You are on page 1of 14

KAJIAN TINDAKAN

2007

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P

MATA PELAJARAN
GEOGRAFI

DISEDIAKAN OLEH:
KAMSIAH BINTI MOHD ALI
SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHOR
ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutandengan
menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4.Seramai 10 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yangdihadapi oleh sebilangan murid kelas ini
dalam menentukan arah mata angin dan mengukurbearing sudutan, pengkaji telah melakukan
perancangan tindakan yang ditumpukan kepadamemperkenalkan dan memahirkan murid mengukur
bearing sudutan dengan tepat, menarikdan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-
murid ini ke Dataran Kejatuntuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti
iaitu menetukanarah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan.
Setelahaktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya
menjawabsoalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid
diakhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiranmereka
dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini jugamenunjukkan prestasi
yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya,kaedah ini secara umumnya dapat
memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminatimata pelajaran geografi . Dicadangkan pada
masa akan datang, kaedah main peranan inidapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira
waktu tempatan bagimemantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid.
REFLEKSI P&P YANG LALU

Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagiankemahiran
dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemengeografi yang dipelajari.
Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah mengukur bearing.

Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4,didapati
sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata anginterutamanya arah mata
angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari manabearing itu perlu diukur iaitu sama
ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atausebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik
rujukan sesuatu bearing itu akan diukur.Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing
dengan tepat seterusnyamenentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajianini
difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibatdalam
mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapatmeningkatkan kemahiran
murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah mainperanan dalam pengajaran guru.

Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar CaraBelajar
yang melibatkan murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapatmembayangkan diri
mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah lakusecara metakognitif terhadap
peranan tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.

Objektif Am-

Membolehkan murid mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakanprotaktor


dengan langkah-langkah yang betul.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran murid menentukan arah mata angin.

2. Meningkatkan kemahiran murid menentukan titik rujukan untuk mengukur bearing

3. Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing sudutan dengan tepat.

SUBJEK KAJIAN

Subjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah atau kurang
mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur Bearing) . Subjek dipilih
berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid kelas ini.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Ujian pra

2. Aktiviti main peranan

3. Ujian pos
UJIAN PRA

Murid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan merekadiminta
menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.Berdasarkan ujian ini
didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawabsemua soalan yang diberikan dengan
betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalaniaktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran
mereka. Keputusan ujian pra bolehdilihat berdasarkan jadual di bawah.

JADUAL 1: Bilangan Murid 2PK4 Yang Menjawab Soalan Ujian Pra


Dengan Betul dan Salah
SOALAN BETUL SALAH JUMLAH
Bahagian A 21 8 29
Soalan Menentukan Arah
Mata Angin
Bahagian B 19 10 29
Soalan Mengukur Bearing
Mudah
Bahagian C 19 10 29
Soalan mengukur Bearing
Berdasarkan Peta Lakar
Sumber: Ujian Pra ke atas 29 Murid Kelas 2PK4

Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid-murid
yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salahdalam setiap
bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-murid ini sahaja yang dipilih
untuk menjalani aktiviti ini.
AKTIVITI MAIN PERANAN

Setelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh
untukmenjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3masa
pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktivitimenentukan bearing
sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing.

Aktiviti 1- Menentukan Arah Mata Angin

Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas Dataran Kejat .

Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini.Perasaan
murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dijalankan.

8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin.Setiap
murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebuttidak dipamerkan
sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arah Utara, Selatan, Timur, Barat,
Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara.

Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mataangin satu
persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akanmempamerkan kad di tangan
mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, makamurid yang memegang kad yang tertulis arah
Utara akan mempamerkan kad di tangannya.Guru menyebutkan arah-arah mata angin tersebut secara
berulang kali.

Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungisoalan
melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktivitiyang telah
dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul.
Aktiviti 2 – Menentukan Bearing Sudutan

Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalamaktiviti
ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakahmengikut pusingan
jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialah jangka sudut pospek yang telah
dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangkasudut yang dibina secara berlapis bagi
memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah.

Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadimengambil
tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titik tengah dan pengukur
sudut.

Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudutbagi
arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah 0º . Begitulah
seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (45º), Timur(90º), Tenggara (135º), Selatan
(180º), Barat Daya (225º), Barat (270º), Barat Laut (315º)dan Utara (360º).

