You are on page 1of 20

1

1.0 PENGENALAN

Kestabilan politik merupakan salah satu aspek yang penting dalam mengukur
perkembangan ekonomi di sesebuah negara. Kestabilan politik dibentuk oleh pihak
kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya di sesebuah negara.
Walaupun terdapat pelbagai bentuk negara seperti demokrasi di negara Barat atau
monarki di Brunei, pemimpin yang menerajui kerajaan mempunyai matlamat yang
sama iaitu untuk mengekalkan kestabilan politik demi pembangunan ekonomi dan
sosial negara tersebut. Kegagalan mengekalkan kestabilan politik akan menyebabkan
sistem perundangan gagal dilaksanakan, aspek kesihatan rakyat terabai dan
kemiskinan akibat kemerosotan pertumbuhan ekonomi. Pada hari ini, terdapat 48 buah
negara yang tergolong dalam kategori least developed countries (LDC) atau negara
kurang membangun yang kebanyakannya terletak di benua Afrika dan Asia. Negara
LDC merupakan negara yang mempunyai indeks kemiskinan yang tinggi dan lemah
dalam pengurusan sumber manusia yang merangkumi aspek kesihatan, pendidikan,
dan kadar buta huruf yang tinggi. Hal ini berlaku akibat daripada kegagalan kerajaan
mengekalkan kestabilan politik yang berpunca daripada perang saudara, rasuah dan
keganasan seperti yang berlaku di Congo, Liberia, Somalia dan Uganda (United
Nation).

Kestabilan politik didefinasikan sebagai tindakan mengimbangkan keputusan


diantara persekitaran dalaman dan persekitaran luaran yang terdapat dalam negara dan
konteks hubungan antarabangsa. Tanggungjawab pemimpin yang menerajui kerajaan
adalah untuk memahami persekitaran dalaman sebelum membuat keputusan bagi
persekitaran luaran. Sebagai contoh, persekitaran dalaman ialah sumber manusia,
kewangan, pemasaran dan faktor pengeluaran negara. Manakala, faktor luaran
merangkumi persekitaran ekonomi antarabangsa, masyarakat politik, kepesatan
teknologi dan pelbagai cabaran lain (Perdana Leadership Foundation 2006). Untuk
mengekalkan dan menjamin kestabilan politik, pemimpin perlu membina persekitaran
dalaman yang kukuh untuk meminimakan cabaran persekitaran luaran yang tidak
dijangka.
2

Pada masa yang sama, parti politik yang wujud dalam negara juga memainkan
peranan dalam membentuk kestabilan politik. Penggabungan parti-parti politik
pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional telah menghasilkan
kestabilan politik dan keamanan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana faktor
kestabilan politik merupakan ciri asas kearah mempercepatkan agenda pembinaan
negara dalam konteks ekonomi dan sosial (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
2014). Tanpa kerjasama diantara organisasi politik dalam sesebuah negara, kestabilan
politik akan tergugat akibat ketiadaan persetujuan dalam proses pembuatan polisi. Hal
ini secara tidak lansung akan mengancam perkembangan ekonomi sesebuah negara
tersebut.

Secara amnya, kestabilan politik memainkan peranan penting dalam


perkembangan ekonomi di sesebuah negara dan merupakan elemen yang tidak dapat
dipisahkan dalam konteks ekonomi politik.

2.0 KONSEP

Penulisan ini akan menggunakan konsep kestabilan politik untuk menilai


perkembangan ekonomi di sesebuah negara. Addis Ababa Othow Akongdit (2013)
dalam bukunya Impact of Political Stability on Economic Development:Case of South
Sudan, mendefinasikan kestabilan politik ialah keadaan negara yang aman dan
kepatuhan undang-undang oleh masyarakat di mana proses pembuatan keputusan
adalah berdasarkan institusi kerajaan yang berdaulat dan fungsi yang telah ditetap di
dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Addis Ababa Othow Akongdit (2013)
berhujah, kestabilan politik juga dapat dinilai melalui melihat kemungkinan sesebuah
kerajaan itu akan terjejas kestabilannya atau digulingkan jika tidak dapat mengatasi
keganasan domestik seperti peperangan dan rusuhan. Keganasan domestik merupakan
cabaran persekitaran dalaman yang dihadapi pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengekalkan kestabilan politik.

Pada masa yang sama, kestabilan politik dapat dilihat atau dinilai melalui
empat aspek utama iaitu kerajaan yang stabil, sistem politik yang stabil, sistem
3

perundangan yang berfungsi dan kestabilan persekitaran luaran (Borner, Kaser &
Paldam 1998). Kerajaan yang stabil merujuk kepada satu set institusi tertentu dan
orang yang ditugaskan oleh dokumen formal seperti perlembagaan bagi tujuan
meluluskan undang-undang, mentadbir, menggubal dasar awam dan menguatkuaskan
peraturan. Melalui kerajaan yang stabil, perkembangan ekonomi dapat dipertingkatkan
melalui dasar fiskal yang mesra pelabur, penggunaan bahan mentah secara optimum
dan kemudahan infrastuktur bagi tujuan peningkatan sektor industri. Pada masa yang
sama, aspek sistem politik yang stabil dapat dilihat melalui teori sistem David Easton
yang membahagikan sistem politik kepada dua bentuk aktiviti iaitu menyokong dan
meletakkan tuntutan ke atas negara. Aktiviti ini dapat dilihat melalui kumpulan
berkepentingan atau interest group yang cuba membawa kepentingan golongan yang
diwakilinya dan melobi dalam proses pembuatan dasar (Easton 1997).

