You are on page 1of 1

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Pelajar WAJIB melayari laman web http://offer.unimap.edu.my/offerletter/ untuk capaian kepada


surat tawaran kemasukan ke UniMAP. Pelajar perlu menyemak semua lampiran-lampiran yang
dimuat naik di dalam laman web seperti di atas.

2. Pelajar WAJIB mengisi borang-borang secara online dan mencetak borang-borang yang telah
lengkap diisi untuk dibawa semasa hari pendaftaran. Borang-borang yang WAJIB diisi dan
dicetak adalah seperti berikut:

LAMPIRAN A - Perakuan Bagi Tawaran Kemasukan

Sila baca dengan teliti isi kandungan yang termaktub dan isikan butir-butir yang diperlukan. Sila
tandatangan dan buat salinan untuk simpanan anda. Sila masukkan Lampiran A (salinan
asal) ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan dan dibawa pada hari pendaftaran.

LAMPIRAN B - Rekod Peribadi Pelajar

Sila semak dan isikan butir-butir yang diperlukan. Sila tandatangan dan masukkan Lampiran
Rekod Peribadi Pelajar ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan dan dibawa pada
hari pendaftaran.

LAMPIRAN C - Laporan Pemeriksaan Kesihatan

Sila isi borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan berpandukan arahan yang diberi dan dibawa pada
hari pendaftaran. Pelajar WAJIB membuat Pemeriksaan Kesihatan dan X-Ray Dada di Pusat
Kesihatan UniMAP semasa mendaftar diri di UniMAP.

LAMPIRAN D - Borang Akuan Terimaan Barangan Cenderahati

Sila isi Borang Akuan Terimaan Barangan Cenderahati dan dibawa pada hari pendaftaran.

3. Pelajar juga digalakkan mencetak semua lampiran lain yang dimuat naik dalam laman web
tersebut untuk mengetahui maklumat mengenai UniMAP dan panduan kemasukan pelajar baru.

4. Pelajar WAJIB memasukkan lampiran berikut ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan
melalui pos bersama surat tawaran rasmi UniMAP. Sila bawa Fail Peribadi Pelajar yang telah
lengkap untuk diserahkan pada hari pendaftaran:

i) LAMPIRAN A - Perakuan Bagi Tawaran Kemasukan

ii) LAMPIRAN B - Rekod Peribadi Pelajar

iii) Satu (1) set salinan sijil yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Ketua
Kampung / JKKK.

iv) Salinan pengesahan pendapatan ibu dan bapa (Borang J – Cukai Pendapatan / Penyata
Gaji / Akuan Pendapatan ibu dan bapa yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan
A / Ketua Kampung / JKKK.

5. Dilampirkan juga :

1) Panduan Am Pendaftaran untuk Pelajar-pelajar Baru (Program Ijazah Sarjana Muda) Sidang
Akademik 2016/2017.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila hubungi :

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR


BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TINGKAT 3, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR, PERLIS

TELEFON : 04-9798706 / 7940 / 7941


FAKS : 04-9798703

You might also like