You are on page 1of 3

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana telah

mendapat khidmat pentadbiran dan perjalanan pengurusan sekolah ini daripada Tn Guru besar . Beliau
adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak pernah lokek memberi bantuan dan sokongan
kepada PIBG . Sehingga ke saat ini, beliau masih bekerja keras melunaskan amanah yang diberikan
kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas peninggalannya. Encik Azni yang kami
kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan murid-murid di
sekolah ini. Beliau seorang yang berhemah, berterus terang, dan mempunyai pengetahuan dalam
pengurusan sekolah dan akademik.

Sebagai teraju utama sekolah ini, beliau banyak memainkan peranan demi meningkatkan prestasi
dan pencapaian sekolah. Kami berharap, semua usaha ini akan diteruskan oleh guru besar baharu yang
akan mengambil alih tampuk kepimpinan beliau nanti. Usahlah bimbang,Kami di sini, walau bersama
siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik
mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah dan anak-anak didik di sini..

Walaupun pengalaman saya bekerja bersama En Azni masih baru setahun jagung, namun dapat
saya rasakan bahawa beliau memang seorang guru besar yang sangat perihatin terhadap guru-guru dan
murid sekolah ini. Beliau sering mengutamakan kebajikan guru-guru serta sentiasa terbuka dengan buah
fikiran anak buahnya. Tahniah saya ucapkan kerana beliau berjaya menjadi dirinya sendiri selama
menerajui SK Selabak.

Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru
bahkan juga kepada murid-murid Sek. Keb. selabak. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat
menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tn guru besar. Dalam hal ini, kita amat
terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh
beliau sepanjang berkhidmat di sini. BAgaimanapun, dapat kami selam akan perasaan En Azni yang
masih terlalu sayangkan sekolah ini. Jika diberi peluang, tentu sahaja beliau ingin menyambung
menggalas tanggung jawab yang dirasakan masih belum selesai. Namun apakan daya, beliau telah
sampai ke penamat sebagaimana yang telah termaktub dalam syarat perkihdmatanya.

Cikgu Aniff yang kami raikan,

Inilah yang dikatakan, Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Tn guru besar telah menamatkan perkhidmatannya dengan jaya sekali. Malah daam keadaan
kesihatan beliau yang masih gagah dan kuat. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya sehingga
ke noktah terakhir.

Saya mewakili seluruh ibu bapa dan penjaga murid, ingin mengambil kesempatan ini menyusun
jari sepuluh memohon kemaafan dari tuan andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan
tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung
perasaan tuan. Segala jasa bakti tuan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang selagi
hayat di kandung badan. Semoga tn guru besar akan lebih tenang dan berbahagia bersama keluarga
tercinta selepas bersara ini. Kami juga doakan beliau akan selalu sihat dan lebih sejahtera menjalani
kehidupan tanpa memikirkan bebanan kerja. Berehatlah dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.Untuk
encik Azni, dengarkan pantun dari saya.

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,

Budi baikmu tetap disanjung.

Tuan umpama bintang cemerlang

Walau bersara jasa dikenang

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh _________________________
dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada di hujung hari persaraan, Maka,hari ini
merupakan hari terakhir kita untuk bersama Tbn Guru besar sk selabak yang hebat ini.

Begitu hiba rasanya untuk kami berpisah dengan guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik
serta mengasuh kami. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu,
lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati
untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti tn guru besar terlalu banyak buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang
ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang beliau curahkan kepada kami. Pastinya akan kami
kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan
ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki kepada tn guru besar yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segala jasa dan bakti yang telah tuan abadikan kepada kami.

Sekian sahaja ucapan dari saya, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
W.B.T

Inilah yang dikatakan, Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,


Tn guru besar telah menamatkan perkhidmatannya dengan jaya sekali. Malah daam keadaan
kesihatan beliau yang masih gagah dan kuat. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya sehingga
ke noktah terakhir.

You might also like