Seterusnya, sistem perundangan yang berfungsi merupakan salah satu petunjuk


dalam mengukur kestabilan politik sesebuah negara. Negara demokrasi industri seperti
Great Britain mempunyai institusi perundangan yang efektif dan mempunyai
pengekangan yang dibina bersama ke atas penggunaan kuasa untuk mengekalkan
kestabilan politik negara. Walaubagaimanapun, negara LDC seperti Congo, Sudan,
Angola, Burundi dan Somalia masih tidak dapat membentuk institusi perundangan
yang berfungsi secara efektif. Pada masa yang sama, negara-negara ini juga pernah
mengalami rampasan kuasa oleh pihak tentera kerana ketiadaan pengekangan ke atas
penggunaan kuasa dan hal ini menyebabkan kestabilan politik tergugat dan
mengancam perkembangan ekonomi. Kesan daripada politik yang tidak stabil, negara
tersebut mengalami peningkatan indeks kemiskinan, kadar buta huruf yang tinggi,
sistem pendidikan yang tidak efektif dan pendapatan negara kasar atau gross national
income (GNI) yang rendah sehingga mencecah USD 1035.00 per kapita (United
Nation).

Menurut Borner, Kaser & Paldam (1998), aspek seterusnya dalam menilai
kestabilan politik sesebuah negara ialah melalui kestabilan persekitaran luaran.
Kestabilan persekitaran luaran merujuk kepada adakah wilayah dan sempadan negara
tersebut sering diancam atau diceroboh oleh kuasa lain. Wilayah dan sempadan negara
merujuk kepada kedaulatan luaran negara dimana negara tersebut mendapat
pengiktirafan oleh negara-negara lain akan kemerdekaannya, intergriti wilayah dan
4

hak yang tidak boleh diceroboh. Negara yang lebih kecil dan lemah dari aspek
persekitaran luar sering disusupi oleh kuasa-kuasa yang lebih besar seperti yang
berlaku dalam krisis Israel-Palestin dan Bosnia-Herzegovina (Couloumbis & Wolfe
1994). Ancaman terhadap persekitaran luaran ini akan mengancam kestabilan politik
di mana negara akan berhadapan kesukaran untuk mempertahankan wilayahnya serta
memberi impak yang negatif ke atas perkembangan ekonomi negara.

Kestabilan politik dan perkembangan ekonomi merupakan elemen yang saling


berkait dalam konteks menilai pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara.
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kestabilan politik
khususnya dalam mengatasi cabaran persekitaran dalaman serta luaran. Aspek seperti
kerajaan yang stabil, sistem politik yang stabil, sistem perundangan yang berfungsi
dan kestabilan persekitaran luaran masih menjadi cabaran utama sesetengah negara
khasnya negara kurang membangun atau LDC yang pada hari ini mengalami masalah
peningkatan indeks kemiskinan dan keluaran dalam negara kasar atau gross domestic
product (GDP) yang rendah. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu mengekalkan
kestabilan politik dengan mengatasi cabaran persekitaran dalaman dan luaran kerana
politik yang stabil akan memacu perkembangan ekonomi khususnya dalam aspek
keluaran dalam negara kasar yang menjadi petunjuk utama perkembangan ekonomi
sesebuah negara.

3.0 LATAR BELAKANG

Dalam menilai peranan kestabilan politik dalam perkembangan ekonomi negara,


kestabilan politik harus dilihat dari aspek latar belakang iaitu bagaimana sesebuah
rejim memainkan peranannya dalam mengekalkan kestabilan politik negara untuk
meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Terdapat beberapa aspek yang memainkan peranan dalam mengekalkan


kestabilan politik sesebuah negara dan perkembangan ekonomi. Menurut Kaufmann &
Kraay (2002) dalam Growth Without Governance, kestabilan politik akan terjamin
serta meningkat apabila rule of law iaitu peraturan dan undang-undang dilaksanakan
5

dengan berkesan. Peraturan dan undang-undang memainkan peranan yang penting


dalam mengekalkan serta meningkatkan kestabilan politik. Perlaksanaan peraturan
dan undang undang secara lemah akan mengakibatkan legitimasi negara terjejas serta
kemungkinan berlakunya ketidakstabilan politik. Pada masa yang sama, peraturan dan
undang-undang yang berkesan dan cekap merupakan salah satu petunjuk untuk
melihat keberkesanan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal ini
demikian kerana peraturan dan undang-undang digunakan untuk mengawal rakyat
bagi mengelakkan berlakunya ancaman persekitaran dalaman seperti rusuhan, perang
saudara dan penggulingan kerajaan. Kaufmann & Kraay (2002) berhujah walaupun
bagi negara yang diperintah oleh rejim autoritarian, rakyat dan tentera perlu mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan pemerintah.

