You are on page 1of 123

UQI 10502

AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS

Modul Pembelajaran dan Pengajaran


Edisi Keempat

Penyunting:
Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari
Nur Zainatul Nadra Zainol
Faisal Husen Ismail

Penulis:
Abdul Shakor Borham
Ahmad Sharifuddin Mustapha
Halimi Mohd. Khalid
Shakila Ahmad
Nik Kamal Wan Muhammed
Shah Rul Anuar Nordin
Abdullah Sulaiman
Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar
Mohd. Hisyam Abdul Rahim
Nur Zainatul Nadra Zainol
Intan Farhana Saparudin
Che Adenan Mohammad
Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari
Siti Marpuah
Mustapahayuddin Abdul Khalim
Arwansyah Kirin
Muhammad Masruri
Faisal Husen Ismail

JABATAN PENGAJIAN ISLAM


PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

Edaran Dalaman Sahaja


Edaran Dalaman Sahaja
Cetakan Pertama (Modul Pembelajaran), 1/2020
@Abd. Shakor Borham, Abdullah Sulaiman, Ahmad Sharifuddin Mustapha, Halimi Mohd.
Khalid, Intan Farhana Saparudin, Mohd. Hisyam Abdul Rahim, Shah Rul Anuar Nordin,
Nik Kamal Wan Muhammed, Nur Zainatul Nadra Zainol, Shakila Ahmad, Sharifah
Khadijah Syed Abu Bakar, Che Adenan Mohammad, Siti Marpuah, Wan Ainaa Mardhiah
Wan Zahari, Mustapahayuddin Abdul Khalim, Arwansyah Kirin, Muhammad Masruri
Muhammad Dalail, Faisal Husen Ismail

10-0192

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk
dan juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana
bahagian kandungan modul ini sebelum mendapat izin daripada Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Diterbitkan dan dicetak oleh:

Penerbit UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta’zim
Tel: 07-4537051/7454
Fax: 07-4536145
E-mel: pt@uthm.edu.my
Laman Web: www.uthm.edu.my

2
PRAKATA

Penulisan modul suntingan ini bertujuan bagi memudahkan pelajar yang


mengambil kursus Akidah Ketuhanan dan Sains (UQI 10502) iaitu kursus
wajib universiti di peringkat diploma. Kursus ini ditawarkan oleh Jabatan
Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK). Modul
ini telah disunting dan disusun berdasarkan kepada turutan dalam
perancangan pengajaran RPP-04 (Prosedur Perancangan Kuliah).

Modul ini membincangkan tentang manusia dan agama; teori asal-usul


agama; konsep akidah ketuhanan; peringkat perkembangan akidah
daripada monoteisme kepada politeisme; konsep ketuhanan dalam
kepelbagaian agama; ilmu dalam Islam; sekularisme ilmu; sains secara
umum; sumber agama dalam sains; tinjauan terhadap al-Quran dan
peranan akidah ketuhanan dalam pembentukan keperibadian.

Akhir sekali, penulisan ini didedikasikan kepada pelajar-pelajar yang


mengambil kursus Akidah Ketuhanan dan Sains di universiti ini. Semoga
ia memberi manfaat yang besar kepada pengukuhan diri pelajar dalam
menimba ilmu tentang akidah ketuhanan.

Penyunting:
Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari
Nur Zainatul Nadra Zainol
Faisal Husen Ismail

1
PENGHARGAAN

‫القائل ىف كتابه املبني "ومن أحسن قوال ممن دعا اىل هللا وعمل صاحلا‬, ‫رب العاملني‬
ّ ‫احلمد هلل‬
‫ وخامت النبيّني الذى‬, ‫وقال انّىن من املسلمني" والصالة والسالم على سيدان حممد سيد الدعاة‬
‫شرا ونذيرا‬
ّ ‫النيب ّاان أرسلناك شاهدا ومب‬
ّ ‫ "ايايّها‬: ‫ فقال ىف ح ّقه‬,‫أرسله هللا داعيا اىل هللا ابذنه‬
"‫وداعيا اىل هللا ابذنه وسراجا منريا‬

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya penyuntingan modul
ini telah dapat disiapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak


terhingga khasnya kepada Ketua Jabatan Pengajian Islam, Ketua Panel
Bidang Pengajian Islam dan ahli-ahli panel bidang yang telah
menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan penerbitan modul ini. Tidak dilupakan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Allahyarham Dr. Rafiuddin Afkari bin Hj Abdul
Fattah, Dr Habibah @ Halijah Awang, Dr Mikdar Rusdi, Prof Madya Dr.
Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan Prof Madya Dr. Hussain Othman
yang turut memberi sumbangan dalam penulisan modul ini.

Juga, penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Ketua Penerbit Universiti, Ketua Jabatan Pembelajaran dan
Pengajaran serta pihak CAD, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) yang telah memberi peluang dalam penerbitan modul ini.

2
HALAMAN KANDUNGAN

KANDUNGAN
MUKA SURAT
PRAKATA
PENGHARGAAN
HALAMAN KANDUNGAN

1.0 TOPIK 1: Manusia dan Agama 1


1.1 Pendahuluan
1.2 Pengertian Manusia
1.3 Manusia Pada Pandangan Agama
1.4 Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam
1.5 Ciri-ciri Manusia
1.6 Pengertian Agama
1.7 Dorongan Agama
1.8 Peranan Agama
Aktiviti
Rujukan

2.0 TOPIK 2: Teori Asal-usul Agama 15


2.1 Pendahuluan
2.2 Konsep Agama
2.3 Unsur-unsur Agama
2.4 Teori Asal-usul Agama
2.5 Asal-usul Agama Menurut Islam
2.6 Pembahagian Agama
2.7 Agama-agama di Dunia
Aktiviti
Rujukan

3
3.0 TOPIK 3: Konsep Akidah Ketuhanan 27
3.1 Pendahuluan
3.2 Pengertian Akidah
3.3 Pengertian Tuhan (Ilah)
3.4 Akidah dan Fitrah Manusia
Aktiviti
Rujukan

4.0 TOPIK 4: Monoteisme dan Politeisme 32


4.1 Pendahuluan
4.2 Monoteisme dan Politeisme
4.3 Pandangan Islam Terhadap Politeisme
Aktiviti
Rujukan

5.0 TOPIK 5: Konsep Ketuhanan dalam Kepelbagaian 43


Agama
5.1 Pendahuluan
5.2 Agama Islam
5.3 Agama Kristian
5.4 Agama Hindu
5.5 Agama Buddha
5.6 Agama Sikh
Aktiviti
Rujukan

6.0 TOPIK 6: Konsep Ilmu dalam Islam 52


6.1 Pendahuluan
6.2 Definisi Ilmu dalam Islam
6.3 Ciri-Ciri Ilmu dalam Islam
6.4 Pembahagian Ilmu dalam Islam
6.5 Sumber Ilmu dalam Islam
6.6 Kesepaduan Ilmu

4
6.7 Kepentingan Ilmu
Aktiviti
Rujukan

7.0 TOPIK 7: Sekularisme 64


7.1 Pendahuluan
7.2 Definisi Sekularisme
7.3 Kelahiran dan Perkembangan Sekularisme
7.4 Konsep dan Prinsip Sekularisme
7.5 Ciri-Ciri Sekularisme dan Pengaruhnya Terhadap
Sains Moden
7.6 Sekularisme dan Umat Islam
7.7 Pandangan Islam Terhadap Sekularisme
7.8 Pertentangan antara Islam dan Sekularisme
Aktiviti
Rujukan

8.0 TOPIK 8: Sains Secara Umum 80


8.1 Pendahuluan
8.2 Pengertian Sains
8.3 Ciri-Ciri Asas Ilmu Sains
8.4 Fokus dan Tumpuan Ilmu Sains
8.5 Kaedah Kajian Ilmu Sains
8.6 Kategori Ilmu Sains
Aktiviti
Rujukan

9.0 TOPIK 9: Sumber-Sumber Sains dalam al-Quran 89


9.1 Pendahuluan
9.2 Fakta Sains Moden Membuktikan Kebenaran al-
Quran
9.3 Pernyataan al-Quran dan Penemuan Sains
Aktiviti

5
Rujukan

10.0 TOPIK 10: Peranan Akidah Ketuhanan dalam 101


Pembentukan Keperibadian
10.1 Pendahuluan
10.2 Pengertian Akidah Ketuhanan
10.3 Pengertian Akhlak, Moral dan Etika
10.4 Hubungan Akidah Ketuhanan dengan Akhlak, Moral
dan Etika
10.5 Hubungan Sains dengan Akhlak, Moral dan Etika
10.6 Penutup
Aktiviti
Rujukan

6
PENGENALAN
Modul ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran pelajar
bagi kursus (UQI 10502) Akidah Ketuhanan dan Sains yang ditawarkan di
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum sebagai kursus wajib universiti
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

MATLAMAT
Matlamat modul ini adalah untuk membantu bagi memantap dan
mengukuhkan pengetahuan tentang pegangan akidah dalam kalangan
pelajar bagi melahirkan modal insan yang sentiasa berpegang teguh
dengan ajaran agama serta mampu melaksanakannya dalam kehidupan
secara individu dan kolektif.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan dengan tepat asas-asas akidah ketuhanan menerusi
topik-topik yang dipelajari. (C2: PL01)
2. Menilai isu-isu semasa berkaitan akidah ketuhanan dan sains
berdasarkan perspektif agama khususnya mengikut pandangan
Islam. (P2: PL02)
3. 3Menunjukkan nilai kepercayaan dan etika kerja berlandaskan
agama dalam melaksanakan tugasan yang diberi. (A3: PLO8)

SINOPSIS
Modul ini menerangkan tentang manusia dan agama; teori asal-usul
agama; konsep akidah ketuhanan; peringkat perkembangan akidah
daripada monoteisme kepada politeisme; konsep ketuhanan dalam
kepelbagaian agama; ilmu dalam Islam; sekularisme ilmu; sains secara
umum; sumber agama dalam sains; tinjauan terhadap al-Quran dan
peranan akidah ketuhanan dalam pembentukan keperibadian.

7
PENILAIAN
Bagi membantu mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman pelajar,
modul ini menyediakan ruang untuk membuat pembelajaran kendiri di luar
waktu pembelajaran melalui pendekatan soalan peperiksaan akhir sama
ada dalam bentuk soalan subjektif dan soalan objektif.

RUJUKAN
Senarai rujukan dilampirkan di akhir setiap topik.

8
TOPIK 1
MANUSIA DAN AGAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan pengertian manusia dari pelbagai pandangan para
sarjana. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan hubungan antara manusia dengan agama
berdasarkan penemuan semasa melalui perbincangan dan
pembentangan tugasan. (P2: PLO3)
3. Mematuhi nilai kemanusiaan yang bersesuaian dengan
kefahaman terhadap konsep ketuhanan dalam penglibatan dan
pelaksanaan tugasan yang diberi. (A3: PLO8)

1.1 Pendahuluan

Wujud persoalan yang bermain dalam fikiran manusia tentang asal usul
manusia. Antaranya ialah siapakah sebenarnya manusia? Apakah ciri-
ciri yang membuatkan seseorang itu disebutkan sebagai manusia?
Apakah perbezaan antara manusia dengan benda dan hidupan lain di
alam ini? Apakah maksudnya apabila disebut bahawa “semua manusia
adalah bersaudara”? Bagaimanakah kedudukan kita sebagai manusia
berbanding dengan makhluk yang lain di alam ini? Apakah sebab-sebab
yang membuatkan kewujudan kita begitu penting bagi alam ini?
Persoalan tentang hakikat manusia dan kemanusiaan seperti di atas
menjadi antara isu pokok dalam bidang falsafah, psikologi, agama dan
juga kehidupan seharian manusia. Pelbagai pihak telah membuat
tafsiran tentang jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dan
tafsiran mereka biasanya condong kepada kecenderungan mereka
sendiri.

9
1.2 Pengertian Manusia

a. Manusia dari perspektif bahasa:


i. Bahasa Arab: Perkataan manusia adalah insan, annas,
bashar, bani adam.
ii. Bahasa lnggeris: Perkataan manusia dirujuk sebagai man.
b. Manusia dari perspektif agama:
i. Menurut agama Islam, Yahudi dan Kristian manusia
pertama adalah Adam A.S.
ii. Menurut agama Brahma manusia pertama adalah
Shatarupa.

1.3 Manusia Pada Pandangan Agama

Agama terdiri daripada agama-agama Barat (The Western Religions) dan


agama-agama Timur (The Eastern Religions).

1.3.1 Manusia Menurut Agama Barat


Konsep manusia berbeza menurut pandangan agama. Agama-agama
Barat (The Western Religions) adalah terdiri daripada agama Islam,
Yahudi dan Kristian. Pandangan ketiga-tiga agama ini tentang manusia
mempunyai banyak aspek kesamaan kecuali beberapa perkara yang
berbeza dan akan dijelaskan dalam topik ini.

i. Manusia Menurut Agama Islam


Manusia menurut agama Islam adalah makhluk yang paling mulia yang
diciptakan oleh Allah SWT dan diturunkan ke dunia untuk melaksanakan
ibadat dan berkhidmat kepada Allah SWT dan mereka akan kembali
menemui Tuhan mereka setelah mati. Manusia mempunyai
tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu melakukan kebaikan
di dunia ini untuk mendapat balasan yang baik di akhirat. Penciptaan
manusia dan tanggungjawab mereka telah dijelaskan dengan terperinci
dalam al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Zariat 51: 56.
Justeru agama Islam datang dengan konsep yang komprehensif tentang
manusia.

2
ii. Manusia Menurut Agama Kristian
Manusia menurut agama Kristian adalah jahat kerana diilhami oleh
pandangan ‘Dosa Warisan’ atau Original Sin. Pandangan ini boleh
dianggap pandangan yang didokong oleh minoriti pemikir Barat kerana
rata-rata pemikir Barat era moden mengambil jalan untuk
mengemukakan idea-idea mereka yang bertentangan dengan ajaran
agama (Mohammad Thalib (1977). Agama Kristian menekankan konsep
"cinta" dan social-mindedness sebagai nilai utama. Mereka menjadikan
kedatangan dan kehidupan Jesus of Nazareth sebagai lambang
kebaikan individu dan masyarakat.

iii. Manusia Menurut Agama Yahudi


Menurut Agama Yahudi, manusia dibuat dari tanah debu yang kemudian
ditiupkan roh melalui hidungnya. Manusia diciptakan dalam citra Tuhan
termasuk jiwa dan raga manusia yang menunjukkan simbol Tuhan.
Menghormati sesama manusia menunjukkan kepada menghormati
Tuhan. Begitu pula sebaliknya, bersikap sombong kepada manusia
bererti menghina Tuhan. Malah, agama Yahudi menekankan konsep
keadilan dan kebenaran untuk kaum dan bangsa mereka.

1.3.2 Manusia Menurut Agama Timur


Terdapat kepelbagaian pandangan tentang manusia dalam agama-
agama Timur (The Eastern Religions). Perbincangan ini akan
berdasarkan kepada dua pandangan utama iaitu daripada pandangan
agama Hindu dan agama Buddha.

i. Manusia Menurut Agama Hindu


Umumnya, sarjana Hindu menjelaskan manusia adalah yang memiliki
fikiran atau yang sentiasa berfikir dan menggunakan akal fikiran.
Manusia perlu berpegang kepada kehidupan yang abadi yang tidak akan
hancur dan musnah. Diri manusia yang sebenar adalah diri yang tidak
musnah. Menurut pandangan agama Hindu, manusia hidup di dunia
sentiasa berusaha mencari kemewahan dan keseronokan (Artha dan
Kama).

3
Manusia harus sedar bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab
atau Dharma (duty or obligation) dan sekiranya manusia tidak
melaksanakan tanggungjawab mereka, maka mereka tidak akan dapat
melepaskan diri daripada kesengsaraan yang terperangkap dengan
ketidaksempurnaan hidup di dunia. Mokhsa (Kesempurnaan/
enlightenment) hanya dapat dicapai oleh manusia dengan melakukan
kebaikan di dunia ini kerana mereka akan hidup lagi pada dasa warsa
yang akan datang (re-incarnation).

Ananda Comaraswamy (1942: 86) menyatakan:


“The same applied to the individual who, if only concerned with the good
of the work to be done and not with himself, and if he thinks of “himself”
only as an instrument governed by his art, is worthy of all honor, but if he
asserts and seeks to express himself, worthy of all dishonor and shame”.

Agama Hindu juga menekankan sifat “ketuhanan” yang wujud dalam


setiap diri manusia. Justeru, sifat ketuhanan ini menjelaskan kenapa
agama Hindu menganggap manusia sendiri bersifat abadi dan tidak
musnah.

“In last analysis the man himself is the “City of God” and it can as well be
said of him as of any other city that “The city can never otherwise be
happy unless it is drawn by those painters who copy a divine original.”
(Coomaraswamy, 1942: 71).

ii. Manusia Menurut Agama Buddha


Manusia menurut agama Buddha adalah makhluk yang jenis kelaminnya
ditentukan akibat karma daripada perbuatannya dalam kehidupan
terdahulu. Berdasarkan hukum karma, ada akibat bila orang melakukan
kesalahan seksual. Ajaran Buddha sangat menuntut disiplin dalam
perbuatan seksual. Kedua unsur di atas adalah dasar dari manusia.
Justeru, hidup manusia berasaskan karma atau ketentuan.
Bagaimanapun ketentuan ini tidak dianggap sebagai ketentuan yang
telah ditetapkan sejak azali atau (preordained fate). Karma merujuk
kepada perbuatan manusia sama ada baik atau buruk ketika hidupnya.

4
Nilai perbuatan manusia akan menentukan nasib dalam kehidupan yang
akan datang. Ini kerana agama Buddha berpandangan kehidupan
manusia adalah berpindah dari satu kelahiran kepada satu kelahiran
yang lain. Setiap kelahiran atau kehidupan terkandung di dalamnya
sengsara atau dukkha. Karma memainkan peranan yang penting dalam
menentukan tafsiran manusia kerana seseorang manusia tidak boleh
memastikan adakah pada kelahiran yang akan datang seseorang itu
akan hidup sebagai “manusia” atau tidak.

Kelahiran semula manusia bergantung kepada karmanya pada


kehidupan yang lalu. Jika dia melakukan amalan yang jahat, maka tidak
mungkin dia akan dapat wujud kembali pada kelahiran akan datang
sebagai manusia. Secara jelasnya, terdapat enam jenis kehidupan yang
mungkin akan ditempuhi oleh manusia pada kehidupannya yang akan
datang menurut ajaran Buddha. Hanya mereka yang memenuhi
kehidupan mereka dengan kebaikan sahaja yang layak untuk mendapat
tiga kehidupan yang beruntung iaitu the realm of demigods (separuh
manusia dan separuh dewa), the realm of gods (dewa dewi) dan the
realm of men iaitu manusia yang sebenar.

Manusia yang jahat akan menempah salah satu daripada tiga bentuk
kelahiran semula yang penuh dengan kesengsaraan iaitu sama ada
dilahirkan sebagai binatang, hantu atau dimasukkan ke dalam neraka.
Konsep manusia menurut ajaran Buddha terikat dengan konsep
“re-incarnation” atau kelahiran semula. Manusia pada asasnya tidak
mempunyai jati diri sendiri khususnya selepas ia menemui kematian.

1.4 Kejadian Manusia dari Perspektif Islam

Asal-usul kejadian manusia dari perspektif Islam merangkumi satu


pandangan yang bersifat menyeluruh dan komprehensif sebagaimana
terkandung dalam al-Quran.

5
a. Asal Kejadian Adam A.S.
Dalam al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan kepada Malaikat untuk
menjadikan seorang khalifah di muka bumi:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat,


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...".
(al-Baqarah 2: 30).

Khalifah yang dimaksudkan adalah Adam A.S. Baginda telah diajarkan


oleh Allah SWT tentang segala nama-nama benda. Firman Allah SWT
yang bermaksud: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala
nama benda-benda dan gunanya...". (al-Baqarah 2: 31).

Kitab-kitab tafsir telah menerangkan setelah Adam A.S. dicipta, baginda


telah ditempatkan di taman syurga. Ketika ini Allah SWT menciptakan
kepada baginda seorang isteri yang bernama Hawa sebagai pasangan
hidup. Mengikut "Kitab Perjanjian Lama" orang Yahudi dan Nasrani
menyebut Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam A.S. yang diambil
daripada Adam A.S. ketika tidur. Fakta kejadian Hawa ini disebut juga di
dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik-baiknya kerana


sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk”. (Riwayat Bukhari
dan Muslim).

Allah SWT telah memerintahkan Adam A.S. dan Hawa untuk tinggal di
Syurga dengan keadaan aman dan damai. Di samping itu, Allah SWT
juga memperingatkan Adam A.S. dan Hawa agar menjauhi pokok Khuldi
dan juga dilarang memakan buahnya. Walau bagaimanapun, Adam A.S.
dan Hawa telah digoda dan dihasut syaitan yang sering memujuk dan
menggoda keduanya agar melanggar larangan Allah SWT. Akhirnya
mereka terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan serta
melanggar larangan dan tegahan Allah SWT.

6
Peristiwa ini menyebabkan kemurkaan Allah SWT kepada Adam A.S.
dan Hawa. Mereka diperintahkan keluar dari syurga dan tinggal di bumi.
Ketika inilah lahirnya keturunan Adam A.S. dan Hawa yang bermula
dengan Qabil dan Habil. Daripada merekalah lahir generasi manusia
yang kemudiannya berkembang biak bersuku-suku, berbangsa-bangsa,
berlainan warna kulit, bahasa, budaya dan agama. (Ibn Kathir, 2000; al-
Tabari, 1999; Hamka, 1990).

b. Proses Kejadian Manusia


Menurut al-Quran dan al-Hadis, manusia diciptakan oleh Allah SWT
dengan dua unsur iaitu jasmani dan rohani.

i. Unsur Jasmani
Perincian tentang perkara ini telah dijelaskan seperti jadual berikut:

Jadual 1: Unsur Jasmani Kejadian Manusia

Air/ Min Maa' (al-Furqan 25: 54)

Tanah/ Min Turab (al-Imran 3: 59)

Pati tanah/ Min Tin (al-An'am 6: 2)


Unsur
Pati (yang berasal) dari tanah/
Jasmani Min Sulalatin Min Tin
(al-Mu'minun 23: 12)

Tanah tin yang liat sebati/


Min Tin al-Lazib (al-Saaffat 37: 11)

Tanah liat yang kering, yang berasal


dari tanah kental yang berubah warna
dan berbau/ Min Solsolin Min Hamain
al-Masnun (al-Hijr 15: 26)

Tanah liat kering seperti tembikar/


Min Solsolin kal- Fakkhor
(al-Rahman 55: 14)

7
Manakala proses kejadian manusia telah dibincangkan dalam al-Quran
dan al-Hadis (Surah al-Hijr 15: 26; al-Mu'minun 23: 12-14; Yaseen 36:
77; al-Tin 95: 4; al-Bukhari, Sahih, Bab Kajadian Hawa, no. 3208; Muslim,
Sahih, no. 2643). Proses ini merujuk kepada dengan istilah-istilah
berikut:
● Janin dalam perut ibu
● Zuriat keturunannya dari pati air yang hina
● Menciptakan manusia berperingkat-peringkat
● Bermula ciptaan dalam tiga kegelapan
● Tiga peringkat kejadian 40 hari x 3 = 120 hari

Ringkasnya, difahami bahawa unsur-unsur jasmani manusia diciptakan


oleh Allah SWT dari unsur-unsur yang terdapat di muka bumi seperti
tanah dan air. Ilmu sains turut membuktikan unsur-unsur jasmani yang
ada pada manusia juga wujud di bumi. Walaupun hujah sains ini tidak
boleh dikira sebagai mutlak, namun bukti dan data penyelidikan telah
membuktikan kebenaran yang telah terkandung dalam al-Quran.

Oleh kerana asal kejadian manusia dari unsur-unsur yang ada di bumi,
maka tuntutan dan keperluan hidupnya juga berasal dari bumi. Keperluan
harian manusia seperti makanan, minuman, pakaian, perhiasan dan
keamanan adalah diperolehi dari bumi.

ii. Unsur Rohani


Al-Quran dan al-Hadis menjelaskan unsur-unsur rohani sebagaimana
berikut Firman Allah SWT maksudnya:

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku


tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu
sujud kepadaNya”. (al-Hijr 15: 29).

