You are on page 1of 58

PANDUAN

PENGENDALIAN UJIAN AMALI SAINS


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 5
Definisi 6
Akronim 7
BAHAGIAN A

PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN SERTA PENGETUA


SEKOLAH PUSAT PEPERIKSAAN

Pusat Ujian Amali Sains 8


Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains 10
Bilangan Petugas Ujian Amali Sains 12
Bahan Peperiksaan 13
BAHAGIAN B

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGENDALI PUSAT


UJIAN AMALI SAINS

KPPK/KPP SPP JPN 14


Penyelia Kawasan 15
Ketua Pengawas Amali 15
Pengawas Amali 16
Penyelia Kanan Sains 18
Penyelia Mata Pelajaran 18
Pembantu Makmal 19
Guru Bertugas Harian 20
BAHAGIAN C

ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH, PENYELIA KANAN


SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN

Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan 21


Senarai Awal 22
Arahan Persediaan 22
Senarai Akhir 23
Jadual Waktu Ujian Amali Sains 23
Pergerakan Calon 24
Arahan Am 24

1
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN D

ARAHAN KESELAMATAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

Penyerahan dan Penyemakan Kertas Peperiksaan di Bilik Kebal 25


Penyimpanan Kertas Peperiksaan di Pusat Peperiksaan 25
Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon 26
Keselamatan Radas dan Bahan 26
Dokumen Pengenalan Diri Calon 27
Waktu Ujian Amali Sains 27
Laporan Kehadiran Calon 28
Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) 29
Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan 29
Penerangan Kepada Calon 30
Pengurusan di Makmal Peperiksaan 31
Keselamatan Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan 34
BAHAGIAN E

KES-KES KHAS
Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin 36
Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 37
Kekurangan Radas dan Bahan Peperiksaan 37
Calon Bantahan 38
Calon Menumpang 39
Calon Berkeperluan Khas 39
Kes Kecemasan 40
Kes Salah Laku 42

Lampiran 44

2
Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1,2,5 – 13, Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Peserkutuan
62604 WP Putrajaya

Tel: 03-8884 3260


Faks: 03-88893344
www.lp.moe.gov.my

© Lembaga Peperiksaan 2020


Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana
bahagian dalam buku ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat


yang terkandung dalam buku
Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia
Mulai Tahun 2021
dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

ISBN xxx

3
PRAKATA

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat
menerbitkan buku Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran
Malaysia Mulai Tahun 2021. Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penghasilan buku ini.

Pelaksanaan semula Ujian Amali Sains secara peperiksaan pusat ini merupakan
satu usaha Lembaga Peperiksaan dalam menyahut hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 antara lain Memperkukuhkan Asas Pembelajaran
STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM (Inisiatif #49) dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.

Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan semua pihak
yang terlibat dalam menguruskan Ujian Amali Sains. Arahan piawai ini diterbitkan
bagi memastikan penjaminan kualiti pengurusan dan pengendalian Ujian Amali
Sains dapat memberikan keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.

Keutuhan dan kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam kendalian


Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan
pengurusan peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti.
Sehubungan dengan itu, kerjasama serta budaya kerja yang baik dan sistematik
daripada semua pihak yang terlibat amat dihargai. Usaha ini diharap dapat
diteruskan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu adil, sahih dan
amanah.

Terima kasih.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


Pengarah Peperiksaan

4
PENGENALAN

Panduan ini dinamakan Panduan Pengendalian Ujian Amali Sains Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada
20 November 2020. Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang sedang
berkuat kuasa.

Semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains
Tambahan hendaklah mendapatkan maklumat terkini daripada Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan keperluan makmal bagi tujuan
pelaksanaan Ujian Amali Sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai
tahun 2021 sebelum pendaftaran calon peperiksaan dilaksanakan.

Pengetua sekolah hendaklah memastikan makmal sains dalam keadaan yang


kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains.

Calon yang mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen


amali, wajib mengambil ujian amali bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon persendirian yang ingin mendaftar mana-mana mata pelajaran yang


mempunyai komponen ujian amali hendaklah merujuk kepada Pengarah Pendidikan
JPN, tempat calon mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut.

5
Definisi

(a) Pusat Ujian Amali Sains ialah sekolah yang telah mendaftar sebagai pusat
peperiksaan dan mempunyai kemudahan bilik-bilik Ujian Amali Sains.

(b) Bilik Persediaan ialah bilik untuk Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu
Makmal menyediakan semua radas dan bahan yang diperlukan untuk Ujian
Amali Sains seperti yang dinyatakan dalam Senarai Awal, Senarai Akhir dan
Arahan Persediaan.

(c) Makmal Peperiksaan ialah makmal yang digunakan untuk pelaksanaan


Ujian Amali Sains.

(d) Bilik Lapor Diri ialah tempat calon melapor diri dan berkumpul secara
terkawal.

(e) Bilik Kuarantin ialah tempat calon yang telah mengambil Ujian Amali Sains
ditempatkan sebelum mereka dibenarkan balik mengikut jadual sidang yang
ditetapkan.

(f) Ketua Pengawas Amali (KPA) ialah mana-mana guru terlatih dari
sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk
menjalankan tugas yang dinyatakan di pusat Ujian Amali Sains di sekolah
lain.

(g) Pengawas Amali (PA) ialah guru dalam kalangan guru terlatih dari
sesebuah sekolah yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk
bertugas di pusat peperiksaan sekolah lain. Pengawas Amali terdiri daripada
Pengawas Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas
Kuarantin.

(h) Penyelia Kanan Sains (PKS) ialah Guru Kanan Mata Pelajaran Sains yang
dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk mengurus Ujian Amali Sains
di sekolahnya.

(i) Penyelia Mata Pelajaran (PMP) ialah guru mata pelajaran yang berkenaan
yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan tugas-tugas
berkaitan Ujian Amali Sains di sekolahnya.

6
(j) Pembantu Makmal (PM) ialah Pembantu Makmal Kanan atau Pembantu
Makmal yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN untuk menjalankan
tugas-tugas berkaitan persediaan Ujian Amali Sains seperti yang diarahkan
oleh PKS dan PMP.

(k) Senarai Awal merupakan senarai radas/alatan yang diperlukan bagi setiap
Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang. Dokumen ini
berstatus TERHAD dan dihantar sebulan sebelum ujian.

(l) Arahan Persediaan ialah panduan penyediaan bahan Ujian Amali Sains.
Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian.

(m) Senarai Akhir ialah senarai bahan/radas/alatan yang diperlukan khusus


bagi setiap Ujian Amali Sains dengan kuantiti per calon per sidang.
Dokumen ini berstatus SULIT dan dihantar dua minggu sebelum ujian.

Akronim

LP - Lembaga Peperiksaan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
SPP - Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
KPPK/KPP - Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah
PK - Penyelia Kawasan
KPA - Ketua Pengawas Amali
PA - Pengawas Amali
PKS - Penyelia Kanan Sains
PMP - Penyelia Mata Pelajaran
PM - Pembantu Makmal
CBK - Calon Berkeperluan Khas
JPSJP - Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan
SJP - Skrip Jawapan Peperiksaan

7
PANDUAN KHAS UNTUK KPPK/KPP SPP JPN
BAHAGIAN A SERTA PENGETUA SEKOLAH PUSAT
UJIAN AMALI SAINS

1.0 Pusat Ujian Amali Sains

Pusat Ujian Amali Sains hendaklah dilengkapi dengan bilik-bilik yang berikut:
• Bilik Lapor Diri
• Bilik Persediaan
• Makmal Peperiksaan
• Bilik Kuarantin

1.1 Bilik Persediaan

1.1.1 Bilik Persediaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh arahan
makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai.
1.1.2 Bilik Persediaan boleh dijadikan tempat untuk Penyelia Mata Pelajaran
melaksanakan amali kawalan.
1.1.3 Pembantu Makmal dan Penyelia Mata Pelajaran hendaklah sentiasa berada
di dalam Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung.

1.2 Makmal Peperiksaan

1.2.1 Makmal Peperiksaan hendaklah dijadikan kawasan larangan dari tarikh


arahan makmal ditutup sehingga Ujian Amali Sains selesai.
1.2.2 Langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil supaya radas dan bahan
peperiksaan tidak dapat dilihat dari luar selepas tarikh arahan tutup makmal.
1.2.3 Pastikan pengudaraan di dalam Makmal Peperiksaan berada dalam keadaan
baik sepanjang hari peperiksaan.
1.2.4 Sebarang bahan pengajaran yang terdapat di dalam Makmal Peperiksaan
hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup dengan sempurna.

8
1.2.5 Makmal yang digunakan untuk peperiksaan hendaklah sesuai dan selamat.
1.2.6 Semua kemudahan asas di Makmal Peperiksaan hendaklah lengkap dan
sempurna.
1.2.7 Jam dinding hendaklah digantung di bahagian hadapan dan belakang setiap
Makmal Peperiksaan.
1.2.8 Pastikan terdapat papan tulis di setiap Makmal Peperiksaan.
1.2.9 Pastikan terdapat sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap di setiap
Makmal Peperiksaan.
1.2.10 Pastikan Alat pemadam api disediakan di setiap Makmal Peperiksaan.
1.2.11 Jarak antara calon hendaklah tidak kurang dari 1.5 meter pada setiap masa
sepanjang ujian berlangsung.

1.3 Bilik Lapor Diri

1.3.1 Bilik Lapor Diri ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.
1.3.2 Bilik Lapor Diri dan Bilik Kuarantin hendaklah di laluan yang berlainan supaya
calon tidak dapat saling berhubung.
1.3.3 Bilik Lapor Diri hendaklah berdekatan dengan tandas.

1.4 Bilik Kuarantin

1.4.1 Bilik Kuarantin ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.


1.4.2 Bilik Kuarantin dan Bilik Lapor Diri hendaklah di laluan yang berlainan supaya
calon tidak dapat saling berhubung.
1.4.3 Bilik Kuarantin hendaklah berdekatan dengan tandas.

9
2.0 Pelantikan Petugas Ujian Amali Sains

Petugas Ujian Amali Sains yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan JPN terdiri
daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas Amali, Pengawas Amali,
Penyelia Kanan Sains, Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal.

