You are on page 1of 1

Lampiran

MINIT MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Tarikh : 08 JANUARI 2020


Masa : 10.30 PAGI – 11.30 PAGI
Tempat : KELAS 3M3

Kehadiran :
Cik Wan Nurul Azizah Mahmud
En. Zulkillnain bin ismail
Pn. Nurul huda bt ahmad nazri
Pn. Norakmal bt Abdullah
Pn. Nor hayati bt salimin
En. Masli syah bin omar@mansur
Kehadiran Pelajar : 26 Orang

Agenda mesyuarat

1. Kata Alu-aluan Guru penasihat


1.1 Cik Wan Nurul Azizah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat
penubuhan ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini ialah untuk melantik ahli
jawatan kuasa persatuan dan juga merancang aktiviti sepanjang tahun mendatang.

2. Pelantikan  AJK Tahun 2020


2.1              Guru penasihat melantik Pengerusi,Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari dan Ahli
Jawatankuasa persatuan secara undian daripada ahli.
2.3              Perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu telah dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.
( Lampiran 1 )

3. Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.


3.1              Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada hari Rabu
mengikut jadual perjumpaan yang telah dikeluarkan.
3.2              Guru penasihat juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM5 setahun dan dipersetujui oleh
semua ahli.
3.3              Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya
ialah :
i) Lawatan ke Institusi Jantung Negara
ii) Lawatan ke Hospital Kuala Lipis
iii) Kursus Pertolongan Cemas.
4          Hal-Hal Lain
4.1   Cik Wan Nurul Azizah memilih ahli yang akan mengendalikan perhimpunan kokurikulum pada 29/01/2020
(Rabu). Senarai seperti berikut :
Pengacara : Hazimah
Pemberi Arahan : Nur Iman
Pembaca Doa : Wan Mohammad Amzar
Penaik Bendera : Mohamad Arif
Mohammad Naqib
Khairil
5          Ucapan Penangguhan.

5.1  Mesyuarat ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiri dengan surah Al-Asr

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_______________ _______________
( ROSLINA ) (WAN NURUL AZIZAH MAHMUD)
Setiausaha Guru Penasihat
Persatuan Bulan Sabit Merah Persatuan Bulan Sabit Merah
Sek. Men. Keb. Clifford Sek. Men. Keb. Clifford

You might also like