Selain itu, tahap demokrasi atau autokrasi yang tinggi memainkan peranan
yang penting dalam konteks mengekalkan kestabilan politik. Bagi negara yang
diperintah secara monarki, autokrasi merupakan satu bentuk kerajaan dimana
seseorang mempunyai kuasa mutlak terhadap badan eksekutif, legislatif dan
perundangan (Addis Ababa Othow Akongdit 2013). Sebagai contoh, Oman diperintah
Sultan Qaboos merupakan ketua bagi negara dan kerajaan Oman. Hal ini bermakna
Sultan Qaboos juga merupakan Perdana Menteri Oman. Sistem politik di Oman tidak
membenarkan kewujudan parti politik atau organisasi politik untuk terlibat dalam
proses politik. Pada masa yang sama, kerajaan absolute monarchy di Oman juga tidak
membenarkan sebarang parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya (Middle East
Institute 27 April 2016). Hal ini jelas menunjukkan Oman mempunyai tahap autokrasi
yang kerana Sultan Qaboos berkuasa mutlak dalam proses pembuatan dasar tanpa
wujudnya persaingan politik. Pada masa yang sama, pemerintahan absolute monarchy
memberi kuasa sepenuhnya kepada sultan untuk mengawal persekitaran dalaman
khasnya tuntutan rakyat dan kumpulan berkepentingan untuk terlibat sama dalam
proses politik.

Dalam konteks negara demokrasi pula, tahap ketertinggian demokrasi dapat di


ukur melalui budaya politik yang wujud dalam negara tersebut di mana menjelaskan
peranan rakyat dalam proses politik. Budaya politik partisipan di mana rakyat terlibat
dalam proses politik dengan membuat tuntutan atau menyokong tindakan pemimpin
mereka. Negara yang mempunyai tahap demokrasi yang tinggi dan matang memberi
6

ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam proses politik seperti menanggotai parti
politik dan kumpulan berkepentingan. Parti politik dan kumpulan berkepentingan
menjadi medium utama dalam mengkukuhkan demokrasi dan kestabilan politik
walaupun negara tersebut berdepani cabaran serta perubahan dari sudut politik,
ekonomi dan sosial (Addis Ababa Othow Akongdit 2013).

Aspek terakhir yang memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan


politik ialah jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau gross domestic
product (GDP) sesebuah negara tersebut. KDNK merupakan salah satu langkah untuk
mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. Pengukuran KDNK lazimnya
digunakan untuk menilai keadaan ekonomi sesebuah negara. Amerika Syarikat yang
merupakan kuasa besar ekonomi dunia mempunyai KDNK USD 18,569,100 juta pada
tahun 2016 dan China menduduki tempat kedua dengan KDNK sebanyak USD
11,199,145 juta dan diikut oleh Jepun. Manakala, Malaysia menduduki tempat ke 37
pada tahun 2016 dengan KDNK sebanyak USD 296,359 juta dan diikut oleh Afrika
Selatan dan Ireland. Negara yang mempunyai kestabilan politik seperti Malaysia
mempunyai KDNK yang tinggi berbanding negara LDP yang mempunyai politik yang
tidak stabil seperti Republik Congo yang mempunyai KDNK sebanyak USD 7,834
juta (World Bank 2016). Indeks KDNK memainkan peranan yang penting kerana
kestabilan politik bergantung kepada aspek ekonomi. Persekitaran ekonomi yang
lemah juga akan menyebabkan kestabilan politik terancam kerana tunjuk perasaan dan
mogok. Jumlah KDNK atau GDP yang banyak membuktikan kecekapan kerajaan
mentadbir kewangan negara dengan dasar fiskal dan bajet yang kukuh (Addis Ababa
Othow Akongdit 2013). Pada masa yang sama, KDNK juga memainkan peranan
penting dalam menarik kemasukan pelabur asing di sesebuah negara.

4.0 ISU EKONOMI POLITIK ANTARABANGSA

Pada era kontemporari ini, isu kestabilan politik masih lagi menjadi lagi cabaran
utama bagi sesetengah negara terutamanya negara least developed countries (LDC)
atau negara kurang membangun. Hal ini demikian kerana negara-negara ini bergelut
untuk menyelesaikan cabaran atau masalah yang wujud dalam persekitaran dalaman
7

negara. Krisis seperti perang saudara, rusuhan, rasuah, penularan wabak pnyakit,
jenayah rentas sempadan, rampasan kuasa, krisis etnik dan pencerobohan wilayah oleh
kuasa lain menjadi cabaran utama bagi negara-negara ini untuk mengekalkan
kestabilan politik.

Pada hari ini, konflik antarabangsa iaitu non-traditional security seperti wabak
penyakit juga menjadi cabaran utama dalam mengekalkan kestabilan politik negara.
Risiko politik ini bukan sahaja memberi impak yang negatif terhadap sistem politik,
malah berkait rapat dengan faktor ekonomi di mana akan menjejaskan KDNK negara,
kuasa beli rakyat atau people purchasing paristy (PPP) dan insentif negara seperti
cukai dan pemberian pampasan. Bagi negara yang mempunyai kestabilan politik
seperti negara yang menduduki di teras atau core di dalam world system theory,
mampu menangani cabaran yang wujud dalam persekitaran dalaman serta luaran
kerana mempunyai kerajaan yang stabil, sistem politik yang stabil, sistem
perundangan yang berfungsi dan kestabilan persekitaran luaran. Kesannya, negara
core seperti Amerika Syarikat dan Australia mempunyai perkembangan ekonomi yang
mampan, sektor industri berkembang pesat dan mengeksport barangan siap yang telah
mempunyai nilai tambah berbanding mengeksport bahan mentah (Kardulias 1999).
Manakala, negara yang tidak mempunyai kestabilan politik dikategorikan sebagai
negara periphery seperti Afghanistan, Bangladesh, Gambia, Mali dan lain-lain
mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kutipan cukai yang kurang, tidak
mampu menyediakan infrastruktur bagi aktiviti ekonomi, wujud jurang pendapatan
diantara rakyat serta sering dieksploitasi oleh negara core untuk mendapatkan bahan
mentah dan upah buruh yang murah ( So. AY 1990).