2.1 Penyelia Kawasan (PK)

2.1.1 Sekurang-kurangnya dua orang Penyelia Kawasan (PK) dilantik bagi setiap
bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci dan tata
kira bilik kebal.
2.1.2 PK boleh terdiri daripada guru berpengalaman di sekolah yang mempunyai
bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci bilik kebal.
PK dari sekolah lain pula bertanggungjawab sebagai pemegang tata kira bilik
kebal.
2.1.3 Dua orang PK dilantik bagi setiap kawasan dan bilangan maksimum pusat
peperiksaan di bawah jagaan mereka ialah lima pusat. Walau bagaimanapun,
bilangan tersebut bolehlah disesuaikan dengan keadaan setempat.

2.2 Ketua Pengawas Amali (KPA)

2.2.1 Hanya seorang Ketua Pengawas Amali (KPA) dilantik untuk setiap pusat Ujian
Amali Sains.
2.2.2 KPA akan dibantu oleh Pengawas Amali yang terdiri daripada Pengawas
Lapor Diri, Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin.

2.3 Pengawas Amali (PA)

2.3.1 Pengawas Amali terdiri daripada:


a) Pengawas Lapor Diri
b) Pengawas Makmal Peperiksaan
c) Pengawas Kuarantin

2.3.2 Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas Makmal Peperiksaan dilantik bagi


setiap makmal di pusat peperiksaan.
2.3.3 Pengawas Amali bagi sesebuah pusat peperiksaan hendaklah terdiri daripada
guru yang berbilang kaum.

10
2.3.4 Sekurang-kurangnya seorang PA lelaki dilantik jika pusat peperiksaan itu
mempunyai calon lelaki atau minima seorang PA perempuan dilantik jika
pusat peperiksaan itu mempunyai calon perempuan.
2.3.5 Melantik Pengawas Amali tambahan yang berkebolehan untuk mengawasi
calon berkeperluan khas sekiranya perlu.

2.4 Penyelia Kanan Sains (PKS)


Penyelia Kanan Sains dilantik dalam kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran
Sains atau jawatan yang setara (selain dari sekolah KPM) dari pusat Ujian
Amali Sains yang berkenaan.

2.5 Penyelia Mata Pelajaran (PMP)


Penyelia Mata Pelajaran dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran dari
pusat Ujian Amali Sains berkenaan.

2.6 Pembantu Makmal (PM)


Pembantu Makmal dilantik dalam kalangan Pembantu Makmal yang
dicadangkan oleh Pengetua.

2.7 Guru Bertugas Harian


Guru Bertugas Harian dilantik oleh Pengetua.

11
3.0 Bilangan Petugas Ujian Amali Sains

Bilangan petugas Ujian Amali Sains adalah seperti yang berikut:

Bil. Pegawai Bilangan Yang Dilantik


i. Penyelia Kawasan Minima dua orang bagi setiap bilik kebal
ii. Ketua Pengawas Amali Seorang bagi setiap pusat peperiksaan
iii. Pengawas Amali a) Pengawas Makmal Peperiksaan:
Dua orang bagi setiap Makmal Peperiksaan
b) Pengawas Lapor Diri:
dilantik mengikut formula yang berikut:
Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Lapor Diri
Contoh:
Bilangan Bilik Lapor Diri 1 2 3 4
Bilangan Pengawas lapor Diri 2 3 4 5
ATAU:
Pada kadar seorang Pengawas Lapor Diri untuk setiap
Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Lapor Diri
ditempatkan di dewan sekolah.

c) Pengawas Kuarantin:
dilantik mengikut formula yang berikut:
Bilangan Pengawas = 1 + Bilangan Bilik Kuarantin
Contoh:
Bilangan Bilik Kuarantin 1 2 3 4
Bilangan Pengawas Kuarantin 2 3 4 5
ATAU:
Pada kadar seorang Pengawas Kuarantin untuk setiap
Makmal Peperiksaan yang digunakan jika Bilik Kuarantin
ditempatkan di dewan sekolah.

iv. Penyelia Kanan Sains Seorang bagi setiap pusat peperiksaan


v. Penyelia Mata Pelajaran Seorang bagi setiap mata pelajaran setiap pusat peperiksaan
vi. Pembantu Makmal Minima dua orang bagi setiap pusat peperiksaan; dan
minima empat orang bagi pusat yang menggunakan tiga atau
lebih makmal peperiksaan

12
4.0 Bahan Peperiksaan

4.1 Jadual Waktu Ujian Amali Sains


Jadual Waktu Peperiksaan dipamerkan di setiap pusat peperiksaan.

4.2 Radas dan Bahan Ujian Amali Sains


Radas dan bahan disediakan seperti di dalam arahan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa, berada di dalam keadaan selamat dan mencukupi.
4.3 Kertas Peperiksaan
Bilangan kertas peperiksaan bagi setiap pusat peperiksaan mencukupi dan
disimpan dengan selamat.
4.4 Laporan Kehadiran Calon
Kehadiran calon direkod menggunakan aplikasi e-Kehadiran yang boleh
diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my.

4.5 Laporan Penyelia Mata Pelajaran


Diisi oleh setiap Penyelia Mata Pelajaran bagi setiap sidang.
4.6 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)
Diterima daripada LP.

4.7 Bahan Am Peperiksaan


a. LP/Am 29
b. Helaian Tambahan
c. Pembungkus Plastik Keselamatan
d. Tali Pengikat Bungkusan
e. Kad Pelapik

13
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
BAHAGIAN B PENGENDALIAN PUSAT UJIAN AMALI SAINS

1.0 KPPK/KPP SPP JPN

1.1 Mengurus, mengendali dan mengawal Ujian Amali Sains bagi negeri
berkenaan supaya berjalan dengan lancar dan selamat mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh LP.
1.2 Menghadiri mesyuarat dan menerima Surat Siaran mengenai pengurusan
Ujian Amali Sains.
1.3 Memastikan semua pusat Ujian Amali Sains memuat turun Senarai Awal,
Senarai Akhir dan Arahan Persediaan Ujian Amali Sains daripada portal rasmi
LP mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
1.4 Melantik petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan (PK),
Ketua Pengawas Amali (KPA), Pengawas Amali (PA), Penyelia Kanan Sains
(PKS), Penyelia Mata Pelajaran (PMP), dan Pembantu Makmal.
1.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada
semua petugas peperiksaan sebelum peperiksaan.
1.6 Memastikan petugas Ujian Amali Sains mengisi dan menandatangani Borang
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D atau Lampiran F), Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan
Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
1.7 Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan,
bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi
standard dan Arahan Keselamatan.
1.8 Menentukan perjalanan Ujian Amali Sains adalah lancar dan mengikut
prosedur operasi standard dan Arahan Keselamatan.
1.9 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
1.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

14
2.0 Penyelia Kawasan (PK)

2.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.


2.2 Bertanggungjawab menguruskan Ujian Amali Sains dalam kawasan seliaannya
dan memastikan keselamatan bilik kebal, kertas peperiksaan serta pusat-pusat
peperiksaan supaya peperiksaan berjalan dengan lancar dan selamat.
2.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
2.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
2.5 Menerima, mengurus dan menentukan keselamatan kertas peperiksaan,
bahan terperingkat dan bahan am peperiksaan mengikut prosedur operasi
standard dan Arahan Keselamatan.
2.6 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
2.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

3.0 Ketua Pengawas Amali (KPA)

3.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.


3.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
3.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
3.4 Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan perbincangan dengan Pengetua
selewat-lewatnya satu hari sebelum peperiksaan untuk menentukan semua
Arahan Persediaan dan Arahan Ujian Amali Sains dipatuhi.
3.5 Memberi taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains kepada
petugas di pusat peperiksaan.
3.6 Menyemak dan merekodkan kehadiran calon di bilik-bilik peperiksaan.
3.7 Memastikan Pengawas Lapor Diri membacakan arahan umum keselamatan
peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri.
3.8 Memastikan Pengawas Makmal Peperiksaan membacakan arahan
keselamatan Ujian Amali Sains kepada calon di Makmal Peperiksaan.
3.9 Menyelia pengawasan di semua Makmal Peperiksaan.

15
3.10 Memaklumkan kepada calon dan PMP tentang errata (jika ada). Errata
hendaklah dibacakan secara lisan dan dicatatkan dengan jelas di papan tulis
atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh LP.
3.11 Mengumpulkan Laporan Penyelia Mata Pelajaran pada setiap sidang.
3.12 Memastikan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon bagi setiap sidang
dibungkus bersama-sama Laporan Penyelia Mata Pelajaran. Sampul bagi
setiap sidang dibungkus dalam satu sampul mengikut pusat peperiksaan
bersama-sama Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) mengikut
tatacara pembungkusan SJP yang sedang berkuat kuasa.
3.13 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan lain yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
3.14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dan PK dari semasa ke semasa.

4.0 Pengawas Amali (PA)

4.1 Pengawas Amali (PA) terdiri daripada Pengawas Lapor Diri, Pengawas
Makmal Peperiksaan dan Pengawas Kuarantin.
4.2 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.
4.3 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
4.4 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D),
Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan
Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
4.5 Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan
terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan.
4.6 Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan.
4.7 Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
Peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
4.8 Berada di pusat Ujian Amali Sains sekurang-kurangnya setengah jam sebelum
prosedur peperiksaan bermula.
4.9 Sepanjang tempoh peperiksaan, PA tidak dibenarkan meninggalkan bilik-bilik
peperiksaan tanpa kebenaran KPA.
4.10 Memaklumkan kepada KPA sekiranya tidak dapat hadir bertugas.
4.11 PA hendaklah mengawasi calon-calon di dalam bilik-bilik Ujian Amali Sains
supaya tidak berhubung dengan calon-calon yang belum memulakan ujiannya
atau calon-calon yang sudah tamat menjalani ujian.