Bagi mengukuhkan lagi kemahiran murid-murid, Guru meminta murid-murid yangberperanan


sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Muridberperanan sebagai arah
Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti ditengah-tengah antara arah Utara dan Timur
Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yanglain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut
berhenti di tengah-tengah antara arahTimur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur
berhenti di tengah-tengahantara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara
berhenti ditengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah
Selatanberhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagaiarah
Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan Barat, muridberperanan sebagai arah
Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut, murid berperanan sebagai arah Barat
Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Lautdan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut
menggunakan jangka sudut pospek.

Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalan
melabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapati bahawa
subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat melabelkan bearing sudutan
bagi setiap arah mata angin dengan betul.

Aktiviti 3 – Menentukan Titik Rujukan

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukanbagi
mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 set point, Set 1 dan 2
– point X,Y dan Z dan Set 3 – W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktivitiini dijalankan dalam satu waktu
pengajaran.

Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main
peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3orang murid dan
Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulanmemainkan peranan sebagai point-
point yang telah dilukis oleh guru.
Seterusnya, guru memberi penerangan ringkas bagaimana untuk menentukan titik rujukan dan
membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru meminta murid mengukur
bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkat tangan.

Begitulah seterusnya. Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur
bearing yangmelibatkan banyak titik rujukan. Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, murid-
muridyang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga
seronokmenjalani aktiviti tersebut.

UJIAN POS

Ujian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan.Mereka
dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam masa 15 minit.

DAPATAN KAJIAN

AKTIVITI 1 – Menetukan Arah Mata Angin

Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapatisemua murid
dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul.

AKTIVITI 2 – Menentukan Bearing Sudutan

Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearingsudutan bagi
setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur danmelabelkan bearing –bearing
tersebut.

AKTIVITI 3 –Menentukan Titik Rujukan

Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid-murid yang terlibat
dengan betul.
UJIAN POST

JADUAL 1: Keputusan Ujian Post

SOALAN BETUL SALAH JUMLAH PERATUS


BETUL(%)
Soalan Menentukan Arah
Mata Angin
(a) 10 - 10
(b) 10 - 10 100
(c) 10 - 10
(d) 10 - 10
(e) 10 - 10
Soalan Mengukur
Bearing Mudah
1 10 -
2 10 - 90
3 9 1
4 9 1
Soalan mengukur
Bearing Berdasarkan Peta
Lakar 10 -
1 10 -
2 10 - 90
3 9 1
4 10 -
5 9 1
6 10 -
7 10 -
8
Sumber: Ujian Post Ke atas 10 orang subjek

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankanke atas
10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua muridyang terlibat dapat
menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakalabagi soalan mengukur bearing
mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapatmenjawab soalan dengan betul semuanya iaitu
Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalan mengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid
sahaja yang tidak dapatmenjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut
adalah murid yang sama.

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau mainperanan
yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalammengukur bearing sudutan
dengan tepat.
REFLEKSI

Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan ataumain peranan
yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalammengukur bearing sudutan
dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktivitiyang dijalankan berbanding kaedah
penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan .Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan ,
murid-murid juga dapat menjawab soalan-soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing
dengan betul. Berlaku peningkatandalam peratus kelulusan pelajar.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam kajian yang dijalankan.Dalam


aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagihanya berperanan
sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mestiterlibat dalam aktiviti yang
dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktiviti ini memerlukan masa yang agak
panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalammenjalankan aktiviti ini.

Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajardan
dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutktopik mengira
waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid.
LAMPIRAN 1

PRA –UJIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan

Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah.

1. Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110˚, apakah bearing sudutan sekolah dari pasar?

_____________________________

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.

2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah?

_________________________

3. Rumah Alice terletak di bearing ______________ dari rumah ___________________.Soalan 4


berdasarkan rajah di bawah.
4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bearing sudutan Q dari P.

______________________.

Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah. 13

5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165˚ dari kolam?

________________.

6. Bearing sudutan bank dari restoran ialah _______________.


7. Berdasarkan rajah yang diberi, nyatakan bearing sudutan berkenaan.

LAMPIRAN 2

POST- UJIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan 15

You might also like