8
Maksud Hadis Nabi SAW:

"Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam


perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal
darah, seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul
daging seperti yang demikian itu juga iaitu empat puluh hari, kemudian
diutuskan kepadanya Malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya". (Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan al-Hadis di atas menjelaskan


bahawa pada awalnya jasmani manusia diciptakan, setelah sempurna
penciptaan barulah Allah SWT mengirimkan kepadanya Malaikat lalu
meniupkan roh ke atas jasad tersebut.

Sebagaimana unsur jasmani yang memiliki tuntutan dan keperluan untuk


kehidupan, maka unsur rohani juga mempunyai kehendak yang sama.
Namun begitu tuntutan rohani agak berbeza dengan tuntutan jasmani.
Tuntutan dan keperluan rohani berpunca dari alam tinggi dan kekudusan.
la memerlukan pengisian rohani yang berupa akidah, ibadah,
ketundukan, kepatuhan, keimanan dan keihsanan. Jelasnya tuntutan
dan keperluan rohani ialah penyerahan dan pengabdian diri kepada
Pencipta.

1.5 Ciri Manusia

Al-Quran dan al-Hadis telah menjelaskan tentang ciri-ciri manusia. Al-


Quran memberi fokus utama kepada manusia kerana mereka menjadi
sasaran seruan al-Quran. Ciri-ciri manusia adalah seperti berikut:

a. Manusia Makhluk dari Tanah


Manusia adalah satu jenis daripada jenis-jenis makhluk yang mempunyai
kesamaan dalam satu aspek dan mempunyai kelainan dalam aspek yang
lain. Manusia sebenarnya adalah makhluk dari tanah. Firman Allah SWT
maksudnya: “Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah...”. (al- An'am 6:
2).

9
b. Manusia Sejenis dari Jenis-Jenis Haiwan.
Manusia merupakan satu jenis dari pelbagai jenis haiwan atau binatang.
Mereka hampir sama dengan binatang dalam pelbagai perkara dan lebih
teruk daripada binatang dalam setengah perkara.

Firman Allah S.W.T. maksudnya:


“Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air;
maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan
sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi
berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia
kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (al-Nur 24: 45).

c. Manusia Makhluk Istimewa


Manusia merupakan insan yang diciptakan oleh Allah SWT dengan
mempunyai sifat-sifat yang istimewa. Kedudukan dan martabat manusia
adalah lebih baik daripada binatang. Manusia mempunyai potensi yang
baik kerana diberikan kepadanya akal dan ilmu pengetahuan dan
pancaindera supaya ia dapat menjalankan tugas memakmurkan alam ini.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari bentuk yang
sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya)".
(al-Tin 95: 4).

d. Keistimewaan Manusia dari Aspek Rohani


Manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai dua unsur iaitu jasmani
dan rohani. Unsur jasmani adalah untuk membolehkan manusia
berusaha, bekerja, dan saling bantu-membantu untuk membina
kehidupan sama ada secara individu, keluarga, bermasyarakat dan
bernegara. Unsur rohani pula untuk mengerakkan diri manusia kepada
ketundukkan, kepatuhan dan pengabdian diri kepada Pencipta. Unsur
rohani inilah yang mengangkat martabat manusia bagi mendekatkan diri
kepada PenciptaNya.

10
Firman Allah S.W.T. maksudnya:
“Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya;
roh ciptaanNya...”. (al-Sajadah 32: 9).

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Sesungguhnya


Kami telah memuliakan anak-anak Adam...”. (al-lsra' 17: 70).

1.6 Pengertian Agama

Agama menurut Kamus Dewan (1992: 11), bermaksud kepercayaan


kepada Tuhan, sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran
dan perintahNya, kepercayaan kepada yang Maha Kuasa. Agama juga
didefinisikan sebagai kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain
(yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat
berkuasa).

Sarjana-sarjana barat pula mendefinisikan agama (religion) berdasarkan


kepada pelbagai definisi (Darraz, 1990: 33-35). Antaranya:
1. Ciceron dalam bukunya de Legibus berkata: “Agama (religion)
adalah tali penghubung yang menyambungkan manusia dengan
Allah SWT.
2. Raison berkata: “Agama adalah perasaan terhadap kewajipan-
kewajipan yang tertegak atas dasar perintah-perintah tuhan”.
3. Schleirmarcher pula dalam bukunya Discoursesur la Religion
berkata: “Tunggak hakikat agama itu adalah perasan kita berhajat
dan perasaan ingin mematuhi secara mutlak”.
4. Abbe Chatel dalam bukunya Code de I’Humanite pula
menjelaskan “Agama adalah sekelompok tanggungjawab
makhluk terhadap Khaliq, tanggungjawab manusia terhadap Nabi
SAW, tanggungjawab terhadap masyarakat dan tangungjawab
terhadap diri sendiri”.

11
Sebahagian daripada sarjana barat berpendapat agama atau iktikad
adalah suatu perbuatan tanpa disedari sama ada diperolehi melalui akal
batin atau ilham. Ia adalah perbuatan yang tidak boleh dipilih (ghair
ikhtiyari) di mana tidak ada campur tangan manusia dalam
pembentukannya dan manusia tidak mampu menolaknya. Justeru,
berdasarkan pendapat ini, agama telah menyanggah kajian sains kerana
agama tertegak di atas perasaan dan kemahuan (iradah).

Segolongan sarjana lain pula seperti Desacrtes dan William James


berpendapat iman atau akidah adalah perbuatan akal dan kemahuan.
(Syalabi, 1984: 27). Justeru, iktikad atau agama dalam kalangan ahli
falsafah adalah perkara yang diusahakan yang mengikut kemahuan,
bukti logik dan bukannya suatu perkara yang mesti dan sedia ada.
(Syalabi, 1984: 27)

Sementara itu sarjana Islam berpendapat agama atau al-Deen adalah


suatu fitrah berdasarkan firman Allah SWT:
“...(turutlah terus) (agama Allah) iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadi) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu; itulah agama yang betul lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui”. (al-Rum 30: 30).

Justeru, agama atau al-Deen telah diistilahkan oleh sebahagian sarjana


Islam sebagai suatu ketetapan Ilahi yang memandu orang-orang yang
mempunyai akal fikiran yang sejahtera dengan ikhtiar pilihan mereka ke
arah kebaikan di dunia dan kejayaan di akhirat atau dengan bahasa yang
lebih mudah, al-Deen ialah satu ketetapan Ilahi yang memimpin ke arah
al-haq dalam soal-soal iktikad dan ke arah kebaikan dalam soal suluk
dan muamalah. (Darraz, 1990: 33).

Selain itu, agama juga diistilahkan sebagai undang-undang Allah SWT


kepada manusia seluruhnya. Seluruh alam perlu tunduk kepada undang-
undang yang telah ditetapkan Allah SWT kecuali sekiranya diberikan

12
pilihan. Justeru itu Allah SWT menurunkan al-Deen atau wahyu dari
langit. (Syalabi, 1984: 37).

1.7 Dorongan Beragama

Terdapat pelbagai pandangan sarjana berkenaan faktor pendorong


manusia beragama (Syalabi, 1984: 28), antaranya:
a. Hajat keperluan manusia.
b. Ketakutan terhadap alam semulajadi dan perasaan gentar
terhadap al-majhul.
c. Kepercayaan bahawa bagi setiap sesuatu ada roh yang menyerap
masuk ke dalamnya.
d. Sihir sebagai faktor pendorong manusia beragama.
e. Adat dan amalan tradisi menjadi faktor pendorong manusia
beragama.

1.8 Peranan Agama

Menurut Darraz (1990) naluri beragama adalah naluri universal


merangkumi seluruh bangsa manusia. Keprihatinan terhadap konsep
ketuhanan dan soal-soal metafizik merupakan salah satu daripada naluri
universal yang kekal abadi dalam kehidupan manusia.

Tiada suatu kuasa di muka bumi yang dapat menandingi kuasa


beragama (Darraz, 1990: 98). Karl Marx ternyata tersilap apabila beliau
mendakwa pemikiran dan hati tidak mampu memberi kesan terhadap
kehidupan material dan sistem ekonomi, malah kedua-duanya
terpengaruh dengan material dan ekonomi (Darraz, 1990: 98).

Manusia dipimpin daripada batinnya, bukannya daripada zahir fizikalnya.


Undang-undang dan kuasa kerajaan semata-mata tidak mampu
melahirkan bandar suci (Madinah Fadhilah) yang menghormati segala
hak-hak menunaikan segala kewajipan secara sempurna.
Sesungguhnya orang yang menunaikan tanggungjawabnya kerana takut
kepada rotan, penjara atau denda akan segera mengabaikan

13
tanggungjawabnya apabila dia yakin akan terlepas daripada hambatan
undang-undang (Darraz, 1990: 98).

Iman terbahagi kepada dua (Daros, 1990: 98):


1) Iman dengan nilai-nilai murni yang menyebabkan manusia
merasa malu untuk menyanggah tuntutan iman itu.
2) Iman dengan zat tuhan yang maha tinggi.

Iman kedua ini adalah lebih kuat menguasai diri manusia dan lebih kuat
menghalang nafsu daripada melakukan kejahatan. Oleh itu, agama
adalah sebaik-baik jaminan untuk mengasaskan perhubungan manusia
di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan. Justeru, agama adalah satu
keperluan dalam masyarakat sebagaimana ia adalah satu fitrah manusia.

Sebaiknya kehancuran agama menjanjikan kemusnahan sesebuah


bangsa atau tamadun. Para pemimpin barat sendiri menyedari peranan
agama ini. Robert Millikan berkata:
“Sesungguhnya perkara yang paling penting dalam kehidupan ialah
keimanan dengan hakikat nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai akhlak.
Sesungguhnya kehancuran agama menjadi sebab meletusnya
peperangan. Sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh untuk
memperolehi keimanan atau memperkukuhkannya, nescaya ilmu sains
tidak akan mempunyai apa-apa nilai, malah sains akan menjadi bala
terhadap manusia”.

Sementara Dr Wilson, bekas presiden Amerika Syarikat pernah berkata:


“Kesimpulan masalah ialah bahawa jika tamadun kita tidak dapat
diselamatkan dengan nilai-nilai kerohanian, nescaya ianya tidak akan
mampu kental untuk terus kekal atas kebendaannya. Ia tidak akan
selamat kecuali apabila roh agama meresap ke dalam seluruh aspeknya.
Itulah perkara yang gereja-gereja kita dan organisasi-organisasi kita,
pemodal-pemodal kita dan setiap individu yang takutkan tuhan dan
menyintai negaranya mestilah bersaing untuk mendapatkannya” (Ahmad
Izzat Basha, 1948: 173).

Selain berperanan mengasuh akhlak, mendidik tingkah laku, membetul


perhubungan, merealisasikan prinsip keadilan dan memerangi kacau
bilau dan kerosakan, agama juga mempunyai peranan positif lain yang
amat mendalam kesannya dalam masyarakat iaitu mencantumkan hati-

14
hati para penganutnya dengan satu tali ikatan kasih sayang dan
silaturrahim yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ikatan lain
seperti ikatan bangsa, bahasa, kejiranan atau kepentingan bersama.
(Darraz, 1990: 101-102). Peranan agama seterusnya ialah
kemampuannya untuk melahirkan perasaan aman, tenang dan bahagia
dalam jiwa kerana berasa dilindungi oleh Tuhan yang Maha Kuasa.
Sekiranya tidak ada apa-apa kebaikan dari semua agama kecuali
peranan ini, maka ia sudah cukup untuk menjustifikasikan kepentingan
agama dalam kehidupan.

15
AKTIVITI

1. Pelajar perlu menjawab persoalan tentang diri yang meliputi


perkara berikut:
a. Asal-usul anda
b. Tujuan anda dijadikan
c. Tanggungjawab anda sepanjang hidup ini
d. Ke manakah anda selepas anda mati?

2. Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk infografik.

RUJUKAN
Al-Bukhari, M. B. I. (1987). al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar Ibn.
Al-Tabari. (1999). Tafsir al-tabari. Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyya.
Aminudin Ruskam (tt.), Akidah Ketuhanan dan Sains, Johor Bahru: UTM.
Aronowitz, S. (2014). The death and life of American labor: Toward a new
worker's movement. Verso Trade.
Darmaji, A. (2016). Manusia Dalam Pandangan Yahudi. Religi: Jurnal
Studi Agama-agama, 11(1), 17-32.
Darraz, M. A. (1952). Al-Dîn: Buhûts Mumahhidah li Dirâsat al-Adyân.
Endang Saifuddin Anshari (1982). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H. Abu Jamin Roham (1991). Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya.
Jakarta: Media Dakwah.
Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Al-Hajjaj, M., & al-Husain, A. (2007). Sahih Muslim. Dar al-Jail, Beirut.
Ibn Kathir, I. (2000). Tafsîr ibn kathîr. Riyadh: Dar-us-Salam.
Idris Zakaria (1989). Pemikiran Islam Tentang Kehidupan. Selangor:
Marwilis Publisher.
Kyokai, B. D. (1966). The Teaching of Buddha (written in English and
Japanese). Tokyo: Kosaido Printing Co.
Mohammad Thalib. 1977. Manusia dalam Pandangan Islam. Cetakan
Pertama. PT Bina Ilmu: Jakarta

16
TOPIK 2
TEORI ASAL-USUL AGAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan teori asal-usul agama daripada pelbagai perspektif
para sarjana. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan pembahagian agama dan perbandingan antara
agama samawi dengan agama budaya. (P2: PLO3)
3. Mematuhi nilai murni yang bersesuaian dengan kefahaman
terhadap konsep keagamaan dalam penglibatan dan pelaksanaan
tugasan yang diberi. (A3: PLO8)

2.1 Pendahuluan

Persoalan tentang kewujudan agama khususnya berkaitan pengertian


kehidupan manusia serta asal-usul kelahiran telah lama dibincangkan
oleh penyelidik, saintis dan ahli-ahli agama. Di sebalik jawapan yang
dikemukakan oleh setiap ajaran agama, masih terdapat pengkaji dan
saintis yang berpendapat terdapat keperluan untuk mencari jawapan
yang lebih meyakinkan dan tidak memihak kepada mana-mana ajaran
agama. Perbincangan dalam bab ini bertujuan untuk mengetahui dan
memahami perbezaan pendapat sarjana dan ahli agama terhadap
maksud agama, asal-usul agama serta pembahagiannya.

2.2 Konsep Agama

Para sarjana telah memberi beberapa maksud yang berbeza terhadap


agama antaranya adalah:

17
a. J.M. Yinger (1971)
Satu sistem kepercayaan yang dipegang dan amalan yang dilaksanakan
oleh satu kumpulan manusia bagi mengatasi pelbagai masalah dalam
kehidupan manusia.

b. Glockdan Stark (1966)


Agama terdiri daripada satu sistem berinstitusi simbol, kepercayaan, nilai
dan amalan yang difokuskan terhadap soal-soal pengertian agama iaitu
pengertian mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan tujuan
kewujudan dan sikap terhadap dunia.

c. Collins (1975)
Agama adalah kepercayaan tentang kewujudan supernatural beings dan
amalan yang dikaitkan dengannya.

d. Edward Norbeck (1965)


Agama adalah idea dan tingkah laku yang dikaitkan dengan kepercayaan
terhadap kuasa-kuasa dan entiti-entiti yang tidak dapat dijelaskan dan
diterangkan dalam istilah-istilah biasa yang mengawal alam dan urusan-
urusan manusia.

e. Johnstones (1975)
Agama adalah satu sistem kepercayaan dan amalan yang dijadikan asas
oleh satu kumpulan manusia dalam memberikan interpretasi dan tindak
balas terhadap sesuatu yang mereka rasa sebagai kuasa ghaib dan
kudus.

Berdasarkan kepada pengertian agama menurut sarjana Barat, agama


adalah satu unsur yang komprehensif dalam kehidupan manusia yang
melingkungi cara kehidupan dan keadaan kehidupan manusia. Agama
juga adalah unsur yang paling penting dalam kehidupan manusia sejak
dahulu lagi. la adalah pelengkap utama kehidupan yang berperanan
untuk menjawab pelbagai persoalan kehidupan dan kematian manusia.
Agama juga berperanan memberi kelegaan bagi setiap persoalan yang

18
tiada penghujungnya khususnya jika hanya berdasarkan pandangan akal
manusia yang terhad ini.

2.3 Unsur-unsur Agama

Agama mempunyai pelbagai unsur penting seperti berikut:


a. Kepercayaan dan kewujudan kuasa ghaib yang mengawal alam
dan urusan manusia.
b. Amalan-amalan yang diarahkan kepada kuasa ghaib sama ada
berupa individu atau masyarakat.
c. Simbol-simbol dan nilai-nilai yang dilaksanakan berdasarkan
kepada kepercayaan dan amalan.
d. Perhubungan sosial yang dihubungkan dengan kepercayaan,
amalan dan simbol dalam sesebuah agama.

Menurut ahli sosiologi, kewujudan empat unsur tersebut dapat diterima


sebagai agama tanpa mengira benar atau salah, ciptaan manusia atau
ciptaan Allah SWT, sama ada agama budaya atau agama samawi.

Pengertian agama sedemikian dianggap universal kerana manusia tidak


dapat lari daripada menerima unsur-unsur agama dalam hidup mereka.
Manusia yang tidak beragama adalah lebih kecil bilangannya berbanding
dengan manusia yang beragama.

2.4 Teori Asal-usul Agama

Terdapat beberapa teori tentang asal-usul agama yang dikemukakan


oleh sarjana pelbagai bidang. Teori-teori yang dikemukakan para sarjana
tidak banyak persamaannya kerana secara dasarnya mereka
menggunakan pendekatan yang berbeza dalam usaha menjelaskan
asal-usul kewujudan agama.

Untuk melihat kepelbagaian teori asal usul agama ini, beberapa teori
utama telah dipilih iaitu teori falsafah, antropologi, sosiologi, psikologi dan
agama itu sendiri.

19
2.4.1 Teori Falsafah
Pada pandangan ahli falsafah khususnya di zaman kegemilangan Greek,
agama berasal daripada aktiviti pemikiran manusia atau dengan kata lain
pemikiran manusia yang berperanan besar melahirkan agama yang
mereka anuti. Oleh itu, agama perlu bersandarkan kepada akal kerana
ia berasal daripada aktiviti rasional akal. Agama yang tidak bersandar
kepada akal dianggap sebagai kepercayaan karut, "religion (without
reason) is a superstitious structure of incoherent metaphysical notions"
Oleh itu, agama bagi Plato, "...is above all based upon rational
convictions, on intellectual beliefs, on truths” (Charlesworth, 1972).

Bagi menjelaskan peranan falsafah dan aktiviti taakulan sebagai punca


melahirkan agama, maka bidang falsafah itu sendiri membuka satu ruang
untuk manusia menggunakan akal bagi memikir dan membincangkan
aspek metafizik. Metafizik adalah satu daripada cabang utama falsafah
yang mengandungi kajian tentang "falsafah agama'' atau the philosophy
of religion.

2.4.2 Teori Antropologi


Bidang antropologi adalah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang
manusia dan budaya. Bidang ini banyak melahirkan teori-teori tentang
asal-usul agama antaranya teori animism, ghost, totemism dan mana
atau pre-animism.

a. Teori Animism
Teori Animism adalah kepercayaan manusia tentang soul atau semangat
yang terdapat dalam diri orang yang telah mati. Teori ini dipopularkan
oleh seorang ahli antropologi British Sir Edward Burnett Tylor (1871-
1958). Menurut beliau, agama lahir kerana manusia cuba untuk
memahami situasi dan peristiwa yang tidak boleh mereka jelaskan
berdasarkan pengalaman kehidupan seharian mereka. Tylor percaya
datuk nenek moyang dahulu sangat berminat dengan persoalan yang
berkaitan dengan kematian, mimpi dan khayalan. Ketika bermimpi dan

20
berkhayal manusia mengalami satu bentuk kehidupan alam lain. Ketika
jaga mereka akan kembali mengingat imej-imej yang ditemui dalam
mimpi dan khayalan mereka. Tylor menyimpulkan bahawa percubaan
manusia untuk menjelaskan pengalaman dalam mimpi dan khayalan
mereka membawa kepada kepercayaan terhadap dua unsur yang wujud
dalam diri manusia iaitu satunya aktif ketika jaga dan satu lagi aktif ketika
tidur dan khayalan. Walaupun kedua-dua unsur ini tidak pernah bersatu,
kedua-duanya adalah saling memerlukan di antara satu sama lain.
Apabila kedua-duanya keluar daripada tubuh badan manusia, maka
manusia akan mati. Oleh itu, mati dianggap sebagai keluarnya roh
daripada tubuh badan. Roh dalam bahasa Latin adalah anima. Maka,
Tylor menyebut kepercayaan terhadapnya sebagai animism atau
animisme (Koltak, 1994).

b. Teori Ghost
Herbert Spencer pula menjelaskan bahawa agama lahir hasil pemujaan
terhadap orang-orang terdahulu yang telah mati dan muncul sebagai
ghost atau hantu. Menurut Spencer, mati pada asalnya dianggap sebagai
satu keadaan di mana hantu keluar daripada tubuh badan buat
sementara waktu. Manakala keyakinan bahawa hantu tersebut kembali
ke dalam tubuh menjadi salah satu sebab terawal kepada kewujudan
kepercayaan beragama bagi manusia dahulu.

c. Teori Totemism
Teori Totemism menjelaskan bahawa situasi di mana satu spesies
binatang, tumbuhan atau objek beku dijadikan sebagai penghubung
dengan sesuatu kumpulan masyarakat. Biasanya spesies ini dianggap
asal usul keturunan kumpulan masyarakat tersebut.Totemism dirujuk
sebagai asal-usul kepada agama bagi orang-orang asli di
Australia.Totem terdiri daripada binatang, tumbuhan atau benda-benda
sekeliling seperti gunung, bukit-bukau dan sebagainya. Bagi setiap puak
atau kumpulan manusia asli terdapat satu totem yang khas. Ahli puak
tersebut percaya bahawa setiap daripada mereka adalah berasal

21
daripada totem tersebut. Mereka akan melakukan sembahan atau ritual
bagi menghormati totem tersebut dan kebiasaannya mereka tidak akan
memakan binatang yang dianggap totem bagi mereka. (Koltak, 1994).

d. Teori Mana/ Pre-Amimism


Teori mana atau pre-animism muncul kerana wujud perasaan gerun
terhadap satu kuasa atau kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Puak
Melanesian memanggilnya sebagai mana. Puak Alonquin di Amerika
Utara memanggilnya sebagai manitou, Puak Iroquan memanggilnya
sebagai Orenda dan Puak Sioux memanggilnya sebagai wakonda.
Kegerunan mereka terhadap kuasa-kuasa ini menyebabkan mereka
mencipta ritual atau ibadat untuk memohon sesuatu agar mereka tidak
diganggu oleh kuasa-kuasa ini. Amalan-amalan ritual ini akhirnya
membawa kepada pembentukan satu kepercayaan agama yang lebih
tersusun.

2.4.3 Teori Sosiologi


Sarjana bidang sosiologi juga menjelaskan asal-usul kewujudan agama
melalui teori-teori mereka. Sebahagian besar daripada mereka
menganggap agama lahir hasil pengalaman manusia dan persetujuan
bersama mereka.

2.4.4 Teori Psikologi


Kebanyakan ahli psikologi mengaitkan unsur dalaman diri manusia
sebagai penyebab kepada kelahiran agama. Sebahagian daripada
mereka mengatakan agama lahir hasil daripada dorongan akal, emosi
dan naluri yang kompleks - mystical complex surrounding a projected
superego. William James (1842-1910) menjelaskan kewujudan agama di
kalangan orang-orang yang setia pada agamanya berpendapat bahawa
agama lahir dari dalam diri manusia itu sendiri iaitu pengalaman dalaman
individu yang berbentuk mistik.

22
2.5 Asal-usul Agama Menurut Islam

Asal-usul agama menurut Islam adalah agama atau kepercayaan kepada


Allah SWT Yang Maha Esa yang merupakan agama awal wujud di dunia
ini melalui pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah
SWT kepada Nabi Adam A.S. Kemudian, wahyu itu diperkuatkan dengan
pelantikan putera Nabi Adam A.S. bernama Sahiz menjadi Nabi (Harun
Din, 2007).

Agama Allah SWT ini disesuaikan dengan jumlah manusia dan


kebudayaan pada ketika itu diikuti dan dipatuhi oleh Hawa dan
sebahagian besar daripada anak cucunya. Agama diturunkan Allah SWT
kepada manusia untuk membimbing mereka kepada jalan yang benar
supaya mereka mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dengan
mempercayai Allah SWT Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta
dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.