16
4.12 PA hendaklah memastikan tiada calon membawa masuk atau menggunakan
sebarang alat peranti elektronik dan barang larangan di bilik-bilik ujian.
4.14 PA tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh mengalih perhatian
daripada tugasnya seperti makan, minum, menggunakan alat peranti elektronik
dan seumpamanya.
4.15 Pengawas Lapor Diri hendaklah merekodkan kehadiran calon di Bilik Lapor Diri
sebelum tamat tempoh lapor diri bagi setiap sidang menggunakan senarai
nama yang disediakan oleh pusat peperiksaan.
4.16 Pengawas Lapor Diri hendaklah menyemak dokumen pengenalan diri calon
untuk memastikan calon yang sah sahaja menduduki ujian.
4.17 Pengawas Lapor Diri hendaklah membacakan arahan umum keselamatan
peperiksaan kepada calon di Bilik Lapor Diri.
4.18 Pengawas Lapor Diri hendaklah memastikan calon berada di Makmal
Peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
4.19 Pengawas Lapor Diri bersama-sama Pengawas Makmal Peperiksaan
hendaklah mengiringi calon ke Makmal Peperiksaan.
4.20 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah membacakan arahan keselamatan
Ujian Amali Sains di Makmal Peperiksaan.
4.21 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengawasi setiap sidang Ujian
Amali Sains di Makmal Peperiksaan.
4.22 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan PMP menjalankan
Amali Kawalan bagi setiap sidang.
4.23 Pengawas Kuarantin hendaklah mengiring calon dari Makmal Peperiksaan
ke Bilik Kuarantin sebaik tempoh Ujian Amali Sains tamat.
4.24 Pengawas Kuarantin hendaklah menyemak semula kehadiran calon yang telah
tamat Ujian Amali Sains di Bilik Kuarantin.
4.25 Pengawas Kuarantin hendaklah menahan atau melepaskan calon dari Bilik
Kuarantin mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Sidang dan setelah
mendapat kebenaran KPA.
4.26 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

17
5.0 Penyelia Kanan Sains (PKS)

5.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.


5.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
5.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.
5.4 Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
Pengetua mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
5.5 Mengurus dan mengawal persediaan Makmal Peperiksaan bagi pusat
peperiksaan yang berkenaan.
5.6 Memastikan bahawa stok bahan Ujian Amali Sains adalah mencukupi
mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Senarai Awal.
5.7 Memastikan langkah-langkah keselamatan Ujian Amali Sains dipatuhi.
5.8 Menyimpan semua kunci Makmal Peperiksaan, Bilik Persediaan dan bilik stor
yang digunakan untuk Ujian Amali Sains di dalam almari besi berkunci di bilik
Pengetua.
5.9 Menyediakan jadual tugas dan menyelia tugas Penyelia Mata Pelajaran dan
Pembantu Makmal.
5.10 Memeriksa dan memantau persediaan pusat Ujian Amali Sains dalam tempoh
dua minggu sebelum peperiksaan dimulakan untuk memastikan semua
peraturan dan arahan telah dipatuhi dan dijalankan dengan sempurna.
5.11 Hanya boleh berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains
berlangsung.
5.12 Hanya boleh masuk ke dalam Makmal Peperiksaan dengan kebenaran KPA
apabila diperlukan.
5.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

6.0 Penyelia Mata Pelajaran (PMP)

6.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.


6.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
6.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
18
Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.
6.4 Menerima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
Pengetua atau PKS mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
6.5 Menyediakan kelengkapan Ujian Amali Sains bagi mata pelajaran yang
berkenaan dengan betul dan selamat berpandukan Senarai Awal.
6.6 Menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains seperti yang terdapat dalam
Senarai Akhir dan Arahan Persediaan.
6.7 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains
mencukupi, sempurna dan selamat digunakan berpandukan Senarai Akhir.
6.8 Mengawal selia tugas Pembantu Makmal (PM).
6.9 Menjalankan Amali Kawalan bagi setiap sidang seperti diarahkan dalam
Arahan Persediaan di Bilik Persediaan atau di makmal lain yang berhampiran
yang juga dijadikan kawasan larangan.
6.10 Menyediakan Laporan Penyelia Mata Pelajaran untuk diserahkan kepada KPA.
6.11 Menerima errata (jika ada) daripada KPA untuk kegunaan Amali Kawalan.
6.12 Membantu KPA menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan
radas dan bahan dalam Ujian Amali Sains.
6.13 Memberi bantuan kepada calon di dalam Makmal Peperiksaan jika kesukaran
benar-benar berpunca daripada radas atau bahan (seperti yang dinyatakan
dalam Arahan Persediaan).
6.14 Tidak boleh berada di kawasan meja kerja calon kecuali ketika menjalankan
tugas yang dinyatakan dalam perkara 6.13.
6.15 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

7.0 Pembantu Makmal (PM)

7.1 Menerima lantikan daripada Pengarah Pendidikan JPN.


7.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
7.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
dan Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri
(LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.

19
7.4 Bertanggungjawab untuk:
7.4.1 membantu PMP menyediakan radas dan bahan Ujian Amali Sains.
7.4.2 membantu PMP semasa Ujian Amali Sains dijalankan.
7.5 Memastikan radas dan bahan yang disediakan untuk Ujian Amali Sains adalah
dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi.
7.6 Sentiasa berada di Bilik Persediaan sepanjang Ujian Amali Sains berlangsung.
7.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan
Pengarah Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

8.0 Guru Bertugas Harian

8.1 Menerima lantikan daripada Pengetua.


8.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains.
8.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D
atau Lampiran F), Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan
Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan Integriti (LP/Am 124) selepas menerima
taklimat.
8.4 Bertanggungjawab untuk:
8.4.1 Mengumpulkan calon dan memastikan semua calon hadir mengikut
waktu dan sidang yang ditetapkan.
8.4.2 Memastikan semua calon membawa dokumen pengenalan diri.
8.4.3 Memastikan tiada calon yang membawa sebarang alat peranti
elektronik atau barang larangan ke dalam bilik peperiksaan.
8.4.4 Memastikan semua calon melapor diri kepada Pengawas Lapor Diri.
8.4.5 Memaklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kepada KPA.
8.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan KPA dari
semasa ke semasa.

20
ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA
BAHAGIAN
C C SEKOLAH, PENYELIA KANAN SAINS DAN
PENYELIA MATA PELAJARAN

1.0 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan

1.1 Pengetua dan PKS hendaklah memastikan Makmal Peperiksaan berada dalam
keadaan yang kondusif dan selamat untuk melaksanakan Ujian Amali Sains.
1.2 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan yang digunakan untuk Ujian Amali
Sains hendaklah dikunci. Semua kunci tersebut hendaklah disimpan di dalam
almari besi berkunci di bilik Pengetua.
1.3 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan merupakan kawasan larangan dan
hendaklah ditutup dalam tempoh dua minggu sebelum Ujian Amali Sains.
1.4 Semua tingkap, pintu berkaca, jaring dan lubang udara pada dinding Makmal
Peperiksaan dan Bilik Persediaan berkenaan hendaklah ditutup dengan langsir
hitam atau kain berwarna gelap yang tebal atau kertas berwarna hitam yang
tebal untuk mengelakkan peralatan atau bahan-bahan yang disimpan atau
dipasang di dalam bilik tersebut dilihat dari luar makmal.
1.5 Peta, carta, model dan peralatan pengajaran sains dalam Makmal Peperiksaan
hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup sepanjang ujian dijalankan.
1.6 Menyediakan dua salinan pelan tempat duduk calon di dalam Makmal
Peperiksaan bagi menunjukkan susun atur kedudukan meja guru dan calon
semasa peperiksaan. Tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut angka
giliran. Pusat peperiksaan hendaklah memastikan salinan pelan tempat duduk
calon disediakan seperti yang berikut:
i. Salinan pertama ditampal di pintu masuk Makmal Peperiksaan;
ii. Salinan kedua dimasukkan ke dalam Buku Rekod Pengawasan.
1.7 Susun atur kedudukan calon hendaklah dipatuhi. (Lampiran Bil.1).

21
2.0 Senarai Awal

2.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Awal mengikut Jadual Kerja
Ujian Amali Sains (Lampiran Bil. 2) yang ditetapkan oleh LP.
2.2 Senarai Awal (Lampiran Bil. 3) ini hendaklah disimpan dalam almari besi
berkunci di bilik Pengetua dan dikeluarkan apabila hendak digunakan.

3.0 Arahan Persediaan

3.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Arahan Persediaan (Lampiran Bil. 4)
dan melaksanakan persediaan Ujian Amali Sains mengikut Jadual Kerja Ujian
Amali Sains yang ditetapkan oleh LP.
3.2 Arahan Persediaan dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik
Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa
dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan
yang dibekalkan oleh SPP JPN.
3.3 Setiap kali selepas digunakan, Arahan Persediaan, semua rajah, catatan dan
pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula
di dalam bilik Pengetua.
3.4 Pengeluaran dan penyimpanan Arahan Persediaan hendaklah direkodkan dan
disaksikan oleh Pengetua.
3.5 Arahan Persediaan ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi
berkunci di dalam bilik Pengetua.

22
4.0 Senarai Akhir

4.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Senarai Akhir (Lampiran Bil. 5)
mengikut Jadual Kerja Ujian Amali Sains yang ditetapkan oleh LP.
4.2 Senarai Akhir dibenarkan dibawa ke Makmal Peperiksaan atau Bilik
Persediaan setiap kali hendak digunakan. Dokumen ini hendaklah dibawa
dalam keadaan tertutup, iaitu dengan dimasukkan ke dalam beg keselamatan.
4.3 Setiap kali selepas digunakan, Senarai Akhir, semua rajah, catatan dan
pengiraan yang dibuat berhubung dengan persediaan Ujian Amali Sains
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang diseal dan disimpan semula
di dalam bilik Pengetua.
4.4 Pengeluaran dan penyimpanan Senarai Akhir hendaklah direkodkan dan
disaksikan oleh Pengetua.
4.5 Senarai Akhir ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almari besi berkunci
di dalam bilik Pengetua.

5.0 Jadual Waktu Ujian Amali Sains

5.1 Pusat peperiksaan perlu memuat turun Jadual Waktu Ujian Amali Sains
mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP.
5.2 Pusat peperiksaan hendaklah mematuhi sidang-sidang Ujian Amali Sains yang
telah ditetapkan oleh LP seperti pada Jadual Waktu Ujian Amali Sains.
(Lampiran Bil. 6: Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM).
5.3 Pusat peperiksaan hendaklah menyediakan jadual sidang yang khusus bagi
calon yang menduduki ujian untuk dua mata pelajaran dan tiga mata pelajaran
mengikut kapasiti makmal dan bilangan calon.
5.4 Sebarang perubahan sidang hendaklah mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan JPN.