Antara isu utama ekonomi politik antarabangsa yang menjadi tumpuan utama
sarjana pada hari ini ialah berkenaan isu non-traditional security (NTS) yang memberi
cabaran utama kepada kerajaan untuk mengekalkan kestabilan politik dan
perkembangan ekonomi negara. NTS merupakan ancaman era baru terhadap
kestabilan politik dan ekonomi yang tidak melibatkan aktor negara tetapi melibatkan
aktor bukan negara seperti organisasi pengganas, penyuludupan dadah, kongsi gelap,
lanun dan penggodam siber (Divya Srikanth 2014). Abad ke-21 memperlihatkan
bahawa peperangan seperti Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam yang melibatkan
kuasa besar dunia bukan lagi menjadi cabaran utama dalam memastikan kelangsungan
8

kestabilan politik dan perkembangan ekonomi. Globalisasi yang telah mencipta dunia
tanpa sempadan atau borderless world telah menyebabkan kemunculan aktor bukan
negara yang memberi ancaman terhadap persekitaran dalam negara yang akhirnya
akan menyebabkan politik tidak stabil seperti yang berlaku di negara LDC.

Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pasca Perang Dunia


Kedua adalah untuk mengawal kuasa besar dunia daripada berlakunya konflik dan
peperangan yang akan memberi kesan kepada politik dunia. Menurut statistik Bank
Dunia, konflik persekitaran dalaman seperti perang saudara telah berkurangan pada
abad ke-21 ini berbanding pada abad-20 dimana perang saudara sering berlaku di
benua Afrika hingga menyebabkan negara tersebut bergolakan dan mundur dari sudut
ekonomi dan sosial (Srikanth D 2014). Namun pada era kontemporari ini, konflik era
modern mempunyai skop yang lebih luas dan bukan hanya melibatkan peperangan
seperti yang terjadi pada abad ke-20. Kebangkitan aktor bukan negara seperti
organisasi jenayah terancang yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dalam
menjalankan aktiviti jenayah seperti keganasan, lanun, penyeludupan dadah dan
penggodaman maklumat siber. Konflik era modern ini memberi cabaran yang lebih
besar dalam sudut ekonomi politik kerana aktor bukan negara ini menjalankan aktiviti
secara senyap dan terlindung seperti melalui pasaran gelap.

Menurut laporan United Nation Human Development 1994, PBB telah


mengenalpasti tujuh ancaman NTS kepada negara iaitu terhadap keselamatan
ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan kesihatan, keselamatan alam sekitar,
keselamatan peribadi, keselamatan komuniti dan keselamatan politik. Hal ini
demikian kerana NTS bukan hanya melibatkan ancaman aktor bukan negara seperti
organisasi jenayah terancang, malah merangkumi pencemaran alam sekitar, jurang
pendapatan yang jauh, kemiskinan kronik, penularan wabak penyakit, rasuah, aktiviti
keganasan, jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia dan kemasukan
imigran. Hal ini jelas menunjukan bahawa NTS merupakan ancaman era baru yang
akan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara jika tidak ditangani
dengan segera.

NTS bukan sahaja wujud di negara LDC di rantau Afrika, malah merupakan
cabaran baru yang perlu ditangani oleh negara membangun dan negara maju.
Walaubagaimanapun, untuk melihat sejauhmanakah kerosakan yang berpunca
9

daripada NTS ialah melalui melihat persekitaran ekonomi, politik dan sosial negara-
negara LDC. Benua Afrika mempunyai negara LDC yang terbanyak dalam senarai
PBB yang melibatkan 34 buah negara yang rata-ratanya tidak mempunyai politik yang
stabil dan perkembangan ekonomi yang kukuh. Somalia merupakan contoh negara
yang tidak mempunyai kestabilan politik dan berhadapan dengan ancaman NTS.
Negara Somalia berdepan dengan krisis persekitaran dalaman sejak tahun 1980
apabila berlakunya perang saudara yang melibatkan tentera junta yang diketuai Siad
Barre untuk menggulingkan kerajaan. Krisis dalaman Somalia berterusan sehingga
1991 apabila kumpulan pemberontak berjaya menggulingkan rejim militer Said Barre
(Central Intelligence Agency 2011). Kesannya daripada perang saudara ini, Somalia
telah diisytihar sebagai failed state pada tahun 1995 oleh PBB kerana badan kerajaan
tidak berfungsi lagi dan kehilangan legitimasi untuk memerintah. Hal ini berlaku
kerana Somalia tidak mempunyai rule of law yang tinggi iaitu peraturan dan undang-
undang dilaksanakan dengan berkesan untuk mengawal persekitaran dalaman daripada
ancaman domestik seperti rampasan kuasa. Selain itu, tahap demokrasi di Somalia
juga rendah apabila Said Barre memerintah secara autokrasi dengan menggunakan
pendekatan keganasan seperti perang gerila dan pengeboman untuk mengawal
ancaman persekitaran dalaman (U.S. Library of Congress).

