You are on page 1of 12

LEADERSHIP IN EDUCATION

(SGDU 5024)

TAJUK TUGASAN:

KEPIMPINAN TRANSFORMATIONAL DAN HUBUNGANNYA

DENGAN MOTIVASI SUBORDINAT

DISEDIAKAN UNTUK:

DR.ISHAK BIN SIN

DISEDIAKAN OLEH:

AZHAN BIN ABD MAJID ( 821163 )


ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1
Senarai Artikel yang dianalisis 2-3
Ciri-ciri Teori Kepimpinan Transformasi 4-5
Perbincangan 6-7
Bibliografi 8
Lampiran 9
Pengenalan

Pemimpin merupakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi (Conger &


Kanungo, 1988). Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan
organisasi, pemimpin turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan.
Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai kolaborasi
antara ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam
organisasi (Najjar,1999). Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh
diperkecilkan kerana mereka merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan
pengurusan organisasi (Najjar, 1999). Justeru pemimpin yang berkesan merupakan nadi
dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat dan wawasan organisasi.
Gaya kepimpinan transformasi adalah merupakan satu stail kepimpinan yang
diasaskan daripada teori J.M. Burns (1978) dalam bukunya `Leadership'. Gaya kepimpinan
ini adalah merupakan gabungan dari Teori sifat dan Teori Tingkah laku. Teori sifat adalah
satu teori yang cuba menentukan keberkesanan kepimpinan melalui sifat-sifat istimewa
yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Walau bagaimanapun teori sifat ini mempunyai
kelemahan tersendiri dimana ketiadaan satu sistem ukuran yang boleh digunakan untuk
menilai sifat-sifat manusia yang begitu banyak dan kompleks.

1
Senarai Artikel Yang Dianalisis

1. Jurnal Pertama

a) Sumber Jurnal :

International Journal of Education, 2011 Vol.3

b) Tajuk Jurnal :

Relationship Between Teacher Motivation and Transformational Leadership

Characteristics of School Principals

c) Penulis:

Dr.Figen Eres

2. Jurnal Kedua

a) Sumber Jurnal :

Journal of Management Policies and Practices, Jun 2014, Vol.2 No. 2

b) Tajuk Jurnal :

Impact of Transformational Leadership on Employee Motivation In

Telecommunication Sector

c) Penulis:

Farid Ahmad, Tasawar Abbas, Shahid Latif, Abdul Rasheed

2
3. Jurnal Ketiga

a) Sumber Jurnal :

Social And Management Research Journal

b) Tajuk Jurnal:

Transformational Leadership, Work Motivation And Performance:

An Exploratory Study On The Context And Process

c) Penulis :

Ong Poi Fong, Elden Kam Wen Cheong

4. Jurnal Keempat

a) Sumber Jurnal:

The Journal of Effective Teaching

b) Tajuk Jurnal:

The Relationship Among Transformational Teaching and Student

Motivation and Learning

c) Penulis :

Aaron Noland, Keith Richards

5. Jurnal Kelima

a) Sumber Jurnal :

The Rural Enducator

b) Tajuk Jurnal :

Transformational Teacher Leadership in Rural Schools

c) Penulis:
Kirk David Anderson

3
Ciri-ciri Teori Kepimpinan Transformasi

1. Charismatik Leadership, or idealized influence

Pemimpin transformasi sebagai role model, dikagumi dan dihormati oleh

pengikutnya. Pemimpin transformasi juga sebagai pemimpin misi dan visi yang

jelas serta berani menghadapi risiko. Bass (1998) dalam Nursuhaila Ghazali (2007)

mengariskan bahawa pengaruh ideal ditonjolkan dalam kepimpinan transformasi

apabila seseorang itu menetapkan matlamat untuk dicapai pada masa akan datang dan

mampu menerangkan dan memimpin subordinat ke arah matlamat yang hendak

diaspirasikan dengan menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Burns

(1979) menjelaskan bahawa pemimpin yang mempunyai karismatik juga memilki

tingkahlaku yang unggul untuk menjadi pemimpin. Dalam konteks ini, pemimpin

transformasi merupakan seorang pemimpin yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap

keupayaan subordinat tetapi tetap berperanan dalam memberi sokongan dan panduan agar

subordinat mampu mencapai tahap yang diinginkan. Karisma pemimpin

transformasional terserlah dengan keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan dalam setiap

tindakannya.

2.Inspirational Motivation

Pemimpin transformasi mempunyai tingkah laku yang mampu memotivasikan pengikutnya,

menaikkan semangat juang serta berupaya untuk menyahut cabaran yang datang. Pemimpin

transformasi bertindak menyatakan dengan jelas tentang keyakinannya terhadap misi dan

matlamat yang hendak dicapai.