23
6.0 Pergerakan calon

6.1 Guru Bertugas Harian hendaklah mengiring calon ke Bilik Lapor Diri mengikut
masa yang diperuntukkan dalam Jadual Sidang Ujian Amali Sains SPM.
6.2 Bilik Lapor Diri mestilah tidak terlalu jauh dari Makmal Peperiksaan supaya
calon tiba di Makmal Peperiksaan pada masa yang ditetapkan.
6.3 Pengawas Makmal Peperiksaan dan Pengawas Lapor Diri mengiringi calon
ke Makmal Peperiksaan.
6.4 Selepas selesai menjalani ujian, Pengawas Kuarantin dan seorang Pengawas
Makmal Peperiksaan akan mengiringi calon ke Bilik Kuarantin.
6.5 Calon akan ditempatkan di Bilik Kuarantin sehingga tempoh kuarantin yang
ditetapkan tamat.
6.6 Senarai semak pergerakan calon boleh dirujuk di Lampiran Bil. 7.

7.0 Arahan Am

7.1 Kerja-kerja penyelengaraan dan pembinaan bangunan yang berhampiran


Makmal Peperiksaan perlu ditangguhkan sepanjang Ujian Amali Sains.
7.2 Sekiranya bilangan makmal di sesebuah sekolah tidak mencukupi, pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan JPN.
7.3 Pihak sekolah hendaklah memastikan semua perolehan radas dan bahan
adalah mematuhi kaedah perolehan yang sedang berkuat kuasa.
7.4 Pihak sekolah juga hendaklah memastikan bahan kimia dilupuskan dengan
mematuhi kaedah pelupusan yang sedang berkuat kuasa.
7.5 Pihak sekolah hendaklah menjaga kebajikan calon dalam semua aspek seperti
waktu solat, makan minum dan kemudahan tandas.

24
BAHAGIAN
D D ARAHAN KESELAMATAN DAN
PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

1.0 Penyerahan Dan Penyemakan Kertas Peperiksaan Di Bilik Kebal

1.1 KPA dan seorang PA hendaklah hadir awal di bilik kebal untuk mengambil
bekalan kertas peperiksaan. Semua urusan serah terima bekalan kertas
peperiksaan hendaklah dilaksanakan di ruang kerja.
1.2 KPA dan PA hendaklah menyemak bungkusan kertas peperiksaan yang
diserahkan olek PK seperti yang berikut:
1.2.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh.
1.2.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul
luar dan pada tingkap sampul adalah betul. Pastikan juga tanda
tetulang (spine tag) berada dalam keadaan sebaris.
1.2.3 Sampul kertas peperiksaan tersebut adalah untuk kegunaan di pusat
peperiksaan pada hari yang berkenaan.
1.2.4 Bilangan kertas peperiksaan cukup untuk calon berpandukan
maklumat yang tercatat dalam Borang Akuan Penyemakan dan
Penerimaan Kertas Peperiksaan (APPKP).
1.3 KPA dan PA hendaklah menandatangani borang APPKP setelah perkara 1.2
dilaksanakan dan didapati betul. Satu salinan borang APPKP diserahkan
kepada PK.
1.4 KPA hendaklah memasukkan sampul kertas peperiksaan yang telah disemak
ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan seal keselamatan (mouse
tail), merekodkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Buku
Rekod Pengawasan dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi sebuah kereta.
1.5 KPA dan PA hendaklah terus menuju ke pusat peperiksaan tanpa singgah
di mana-mana tempat dalam perjalanan.

2.0 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Di Pusat Peperiksaan

KPA hendaklah menyimpan karung keselamatan yang mengandungi kertas


peperiksaan bagi sidang berikutnya di dalam almari besi berkunci di Makmal
Peperiksaan Utama.

25
3.0 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon

3.1 Pengawas Makmal Peperiksaan dan PMP/PKS hendaklah menyemak nombor


siri seal keselamatan (mouse tail) dan memotong seal keselamatan (mouse tail)
karung di hadapan calon dalam Makmal Peperiksaan Utama. Rekodkan
maklumat berkaitan dalam Buku Rekod Pengawasan.
3.2 PMP/PKS hendaklah mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan
tersebut tidak diceroboh dan hanya untuk kegunaan di pusat peperiksaan yang
berkenaan.
3.3 Pengawas Makmal Peperiksaan kemudiannya memeriksa sampul kertas
peperiksaan di hadapan calon dalam makmal utama untuk mengesahkan
bahawa sampul kertas peperiksaan tidak diceroboh.
3.4 KPA membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam Makmal
Peperiksaan Utama.
3.5 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menyemak sekali lagi maklumat
kod mata pelajaran adalah betul dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi.
3.6 KPA dan Pengawas Makmal Peperiksaan yang memeriksa sampul dikehendaki
menuliskan nama dan menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan
pada label sampul dan Buku Rekod Pengawasan.
3.7 Kertas Peperiksaan untuk kegunaan Makmal Peperiksaan lain hendaklah
dimasukkan ke dalam beg keselamatan sebelum dibawa ke Makmal
Peperiksaan selain dari Makmal Peperiksaan Utama.
3.8 KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas
peperiksaan kepada semua calon dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di bahagian atas.
3.9 Sebaik sahaja kertas peperiksaan diedarkan, KPA atau Pengawas Makmal
Peperiksaan hendaklah membuat pengumuman meminta calon menyemak
kertas peperiksaan.

3.10 Calon diminta mengangkat tangan dengan segera dan memaklumkan kepada
Pengawas Makmal Peperiksaan sekiranya terdapat kertas Peperiksaan yang
salah atau rosak atau cacat.

3.11 Mengambil semula kertas Peperiksaan yang salah atau rosak atau cacat dan
membekalkan kertas Peperiksaan yang betul serta lengkap.

3.12 Menyimpan kertas peperiksaan yang salah atau rosak atau di dalam almari besi
berkunci di Makmal Peperiksaan utama. KPA hendaklah menyediakan laporan
dan mengembalikan kertas peperiksaan tersebut kepada KPPK/KPP SPP
melalui PK.

26
4.0 Keselamatan Radas Dan Bahan

4.1 Maklumat yang disampaikan berhubung dengan Ujian Amali Sains hendaklah
dikawal dengan rapi supaya tiada kebocoran berlaku.
4.2 Radas dan bahan hendaklah disimpan mengikut SOP yang ditetapkan.
4.3 Radas dan bahan yang dikodkan, hendaklah dirujuk dengan kod sahaja dan
bukan nama yang sebenar.
4.4 Set radas dan bahan hendaklah disediakan mengikut bilangan calon berserta
set tambahan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ketika kecemasan.

5.0 Dokumen Pengenalan Diri Calon

5.1 PA hendaklah memastikan calon meletakkan dokumen pengenalan diri yang


bergambar di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang tempoh
peperiksaan berlangsung.
5.2 KPA atau PA boleh menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan
diri calon:
5.2.1 Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) bagi warganegara Malaysia;

5.2.2 MyPR dan MyKAS bagi bukan warganegara Malaysia;

5.2.3 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh


Jabatan Pendaftaran Negara;
5.2.4 Pasport Antarabangsa;
5.2.5 Lesen memandu; atau
5.2.6 Borang pengenalan Diri calon (LP/Am 118)
5.3 Bagi dokumen yang diragui kesahihannya, KPA hendaklah menyimpan cap jari
dan tandatangan calon dalam Buku Rekod Pengawasan untuk tindakan
susulan sekiranya perlu.
5.4 Pengawas Amali hendaklah memeriksa dokumen pengenalan diri calon
semasa peperiksaan bagi setiap sidang peperiksaan.

27
6.0 Waktu Ujian Amali Sains

6.1 Waktu ujian adalah tertakluk kepada Jadual Waktu Ujian Amali Sains yang
ditetapkan oleh LP (Lampiran Bil. 6). Sebarang pindaan adalah tidak
dibenarkan.
6.2 Calon hendaklah melaporkan diri di Bilik Lapor Diri di pusat peperiksaan
mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Ujian Amali Sains.
6.3 Calon tidak dibenarkan menduduki Ujian Amali Sains sekiranya calon tiba
selepas tamat tempoh melapor diri pada sidang berkenaan. KPA hendaklah
melaporkan kepada PK atau KPPK/KPP SPP untuk tindakan selanjutnya.
6.4 Calon sidang terakhir TIDAK dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya
mereka melaporkan diri di pusat peperiksaan SELEPAS tamat waktu kuarantin
yang ditetapkan. Laporan bertulis mengenainya hendaklah dibuat kepada
Pengarah Peperiksaan melalui KPPK/KPP SPP.
6.5 Calon Berkeperluan Khas (CBK) diperuntukkan menduduki Ujian Amali Sains
pada sidang terakhir di sesuatu pusat peperiksaan.

7.0 Laporan Kehadiran Calon

7.1 Kehadiran calon hendaklah direkodkan di semua bilik peperiksaan iaitu Bilik
Lapor Diri, Makmal Peperiksaan dan Bilik Kuarantin.
7.2 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon di Makmal Peperiksaan bagi
setiap sidang dengan menggunakan aplikasi e-Kehadiran.
7.3 KPA hendaklah memastikan maklumat yang sedia ada dalam aplikasi
e-Kehadiran tidak dipinda.
7.4 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon dengan betul dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Perkara yang berikut hendaklah dipatuhi:
7.4.1 Bagi pengguna Android, KPA hendaklah memuat turun aplikasi
e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) pada telefon pintar. Manakala bagi
pengguna iOS, KPA perlu melayari laman sesawang
https://elp.moe.gov.my.
7.4.2 Pilih Log Masuk dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang
diberikan oleh KPPK/KPP SPP.
7.4.3 Hanya calon pusat peperiksaan asal yang TIDAK HADIR sahaja
ditanda dalam aplikasi e-Kehadiran.
7.4.4 Kehadiran dan maklumat calon tercicir, calon menumpang dan calon
bantahan direkodkan dalam aplikasi e-Kehadiran.

28
7.5 KPA hendaklah memastikan bahawa jumlah calon yang hadir dan tidak hadir
di sesebuah pusat peperiksaan dikira berdasarkan rekod calon yang
disediakan oleh pusat peperiksaan atau KPPK/KPP SPP.