Pasca perang saudara Somalia dan rampasan kuasa telah menyebabkan negara
ini diklasifikasikan sebagai negara LDC dan menduduki tempat ke-148 dalam indeks
pertumbuhan KDNK dengan jumlah sebanyak USD 6,217 juta (World Bank). Dari
sudut KDNK kuasa beli atau people purchasing parity (PPP) ialah berjumlah USD
400 yang menunjukan Somalia mengalami kemiskinan yang teruk dan perkembangan
ekonomi yang tidak stabil kesan daripada ketidakstabilan politik negara. Berbanding
dengan negara jiran iaitu Republik Afrika Selatan yang menduduki tempat ke-39
dalam indeks pertumbuhan KDNK dengan jumlah sebanyak USD 294,841 juta dan
USD 5,859 bagi KDNK per kapita. Hal ini demikian kerana Republik Afrika Selatan
mempunyai kestabilan politik dan mempunyai rule of law yang berkesan di mana
kerajaan berjaya mengatasi masalah inflasi pada tahun 1994, menstabilkan kewangan
negara, memperbaharui sektor swasta, kutipan cukai yang banyak dan melaksanakan
dasar mesra pelabur (OECD 9 Ogos 2009). Hal ini membuktikan bahawa kerajaan
memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan dasar awam yang cekap dan
10

undang-undang yang berkesan untuk memastikan kelangsungan kestabilan politik


serta memberi impak terhadap perkembangan ekonomi.

Kerajaan Somalia yang lemah dari sudut rule of law dan demokrasi mengalami
cabaran dalam mengekalkan kestabilan politik, keamanan dan kemakmuran ekonomi.
Cabaran persekitaran dalaman ini ditambah lagi dengan wujudnya NTS seperti lanun
Somalia yang menguasai Teluk Aden yang sering merompak kapal dagang
antarabangsa yang melalui perairan tersebut untuk ke Laut Merah. Ancaman lanun ini
memberi masalah kepada negara pemilik kapal seperti yang berlaku pada 2 Mei 2009
di mana lanun Somalia telah menawan kapal MV Ariana bersama 24 anak kapal
warga Ukraine untuk dijadikan tebusan, namun dibebaskan pada 10 Disember 2009
setelah wang tebusan sebanyak USD 3,000,000 dibayar (BBC 10 Disember 2009). Hal
ini akan mewujudkan krisis di antara negara pemilik kapal dagang dan Somalia sendiri
kerana gagal mengatasi ancaman NTS hingga merugikan negara lain. Dari aspek
ekonomi pula, kerajaan Somalia yang gagal mengatasi ancaman NTS dan kestabilan
politik, menyebabkan Somalia tidak dapat memanfaatkan perairan Teluk Aden dalam
kutipan cukai perlabuhan di mana ianya merupakan laluan perdagangan antarabangsa
yang strategik.

Berdasarkan menilai krisis persekitaran dalaman yang dihadapi negara LDC


khasnya Somalia serta cabaran daripada NTS, jelas menunjukkan bahawa kestabilan
politik memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi. Negara LDC perlu
mengatasi isu ekonomi politik antarabangsa ini untuk membebaskan negara daripada
indeks kemiskinan ini.

5.0 HUJAH UTAMA

Perkembangan ekonomi negara meliputi pelbagai aktiviti perdagangan sama ada


berterasakan sektor ekonomi primier, sekunder ataupun tertier. Untuk meningkatkan
perkembangan ekonomi dan menjadikan negara sebagai core dalam sistem teori dunia
seiringan dengan negara maju, kerajaan sesebuah negara perlu memastikan kestabilan
politik sentiasa dikekalkan dan dipertingkatkan. Selain itu, aspek seperti rule of law
11

yang berkesan, demokrasi yang terpelihara dan jumlah KDNK yang tinggi merupakan
aspek yang perlu ditekankan untuk memastikan kestabilan politik serta perkembangan
ekonomi. Hal ini demikian kerana kemerosotan perkembangan ekonomi juga mampu
menjejaskan kestabilan politik seperti yang terjadi di negara LDC akibat daripada
ancaman NTS.

Untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara kearah pencapaian yang


tinggi, sesebuah negara haruslah mempunyai sebuah kerajaan yang kuat iaitu dengan
mempunyai rule of law yang dan birokrasi yang berkesan. Walaubagaimanapun,
kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang kukuh dapat juga dicapai melalui
kawalan mutlak iaitu dengan wujudnya sebuah parti politik yang memerintah negara
tanpa adanya persaingan dalam pilihanraya (World Bank 1 Jun 2014). Sebagai contoh,
China diperintah secara satu parti oleh Parti Komunis China dan mempunyai sebuah
kerajaan pusat yang mentadbir negara tersebut. Walaupun China diperintah satu parti
politik dan tidak wujud persaingan politik khasnya dalam kontes demokrasi, namun
China mempunyai perancangan ekonomi yang baik. Pada hari ini, China telah menuju
ke arah ekonomi bebas walaupun diperintah oleh Parti Komunis China. Sejak 1978,
Presiden Deng Xiaoping telah mentransformasikan ekonomi China kepada sistem
ekonomi campuran yang merangkumi pemilikan awam dan swasta dalam ekonomi
negara (Forbes 22 Mac 2010). Perusahaan milik awam menunjukkan wujudnya
elemen sosialis dalam sistem ekonomi China, namun peningkatan perusahaan milik
swasta membuktikan China telah menuju kearah pasaran bebas.