Sekiranya Allah SWT tidak menurunkan agama, pasti kehidupan


manusia akan sesat. Akibat kemampuan akal fikiran manusia dan
pengetahuannya terbatas, maka manusia tidak mempunyai kemampuan
untuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-
perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal
dan sebagainya. Justeru, Allah SWT mengutus dan mengangkat ribuan
nabi dan rasul bermula Nabi Adam A.S. dan diakhiri Nabi Muhammad
SAW.

Dalam sejarah tamadun manusia, terdapat ramai manusia yang


berterusan menentang serta membantah ajaran Allah SWT yang dibawa
oleh para Nabi dan Rasul. Justeru, dengan rahmat dan kasih sayang
Allah SWT menurunkan kitabNya supaya manusia dapat membaca dan
memahami kandungannya. Tujuan utama adalah untuk menegakkan
kepercayaan tauhid (percaya kepada Allah Yang Maha Kuasa),
menghindarkan perbuatan syirik, pengaruh hawa nafsu yang liar dan

23
mendidik manusia agar mematuhi segala ajaran dan larangan Allah
SWT.

Rasul terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia ialah Nabi
Muhammad S.A.W. sebagaimana Firman Allah SWT:
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa
petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) untuk dimenangkan dan
ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang
musyrik tidak menyukainya”. (al-Taubah 9: 33)

Dengan limpah rahmat Allah SWT setelah kebangkitan Rasulullah


S.A.W. yang membawa agama yang terakhir, maka kita lihat berjuta-juta
kaum muslimin yang termasuk ulama-ulama, ahli-ahli dakwah Islamiah
bertebaran di muka bumi untuk mengajarkan al-Quran dan segala ilmu-
ilmu Islam di segenap dunia bagi meneruskan kegiatan. Firman Allah
SWT:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak
berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki
yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur
ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisabNya”. (ali 'Imran 3: 19)

2.6 Pembahagian Agama

Para sarjana agama telah membahagikan agama kepada dua bahagian


iaitu Agama Samawi (agama-agama wahyu) atau revealed religion dan
agama budaya atau cultural religio:

a) Agama Samawi
Mengikut pandangan agama-agama wahyu, asas pengajaran agama
adalah pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan Tuhan kepada
manusia melalui rasul-rasulNya bermula daripada Nabi Adam A.S.
sehingga Nabi Muhammad SAW. Penganut agama Yahudi menerima
sehingga Nabi Musa A.S. sahaja, manakala penganut Kristian menerima
sehingga Nabi Isa A.S. sahaja sedangkan umat Islam menerima semua
rasul yang diturunkan oleh Tuhan kepada manusia yang disempurnakan

24
oleh Nabi Muhammad SAW. Pandangan agama Samawi ini didasarkan
kepada kepercayaan kepada Tuhan, rasul dan kitab-kitab.

b) Agama Budaya
Agama-agama budaya pula menganggap bahawa agama adalah lahir
hasil daripada penemuan dan pengalaman pengasas agama atau
penemuan tulisan-tulisan lama. Agama Buddha contohnya merujuk
kepada penemuan Gautama (yang dikatakan mendapat the
enlightenment atau pencerahan dan lantaran itu pengajaran dan
pengalaman Gautama dikatakan sebagai asal-usul lahirnya agama
Buddha), Hinduism merujuk kepada tulisan-tulisan dan scriptures lama,
Confiucianism dan lain-lain dirujuk kepada pengasas masing-masing
yang menulis ajaran-ajaran mereka lalu dikembangkan oleh pengikut-
pengikut selepas mereka. Non-revealed religions mempunyai ciri asas
yang hampir serupa iaitu tidak memandang penting penyerahan manusia
kepada tata-aturan Ilahi.

2.7 Agama-agama di Dunia

Manusia dan agama merupakan suatu yang tidak boleh dipisahkan.


Sejarah telah membuktikan kaitan antara manusia dengan agama.
Banyak agama besar yang masih wujud dan mempunyai pengikut
sehingga kini. Agama-agama besar dunia adalah berikut:

Jadual 2.1: Agama Besar Dunia


BIL NAMA TOKOH/NABI KITAB SUCI
AGAMA
1 Yahudi Musa (3000- 1200SM) Taurat
2 Hindu Tidak diketahui (3000 - Veda
2000SM)
3 Zarathustra Zarathustra (660-583SM) Avesta
(Majusi)
4 Buddha Siddharta (563 - 483SM) Tripitaka
5 Jaina Mahavira (556 - 429SM) Agamas
6 Shinto Tidak diketahui ( 1000 - Kojiki/Nihongi
660SM)

25
7 Konghuchu Kong Hu Chu (554SM - -
479SM) Lun Yu, Dll
8 Tao Lao Tze (604SM - 524SM) Tao The King
9 Kristian Isa (Jesus) (0SM - 30M) Injil
10 Islam Muhammad (570M - 632M) Al-Quran
11 Sikh Adi Granth -

Semua agama berasal daripada benua Asia kemudian berkembang ke


Afrika, Eropah, Amerika dan Australia. Jika dibahagi berdasarkan kepada
wilayah asal di Asia, maka dapat diperincikan agama seperti berikut:

Jadual 2.2: Pembahagian Agama Berdasarkan Wilayah

Wilayah Jenis agama

Asia Barat Islam

Yahudi

Kristian

Asia Zarathustra (Majusi)


Tengah
dan Hindu
Selatan
Buddha

Sikh

Jaina

Asia Timur Shinto

Tao

Konghuchu

26
AKTIVITI

1. Pelajar dikehendaki untuk mengadakan satu forum agama yang


bertajuk “Mengapakah manusia perlu beragama dalam
kehidupan”?
2. Pelajar dikehendaki mengemukakan refleksi topik pada akhir
forum.

RUJUKAN

A. Mukti Ali (1971). Agama, Universitas dan Pembangunan. Bandung:


Institut IKIP.
Aslam Hady (1986). Pengantar Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali.
Endang Saifuddin Anshari (1982). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Glynn, Patrick (1999). God: The Evidence, the Reconciliation of Faith and
Reason in Postsecular World. California: Prima Publishing.
Hattstein, Markus (t.t). World Religions. Koln: Konemann.
H. Abu Jamin Roham (1991). Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya.
Jakarta: Media Dakwah.
Horon Din (2007), Isalam: Ada Apa Dengan Islam? Selangor: PTS
Millenea Sdn. Bhd
Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Zakaria (1989). Pemikiran Islam Tentang Kehidupan. Selangor:
Marwilis Publisher.
Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, the Exploration of Human
Diversity. New York: Mc Graw Hill.

27
TOPIK 3
KONSEP AKIDAH KETUHANAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan pengertian akidah dan konsep ketuhanan. (C2:
PLO1)
2. Menghuraikan hubungan akidah dengan fitrah manusia. (P2:
PLO3)
3. Mematuhi nilai akidah yang bersesuaian dengan kefahaman
terhadap konsep ketuhanan dalam kehidupan. (A3: PLO8)

3.1 Pendahuluan

Topik ini akan menerangkan tentang pengertian akidah, tuhan serta


hubungan akidah dan fitrah manusia.

3.2 Pengertian Akidah

Akidah dari segi bahasa berasal dari perkataan ‘aqd yang bermaksud
ikatan atau simpulan. Sama ada pada benda yang dapat dilihat dan dirasa
seperti tali dan benang (simpulan hissi) atau simpulan atau ikatan yang
tidak dapat dilihat seperti ikatan persahabatan, perkahwinan serta
kepercayaan dan keyakinan (simpulan maknawi).

Dari segi istilah, akidah merupakan keimanan yang kukuh dalam jiwa yang
tidak mungkin terurai walau dengan apa cara sekalipun. Akidah Islam
merupakan keimanan terhadap Allah SWT serta segala ajaran yang
diwahyukan Allah SWT melalui RasulNya sebagaimana firmanNya yang
bermaksud:
"...Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (al-Baqarah 2: 256)

28
Akidah menjadi asas atau dasar utama dalam kedudukan Islam sebagai
al-Deen. Ianya merupakan titik permulaan menjadi Muslim. Segala aktiviti
yang dilaksanakan dalam kehidupan seorang Muslim mengambarkan
kedudukan akidah dalam dirinya. Rasulullah SAW mengumpamakan
Islam sebagai suatu binaan di mana akidah merupakan tapak atau asas
kepada binaan tersebut. Sebagaimana sebuah binaan tidak akan terdiri
tanpa ada tapak asasnya maka begitulah Islam sebagai al-Deen tidak
akan wujud tanpa adanya akidah yang benar. Dalam al-Quran Allah SWT
berfirman maksudnya:
“Maka adakah orang-orang yang membangunkan masjid yang
didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari)
keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan
masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir runtuh), lalu
runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan
(ingatlah) Allah tidak akan tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-
orang yang zalim”. (al-Taubah 9: 109)

Ayat di atas menjelaskan bahawa kehidupan dan tamadun manusia


mestilah diasaskan atas suatu asas yang teguh dan kukuh iaitu akidah
yang benar. Akidah Islam yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT.
Keyakinan terhadap kesempurnaan dan keagunganNya serta
kesanggupan untuk membuktikan keyakinan tersebut.

Dalam surah al-Ankabut ayat 41 Allah SWT memberikan gambaran


sarang labah-labah sebagai perumpamaan pegangan atau akidah yang
lemah. Firman Allah SWT maksudnya:
“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang
lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan
pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk
menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang
yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang
yang berpengetahuan”. (al-Ankabut 29: 41)

29
Akidah selain daripada Islam adalah akidah ciptaan manusia yang
mempunyai pelbagai kelemahan. Akibat kelemahan tersebut pegangan
terhadap akidah berkenaan sekalipun dengan teguh dan kukuh tidak akan
menjamin keselamatan.

3.3 Pengertian Tuhan (Ilah)

3.2.1 Dari segi bahasa


Tuhan berasal dari perkataan Ilah dalam bahasa Arab yang memberi
maksud sesuatu yang disembah.

Menurut Ibn Manzur perkataan Ilah: al-hamzah, al-lam dan al-ha’ yang
bermaksud Allah dan tiap-tiap sesuatu yang disembah selain daripada-
Nya.

Menurut al-Mawdudi perkataan tuhan (Ilah) juga mempunyai maksud


kecenderungan, mengharap pertolongan, kerinduan, tidak mahu
berpisah, pengabdian dan perlindungan.

Menurut Kamus Dewan perkataan tuhan boleh membawa kepada dua


pengertian:
a. Tuhan ialah Allah yang mencipta alam semesta.
b. Tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja
oleh golongan manusia yang agama dan kepercayaan mereka
tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa;
bertuhan, percaya kepada atau memuja tuhan, memuja
(mendewakan) sesuatu sebagai Tuhan; mempertuhankan;
menganggap (memuja) sesuatu sebagai tuhan, memperdewakan
sesuatu.

Kesimpulannya dari segi bahasa perkataan tuhan menunjukkan pelbagai


makna iaitu kecederungan, mengharap pertolongan, kerinduan,
pengabdian, perlindungan, memuja, mempertuhankan dan
memperdewakan.

30
3.2.2 Tuhan Menurut Istilah
Ibnu Taymiyyah mendefinisikan pengertian Ilah (tuhan) ialah yang berhak
disembah, yang dipuja dengan penuh kecintaan hati, tunduk kepadaNya,
merendahkan diri di hadapanNya, takut dan mengharapkanNya,
kepadaNya tempat berpasrah ketika berada di dalam kesulitan, berdoa
dan bertawakkal kepadaNya untuk kemaslahatan diri, meminta
perlindungan daripadaNya dan menimbulkan ketenangan ketika
mengingatiNya serta berpaut cinta kepadaNya.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah berpendapat Ilah ialah yang mempertuhankan


oleh hati dengan perasaan cinta, keagungan, kemuliaan perendahan diri,
takut, mengharap dan tawakal.

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, Ilah ialah yang dipuja, diagungkan,


diharapkan dapat memberi kemaslahatan atau kegembiraan.

Abu Ala al-Mawdudi pula mentakrifkan Ilah ialah yang disembah oleh
manusia yang berkuasa menyempurnakan keperluan hidup manusia,
berkuasa memberikan perlindungan, berkuasa memberi ketenangan dan
menjamin keselamatan mereka.

Kesimpulannya Ilah atau tuhan dari segi istilah menurut perspektif Islam
adalah disandarkan kepada Allah SWT iaitu Tuhan yang berhak
disembah, yang dipuja, yang dicintai, yang berkuasa, yang diagungkan,
yang dapat memberi perlindungan dan yang dapat memberi
kemaslahatan dan kegembiraan.

3.4 Akidah dan Fitrah Manusia

Islam adalah ciptaan Allah SWT yang sesuai dan selaras dengan fitrah
semulajadi manusia. Segala peraturan dan hukum yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT melalui Islam adalah untuk kebaikan serta kesejahteraan
hidup manusia di dunia dan akhirat.

31
Manusia telah difitrahkan oleh Allah SWT dalam dirinya naluri berakidah.
Dan akidah Islam merupakan satu-satunya akidah yang sesuai dengan
fitrah manusia. Firman Allah SWT maksudnya:

“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu


(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama
yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah iaitu agama yang
Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu. Itulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (al-Rum 30: 30)

AKTIVITI

1. Pelajar membina kumpulan dan membincangkan kepentingan


agama dalam kehidupan manusia.
2. Bentangkan hasil dapatan kepada pelajar-pelajar lain.

RUJUKAN

Abu Ala al-Mawdudi (1971). Al-Mustalahat al-Arbaah fi al-Quran, Dar al-


Qalam, Kuwait.
Ibn Manzur (1968). Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut.
Nik Kamal Wan Muhammed (1999). Konsep Uluhiyyah Abu Mansur Abd.
al-Qahir al-Baghdadi, UKM, Bangi.
Teuku Iskandar (1994). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Yusuf al-Qardawi (1989). Haqiqat al-Tawhid, Maktabah Wahbah,
Kaherah.

32
TOPIK 4
MONOTEISME DAN POLITEISME

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan pengertian monoteisme dan politeisme dari pelbagai
perspektif para pengkaji. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan sejarah perkembangan monoteisme dan
politeisme. (P2: PLO3)
3. Mematuhi dan mengamalkan akidah Islam yang sebenar dalam
kehidupan. (A3: PLO8)

4.1 Pendahuluan

Topik ini akan menerangkan pengertian monoteisme dan politeisme dari


pelbagai perspektif para pengkaji, sejarah perkembangan monoteisme
dan politeisme serta memahami akidah Islam yang sebenar dalam
kehidupan.

4.2 Monoteisme dan Politeisme

Peristilahan tentang konsep ketuhanan dalam pengkajian agama wujud


dalam pelbagai bentuk. Antaranya istilah monoteisme (kepercayaan
kepada tuhan yang satu), monoteisme (segala sesuatu tuhan),
pantheism (tuhan melimpah ke dalam alam), panentheism (tuhan
melimpah ke dalam alam dan ianya juga maha suci), henotheism
(sembah satu tuhan tidak nafi yang lain), oligatheism (menyembah
beberapa tuhan yang dipilih), polytheism (menyembah semua tuhan
yang dipercayai wujud) dan sebagainya. Walau bagaimanapun secara
umumnya dua istilah paling penting yang dapat menjelaskan semua
konsep ketuhanan ini ialah monotheism dan polytheism iaitu sama ada
kepercayaan tuhan yang banyak atau yang satu. Persoalannya, yang
mana satukah bermula dahulu. Edward Burnett Tylor percaya bahawa

33
agama bermula dengan animism, kemudian menjadi polytheism dan
yang paling akhir ialah monotheism (Koltak: 1994). Terdapat juga
sarjana yang menyusun dengan lebih terperinci proses perkembangan
ini iaitu bermula dengan animism - polytheism - oligatheism - henotheism
- monotheism dan monotheism. (Aslam Hady, 1986: 32).

4.2.1 Pengertian Khusus Monoteisme dan Politeisme


Mono = satu / esa, Poly = banyak / berbagai, Theist = Tuhan.
Monotheism = kepercayaan tentang keesaan Tuhan/ terhadap Tuhan
yang satu. Polytheism = kepercayaan tentang banyak tuhan / berbagai
tuhan. Kedua-duanya berlaku dalam pelbagai bentuk.

4.2.2 Kepelbagaian Monoteisme


a. Monotheism in practice: mempercayai pelbagai tuhan/dewa tetapi
menyembah yang satu.
b. Speculative monotheism: Pemikiran spekulatif yang
menggabungkan semua dewa / tuhan yang dipercayai menjadi
satu.
c. Monotheism in theory, dari segi teori mempercayai satu Tuhan
tetapidari segi praktis menyembah berbagai Tuhan.
d. Absolute Monotheism: Kepercayaan mutlak kepada yang satu,
penyerahan mutlak dan praktis yang mutlak kepada yang satu.

Monotheism (a), (b) dan (c) adalah ciri-ciri agama budaya - cultural
religion. Monotheism Absolute (d) adalah ciri agama langit - revealed
religion.

34
4.2.3 Kepelbagaian Politeisme
a. Paradoxes: good and evil. Contoh - Zoroastrian (agama Parsi).
b. Pantheism: kepelbagaian dalam satu. Hindu scholars - Nothing
really exists but the one eternal omnipresent Spirit.
c. Attributes: sifat-sifat dan perbuatan Tuhan dipisahkan lalu
dijadikan dewa/ tuhan yang pelbagai. Contoh - Hinduism, Mesir
Purba dan Arab Jahiliah.
d. Spirits: kepercayaan terhadap semangat dan roh di kalangan
masyarakat animisme, kepercayaan terhadap nenek moyang
dalam agama-agama dari negeri China.
e. Perubahan daripada monoteisme kepada politeisme dalam
agama langit - revealed religion; Contohnya dalam Islam; amalan
dan kepercayaan yang membawa kepada syirik - tersembunyi
atau terang. Kristian; pengaruh falsafah melahirkan Trinity.

4.2.4 Pembuktian Wujudnya Monoteisme dan Politeisme


a. Wahyu dan kitab - bagi agama langit.
b. Scriptures dan hymns (tulisan dan nyanyian keagamaan) - bagi
agama-agama budaya.
c. Verbal stories - cerita-cerita lisan yang disampaikan daripada
nenek moyang kepada generasi seterusnya. Kebiasaannya di
kalangan masyarakat yang belum terdedah dengan tradisi
penulisan.
d. Cults (upacara-upacara keagamaan) dan worships (ibadat-
ibadat).

4.2.5 Perkembangan Monoteisme dan Politeisme


Monoteisme dalam agama langit adalah revealed from ultimate God.
Ianya mempunyai latar belakang penurunan, diketahui masa dan
pembawanya (rasul) serta mempunyai sumber. Monoteisme dalam
agama budaya adalah lahir hasil daripada evolusi politeisme. Latar
belakang kelahirannya tidak jelas, tidak ada yang benar-benar boleh
dipertanggungjawabkan di atas kelahirannya serta sumbernya ditulis

35
oleh pelbagai pihak. Ianya terhad dalam satu masyarakat dan satu
budaya.

Agama langit terdiri daripada Judaism, Christianity dan Islam. Islam dan
Judaism tidak mengalami perubahan ke arah politeisme. Christianity
mengalami perubahan drastik dengan kemunculan St. Paul sebagai
pengasas doktrin Trinity.

Dalam agama budaya, pencarian tentang The Great One bermula


dengan politeisme. Ini akhirnya melahirkan pemikiran bahawa daripada
sekian banyak yang "berkuasa" terdapat satu yang paling berkuasa.
Ringkasnya, ia adalah proses politeisme kepada monoteisme. Proses
perubahan daripada monoteisme kepada politeisme juga berlaku seperti
di kalangan pengikut-pengikut yang telah diturunkan rasul kepada
mereka. Dalam tradisi agama langit rasul dihantar untuk mengembalikan
mereka kepada absolute monotheism.

4.2.6 Faktor-faktor Penyelewengan daripada Akidah Monoteisme


Absolute monotheism atau Tauhid adalah konsep paling asas dalam
semua ajaran yang dibawa oleh para rasul agama samawi. Keyakinan
ini bukan sahaja dipegang oleh agama Islam bahkan di dalam agama-
agama Yahudi dan Kristian yang juga bermula dengan dasar Tauhid.
Persoalan kenapa rasul dan nabi didatangka dengan sebegitu banyak
untuk manusia adalah persoalan menegakkan tauhid atau absolute
monotheism. Dalam agama-agama yang dilahirkan oleh kebudayaan
manusia, konsep tauhid telah dipesongkan sama ada dengan
menggunakan hujah monotheism in practice atau speculative
monotheism atau monotheism in theory. Walau bagaimanapun wujud
gerakan-gerakan dalam agama-agama tersebut yang memperjuangkan
pengembalian kepada absolute monotheism. Gerakan seumpama
Brahmo Samaj dalam agama Hindu Unitarian Sects dalam Christianity
dan lain-lain lagi adalah antara bukti wujudnya kecenderungan untuk
kembali kepada absolute monotheism.

36
Konsep asas absolute monotheism iaitu kepercayaan hanya Tuhan
Yang Esa yang mencipta dan mentadbirkan alam ini serta seluruh isinya,
penyerahan diri, memohon pertolongan dan memuja-muji dalam
pengibadatan hanya kepada Tuhan Yang Esa dan tidak kepada yang
lain dan kepercayaan bahawa Tuhan Yang Esa mempunyai semua sifat-
sifat yang maha sempurna yang jauh sama sekali bersamaan dengan
manusia.

Melalui wahyu dalam bentuk kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang diturunkan


kepada rasul-rasul maka tertegaklah konsep-konsep tauhid ini. Oleh itu
ianya bukanlah ciptaan manusia sepertimana kepercayaan-kepercayaan
budaya manusia.

4.3 Pandangan Islam terhadap Politeisme

Ajaran Islam adalah berdasarkan absolute monotheism atau ketauhidan


mutlak terhadap Allah SWT yang mencipta dan mentadbir alam dan
segala isinya. Ketauhidan mutlak ini dijelaskan melalui konsep utama
tauhid kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah SWT adalah Maha
Pencipta dan Maha Pentadbir kepada alam dan isinya, penyerahan diri
dalam peribadatan hanya semata-mata untuk Allah SWT dan keyakinan
bahawa Allah SWT sahaja yang mempunyai nama-nama dan sifat-sifat
yang Maha Sempurna serta tidak serupa sama sekali dengan makhluk.

Ianya bertentangan sama sekali dengan konsep politeisme ataupun


monoteisme teori, praktik atau spekulatif. Seseorang itu hanya boleh
dianggap sebagai seorang Islam sekiranya ianya menerima konsep
tauhid ini secara menyeluruh dan bersepadu serta tidak memisahkan
antara satu sama lain.

Islam menggunakan istilah syirk atau dalam bahasa Malaysia sebagai


syirik bagi menggambarkan politeisme. Dr. Yusof al-Qardhawi (1987)
telah mendefinisikan syirik sebagai seseorang yang menjadikan Allah
sekutu dengan sesuatu yang hanya berhak untuk Allah sahaja seperti

37
seseorang menjadikan selain Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lain
lalu disembah atau ditaati ataupun dipohon pertolongan kepadanya atau
mencintainya atau seumpamanya di mana itu sama sekali tidak layak
kecuali hanya Allah sahaja. Ini berdasarkan kenyataan al-Quran
sebagaiamana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka
menyembah yang selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat
mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan
manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami
sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu
kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di
bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan
tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan". (Yunus 10: 18).

Mereka yang menentang ajaran yang dibawa oleh para rasul pada
zaman mereka mengakui bahawa yang menjadikan alam dan segala
isinya serta mentadbir dan mengawal hukum alam adalah Allah yang
satu. Namun, apa yang mereka percaya tidak diterjemahkan dalam
peribadatan mereka. Hal ini dijelaskan oleh al-Quran sebagaimana
Firman Allah yang bermaksud: "Dan Demi sesungguhnya! Jika engkau
(wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu,
siapakah yang menciptakan langit dan bumi, sudah tentu mereka akan
menjawab: Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa lagi
Maha Mengetahui". (al-Zukhruf 43: 9).

Mereka memberi alasan kenapa mereka menyembah selain daripada


Allah SWT, sepertimana dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang
bermaksud: “...Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari
Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami
tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka
mendampingkan kami kepada Allah dengan sehampir-hampirnya...".
(az-Zumar 39: 3).