8.0 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

8.1 KPA hendaklah menggunakan SATU Borang Mengesan Pergerakan Calon


(LP/Am 29) untuk merekodkan pergerakan calon bagi keseluruhan sidang
di sesuatu pusat peperiksaan.
8.2 KPA hendaklah memastikan boring LP/Am 29 diisi dengan lengkap dan
dijumlahkan dengan tepat bagi keseluruhan sidang. Borang ini penting untuk
mengesan:
8.2.1 Calon hadir;
8.2.2 Calon tidak hadir;
8.2.3 Calon tercicir;
8.2.4 Calon menumpang;
8.2.5 Calon bantahan;
8.2.6 Calon berkeperluan khas.
8.3 KPA hendaklah meletakkan salinan pertama borang LP/Am 29 di atas SJP
di dalam sampul bungkusan SJP pusat berkenaan.
8.4 KPA hendaklah memasukkan salinan kedua borang LP/Am 29 ke dalam Buku
Rekod Pengawasan.
8.5 KPPK/KPP SPP hendaklah menghantar dokumen berikut kepada LP
selewat-lewatnya tiga hari selepas tamat peperiksaan:
i. Buku Rekod Pengawasan kepada KPPK Unit Menengah Atas.
ii. Salinan kedua Borang LP/Am 29 kepada KPP Unit Maklumat dan
Pemprosesan Keputusan.

9.0 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)

9.1 KPA hendaklah merujuk Jadual Pengiriman SJP Ujian Amali Sains bagi tujuan
menghantar bungkusan SJP.
9.2 JPSJP yang mengandungi maklumat kertas Peperiksaan dan alamat
penghantaran bungkusan merupakan dokumen terperingkat SULIT.
9.3 KPA hendaklah menyimpan JPSJP di tempat yang selamat dan
mengembalikannya kepada KPPK/KPP SPP setelah tamat peperiksaan.

29
10.0 Penerangan Kepada Calon

Calon hendaklah diberi penerangan mengenai peraturan dan larangan di pusat


peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

10.1 Pengetua memberi penerangan kepada calon sebelum Ujian Amali Sains:
i. Calon-calon diingatkan tentang arahan dan amaran yang terkandung
dalam Jadual Waktu Peperiksaan.
ii. Sebarang alat peranti elektronik adalah TIDAK DIBENARKAN dibawa
masuk ke dalam mana-mana bililk Ujian Amali Sains.
iii. Calon-calon hendaklah dinasihatkan berpakaian kemas dan sesuai
(calon-calon sekolah memakai pakaian seragam lengkap) dan
sentiasa mengikut tatatertib dalam peperiksaan.
iv. Calon-calon diingatkan supaya sampai ke Bilik Lapor Diri lebih awal
sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
v. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk sebarang catatan
sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti
buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu
Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, bekas alat tulis
dan beg ke dalam Makmal Peperiksaan kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan.
vi. Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk telefon bimbit,
alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, ke dalam bilik-bilik Ujian
Amali Sains kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa
peperiksaan.
vii. Calon-calon diingatkan bahawa sebarang kes salah laku yang dikesan
oleh petugas peperiksaan akan dilaporkan kepada Pengarah
Peperiksaan. Jika didapati bersalah, keputusan bagi kertas
peperiksaan berkenaan akan dibatalkan.

10.2 PA hendaklah:
i. membaca arahan, larangan dan peraturan peperiksaan seperti yang
tertera pada Jadual Waktu Peperiksaan kepada calon ketika di Bilik
Lapor Diri dan di Makmal Peperiksaan (Lampiran Bil. 8).
membaca Arahan Keselamatan Ujian Amali Sains di dalam Makmal
Peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan (Lampiran Bil. 9).

30
10.3 Perkara yang berikut perlu dimaklumkan sebelum sidang peperiksaan
dimulakan:
i. Calon diingatkan supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan
yang diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup
bilangan halaman atau kurang soalan, calon hendaklah memaklumkan
kepada PA dengan serta-merta.
ii. Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan nombor
pengenalan diri pada kertas peperiksaan.
iii. Calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku.
iv. Calon diingatkan supaya tidak membawa masuk barang larangan
ke dalam Makmal Peperiksaan.
v. Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah
dicatatkan di papan tulis.

10.4 Semasa peperiksaan sedang berjalan, PA tidak dibenarkan membuat


sebarang pengumuman kecuali 10 minit sebelum tamat masa peperiksaan.
10.5 Pada akhir masa kertas peperiksaan, PA hendaklah mengarahkan calon untuk
berhenti menulis.
10.6 PA menyemak semua SJP yang telah dikutip dan menyerahkan kepada KPA.

11.0 Pengurusan di Makmal Peperiksaan

11.1 Sebelum Sesi Peperiksaan

11.1.1 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan


apabila semua calon telah mengambil tempat di dalam Makmal Peperiksaan.

11.1.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah menggunakan 10 minit sebelum


peperiksaan dimulakan untuk membacakan arahan keselamatan Ujian Amali
Sains dan memberikan penerangan kepada calon tentang jarak antara calon
dan had pergerakan calon semasa menjalankan ujian.

31
11.2 Semasa Sesi Peperiksaan

11.2.1 Selepas setengah jam peperiksaan dijalankan, KPA atau PA hendaklah


menyemak dan merekodkan kehadiran calon.

11.2.2 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan setiap calon


menjawab dalam kertas peperiksaan yang dibekalkan oleh LP.

11.2.3 Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengisi angka


giliran, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod kertas
peperiksaan pada kertas peperiksaan.
11.2.4 Calon diarahkan menyemak radas dan bahan yang telah disediakan. Calon
hendaklah memastikan bahawa radas dan bahan mencukupi seperti yang
disenaraikan dalam kertas peperiksaan. Masa yang diperuntukkan ialah
5 minit bagi setiap soalan yang perlu dijawab.
11.2.5 Bagi calon yang tidak hadir pada mana-mana sidang Ujian Amali Sains, KPA
hendaklah:
a) menyediakan sehelai Helaian Tambahan dan mengisi maklumat angka
giliran calon, nombor pengenalan diri, nama mata pelajaran dan kod
kertas peperiksaan.
b) menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang,
menandatangani dan menulis nama KPA atau Pengawas Amali pada
Helaian Tambahan tersebut.
c) menyusun Helaian Tambahan ini bersama SJP calon yang hadir
mengikut urutan dalam sampul SJP bagi sidang yang didudukinya.

d) mengambil kira Helaian Tambahan ini sebagai SJP calon tidak hadir
semasa mengisi ruang berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku
Rekod Pengawasan.
11.2.6 Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon tahanan dan
calon berkeperluan khas, KPA hendaklah:

a) menyusun SJP calon tersebut pada kedudukan paling atas bungkusan


bagi sidang yang berkenaan;
b) mengambil kira SJP ini sebagai SJP calon hadir semasa mengisi ruang
berkenaan pada Borang LP/Am 29 dan Buku Rekod Pengawasan.

11.2.7 Bagi calon yang hadir tetapi tidak menjawab, KPA hendaklah membuat
catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang,
menandatangani dan menulis nama pada Helaian Tambahan atau kertas
peperiksaan calon berkenaan.

32
11.2.8 KPA atau Pengawas Makmal Peperiksaan hendaklah mengumpulkan SJP
bagi calon yang telah selesai menjawab dan ingin menghantar lebih awal
daripada masa sepatutnya.
11.2.9 Bagi calon dua mata pelajaran yang mengikuti sidang bersekali dengan calon
tiga mata pelajaran, SJP calon hendaklah dikutip sebaik masa menjawab yang
diperuntukan bagi calon tersebut tamat.

11.3 Selepas Sesi Peperiksaan

11.3.1 KPA hendaklah mengingatkan calon supaya menyemak butiran kertas


peperiksaan, angka giliran dan nombor pengenalan diri yang telah ditulis.

11.3.2 KPA dan Pengawas Makmal Peperiksaan mengutip SJP mengikut urutan
kedudukan calon dalam Makmal Peperiksaan dan menyusun mengikut urutan
angka giliran calon.
11.3.3 KPA hendaklah memastikan jumlah SJP yang dikumpulkan akur dengan
jumlah calon yang hadir sebelum calon dibenarkan keluar.

11.3.4 KPA hendaklah merujuk Bahagian E (Pengurusan Kes Khas) dalam


mengendalikan SJP calon menumpang, calon bantahan dan calon
berkeperluan khas.

11.4 Pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP)

11.4.1 KPA hendaklah memastikan Helaian Tambahan bagi calon tidak hadir
dibungkus bersama-sama SJP calon yang hadir dan disusun mengikut urutan
angka giliran calon bagi setiap sidang.
11.4.2 KPA hendaklah memastikan Laporan Penyelia Mata Pelajaran dibungkus
bersama-sama dengan SJP bagi setiap sidang.
11.4.3 Bagi pusat peperiksaan yang mempunyai lebih sidang, SJP bagi setiap sidang
yang telah selesai hendaklah dibungkus, diseal dan disimpan di dalam almari
besi berkunci di Makmal Peperiksaan Utama. Borang LP/Am 29 hendaklah di
bungkus bersama-sama SJP sidang terakhir.
11.4.4 KPA hendaklah menulis nombor sampul pada bahagian depan di penjuru atas
sebelah kanan pada setiap sampul SJP sekiranya terdapat lebih dari satu
sampul. Contohnya jika 2 sampul catatkan:
i. (1/2) pada sampul pertama; dan

ii. (2/2) pada sampul kedua.

33
11.4.5 KPA melekatkan lakri keselamatan dengan cara:
i. membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru.

ii. menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik


pembungkus supaya kedua-dua permukaan bertutup rapat.

11.4.6 KPA hendaklah menulis alamat penerima SJP dengan berpandukan Jadual
Pengiriman SJP menggunakan pena mata bulat pada bahagian hadapan, tepi
kiri dan kanan. Hendaklah dipastikan alamat yang ditulis adalah betul.
11.4.7 KPA hendaklah mengikat bungkusan SJP dengan kemas dan kuat.

11.5 Penghantaran Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP)

KPA hendaklah menghantar bungkusan SJP ke Bilik kebal sebaik sahaja


tamat peperiksaan pada hari berkenaan dengan mematuhi prosedur sedia
ada.

12.0 Keselamatan Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP)

12.1 Sampul SJP setiap sidang hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci
sementara menunggu sidang terakhir selesai untuk dibungkus.

12.2 KPA bertanggungjawab menjaga keselamatan bungkusan SJP. Bungkusan


SJP hendaklah dihantar ke bilik kebal sebaik peperiksaan tamat.