Kerajaan China yang kuat dari sudut perundangan dan legitimasi ini telah
berjaya mengawal pasaran bebas negara melalui pengkuatkuasaan undang-undang
untuk melindungi perusahaan pemilikan awam. Kerajaan mengawal industri utama
negara melalui pegangan ekuiti seperti gas dan tenaga, sektor pembuatan dan industri
berat yang merangkumi sektor pembuatan kapal, jentera dan automotif. Rule of law
yang berkesan ini telah menyebabkan China menjadi negara yang terpantas dalam
perkembangan ekonomi sejak tahun 1978 selepas berlakunya dasar ekonomi terbuka
Presiden Deng Xiaoping melalui sektor pelaburan dan eksport (China Daily 21
September 2008). Pada hari ini, dengan wujudnya kestabilan politik dan kerajaan yang
kuat, perkembangan ekonomi China terus meningkat dengan pesat sehingga menjadi
kuasa besar ekonomi dunia. Selain itu, China merupakan anggota World Trade
12

Organization (WTO) dengan mempunyai jumlah dagangan terbesar dunia iaitu


sebanyak USD 3.78 trilion pada tahun 2012 dan mengatasi Amerika Syarikat (The
Telegraph 10 Februari 2013). Pada masa yang sama, China merupakan negara yang
terpantas dalam perkembangan ekonomi diantara negara-negara lain pada tahun 2015
dengan purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% sepanjang 3 dekad. Kerajaan
China yang kuat dari aspek rule of law telah menjadikan perusahaan pemilikan awam
mendominasi ekonomi negara dalam sektor pelaburan di negara asing dan industri
berat iaitu sebanyak USD 64.2 bilion (USCC 26 Oktober 2011). Kesan daripada
kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik dan menggubal dasar yang
berkesan, China merupakan negara yang mempunyai jumlah KDNK yang tinggi iaitu
sebanyak USD 11,232,108 juta pada tahun 2016 dan menduduki tempat ketiga di
dunia di mana didahului oleh Amerika Syarikat di tempat pertama dan Kesatuan
Eropah (EU) di tempat ketiga (IMF 19 Julai 2016). Perkembangan ekonomi
merupakan faktor yang penting dalam memastikan kestabilan politik negara kerana
kedua-dua faktor ini saling berkait dalam ekonomi politik antarabangsa.

Dari sudut menghadapi ancaman non-traditional security (NTS) yang mampu


menggugat kestabilan politik dan perkembangan ekonomi, negara rantau Asia
Tenggara menggunakan ASEAN sebagai medium utama dalam kerjasama serantau
untuk menangani cabaran NTS. Menurt Eddie Walsh (4 Jun 2011) dalam artikel East
Asia Forum, kebangkitan aktor bukan negara di rantau Asia Tenggara mampu
mengancam keselamatan negara anggota ASEAN melalui ketenteraan, alam sekitar,
ekonomi, sosial dan politik. Jika tidak ditangani melalui kerjasama serantau, negara
Asia Tenggara akan menghadapi ancaman NTS seperti yang berlaku di negara LDC
seperti Somalia yang mengalami masalah dengan ancaman pengganas dan lanun.
Kerjasama serantau untuk menangani ancaman NTS ini dipelopori oleh Malaysia,
Filipina dan Indonesia pada 7 Mei 2002 dengan menandatangani Agreement On
Information Exchange and Establishment Of Communication Procedures
(ASEAN.org). Perjanjian ini merupakan salah satu bentuk kerjasama serantau di
antara Malaysia, Filipina dan Indonesia untuk menangani ancaman NTS yang wujud
di rantau ini seperti terrorisme, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah,
ancaman lanun, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Forum Serantau ASEAN
(ARF) juga menjadi medium untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan
13

penyelesaian konflik secara bersama. ARF juga berfungsi sebagai forum keselamatan
berbentuk pelbagai hala di Asia Pasifik dengan diwakili China, Jepun, Korea Selatan,
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan lain-lain untuk membincangkan isu
keselamatan.

Pada hari ini, Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain giat
bekerjasama untuk mengatasi ancaman NTS yang wujud di rantau ini. Kemunculan
kumpulan militan Abu Sayyaf di Selatan Filipina dan ancaman lanun di Selat Melaka
menjadi cabaran yang lebih kompleks dalam mengekalkan kestabilan politik dan
ekonomi rantau Asia Tenggara kerana NTS ini mampu mengancam keamanan dan
kestabilan di Asia Tenggara jika tidak ditangani secara berkesan. Negara LDC seperti
Somalia yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dalam aspek perundangan dan
keselamatan bergantung sepenuhnya kepada bantuan ketenteraan luar melalui
Combined Task Force 150 yang melibatkan tentera daripada 25 buah negara untuk
mengawal Teluk Aden daripada ancaman lanun (combinedmaritimeforce.com).
Kesannya, ekonomi Somalia tidak dapat berkembang terutamanya di kawasan yang
tidak mempunyai kestabilan politik seperti di bandar Hobyo kerana dikuasai lanun dan
militan. Menurut Jason Patinkin (9 April 2017) dalam artikel Somalia’s Pirates Are
Back in Business, persekitaran politik tidak stabil dan perkembangan ekonomi yang
tergugat di Somalia telah menyebabkan bandar Hobyo tidak mempunyai kemudahan
seperti hospital, sumber air yang bersih dan sekolah.
Untuk mengelakkan rantau Asia Tenggara mengalami nasib yang sama seperti
negara LDC di Afrika, negara anggota ASEAN telah mengadakan kerjasama serantau
melalui Trilateral Cooperative Arrangement yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan
Filipina bagi menangani ancaman keselamatan yang meningkat di Laut Sulu seperti
jenayah rompakan, penculikan untuk tebusan serta penyeludupan. Pada masa yang
sama, kerjasama ini juga membolehkan negara terlibat meronda menggunakan aset
tentera laut di perairan tersebut dalam menawarkan bantuan segera untuk keselamatan
kapal, perkongsian maklumat dan hubungan komunikasi antara ketiga-tiga negara
(Berita Harian 22 September 2016). Selain itu, dalam konteks menangani NTS seperti
militant dan terrorisme, kerajaan Malaysia telah melancarkan Pusat Serantau Asia
Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) pada 1 Julai 2003 yang berfungsi
sebagai pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang keganasan dan pencegahannya di
14

