You are on page 1of 2

SJK(TAMIL) BATU ANAM

85100, JALAN GEMAS, BATU ANAM, SEGAMAT,


JOHOR DARUL TAKZIM
Kod Sek : JBD 7070

Kepada,
Ibubapa/ Penjaga
Murid-murid Tahun 1 hingga 6 30.01.2011

Tuan,

Maklumat Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang digunakan
di sekolah. Ianya di urus dan ditadbir secara terancang mengikut panduan dan prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pelaksanaan ini WAJIB dilaksanankan
bagi semua matapelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan
ujian lisan / PLBS.

3. Dibawah dinyatakan matapelajaran dan tahun yang terlibat dalam PBS ini.

Bil Matapelajaran Tahun Catatan


Bahasa Melayu – Pentaksiran 2 Kali Setahun
1 Tahun 1 – 6
Berasaskan Sekolah (PLBS) (April – Oktober)
Bahasa Inggeris – School Based Oral 2 Kali Setahun
2 Tahun 1 – 6
Assessment (SBOA) (April – Oktober)
Science – Penilaian Kerja Amali
3 Tahun 3 - 6 Sepanjang Tahun
(PEKA)

Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberi pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

……………………………

SJK(T) BATU ANAM


85100 JALAN GEMAS, BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR

PANITIA BAHASA MELAYU

MAKLUMAN KEPADA MURID

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 1 HINGGA 6/2011,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah


(PLBS) akan dilaksanakan dan dinilai bermula daripada Januari hingga September ke
atas semua murid secara rasminya oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah dilantik oleh pihak sekolah.

Untuk makluman, markah bagi penilaian PLBS ini akan diambil kira dalam peperiksaan.
Justeru itu, anda di kehendaki melibatkan diri secara aktif dan memberikan kerjasama
dalam proses pembelajaran harian setiap masa.

Semua kriteria pentaksiran dan pemberian markah akan diuji oleh guru Bahasa Melayu
yang mengajar kelas anda. Sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan kepada guru
Bahasa Melayu anda.

Sekian terima kasih

Yang menjalankan tugas,

_____________________
EN.V.NAGESHVARAN
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJK(T) Batu Anam

You might also like