38
Kesimpulannya, Islam melihat bahawa kebanyakan manusia percaya
bahawa yang menjadikan alam dan isinya ini adalah Tuhan yang satu.
Namun begitu mereka tidak menyembah dan menyerahkan diri mereka
kepada Tuhan yang satu itu. Sebaliknya mereka menyembah dan
meminta pertolongan daripada makhluk-makhluk yang lain yang
diletakkan setaraf dengan Tuhan yang satu. Inilah satu bentuk syirik atau
politeisme yang paling banyak berlaku sepanjang sejarah manusia.

Manusia secara semulajadi mempunyai naluri beragama dan naluri ini


memuncak ke arah mengetahui Tuhan yang satu. Dalam Islam hal ini
telah diakui sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lalu lagi iaitu lebih
seribu tahun sebelum ditemui oleh ahli-ahli psikologi atau kejiwaan
tentang ini. Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat


anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya
dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua
menjawab: "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini”. Atau supaya kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang
kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka.
Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan
kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" (al-A'raf 7:
172-173).

Ahli-ahli psikologi menemui naluri beragama dan kehendak mengetahui


Tuhan yang satu hanya dalam lebih seratus tahun kebelakangan ini.
Disebabkan akal tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
tentang Tuhan yang satu ini, maka manusia dengan usaha akalnya itu
membuat pelbagai spekulasi dan hasilnya walaupun mereka
mempercayai wujudnya Tuhan yang satu, mereka juga mengakui

39
kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Islam sebagai agama yang
berdasarkan kepada wahyu memberikan penjelasan yang jelas tentang
Tuhan yang satu ini dalam bentuk absolute monotheism.

Dalam kajian agama, konsep ketuhanan yang satu ini sememangnya


wujud dan kewujudannya adalah dalam bentuk sama ada monotheism
in theory, speculative monotheism atau monotheism in practice. Hanya
agama Islam yang berpegang dengan konsep absolute monotheism
yang mutlak manakala agama Yahudi pula membataskan ketuhanan
untuk bangsa mereka sahaja. Agama Kristian mengubah doktrin
absolute monotheism dengan menaikkan martabat Jesus dan Holy Spirit
setaraf dengan tuhan yang satu.

Walaupun agama Hindu mempercayai pelbagai tuhan atau dewa,


mereka tetap mempercayai yang satu iaitu Brahman. Agama-agama
yang berasaskan tuhan baik dan tuhan jahat seperti Zoroastrian (agama
Parsi), akhirnya memenangkan tuhan yang baik.

Agama Buddha sekalipun tidak mempunyai konsep ketuhanan yang


jelas, mereka percaya tentang enlightenment yang akhirnya seseorang
yang mencapai Nirvana akan menjadi seorang Buddha dan di sini dia
dikira akan terlepas dari segala penderitaan dan menjadi "Yang Satu"
(khususnya dalam Hinayana) serta yang dapat melepaskan manusia lain
daripada penderitaan (khususnya dalam Mahayana).

Konsep-konsep ketuhanan yang pelbagai ini akhirnya mengarah kepada


"Yang Satu". Namun begitu konsep ketuhanan yang satu ini tidak benar-
benar diterima secara menyeluruh dan bersepadu sehingga
menimbulkan polytheism dalam amalan dan peribadatan. Inilah yang
dilihat oleh Islam sebagai syirik.

Syirik diletakkan oleh Islam sebagai kesalahan paling besar atau the
biggest sin dalam agama. Pelakunya dianggap terkeluar daripada
agama sekiranya melakukan perbuatan ini. Dalam sejarah perutusan

40
rasul-rasul Tuhan, sejak daripada Nabi Adam A.S. sehingga Nabi
Ibrahim A.S., Nabi Ishak A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjangkau kepada
Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.
adalah membawa satu intipati yang sama dan paling besar iaitu slogan
"Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah" walaupun dari
segi hukum hakam mereka berbeza. Kenyataan ini menunjukkan
bahawa konsep absolute monotheism adalah konsep asas dalam semua
ajaran rasul-rasul. Dengan sebab konsep inilah juga Tuhan
mengutuskan begitu banyak nabi dan rasul seperti yang telah disebutkan
sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan kenapa
perbuatan syirik dan yang bertentangan dengan konsep ini dianggap
sebagai kesalahan paling besar.

Islam juga berpandangan bahawa syirik mendatangkan unsur-unsur


negatif kepada kehidupan manusia iaitu:
a. Dianggap sebagai penghinaan kepada akal manusia kerana
secara semulajadi akal manusia tidak boleh menerima kewujudan
lebih daripada satu Tuhan
b. Mengikat manusia dengan kepercayaan tahyul yang pelbagai
c. Satu kezaliman terhadap diri sendiri kerana memperhambakan
diri kepada selain daripada Tuhan yang satu
d. Menerbitkan rasa takut yang tidak berpenghujung kerana
kepercayaan terhadap pelbagai tuhan yang tidak jelas asal-usul
dan tindakannya
e. Keyakinan terhadap kehidupan di dunia tidak dapat diwujudkan
Keyakinan di sini dimaksudkan bahawa manusia yakin dan tahu
tujuan hidupnya yang singkat di dunia ini dan ke mana ia akan
pergi selepas ini
f. Konsep balasan selepas mati dimasukkan ke dalam neraka dan
kekal di dalamnya

Kesimpulannya, tujuan perbincangan tentang konsep ketuhanan


monoteisme dan politeisme adalah untuk melihat dengan jelas apakah
ciri theism yang terkuat yang wujud di dalam kepercayaan beragama

41
yang dianuti oleh manusia sejak dahulu sehingga kini. Maka, unsur yang
paling kuat adalah unsur monoteisme (ketuhanan yang satu). Unsur-
unsur lain khususnya dalam politeisme adalah sangat lemah untuk
dipegang dalam keadaan ilmu yang semakin berkembang. Sesuai
dengan penemuan saintifik terkini yang membuktikan rasional akal
manusia mengarah kepada memikirkan kewujudan Tuhan yang satu.
Perkara ini akan dijelaskan dalam topik sains dan agama.

AKTIVITI

1. Bincangkan isu Theist dan Atheist dalam hubungannya dengan


perkembangan semasa yang meliputi elemen theism yang wujud
di kalangan penganut agama di dunia ini beserta penjelasannya.
3. Hasil dapatan dipersembahkan dalam video animasi pendek.

RUJUKAN

Zakiah Darajat (1973). Ilmu Jiwa Agama. Jakarta: Bulan Bintang.


Aslam Hady (1986). Pengantar Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali.
Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, The Exploration of Human
Diversity. New York: Mc Graw Hill.
Mohd. Sulaiman Yasin (1985). Islam dan Akidah Satu Pengantar.
Subang Jaya: Percetakan al-Omari Sdn. Bhd.
Muhammad Abu Zahrah (1989). Akidah Islam Menurut al-Quran. (terj.)
Singapura: Pustaka Nasional.
Muhammad al-Ghazali (1989). Akidah Muslim (terj. Mahyudddin Syaf).
Selangor: Thinker's Library.
Muhammad Nairn Yassin (1979). Al-Iman Arkanuhu Wa Haqiqatuhu. al-
Qahirah: Lujnah Ath-Thaqfiyah Al-'Ulya.
Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam, 3 Jilid. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusof al-Qardhawi (1987). Pengertian Tauhid. (terj. Abdul Majid
Abdullah), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

42
TOPIK 5
KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar dapat:


1. Menjelaskan konsep ketuhanan dalam kepelbagaian agama
berdasarkan pandangan agama masing-masing. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan bentuk ketuhanan agama masing-masing melalui
penulisan dan pembentangan tugasan. (P2: PLO3)
3. Mengamalkan nilai murni hasil daripada kepercayaan ketuhanan
dalam agama masing-masing melalui penglibatan aktiviti dan
pelaksanaan tugasan. (A3: PLO8)

5.1 Pendahuluan

Kelahiran agama seiring dengan penciptaan manusia kerana agama


adalah satu keperluan kepada manusia yang membawa manusia kepada
mengenali Tuhan. Perbincangan ketuhanan pasti menyentuh ketuhanan
dalam agama-agama yang wujud di dunia sama ada agama samawi
mahupun agama budaya. Ketuhanan agama besar yang akan
dibincangkan antaranya adalah agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha
dan Sikh. Perbezaan jelas dapat dilihat antara ketuhanan agama samawi
dan agama budaya. Agama samawi mempunyai hubungan yang amat
rapat dengan bentuk ketuhanan monoteisme mutlak manakala agama
budaya pula mempunyai bentuk ketuhanan yang pelbagai.

5.2 Agama Islam

Perincian tentang agama Islam adalah seperti berikut:

5.2.1 Latar belakang Agama Islam


Agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan
pelengkap kepada agama samawi yang terdahulu yang telah diturunkan

43
kepada para rasul sebelumnya bermula dari nabi Adam A.S. sehingga
nabi Isa A.S. Diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
melalui malaikat Jibril A.S. Wahyu pertama diterima pada 17 Ramadhan
bersamaan 6 Ogos 610 Masehi di Gua Hira’. Allah SWT telah
menurunkan wahyu secara berterusan selama 23 tahun. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW wahyu tersebut dikumpul, ditulis dan
dibukukan secara sistematik oleh para sahabat.

5.2.2 Ketuhanan Menurut Agama Islam


Ketuhanan dalam agama Islam dijelmakan dalam kalimah syahadah
yang menjadi tonggak keislaman seseorang. Dalam kalimah syahadah
iaitu “Tiada Tuhan melainkan Allah” terkandung konsep tauhid.
Sebagaimana agama samawi yang terdahulu, ketuhanan berbentuk
tauhid menjadi intipati akidah yang menentukan bentuk ibadah dan
akhlak penganutnya. Tauhid bermaksud kepercayaan bahawa Allah
SWT adalah Tuhan yang Maha Esa, yang wajib disembah, menjadikan,
memiliki dan mentadbir alam serta seluruh isinya, tiada makhluk lain
yang serupa denganNya.

Umat Islam diajar mengenal Allah SWT melalui kefahaman terhadap


nama-nama (asma’) dan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung dan
Maha Sempurna. Memahami dalil-dalil yang membuktikan kewujudan
Allah SWT dan mengenal kebesarannya melalui makhluk ciptaanNya
yang terdapat di alam ini. Terdapat sembilan puluh sembilan nama, 20
sifat wajib dan 20 sifat mustahil bagi Allah SWT yang wajib diketahui dan
difahami oleh seorang muslim.

Allah SWT merupakan Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan
dalam pengibadatan serta permohonan kepadaNya tanpa memerlukan
sebarang perantaraan. Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang yang
Maha Mendengar setiap permintaan hambaNya.

Ketuhanan dalam agama Islam berbentuk Monoteisme Mutlak iaitu


mempercayai dan menyembah Allah SWT Tuhan yang Esa.

44
5.3 Agama Kristian

Perincian tentang agama Kristian adalah seperti berikut:

5.3.1 Latar belakang Agama Kristian


Secara umumnya, agama Kristian merupakan agama yang
dikembangkan dari agama yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Oleh
itu, ia juga dikenali sebagai agama Isa yang disebarkan dalam kalangan
orang Romawi. Nama agama Kristian mengambil nama Jesus iaitu nama
Nabi Isa A.S. yang telah diberikan oleh pengikutnya.

Jesus merupakan putera Maryam binti Imran, berketurunan Bani Israel


dan Galilea daripada keturunan Nabi Daud A.S. Dalam agama Islam,
Jesus dikenali sebagai Isa Ibn Maryam atau al-Masih yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membawa Bani Israel beriman kepada Allah SWT.

Islam menyatakan bahawa Nabi Isa A.S. telah diangkat ke langit selepas
baginda diselamatkan dari hukuman mati disalib. Manakala penganut
Kristian percaya bahawa Jesus telah mati disalib dan kematiannya
dianggap suci kerana menjadi penebus dosa umat manusia.

Menurut sejarah, orang Romawi sebelum kedatangan agama Kristian,


mereka menganuti agama yang mempunyai unsur agama Yunani. Orang
Yunani mempercayai bahawa alam ini telah dicipta oleh para dewa. Bagi
agama ini, dewa dan dewi disamakan dengan manusia iaitu mempunyai
sifat-sifat kemanusiaan. Kelebihan mereka hanya dari segi
kesempurnaan kejadian dan mempunyai kuasa yang luar biasa.
Kepercayaan lama ini sedikit sebanyak wujud dalam akidah dan amalan
agama Kristian seperti kepercayaan kepada Tritunggal, Tuhan Bapa,
Tuhan Ibu dan Tuhan Anak.

45
5.3.2 Ketuhanan Menurut Agama Kristian
Secara umumnya konsep ketuhanan dalam agama Kristian pada
mulanya berbentuk monoteisma mutlak. Seterusnya ia dikembangkan
oleh pemimpin-pemimpin gereja menjadikan sebahagian besar penganut
Kristian berpegang kepada konsep Triniti iaitu:
a. Tuhan bapa yang merupakan Pencipta sekalian alam yang ada di
Syurga.
b. Anak Tuhan iaitu Jesus merupakan Tuhan atau firman yang hidup
bersama-sama manusia yang datang ke dunia sebagai
penyelamat. Mengikut Kristian, Jesus mati disalib di atas kayu
palang. Kematian beliau sebagai korban untuk menebus dosa
manusia.
c. Ruhulkudus iaitu ‘Roh Allah’ yang boleh masuk ke dalam peribadi
orang suci.

Dalam Kristian, penyaliban Jesus juga merupakan salah satu pokok


keimanannya. Seseorang belum menjadi Kristian sekiranya tidak
mengimani Triniti dan penyaliban Jesus. Penyaliban Jesus salah satu
daripada rukun iman yang mutlak, maka lambang kayu salib diletakkan
di tempat yang penting dalam Kristian. Setiap orang Kristian memuliakan
salib dan ia diletakkan di dalam gereja serta dijadikan pusat penumpuan.
Oleh itu, salib amat penting kedudukannya dalam kalangan penganut
Kristian.

5.4 Agama Hindu

Perincian tentang agama Hindu adalah seperti berikut:

5.4.1 Latar belakang Agama Hindu


Agama Hindu dikatakan antara agama tertua di dunia sebagaimana
agama seangkatan dengannya seperti agama Mesopotamia dan agama
Yunani. Namun, tiada catatan yang menunjukkan tarikh atau tahun
sebenar kelahiran agama Hindu. Diberi nama sempena nama Sungai
Sindus (Indus) iaitu tempat asal penganutnya. Ia telah dibawa dan
diperkenalkan oleh Bangsa Arya yang datang dari daerah Asia tengah

46
ke lembah sungai Sindu. Agama Hindu termasuk dalam agama ciptaan
manusia. Dalam catatan sejarah, tidak ditemui individu yang mengaku
sebagai pencipta atau pengasas agama Hindu malah dalam catatan-
catatan sejarah silam juga menunjukkan tiada penganut agama Hindu
yang mengetahui siapa pengasas agama ini.

5.4.2 Ketuhanan Menurut Agama Hindu


Dalam agama Hindu, Tuhan disebut sebagai Brahma iaitu nama Tuhan
Tunggal yang wujud dengan sendirinya, Maha Esa dan Maha Kuasa
yang bersifat azali, tiada awal dan tiada akhir, yang menciptakan dan
menjadi asal dari sekalian alam. Namun, dengan beredarnya masa,
terdapat penganut Hindu yang telah mengubah kepercayaan ketuhanan
yang satu kepada kepercayaan berbentuk trimurti atau bertuhan tiga.
Mereka memberi nama kepada tuhan yang tiga berdasarkan tugasnya
masing-masing. Trimurti terdiri dari:
a. Brahma iaitu tuhan yang mencipta
b. Visynu iaitu tuhan yang memelihara
c. Siva iaitu tuhan yang memusnah

Menurut Agus Hakim (1979), apabila diperhatikan dalam kitab Veda,


tidak ada dinyatakan Tuhan yang berbilang, hanya menyatakan
ketuhanan Brahma semata-mata. Visynu dan Siva ada dinyatakan tetapi
bukan sebagai Tuhan, ia lebih cenderung dinyatakan sebagai sifat
Tuhan. Visynu adalah sifat kasih sayang dan memelihara, Siva pula sifat
maha kuasa dan memusnahkan. Terdapat dalam kalangan pendeta telah
mengkhayalkan dalam fikiran mereka untuk meletakkan kedua sifat
tuhan itu sebagai tuhan yang ke dua dan ketiga.

Oleh itu, patung-patung yang menggambarkan Trimurti telah ditemui di


kuil-kuil Hindu. Patung Brahma yang mempunyai empat muka dan empat
tangan dan di sisinya terdapat dua patung iaitu tuhan Visynu dan Siva.
Akhirnya, pada hari ini ketuhanan dalam agama Hindu agak sukar untuk
dijelaskan kerana ia telah berubah dan mempunyai berbagai bentuk dan
sumber. Apabila muncul satu bentuk aliran yang disebut sebagai

47
bilangan, maka ketuhanan dalam agama Hindu didapati berbentuk
politeisma iaitu mempercayai banyak tuhan. Mempercayai setiap satu
kekuatan tabi’ie seperti air, api, sungai, gunung dan lain-lain boleh
memberi faedah manfaat atau memudaratkan. Semuanya dianggap
mempunyai roh dan jiwa. Oleh itu perlu dipuji serta didekati melalui
perbuatan-perbuatan ibadah dan persembahan korban. Akhirnya
wujudnya kepercayaan kepada tuhan dan dewa yang berbilang yang
memberi kesan dalam kehidupan manusia. Antara nama-nama tuhan
yang terkemuka iaitu Varuna di langit, Indra di udara dan Agni di bumi.

5.5 Agama Buddha

Perincian tentang agama Buddha adalah seperti berikut:

5.5.1 Latar belakang Agama Buddha


Buddhisme merupakan aliran keagamaan yang diasaskan oleh Sidharta
Gautama dan dikembangkan pada abad ke 6 S.M. Sidharta Gautama
telah dilahirkan pada 563 S.M. adalah seorang putera raja. Semasa
beliau dilahirkan, seorang pendeta menyatakan bahawa beliau
merupakan utusan dewa yang kelak akan menjadi pemimpin dan
petunjuk bagi semua makhluk menolong segenap rohani manusia
daripada samsara (sengsara). Firasat tersebut membayangkan Sidharta
akan menjadi seorang ahli agama. Justeru ayahandanya mengawal
pergerakan beliau kerana beliau berhasrat supaya Sidharta akan
menjadi seorang raja bagi meneruskan pemerintahan Kerajaan Kosala.

Walau bagaimana pun suatu ketika semasa beliau keluar berburu, beliau
telah menyaksikan beberapa keadaan manusia di luar istana. Kesakitan,
tua, kematian dan kemiskinan dilihat telah menjadikan seseorang hidup
dalam kesengsaraan. Hatinya menjadi amat sedih menyebabkan beliau
membuat keputusan untuk meninggalkan istana dan tidak memberi
penumpuan kepada kehidupan untuk menjadi pembesar negara.
Pengembaraannya telah membawa beliau menemui ramai pendeta,
hidup bertapa dalam hutan tanpa makan, minum dan tempat tinggal yang
selesa. Beliau berusaha mencari sesuatu yang dirasakan kurang dalam

48
kehidupannya iaitu mendapatkan makna hakikat nikmat hidup. Dalam
pengembaraan itu juga Sidharta telah mengunjungi biara untuk
mendapatkan jawapan kepada pencarian tersebut.

Penganut Buddha mempercayai kesungguhan Sidharta memberi


penumpuan pemikiran terhadap mencari jawapan kepada makna hakikat
nikmat hidup bertahun lamanya menyebabkan beliau mendapat Bhodi
iaitu satu tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dan sempurna serta
mendapat jalan untuk melepaskan diri dari kekangan karma. Terdapat
dua pandangan mengenai asal nama agama Buddha seperti berikut:
a. Diambil dari perkataan Bhodi merujuk kepada tahap pencapaian
tersebut.
b. Diambil sempena nama pokok Bodhi, iaitu pokok tempat beliau
berteduh untuk bermeditasi dan berjaya mencapai makna
kebahagiaan dan kegembiraan hidup.

Akhirnya Sidharta telah menyebarkan fahaman dan ajaran Buddha


kepada pelajarnya dan ia berkembang sehingga hari ini.

5.5.2 Ketuhanan Menurut Agama Buddha


Agama Buddha mempunyai hubungan erat dan persamaan dengan
agama Hindu dari aspek prinsip-prinsipnya kerana sepanjang
pengembaraan Sidharta beliau telah bertemu dengan pendeta-pendeta
yang menganut agama Hindu. Bagaimana pun dalam agama Buddha
konsep ketuhanan tidak dibincangkan sebagaimana dalam agama Hindu
kerana agama Buddha tidak bertitik tolak dari Tuhan, hubunganNya
dengan alam serta seluruh isinya. Ia lebih memberi tumpuan kepada
aspek etika dan ajaran-ajaran moral.

Walau bagaimana pun, pengkaji agama melihat agama Buddha terdapat


kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib. Kepercayaan ini dianggap
sebagai pengganti kepada konsep ketuhanan. Antaranya:

49
a. Konsep Nirvana dianggap pencapaian tertinggi dalam kehidupan
manusia dan pelepasan diri dari segala penderitaan dapat melihat
segala rahsia kewujudan dalam, punca-punca kehidupan semula
di dunia dan penderitaan. Orang yang mencapai Nirvana telah
menjadi Buddha. Pada tahap ini seorang Buddha mempunyai
pelbagai kuasa ghaib. Konsep ini dianggap sebagai pengganti
kepada konsep ketuhanan yang mempunyai kuasa ajaib dan amat
berkuasa.
b. Kepercayaan terhadap roh dan hantu. Percaya manusia yang
jahat apabila mati akan hidup semula sebagai hantu.
c. Konsep dewa-dewa. Penganut Buddha juga mempercayai
kewujudan dewa-dewa yang banyak bagi menjelaskan perkara-
perkara di luar kebiasaan yang wujud di dunia.

5.6 Agama Sikh

Perincian tentang agama Sikh adalah seperti berikut:

5.6.1 Latar belakang Agama Sikh


Agama Sikh dicipta oleh Guru Nanak dan gurunya, Kabir. Agama ini telah
dianuti oleh penduduk di utara India berhampiran Pakistan yang dikenali
sebagai daerah Punjab. Agama ini dilihat menyatukan pelbagai unsur
dua agama besar di India iaitu agama Islam dan agama Hindu serta
tambahan oleh Guru Nanak dan tokoh-tokoh terdahulu.

Guru Nanak dilahirkan dalam keluarga beragama Hindu yang menerima


pengaruh Islam. Beliau banyak terpengaruh dengan ajaran dan sajak
ciptaan Kabir, seorang yang banyak belajar tentang Islam dan Hindu.

5.6.2 Ketuhanan Menurut Agama Sikh


Ajaran yang dibawa oleh Guru Nanak adalah berteraskan keesaan
Tuhan. Beliau menentang keras kehidupan berkasta dalam kalangan
masyarakat India. Nama Tuhan adalah Nam. Nam mempunyai banyak
sifat yang terdiri daripada dua aspek iaitu Tuhan Nirguna dan Tuhan
Sirguna. Sifat Tuhan Nirguna menyamai sifat Tuhan dalam kepercayaan
Islam. Manakala Tuhan Sirguna pula menyerupai Tuhan yang disembah

50
oleh penganut agama Hindu. Namun, Tuhan yang disembah oleh
penganut agama Sikh hanyalah Tuhan Nirguna.

Dalam penciptaan, Tuhan Nirguna dipercayai menghasilkan dua perkara


daripada dirinya. Pertama adalah bunyi abadi yang dikenali dengan
nama Shabada dan yang kedua adalah cahaya Jot. Daripada kedua
benda ini lahir Tuhan Sirguna. Seterusnya, Tuhan Sirguna mencipta
seluruh makhluk dengan menggunakan dirinya. Oleh itu, Tuhan Sirguna
menjelma atau wujud dalam setiap kejadian dan makhluk.

Dalam rumah ibadat agama Sikh tidak ada berhala kerana ajarannya
melarang penyembahan berhala. Titik pusat bagi rumah ibadat ialah
buku suci (Adi Granth) yang dibaca dengan irama dan nada yang indah.
Kitab Adi Granth menjadi petunjuk kepada penganut agama Sikh dan
penyambung kepada perkembangan agamanya yang mempunyai
sejarah, budaya dan adat tersendiri.

51
AKTIVITI

1. Huraikan konsep ketuhanan agama dan nilai baik yang diperolehi


dari kepercayaan ketuhanan agama anda dalam peta minda.
2. Bentangkan konsep ketuhanan agama anda bersama rakan yang
berlainan agama dalam kumpulan.

