You are on page 1of 5
AHMAD JUFLIZ BIN DATO’ FAIZA NO. 2, JALAN AUZA/20 ‘TAMAN SRI KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR Tarikh:23.4.2021 SAHIBUS SAMAHAH DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD WAHID DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR TINGKAT 7 & 8, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, PERSIARAN MASJID, 40000 SHAH ALAM MELALUI EMAIL/FAKS 03-55197584 SELANGOR DARUL EHSAN Email:mufti_sel@selangor.gov.nm Dan POS BERDAFTAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berbahagia Dato’ PERKARA: _BANTAHAN PERLAKSANAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM SUSULAN COVID19 YANG MENJEJASKAN AKIDAH DAN AMALAN UMAT ISLAM ‘TERUTAMA SOAL SOLAT DI SELANGOR DARUL EHSAN Saya merujuk kepada perkara diatas. 2. Saya, Ahmad Jufliz bin Dato’ Faiza, seorang anak jati Selangor dan warganegara Malaysia yang beragama Islam dan beralamat seperti yang dinyatakan di atas. 3. Saya ingin menarik perhatian Dato’ selepas berlakunya apa yang di katakan “pandemik covid19" ini, banyak perubahan telah dilakukan terhadap hal-ehwal aktiviti agama Istam dari masa ke semasa. Banyak sunnah dan ajaran Nabi SAW telah ditukar sewenang-wenangnya tanpa alasan dan nas yang sah. 4. Saya melihat dengan rasa dukacita perkara-perkara berikut antaranya yang berlaku di bawah pengetahuan dan bidang-kuasa pihak Dato’- (@ Penjarakan saf solat jemaah; Penetapan had kehadiran untuk solat jumaat dan larangan solat jumaat untuk golongan umur tertentu; Gi) Larangan bersalam-salaman dan diganti dengan adat dan ritual orang Yahudi dan Nasrani, tidakkah Datuk tahu? (iv) Larangan berbuka puasa di surau, larangan makan dalam dulang; dan () Segala SOP ketat ketika hendak solat dan akti keagamaan yang lain; [vi] Anak-anak yang sihat di bawah umur 15 tahun tidak lagi dibenarkan solat di Masjid/surau; 5, Saya tegaskan disini amalan-amalan seperti diatas yang telah diubah ini seperti yang Dato’ maklum, TIADA nas dan justifikasi mengikut ajaran Islam yang sebenar kecuali apa yang Dato’ ikut dan terima seperti yang diarahkan oleh pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata sedangkan MKN/KKM sendiri mengam! nasihat terus dari World Health Organisation (WHO). 6. Adalah sesuatu yang amat dikesali apabila hal ehwal agama Islam pada masa ini dijalankan dengan mengikut nasihat dan pandangan WHO semata- mata. Apakah pibak Dato’ tidak pernah menyiasat dan mengambil-tahu WHO, sejarah WHO dan siapa di belakang tabir WHO? tentang ap: 7. Kesemua i atakan dilakukan atas dasar menjaga nyawa dan keselamatan manusia dari “covid19"? Dan jaga Magasid Shariah? Sudahkan Dato’ sendiri mendalami, membuat kajian, meneliti dan mengambil-kira pendapat mereka yang pakar, yang tiada kepentingan, yang jelas keimanannya kepada Allah SWT sebelum membuat keputusan dan arahan yang natijahnya mengubah sunnah Rasul SAW dan hal ehwal agama Islam? 8. Saya menarik perhatian Dato’ dengan data KKM sendiri berkenaan “covid19" ini: (@ Kadar kematian dalam lingkungan 0.4% dan ianya normal seperti kadar kematian penyakit lain malahan terdapat penyakit lain yang mempunyai kadar kematian lebih tinggi dari covid19 in (ii) Kadar sembuh jika dijangkiti covid19 adalah lebih 90%; 9, Saya MENUNTUT penjelasan Dato’ apakah pihak Dato’ tidak mampu berfikir langsung? Dengan data yang saya nyatakan diatas, dimanakah kewajarannya Dato’ bersetuju dan bersekongkol untuk mengubah ajaran Islam, mengubah sunnah Nabi SAW? 10. Saya dengan ini MENGINGATKAN Dato’ agar takut kepada ALLAH SWT. 11, Saya MENGINGATKAN Dato’ bahawa gaji dan imbuhan yang Dato’ serta kakitangan JAKIM terima dari pematuhan membuta tuli terhadap standard ‘operating procedure (SOP) MKN/KKM/WHO ini tidak standing dengan azab dan bala yang dijanjikan ALLAH SWT kepada mereka yang khianat dan redha kepada kezaliman yang dilakukan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. 