You are on page 1of 2

Unit Hal Ehwal Murid,

SK (P) Methodist 1,
Jalan Sultan Abdul Samad,
50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22741553
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKPM1.700-8/2/1 ( 1 )
Tarikh : 23 Mac 2021
Melalui,
Guru Besar,
SK (P) Methodist 1,
Jalan Sultan Abdul Samad,
50470 Kuala Lumpur.

Kepada;
Yang DiPertua,
Persatuan Ibu Bapa Guru,
SK (P) Methodist 1,
Jalan Sultan Abdul Samad,
50470 Kuala Lumpur.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID 2021

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan beberapa program
sepanjang 2021. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid di samping menggalakkan murid menjadi individu yang cemerlang dan
bertanggungjawab.

3. Berikut adalah program yang akan diadakan:

Bil Aktiviti Anggaran Perbelanjaan


1 Sambutan Hari Lahir ( Januari hingga Disember) RM1200.00
2 Minggu Kesihatan & PPDa RM 100.00
3 Ziarah CAKNA RM 500.00
4 Pertandingan Keceriaan Kelas RM 200.00
Jumlah Besar RM 2000.00

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan
bagi menampung kos pengendalian program tersebut. Bersama-sama ini disertakan perincian
program yang akan dilaksanakan untuk perhatian pihak tuan.

4. Kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan
bagi membantu kelancaran program tersebut. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


Program : Sambutan Hari Lahir
Sasaran : Semua murid
Tempoh Pelaksanaan :Januari hingga Disember

You might also like