You are on page 1of 23

Pekeliling Kemasukan ke Universiti Awam Politeknik, Kolej

Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)


Sesi Akademik 2018/2019

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM


(Asasi, Diploma dan Sijil)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

02 Januari 2018
ISI KANDUNGAN

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2


Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ....................... 3
Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 4
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID.............................................................. 4
3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5
Syarat Am Kemasukan................................................................................. 5
Syarat Khas .................................................................................................. 5
4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6
Kategori Permohonan .................................................................................. 6
Sah & Hantar ................................................................................................ 8
Semakan Permohonan................................................................................. 8
Kemas kini Permohonan .............................................................................. 9
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9
Penentuan Aliran .......................................................................................... 9
Dasar & Kriteria Pemilihan ......................................................................... 10
Markah Kokurikulum................................................................................... 10
Pengiraan Merit .......................................................................................... 10
Proses Pemilihan jaya ................................................................................ 14
6. HEBAHAN .............................................................................................. 14
Surat Tawaran ............................................................................................ 15
7. RAYUAN ................................................................................................. 15
8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 16
LAMPIRAN :
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS ......................... 17
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA ................... 19
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT KE PROGRAM DI POLITEKNIK
KONVENSIONAL/METRO, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA (TVET) ............. 21

1
Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA Bagi Lepasan SPM
Sesi Akademik 2018/2019

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN

1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan


bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan Jun / Julai yang
dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu :

a) UA dan Politeknik Premier


b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi
Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

UNIVERSITI AWAM (UA)

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
4. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
14. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
15. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

POLITEKNIK

Politeknik Premier
1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (PUO)
2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor (PIS)

Politeknik Konvensional/ METrO


(30 Politeknik lain selain daripada Politeknik yang disenaraikan di atas)

2
KOLEJ KOMUNITI

93 Kolej Komuniti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)


• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
• Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)


• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
• Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)

3. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

4. Majlis Amanah Rakyat (MARA)


• Institut Kemahiran MARA (IKM)
• Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
• MARA Japan Industrial Institute (MJII)

Program Pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

1.2 Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu,


Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung
sahaja:

• Semua program pengajian di UiTM;


• Asasi UIAM;
• Asasi Sains UM;
• Asasi UNIMAS;
• Asasi UMS;
• Asasi UniSZA;
• Asasi STEM UMT; Baharu dan
• Sijil dan Diploma di IKM, KKTM, MJII.

1.3 Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang


berkelayakan :

• Asasi Pengajian Islam UM;


• Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
• Tamhidi USIM;
• Asasi UKM, UUM;
• Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA,
Politeknik, IKTBN, BLKP, JMTI, ILP dan ADTEC;
• Diploma Lanjutan di JMTI;
• Sijil Lanjutan di IKTBN; dan
• Sijil di Kolej Komuniti, IKBN, ILP, BLKP dan IKM.

3
Penyelarasan Penawaran

1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM,


Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja bagi kemasukan ke UA dan
Politeknik Premier sahaja. Pemohon boleh memilih mana-mana tawaran
berdasarkan minat pemohon ke atas program pengajian yang
ditawarkan.

1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yang


mengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM untuk kemasukan ke
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) iaitu

a) Pemohon yang berjaya ditawarkan tempat di UA dan Politeknik


Premier TIDAK akan ditawarkan dengan program pengajian
Diploma/ Sijil di Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti
dan ILKA.

b) Pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya


ditawarkan ke program Diploma Politeknik Konvensional/METrO,
Kolej Komuniti & ILKA tidak dibenarkan mengemukakan rayuan
ke UA.

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID

2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli


Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah
pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian mulai 05 Februari hingga 09 April 2018. Jualan


Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup
permohonan.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin


Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet.
Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM)
dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki
Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan


semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan


Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. BSN akan
mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan
Nombor Unik ID.

4
2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya
adalah SULIT.

3. e-PANDUAN

3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2018/2019 boleh didapati dalam
e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut :-

a) UA & Politeknik Premier :


https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/index.php

b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA :


https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan


SPM Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat
program pengajian yang ditawarkan mengikut Institusi Pengajian, Aliran
dan Bidang.

3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon


juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat am dan khas yang
telah ditetapkan.

3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui


Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan
keputusan peperiksaan SPM untuk kemasukan ke UA dan Politeknik
Premier sahaja.