RUJUKAN

Gazali Darusalam (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shalaby, Ahmad (2001), Agama Islam: Perbandingan Agama,
Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional.
Agus Hakim (1979), Perbandingan Agama: Pandangan Islam Mengenai
Kepercayaan Majusi-Shabiah-Yahudi-Kristen-Hindu & Budha,
Sulaiman Abdullah (1989), Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut
Islam, al-Ikhlas.
Mohd. Rosmizi Abd Rahman (2005). Panduan Memilih Agama. Bentong,
Pahang: PTS Millenia.

52
TOPIK 6
KONSEP ILMU DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas.
(C2: PLO1)
2. Menghuraikan sumber-sumber ilmu dalam Islam dengan tepat.
(P2: PLO3)
3. Mengaplikasikan konsep kesepaduan ilmu dalam proses
pembelajaran dan kehidupan seharian. (A3: PLO3)

6.1 Pendahuluan

Topik ini akan menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu, sumber-sumber ilmu
dalam Islam serta menerangkan konsep kesepaduan ilmu dalam
kehidupan.

6.2 Definisi Ilmu dalam Islam

Menurut epistemologi, perkataan ilmu berasal daripada perkataan


bahasa arab 'alima, ya'lamu, ‘ilman. Ilmu adalah kata benda abstrak
daripada kata kerja 'alima yang meletakkannya antara 'alim (mengetahui)
dengan ma’lum (yang diketahui).

Menurut bahasa Inggeris pula, ilmu diertikan sebagai sains (science)


yang bermaksud pengetahuan (knowledge). Pengertian Barat moden
merujuk ilmu kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta.
Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh
pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar
keupayaan pancaindera dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam
bidang ilmu.

53
Menurut tradisi kefahaman Islam, ilmu membawa kepada sebuah
pengertian yang lebih luas dan dalam dari segi makna dan tafsirannya.
Definasi ilmu yang paling masyhur adalah sebagaimana yang dinyatakan
oleh Profesor Muhammad Naquib al-Attas iaitu kedatangan makna
sesuatu atau objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu. Pengertian kedua
pula bermaksud sampainya jiwa kepada makna sesuatu atau objek ilmu.
Ilmu dalam konteks falsafah Islam adalah sesuatu yang ada
hubungannya dengan Tuhan sekalian alam. Ilmu mempunyai ikatan
tauhid yang tidak terputus dengan Khalik-Nya. Ilmu merupakan segala
sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada rasul-
rasulNya dan alam ciptaanNya termasuklah manusia. Kesimpulannya,
ilmu dalam kefahaman Islam adalah merangkumi aspek lahiriah dan
batiniah.

6.3 Ciri-Ciri Ilmu dalam Islam

Terdapat lima ciri-ciri ilmu dalam Islam iaitu:

a. Ilmu adalah Milik Allah SWT


Ilmu yang sempurna adalah milik Allah SWT. Terdapat lebih kurang 30
kali dinyatakan tentang ilmu dalam al-Quran. Kehebatan ilmu yang
dimiliki oleh Allah SWT meliputi segala sesuatu di langit, di bumi serta
segala rahsia-rahsiaNya.

b. Penekanan tentang Kebenaran (al-Haq) dan Keyakinan (al-Yakin)


Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Tuhan. Oleh itu, ilmu
yang benar adalah ilmu yang selari dengan apa yang dinyatakan oleh
wahyu. Terdapat tiga tahap keyakinan iaitu:
i. Pengetahuan yang yakin (‘ilm al-yakin)
ii. Penglihatan yang yakin (‘ain al-yakin)
iii. Keyakinan yang mutlak (haq al-yakin)

Sesuatu yang bertentangan denganNya adalah palsu (batil) atau


berprasangka semata-mata (zann).

54
c. Kesepaduan Ilmu
Kewujudan Allah SWT yang Maha Esa merupakan sumber segala ilmu
pengetahuan telah memberikan implikasi terhadap kesatuan dan
kesepaduan ilmu serta sumber-sumbernya. Ciri kesepaduan ilmu ini
telah dinyatakan oleh al-Ghazali dalam kitab Jawahir al-Quran. Menurut
al-Ghazali, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan perihal bintang atau
kesihatan hanya akan dapat difahami dengan ilmu astronomi atau ilmu
perubatan yang lengkap.

d. Perhubungan antara Ilmu dan Amal


Ilmu seharusnya diikuti dengan amal salih. 'Alim ialah kata nama yang
bukan sahaja bermakna seseorang yang memiliki ilmu. Bahkan `alim
bermakna seseorang yang bertindak bersesuaian dengan ilmunya. Inilah
yang menjadi titik perbezaan utama antara konsep ilmu Islam dengan
konsep ilmu Cina yang lebih menitikberatkan amalan daripada ilmu atau
konsep ilmu India yang terlalu tertumpu kepada pemikiran abstrak
sehingga mengetepikan amalan.

e. Keluasan Ilmu Allah SWT


Keluasan ilmu milik Allah SWT dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran
menerusi surah Yusuf, ayat 76. Ciri keluasan ilmu Allah SWT ini turut
dinyatakan dalam surah al-Kahfi, ayat 109. Kefahaman tentang keluasan
keseluruhan ilmu Allah SWT yang mana manusia hanya diberi sedikit
sahaja daripadanya akan membuatkan manusia tidak angkuh kerana
memahami bahawa ilmu yang mereka miliki tidak mempunyai kebenaran
yang mutlak. Sebaliknya huraian-huraian dan hasil penemuan mereka
patut dinilai secara berterusan berdasarkan bukti-bukti dan maklumat-
maklumat baru yang diperolehi.

6.4 Pembahagian Ilmu dalam Islam

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para


cendekiawan Islam terdahulu, ilmu dalam Islam dibahagikan kepada
beberapa aspek iaitu:

55
a. Aspek Kewajipan Menuntut Ilmu
Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu:

i. Ilmu Fardhu Ain


Kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan
berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi
tuntutan agama.
Contoh:
Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajib atau kepercayaan
(aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan
perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti
dilakukan atau ditinggalkan.

ii. Ilmu Fardhu Kifayah


Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat Islam.
Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka
gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat
luas ruang lingkupnya
Contoh:
Ilmu perubatan, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala
ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun
wajib ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan
terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada
seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian
tugas di antara mereka.

b. Aspek Hubungan dengan Syariat


Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua cabang utama iaitu:

i. Ilmu Syariat
Ilmu yang merangkumi ilmu usul iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak
atau Qias. Ia turut merangkumi ilmu furu’ iaitu ilmu yang diluaskan
daripada ilmu usul seperti ilmu fiqh, ilmu faraidh, ilmu munakahat,

56
ilmu jinayat dan sebagainya. Selain itu, ilmu muqaddimah juga
termasuk iaitu iaitu ilmu yang merupakan alat untuk memahami al-
Quran dan al-Sunnah seperti mempelajari bahasa Arab dan
tulisan jawi.

ii. Ilmu ‘aqliyah


Ilmu 'aqliah ini dibahagikan kepada dua cabang besar iaitu ilmu
yang terpuji yang menyamai ilmu fardhu kifayah seperti ilmu
matematik, sains, fizik, kimia, kejuruteraan perubatan dan
sebagainya. Manakala cabang yang kedua pula ialah ilmu yang
tercela iaitu ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan,
kemusnahan kepada manusia dan kemurkaan Allah SWT seperti
ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.

c. Aspek Kaedah Memperolehi Ilmu


Aspek ini dibahagikan kepada dua segi iaitu:

i. Ilmu Kasbi
Ilmu yang diperolehi daripada usaha atau melalui proses
pembelajaran seperti ilmu matematik, sains, perakaunan, farmasi
dan sebagainya.

ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi


Ilmu yang diberikan langsung dari Allah SWT sama ada melalui
ilham atau wahyu. Contohnya, ilmu para nabi dan rasul.

d. Aspek Sumber Ilmu


Ilmu ini boleh dibahagikan kepada dua sumber iaitu:

i. Ilmu Aqli
Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal seperti ilmu geografi,
fizik, kimia, matematik dan sebagainya.

57
ii. Ilmu Naqli
Ilmu yang diperolehi melalui wahyu seperti al-Quran.

6.5 Sumber Ilmu dalam Islam

Terdapat empat sumber ilmu dalam Islam iaitu:

a. Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan Allah SWT kepada seorang hambaNya
yang dipilih dari kalangan hambaNya secara sulit dan rahsia berlainan
dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa
wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang
telah disampaikan oleh Allah SWT kepada manusia sama ada ianya
disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW atau melalui nabi-nabi yang
terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam
al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat
diperlukan oleh manusia untuk kemaslahatan hidup juga perkara-perkara
ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia.

b. Pancaindera
Semua pancaindera seperti deria sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran dan rasa merupakan sumber pengatahuan yang utama
dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam
sekeliling dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan
satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa
percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Namun, kebenaran
yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera
kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran
sebenar atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata
sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

c. Akal
Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan
antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang

58
diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang
kreatif. Melalui akal, manusia dapat menimbang dan membezakan
antara yang baik dan buruk walaupun mungkin ianya tidak
bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah
kehidupan seharian. Namun, Allah SWT menyuruh manusia
menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan
pancaindera yang dianugerahkan kepadanya supaya dapat sampai
kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-
Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah SWT
supaya manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan
akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.

d. Intuisi atau Ilham


Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang
amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa
melalui proses pemikiran tertentu. Contohnya, seseorang yang sedang
dilanda masalah dan sedang menumpukan pemikirannya terhadap
penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba mendapat ilham jalan
penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang
dicari datang sendiri. Dalam Islam, ilham ini boleh dikenali dengan istilah
"firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh
Allah SWT kepada para Ulama.

6.6 Kesepaduan Ilmu

Konsep kesepaduan ilmu adalah sebuah idea yang lahir daripada


Gagasan Pengislaman ilmu (Islamization of Knowledge) yang dipelopori
oleh beberapa orang tokoh pemikir dan cendekiawan Islam seperti
Muhammad Iqbal, Profesor Fazlur Rahman, Profesor Ismail al-Faruqi,
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas serta beberapa orang tokoh
lain yang menyokong idea ini.

Konsep kesepaduan ilmu ini terbit dari satu kenyataan iaitu Allah SWT
sebagai sumber Ilmu. Apabila kita meletakkan Allah SWT sebagai satu-

59
satunya sumber kepada keseluruhan ilmu yang ada, ini bermakna setiap
satu daripada bidang ilmu tersebut pasti mempunyai elemen saling
berkaitan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Corak perkaitan
antara bidang-bidang ilmu ini boleh berlaku secara zahiri dan
kemudiannya diikuti secara maknawi.

Secara zahir, misalnya bagi memahami lebih lanjut tentang kesan racun
serangga ke atas tumbuh-tumbuhan maka seseorang pengkaji itu perlu
memahami beberapa bidang ilmu selain daripada pengetahuannya
tentang racun. Si pengkaji perlu memahami ilmu tentang haiwan
(zoologi) dan tumbuh-tumbuhan (botani) bagi membolehkannya menjadi
seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Fenomena saling keterkaitan ini jika diteliti sehingga ke akar umbinya


akan membawa seseorang pengkaji kepada satu titik pemahaman yang
total iaitu semuanya adalah merupakan tanda-tanda kebesaran dan
kekuasaan Allah SWT. Akhirnya, akan timbul rasa tawadhuk dan
seterusnya akan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Inilah yang
dimaksudkan dengan perkaitan dari segi maknawi yang mampu
menjelaskan maksud konsep kesepaduan ilmu yang sedang
dibincangkan.

Sejarah keagungan zaman keintelektualan Islam zaman silam telah


menjadi saksi di mana tokoh-tokoh ilmuan tersohor pada ketika itu telah
berjaya menguasai lebih daripada satu bidang disiplin ilmu. Tokoh ilmu
perubatan termasyhur iaitu Ibnu Sina, turut menguasai bidang-bidang
ilmu lain selain daripada perubatan seperti falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, biologi dan sains politik.

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan


wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuan Islam telah
berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan
peradaban Islam. Sebagai contoh, menurut pandangan sains Barat
moden, bidang ilmu kejuruteraan adalah suatu kajian berkenaan teori

60
tentang fakta, kebenaran atau prinsip-prinsip yang diperolehi hasil
daripada kajian, penyelidikan, pemerhatian, pengalaman atau laporan
mengenai aplikasi sains dan matematik dalam bentuk pembinaan,
perancangan dan pengurusan sumber-sumber alam supaya ia boleh
dimanfaatkan ke tahap yang paling optimum bagi kepentingan manusia
sejagat.

Manakala dari sudut perspektif Islam, ilmu kejuruteraan adalah suatu


teori mengenai hakikat ilmu yang merujuk kepada Allah SWT sebagai
sumber kepada segala ilmu dan pengetahuan terhadap pemahaman
makna berkaitan salah satu cabang ilmu matematik dan sains tentang
pengiraan garisan dan bentuk-bentuk geometri yang terdiri daripada
dimensi, permukaan, sudut, kuantiti dan ukuran dari pelbagai segi dan
hubungannya antara satu sama lain.

Daripada kedua-dua contoh yang diberikan, jelas memberikan suatu


gambaran tentang titik perbezaan yang wujud antara kedua-dua
pandangan iaitu antara Islam dan Barat. Kita akan dapati bahawa wujud
kesepaduan ilmu dari segi zahiri dalam kedua-dua pandangan terhadap
ilmu kejuruteraan. Walau bagaimanapun kesepaduan dalam bentuk
zahiri dan maknawi hanya berlaku apabila kita menilai ilmu kejuruteraan
dari sudut pandangan Islam yang dikaitkan terus dengan Allah SWT.

Bagi mencapai maksud ini, disiplin ilmu kejuruteraan yang dipelajari perlu
seiring dengan beberapa disiplin ilmu lain seperti al-Quran, al-Sunnah,
fiqh, usul fiqh, tasawuf serta akhlak bagi memastikan perlaksanaan ilmu
ini selari dengan tiga tunggak utama Islam iaitu akidah, syariah dan
akhlak. Natijah daripada kesepaduan ilmu dalam bentuk ini akan
menghasilkan ilmu pengetahuan yang sarat nilai serta para jurutera yang
tawadhuk, berintegriti, serta mengamalkan nilai-nilai dan akhlak yang
mulia.

61
6.7 Kepentingan Ilmu

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia


ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan
yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat
darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui
sendiri oleh Rasulullah SAW melalui wahyu dan ilham yang disampaikan
kepada baginda di mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu
bangsa.

Ia juga terbukti dalam ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi
darjat ilmu. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah
kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika
dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama
atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah akan menjadi
benteng yang dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara-
perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan
kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar
kebendaan duniawi.

Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu


kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu
kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat
mendekatkan dirinya dengan Allah SWT kerana ilmu merupakan jalan
menuju kebahagiaan di akhirat. Kepentingan-kepentingan ilmu adalah
seperti berikut:

a. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan


seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah SWT dan RasulNya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hambaNya hanyalah orang-orang
yang berilmu...". (al-Fathir 35: 28)

62
b. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan
manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah lagi
(kepadanya): "...Adakah sama orang-orang mengetahui dengan
orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna". (al-Zumar 39: 9)

c. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang


tinggi di sisi Allah SWT dan masyarakat. Firman Allah SWT yang
bermaksud: "...Allah meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi pengetahuan
agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat...". (al-Mujadalah
58: 11)

d. Manusia dapat menjalankan tugas ibadah (sama ada ibadah


umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan
sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.

63
AKTIVITI

1. Pilih seorang tokoh ilmuwan dalam bidang tertentu dan terangkan


biodata serta sumbangan tokoh kepada bidang ilmu.
2. Hasil dapatan perbincangan dijelaskan melalui medium video
lakonan.

RUJUKAN

Ahmad Suad (1985). Konsep Tauhid Ilmiah. Kuala Lumpur: al-Haramain.


Franz Rosenthal (1992). Keagungan Ilmu. (terj.) Syed Muhammad
Dawilah al-Edrus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail al-Faruqi (1997). Islamaization of Knowledge: General Principles
and Work Plan. (ed) Dr Abdul Hamid Abu Sulayman. (3rd Edition).
USA: ISTAC.
Wan Mohd. Nor Wan Daud (1994). Konsep Ilmu Dalam Islam. (terj.)
Rosnani Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

64
TOPIK 7
SEKULARISME

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan maksud sekularisme menurut pandangan Islam dan
barat. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan konsep sekularisme berdasarkan sejarah
kelahirannya melalui penulisan dan pembentangan. (P2: PLO3)
3. Menerangkan kesan yang diperolehi oleh masyarakat yang
mengamalkan sistem sekular. (A3: PLO8)

7.1 Pendahuluan

Sekularisme merupakan satu masalah kebudayaan Barat yang menular


ke dalam alam fikiran dan budaya umat Islam. Ia merujuk kepada sifat
keduniaan dan tidak berhubung dengan alam rohani atau akhirat. Sejarah
sekularisme ini wujud akibat daripada pemisahan di antara urusan
kehidupan dengan agama yang dibawa oleh gereja di Eropah.
Sekularisme juga merupakan suatu gerakan pembebasan di Barat untuk
menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh institusi Gereja Katolik Rom
di Eropah.

7.2 Definisi Sekularisme

Definisi Sekularisme dibincangkan dari segi bahasa dan istilah seperti


berikut:
a. Dari Segi Bahasa
Sekular dari segi bahasa adalah:

i. Bahasa Arab ialah al-‘Almaniyah


Perkataan al-‘Almaniyah ini tiada kaitan langsung dengan
perkataan ‘Ilm dalam bahasa Arab.

65
ii. Bahasa Inggeris ialah secularism

iii. Bahasa Perancis ialah sevularite atau laique


Sementara ‘Ilm diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis
sebagai science yang melahirkan perkataan seperti scientism,
sceintific atau scientifique dalam bahasa Perancis. ‘Ilm menurut
fahaman Barat adalah dua perkara yang saling bertentangan dan
berlawanan. Bagi mereka, setiap yang bersifat Deen bukanlah ‘Ilm
dan setiap yang ‘Ilm bukanlah Deen. Ilmu akan berada pada tempat
yang berlawanan dengan Deen.

iv. Kamus Dewan Edisi Melayu:


Perkataan sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat
duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula
bermaksud fahaman (doktrin, pendirian, dan sebagainya) yang
menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.
Manakala isme ialah kepercayaan, gerakan politik atau
keagamaan, sikap serta perlakuan. (Shopuan Anuar Ahmad, 2003:
77).

v. Kamus Dewan Edisi Inggeris:


Secular bererti duniawi. Secular adalah berasal daripada kata
Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada
masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat
pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan.
(Shopuan Anuar Ahmad, 2003: 77)

66
b. Dari segi istilah
Sekular dari segi istilah adalah:

i. Ensiklopedia Brintannica:
Perkataan secularism adalah satu gerakan sosial yang
bermatlamat membawa manusia dan mengarahkan mereka
daripada mementingkan akhirat kepada mementingkan dunia
sahaja. Ini disebabkan manusia pada zaman pertengahan
mempunyai kehendak yang amat kuat untuk menjauhkan dunia
dan hanya bermeditasi untuk Allah SWT dan hari akhirat. Bagi
memerangi kehendak ini, lahir sekularisme memperkenalkan
dirinya melalui pembangunan kehendak kemanusiaan di mana
manusia pada zaman pembangunan menonjolkan pergantungan
penuh kepada kemajuan thaqafat dan kemanusiaan serta
kemampuan mereka untuk menghasilkan kehendak mereka dalam
dunia ini. Sekularisme ini berkembang secara berterusan
sepanjang sejarah moden keseluruhannya atas asas gerakan yang
menentang agama dan memusuhi Kristian.

ii. Kamus New World oleh Webster menterjemahkan kalimah


secularism sebagai semangat keduniaan atau aliran keduniaan.
Secara khusus ia adalah sama seperti satu sistem daripada prinsip
dan praktik yang menolak apa-apa bentuk iman dan ibadah;
Kepercayaan bahawa agama dan pengurusan gereja tidak boleh
campur tangan dalam urusan kerja khususnya pendidikan umum.

iii. Ensiklopedia Oxford menterjemahkan kalimah secularism sebagai


keduniaan atau materialis, bukannya keagamaan atau spiritual,
seperti pendidikan yang tidak bersifat agama, seni atau muzik
tanpa agama, pemerintah tanpa agama dan pemerintah yang
bertentangan dengan gereja; Satu pandangan yang menyatakan
bahawa tidak sepatutnya agama menjadi asas bagi akhlak dan
pendidikan.

67
iv. Kamus International menterjemahkan istilah secularism dengan
menyatakan; Sesungguhnya sains materialis, kemanusiaan, aliran
tabie dan aliran ciptaan semuanya adalah bentuk-bentuk bagi
perkara tanpa agama. Tanpa agama adalah satu sifat khusus bagi
Eropah dan Amerika. Walaupun gambaran ini wujud di Timur
Tengah, namun ia tidak mengambil sebarang ungkapan falsafah
atau sastera yang tertentu. Contoh utama bagi perkara ini adalah
pemisahan agama daripada negara seperti Republik Turki.

Sarjana Muslim telah membincangkan tentang pengertian sekularisme


antaranya ialah Ghazali (1998), istilah sekularisme berasal dari bahasa
Latin Secular ertinya satu zaman (engage) juga bermaksud satu generasi
yang merujuk kepada masa dan tempat. Secularist bermaksud hubungan
dengan sesuatu masa tertentu. Manakala seculum bererti hal-hal yang
berhubung dengan zaman sekarang sedangkan agama merupakan hal-
hal yang berkaitan dengan hari kemudian. Sekularisme ialah satu ideologi
atau fahaman yang menghapuskan kepercayaan kepada Tuhan
manakala sekularisasi pula membawa makna satu proses pemecahan
dan fahaman masalah-masalah dunia ini dengan mengarahkan kepada
ratio semata-mata.

Manakala Yusuf al-Qardawi (1999), mengatakan sekular dalam bahasa


Arab diterjemahkan sebagai ‘al-la Diniyyah (tanpa agama) atau al-
Dunyamiyah (keduniaan). Makna yang lebih khusus ialah perkara yang
tiada kaitan dengan agama atau perkara yang hubungannya dengan
agama adalah berlawanan. Wan Mohd Nor (2005), mengatakan Syed
Muhammad Naquib Al-Attas menganggap bahawa sekularisme adalah
faham kekandasan iaitu penumpuan pada zaman sekarang dan ruang
kehidupan duniawi. Bagi manusia sekularis tiada ‘nanti’ (hari akhirat) dan
tiada ‘sana’ (kehidupan ukhrawi) atau sekurang-kurangnya tidak
mempedulikannya. Menurut mereka yang wujud hanya alam fizikal ini dan
dengan demikian mereka menolak realiti-realiti metafizik.

68
Manakala pandangan Muhd. Nur Manuty (1984), di mana beliau telah
mengupas istilah sekular daripada sudut barat serta sekular dalam bentuk
pengetahuan dan amalan dalam Islam. Istilah sekular dari sudut
pendidikan, seni (muzik), sejarah, sastera dan lain-lain, ianya membawa
maksud pendidikan yang tidak berhubung dengan agama atau
mengecualikan pengajaran agama dari pendidikan. Beliau telah
membahagikan sekular dari sudut negatif dan positif. Dari sudut negatif
apabila sekular diamalkan, langsung tidak mempunyai hubungan dengan
kerohanian (lebih kepada duniawi) dan juga bertentangan dengan prinsip
Islam itu sendiri. Manakala sekular yang positif pula ialah yang dibolehkan
dalam Islam, contohnya seseorang yang melakukan kerja yang dicampur
dengan fahaman ini untuk membolehkan ia menunaikan ibadah kepada
Allah SWT.

Daripada pandangan Ghazali (1998), Yusuf al-Qardawi (1999), Wan


Mohd Nor (2005) dan Muhd. Nur Manuty (1984), dapat disimpulkan
bahawa sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan
dunia dengan akhirat dalam semua aspek termasuk urusan agama,
pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. Selain itu, sekularisme juga
memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama dan
juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan
kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan
keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik,
harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

7.3 Kelahiran dan Perkembangan Sekularisme

Sekularisme mula diasaskan sebagai satu sistem falsafah oleh George J.


