You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG POH

35500 BIDOR, PERAK


Tel : 01165750582
TELEGRAM SEKOLAH: https://t.me/sk_kampong_poh
_________________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami :

Tarikh :22 Mac 2021

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga

________________________________
Tahun __________________________

PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPK DAERAH TAPAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Wang Bantuan Persekolahan MAIPK untuk murid-murid SK Kampong Poh
yang layak akan dilaksanakan segera.

3.    Untuk makluman tuan / puan pihak sekolah telah menetapkan bahawa pemberian wang bantuan
persekolahan akan diberikan kepada ibu bapa / penjaga seperti ketetapan berikut :-

        Tarikh  :    23 Mac 2021 (Selasa )

        Masa  :    12.20 – 1.00 tengah hari

        Tempat  :    Pejabat SK Kampong Poh

4.    Kehadiran ibu bapa/ penjaga dan murid adalah diwajibkan. Dokumen yang perlu dibawa oleh penjaga
pada hari tersebut ialah :

4.1 Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga

5.    Sehubungan itu, pihak tuan / puan diminta hadir mengikut masa dan tarikh yang telah
ditetapkan. Kerjasama dari pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

____________________
(SHAHRUL BIN IBRAHIM)
Guru Besar
SK Kampong Poh, Bidor.

You might also like