You are on page 1of 2

PENGENALAN

Satu perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah
dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada
pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.[1] Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang
utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk
untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan
perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan
mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian
kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting
termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh
dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.
” Perniagaan adalah satu proses yang berulang-ulang untuk menjana duit. Selain daripada itu
adalah Hobi” – Paul Freet, Usahawan dan pakar komersial barat.
Menurut Akma Omar bisnes online adalah fungsi dimana peniaga yang terlibat dalam bidang
keusahawanan melalui Internet. Usahawan Online menggunakan Internet sebagai platform
untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan dari segi penjenamaan, promosi dan
menjana pendapatan.Konsep ini adalah sama seperti anda melakukan perniagaan di luar atau
konvensional. Tetapi yang berbeza adalah anda bekerja melalui dalam talian dan tidak
berhadapan terus dengan pelanggan.
Menurut JurnalSem perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online
yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga
pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia
tetap memerlukan tapak perniagaan, modal, barangan perniagaan, dan juga promosi untuk
barang yang di niagakan itu . Apa yang membezakan cumalah platform sahaja.
Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang
dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka
dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan.

Menurut VINCENT A. GABRIEL (1995) M.S 5.Perniagaan merupakan semua kegiatan


membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.

Menurut TENG YOON SOON, LOK CHUNG HWA DAN ABDULLAH MUNSI B.
ABDUL RAHIM (1999) M.S 1.Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan
dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Menurut ZUMILAH ZAINALALUDIN (1999) M.S 3.Perniagaan boleh didefinisikan sebagai


pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk
mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
Menurut NORHAYAH ZULKIFLI ET. AL (1999) M.S 2.“Business is an organization that
provides goods or services in order to earn profits”

Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan


untuk mendapat keuntungan..Menurut RONALD J. EBERT DAN RICKY W. GRIFFIN
(1998) M.S 2.
Menurut Wikipedia membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses
yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai
dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah
padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah.Metafora
katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan e-mel. Semua
jenis kedai mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai
fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik
yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-
pengguna (B2C).
Rasionalnya, kini tidak dapat dinafikan trend pembelian secara dalam talian semakin
berleluasa kalangan masyarakat. Trend pembelian secara dalam talian ini berleluasa dalam
pelbagai peringkat umur seperti golongan remaja, dewasa dan tidak telepas juga warga tua.
Terdapat pelbagai jenis laman sesawang yang membantu untuk membeli secara dalam talian
dan terdapat ramai penjual yang menjual secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, kajian
tentang jenis – jenis barang yang dibeli secara dalam talian dijalankan bagi mengenal pasti
jenis barang yang sering dibeli secara dalam talian oleh masyarakat. Kajian ini juga mengkaji
tentang faktor – faktor pembelian secara dalam talian dalam kalangan masyarakat supaya
masyarakat lebih mengetahui tentang faktor pembelian secara dalam talian.

You might also like