Asia Tenggara (SEACCT.gov.my). Walaupun ancaman NTS di rantau Asia Tenggara


masih lagi dalam keadaan terkawal, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 telah
mencadangkan untuk menubuhkan ASEAN Peacekeeping Force (APF) sebagai
tentera pengaman ASEAN dalam memastikan keamanan dan keselamatan di rantau ini
terpelihara daripada ancaman aktor bukan negara (The Diplomat 21 Februari 2015).

Pelbagai usaha dan langkah perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan


kestabilan politik negara demi memperlihara perkembangan ekonomi. Pada hari ini,
kerjasama serantau dan antarabangsa adalah satu keperluan dalam memastikan
kestabilan politik dan ekonomi. Usaha yang dilakukan oleh ASEAN adalah tindakan
yang cekap dalam membendung ancaman NTS yang berlaku di rantau Asia Tenggara
yang mampu menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi seperti yang berlaku di
negara-negara LDC. Dengan kestabilan politik yang terjamin, perkembangan ekonomi
dapat dipertingkatkan melalui persekitaran politik yang stabil, ekonomi yang kukuh
dan penyediaan infrastruktur bagi tujuan perdagangan.

Kerjasama ASEAN untuk mengekalkan persekitaran politik yang stabil


terbukti membuahkan hasil apabila ASEAN dikatakan menjadi penggerak ekonomi
yang terpantas di benua Asia dengan KDNK nomilal berjumlah USD 2.3 trilion. Hal
ini secara tidak langsung menjadikan ekonomi negara anggota ASEAN menjadi
semakin kompetatif kerana mempunyai persekitaran politik yang stabil dan sumber
alam yang banyak (jpmorgan.com). Negara ASEAN kini menjadi tumpuan utama
pelabur asing seperti dari China untuk melakukan aktiviti pelaburan di negara-negara
tersebut termasuklah dalam sektor perkapalan, permbuatan, pembinaan, hartanah dan
kewangan. Pada tahun 2013, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand
menerima kemasukan langsung pelaburan asing (FDI) sebanyak USD 128.4 bilion
daripada pelbagai negara dan menerima jumlah pelaburan asing dari China sebanyak
USD 117.6 bilion (usasean.org). Perkembangan ekonomi ini juga diperkukuhkan
dengan pasaran ASEAN yang luas serta stabil dimana terdapat sekitar 600 juta
populasi di negara-negara ASEAN. Kestabilan politik dan ancaman NTS yang
terkawal di negara-negara ASEAN juga menyebabkan jumlah people purchasing
parity atau PPP yang tinggi iaitu sebanyak USD 4,160 per kapita pada tahun 2013
(asean.org). Hal ini jelas membuktikan bahawa kestabilan politik memainkan peranan
yang penting dalam perkembangan ekonomi negara dan juga serantau.
15

6.0 KESIMPULAN

Kestabilan politik merangkumi pelbagai faktor seperti persekitaran dalaman dan juga
luaran yang jika tidak dikawal mampu mengancam kestabilan politik dan
perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam mendepani cabaran era globalisasi,
kerajaan sesebuah negara perlu memperkukuhkan struktur birokrasi kerajaan melalui
rule of law yang berkesan, memastikan tahap demokrasi sentiasa terpelihara dan
mempertingkatkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, ekonomi negara yang
lemah akibat tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan indeks rasuah yang tinggi
akan mengakibatkan kestabilan politik terancam seperti yang berlaku di negara-negara
LDC. Melalui rule of law yang berkesan seperti dasar awam dan peraturan yang
efektif, kerajaan juga mampu mengekalkan kestabilan politik dan sekaligus
meningkatkan perkembangan ekonomi seperti yang berlaku di China.

Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu giat menangani ancaman NTS yang
semakin meningkat pada era globalisasi ini. Perkembangan ekonomi sesebuah negara
akan terancam apabila NTS tidak dikawal dan dibanteras dengan segara. NTS pada
hari ini menjalankan kegiatan secara tersembunyi dan merentasi sempadan negara
serta memberi ancaman yang lebih besar berbanding peperangan. Melalui langkah
yang strategik seperti kerjasama serantau dan antarabangsa, negara dapat menangani
ancaman NTS seperti terrorisme dan aktiviti lanun yang mengancam perkembangan
ekonomi sesebuah negara. Persekitaran politik yang stabil akan meningkatkan
perkembangan ekonomi negara melalui perkembangan aktivtiti perdangangan dan
kemasukan FDI daripada negara lain. Kesannya, rakyat negara tersebut akan
menikmati perkembangan ekonomi negara melalui pembahagian kekayaan negara
secara adil, kemudahan kesihatan yang terjamin, taraf pendidikan yang berkualiti,
peningkatan peluang pekerjaan dan pembinaan kemudahan awam.
16

7.0 RUJUKAN

Addis Ababa Othow Akongdit. 2013. Impact of Political Stability on Economic


Development:Case of South Sudan. United Kingdom: Authorhouse
Publications.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2014. Raksa Raya Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Central Intelligence Agency. 2011. "Somalia". The World Factbook. Langley,


Virginia: Central Intelligence Agency. Retrieved October 5, 2011.

