You are on page 1of 6

FELCRA Properties Sdn. Bhd.

merupakan anak syarikat milik FELCRA Berhad yang


bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah dan
pemaju bagi tanah-tanah milik FELCRA Berhad. FELCRA Properties Sdn. Bhd.
mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan-jawatan seperti berikut :

STATUS
JAWATAN NAMA JAWATAN GRED
LANTIKAN
1 Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) BAND 5 KONTRAK
2 Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) BAND 5 KONTRAK
3 Pengurus (Kredit) BAND 3 KONTRAK
4 Eksekutif (Kontrak) BAND 1 KONTRAK
5 Eksekutif (Kewangan) BAND 1 KONTRAK
6 Penolong Eksekutif (Pentadbiran) A&T 2 KONTRAK

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )


 Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan
mengenai aspek kewangan dan memastikan keuntungan
daripada projek akan dicapai mengikut perancangan.
 Bertanggungjawab dalam merancang, menyediakan,
memantau dan mengkaji perancangan projek, pelan
pembangunan, berdasarkan tempoh masa dan kos yang
diberikan.
 Menjalankan kajian kemungkinan (Feasibility Study) atau
analisis Keuntungan untuk memaksimumkan keuntungan
syarikat.
 Menyediakan analisis keuntungan bulanan untuk
mencapai sasaran tahunan
 Melibatkan diri dalam penubuhan projek, kajian/anggaran
kos, reka bentuk konsep dan reka bentuk pembangunan.
:
Deskripsi  Menyelaras semua aktiviti yang melibatkan penyediaan
Tugasan Projek Bajet.
 Memantau prestasi keuntungan sebenar mengikut
belanjawan tahunan yang diluluskan dan mengeluarkan
laporan bulanan bersama-sama Bahagian Projek,
Kewangan dan Pemasaran.
 Mengadakan dan menyediakan minit Mesyuarat Pelan
Tindakan dan Mesyuarat Pengurusan Bulanan.
 Bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada
Pengurus Projek untuk mengkaji semula kos projek untuk
memenuhi keperluan pengurusan mengenai aspek
kewangan.
 Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari
semasa ke semasa.
Jadual Gaji : RM 5,350.00 ~ RM 10,400.00
Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina, Perancang Bandar,


Kejuruteraan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya

c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

d) Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Jawatan 2 : Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) - (1 Kekosongan )


 Merangka dan melaksanakan strategi pengurusan aset
dan rancangan untuk portfolio hartanah, termasuk strategi
pemasaran untuk mengoptimumkan pendapatan dan
merealisasikan nilai tertinggi bagi aset syarikat.
 Bertanggungjawab untuk kedudukan keseluruhan aset
serta peningkatan aliran tunai dan nilai asset.
 Menyediakan dan menguruskan kewangan tahunan dan
laporan yang meliputi prestasi kewangan aset, status
pajakan, dan kutipan sewa syarikat.
 Memastikan bahawa aset-aset syarikat dijaga dengan
baik, berjaya dan mematuhi peraturan-peraturan semasa.
:  Menguruskan penyerahan kunci kepada pembeli semasa
Deskripsi
VP.
Tugasan
 Menguruskan penyerahan aset kepada Pihak Berkuasa
berkaitan.
 Membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan, pihak
luar seperti pihak berkuasa kerajaan, broker, dan lain-lain.
 Tanggungjawab lain termasuk menguruskan risikan
pasaran dan mengumpul maklumat pasaran untuk
memastikan daya saing produk dan perkhidmatan
Syarikat.
 Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari
semasa ke semasa.
Jadual Gaji : RM 5,350.00 ~ RM 10,400.00

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.
b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Estet, Bangunan,
Kejuruteraan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya

c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

d) Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Jawatan 3 : Pengurus (Kredit) - (1 Kekosongan )


 Berhubung dengan Peguam Cara untuk proses pembelian
pada Perjanjian Jual Beli dan dokumentasi pinjaman,
tuntutan kemajuan dan kawalan kredit.
 Memastikan pembayaran dikumpul dan dikemaskini
setiap masa mengikut masa yang telah ditentukan dan
mengikut terma dan syarat dan membuat susulan secara
berkala ke atas akaun tertunggak.
 Mengendali pertanyaan daripada pembeli dan mengambil
tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang isu berkaitan
kredit.
:  Mengemaskini semua butiran yang berkaitan jual beli
Deskripsi
bersama pembeli bagi tujuan dan rujukan masa depan
Tugasan
dan mengendalikan VP, sub-jualan, pembiayaan dan lain-
lain.
 Melaksanakan penilaian kredit tahunan.
 Melakukan penyelidikan dan mewujudkan pangkalan data
untuk pelanggan
 Bekerjasama dengan peguam yang dilantik dalam
mengendalikan hal-hal undang-undang / prosiding.
 Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari
semasa ke semasa.
Jadual Gaji : RM 2,500.00 ~ RM 8,500.00

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya

c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

d) Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan.


