You are on page 1of 3

1)Isu perpaduan dalam negara kita kerap menjadi polemik dalam kalangan rakyat

Malaysia. Menurut Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, negara


Malaysia adalah gagal dalam membentuk perpaduan kaum. Apa pandangan dan
hujjah anda? (10 Markah)
Perpaduan membawa erti sebagai penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang

dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Perpaduan kaum amat

penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Namun, isu perpaduan di

negara ini tidak pernah hilang dari akhbar-akhbar dan sering menjadi sebutan masyarakat.

Walaupun negara telah melangkau pada tahun 2021 isu ini masih hangat sehingga tiada

penghujungnya. Saya juga bersetuju dengan pandangan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul

Amri Baharuddin yang mengatakan bahawa Malaysia adalah gagal dalam membentuk

perpaduan kaum.

Punca pertama yang menjadi sebab Malaysia gagal dalam membentuk perpaduan

kaum ialah sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, sistem

pendidikan di Malaysia masih lagi mengamalkan sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis

sekolah vernakular iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil. Kita sedia maklum, dengan wujudnya sekolah seperti ini, ibu bapa

semestinya akan menghantar anak-anak mereka mengikut kaum mereka. Tanpa kita sedar

perbuatan tersebut adalah perbuatan yang mampu menggagalkan pembentukan perpaduan

kaum. Seharusnya, pelajar-pelajar perlu di ajar untuk bergaul dengan kaum lain dari kecil

agar dapat mewujudkan suasana yang harmoni. Pelajar-pelajar juga akan pelajari lebih

menghormati dan mengelakkan diri daripada berkata perkara-perkara yang sensitif terhadap

kaum lain.

Punca yang kedua ialah pengaruh politik di negara ini. Hal ini dikatakan demikian

kerana, sesetengah ahli politik gemar bermain dengan sentimen perkauman dan keagamaan

yang pada akhirnya boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan antara kaum. Banyak
ucapan yang mempunyai sifat kebencian sering dilontarkan oleh ahli politik yang hanya

inginkan sokongan daripada sesuatu kaum. Perkara seperti ini seharusnya dicegah dan ahli-

ahli politik seharusnya tidak boleh menyentuh sentimen perkauman dalam berpolitik kerana

kita tidak mahu isu 13 Mei 1969 berulang lagi. Ahli-ahli politik mempunyai platform yang

besar yang sepatutnya boleh mengajak orang-orang awam bersatu memajukan lagi negara

dengan perpaduan dari setiap kaum.

Punca yang terakhir ialah media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada era

yang moden ini masyarakat terdedah dengan penggunaan media sosial daripada golongan

kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Media sosial kini juga tidak lari daripada

tersebarnya sentimen perkauman. Ada yang sanggup membuat akaun palsu semata-mata

untuk memfitnah dan menghamburkan kata-kata yang kurang enak terhadap kaum dan agama

lain. Tambahan pula, dengan sikap rakyat Malaysia yang suka mempercayai dan

menyebarkan sesuatu perkara tanpa menyelidik akan menjadikan perkara ini bertambah

buruk jika tidak di tangani oleh pihak berkuasa.

Kesimpulannya, bagi menangani masalah ini, setiap lapisan masyarakat perlu

memainkan peranan yang tersendiri. Perlu sentiasa berwaspada semasa berbicara dan perlu

sentiasa beringat untuk tidak menyentuh hal-hal yang sensitif yang boleh menyebabkan

masalah perkauman. Undang-undang pula perlu dikuatkuasakan agar tiada ahli-ahli politik

yang berani menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan daripada kaum

tertentu. Apabila perkara ini dapat dibanteras, maka Malaysia sememangnya dapat menjadi

salah satu negara yang maju di dunia dan masyarakat luar pasti akan pandang tinggi dan

menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang patut dicontohi.

You might also like