You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN
Aktiviti ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan
pendapatan. Menurut kamus dewan edisi keempat, 2010 aktiviti bermaksud kegiatan
dan kegiatan pula merupakan perihal atau keadaan giat. Ekonomi didefinisikan
sebagai ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan
pekhidmatan. Oleh itu, aktiviti ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang
melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan
dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian dan perdagangan. Aktiviti ekonomi
juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.
Aktiviti ekonomi yang dijalankan di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga sektor
iaitu sektor ekonomi primer, sekunder dan tertier. Ekonomi primer merujuk kepada
aktivit-aktiviti peringkat pertama atau asas seperti menuai, mengeluar, atau
mengekstrak hasil daripada bumi. Aktiviti-aktiviti ini berada pada peringkat
permulaan pusingan pengeluaran yang mana hubungan manusia adalah yang paling
rapat dengan sumber-sumber alam dan potensi alam sekitar. Ekonomi sekunder pula
merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang akan menambah nilai kepada bahan-bahan asas
dengan mengubah bentuk atau mengadun bahan tersebut menjadi komoditi atau
barangan yang lebih berguna dan akhirnya menjadikan barangan itu lebih berharga.
Ekonomi tertier pula merupakan industri perkhidmatan yang tidak melibatkan
pengeluaran barangan tetapi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Ekonomi negara Malaysia tergugat ketika seluruh dunia diancam oleh pandemik
covid-19 yang menyebabkan banyak aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan. Ekonomi
Malaysia menguncup sebanyak 17.1 peratus. Sektor pelancongan terutamanya,
menanggung kerugian sebanyak RM3.37 bilion akibat covid-19. Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia
menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus iaitu penurunan sebanyak RM 10.8
billion hingga RM 17.3 billiom. Katanya, ia susulan pakej pelancongan dibatalkan
dan ini menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat penerbangan dan
perhotelan. (Berita Harian, March 2020 )
Pengakaji menjalankan kajian tentang susun atur ekonomi yang dijalankan di Batu
Gajah, Perak. Pengakaji mengkaji pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di
kawasan tersebut. Aktiviti ekonomi yang dijalankan di Batu Gajah memainkan
peranan yang penting terhadap penduduk di sekitar kawasan tersebut. Pengkaji juga
mengkaji saling kebergantungan desa-bandar di kawasan Batu Gajah. Saling
kebergantungan desa bandar bermaksud saling hubungan di antara petempatan desa
dengan bandar. Hubungan ini ditunjukkan melalui interaksi penduduk. Interkasi
berlaku dalam kunjungan penduduk desa ke bandar. Bandar berfungsi menyediakan
peluang pekerjaan, punca maklumat dan inovasi, barangan dan kemudahan
perkhidmatan. Oleh itu, penduduk desa ke bandar untuk bekerja, mengguna barangan
dan perkhidmatan dan memasarkan produk desa.

You might also like