You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima 
maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998).
Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran  yang
berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik berbanding pembelajaran secara  “chalk 
and talk”( Hooper. et al., (2003). Terdapat beberapa kerangka teori dalam pemprosesan
maklumat pemindahan pembelajaran oleh seseorang individu berkaitan dengan pembelajaran.
Teori Pemprosesan Maklumat yang dinyatakan oleh Atkinson dan Shiffrin (1968) merupakan
sebahagian daripada cabang Teori Pembelajaran Kognitif. Teori Perkembangan Kognitifi
Piaget merupakan antara model dan teori yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat.
Minda manusia dianggap suatu sistem yang kompleks untuk mengingat sesuatu perkara.
Dalam era permodenan ini, tahap prosesan maklumat meningkat sehingga wujudnya
pemikiran yang kompleks dan yang lebih canggih. Pelajar perlu belajar mengurus masalah
pembelajaran secara sistematik dengan berbantukan kemahiran yang dimiliki oleh mereka
sendiri. Menurut Jean Piaget, beliau mempercayai bahawa semua kanak-kanak mengalami
tahap-tahap perkembangan intelektual yang berbeza. Kebanyakan idea mereka muncul dari
hasil pemerhatian daripada kanak-kanak itu sendiri yang berjaya menyelesaikan masalah.
Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum saudari, saya bersetuju dengan penjelasan saudari. Saya ingin menambah
serba sedikit mengenai teori pemprosesan maklumat ini. Teori Pemprosesan Maklumat yang
dinyatakan oleh Atkinson dan Shiffrin (1968) merupakan sebahagian daripada cabang Teori
Pembelajaran Kognitif. Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama
seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang
dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan
input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran (Borgatti and Foster (2003);
Brass et al. (2004)). Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi
mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau
bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat.
Sekian, terima kasih.

You might also like