You are on page 1of 2

Ruj Tuan:

Ruj. Kami: JPK.SPPK.UKK.600-3/5/12 (33)


Tarikh : 14 April 2021

Guru Besar,
Semua Sekolah Rendah Negeri Kedah.

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN KEDAH JUNIOR MATHEMATICS ONLINE COMPETITION 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan


Pendidikan Negeri Kedah, akan menganjurkan pertandingan Kedah Junior Mathematics Online
Competition 2021 secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tempoh Pendaftaran : 25 April – 10 Mei 2021


Tarikh Pertandingan : 22 Mei 2021 (Sabtu)
Kategori : Tahap 2 (Darjah 4 – 6)
Pendaftaran : http://gg.gg/p029b

3. Untuk makluman pihak tuan, objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk minat murid dalam
bidang STEM terutamanya dalam subjek Matematik di samping mengukuhkan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pertandingan ini adalah secara individu dan murid dikehendaki untuk mendaftar
dengan menggunakan e-mel moe digital learning (@moe-dl.edu.my). Pautan pertandingan akan
dihantar ke e-mel moe digital learning (@moe-dl.edu.my) murid. Sepuluh (10) peserta terbaik akan
terpilih untuk bertanding secara langsung dalam talian untuk menentukan wakil negeri Kedah ke
pertandingan peringkat kebangsaan. Bersama-sama surat ini disertakan juga poster pertandingan (rujuk
lampiran).

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai
yang menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-7745 174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPK.SPPK.UKK.600-3/5/12 (33)
PERKARA: HEBAHAN PERTANDINGAN KEDAH JUNIOR MATHEMATICS ONLINE COMPETITION
2021
_________________________________________________________________________________
LAMPIRAN:

You might also like