Syarat Am Kemasukan

3.5 Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/ My Kad sahaja
layak yang mengemukakan permohonan. Syarat am kemasukan selain
warganegara Malaysia adalah :

a) UA & Politeknik Premier


Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA
(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata
pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM

b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA


Boleh membaca, menulis dan mengira

Syarat Khas

3.6 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti


yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan Politeknik
Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

5
4. PERMOHONAN

4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan


ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019
akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 04
Februari 2018 dan 18 Mac 2018.

4.2 Permohonan akan dibuka mulai 05 Februari 2018 jam 12.00 tengah
hari dan ditutup pada 10 April 2018 jam 11.59 malam.

4.3 Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan


kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem
UPUOnline sahaja di http://upu.mohe.gov.my.

4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon


dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak
melepasi syarat khas program.

Kategori Permohonan

4.5 Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi
Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019 hanya
dibuka untuk kategori berikut :-

Kategori A Kategori B
Pemohon Lepasan Pemohon Lepasan SPM
SPM 2017 2016 atau 2015

4.6 Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline


untuk permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA.

4.7 Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat
Daftar Kali Pertama :-
a) No Kad Pengenalan
b) Alamat E-mel
c) Nama Ibu
d) Kata Laluan
e) Kod Keselamatan
f) Soalan Keselamatan Profil Akaun

4.8 Pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan
permohonan kali pertama :-
a) No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
b) No. Unik ID
c) Jenis Permohonan
d) Program Pengajian
e) Kategori

6
Daftar Kali Isi Maklumat Isi Maklumat
Login
Pertama Peribadi Keluarga

Semak semua
Isi Maklumat
maklumat yang Isi Maklumat Maklumat
Pilihan Program
dimasukkan Lain- Lain Akademik
adalah betul Pengajian

Paparan Slip
Klik Sah & Permohonan
Hantar dalam format
PDF

Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

4.9 Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan


hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang
telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

4.10 Pemohon perlu membuat pilihan program pengajian seperti berikut :

Politeknik
UA & Politeknik Konvensional/
Premier METrO, Kolej
Komuniti & ILKA
Bilangan Pilihan 8 5
Wajib isi 5 Baharu 5
Program Pengajian
1 hingga 4 1 hingga 2
Temu Duga

4.11 Bagi pilihan program/kursus di Politeknik Konvensional/METrO, Kolej


Komuniti dan ILKA, calon dibenarkan memilih program pengajian yang
sama namun pusat latihan perlulah berbeza.

4.12 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan
tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

4.13 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan
tanda (*) dalam borang UPUOnline. Manakala tanda (**) adalah merujuk
kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

4.14 Dalam borang UPUOnline, calon Lepasan SPM akan dipaparkan


dengan 8 pilihan program bagi kemasukan ke UA/Politeknik Premier.
Calon dibenarkan untuk mengisi
a) 8 pilihan program pengajian di UA/Politeknik Premier sahaja;
atau
7
b) 5 pilihan program/ kursus Politeknik Konvensional / METrO,
Kolej Komuniti dan ILKA sahaja;
atau
c) Kedua-dua kemasukan seperti di Item (a) dan (b)

4.15 Jika calon tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik


Premier, calon boleh skip/tidak mengisi 8 pilihan program tersebut.
Calon boleh terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik
Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya.

4.16 Calon juga dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan


untuk permohonan ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA
dalam UPUOnline tetapi perlu berhati-hati kerana jika calon
membatalkan salah satu permohonan, ia dianggap calon tidak berminat
untuk dipertimbangkan dalam pemilihan.

Sah & Hantar

4.17 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak
sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti
bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

4.18 Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih!
Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip
Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat
seperti berikut:-

a) Tarikh Permohonan;
b) Masa Permohonan;
c) Rujukan Permohonan; dan
d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi.

4.19 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan, laman web


ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.
Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak
Slip”.

Semakan Permohonan

4.20 Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh


membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman
utama UPUOnline yang mengandungi maklumat berikut: Baharu

a) Tarikh dan Masa Hantar Permohonan;


b) Tarikh dan Masa Kemas kini Permohonan; dan
c) Pilihan Program.

8
4.21 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika
mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap
permohonan boleh dicetak melalui pautan “SLIP PERMOHONAN”.

Kemas kini Permohonan

4.22 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon
selepas berjaya mengemukakan permohonan.

4.23 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon


tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang
pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

4.24 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa


mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon
boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’.
Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata
laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke emel
yang telah didaftarkan.

