You are on page 1of 2

6.

0 PENUTUP
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membuat kesimpulan dan cadangan untuk
penambahbaikan terhadap perkara yang dikaji oleh pengkaji.

Sebagai kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa setiap syarikat


mempunyai cara tersendiri dalam proses pengambilan sumber manusia bagi
jawatan pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan. Bagi memastikan
proses pengambilan sumber manusia berjalan dengan lancar, syarikat perlu
membuat penambahbaikan terhadap strategi mereka supaya kadar lantik henti
dapat dikurangkan dan memastikan organisasi mengambil tenaga kerja yang
sesuai dan berkualiti.

Selain itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa keempat-empat syarikat yang


dikaji iaitu Syarikat Nurraysa Global Sdn.Bhd, Habib Holdings Sdn.Bhd,
Watsons Personal Care Stores Sdn.Bhd dan Kumpulan Syarikat SL NG
menggunakan sumber iklan yang bersesuaian dan menepati gaya hidup
masyarakat pada masa kini. Hal ini kerana, setiap syarikat yang dikaji
mengiklankan jawatan kosong melalui internet seperti laman web rasmi syarikat,
Jobstreet dan Gkerjaya. Perkara ini memudahkan calon untuk memohon dan
mengetahui tentang iklan tersebut kerana majoriti masyarakat pada masa kini
mempunyai capaian terhadap internet. Tambahan pula, kebanyakan calon akan
mencari pekerjaan di internet terutamanya Jobstreet yang begitu popular di
kalangan masyarakat yang ingin mencari pekerjaan baharu.

Seterusnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa spesifikasi kerja yang


dinyatakan oleh Syarikat Habib Holdings Sdn.Bhd adalah yang paling lengkap
dan terperinci. Hal ini kerana, syarikat tersebut menyatakan kemahiran yang
diperlukan, tempoh pengalaman dalam pekerjaan, tahap pendidikan dan ciri-ciri
yang perlu ada pada calon. Pengkaji juga dapat menyimpulkan bahawa terdapat
perbezaan bagi spesifikasi kerja bagi peringkat pengurusan pertengahan dan
bawahan. Spesifikasi kerja peringkat atasan menekankan kepada kemahiran yang
diperlukan, tahap pendidikan dan pengalaman dalam pekerjaan manakala
peringkat bawahan hanya menekankan bahasa pertuturan dan tahap pendidikan.
Peringkat pertengahan menekankan terhadap kemahiran yang diperlukan kerana
syarikat memerlukan pekerja yang mahir supaya kualiti kerja adalah tinggi.

Bagi huraian kerja pula, Syarikat Habib Holdings Sdn.Bhd merupakan syarikat
yang telah menyediakan huraian kerja yang terperinci dan lengkap berbanding
syarikat lain. Huraian kerja penting untuk memastikan calon memahami tugas dan
tanggungjawab mereka. Huraian kerja yang lengkap dapat menarik pekerja yang
berkebolehan untuk melaksanakan tugas bagi jawatan yang dipohon.

Selanjutnya, bagi aspek pemilihan pengkaji dapat merumuskan bahawa syarikat


yang dikaji menggunakan kaedah mengisi borang, temu duga dan menghantar
resume. Bagi pengkaji, aspek pemilihan bagi Syarikat Nurraysa Global Sdn.Bhd
adalah yang terbaik kerana ia menggunakan kaedah penghantaran resume dan
temu duga manakala Syarikat Habib dan Kumpulan Syarikat SL NG hanya
menggunakan kaedah mengisi borang. Kedua-dua syarikat tersebut perlu
menambah kaedah baharu seperti temu duga untuk memastikan calon benar-benar
layak kerana hanya dengan mengisi borang syarikat tidak dapat menilai calon
dengan seadilnya.

Bagi faktor penentu pampasan, setiap syarikat adalah berbeza kerana ia


bergantung kepada kemampuan syarikat tersebut. Sebagai contoh, setiap syarikat
menetapkan gaji yang berbeza-beza tetapi menepati gaji minimum yang
ditetapkan oleh kerajaan.

Akhir sekali, pengkaji mencadangkan kajian ini diteruskan oleh pengkaji akan
datang dengan melibatkan jumlah responden yang besar. Hal ini kerana,
responden yang banyak dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang amalan
pengambilan sumber manusia oleh sesebuah organisasi. Selain itu, pengkaji
mencadangkan penyelidik akan datang menyediakan garis panduan untuk
menentukan kaedah pemilihan pekerja yang berkualiti dan mengekalkan mereka
dalam organisasi untuk tempoh masa yang panjang. Pengkaji juga mencadangkan
bahawa iklan yang dikeluarkan oleh syarikat haruslah lengkap dengan
menambahkan waktu bekerja dan cara untuk memohon dengan lebih terperinci.

You might also like