kelab
persatuan dan sukan permainan dalam masa terdekat.

Makluman

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Transisi akan berjalan seperti yang dirancang bersama murid-murid tahun 1 tahun 2021.
Segala bahan adalah mengikut modul yang diberikan.
Makluman

6.2 Guru Prasekolah diminta menyerahkan slide kepada guru besar untuk persediaan program
taklimat transisi bersama ibu bapa dan murid-murid.
Tindakan: En Hafizuddin bin Zuhaidi

7.0 PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam


10:00malam.Majlis ditutup dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
4
Urus Setia
Nurul Safiyyah Binti Mohd Mokhtada
SK Lembah Beringin
Tarikh : 21 Januari 2021

You might also like