Jawatan 4 : Eksekutif (Kontrak) - (1 Kekosongan )
 Membantu melaksanakan segala urusan dan faktor-
faktor yang melibatkan kontrak-kontrak syarikat berjalan
dengan lancar dan sempurna di bawah seliaan Pengurus
Kontrak.
 Membantu melakukan segala tugas-tugas bagi
memastikan kontrak-kontrak yang akan dikeluarkan
terjamin kepentingan syarikat dan pemegang saham
syarikat.
:  Membantu tadbir urus kontrak seperti pra kelayakan
Deskripsi kontraktor- kontraktor,
Tugasan
 menguruskan penyediaan dokumen tender,
 penilaian tender, bayaran kontraktor-kontraktor dan lain-
lain.
 Lain-lain tugasan kontrak dan perolehan yang diarahkan
oleh Pengurus Kontrak dari semasa ke semasa.
 Menyediakan kertas-kertas kelulusan bagi setiap kontrak
dan kerja-kerja perolehan
Jadual Gaji : RM 1,800.00 - RM6,124.00

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Diploma dalam bidang Ukur Bahan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya

c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

d) Lepasan Siswazah adalah digalakkan untuk memohon.

Jawatan 5 : Eksekutif (Kewangan) - (1 Kekosongan )


 Membantu dalam menyelia semua aktiviti kewangan
syarikat termasuk penyediaan dan pembentangan
penyata kewangan, laporan pengurusan, analisis
kewangan, dan pengurusan aliran tunai serta tugas-tugas
lain yang kan diberikan dari semasa ke samasa.
:  Membantu dalam memastikan semua aktiviti-aktiviti
Deskripsi
kewangan syarikat mematuhi syarat, prosedur dan
Tugasan
mengikut piawaian.
 Membantu dalam memantau, menyediakan dan membuat
kajian data cukai bagi tujuan pematuhan cukai dan
laporan cukai.
 Membantu dalam mengemukakan penyata cukai syarikat
mengikut peraturan-peraturan cukai tempatan.
 Membantu dalam mengoptimumkan faedah cukai dan
meningkatkan kecekapan cukai melalui perancangan
cukai.
 Membantu dalam menguruskan hal percukaian
keseluruhan syarikat (cukai pendapatan, GST, dan lain-
lain).
 Sentiasa bersedia menerima tugas-tugas lain yang
berkaitan apabila diberikan.
Jadual Gaji : RM 1,800.00 ~ RM6,124.00

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Diploma dalam Perakaunan, Kewangan atau setara yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya

c) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

d) Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Jawatan 6 : Penolong Eksekutif (Pentadbiran) - (1 Kekosongan )


 Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di
peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek
perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am,
pengurusan personel, dan pemprosesan, pengumpulan
data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan/komunikasi).
 Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am dan lain-lain
surat rasmi yang diarahkan.
:  Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah,
Deskripsi arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan,
Tugasan
syarikat untuk makluman para pegawai.
 Menyelenggara sistem pemfailan yang terkini dan tepat.
 Pengetahuan asas computer.
 Mengambil dan menghantar dokumen-dokumen ke
tempat yang diarahkan.
 Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari
semasa ke semasa.
Jadual Gaji : RM 1,320.00 ~ RM2,805.00
Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Umur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;

d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian


lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

e) Pengalaman berkerja sekurang-kuranya 1 tahun dalam bidang berkaitan.

f) Mempunyai lesen memandu D.

CARA MEMOHON

a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh


diperolehi melalui laman sesawang www.felcra.com.my atau di pejabat
FELCRA Properties Sdn. Bhd., Aras Bawah, Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.

b) Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, Sijil-sijil


kelayakan akademik serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan
benar beserta sekeping gambar berukuran passport.

c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2016 jam 4.00 petang.

d) Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.

e) Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan


dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak dihubungi dalam masa 3 (tiga)
bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

f) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut dan


nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat
berkenaan.

FELCRA Properties Sdn. Bhd.


Aras Bawah, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.

You might also like