Holyoake pada kira-kira tahun 1846 di England. Sebelum itu ia telah
menguasai pemikiran ahli-ahli sains zaman barat Renaissance lantaran
pertembungan mereka dengan gereja Kristian. Ketika zaman pertengahan
(Medieval Age-Dark Age), gereja Barat yang menguasai masyarakat
cenderung ke arah melahirkan seorang manusia yang “beragama” yang
menumpukan kehidupannya beribadat kepada Tuhan dan memikirkan

69
kehidupan selepas mati sahaja. Dalam masa yang sama mengabaikan
urusan kehidupan manusia di dunia.

Kedatangan sains daripada umat Islam melahirkan pertembungan antara


nilai-nilai gereja dengan sains. Gereja mengambil sikap yang negatif
terhadap sains dan sebagai reaksinya, ahli-ahli sains juga mengambil
sikap yang negatif terhadap agama. Dari sinilah terasasnya pemikiran
sekular yang memisahkan antara agama dengan sains dan juga sains
dengan nilai. Ia menjadi pemikiran yang dominan dalam era Renaissance
dan Revolusi Industri dan ia berterusan sehingga ke hari ini disebabkan
beberapa faktor iaitu:

a. Kesilapan Besar Gereja Eropah


Kesilapan besar Gereja Katolik Rom adalah memusuhi ilmu dan ibadah
dan tidak benar-benar mengikut ajaran Bible. Ilmu dan ibadah kedua-
duanya mempunyai kaitan yang rapat dengan fitrah manusia. Fitrah
semulajadi manusia suka pada ilmu dan suka membuat ibadah
berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksudnya:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat


anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya
dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua
menjawab: "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini”. Atau supaya kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang
kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka.
Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan
kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?". (al-A'raf 7: 172-
173)

70
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi
Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkan kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu
nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan orang yang benar".
(al-Baqarah 2: 31)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". (al-Alaq 96: 3-5)

b. Faktor-faktor Perkembangan Sekularisme


Sekular membawa satu sistem etika dan falsafah yang bertujuan untuk
menyatukan kehidupan manusia supaya tidak percaya kepada Tuhan,
Kitab Suci dan Hari Akhirat (Kiamat). Secara formal masih mengakui
adanya Tuhan tetapi hukum-hukum Tuhan dan syariat tidak boleh
digunakan untuk mengatur kehidupan dan hidup manusia. Dalam
masyarakat yang boleh dipergunakan adalah hasil akal manusia menurut
fahaman manusia dan akalnya mampu membuat hukum dan menciptakan
moral untuk mengatur hukum kehidupan manusia.

Sementara sekularisasi adalah proses satu usaha kesedaran untuk


membebaskan manusia dari agama dan metafizika. Sekular bererti waktu
atau lokasi atau suatu masa tertentu di dunia ini yang dipandang sebagai
suatu proses sejarah. Sekularisme adalah fahaman falsafah yang
memisahkan urusan-urusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Ia
meninggalkan peranan agama (Kristian) dan Tuhan dari segala urusan
kehidupan manusia. Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara
ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi Gereja Katolik
Rom. Perkara yang telah menyebabkan timbulnya fahaman sekularisme
di Eropah digambarkan seperti rajah di bawah:

71
2 FAKTOR
Keangkuhan UTAMA Keangkuhan
Ilmiyyah SEKULARIS Ruhiyyah
ME DI
EROPAH

i. Keangkuhan Ilmiyah
Pada masa sebelum Renaissance iaitu abad ke-14M, pihak gereja
menganggap bahawa ilmu pengetahuan dari sumber selain dari mereka
adalah berbahaya. Oleh itu mereka memisahkan agama dari ilmu. Antara
dua sebab lain yang mendorong pihak gereja berbuat demikian adalah:

Pertama: Ilmu yang membawa kemajuan datang dari orang-orang Islam


di Universiti-universiti di Andalus. Oleh kerana ilmu itu akan membawa
dengannya perkembangan Islam dan pemusnahan pengaruh gereja.

Kedua: Kebanyakan pelajar-pelajar dari Eropah yang hendak mempelajari


ilmu sains akan mempelajarinya di Universiti Islam di Sepanyol. Di sana,
mereka mempelajari ilmu perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi,
kimia dan fizik dari ulama-ulama Islam. Kesannya pihak gereja sangat
marah kepada cendikiawan Eropah yang balik membawa ilmu dari orang
Islam dan suka pula bertutur dengan bahasa Arab antara sesama mereka.
Gereja telah menganggap bahawa bahasa Arab adalah bahasa orang
kafir.

Oleh itu, pihak gereja telah berusaha untuk menentang Islam dan ilmu
sekaligus. Maka wujudlah tiga ‘Mahkamah Penyiasatan’ (Inquisition
Courts) dari tahun 1481M hingga 1801M untuk menyiasat dan
menghukum mereka yang disyaki menjadi pembangkang Gereja Katolik,
ahli sihir, bomoh dan para ilmuan yang tidak sependapat dengan ajaran
gereja dan orang Islam. Seramai tiga ratus empat puluh ribu (340,000)
orang telah dihukum mati dan hampir tiga puluh dua ribu (32,000) orang
telah dibakar hidup-hidup termasuk ahli sains termasyhur seperti Jurdano

72
Brunos, yang kesalahannya hanya kerana mengajar bahawa selain dari
bumi ini terdapat planet-planet yang lain; Galileo, ahli fizik telah dihukum
mati dalam penjara kerana kepercayaannya bahawa planet bumi ini
beredar mengelilingi matahari, satu pendapat yang bertentangan dengan
apa yang diutarakan oleh gereja. Galileo telah menyelamatkan dirinya
dengan menarik balik pendapatnya. Seorang ahli sains, Corpenicus telah
mati sebelum dapat ditangkap oleh mahkamah pengadilan.

ii. Keangkuhan Ruhiyah


Pihak Institusi Gereja Katolik Rom mendakwa bahawa paderi-paderi
gereja mempunyai hubungan batin dengan Tuhan. Oleh itu paderi-paderi
mempunyai kuasa rohani atas manusia kerana mereka menjadi
perantaraan antara manusia umum dan Tuhan. Umpamanya meminta
keselamatan (salvation) dan pengampunan dari dosa kecil atau besar
hanya boleh dibuat melalui cara pengakuan (confession) kepada seorang
paderi (priest). Paderi setelah mendengar serta menyoal untuk mendapat
detail-detail kesalahan-kesalahan itu, barulah boleh memberi
pengampunan.

Juga mengikut Gereja Rom digalakkan untuk meminta sesuatu kepada


ibu Nabi Isa a.s. bernama ‘St. Mary’ kerana institusi gereja percaya
bahawa permintaan Ibu (Mariam) kepada anak (Nabi Isa a.s.) sebagai
Tuhan tidak akan ditolak. Pihak Gereja telah menjual sijil pengampunan
serta menjamin syurga yang istimewa bagi mereka yang membuat
bayaran yang tinggi.

7.4 Konsep dan Prinsip Sekularisme

Ismail R. al-Faruqi (1978), telah mengklasifikasikan konsep sekular


seperti berikut:
a. Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian terhadap hal-hal
kerohanian.
b. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian.
c. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat).

73
d. Pemisahan antara agama dan nilai kerohanian dengan
pemerintahan dan kehidupan keduniaan.
e. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan
menyusun dasar hidup manusia seterusnya melaksanakannya
sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubung kait dengan
Tuhan.
f. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-
perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan sahaja.

Prof. Syed Naquib Al-Attas (1980) pula menjelaskan prinsip sekularisme


seperti berikut:
a. Aliran ini hendak memperbaiki hidup insan dengan cara material
sahaja.
b. Menyatakan kebenaran keduniaan (secular) adalah terbebas dari
ajaran wahyu dan kenabian.
c. Ilmu sekular bebas dari prinsip-prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri
dan ianya boleh diuji melalui fikiran dan pengalaman seperti ilmu-
ilmu matematik, fizik, kimia dan lain-lain.
d. Kesejahteraan hidup di dunia tidak perlu dirujuk kepada dasar-
dasar lain seperti agama dan wahyu. Dalam mencapai ilmu, fikiran
dan pengalaman sumber utamanya ialah akal.

7.5 Ciri-Ciri Sekularisme Dan Pengaruhnya Terhadap Sains Moden

a. Pegangan utama sekularisme ialah the freedom of thought iaitu


menjadi hak setiap manusia untuk bebas berfikir bagi faedah
dirinya. Lanjutan daripada kebebasan berfikir ini ialah hak untuk
mempunyai pandangan yang berbeza terhadap semua perkara.
Maka kebenaran tidak akan ada yang objektif mutlak.

b. Ia menekankan hak untuk membincangkan dengan bebas tentang


perkara-perkara yang penting seperti pandangan tentang asas-
asas tanggungjawab moral, kewujudan Tuhan, keabadian roh dan
sebagainya. Kebebasan ini adalah relatif sehinggakan tiada asas

74
mutlak yang dipegang oleh manusia sekular kerana pada mereka
kepercayaan dan amalan agama adalah sama dengan perkara lain
dalam kehidupan yang dicipta oleh akal manusia.

c. Sekalipun sekularisme tidak menolak adanya nilai-nilai lain yang


lebih baik, mereka tetap berpegang bahawa nilai yang dipegang
oleh mereka iaitu apa yang dapat dilihat dalam bentuk kebendaan
adalah nilai yang “sebenar-benarnya baik”.

d. Ia adalah fahaman kebendaan yang menolak semua bentuk


dogma, kepercayaan, amalan ibadat dan juga tradisi. Semua
amalan ibadat keagamaan dianggap sebagai amalan yang sia-sia
yang mendekatkan diri kepada kepercayaan karut, doktrin agama
dianggap sebagai ketinggalan zaman dan institusi keagamaan
dianggap sebagai institusi yang menindas masyarakat.

e. Dalam masyarakat pra-modenisasi kebanyakan tingkah laku


adalah ditentukan oleh kuasa masyarakat (sosial forces) di mana
setiap tindakan individu hendaklah selaras dengan jangkaan
masyarakat. Hal ini berbeza dengan masyarakat sekular moden di
mana tindakan individu adalah berdasarkan pilihannya sendiri dan
tidak ditentukan oleh masyarakat.

f. Sekularisme sering dikatakan bercirikan saintifik. Saintifik


bermaksud satu rupa bentuk pemikiran yang menolak peranan
kepercayaan agama di dalam amalan sains moden. Maka kita
dapati dengan jelas bahawa sains moden yang diwakili oleh sains
barat secara langsung telah dipengaruhi oleh pemikiran
sekularisme yang memisahkan di antara sains dengan
kepercayaan agama.

75
7.6 Sekularisme dan Umat Islam

Agama Islam menentang konsep sekularisme yang memisahkan antara


agama/nilai dengan kehidupan manusia. Sebagai agama yang
mengandungi “A complete way of life”, agama Islam mengajar umat
manusia menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai bekalan untuk
kehidupan di akhirat (selepas mati). Kehidupan dunia mempunyai makna
yang sangat besar yang akan menentukan untung nasib kehidupan
manusia di akhirat.

Objektif manusia dijadikan adalah untuk beribadat. Seluruh kehidupan


manusia adalah ibadat. Mempelajari ilmu adalah ibadat di mana ilmu itu
akan nantinya membawa manusia kepada keyakinan bahawa Tuhan itu
Maha Agung dan Maha Berkuasa ke atas manusia dan alam ini. Islam
melarang manusia hanya menumpukan kepada ibadat khusus dan
menjalani kehidupan “pertapaan” dengan meninggalkan dunia seluruhnya
dan begitu juga sebaliknya tidak boleh menumpukan kehidupan hanya
kepada kebendaan tanpa mengambil kira ibadat dan nilai. Oleh itu, selain
boleh terjadinya sekularisme dengan meninggalkan agama dan
menumpukan kepada kebendaan, manusia juga boleh tersesat dengan
meninggalkan kebendaan dan menumpukan kepada ibadat sahaja.

Pada awal abad ke dua puluh semasa keruntuhan kerajaan Khalifah


Uthmaniah di Istanbul, Turki pada tahun 1923M, penjajah Barat telah
menular masuk ke negeri-negeri umat Islam dan membawa fahaman-
fahaman sekular itu untuk ditanam di tanah jajahan mereka bagi tujuan:

a. Mengekalkan pemerintahan mereka


b. Menghapuskan ajaran Islam

Seramai lebih kurang satu billion umat Islam telah dijajah pada masa itu
di merata dunia. Cuma tiga negara sahaja tidak dijajah oleh penjajah Barat
iaitu Afghanistan, sebuah negara yang sangat sukar dijajah (tentera Barat
telah musnah di sana) dan Arab Saudi kerana negara itu merupakan

76
negara yang sangat miskin pada masa itu dan Turki. Fahaman
sekularisme yang paling ketara di negara Islam adalah seperti yang
dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri Turki pada tahun 1937M yang
menyatakan:“..dengan sekularisme kita telah membuat kepastian bahawa
agama Islam tidak mempengaruhi urusan negara biarlah agama tinggal di
masjid-masjid dan di tempat ibadah sahaja. Biarlah ia tidak keluar dari
dunianya.”

7.7 Pandangan Islam terhadap Sekularisme

Sekularisme adalah suatu konsep yang amat asing dan bertentangan


dengan Islam. Islam mencakupi segala aspek kegiatan manusia. Segala
gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam lingkungan bidang kuasa
syariah. Semua bidang aktiviti seorang Muslim boleh dianggap ibadah jika
ia dilaksanakan menurut perintah-perintah Allah S.W.T. serta penuh
keikhlasan. Kenyataan ini telah disokong oleh firman Allah S.W.T. dan
sabda daripada Rasulullah S.A.W.

Di dalam al-Quran wujud firman Allah SWT untuk menggabungkan di


antara keimanan dan ketakwaan sebagai syarat dan asas untuk
mendapatkan keredhaan Allah, keselamatan hidup dan ganjaran pahala
di hari akhirat, seperti firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Dan kalau
sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka
akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah
lebih baik, kalau mereka mengetahui”. (al-Baqarah 2: 103)

Kesimpulan maksud firman Allah SWT di atas, secara jelas


menghubungkaitkan keimanan dan ketakwaan dan menjadikan kedua-
duanya sebagai dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan termasuk dari
sudut pengertian dan pemahamannya. Dengan demikian, jelaslah
bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT merupakan prinsip
hidup umat manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehi
bimbingan, hidayah, pertolongan Allah SWT dalam membangun dan
memajukan kehidupan mereka di atas dunia ini agar mereka

77
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.

Rasulullah SAW telah menyatakan amalan Muslim untuk mendapat


keredhaan Allah SWT adalah berdasarkan kepada niat setiap individu.
Sabda Baginda SAW yang maksudnya: “Dari Amirul Mukminin Abu Hafs
Umar bin Khatab R.A. beliau telah berkata: Saya telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal perbuatan tergantung
kepada niatnya, dan bagi seseorang tergantung apa yang ia niaatkan.
Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya (mencari
keredhaanNya) maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya
(keredaanNya). Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk mendapatkan
dunia atau untuk menikahi wanita maka hijrahnya itu tertuju kepada yang
dihijrahkan.” (HR dua Imam iaitu Ahli Hadith Abu Abdillah Muhammad bin
Isma’il bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husein
Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi dalam kedua kitab sahihnya
yang merupakan kitab paling sahih daripada kitab kitab hadith yang
ditulis).

Beriman dan berbuat baik di muka bumi adalah bertujuan mencari


keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak ada sebab
mengapa umat Islam perlu meniru sekularisme, gerakan pembebasan
agama (liberal) seperti yang terjadi di Eropah dan dunia Barat. Tetapi
harus diingat, dalam mengejar kepentingan keduniaan, al-Quran
memperingatkan manusia agar tidak terperangkap dengan nikmat-nikmat
dunia. Ini menjelaskan di dalam firman Allah SWT yang maksudnya:

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain


hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan
hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga
(bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan
kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang
menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada

78
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa
yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia
menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di
akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya
mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang
mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak
lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (al-Hadid
57: 20)

7.8 Pertentangan antara Islam dan Sekularisme

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), sekularisme dan Islam


saling bertentangan kerana ianya menafikan syariat Allah SWT di dalam
Islam tiada pemisahan antara dunia dan akhirat. Tetapi fahaman sekular
menetapkan hanya dunia semata-mata dan menganjurkan kebebasan
insan mengubah akidah dan nasib insan sendiri dan menentang sebarang
ketetapan dalam agama. Islam wujud dalam kerangkanya melalui
penjelasan dalam al-Quran dan as-Sunnah khasnya Islam bersumberkan
dari wahyu. Sedangkan sekularisme bersumberkan kepada idea-idea akal
dan institusi manusia.

Istilah sekular sendiri merujuk kepada usaha memisahkan duniawi dan


ukhrawi tidak pernah wujud dalam Islam umpamanya memisahkan
kehidupan manusia dengan unsur-unsur wahyu Ilahi. Maka, Sekularisme
adalah satu konsep yang asing bagi Islam. Ajaran Islam berasaskan
kepada tauhid, kerangkanya daripada ibadat, akhlak dan ihsan.
Hiasannya pula dari pelbagai disiplin ilmu kemanusiaan dan bumbungnya
dari terbinanya sebuah negara Islam (Wan Mohd Nor, 2005).

Menurut Muhd. Nur Manuty (1984), syariat Islam terbentuk oleh al-Quran,
al-Sunnah dan ijmak sahabat sebagai persekitarannya. Dengan itu, ianya
bermaksud Islam merupakan suatu panduan dalam ilmu dan seluruh
kehidupan manusia. Konsep tauhid Islam tidak mengenal konsep

79
dualisme kerana Islam tidak menganggap sesuatu itu sebagai sekular.
Oleh yang demikian, pemahaman Islam sebagai al-Deen adalah penting
untuk menangani masalah sekularisme. Islam bukanlah semata-mata
terserlah pada ibadat yang nyata atau urusan peribadi yang tidak
merangkumi seluruh kegiatan hidup manusia.

80
AKTIVITI

1. Jelaskan konsep sekularisme dan persembahkan dalam bentuk


poster secara berkumpulan.

RUJUKAN

Amini Amir Abdullah (2004). Islam Hadhari Menyanggah Prinsip


Sekularisme. Majalah Al-Islam, Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M)
Berhad. Oktober 2004 (32-34).
Ghazali Darusalam (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala
Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.
Hasnan Kasan (2002). Penyimpangan Sosial dan Kesannya Terhadap
Masyarakat Islam Malaysia: Satu Penilaian Menurut Islam, Jurnal
Pendidikan Islam Jilid 10, Selangor: Kolej Dar al-Hikmah.
Ismail R. Al-Faruqi (1978). Islam Dan Agama Lain, Dalam Altaf Gauhar:
Tantangan Islam (terj.), Bandung: Penerbit Pustaka.
Shopuan Anuar Ahmad (2003). Siri Pembangunan Spritual: Apa Perlunya
Tuhan & Agama. Selangor: Penerbit PTS.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam Dalam Sejarah Dan
Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980). The Concept Of Education In
Islam: A Framework For An Islamic Philosophy Of Education, Kuala
Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam
Syed M. Naquib Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Yusuf al-Qardhawi (1999). Pertentangan Islam Dan Sekular, Selangor:
Maktabah Al-Qardhawi.

81
TOPIK 8
SAINS SECARA UMUM

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan pengertian sains dan huraiannya dari segi makna
dan istilah. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan ciri-ciri asas sains dan contohnya. (P2: PLO3)
3. Mengaplikasikan ciri-ciri asas tersebut dalam konteks tiga kategori
sains yang berlainan. (A3: PLO 8)

8.1 Pendahuluan

Topik ini akan menerangkan tentang pengertian sains dan huraiannya dari
segi makna dan istilah; menghuraikan ciri-ciri asas sains serta memahami
ciri-ciri asas tersebut dalam konteks tiga kategori sains yang berlainan.

8.2 Pengertian Sains

Menurut Peter Medawar dalam bukunya bertajuk ‘The Limit of Science’


bahawa istilah ‘science’ dalam bahasa Inggeris bukanlah istilah yang asal
tetapi ia diambil dari bahasa Latin ‘scientia’ yang bermaksud pengetahuan
atau tahap keadaan tahunya seseorang terhadap fenomena alam. Oleh
itu lazimnya seseorang itu akan bertambah tahap pengetahuannya
apabila ia mencerap sesuatu fenomena sains.

Berikut beberapa takrif atau pengeritian sains:-


a. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. (DBP, 1992),
Systematic study based on observation and experiment (Kajian
secara bersistem berdasarkan kepada pencerapan dan
eksperime); The Oxford English Dictionary (Fowler, 1978),

82
Systematic and formulated knowledge (Pengetahuan yang
bersistem dan terumus);

b. Mortimer J. Adler dalam bukunya Great Ideas from the Great


Books. (Adler, M.J., 1976), Science is a search for a rational
explanation of natural phenomena. It is continuing activity. (Sains
adalah satu pencarian untuk menerangkan secara rasional tentang
fenomena alam tabii. Ia adalah aktiviti yang berterusan);

c. Crump T. dalam bukunya A Brief History of Science: As Seen


through the Development of Scientific Instrument. (Crump T.,
2002), Science is the aggregate of systematized and methodical
knowledge concerning nature, developed by speculation,
observation and experiment, leading to objective laws governing
phenomena and their explanation. (Sains adalah penumpukan
pengetahuan yang bersistem dan berkeadah mengenai alam tabii,
yang dibangunkan secara spekulasi, pencerapan dan eksperimen
yang menghasilkan ‘hukum-hukum’ secara objektif mengenai
fenomena alam dan penerangannya mengenai fenomena
tersebut);

d. Shahril Mohamad Zain dalam bukunya Pengenalan Sejarah dan


Falsafah Sains, (Shahril, 1987), (Sains merupakan analisis
fenomena alam tabii secara sistematik, mantik dan objektif dengan
keadah khusus yang diperhatikan untuk mewujudkan penumpuan
pengetahuan yang boleh dipercayai).

Walaupun terdapat pelbagai takrif atau pengertian sains yang telah


diberikan, tetapi secara umumnya dapat dirumuskan bahawa sains adalah
satu proses untuk mengkaji sesautu fenomena alam tabii. Ianya juga
bermaksud bahawa pengetahuan yang berpaksikan kepada bagaimana
manusia mampu untuk mentaakul, mencerap dan memerhati alam tabii
yang hidup dan berkembang mengikut jajaran fitrahnya. Hasil pencerapan
secara sistematik ini akhirnya akan dihujah dan dianalisis secara mantik,

83
objektif dan saintifik, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan
andaian teori, fomula dan prosesnya yang tertentu. Pengetahuan ini terus
dimantap dan dikembangkan untuk menambah luaskan khazanah
pengetahuan sains dan ilmunya dari semasa ke semasa.’

8.3 Ciri-Ciri Asas Ilmu Sains

Berdasarkan kepada berbagai takrif dan pengertian sains seperti yang


disebutkan di atas, maka para ahli sains telah merumuskan kepada tiga
ciri asas ilmu sains untuk dijadikan premis atau asas bagi membangunkan
ilmu sains iaitu:

a. Ahli sains yakin dan percaya bahawa alam ini secara fitrahnya
teratur dan tersusun rapi dengan sistemnya yang tersendiri. Setiap
unit sistem dari yang paling kecil hingga yang paling besar tidak
bertembung atau berlanggar diantara satu dengan yang lain.
Semua fenomena alam tabii ini hidup bergerak melalui susun atur
sistemnya yang tersendiri tetapi saling berkaitan atau lengkap
melengkapi dalam satu eco-sistem yang boleh dijangka atau
ramalkan.

b. Ahli sains mempunyai kemampuan daya intelek dan akal


yangberupaya untuk memahami apa yang tersurat dan tersirat dari
fenomena semula jadi alam tabii tersebut. Untuk tujuan ini ahli
sains mestimelakukan kajian dan penelitian melalui hujah rasional.
Walau bagaimana pun ahli sains percaya bahawa sesautu teori
tentang fenomena alam tabii mungkin akan melalui satu proses
pengukuhan dari satu masa kemasa. Proses pengukuhan ini
dinamakan kajian saintifik yang berterusan oleh para ahli sains.

c. Para saintis mengandaikan manusia akan menggunakan potensi


kuasa akal secara maksima untuk mereka memahami secara
saintifik tentang sesuatu fenomena alam. Oleh itu ahli sains

84
berpendapat manusia akan menghasilkan natijah yang sama
tentang apa yang dicerap atau dikaji terhadap fenomena alam tabii,
walaupun dari lokasi, situasi dan budaya yang berlainan. Dengan
ini para ahli sains merumuskan bahawa ilmu sains adalah bersifat
objektif, saintifik dan sejagat.

