You are on page 1of 1

SK METHODIST (ACS) SEREMBAN

JALAN LINTANG, 70000 SEREMBAN, NS

PERTANDINGAN MENCIPTA
VIDEO PENDEK
2020

TEMA : BEBAS

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua murid SK Methodist (ACS) Seremban.


2. Penyertaan adalah percuma.
3. Penyertaan terbuka sama ada secara individu atau berkumpulan.
4. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu video penyertaan tetapi hanya satu video
terbaik sahaja yang akan dinilai.
5. Video yang dihasilkan adalah bertemakan bebas.
6. Durasi setiap video yang dihantar hendaklah tidak melebihi 5 minit.
7. Peserta bebas memilih peralatan untuk rakaman sama ada menggunakan telefon pintar atau
perakam video yang mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain adalah berdasarkan kepada
kreativiti masing-masing.
8. Video yang telah dihasilkan perlu diletakkan kapsyen nama, kelas dan jenis aktiviti. Kegagalan
berbuat demikian akan mengakibatkan penyertaan anda tidak diterima.
9. Video yang telah dihasilkan perlu dihantar ke Telegram saluran Pertandingan Multimedia SK ACS
Mei 2020 melalui pautan berikut :
https://t.me/joinchat/A0fwFhskL6UNYKqw9zshpw
10. Penilaian akan dilakukan berdasarkan beberapa komponen iaitu keaslian, teknik, kreativiti dan
keupayaan untuk menyampaikan mesej.
11. Keputusan juri adalah muktamad.
12. Tarikh akhir penyertaan pertandingan ialah pada 29 Mei 2020.

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama : Wang tunai RM 50.00,


trofi dan sijil
Tempat Kedua. : Wang tunai RM 30.00,
trofi dan sijil
Tempat Ketiga. : Wang tunai RM 20.00,
trofi dan sijil
10 Hadiah Saguhati. : Wang tunai RM 10.00,
trofi dan sijil

You might also like