12, Mengikut artikel 12(2] Perlembagaan Persekutuan, berbillion wang telah di curahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada institusi Islam seperti Jakim, IKIM, Yadim, Yapim dan institusi negeri bagi memartabatkan Agama Islam. Tetapi hari ini, Institusi Islam dan Institusi Mufti Dato’ sendiri telah gagal memartabat agama Islam disebabkan “pandemic convid 19” yang tiada bukti saintifik dan statistik tetapi semata-mata hanya mengikut pandangan WHO. 13.Apakah dengan berbillion wang yang di curahkan demi agama Islam tapi kita masih gagal untuk melahirkan cerdik pandai umat Islam yang ada latarbelakang sains dan agama? 14, Saya sekali lagi MENGINGATKAN Dato’ dan semua pihak yang terlibat agar kembali ke jalan Allah yang benar dan menghapuskan kezaliman demi keadilan, 15, Saya sekali lagi MENGINGATKAN Dato’ dan semua pihak yang terlibat agar mengemb: in aketivit mengimarahkan masjid, menghidupkan sunnah Nabi SAW dan memanggil manusia untuk sama-sama datang kepada keberkatan berjemaah cara Nabi SAW di masjid-masjid dengan saf rapat, anak- anak dibawa bersama dan semua aktiviti keagaamaan, berbuka bersama, tadarus, qiammullail dibenarkan dan digalakkan tanpa syarat, 16. Jika kematian yang Dato’ takuti, biarlah kematian tersebut berlaku dalam perjalanan aktiviti memakmurkan masjid, dalam aktiviti melaksanakan sunnah Nabi SAW yang sebenar dan mudah-mudahan dengan itu kita mati dalam redha Allah SWT dan husnul khatimah, Bukan mati dalam ketaatan kepada WHO, bukan mati dalam ketakutan kepada mati itu sendiri dan bukan mati dalam mengerjakan amal yang menyimpang dari suruhan ALLAH SAW dan RasulNYA. 17. Saya INGATKAN Dato’ tentang murka ALLAH SWT. 18. KEMBALILAH kepada ajaran Islam sebenar:~ ( Kembalikan imarah masjid dan surau seperti yang diperintahkan oleh ALLAH dan RasulNya; (ii) Kembalikan sunnah Rasul SAW dalam hubungan silaturrahim, ziarah-menziarahi, menyantuni orang tua, makan dalam dulang, tadarus Quran, qiammulail dan lain-lain lagi; (iii) Kembalikan sunnah Rasul SAW dalam perubatan, pemakanan, adab harian dan rutin harian kita sebagai muslim. 19. HENTIKAN SOP yang mendaulatkan ketaatan kepada MKN/KKM/WHO! 20, HENTIKAN ketaatan kepada arahan dan nasihat kepada MKN/KKM/WHO. yang salah, batil dan menyimpang dari ajaran dan sunnah Nabi SAW! KETIADAAN BUKTI SAINTIFIK 21, Setelah lebih setahun, TIADA bukti saintifik dari penyeli berkredil an i wujudnya kaitan mudarat dari “covid19” jika semua aktiviti keagamaan seperti yang disebut di dalam perenggan di atas dilaksanakan seperti biasa. 22. Saya menyeru Dato’ agar BERHENTI TAKUT dan menakutkan rakyat tentang kematian akibat ‘covid19" sedangkan data KKM menunjukkan sebaliknya. Yang wajib ditakuti hanyalah ALLAH SAW. TAKUTLAH kepada ALLAH SWT, Tuhan Sekalian Alam. 23, Lakukanlah sesuatu sebelum terlambat. Hapuskan kezaliman kembalikan keadilan, Apabila nyawa di penghujung apakah taubat orang menzalimi itu akan diterima Iahi? 24.Sila ambil notis untuk Dato’ respon surat ini dalam masa 14 hari, kegagalan untuk berbuat demikian, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang dan lain-lain bagi memastikan institusi Islam dan umat Islam di Selangor Darul Ehsan terpelihara dalam lindungan Allah swt. JATO" FAIZA, SK: RAZAK IBRAHIM & CO Peguambela & Peguamcara [untuk perhatian segera] ricolaw80@gmail.com

You might also like