12.3 Sekiranya Bilik Kebal tidak dapat beroperasi, KPA hendaklah menghantar
bungkusan SJP ke Balai Polis berdekatan. Arahan berikut hendaklah dipatuhi:

12.3.1 memasukkan sampul SJP ke dalam beg atau karung keselamatan


dan dijerut dengan seal keselamatan.
12.3.2 menyimpan beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP
yang telah dijerut dengan seal keselamatan (mouse tail) ke dalam
almari besi keselamatan dalam lokap setelah mendapat kelulusan
daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
12.3.3 merekod dalam buku log maklumat berkaitan personel yang terlibat
dan penyerahan beg atau karung keselamatan yang berisi
bungkusan SJP.

34
12.3.4 PK menyimpan kunci peti atau almari besi keselamatan manakala
kunci lokap disimpan oleh Ketua Balai Polis tertakluk pada kelulusan
di antara LP dengan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
12.3.5 mengambil beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP
daripada Ketua Balai Polis untuk dihantar ke Bilik Kebal dan merekod
dalam Buku Rekod Pengawasan.
12.4 Sekiranya tidak ada bilik kebal atau balai polis berhampiran, KPA hendaklah
menyimpan SJP dalam peti atau almari besi keselamatan di bilik Pengetua
pusat peperiksaan. Nombor siri sampul direkodkan dalam Buku Rekod
Pengawasan. KPPK/KPP SPP akan mengeluarkan arahan untuk tindakan
selanjutnya.

35
BAHAGIAN
E E KES-KES KHAS

1.0 Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin

KPA hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya kertas peperiksaan tidak


mencukupi untuk calon pada sesuatu sidang bagi pusat Peperiksaan yang
hanya dijadualkan ada satu sidang sahaja.
1.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera.
Bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dengan pita pelekat.
Simpan sampul kertas peperiksaan dalam almari besi berkunci atau di tempat
yang selamat.
1.2 Mengarahkan PA mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga bekalan
kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon. Langkah-langkah berikut
hendaklah dipatuhi:
1.2.1 KPA hendaklah menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon
dan meminta mereka bertenang dan bersabar.
1.2.2 PA hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal Peperiksaan
tanpa ditemani oleh pengawas.
1.2.3 PA hendaklah memastikan tidak ada orang yang tidak berkenaan
menghampiri Makmal Peperiksaan.
1.2.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, KPA perlu mendapatkan kerjasama
Pengetua untuk menguruskan makan minum dan kebajikan calon.
1.2.5 KPA hendaklah mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod
Pengawasan.
1.2.6 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan hendaklah
disampaikan kepada KPPK/KPP SPP melalui PK.

36
2.0 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan

KPA hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya sampul yang sudah


dibuka itu tidak mengandungi kertas peperiksaan untuk hari yang berkenaan:
2.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera.
2.2 Menutup bahagian sampul yang telah dipotong dengan pita pelekat
keselamatan dan disimpan dalam almari besi berkunci dalam Makmal
Peperiksaan utama.
2.3 Menghubungi PK dengan segera untuk mendapatkan bekalan kertas
peperiksaan yang betul.
2.4 Mengembalikan kertas peperiksaan yang tersalah buka itu kepada PK untuk
tindakan selanjutnya.
2.5 KPA mengarahkan PA mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga
ke suatu masa yang ditetapkan. Calon diminta duduk ditempat masing-masing
dalam keadaan bertenang dan bersabar.
2.6 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan mesti disampaikan
kepada KPPK/KPP SPP melalui PK.

3.0 Kekurangan Radas dan Bahan Peperiksaan

3.1 Menghubungi PK atau KPPK/KPP SPP dengan segera untuk mendapatkan


bekalan radas atau bahan peperiksaan.
3.2 Memberi arahan kepada PA untuk mengawasi calon yang perlu dikuarantin
sehingga bekalan radas dan bahan mencukupi untuk semua calon. Langkah
berikut hendaklah diikuti:
3.3.1 KPA hendaklah menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon
dan meminta mereka bertenang dan bersabar.
3.3.2 KPA hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal
Peperiksaan tanpa ditemani oleh PA.
3.3.3 KPA hendaklah memastikan orang yang tidak berkenaan menghampiri
Makmal Peperiksaan.
3.3.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, KPA perlu mendapatkan kerjasama
Pengetua untuk menguruskan makan minum dan kebajikan calon.
3.3.5 KPA hendaklah menunggu bekalan alatan/bahan peperiksaan yang
dibawa oleh PK atau KPPK/KPP SPP. Jika arahan diterima untuk
membuat salinan kertas peperiksaan, urusan ini hendaklan dibuat
di sekolah kerajaan.

37
3.3.6 KPA hendaklah mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod
Pengawasan.
3.3.7 KPA hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan mesti
disampaikan kepada Pengarah Pendidikan JPN dan Pengarah
Peperiksaan dengan segera.

4.0 Calon Bantahan

4.1 Calon bantahan ialah calon yang memohon untuk mengambil sesuatu mata
pelajaran atau kertas peperiksaan yang tidak tercatat dalam Pernyataan
Pendaftaran Peperiksaan (PPP) tetapi calon dapat mengemukakan bukti
bahawa pendaftaran mata pelajaran telah dilakukan di peringkat sekolah atau
JPN atau LP.
4.2 KPA hendaklah memastikan calon bantahan mengemukakan Borang
Pendaftaran Peperiksaan calon yang asal sebagai bukti.
4.3 KPA hendaklah memastikan calon yang mengambil peperiksaan secara
‘bantahan’ mengisi Borang Bantahan (LP/Am 32) dengan selengkapnya.
Borang ini perlu diisi dalam dua salinan dan dihantar kepada KPPK/KPP SPP
melalui PK.
* Kebenaran untuk calon bantahan menduduki Ujian Amali Sains adalah
tertakluk kepada adanya bekalan kertas peperiksaan, radas dan bahan
di pusat peperiksaan yang berkenaan.
4.4 KPA hendaklah memaklumkan kepada calon bahawa Pengarah Peperiksaan
mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan sama ada bantahan yang
dikemukakan itu diterima atau ditolak.
4.5 KPA hendaklah memaklumkan kepada calon bantahan bahawa Pengarah
Peperiksaan berhak tidak mengeluarkan keputusan peperiksaan sekiranya
maklumat yang diberikan palsu.
4.6 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon bantahan dalam e-Kehadiran.
4.7 KPA hendaklah mencatat angka giliran calon bantahan dalam Buku Rekod
Pengawasan dan borang LP/Am 29.
4.8 KPA hendaklah menyusun SJP calon bantahan dengan meletakkannya
di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP sidang tersebut dan
membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP.

38
5.0 Calon Menumpang

5.1 Calon menumpang ialah calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah


pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran asal (angka giliran
semasa calon mendaftar di pusat peperiksaan asal).
5.2 KPA hendaklah memastikan kertas peperiksaan, radas dan bahan untuk
menjalani Ujian Amali Sains dibekalkan untuk calon menumpang yang telah
mendapat kebenaran daripada pihak JPN atau atas sebab kecemasan yang
munasabah.
*Kebenaran untuk calon menumpang menduduki Ujian Amali Sains adalah
tertakluk kepada adanya bekalan kertas peperiksaan, radas dan bahan
di pusat peperiksaan yang berkenaan.
5.3 KPA hendaklah merekodkan kehadiran calon menumpang dalam e-Kehadiran.
5.4 KPA hendaklah mencatatkan angka giliran calon menumpang dalam Buku
Rekod Pengawasan dan borang LP/Am 29.
5.5 KPA hendaklah menyusun SJP calon menumpang dengan meletakkannya
di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP pusat tersebut dan
membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP.

6.0 Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Calon Berkeperluan Khas (CBK) ialah calon yang memerlukan perkhidmatan,


peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. KPA hendaklah memastikan
keperluan ini disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan permohonan calon
dengan persetujuan pihak sekolah dan ibu bapa setelah disiasat dan
diperakukan oleh JPN.

6.1 Buta Warna


6.1.1 Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada doktor yang
bertauliah yang akan menentukan buta warna yang terlibat.
6.1.2 Calon mendapatkan bantuan daripada PMP dengan kebenaran KPA
dan diawasi oleh Pengawas Amali untuk mengecam warna yang
ditentukan.

6.2 Kecacatan-kecacatan lain


6.2.1 Pengawas Amali tidak dibenarkan membantu calon menulis jawapan
atau menjalankan amali.
6.2.2 Tambahan masa perlu diberi mengikut jadual masa tambahan yang
ditetapkan oleh LP (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM).

39
6.2.3 Ujian Amali Sains hanya boleh dijalankan di Makmal Peperiksaan
sahaja dan tidak boleh dijalankan di tempat lain seperti hospital dan
sebagainya.
6.2.4 Pengawas Amali hendaklah memastikan SJP CBK disusun mengikut
prosedur pembungkusan SJP CBK yang telah ditetapkan.
6.2.5 KPA hendaklah membuat catatan bagi setiap kes kecacatan dalam
Buku Rekod Pengawasan.

7.0 Kes Kecemasan

Kes Kecemasan ialah kes yang melibatkan calon sakit pada hari peperiksaan
dan perlu mendapat perhatian khas oleh semua pihak yang menguruskan
peperiksaan yang dikategorikan seperti berikut:

7.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba


Bagi calon yang jatuh sakit dengan tiba-tiba misalnya pitam, sawan, histeria,
senggugut dan sebagainya, perkara-perkara berikut hendaklah diikuti.
7.1.1 Calon-calon hendaklah diasingkan daripada calon-calon lain di satu
tempat khas dan jika telah diberi kertas peperiksaan, kertas
peperiksaannya itu hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci.

7.1.2 KPA perlu merekod dalam Buku Rekod Pengawasan waktu kejadian itu
berlaku.

7.1.3 Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan segera bagi memulihkan


calon berkenaan. Jika keadaan calon masih tidak dapat dipulihkan maka
calon perlu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

7.1.4 Jika calon boleh meneruskan peperiksaan, KPA hendaklah memberikan


masa gantian (jika masih ada sidang sedang berlangsung) bagi masa
yang belum digunakan oleh calon.

