You are on page 1of 2

TAJUK TUGASAN KUMPULAN MPU3123 TITAS (A171)

Tajuk 1

Bagi mewujudkan suasana harmoni interaksi masyarakat pelbagai agama, budaya dan
etnik di Malaysia, keselarasan bahasa amat diperlukan sejajar dengan perlembagaan
persekutuan. Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang dipersetujuan
bersama oleh semua pihak dalam usaha pembinaan Negara Bangsa. Institusi pendidikan
merupakan medium utama dalam melaksanakan hasrat tersebut. Berdasarkan perkara ini,
wajarkah sekolah vernakular dikekalkan? Kumpulan anda dikehendaki melakukan kajian
tinjauan dan pembentangan berkaitan isu ini dan dirakam dalam bentuk video.

Tajuk 2

Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dibuat SPRM tahun
2016 menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 responden mewakili kalangan mahasiswa
sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa. Pada asasnya, semua
agama dan budaya jelas melarang amalan rasuah dalam apa jua bentuk sekali pun.
Sebagai warganegara yang bertamadun dan berpegang kepada nilai budaya yang
pelbagai. Kumpulan anda dikehendaki melakukan kajian tinjauan dan pembentangan
berkaitan isu ini dan dirakam dalam bentuk video.

Tajuk 3

Agama dan kepercayaan kepada kewujudan Tuhan adalah fitrah kehidupan dalam
masyarakat yang bertamadun. Namun terdapat segelintir ahli masyarakat Malaysia hari
ini hanya mementingkan nilai-nilai murni tanpa pengaruh agama dan kepercayaan kepada
Tuhan. Kumpulan anda dikehendaki melakukan kajian tinjauan dan pembentangan
berkaitan isu ini dan dirakam dalam bentuk video.
ARAHAN KEPADA PELAJAR

FASA SATU (PERTEMUAN PERTAMA)

1) PEMBAHAGIAN TUGAS KEPADA AHLI KUMPULAN DALAM MENCARI


MAKLUMAT
2) CONTOH BAHAN/MAKLUMAT YANG PERLU DITINJAU
- AGAMA, BUDAYA DAN ETNIK YANG PELBAGAI DAN KAITAN
DENGAN ISU
- KONSEP PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN KAITANNYA
DENGAN ISU
- FAKTOR DAN PUNCA ISU
- CABARAN ISU
- DAN LAIN-LAIN
3) RAKAMAN PERLU DIBUAT DALAM PERTEMUAN PERTAMA INI
4) RAKAMAN MENGAMBIL MASA 20 MINIT SAHAJA

FASA DUA (PERTEMUAN KEDUA)

1) PEMBENTANGAN, PERBINCANGAN HASIL DAPATAN


2) RAKAMAN PERLU DIBUAT DALAM PERTEMUAN KEDUA INI
3) RAKAMAN MENGAMBIL MASA 20 MINIT SAHAJA

FASA KETIGA (PERTEMUAN KETIGA)

1) PENYELESAIAN, CADANGAN DAN RUMUSAN ISU BERKENAAN


2) RAKAMAN PERLU DIBUAT DALAM PERTEMUAN KETIGA INI
3) RAKAMAN MENGAMBIL MASA 20 MINIT SAHAJA
4) PERLU MENGHASILKAN SATU VIDEO YANG TELAH DIEDIT
SEMPURNA UNTUK DIBENTANGKAN DI DALAM KULIAH. DURASI
VIDEO INI MENGAMBIL MASA SELAMA 15- 20 MINIT SAHAJA.

You might also like