8.4 Fokus Dan Tumpuan Ilmu Sains


Pembangunan ilmu sains berhubung berhubng rapat dengan
pembangunan ilmu pengatahuan manusia itu sendiri. Kedua-dua domen
atau unsur ini saling pengaruh mempengaruhi. Ertinya boleh dirumuskan
bahawa ilmu sains adalah pengetahuan yang berkaitan dengan
bagaimana dan sejauhmana manusia berupaya mengkaji dan mencerap
fenomena alam tabii. Ianya dilakukan dengan tahap ketinggian
kecerdasan akal intelek yang mereka miliki. Natijah dari ini manusia akan
sentiasa berusaha untuk mendapatkan semaksima faedah untuk
kebaikan dan kesejahteraan kehidupan manusia dan pesekitaran alam
tabii. Dalam hal ini termasuk penciptaan ilmu teknik yang akhirnya
dinamakan sebagai bidang teknologi bagi meningkatkan lagi kualiti
pengkajian dan pencerapan saintifik para ahli sains terhadap fenomena
alam tabii.

Oleh itu fokus dan tumpuan ilmu sains terbahagi kepada lima perkara
seperti berikut:-

a. Setiap fenomena alam tabii mempunyai sistem atau peraturan


tertentu yang mesti dipatuhi. Oleh itu setiap ahli sains mestilah
berkebolehan dan berkelayakan untuk memahami dan menguasai
ilmu fenomena alam tabii tersebut.

b. Kebolehan dan kemampuan ahli sains untuk mengkaji dan


menyelidik bagi mengetahui sebab-musabab sesautu fenomena
alam tabii itu terjadi. Dapatan atau hasil yang diperolehi mestilah
secara sistematik, objektif dan saintifik. Ianya tidak boleh

85
dipengaruhi oleh nilai-nilai kepercayaan dogma adat resam,
budaya dan agama nenek moyang.

c. Kebolehan ahli sains merekacipta satu sistem atau kaedah yang


bersesuaian untuk memahami fenomena alam tabii yang dikaji.
Sistem atau kaedah ini dapat diterima oleh sesiapa sahaja kerana
kesahihannya boleh diujikaji secara saintifik samada dalam bentuk
proses eksperiman atau dalam bentuk hujah secara teori.

d. Para saintis percaya bahawa pengkajian dan penyelidikan


terhadap fenomena alam tabii akan terus berkembang maju seiring
dengan perkembangan ilmu pengetahuan manusia. Kualiti dapatan
atau hasil kajian ahli sains terhadap fenomena alam tabii akan terus
meningkat di masa akan datang. Proses perkembangan ini akan
meningkatkan lagi pencapaian dan kemajuan ilmu sains sesuai
dengan perkembangan kehidupan manusia itu sendiri.

e. Sesuai dengan fitrah ilmu sains yang sentiasa berkembang pesat


dan maju maka para ahli sains umumnya berpendapat setiap hasil
dan dapatan kajian mereka juga tidak statik dan mutlak. Ia boleh
sahaja berubah atau ditambahbaik kemudiannya oleh hasil kajian
yang terbaru yang lebih unggul. Oleh sebab itu menjadi kewajipan
kepada setiap ahli sains untuk menunjukkan bukti tahap
kebolehpercayaan yang tinggi bagi setiap dapatan atau hasil kajian
mereka terhadap fenomena alam tabii. Kebiasannya darjah
kebolehpercayaan tersebut akan dinyatakan dalam bentuk analisis
ralat.

Dalam analisis ralat terdapat dua perkara yang boleh menyumbang


kepada ketidaksempurnaan hasil cerapan. Pertama ralat sistematik yang
bermaksud keterbatasan peralatan atau mesin untuk menganalisis data
dengan tepat dan sempurna, kedua ralat rawak yang bermaksud
berpunca dari faktor manusia atau ahli sains itu sendiri.

86
8.5 Kaedah Kajian Ilmu Sains

Perbahasan yang berkaitan dengan kejadian fenomena fitrah alam tabii


dari perspektif ilmu sains tidak boleh lari dari membincangkan apakah
kaedah yang digunakan oleh para ahli sains di dalam pengkajian mereka.
Secara ringkasnya terdapat dua kaedah kajian ilmu sains.

a. Pertama: Kaedah Induksi


Kaedah Induksi adalah kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu
pengertian umum tentang sesuatu fenomena alam tabii yang dianalisis
atau dicerap. Kaedah ini biasanya dibina berdasarkan kepada
pengalaman dan andaian khusus.

Secara ringkasnya proses kaedah induksi terdiri daripada tiga peringkat


seperti berikut:
i. Menganggap semua fenomena mempunyai hubungkait antara satu
dengan yang lain.
ii. Melakukan pencerapan, percubaan dan analisis sehingga dapat
menghasilkan kesimpulan yang sama dan umum.
iii. Dapat dibuktikan kesahihan kesimpulan yang dicapai hasil
pengamatan teliti secara teori atau empirikal.

Kelemahan kaedah induktif berpunca daripada andaian bahawa semua


pengguna kaedah ini tahu segala fakta yang berkaitan dengan fenomena
tersebut dan hubungan fenomena ini dengan papameter luaran yang lain.
Akibatnya pengguna kaedah ini akan berkecenderungan untuk
mengambil sikap mempermudahkan hubungan sesautu parameter
dengan parameter yang lain. Pada hakikatnya andaian mudah begini tidak
pernah berlaku. Contohnya tentang teori kewujudan eter yang sekarang
ini dinafikan adanya.

b. Kedua: Kaedah Deduksi


Kaedah deduksi adalah suatu kaedah sains untuk menyimpulkan
fenomena alam tabii yang dimabil daripada kesimpulan yang umum.

87
Daripada kesimpulan yang umumini dijangkakan sesautu fenomena lain
yang lebih khusus. Ia menggunakan pendekatan yang selalu juga disebut
sebagai logical-positivism (pemikiran logik yang positif).

Kaedah deduksi mempunyai tiga konsep asas seperti berikut:-


i. Pengkelasan
Sesuatu objek kajian itu dikelaskan ke dalam set tertentu. Contohnya
mengkelaskan objek sebagai haiwan atau tumbuhan, atau haiwan yang
memakan tumbuhan atau haiwan yang memakan daging, atau haiwan
yang bertelur atau haiwan yang menyusukan anak.
ii. Perbandingan
Cuba menghubungkan antara set kelas dan membandingkannya antara
satu dengan kelas yang lain.

iii. Kuantitifikasi
Tindakan mengkuantitafikasikan semua fenomena alam yang dicerap
melalui suatu rumusan matematik. Ianya dinyatakan secara hukum atau
peraturan tertentu. Hubungan di antara parameter dan fenomena yang
dicerap yang dinyatakan secara hubungan kuantitatif ini kemudiannya
dijangkakan untuk meramal fenomena yang lain.

Kelemahan kaedah deduktif ini berpunca daripada masalah tidak semua


jangkaan itu mempunyai kukuatan dan boleh digunapakai di dalam semua
fenomena. Contohnya fenomena galaksi dan cakerawala (relativity) tidak
boleh digunakan dalam fenomena gerakan alam biasa (klasik) dan alam
zarah (kuantum).

8.6 Kategori Ilmu Sains

Secara ringkasnya ilmu sains dapat dibahagikan kepada tiga kategori


seperti berikut:

88
a. Sains Tabii
Sains Tabii dikenal juga sebagai sains tulen (natural science). Satu bidang
ilmu sains yang menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji objek atau
benda yang nyata di alam ini. Contoh bidang-bidang ilmu sains yang
dikategorikan ke dalam bidang Sains Tabii ialah Sains Biologi, Sains Fizik
dan Sains Kimia.

b. Sains Gunaan
Sains Gunaan adalah kajian ilmu sains yang lebih menekankan kepada
keperluan-keperluan jangka pendek dan jangka panjang untuk
menghasilkan pengeluaran dalam bidang yang mempunyai kekuatan nilai
amali. Contoh bidang-bidang ilmu sains yang dikategorikan ke dalam
bidang Sains Gunaan ialah Sains Perubatan, Sains Farmasi, Sains
Kejuruteraan dan Sains Pertanian.

c. Sains Sosial
Sains Sosial adalah satu bidang ilmu yang menumpukan kajian terhadap
kelakuan individu atau masyarakat serta tindak balas terhadap fenomena
alam tabii samada ianya bersifat jangka pendek atau jangka panjang dan
negatif atau positif. Bidang lain yang berkaitan rapat dengan Sains Sosial
adalah bidang Ilmu Kemanusiaan dan bidang Ilmu Kemasyarakatan.
Contoh bidang-bidang lain yang dikategorikan ke dalam bidang Sains
Sosial ialah Bidang Pengajian Islam, Bidang Ilmu Ekonomi dan
Perniagaan, Bidang Ilmu Sejarah, Bidang Ilmu Bahasa dan Komunikasi,
Bidang Ilmu Sosiologi dan Antropologi serta Bidang Ilmu Pengurusan dan
Pentadbiran.

AKTIVITI

1. Pelajar-pelajar diminta membuat analisa terhadap berbagai takrif


dan pengertian ilmu sains yang diberikan oleh para sarjana dari
timur dan barat dan kaitkan dengan kemajuan ilmu sains dan
peranan masa kini terhadap kesejahteraan kehidupan manusia.

89
2. Pelajar-pelajar diminta mengambil contoh pencapaian kemajuan
ilmu sains dan teknologi di UTHM dan kesan positif atau negatif
kepada masyarakat tempatan sama ada jangka pendek atau
jangka panjang.

RUJUKAN

Adler M.J., (1976). Great Ideas from the Great Books, New York.
Washington Square Press.
Crump T., (2002). A Brief History of Science: As Seen Through the
Development of Scientific Instrument. London, Robinson.
Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Fowler F.G. and Fowler H.W., (1978). The Oxford English Dictionary. UK.
Oxford University Press.
Medawar P., (1984). The Limits of Science, UK. Oxford University Press.
Mat Rofa Ismail (2006). Falsafah Sains – Pendekatan Kualitatif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hj. Othman (1993). Beberapa Kritikan Terhadap Sains Barat
Modern, dalam Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains, Jilid 2,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaharir Mohamad Zain (1987). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains.
Kuala Lumpur: Akademik Sains Islam Malaysia (ASASI).
Shaharir Mohamad Zain (1998). Kritikan Awal kepada Premis Ilmu Sains
Tabii. Jurnal Kesturi 1 (1), ASASI.
Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (2007). Pendekatan Holistik Sains
dan Agama: Cabaran Ketamadunan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (2009). Hubungan Manusia Dengan
Alam Sekitar: Suatu Penelitian Sejarah dan Falsafah Sains, dalam
Sains dan Masyarakat, Mohd Yusof Hj. Othman (Peny.), Dewan
Bahasa dan Pustaka.

90
TOPIK 9
SUMBER-SUMBER SAINS DALAM AL-QURAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan pengertian al-Quran dan sains. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan hubungan antara al-Quran dan sains berdasarkan
penemuan semasa (P2: PLO3)
3. Mematuhi sumber-sumber sains dalam al-Quran dalam
penglibatan dan pelaksanaan tugasan yang diberi. (A3: PLO8)

9.1 Pendahuluan

Al-Quran adalah firman Allah S.W.T. yang mengandungi banyak fakta


yang menyatakan wujudnya hubungan yang erat antara sains dan al-
Quran. Fakta-fakta ini mengandungi kebenaran ilmiah yang baru dirungkai
dengan teknologi abad ke-20. Al-Quran bukan sahaja kitab ilmu
pengetahuan, namun, di dalamnya terdapat sejumlah ayat menunjukkan
kebenaran pembuktian sains.Ini membuktikan bahawa al-Quran adalah
firman Allah S.W.T. yang bukan hanya mengajak untuk beriman dan
bertakwa tetapi didalamnya terdapat banyak seruan untuk mengkaji dan
memikirkan benda-benda persekitaran manusia.

Sains dan al-Quran dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini
disebabkan kerana al-Quran dan ilmu sains keduanya bersumber
daripada Allah S.W.T. Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada
umat manusia manakala sains dicipta oleh Allah S.W.T. untuk manusia.
Kedua-duanya adalah daripada Allah S.W.T. Justeru, hubungan antara
kedua-duanya adalah suatu hubungan yang sangat harmonis dan
seimbang. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini
ialah surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud: “Kami akan perlihatkan
kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat

91
(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar.
Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup
(bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap
sesuatu?” (Fussilat 41: 53)

Ayat ini jelas menunjukkan adanya bukti-bukti kebenaran yang Allah


S.W.T. tunjukkan di alam ini yang menyatakan kebenaran al-Quran,
sekiranya apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat
dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya
datang daripada Allah S.W.T. Dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam
Ibn Kathir berkata, untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil
daripada alam, sains diperlukan untuk mengkaji kebenarannya.

Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah


wahyu Allah S.W.T. yang menyatakan penjelasan terhadap segala
sesuatu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “...Dan Kami turunkan
kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah
petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi
orang-orang Islam". (al-Nahl 16: 89)

9.2 Fakta Sains Moden Membuktikan Kebenaran al-Quran

Antara saintis yang mula-mula mengkaji al-Quran ini secara terperinci dari
perspektif sains moden ialah Dr Maurice Bucaille dari Perancis. Beliau
telah menulis satu buku bertajuk Quran, Bible dan Sains. Sesungguhnya
al-Quran terbukti keunggulannya dari sudut sains hanya di zaman
sekarang setelah sains mencapai satu tahap yang agak tinggi. Kajian
berkenaan kejadian manusia contohnya, membuatkan ahli embriologi
seperti Profesor Keith Moore berasa kagum dengan apa yang diutarakan
oleh al-Quran menepati apa yang baru ditemui di abad ini.

Para Geologis mengatakan jejari bumi ini ialah lebih kurang 3,750 batu
dan tanah bahagian kita berpijak ini amat nipis dalam lingkungan 30-35

92
km. Keberangkalian untuk bergegar dan bergerak-gerak itu amat tinggi.
Gunung-ganang menjadi pasak dan menetap teguhkan kedudukan bumi
(earth crust) dan memberi kestabilan kepada bumi. al-Quran telah
menyebut fenomena ini dalam surah An-Naba: 6-7 yang maksudnya:
"...Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai
hamparan? dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?". (An-Naba
78: 6-7)

Sebuah buku bertajuk "earth" adalah buku yang menjadi rujukan asas
dalam ilmu geologi di kebanyakan universiti di dunia ini. Salah seorang
daripada penulisnya ialah Frank Press, merupakan Presiden Academy of
Science di USA selama 12 tahun. Dalam buku tersebut beliau
menunjukkan bagaimana gunung yang kita lihat itu merupakan hanya
sebahagian kecil. Bahagian bawah gunung ini tertanam satu pasak.
Menurut beliau lagi, gunung-ganang ini memainkan peranan yang amat
penting dalam menstabilkan bumi. Hakikat ini telah diterangkan dalam al-
Quran dalam surah al-Anbiya ayat 31 yang maksudnya: "Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu
tidak mengegar mereka..." (al-Anbiya 21: 31)

Fakta yang baru ditemui di abad ini telah lama diabadikan dalam al-Quran
yang telah diwahyukan lebih dari 1400 tahun yang lalu. Amat mustahil
Nabi Muhammad S.A.W. boleh mereka-reka isi kandungan al-Quran
sebagaimana yang ditohmahkan oleh orang-orang kafir. Terdapat banyak
lagi aspek-aspek sains yang boleh dikaji dan semuanya akan membawa
manusia untuk benar-benar mendekatkan diri kepada penciptaNya
melalui pendekatan sains.

9.3 Penyataan al-Quran Dan Penemuan Sains

Berikut adalah antara contoh pernyataan al-Quran yang telah menjadi


fakta sains hari ini:

93
a. Perkembangan janin dalam rahim ibu
Dalam al-Quran dijelaskan bahawa manusia diciptakan melalui tiga tahap
dalam rahim ibunya. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya:"...Ia
menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat)
dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita.
Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah
kekuasaan yang mutlak; Tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana
kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?". (az-Zumar 39:
6)

Dalam ayat ini ditunjukkan bahawa manusia diciptakan dalam rahim


ibunya dalam tiga tahapan yang berbeza. Ilmu biologi modern telah
mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga
tempat yang berbeza dalam rahim ibu. Dalam ilmu perubatan, hal ini telah
dijadikan sebagai pengetahuan asas dalam bidang embriologi.
Contohnya, dalam buku "Basic Human Embryology", fakta ini dihuraikan
sebagai berikut: "kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan: pre-
embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir
minggu ke lapan, dan janin; dari minggu ke lapan sampai kelahiran."
(Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Peringkat-peringkat ini menunjukkan tahap yang berbeza dari segi


perkembangan seorang bayi. Secara ringkasnya, ciri-ciri tahap
perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut:

i. Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel,
dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri
pada dinding rahim.Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar,
sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk
tiga lapisan.

ii. Tahap Embrionik

94
Pada tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada
masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem
tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

iii. Tahap Fetus


Bermula dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap
ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa
kelahiran. Ciri khas tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai
manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada
awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah jelas kelihatan.
Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu dan perkembangan
ini berterusan sehingga minggu kelahiran.

Maklumat mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru


ditemui setelah pengkajian dilakukan dengan menggunakan peralatan
moden. Namun, sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, maklumat-
maklumat ini telah disampaikan dalam ayat-ayat al-Quran dengan cara
yang unik. Fakta yang seumpama ini yang jelas dan terang diberikan oleh
al- Quran pada masa manusia memiliki sedikit maklumat berkaitan
perkembangan bayi dalam rahim ibunya.

b. Cap jari manusia sebagai tanda pengenalan


Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana
permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga
dikenali sebagai "rabung dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin
ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar
ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh
dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada
permukaan yang agak licin seperti kad cap jari.

Di dalam al-Quran disebutkan secara jelas mengenai cap jari pada firman
Allah S.W.T. yang maksudnya: "Patutkah manusia (yang kafir)
menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-
tulangnya (dan menghidupkan semula)? Bukan sepertimana yang

95
disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya
segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain) ". (al-
Qiyamah 75: 3-4)

Ayat ini diturunkan oleh Allah S.W.T. ketika baginda Rasulullah S.A.W.
didatangi oleh orang kafir yang mempersoalkan tidak mungkin Allah
S.W.T. mampu menghidupkan semula orang yang mati lantaran mayat
mereka yang hancur lebur. Bagi mereka, tidak mungkin Allah S.W.T.
dapat mengenali dan mencantum kembali anggota orang yang telah mati
seperti asal. Lalu Allah S.W.T. menjawab bahawa Allah S.W.T. berkuasa
menghidupkan mereka semua dan mampu menyusun kembali jari-jemari
mereka dengan sempurna.

Istilah yang perlu ditekankan ialah jari-jemari mereka. Persoalannya ialah


mengapakah Allah S.W.T. menggunakan contoh anggota manusia yang
kecil iaitu jari? Mengapakah Allah S.W.T. tidak menggunakan anggota
yang lain seperti muka, kepala, kaki dan lain-lain? Apakah keistimewaan
jari sehingga Allah S.W.T. mengambilnya sebagai perbandingan? Semua
ini adalah berkaitan dengan pengenalan atau identiti manusia yang tidak
sama sejak Nabi Adam A.S. hinggalah akhir zaman nanti. Identiti
berbilion-bilion manusia dapat dibezakan hanya melalui hujung ibu jari
yang kecil.

Rahsia keunikan jari manusia telah tersimpan begitu lama sehingga


melangkaui beribu tahun. Sehinggalah pada tahun 1880, rahsia jari telah
terbongkar oleh Sir Francis Golt. Beliau mendapati bahawa garisan ibu
jari manusia tidak sama. Sejak itu, pihak polis Scotland Yard telah mula
menggunakan cap jari untuk mengesan penjenayah. Ketepatan cap jari
manusia untuk mengesan identiti seseorang akhirnya menjadikan semua
urusan dokumentasi manusia disahkan hanya melalui cap jari.

Terdapat beberapa kajian selain cap jari bagi mengesan identiti manusia
contohnya, menjadikan retina mata seseorang untuk tujuan pengenalan
identiti individu namun masih terdapat kelemahannya. Retina mata

96
walaupun kebanyakan berbeza antara manusia, tetapi bagi kes kembar
seiras ternyata retina matanya adalah sama. Oleh sebab itulah Allah
S.W.T. tidak menggunakan mata atau anggota yang lain sebagai
perbandingan tetapi mengambil jari sebagai perbandingan yang tepat.

c. Penciptaan semua makhluk adalah berpasangan


Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yasin ayat 36 maksudnya: "Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Yaseen
36: 36)

Berdasarkan ayat ini dapat disimpulan bahawa semua makhluk ciptaan


Allah S.W.T. adalah berpasangan. Seorang sarjana Inggeris, Paul Dirac,
menemukan fakta bahawa setiap objek yang diciptakan adalah secara
berpasangan. Hasil penemuannya itu, pada tahun 1933, beliau telah
dianugerahi Hadiah Nobel di bidang fizik.

Penemuan yang dikenal sebagai "parite" pula menyatakan bahawa objek


yang berpasangan itu sentiasa memerlukan kepada lawan jenisnya
contohnya lelaki dan perempuan, kanan dan kiri atau sebagainya.
Menurut Harun Yahya, meskipun ungkapan "pasangan" umumnya
bermakna lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan dalam
ayat di atas " dari apa yang tidak mereka ketahui" mempunyai tafsiran
yang lebih luas yang memerlukan kepada pengkajian seterusnya.

d. Lapisan atmosfera
Atmosfera merupakan satu lapisan penting yang menganjur dari
permukaan bumi ke angkasa lepas. Lapisan ini merupakan lapisan utama
yang mengawal persekitaran fizikal, mempengaruhi pembentukan tanah,
tumbuhan, haiwan dan manusia serta menentukan beroperasinya segala
proses geomorfologi.

97
Apabila kita memerhatikan pernyataan ayat al-Quran tentang langit dan
kaitannya dengan atmosfera kita akan dapati bahawa penyebutan langit
yang menyentuh tentang atmosfera disebutkan dalam bentuk mufrad
(tunggal). Ini memberi maksud lapisan atmosfera adalah satu lapisan
langit dari tujuh lapisan yang Allah S.W.T. dinyatakan dalam al-Quran.
Lapisan atmosfera belum dikenali ketika turunnya al-Quran, namun
dengan kemajuan sains dan teknologi mendapati planet bumi ini dikelilingi
oleh lapisan-lapisan yang mempunyai fungsi dan manfaat kepada
kehidupan manusia.

Di bawah ini analisa penulis mengikut jumlah ayat yang berkaitan dengan
langit dan mempunyai hubungan erat dengan fungsi atmosfera dalam
bentuk mufrad antaranya:

i. Atmosfera sebagai tempat proses berlakunya penurunan hujan


Di antara fungsi atmosfera adalah proses penurunan hujan dan ini
telahpun dinyatakan secara jelas oleh al-Quran dalam surah al-Rum ayat
48 yang maksudnya: "Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin
itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit
sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-
kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka
apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang
dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira".
(al-Rum 30: 48)

Pada ayat yang lain Allah S.W.T. menyatakan maksudnya: "Tidakkah


engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak
perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau
melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan
hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu
Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan
menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang

98
terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir
menyambar dan menghilangkan pandangan". (An-Nur 24: 43)

Imam al-Tabary ketika menjelaskan ayat di atas berkata angin yang


memproses berlakunya hujan meniup empat kali, pertama angin meniup
bumi sehingga ke langit, kemudian menggerakkan awan, lalu meniup
untuk mengumpulkan awan akhirnya meniup untuk menurunkan hujan.

Syed Tantawy juga menjelaskan bahawa Allah S.W.T. mengutus awan


pada lapisan atosfera dengan cara yang dikehendakinya kadang kala
awan berjauhan dan kadang kala berdekatan dan ditiup oleh angin dari
arah yang Allah S.W.T. kehendaki ini semua berada di bawah kuasa Allah
S.W.T. dalam mengatur turunnya hujan dan menjadi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakinya di muka bumi ini.

ii. Sifat dan komposisi oksigen yang terdapat di atmosfera


Oksigen atmosfera yang mengelilingi bumi memiliki peratusan yang
berbeza antara setiap lapisan dan semakin jauh dari bumi kadar oksigen
yang diperlukan untuk pernafasan manusia semakin kurang. Justeru,
apabila manusia melepasi 8 km dari aras laut, nafas akan menjadi
semakin sesak kerana kurangnya kadar oksigen di udara dan
menurunnya tekanan udara sehingga boleh menyebabkan manusia
berhenti bernafas keranan kedudukannya semakin jauh dari bumi. Hal ini
bertepatan dengan firman Allah S.W.T. maksudnya: “Maka sesiapa yang
Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan
sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah
Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (al-
An’am 6: 125)

99
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa manusia akan mengalami dada
sesak jika semakin tinggi naik ke langit. Keadaan ini akan semakin parah
jika ketinggian semakin bertambah sehingga boleh membawa kepada
kematian.

