You are on page 1of 3

SOALAN STRUKTUR

1. Oleh kerana perlembagaan Malaysia merupakan dokumen yang menjadi rujukan kerajaan, ia adalah
sesuatu yang luhur. Namun begitu atas tujuan tertentu, perkara-perkara dalam perlembagaan masih
boleh dipinda.

a). Apakah yang dimaksudkan dengan keluruhan perlembagaan?

Keagungan dan ketertinggian undang-undang perlembagaan itu sendiri

( 1 markah )

b). Nyatakan TIGA aspek yang terkandung dalam perlembagaan.

i. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

ii. Kerakyatan

iii. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu

( 3 markah )

c). Nyatakan TIGA bukti perlembagaan adalah sesuatu yang luhur.

i. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah

ii. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan

iii.Menurut Perkara 75,undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan


adalah terbatal dengan sendirinya

( 3 markah )

2. Negara Demokrasi -> Pilihan Raya -> Pembentukan Kerajaan

a). Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya umum?

Pilihan raya umum ialah pilihan raya yang diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Undangan Negeri
( 1 markah )

b). Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya kecil?

Pilihan raya kecil ialah plihan raya yang diadakan apabila berlaku kekosingan kerusi di mana-mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

( 1 markah )

c). Nyatakan DUA fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya.

i.Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya

ii.Menjalankan pendaftaran pemilih

( 2 markah )

d). Berikan TIGA syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

i. Warganegara Malaysia

ii.Berumur 21 tahun

iii. Bukan orang yang muflis

( 3 markah )

e). Nyatakan TIGA syarat untuk membolehkan seseorang itu layak mengundi dalam pilihan raya.

i. Berumur 21 tahun

ii.Bermastautin atau tidak bermastautin

iii.Tinggal di mana-mana kawasan plihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

You might also like