5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN

5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan
diproses dan dihantar ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA untuk
memilih pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu
duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA melalui laman web masing-masing yang turut
akan dipaut dari laman web http://upu.mohe.gov.my.

Penentuan Aliran

5.3 Aliran Sains


Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana
EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:

i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau mata pelajaran berikut:-
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/
Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat
dan Komunikasi/ Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Ekonomi
Asas/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan

5.4 Aliran Sastera

9
Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik
dimasukkan ke Aliran Sastera.

Dasar & Kriteria Pemilihan

5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan


mengguna pakai :

90% markah akademik dan


UA & Politeknik Premier
10% markah kokurikulum.

Politeknik Konvensional/ 75% markah akademik,


METrO, Kolej Komuniti & 10% markah kokurikulum dan
ILKA 15% Status Sosio-Ekonomi (SES).

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-


a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian
dalam aktiviti kokurikulum;
b) Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES); (bagi
permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti
dan ILKA)
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program
pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA;
f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA.

Markah Kokurikulum

5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian
Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.

5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan


maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang


terbaik dengan markah 10%.

Pengiraan Merit

A. KEMASUKAN KE UA DAN POLITEKNIK PREMIER

5.10 Markah Akademik


10
Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti
berikut:

GRED MARKAH
A+ 18
A 16
A- 14
B+ 12
B 10
C+ 8
C 6
D 4
E 2
G 0

5.11 Kaedah Pengiraan Markah Akademik


a) 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
b) 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

5.12 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains


a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Matematik
ii. Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/
Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi
Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/
Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/
Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan
Makanan;

Dan

b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

5.13 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera


a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu
ii. Matematik
iii. Sains
iv. Sejarah
v. Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran
berikut:
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran & Al-
Sunnah / Pendidikan Moral;

Dan
11
b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

5.14 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut :-

Markah
Markah Markah
Mata
Akademik Mata
Pelajaran
Pelajaran
Utama
Terbaik
Aliran

Rajah 2 - Pengiraan Markah Akademik

Markah
Markah Akademik
Akademik 90
--------------
(90%)
120

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

Markah Markah
Markah Akademik Kokurikulum
Merit (90%) (10%)

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit

Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran 1.

B. KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METrO, KOLEJ


KOMUNITI & ILKA

5.15 Markah Akademik


Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti
berikut:

GRED MARKAH

12
GRED MARKAH
A+/0 10
A/1A 9
A-/2A 8
B+/3B 7
B/4B 6
C+/5C 5
C/6C 4
D/7D 3
E/8E 2
G/9G 1

5.16 Kaedah Pengiraan Markah Akademik

a) Mengambil kira 5 mata pelajaran berikut:


i. Bahasa Melayu;
ii. Matematik/ Matematik Tambahan dan
iii. Satu (1) mata pelajaran SPM terbaik dari kumpulan Sains/
Vokasional/ Teknologi dan
iv. Dua (2) mata pelajaran terbaik yang belum diambil kira

5.17 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut:-

Markah 5
Markah Mata
Akademik Pelajaran 75
(75%) --------------

50

Rajah 5 - Pengiraan Markah Akademik (75%)

Markah Markah Markah


Markah Kokurikulum SES
Akademik
Merit (10%) (15%)
(75%)

Rajah 6 - Pengiraan Markah Merit

Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran 2.

13
Proses Pemilihan jaya

5.18 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan


Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

5.19 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan


pengesahan pemilihan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan :-

6. HEBAHAN

6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk


memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA .

6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan


pada Minggu Ke-4 Mei 2018 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti
berikut:

14
a) Internet
• https://jpt.utm.my
• http://jpt.uum.edu.my
• https://jpt.unimas.my
• http://jpt.ums.edu.my
• https://jpt.umt.edu.my Baharu

b) HOTLINE UPU : 03-8870 8200

c) SMS 15888 (IOD)


6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT
seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar


Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel : (03) 8870 8200
E-mel : upu@mohe.gov.my
Laman Sosial :

Surat Tawaran

6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan
melalui laman web masing-masing.

6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran


melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas
keputusan permohonan diumumkan. Surat Tawaran hanya akan
dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima
tawaran UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA tersebut.

6.6 Tawaran adalah muktamad.

7. RAYUAN

7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik


Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh
mengemukakan permohonan rayuan.

15
7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari bekerja selepas
keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA diumumkan.

