You are on page 1of 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 7

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21– 25 Julai 2019

Tajuk Jurnal : Budaya Menghormati Guru

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan kurang menghormati guru di mana mereka
agak sukar untuk senyum dan tidak mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru.
Amalan bertegur sapa atau memberi senyuman tidak diamalkan oleh murid-murid. Sikap
mereka boleh diubah agar senyuman serta salam dapat membangkitkan suasana ceria dan
saling menghormati sesama manusia.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Hasil pemerhatian, saya dapati bahawa masalah ini berpunca daripada murid-murid tidak faham
akan maksud konsep menghormati guru dan memberikan salam. Murid-murid hanya akan
memberikan senyuman dan memberikan salam jika mengenali guru-guru yang mengajar
mereka sahaja. Sikap menghormati orang yang lebih tua tidak ada dalam diri murid dan mereka
bertindak bersahaja apabila berjumpa dengan guru.

3. Kajian Lampau

Menurut Ahmad (2006), selain daripada ibu bapa, pengajar merupakan orang dewasa yang
paling rapat dengan pelajar serta dapat memberi teguran, pengalaman dan pandangan kepada
pelajar. Suradin dan Yusoff (2005), mendapati bahawa institusi pendidikan terutamanya
pengajar perlu meningkatkan tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam diri pelajar seterusnya
dapat membentuk disiplin dari sebarang kesalahan.

4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:

i. Guru yang memberikan salam dahulu apabila masuk ke kelas.


ii. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan murid-murid.
iii. Memberi motivasi dan nasihat melalui pujian dan maklum balas yang baik daripada
guru.
5. Tempoh Masa Penyelesaian

2 minggu

6. Tindakan susulan

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan bertindak lebih aktif semasa dalam kelas pdp, saya
boleh bersikap lebih tegas sepanjang proses pdp dijalankan untuk mendirikan satu imej
perwatakan yang boleh dihormati oleh murid. Selain itu, saya berkemungkinan boleh
berbincang dengan guru disiplin untuk memberi teguran kepada murid-murid semasa sesi
pengajaran. Seterusnya, guru boleh bertindak memberikan motivasi atau nasihat yang berguna
untuk memberi kesedaran kepada murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

28.07.2019 – 08.08.2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti dan ianya dilihat telah memberi impak yang positif. Perkara ini dapat dilihat
melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh murid-murid apabila berjumpa dengan guru-
guru

9. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa masalah yang telah dihadapi dapat
diselesaikan dengan baik. Pendekatan yang telah digunakan dilihat mampu menarik perhatian
murid dan membuatkan murid memberi respon yang positif

Rujukan

Gunarsa, S. D. (2004). Bunga rampai psikologi perkembangan dari anak sampai usia lanjut.

Jakarta: BPK.

Norazri Bin Mohd Zaidin.(2015). Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara.


Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

You might also like