7.2 Penyakit Berjangkit seperti Campak, Cacar Air, Beguk, Sakit Mata dan
Lain-lain
7.2.1 Surat pengesahan doktor diperlukan bagi menentukan bahawa
penyakit itu tidak akan membahayakan orang lain.
7.2.2 Calon-calon hendaklah menjalankan Ujian Amali Sains di Makmal
Peperiksaan yang berasingan atau di Bilik Persediaan.
7.2.3 KPA hendaklah membungkus SJP bersama SJP calon-calon yang lain
mengikut tatacara pembungkusan SJP.

40
7.3 Cuti Khas
Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan arahan dan pengumuman melalui
media rasmi LP serta Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung perjalanan
peperiksaan jika kerajaan mengisytiharkan cuti khas. Sekiranya tiada arahan
dikeluarkan, Ujian Amali Sains akan dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

7.4 Darurat dan Perintah Berkurung


Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung
dengan perjalanan peperiksaan jika kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat
dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya tiada arahan dikeluarkan,
Ujian Amali Sains akan dijalankan mengikut jadual.

7.5 Banjir
PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang
Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran LP Bil.1/01 (Operasi
Payung) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku banjir
di sesuatu kawasan yang mengancam pelaksanaan Ujian Amali Sains.

7.6 Bencana Alam


KPA hendaklah menghubungi PK atau KPPK/KPP SPP sekiranya berlaku
bencana alam selain daripada banjir.
Pengarah Pendidikan JPN hendaklah berhubung dengan Pengarah Operasi
Agensi yang berkenaan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku
bencana alam dan meminta kebenaran serta bantuan pihak berkuasa untuk
membolehkan calon menduduki Ujian Amali Sains mengikut jadual.

7.7 Ancaman Bom


PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Ancaman Bom
Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran LP Bil. 1/2001
(Operasi Bom) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku
ancaman bom di sesuatu pusat Ujian Amali Sains.

7.8 Jerebu
PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang
Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/2005 (Operasi Topeng) tentang
persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku jerebu di sesuatu kawasan.

41
7.9 Bilik Kebal Gagal Dibuka
PK dan KPA perlu merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Situasi Pintu
Bilik Kebal yang Tidak Boleh Dibuka dan Boleh Menjejaskan Perjalanan
Peperiksaan Bil.1/2007 (Operasi Tebuk) tentang persediaan untuk mengatasi
keadaan jika berlaku pintu bilik kebal yang tidak boleh dibuka.

8.0 Kes Salah Laku

Salah laku ertinya meniru, menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang


tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai
suatu salah laku serius oleh LP.

8.1 Kes Meniru


Calon dituduh atau disabit meniru jika menggunakan beberapa ayat atau
perkataan dari jawapan calon lain sebagai jawapannya atau memberi atau
menyampaikan atau mendedahkan jawapannya kepada calon lain dalam
keadaan sedar semasa peperiksaan sedang berjalan.

8.2 Kes Menyamar Dan Kes Penipuan Dalam Kad Pengenalan


Calon dituduh atau disabit menyamar jika calon terbabit menggunakan Kad
Pengenalan (sementara) yang dipalsukan atau telah diubah atau saling
bertukar-tukar angka giliran sesama sendiri semasa peperiksaan sedang
berjalan. Seseorang calon didapati bersalah, jika sabit dengan bukti yang jelas
daripada Pengawas Peperiksaan Amali atau Pemeriksa atau kurang bukti
tetapi ada keyakinan tanda-tanda meniru telah dilakukan oleh calon.

8.3 Kes Mendapat Bantuan


Calon dituduh atau disabit mendapat bantuan jika calon menerima pertolongan
daripada orang lain yang berada di luar atau dalam Makmal Peperiksaan untuk
menjawab soalan bagi pihak dirinya semasa peperiksaan sedang berjalan.

8.4 Kes Menyeludup


Calon dituduh atau disabit menyeludup jika calon didapati membawa masuk
buku ramalan atau jawapan yang telah tersedia atau catatan atau nota atau
buku atau ringkasan atau rumusan atau lakaran lukisan ke dalam makmal yang
digunakan bagi tujuan meniru atau calon menggunakan skrip calon lain
sebagai skripnya atau calon menceroboh masuk ke kawasan larangan atau
makmal sebelum peperiksaan bermula.

42
8.5 Kes Melanggar Peraturan Peperiksaan
Calon dituduh atau disabit melanggar peraturan Peperiksaan jika calon
melakukan mana-mana perkara yang termaktub di dalam arahan dan amaran
Jadual Waktu Peperiksaan Tahun berkenaan. Seseorang calon didapati
bersalah jika sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas dan Pemeriksa
atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda melanggar peraturan
dilakukan calon.

43
LAMPIRAN

1. CONTOH SUSUN ATUR KEDUDUKAN CALON

(a) KEDUDUKAN CALON DI MEJA MAKMAL

CALON 1

Label
RADAS CALON 2
Calon

PILI 1 SINKI PILI 2

Label
Calon RADAS CALON 1

CALON 2

(b) SUSUN ATUR KEDUDUKAN (c) PELAN KEDUDUKAN CALON


CALON DI MAKMAL PEPERIKSAAN DI MAKMAL PEPERIKSAAN

Jam 1 MEJA GURU DAN PAPAN TULIS


MEJA GURU DAN PAPAN TULIS

AG Calon AG Calon AG Calon AG Calon


1 2 11 12

AG Calon AG Calon AG Calon AG Calon


3 4 13 14

AG Calon AG Calon AG Calon AG Calon


5 6 15 16

AG Calon AG Calon AG Calon AG Calon


7 8 17 18

AG Calon AG Calon AG Calon AG Calon


Jam 2 9 10 19 20

*AG = Angka Giliran

44
2. CONTOH JADUAL KERJA UJIAN AMALI SAINS SPM

JADUAL KERJA UJIAN AMALI SAINS


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2021

BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN


LP
1. Pendaftaran calon SPM 1 - 31 Mac SPP JPN
Pengetua
Mesyuarat Penyelarasan Kerja Ujian Amali LP
2. Januari - Februari
Sains SPP JPN
LP
Taklimat oleh LP kepada Pengarah
3. Januari - Februari Pengarah JPN
Pendidikan JPN/ KPPK/KPP SPP
SPP JPN
Taklimat oleh Pengarah Pendidikan JPN
Pengarah JPN
kepada Pengetua sekolah, Penyelia Kanan
4. Februari - Mac Pengetua
Sains, Penyelia Mata Pelajaran dan
Petugas sekolah
Pembantu Makmal
Penyediaan Jadual Sidang oleh pusat Pengetua
5. Mac
peperiksaan Petugas sekolah
Taklimat oleh Pengarah Pendidikan JPN Dalam tempoh Pengarah JPN
6. kepada petugas peperiksaan dan Pengetua sebulan sebelum SPP JPN
sekolah pusat peperiksaan peperiksaan Pengetua
Dalam tempoh
7. Taklimat oleh KPA kepada semua PA sebulan sebelum KPA, PA
peperiksaan
Selewat-lewatnya KPA, PA
Lawatan oleh petugas peperiksaan ke pusat
8. sehari sebelum Pengetua
peperiksaan
peperiksaan Petugas sekolah

Memuat turun Senarai Awal Ujian Amali Sebulan sebelum


9. Pengetua
Sains peperiksaan
Dua (2) minggu
Bilik Persediaan dan Makmal Peperiksaan Pengetua
10. sebelum
diwartakan sebagai kawasan larangan Petugas Sekolah
peperiksaan
Dua (2) minggu
Memuat turun Arahan Persediaan dan Pengetua
11. sebelum
Senarai Akhir Ujian Amali Sains Petugas Sekolah
peperiksaan
LP
Seperti Jadual
SPP JPN
12. Pengendalian Ujian Amali Sains Waktu Peperiksaan
Pengetua
yang diedarkan
Semua petugas

45
3. CONTOH SENARAI AWAL

SENARAI RADAS DAN BAHAN


A. Senarai Awal Radas / Bahan
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut:

Bil Radas / Bahan Kuantiti

1 Ladung bersaiz 2.0 sm diameter 1 set / calon per sidang


2 Jisim berslot 1 set / calon per sidang
3 Sel kering / Bateri 2 unit / per calon per sidang
4 Pemegang sel kering /Bateri 2 slot 1 unit / per calon per sidang
5 Wayar penyambung 50 sm bersama klip buaya 3 set / per calon per sidang
6 Rod karbon 8 sm bersama pemegangnya 2 batang / per calon per sidang
7 Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
8 Ammeter berjulat 0 - 5.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
9 Voltmeter berjulat 0 - 1.0 volt 1 unit / per calon per sidang
10 Voltmeter berjulat 0 - 5.0 volt 1 unit / per calon per sidang
11 Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang
12 Bikar 50 ml 4 unit / per calon per sidang
13 Silinder penyukat 50 smᵌ 1 unit / per calon per sidang
14 Silinder penyukat 10 smᵌ 1 unit / per calon per sidang
15 Tabung uji 2 unit / per calon per sidang
16 Penyepit 1 unit / per calon per sidang
17 Forsep 1 unit / per calon per sidang
18 Spatula 1 unit / per calon per sidang
19 Kepingan zink 1 keping / calon

1. Jumlah keseluruhan radas dan bahan yang perlu disediakan ialah bagi 20 calon
per sidang.
2. Beberapa set radas dan bahan tambahan perlu disediakan untuk kegunaan apabila perlu.
3. Jumlah maksimum sidang ialah 3.

46
4. CONTOH ARAHAN PERSEDIAAN

A. Arahan Persediaan

1. Bahan P:
Larutkan 117.0 g pepejal natrium klorida ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran
digoncang untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan
Larutan P.

2. Bahan Q:
Larutkan 360.0 g gula pasir ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang untuk
mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan Q.

3. Bahan R:
Campurkan 92.0 sm³ cecair etanol ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang
untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan R.

4. Bahan S:
Larutkan 322.0 g pepejal zink sulfat ke dalam 1000 sm³ air suling. Campuran digoncang
untuk mendapatkan larutan homogen. Larutan ini hendaklah dilabelkan Larutan S.

B. Arahan Khas
1. Bagi Sidang Kedua dan seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memastikan
semua radas bersih dan disusun semula seperti pada permulaan Sidang Pertama.