4
3.Intellectual

Pemimpin transformasi bertindak balas secara berbeza terutama dalam mencari

penyelesaian masalah dengan dimensi pemikiran yang baru dan inovatif. Dengan itu

pemimpin tranformasi secara tidak lansung menggalakkan pengikutnya berfikir secara

kreatif dan bukan hanya menyalahkan orang lain atau sebagainya dalam menyelesaikan

sesuatu masalah. Faktor ini menggalakkan suatu bentuk pemikiran baru dalam

menyediakan subordinat bertindak terhadap sebarang permasalahan. Pemimpin

transformasional menjadikan subordinat mampu mengenalpasti cabaran dan menjadikan

mereka orang yang berani menghadapinya.

4. Individualized Consideration

Pemimpin transformasional memberi tumpuan dan perhatian terhadap keperluan dan

potensi tertentu dalam membangunkan pengikut-pengikutnya. Pemimpin transformasional

mengganggap setiap pengikutnya sebagai seorang individu yang perlu dihormati.

Pemimpin-pemimpin seperti ini akan mewujudkan suatu iklim yang amat selesa di

kalangan pengikut dengan sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada mereka dan

sebarang perbezaan dihormati.Interaksi di antara pemimpin ini dengan pengikutnya

membina hubungan kerja yang kondusif kerana pemimpin transformasi peka terhadap

pengikutnya sebagai seorang individu.

5
Perbincangan bagaimana kepimpinan transformasi mempengaruhi pembolehubah

kriteria.

Jurnal Pertama:

Relationship between Teacher Motivation and Transformational Leadership Characteristics

of School Principals.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan

tranformasi pengetua sekolah dengan motivasi guru-guru. Pengetua yang mempunyai

kualiti dalam kepimpinan transformasi mampu memotivasikan guru-guru untuk

mengambil bahagian dalam membuat keputusan . Namun begitu, guru-guru tidak dapat

melihat dengan jelas keupayaan tersebut dalam diri pengetua sekolah.

Jurnal Kedua:

Impact of Transformational Leadership on Employee Motivation in Telecommunication

Sector.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan diantara kepimpinan

transformasi dengan motivasi pekerja. Kepimpinan transformasi telah meningkatkan

persepsi di kalangan pengikut perihal misi yang ideal disamping menginspirasikan pengikut

dalam memenuhi keinginan atau minat mereka sendiri. Ternyata motivasi dan kepimpinan

transformasi berkait rapat juga dengan variasi lain seperti kepuasan dan pencapaian.

Jurnal Ketiga:

Transformational Leadership,Work Motivation And Performance, An Exploratory Study

On The Context And Process.

Dapatan kajian mendedahkan bahawa ciri-ciri kepimpinan transformasi berkesan dalam

memupuk motivasi dan pencapaian yang lebih baik dalam organisasi. Ini dinyatakan

melalui 4 faktor yang menjadi kunci kepada motivasi bekerja iaitu perhatian, kesungguhan,
6
pembelajaran dan penghargaan. Hasil hubungan dan pertimbangan yang baik dengan

subordinat ,maka membolehkan pencapaian dapat dihasilkan melalui pencapaian kerja

berpasukan yang lebih baik, meningkatkan perkembangan individu, kesungguhan dalam

bekerja dan meningkatkan kecekapan bekerja.

Jurnal Keempat:

The Relationship Among Transformational Teaching and Student Motivation and Learning.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara kepimpinan transformasi

guru dengan motivasi pelajar. Ciri-ciri kepimpinan transformasi guru bukan sahaja fokus

kepada hasil tetapi bagaimana untuk mencapai hasil tersebut akan mewujudkan

persekitaran yang positif dan bermakna di dalam kelas. Peningkatan pengetahuan dalam

kepimpinan transformasi akan mempengaruhi tingkah laku pelajar dan penting dalam

memberikan pendidikan yang berkualiti.

Jurnal Kelima:

Transformational Teacher Leadership in Rural Schools.

Dapatan kajian menunjukkan di sekolah luar Bandar,kepimpinan transformasi guru

mempengaruhi kepada pencapaian keseluruhan organisasi sekolah. Elemen-elemen yang

mempengaruhi kepimpinan transformasi guru focus kepada dua iaitu perkongsian dalam

membuat keputusan di sekolah dan pengaruh antara guru-guru dan pengetua.

7
Bibliografi

Aaron Noland, Keith Richards, 2014.The Relationship Among Transformational Teaching

And StudentMotivation and Learning.The Journal of Effective Teaching,

Vol.14,No.3

Dr. Figen Eres, 2011.Relationship between Teacher Motivation and Transformational

Leadership Characteristics of School Prinsipals. International Journal of Education

Vol.3, No.2

Farid Ahmad,Tasawar Abbas, 2014.Impact of Transformational Leadership on Employe

Motivation in Telecommunication Sector. Journal of Management Policies and

Practices, Vol.2,No.2

Kirk David Anderson,Transformational Teacher Leadership in Rural Schools.

University of New Brunswick

Ong Pooi Fong,Elden Kam Weng Cheong, 2015.Transformational Leadership,Work

Motivation And Performance:An Exploratory Study on the Context and Process

Social and Management Research Journal Vol.12, No.1

8
LAMPIRAN

You might also like