Pada tahun 1648, seorang sarjana terkenal Blitz Pascal membuktikan


bahawa tekanan udara akan semakin berkurangan jika suatu benda
semakin naik di atas permukaan laut, dengan demikian kepadatan udara
berkurangan dengan drastik setiap kali kita naik ke atas dengan arah
vertikal dan ketika sampai pada ketinggian yang sangat tinggi maka
kepadatan udara akan mencapai titik yang sangat rendah.

iii. Fungsi langit yang memiliki sifat mengembalikan


Fungsi langit yang mengembalikan yang terdapat pada lapisan atmosfera
telah memberi reaksi di kalangan ulama geologi untuk memberi
pandangan dan tafsiran kaitan al-Quran dengan fungsi yang ada pada
lapisan atmosfera ini, ayat al-Quran menceritakan perkara ini adalah
firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Demi langit yang berulang-ulang
mencurahkan hujan”. (al-Tariq 86: 11) Dalam mentafsirkan ayat ini,
terutama lafaz "berulang-ulang mencurahkan hujan" kalangan ahli tafsir
mempunyai pelbagai penafsiran:
● Ibnu Abbas mengatakan demi langit pemilik hujan yang kembali
mencurahkannya dari satu hujan ke hujan yang lain.
● Demi langit mencurahkan kebaikan dari waktu ke waktu sepanjang
masa, atau mengembalikannya lagi dan lagi.
● Ibnu Zaid menafsirkan: demi langit yang matahari dan bulannya
kembali setelah terbenam
● Ibn Khathir: Pengembalian langit adalah hujan iaitu awan yang
membawa hujan.
● Al-Qurtuby: Hujan yang dikembalikan oleh langit dari masa ke
masa.

100
Dengan kemajuan sains dan teknologi hari ini, terdapat beberapa lapisan
yang melingkari atmosfera bumi dan setiap lapisan memiliki peranan
penting bagi kehidupan. Antaranya, memantulkan sinar yang mereka
terima ke ruang angkasa atau ke arah ke bumi. Berikut adalah antara
contoh fungsi pemantulan dari lapisan-lapisan yang mengelilingi bumi.
● Lapisan Troposfir, 13 hingga 15km di atas permukaan bumi,
memungkinkan wap air yang naik dari permukaan bumi menjadi
terkumpul hingga penuh dan turun semual ke bumi sebagai hujan.
● Lapisan Ozon, pada ketinggian 25km, memantulkan radiasi
berbahaya dan sinar ultraviolet yang datang dari ruang angkasa
dan mengembalikan keduanya ke ruang angkasa.
● Lapisan Lonosfir, memantulkan kembali pancaran gelombang
radio dari bumi ke berbagai belahan bumi seperti satelit untuk
komunikasi, sehingga membolehkan kita berkomunikasi tanpa
wayar, pemancaran siaran radio dan televisyen pada jarak yang
cukup jauh.

Selain daripada ayat-ayat yang disebutkan di atas terdapat banyak lagi


ayat yang menceritakan tentang kaitan antara sains dan al-Quran, seperti
kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan
dengannya supaya manusia berfikir dan mengakui kebesaran Allah
S.W.T. sepertimana firmanNya yang bermaksud: “Dan juga Kami telah
menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-
bijian yang dituai”. (Qaf 50: 9)

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Kemudian


makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang
engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah
dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang
mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir". (an-Nahl 16: 69)

101
Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk
memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

AKTIVITI

1. Bincang video tentang isu semasa yang telah diberikan oleh


pensyarah dan kupas pandangan pelajar dalam bentuk penulisan
artikel secara individu.

RUJUKAN

Harun yahya, http://www.keajaibanalquran.com/biology_08.html


Hussain Othman (2009), Wacana Asasi Agama dan Sains, Penerbit
UTHM.
Mikdar Rusdi (2011). Al-Quran dan Fungsi Lapisan Atmosfera Suatu
Pendekatan Tafsir Maudu`i, Seminar Wahyu Asas Tamadun,
USIM.
Al-Tabary, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir (2005). Jami’ al-Bayan’ at-
Ta`wili al-Quran, Dar al-Salam, Qaherah.
Al-Qurtuby, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansary (1988), al-
Jami` li Ahkam al-Quran, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut.
Olsen, Robert D., Sr. (1972). “The Chemical Composition of Palmar
Sweat” Fingerprint and Identification Magazine, Vol. 53 (10).
Tantawy, Muhammad al-Sayyid (1984). Al-Tafsir al-Wasith li al-Quran al-
Karim, juzuk 9., Dar al-Ma'arif, al-Qahirah.
Yusuf Al-Hajj Ahmad (2009). Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al-
Quran dan Sunnah, Penerbit al-Hidayah.

102
TOPIK 10
PERANAN AKIDAH KETUHANAN DALAM PEMBENTUKAN
KEPERIBADIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan pengertian akidah ketuhanan, akhlak, moral dan
etika. (C2: PLO1)
2. Menghuraikan hubungan akidah dan sains dengan akhlak, moral
dan etika. (P2: PLO3)
3. Mematuhi nilai akhlak, etika dan moral dalam kehidupan melalui
penglibatan aktiviti dan pelaksanaan tugasan. (A3: PLO8)

10.1 Pendahuluan

Zaman kontemporari ini menyaksikan keperibadian umat manusia


menjadi semakin liar, rakus dan buas. Kesenangan duniawi dan kemajuan
material yang dikecapi telah menyebabkan aspek kerohanian dipandang
sepi. Hidup sesetengah manusia hanya bertunjangkan nafsu dan syahwat
semata-mata. Pada masa yang sama, keruntuhan akhlak dan moral dilihat
semakin menjadi-jadi.

Agama yang sepatutnya menjadi sumber utama yang mengatur hidup


seharian individu dan masyarakat telah dijadikan pilihan peribadi dan
dikhususkan kepada mereka yang berminat sahaja. Kepercayaan kepada
agama dan alam akhirat tidak berfungsi lagi dalam kehidupan individu,
berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Akibatnya, agama telah
hilang fungsi kemasyarakatannya. Kesannya, masyarakat mula mengalih
perhatian kepada isme-isme baru sebagai sumber pegangan hidup
menggantikan agama. Surrogate religiousity adalah suatu istilah yang
digunakan kepada isme-isme seperti liberalisme, pluralisme, komunisme,
nasionalisme, humanisme, sekularisme dan sebagainya.

103
Fenomena ini dilihat mampu menjadi penghalang kepada kelestarian
peradaban manusia yang sebenarnya berbeza dengan cara hidup
haiwan. Oleh itu, satu jalan penyelesaian perlu diambil oleh para mujaddid
agama. Di sinilah letaknya peranan akidah ketuhanan. Akidah yang
mantap dan amalan syariah yang ikhlas dilihat mampu membentuk insan
yang berkeperibadian mulia. Sebelum kita melihat bagaimana akidah
yang mantap mampu menjadikan seseorang insan itu berkeperibadian
mulia, definisi akidah ketuhanan, akhlak, moral dan etika perlu dilihat
terlebih dahulu.

10.2 Pengertian Akidah Ketuhanan

Akidah ketuhanan bermaksud keimanan, kepercayaan dan kecintaan


yang tidak berbelah bagi kepada Allah SWT yang mencipta dan mentadbir
alam semesta, ‘Raja’ bagi segala raja yang mencipta manusia dan jin,
‘Tuan’ bagi segala hamba yang memberi rezeki dan menentukan hidup
dan mati mereka, percaya bahawa Allah SWT mempunyai segala sifat
kesempurnaan, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu sama ada yang
telah lalu, yang sedang berlaku dan akan berlaku, mengetahui gerak,
lintasan hati dan fikiran sama ada yang baik atau yang jahat. Selain itu
manusia wajib percaya wujudnya Hari Kiamat dan alam Akhirat iaitu
destinasi terakhir setiap manusia; sama ada Syurga atau Neraka. Hidup
mereka kekal abadi di mana setiap perbuatan di dunia akan dibalas
dengan balasan yang setimpal.

10.3 Pengertian Akhlak, Moral dan Etika


Perincian kepada pengertian akhlak, moral dan etika adalah seperti berikut:

10.3.1 Definisi Akhlak


Dari sudut pandangan Islam, akhlak berasal daripada perkataan Arab “al-
khuluq” yang bererti tabiat atau adat. Akhlak bermaksud budi perkerti,
perangai, tingkahlaku dan tabiat. Dari segi istilah, akhlak bermaksud
keadaan kejiwaan (hati) yang akan membentuk tingkah laku seseorang
manusia. Akhlak menjurus kepada keadaan dalaman (hati) seseorang
yang akan membentuk tabiat luaran menerusi perbuatan. Akhlak menurut

104
pandangan Imam al-Ghazali: “Sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya terbentuk tingkahlaku dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan akal terlebih dahulu”.

Dalam Islam, ilmu akhlak adalah satu ilmu yang menyarankan cara untuk
membersihkan jiwa seseorang, menghiasnya dengan sifat-sifat yang
terpuji dan membersihkannya daripada sifat-sifat yang keji. Ianya juga
suatu ilmu yang menentukan batas antara perbuatan yang baik dan buruk,
antara yang terkeji dan tercela, tentang perkataan dan perbuatan manusia
zahir dan batin. Akhlak seseorang adalah lukisan jiwanya (hati/roh).
Sumber akhlak orang-orang Islam adalah al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad SAW. Oleh itu, ia tetap dan tidak berubah walaupun zaman
dan generasi bertukar silih berganti.

Akhlak adalah tingkahlaku yang terhasil dari keteguhan akidah dan


pengamalan seseorang. Semakin tinggi tahap keimanan seseorang,
semakin tinggi pula tahap akhlak yang dimiliki.

Akhlak merangkumi semua aspek kehidupan iaitu berakhlak kepada:


i. Diri sendiri
ii. Keluarga
iii. Masyarakat
iv. Alam sekitar
v. Allah SWT

Akhlak perlu dididik dan dibentuk dengan memahami teladan akhlak


Rasulullah SAW dan hakikat akhlak yang sebenar. Akhlak mengalami
perubahan melalui didikan, bimbingan, pergaulan dan latihan serta doa.

10.3.2 Definisi Moral


Moral berasal daripada perkataan Latin “moralis” ertinya hubungan antara
sesama manusia. Moral merujuk kepada tingkah laku, amalan, perbuatan
dan nilai-nilai yang baik atau buruk dalam sesuatu masyarakat. Moral

105
lebih menjurus kepada amalan dan perlakuan luaran yang dizahirkan oleh
seseorang. Persoalan moral adalah persoalan praktikal dan amalan
seharian seseorang manusia. Walaupun hati seseorang itu tidak ikhlas,
mengambil hak orang lain, tamak dan mementingkan diri sendiri tetapi
perbuatannya dilihat baik oleh masyarakat, maka dia dianggap bermoral.

Seseorang yang tidak mempunyai rasa bermoral (no moral sense) tidak
dapat membezakan yang mana baik atau buruk. Contohnya kanak-kanak
yang baru lahir dan orang gila.

Perbincangan tentang moral lahir melalui bidang falsafah. Sumber Moral


diperolehi menerusi pengamatan atau pengalaman individu atau sesuatu
kelompok masyarakat, budaya, kod moral, kepercayaan, buku-buku,
undang-undang semulajadi dan kata-kata orang yang berkuasa atau
berpengaruh. Moral adalah relatif dan tidak ada satu standard yang tetap
yang perlu diikuti oleh semua orang.

Sumbernya adalah semata-mata berdasarkan akal fikiran manusia tanpa


agama. Moral berkembang seiring dengan berkembangnya kehidupan
dan juga institusi dalam masyarakat. Persoalan moral tidak wujud
bersendirian, ianya wujud bersama dengan persoalan lain dalam
masyarakat seperti kehidupan peribadi, masyarakat, ekonomi, politik dan
masalah antarabangsa. Moral sentiasa berkembang dan berubah
mengikut situasi dan masa, berbentuk duniawi serta menggunakan logik
akal tanpa asas agama yang konkrit. Perkara ini menyebabkan
meningkatnya kes-kes jenayah dan masalah moral seperti rasuah,
bersekedudukan, amalan homoseks, lesbian dan melakukan seks
bebasdi dalam masyarakat.

10.3.3 Definisi Etika


Etika berasal daripada perkataan “Greek” ethos yang merujuk kepada
“perlakuan seseorang”. Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yang
menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Etika

106
adalah satu disiplin yang akan dapat memberi maklumat kepada kita
apakah sistem moral yang diamalkan oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu. Etika adalah satu set peraturan yang berkait rapat dengan nilai-
nilai moral serta norma (kebiasaan) sesuatu masyarakat. Ia juga
membicarakan tentang sejarah sistem moral. Ia memberi maklumat
kepada kita apakah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu
atau sekelompok masyarakat tertentu.

Etika terbahagi dua iaitu etika Deskriptif dan etika Normatif. Etika
Deskriptif akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif (tidak sama). Contohnya Etika Hindu, Etika
Kristian, Etika Buddha, Etika Yahudi, Etika Islam dan Etika Barat. Etika
Deskriptif menyatukan apakah bentuk atau karektor sebenar satu-satu
sistem moral yang ada dewasa ini.

Etika Normatif akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap


sistem moral yang ada. Ia menyedarkan kita bahawa nilai-nilai moral tidak
semuanya berubah mengikut perubahan budaya manusia tetapi ada juga
nilai-nilai moral yang tetap dan tidak berubah. Ia biasanya disebut nilai
yang mutlak yang biasanya dikaitkan dengan ajaran agama. Contohnya
dalam agama Islam, membunuh diri adalah perbuatan yang tidak baik dan
berdosa besar.

10.4 Hubungan Akidah Ketuhanan dengan Akhlak, Moral dan Etika

Akidah berperanan besar dalam pembentukan sahsiah seseorang insan.


Keperibadian yang baik hanya terbentuk dengan terbinanya hati yang
menjadi wadah keimanan dan ketaqwaan. Oleh itu, untuk membina
sahsiah muslim yang baik, pembersihan dan penyucian jiwa perlu
diberikan tumpuan dan keutamaan sebagaimana yang dapat dilihat dalam
hadis di mana Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Ketahuilah bahawa
dalam badan manusia ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah
seluruh badan, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan, ketahuilah
bahawa ia adalah hati.”

107
Akidah yang teguh dan kecintaan kepada Allah SWT mampu menjadikan
seseorang insan itu berkeperibadian mulia dan mencegah dirinya
daripada melakukan perkara-perkara yang mazmumah (keji). Selain itu,
ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan berpuasa mampu
mendidik hati manusia untuk ingat kepada kekuasaan, keperkasaan dan
kehebatan Allah SWT. Jiwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah
(keji). Mereka sentiasa terikat dengan nilai dan ajaran yang disuruh oleh
agama dan dengan mudah meninggalkan perkara yang dilarang. Dengan
kata lain, mereka telah mengekang hawa nafsu mereka sehingga bebas
daripada godaannya.

Akhlak berperanan melengkapkan aspek amali dalam akidah dan syariah


Islam. Hasil daripada akidah yang kukuh membawa kepada amalan dan
ikutan kepada syariah dan daripada sini akan timbul akhlak yang yang
baik. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Agama itu adalah akhlak yang baik"

"Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang


paling baik agamanya"

Kata Aishah r.a tentang akhlak Nabi S.A.W (Maksudnya), "Akhlaknya


adalah (akhlak) Al-Quran”.

“Sebaik-baik akhlak adalah akhlak Allah Yang Maha Agung".

Akhlak mempunyai hubungan yang erat dengan akidah berdasarkan


beberapa maksud hadis Rasulullah SAW:

“Yang paling sempurna orang mukmin dari segi keimanannya ialah yang
paling baik akhlaknya”

108
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia kasihkan
kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri”

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia jangan
menyakiti jirannya”

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia
bercakap baik atau lebih baik berdiam diri jika tidak boleh bercakap yang
baik”

“Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak mempunyai amanah dan tidak
ada keimanan bagi yang tidak menyempurnakan janjinya”

Kesimpulannya akidah, syariah dan akhlak mempunyai hubungan yang


sangat rapat yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Ketiga-tiganya
saling bergandingan dalam membentuk keperibadian unggul dan mulia.
Pada asasnya, akidah adalah dasar kepercayaan atau akar tunjang,
syariah adalah peraturan (cara hidup) agama yang bertunjangkan akidah.
Pengamalan syariah hanya akan diterima apabila dilakukan secara ikhlas
dan pegangan akidahnya benar. Manakala akhlak adalah buah atau hasil
daripada gabungan keyakinan akidah dan amalan syariah.

10.5 Hubungan Sains dengan Akhlak, Moral dan Etika

Menurut Professor Datin Dr. Azizan Baharuddin, sains adalah


pembelajaran tentang kejadian alam secara sistematik, logik dan
berobjektif menggunakan kaedah yang tertentu supaya ilmu itu
dipercayai. Perkembangan ilmu sains, teknologi dan inovasi menjadi asas
kepada kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan seharian manusia di
zaman moden ini. Dari masa ke semasa, dapatan-dapatan baharu ditemui
melalui penyelidikan sains dan disalurkan kepada masyarakat demi
meningkatkan kualiti hidup mereka. Sains adalah penelitian terhadap
ciptaan Allah SWT. Oleh itu, ianya tidak boleh dikosongkan daripada

109
peraturan dan sistem akhlak serta nilai yang telah ditentukan oleh Allah
SWT.

Sains yang telah dikembangkan oleh dunia Barat digunakan tanpa asas-
asas akidah dan nilai-nilai agama yang bermatlamatkan ketuhanan.
Akhirnya, sains barat berevolusi dengan rakus tanpa sebarang jiwa
kerohanian sehingga berlaku kerosakan dan kehancuran kepada dunia.
Sains akan menjadi tidak beretika apabila ia melanggar nilai, kehormatan
dan hak seseorang insan. Produk sains seperti senjata kimia, bom atom,
kebocoran ozon, pencemaran sungai dan punca-punca air boleh
menyebabkan kematian kepada manusia, haiwan dan alam. Contoh yang
lain ialah penklonan manusia. Manusia diciptakan satu dan unik tetapi
melalui pengklonan ini menyebabkan seorang manusia yang sama boleh
berada di suatu tempat yang berbeza. Ini boleh menyebabkan berlakunya
konflik kehidupan malah boleh membawa kepada perceraian suami isteri,
kehancuran kehidupan sesebuah keluarga dan sebagainya. Pelanggaran
sains terhadap akhlak, moral dan etika ini membuktikan bahawa perlunya
hubungan yang erat antara sains dengan akhlak, moral dan etika.

Syed Hossein Nasr dalam hal ini menyatakan bahawa “the environmental
crisis is reflective of spiritual crisis faced by mankind”. Ini membuktikan
bahawa nilai-nilai akhlak hanya boleh dibentuk melalui agama, tetapi
sains hanya mampu membentuk ilmu sahaja. Justeru, hubungan antara
nilai-nilai agama dan sains sememangnya tidak dapat dipisahkan antara
satu sama lain. Sejarah membuktikan bahawa nilai-nilai akhlak dalam
ajaran agama bukanlah penghalang kepada kemajuan sains dan
teknologi.

Lebih seribu tahun yang lalu, agama telah membolehkan sarjana-sarjana


mengasaskan sains moden dengan menghasilkan teknologi tinggi yang
harmoni dengan alam sekitar. Sehingga hari ini, kita boleh melihat
monumen-monumen, bangunan-bangunan dan kota-kota yang pelbagai
hasil daripada kehebatan tamadun manusia ini.

110
Namun kini, sarjana-sarjana sains Islam, Buddha, Hindu dan Kristian telah
bergerak semula memacu sains dan teknologi ini ke arah landasan yang
betul. Mereka memainkan peranan dalam gelanggang perbicaraan
mengenal sifat, kegunaan, serta arah sains moden untuk masa depan.
Pembuktian kajian sains berdasarkan ayat-ayat al-Quran sedang rancak
dijalankan. Al-Quran sebagai panduan dalam pencarian segenap
khazanah ilmu dan dijadikan sebagai sumber utama. Penghayatan dan
pemahaman terhadap hubungan sains dan agama yang telah lama
dicarik-carik oleh sains barat sedikit sebanyak mampu mengubati fikiran
dan penerimaan masyarakat yang menolak kehadiran ilmu wahyu dalam
seluruh kehidupan mereka.

Krisis-krisis dunia tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan selepas


beberapa siri tragedi hitam yang menghantui sejarah dunia seperti
gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, pencerobohan Amerika
terhadap Afghanistan, peperangan meledak sesuka hati, penipisan
lapisan ozon, keruntuhan akhlak dan moral dan pencemaran yang
berleluasa di tahap kronik ke atas bumi. Di dalam CNN.com bertarikh 2
Februari 2010, saintis berjaya mencipta robot seks. Situasi ini
menyaksikan kemajuan sains dan teknologi telah disalahgunakan dan kini
dipaksikan pula kepada nafsu semata-mata. Hal ini akan menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak dan moral yang lebih teruk di kalangan
masyarakat. Di tambah pula, kewujudan jutaan laman web lucah dalam
jalur lebar yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja menjadi bukti
penyalahgunaan sains dan teknologi yang berleluasa. Fenomena ini
menjadi indikator kepada kegagalan kemajuan sains dan teknologi
apabila meminggirkan nilai-nilai agama dalam memacu kemajuan hidup.

Menurut Oxford University Press pada tahun 1999, hampir 780 billion
dolar digunakan bagi pembangunan ketenteraan, namun hanya 6 billion
dolar sahaja digunakan untuk pendidikan. Tambahan pula, sejumlah 400
billion dolar digunakan bagi dadah dan arak. Di tambah pula indeks
pembuangan sampah yang dikeluarkan oleh Urban indicator pada tahun
1998 menunjukkan golongan berpendapatan tinggi mencatatkan 78

111
peratus penyumbang kepada pembuangan sampah di dalam dunia.
Malah pelbagai lagi krisis-krisis seperti kesan rumah hijau, pemanasan
global, pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan dan banyak lagi
fenomena yang menjadi masalah di dunia ini hasil daripada kerakusan
sains dan teknologi tanpa nilai-nilai akhlak dan moral. Justeru,
keseimbangan dalam pembangunan sains dan teknologi perlu dicapai.
Sains dan teknologi perlu dipacu oleh nilai-nilai akhlak yang murni supaya
kemajuan yang ingin dicapai mampu memelihara keharmonian dan
keamanan sejagat.

10.6 Penutup

Sememangnya peranan akidah sangat penting dalam membentuk


keperibadian mulia dan memacu perkembangan sains dan teknologi.
Tanpa panduan yang diberikan oleh agama, manusia akan hidup
bertunjangkan hawa nafsu. Manakala sains, teknologi dan inovasi-inovasi
baharu membawa kehancuran kepada manusia itu sendiri. Ini kerana
sains tanpa teknologi dianggap tidak bernilai, manakala teknologi tanpa
inovasi akan berlaku kelompongan, namun ketiga-tiganya jika tanpa
agama dan nilai-nilai akhlak serta moral yang baik diibaratkan seseorang
itu hidup dalam kegelapan tanpa sebarang panduan hidup.

AKTIVITI

1. Jelaskan pegertian akidah ketuhanan, akhlak, moral dan etika.


2. Huraikan hubungan akidah dengan akhlak, moral dan etika.
3. Huraikan hubungan antara sains dengan akhlak, moral dan etika.

112
RUJUKAN

Al-Attas, S.M.N. Islam: The Concept of Religion and Foundation of Ethics


and Morality. Malaysia: Muslim Youth Movement of Malaysia.
Baelz, Peter (1977). Ethics and Belief. London: Sheldon Press.
Eposito, J,L. (ed).(1980). Islam and Development: Religion and
Sociapolitical Change. New York: Syracuse University Press.
Fakhri, M. (1991). Ethical Theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.
Harun Din (et.al) (2001), Manusia dan Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
K. Bertens (2003), Etika dan Moral, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin (1988), Pengantar Aqidah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin (1992), Akhlak dan Tasawuf, Bangi: Yayasan
Salman.
Sa'id Ramadan (2004), Kubra al-Yaqiniyyat. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.

113

You might also like