2. Tujuan Amali Sains Tambahan ini ialah untuk mengenalpasti kebolehan calon
menjalankan kerja amali yang mudah. Pemeriksa sedar ada kalanya seseorang calon
mungkin tidak dapat menunjukkan kebolehan amalinya kerana dia tidak dapat memahami
sebahagian daripada butir-butir dalam teori bagi eksperimen itu. Untuk mengatasi
kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran diminta memberi bayangan kepada calon yang
tidak boleh meneruskan kerjanya dan kemudian membuat laporan tentang segala
bantuan yang telah diberi. Satu catatan hendaklah dibuat pada Borang Laporan tentang
sebarang bantuan yang diberi kepada calon dengan menyatakan nombor kad pengenalan
dan angka giliran calon berkenaan. Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu
KPA supaya membuat pengumuman berikut sebelum sidang bermula. “Pemeriksa tidak
mahu anda membuang masa kerana tidak dapat meneruskan eksperimen. Oleh itu
sesiapa yang tidak boleh meneruskan eksperimen selepas cuba membuatnya selama 15
minit, bolehlah berjumpa KPA dan meminta pertolongan. Saya akan melaporkan kepada
Pemeriksa tentang sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah mungkin dipotong”.

3. Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen bagi tiap-tiap sidang dan
merekodkan semua bacaan dalam jadual yang disediakan.

4. Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dan


mengutamakan langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

47
5. CONTOH SENARAI AKHIR

A. Senarai Akhir

Radas / Bahan
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut:

Bil Radas / Bahan Kuantiti


1 Larutan P [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang
2 Larutan Q [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang
3 Larutan R [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang
4 Larutan S [dilabel pada bikar 250 ml] 100 ml / per calon per sidang
5 Wayar penyambung 50 sm bersama klip buaya 3 set / per calon per sidang
6 Rod karbon 8 sm bersama pemegangnya 2 batang / per calon per sidang
7 Ammeter berjulat 0 – 1.0 ampere 1 unit / per calon per sidang
8 Bikar 100 ml 4 unit / per calon per sidang
9 Silinder penyukat 50 sm³ 1 unit / per calon per sidang
10 Sel kering 2 unit / per calon
11 Kain pengelap / tisu 1 helai / per calon per sidang
12 Pemegang sel kering 1 set / per calon per sidang
13 Air suling 1 botol / per calon per sidang
14 Kepingan papan lapis bersaiz 3 sm x 3 sm 2 unit / per calon per sidang
15 Ladung bersaiz 2.0 sm diameter 1 unit / per calon per sidang
16 Benang 100 sm / per calon
17 Kaki retort dan pemegang 1 set / per calon per sidang
18 Jam randik 1 unit / per calon per sidang
19 Protraktor 1 unit / per calon per sidang

48
6. CONTOH JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS SPM

KERTAS DAN
AKTIVITI CALON
HARI SIDANG 1 SIDANG 2 SIDANG 3
(TEMPAT)
PEPERIKSAAN

CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL

Lapor diri 12.15 – 12.30


7.30 – 7.45 pagi 9.45 – 10.00 pagi
AMALI SAINS (Bilik Lapor Diri) tengah hari
TAMBAHAN
Ujian mula
8.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tengah hari
(HARI A) (Makmal)
Ujian tamat 12.15
9.45 pagi 2.45 petang
(Makmal) tengah hari
Kuarantin tamat 1.00 1.00
2.45 petang
(Bilik Kuarantin) tengah hari tengah hari
CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL
Lapor diri 1.15-1.30
7.30 – 7.45 pagi 10.15 – 10.30 pagi
AMALI SAINS (Bilik Lapor Diri) tengah hari
3 MATA Ujian mula 2.00
8.00 pagi 11.00 pagi
PELAJARAN (Makmal) petang
Ujian tamat 1.15
(HARI B) 10.15 pagi 4.45 petang
(Makmal) tengah hari
Kuarantin tamat 2.00 2.00 4.45
(Bilik Kuarantin) petang petang petang
CALON HADIR 5 MINIT LEBIH AWAL
Lapor diri
7.30 – 7.45 pagi 9.30 – 9.45 pagi 11.45 – 12.00 pagi
(Bilik Lapor Diri)
AMALI SAINS
2 MATA Ujian mula 12.30
8.00 pagi 10.15 pagi
PELAJARAN (Makmal) tengah hari
Ujian tamat 11.45
(HARI B) 9.30 pagi 2.00 petang
(Makmal) tengah hari
Kuarantin tamat 2.00 2.00 2.00
(Bilik Kuarantin) petang petang petang

49
CATATAN:

1. LP akan menetapkan tarikh Ujian Amali Sains iaitu dalam tempoh sebulan
sebelum Peperiksaan SPM. Jadual Sidang Amali Sains akan dimuatnaik dalam
portal LP bersama-sama dengan Jadual Waktu Peperiksaan tahun semasa dan
juga diedarkan kepada semua calon melalui Pengarah Pendidikan JPN.

2. Calon diperuntukkan tempoh ujian berdasarkan bilangan mata pelajaran yang


didaftarkan:
(a) Calon yang mendaftar 3 mata pelajaran – 2 jam 15 minit
(b) Calon yang mendaftar 2 mata pelajaran – 1 jam 30 minit
(c) Calon Sains Tambahan diperuntukkan tempoh 1 jam 45 minit.

3. Pusat peperiksaan hendaklah menyediakan jadual sidang mengikut ketetapan ini.


Jika terdapat sebahagian kecil calon yang mendaftar bilangan mata pelajaran
sains elektif berbeza dengan calon lain, pusat peperiksaan hendaklah
mendapatkan nasihat dari KPPK/KPP SPP bagi menetapkan sidang calon yang
berkenaan.

4. Semua pusat peperiksaan hendaklah bermula dengan sidang 1. Semua petugas


hendaklah mematuhi jadual sidang yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan
pada jadual sidang adalah tidak dibenarkan.

5. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua calon yang terlibat tentang
Jadual Sidang Ujian Amali Sains ini. Pihak sekolah juga perlu merancang
kemudahan dan kebajikan calon.

6. Ujian Amali Sains bagi Sains Tambahan dan mata pelajaran sains elektif
dilaksanakan dalam minggu yang sama.

50
7. SENARAI SEMAK PERGERAKAN CALON

TEMPOH AKTIVITI TEMPAT

• Pihak sekolah memastikan semua calon sidang yang berkenaan telah hadir
dan membawa dokumen pengenalan diri masing-masing
• Calon hadir 5 minit awal ke Bilik Lapor Diri
• Pengawas mengambil kehadiran
berdasarkan senarai nama yang
disediakan oleh pusat
peperiksaan atau SPP JPN
Bilik Lapor Diri
• Arahan Umum Keselamatan
15 minit Peperiksaan oleh KPA

Calon bergerak ke Makmal Peperiksaan diiringi oleh KPA dan


Pengawas Lapor Diri.(Pusat peperiksaan digalakkan
menyediakan Bilik Lapor Diri yang berdekatan dengan Makmal
Peperiksaan)

Arahan Keselamatan Ujian Amali


15 minit
Sains oleh Pengawas Amali

Ujian Amali Sains untuk calon dengan


2 jam 15 minit
3 mata pelajaran
Makmal Peperiksaan
Ujian Amali Sains untuk calon dengan
1 jam 30 minit
2 mata pelajaran

Ujian Amali Sains untuk calon Sains


1 jam 45 minit
Tambahan

Calon bergerak ke Bilik Kuarantin diiringi oleh Pengawas


Sebaik peperiksaan
Kuarantin dan Pengawas Makmal Peperiksaan
selesai hingga
tamat tempoh
kuarantin Calon menjalani kuarantin Bilik Kuarantin

51
8. ARAHAN UMUM KESELAMATAN PEPERIKSAAN OLEH PA DI BILIK
LAPOR DIRI

(a) Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan


yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM dan
menandatangani Borang Pengakuan Calon.

(b) Calon diingatkan supaya mematuhi setiap arahan dan amaran yang
terkandung dalam Jadual Waktu Peperiksaan tahun semasa.

(c) Calon menumpang hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran


Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat
peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas
Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata
pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat
peperiksaan seliaannya.

(d) Calon diminta untuk memeriksa saku masing-masing bagi memastikan


calon tidak membawa masuk bahan-bahan terlarang seperti yang
termaktub dalam Bahagian D, Perkara 7 Larangan di Dewan/Bilik
Peperiksaan.

(e) Calon mata pelajaran sains elektif Fizik, Kimia dan Biologi diperuntukan
sejumlah masa seperti berikut bagi setiap mata pelajaran yang
didaftarkan:
• 5 minit pertama untuk merancang amali serta menyemak
radas/bahan.
• 40 minit berikutnya untuk menjalankan ujian amali dan menjawab
soalan.

(f) Calon Sains Tambahan pula diperuntukkan 1 jam 45 minit bagi


menduduki Ujian Amali Sains.

(g) Mengumumkan bahawa calon yang tidak boleh meneruskan eksperimen


selepas cuba membuatnya selama 15 minit, bolehlah berjumpa KPA dan
meminta pertolongan. Namun, sebarang bantuan yang diberi akan
dilaporkan kepada pemeriksa dan sebahagian markah mungkin akan
dipotong.

52
9. ARAHAN KESELAMATAN UJIAN AMALI SAINS OLEH PA DI DALAM
MAKMAL PEPERIKSAAN MERANGKUMI PERKARA BERIKUT:

(a) Calon diingatkan supaya meneliti butiran kertas peperiksaan yang


diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup bilangan
halaman atau kurang soalan, calon hendaklah memaklumkan kepada
Pengawas Amali dengan serta-merta.

(b) Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan nombor pengenalan
diri pada skrip jawapan peperiksaan.

(c) Calon diingatkan supaya sentiasa mematuhi jarak 1.5 meter antara dirinya
dengan calon lain sepanjang peperiksaan berlangsung.

(d) Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen


Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau
Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru atas meja sepanjang waktu
peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen
berkenaan.

(e) Mengingatkan calon supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang


menjalankan Ujian Amali Sains.

(f) Membacakan arahan yang tercatat di muka hadapan kertas peperiksaan.

(g) Menyemak kandungan kertas peperiksaan bersama-sama calon.

(h) Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah
dicatatkan di papan tulis.

(i) Memaklumkan bahawa calon boleh memohon bantuan PMP melalui KPA
dengan syarat-syarat yang dinyatakan.

53

You might also like