7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program


pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan ke UA dan
Politeknik Premier melalui UPUOnline Rayuan. Pemohon dibenarkan
membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup
permohonan rayuan.

7.4 Permohonan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti


dan ILKA boleh dibuat terus kepada agensi/institusi berkenaan.Baharu

7.5 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan


tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

8. TARIKH-TARIKH PENTING

8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan


kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program
Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019 :-

Tarikh

Siaran Iklan 04.02.2018 dan 18.03.2018


Jualan No. Unik ID 05.02.2018 hingga 09.04.2018
Permohonan 05.02.2018 hingga 10.04.2018

Semakan Panggilan Temu Duga Minggu Ke- 4 April 2018


Hebahan Keputusan Minggu Ke- 4 Mei 2018
Minggu Ke- 4 Mei 2018
Permohonan Rayuan
(Rayuan dalam tempoh 5 hari)

Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-3 Jun 2018

16
LAMPIRAN 1

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS

I. Contoh Aliran Sains mengambil 9 Mata pelajaran

BIL. MATA PELAJARAN GRED


1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A-

II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran


Sains)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH)


1. Matematik A+ 18
2. Matematik Tambahan A 16
3. Fizik A- 14
4. Kimia A 16
5. Biologi A- 14
JUMLAH 78

III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik


Lain Yang Diambil (Aliran Sains)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH)


1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Bahasa Inggeris A+ 18
3. Pendidikan Islam A+ 18
JUMLAH 54

17
LAMPIRAN 1

IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sains


+
Markah 3 mata Pelajaran Terbaik

Markah MP Aliran Utama = 78 x 90 = 78


90

Markah MP Terbaik = 54 x 30 = 30
54

Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90


120

= (78 + 30) x 90
120

= 81

V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah


Kokurikulum

MARKAH MARKAH MARKAH


AKADEMIK KOKURIKULUM MERIT
81 + 8 = 89

18
LAMPIRAN 1

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA

I. Contoh Aliran Sastera mengambil 9 Mata pelajaran

BIL. MATA PELAJARAN GRED


1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pengetahuan Moral B+
4. Sejarah C+
5. Matematik B
6. Sains B
7. Perdagangan C+
8. Ekonomi Asas C
9. Ekonomi Rumah Tangga A

II. Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran


Sastera)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH)


1. Bahasa Melayu A+ 18
2. Matematik B 10
3. Sains B 10
4. Sejarah C+ 8
5. Pengetahuan Moral B+ 12
JUMLAH 58

III. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik


Lain Yang Diambil (Aliran Sastera)

BIL. MATA PELAJARAN GRED NILAI (MARKAH)


1. Bahasa Inggeris A+ 18
2. Ekonomi Rumah Tangga A 16
3. Perdagangan C+ 8
JUMLAH 42

19
LAMPIRAN 1

IV. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran


Sastera
+
Markah 3 mata Pelajaran Terbaik

Markah MP Aliran Utama = 58 x 90 = 58


90

Markah MP Terbaik = 42 x 30 = 23.3


54

Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90


120

= (58 + 23.3) x 90
120

= 60.9

V. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah


Kokurikulum

MARKAH MARKAH MARKAH


AKADEMIK KOKURIKULUM MERIT
60.9 + 7 = 67.9

20
LAMPIRAN 2

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT KE PROGRAM DI


POLITEKNIK KONVENSIONAL/METRO, KOLEJ KOMUNITI
DAN ILKA (TVET)

i. Contoh calon SPM mengambil 8 Mata Pelajaran

BIL. MATA PELAJARAN GRED

1 Bahasa Melayu A-

2 Bahasa Inggeris A-

3 Pendidikan Islam B+

4 Sejarah B+

5 Matematik A

6 Sains B

7 Perdagangan B

8 Ekonomi Asas B+

9 Prinsip Perakaunan B

ii. Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran

NILAI
BIL. MATA PELAJARAN GRED
MARKAH
1 Bahasa Melayu A- 8

2 Matematik A 9

3 Sains B 6

4 Bahasa Inggeris A- 8

5 Pendidikan Islam B+ 7

JUMLAH 38

21
iii. Markah Akademik bagi pengiraan Markah Merit Calon

a) Markah Akademik = Markah 5 Mata Pelajaran Terbaik x 75%


50
= 38 x 75
50
= 57%

b) Markah Kokurikulum = 8

c) Markah SES = 10

d) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum


+ Markah SES

= 57 +8 + 10

= 75%

22

You might also like