Couloumbis, T.A. & Wolfe, J.H. 1994. Introduction to International Relations: Power
and Justice. New Jersey: Prentice Hall.

Easton, D. 1997. An Approach to the Analysis of Political Systems. Cambridge:


Cambridge University Press.

Kaufmann, D. & Kraay, A. 2002. Growth Without Governance. Washington: World

Bank.

Kardulias, N.P. 1999. World-systems Theory in Practice: Leadership, Production, and


Exchange. Oxford: Rowman & Littlefield Publisher

Perdana Leadership Foundation. 2006. Political Stability and Sustainability as Key


Success Factors in Developing Malaysia. Putrajaya: Perdana Leadership
Foundation Publisher.

So, A.Y. 1990. Social Change and Development: Modernization, Dependency and
World-System Theory. London: Sage Publications.

Srikanth, D. 2014. NON-TRADITIONAL SECURITY THREATS IN THE 21ST


CENTURY: A REVIEW. International Journal of Development and Conflict.
Rajaratnam School of International Studies. 4(2014) 60–68.

Development Policy & Analysis Division


https://www.un.org/development/desa/dpad/least-developed-country-
category/ldc-criteria.html (atas talian 25 November 2017)
Can Oman’s Stability Outlive Sultan Qaboos?
http://www.mei.edu/content/can-oman%E2%80%99s-stability-outlive-sultan-
qaboos (atas talian 25 November 2017)
17

Gross domestic product 2016


http://databank.worldbank.org/data/download/GDP.pdf (atas talian 27
November 2017)
Human Development Report 1994
http://hdr.undp.org/sites/default/files/reports/255/hdr_1994_en_complete_nost
ats.pdf (atas talian 30 November 2017)
U.S. Library of Congress. Government
http://countrystudies.us/somalia/65.htm (atas talian 1 Disember 2017)
GDP Ranking
https://data.worldbank.org/data-catalog/GDP-ranking-table (atas talian 1
Disember 2017)
Economic Assessment of South Africa 2008: Achieving Accelerated and Shared
Growth for South Africa
https://web.archive.org/web/20090809083550/http://www.oecd.org//document
//63//0%2C3343%2Cen_2649_34577_40981951_1_1_1_1%2C00.html (atas
talian 1 Disember 2017)
Somali pirates free Greek ship with Ukrainian crew
http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/8406303.stm (atas talian 1 Disember 2017)
Communism Is Dead, But State Capitalism Thrives
https://www.forbes.com/sites/greatspeculations/2010/03/22/communism-is-
dead-but-state-capitalism-thrives/#f3227f97cb95 (atas talian 1 Disember 2017)
China must be cautious in raising consumption
http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/content_7228346.htm
(atas talian 1 Disember 2017)
China trade now bigger than US
http://www.telegraph.co.uk/finance/economics/9860518/China-trade-now-
bigger-than-US.html (atas talian 2 Disember 2017)

An Analysis of State‐owned Enterprises and StateCapitalism in China


https://www.uscc.gov/sites/default/files/Research/10_26_11_CapitalTradeSOE
Study.pdf (atas talian 2 Disember 2017)
Can political stability hurt economic growth?
18

http://blogs.worldbank.org/endpovertyinsouthasia/can-political-stability-hurt-
economic-growth (atas talian 2 Disember 2017)
World Economic Outlook Database
https://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2016/01/weodata/index.aspx (atas
talian 2 Disember 2017)
Agreement On Information Exchange and Establishment Of Communication
Procedures
http://www.asean.org/storage/images/archive/17346.pdf (atas talian 2
Disember 2017).
CTF-150
https://combinedmaritimeforces.com/ctf-150-maritime-security/ (atas talian 2
Disember 2017)
Somalia’s Pirates Are Back in Business
http://foreignpolicy.com/2017/04/09/somalias-pirates-are-back-in-business/
(atas talian 2 Disember 2017)
Kerjasama negara ASEAN hadapi ancaman keganasan
https://www.bharian.com.my/node/195238 (atas talian 2 Disember 2017)
About SEARCCT – Introduction
https://www.searcct.gov.my/about-searcct/introduction (atas talian 2 Disember
2017)
Malaysia Wants an ASEAN Peacekeeping Force
https://thediplomat.com/2015/02/malaysia-wants-an-asean-peacekeeping-
force/ (atas talian 2 Disember 2017)
ASEAN'S BRIGHT FUTURE: GROWTH OPPORTUNITIES FOR CORPORATES
IN THE ASEAN REGION
https://www.jpmorgan.com/country/US/EN/cib/investment-banking/trade-
asean-future (atas talian 2 Disember 2017)
Investing in Asean 2013-2014
http://www.usasean.org/system/files/downloads/Investing-in-ASEAN-2013-
14.pdf (atas talian 2 Disember 2017)
ASEAN Community in Figures (ACIF) 2013
http://asean.org/images/resources/2014/May/2.%20Feb%202014%20-
%20ASEAN%20Community%20in%20Figures%202013.pdf (atas talian 2
Disember 2017)
19

8.0 LAMPIRAN

Sumber: http://unctad.org/en/PressMaterialImages/PR12040f1_en.jpg

Sumber: https://www.marsh.com/us/campaigns/political-risk-map-2017.html
20

You might also like