You are on page 1of 16

SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Tema : Tenaga dan Kelestarian Hidup


Bidang Pembelajaran : 8.Cahaya dan Optik

Standard Kandungan : 8.1 Penggunaan cermin

1. Cermin jenis ini ialah cermin satah.


2. Imej sahih​ ialah ​imej yang terbentuk pada skrin
3. Imej maya ialah ​imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin​. Imej kita dalam cermin
terbentuk di belakang cermin. Oleh itu, imej yang terbentuk pada cermin ialah imej
maya.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

4. Jenis-jenis cermin

Cermin satah mengaplikasikan konsep pantulan cahaya. Sinar cahaya yang


terpancar di atas cermin akan dipantulkan.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

5.

6. Aplikasi cermin satah :


SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

⃰ Maklumat tambahan :
7. Alat Optik yang Menggunakan Konsep Pantulan Cahaya
- Alat optik telah direka cipta oleh ahli sains berdasarkan konsep pantulan cahaya
untuk meningkatkan keupayaan deria penglihatan manusia. Kita seharusnya
bersyukur dengan ciptaan tersebut dan menghargainya.

PERISKOP- merupakan alat yang digunakan pada kapal selam untuk melihat keadaan di
permukaan laut. Periskop mengaplikasikan sifat cahaya yang boleh dipantulkan. Cahaya
dari atas permukaan laut dikesan oleh suatu cermin, kemudian dipantulkan oleh cermin lain
dan menuju ke mata pemerhati yang berada di dalam kapal.

KALEIDOSKOP- merupakan alat mainan yang dibuat dengan menggunakan cermin satah.
Dengan alat ini, anda dapat membuat pelbagai bola yang mengagumkan. Pola-pola ini
diperoleh kerana imej objek-objek di dalam kaleidoskop berkali-kali mengalami pantulan.
Oleh yang demikian, jumlah imej yang kelihatan lebih banyak daripada jumlah objek.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.2 Sifat cahaya

NOTA
1. Cahaya bergerak lurus.
2. Pernahkah anda terfikir bagaimana bayang-bayang terbentuk?
- Cahaya matahari bergerak lurus
- Payung adalah objek legap, maka cahaya matahari tidak dapat menumbusinya.
- Apabila cahaya dihalang oleh objek legap, maka bayang-bayang akan terbentuk
di belakang objek legap itu

3.

4.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.3 Pantulan cahaya

NOTA
1. Hukum Pantulan Cahaya
Apabila suatu sinaran cahaya ditujukan ke atas sekeping cermin satah pada sudut tertentu
(sudut tuju), sinaran cahaya itu akan dipantulkan ke sudut tertentu (sudut pantulan).
2. Cahaya yang dipantulkan mematuhi hukum pantulan:
-sudut tuju, sinar pantulan dan garis normal semuanya berada pada satah yang sama.
-sudut tuju adalah sama dengan sudut pantulan.

3.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

4.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.4 Pembiasan cahaya

1. Pembiasan Cahaya = Perubahan arah perambatan atau pembengkokan cahaya


apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza ketumpatan.

2.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

3.

4.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.5 Penyebaran cahaya

1. Penyebaran cahaya ialah pengasingan cahaya putih kepada tujuh warnanya yang
dikenali sebagai spektrum.
2. Penyebaran cahaya berlaku kerana setiap juzuk warna ini akan bergerak dengan
kelajuan yang berlainan dalam sesuatu medium. Sebagai contoh, cahaya merah
mempunyai kelajuan yang paling tinggi. Oleh itu, cahaya merah paling kurang
dibiaskan. Cahaya ungu pula mempunyai kelajuan yang paling rendah dan paling
banyak dibiaskan
3. Penyebaran cahaya oleh prisma

i. Apabila alur cahaya putih ditujukan ke arah prisma, sinar cahaya putih itu akan
dipecahkan kepada komponen warna yang berbeza. Hal ini disebabkan oleh warna
yang berbeza dalam cahaya putih itu membengkok ke arah mendekati garis normal
pada sudut yang berlainan apabila memasuki prisma
ii. Cahaya yang keluar daripada prisma kaca menjauhi garis normal. Cahaya yang
keluar dari prisma telah disebarkan kepada tujuh warna dalam tertib susunan
4. Contoh penyebaran cahaya yang berlaku dalam kehidupan harian adalah pembentukan
pelangi. Apabila sinar matahari mengenai titisan air hujan di langit, maka cahaya putih
akan dibiaskan dan disebarkan kepada tujuh warna yang berlainan yang dikenal
sebagai pelangi.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.6 Penyerakan cahaya

1. Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua
arah oleh awan atau zarah-zarah dalam udara (gas, wap air,habuk, debu)
2. Penyerakan cahaya dipengaruhi oleh
i. Jarak yang diambil oleh cahaya dalam atmosfera – Semakin jauh cahaya,
semakin banyak cahaya diserakkan
ii. Jenis gelombang cahaya- Cahaya biru lebih diserakkan daripada warna lain
kerana mempunyai panjang gelombang yang pendek
3. Fenomena berkaitan penyerakan cahaya

i) Langit kebiruan pada waktu siang ii) Langit kemerahan pada waktu senja
Pada waktu tengah hari, cahaya Pada waktu senja pula, cahaya matahari
matahari cahaya biru yang bersinar secara mengufuk. Cahaya yang
mempunyai gelombang pendek, akan paling kurang diserak seperti merah dan
diserak paling banyak ke semua arah jingga akan melalui atmosfera tanpa
oleh molekul-molekul udara yang gangguan. Cahaya lain seperti cahaya biru
halus dalam atmosfera. Oleh itu, yang banyak diserak akan hilang daripada
langit kelihatan biru pada waktu lintasan cahaya asal. Oleh itu, langit pada
tengah hari. waktu senja kelihatan kemerahan.
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Standard Kandungan : 8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya

Penambahan Warna Cahaya

Teknik Ingat !!!!


Mak (Merah)
Kata (Kuning)
Hantu (Hijau)
Suka (Sian)
Balik (Biru)
Malam (Magenta)

Warna Asas/ Primer Cahaya :


1. MERAH (mak)
2. HIJAU (hantu)
3. BIRU (balik)

Warna Campuran/ Sekunder Cahaya :


Kuning (kata)
Sian (suka)
Magenta (malam)
SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Penolakan Warna Cahaya

Penapis Warna Primer


SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Penapis Warna Sekunder


SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Penolakan Cahaya Melibatkan Dua Penapis

Contoh :
Apakah warna cahaya P?

Tips :
1. Penapis warna hijau (warna asas) - OK

Penapis warna sian (warna campuran / sekunder)


● Tukar kepada warna asas
● Sian = Hijau + Biru

2. Pilih warna cahaya yang sama dengan warna penapis. Dalam contoh ini,
jawapannya adalah warna hijau.

Jawapan : Cahaya P adalah warna HIJAU


SAINS - KHAMIS ( 22 OKTOBER 2020 - )PN JOHARNI JOHARI

Perbezaan Antara Penambahan dan Penolakan Cahaya

Penambahan cahaya ialah percampuran cahaya warna primer untuk menghasilkan cahaya
warna sekunder.

Penolakan cahaya berlaku apabila objek legap memantulkan cahaya yang sama warna
dengannya dan menyerap warna lain.

Contoh Penambahan Cahaya dan Penolakan Cahaya Dalam Kehidupan Seharian


1. Skrin berwarna pada televisyen
2. Cahaya lampu berwarna di pentas
3. Lampu berwarna di stadium
4. Lampu berwarna di menara

TAMAT

You might also like