You are on page 1of 4

Etnik di Borneo

Perkataan etnik berasal daripada etnos Yunani yang bermaksud bangsa atau budaya. Etnik adalah

sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang sama atau serupa dari segi adab resam,

kepercayaan, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.1 Setiap etnik boleh ditafsirkan melalui

dasar ciri-ciri budayanya yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan simbolik tradisi seperti

adat resam, kepercayaan, pola keluarga, pakaian, hiburan dan seni muzik. Etnisiti ialah hubungan

kekitaan dalam sesebuah etnik tersebut. Hubungan harmoni diantara kepelbagaian etnik yang

terdapat dalam sesebuah negara tersebut dapat menjamin keharmonian negara, memberi impak

yang positif dalam peningkatan ekonomi negara dalam memperkenalkan kepelbagaian etnik dan

budaya dalam negara tersebut dan kesatuan sosial dalam politik. Manakala etnik di Borneo

khususnya di negara kita iaitu Malaysia pula terdiri daripada etnik di negeri Sarawak dan negeri

Sabah yang terkenal dengan perpaduan diantara pelbagai kaum dan budaya. Negeri Sabah dan

negeri Sarawak mempunyai etnik yang pelbagai dan mempunyai sub-etnik juga. Contoh etnik

yang terdapat di Sabah terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu kumpulan bumiputera islam

seperti Bajau, Bisaya, Suluk, Brunei dan lain-lain lagi. Bagi kumpulan kedua adalah kumpulan

bumiputera bukan islam seperti Kadazan, Murut, Rungus, Lotud dan lain-lain lagi. Kumpulan

ketiga adalah etnik Cina, Manakala contoh etnik yang terdapat di Sarawak adalah Iban, Melanau,

Bidayuh, Melayu Sarawak, Lun Dayeh, Kelabit, Punan dan banyak lagi.  Etnik ini boleh

dikelaskan melalui perbezaan budaya dan bangsa.2 Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan

mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi sesuatu tempat dan sempadan negeri.

1
http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/definisi-etnik.html. Tarikh akses 17 Disember
2020
2
Tamring, B. A. M., & Mahali, S. N. H. Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian
Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), jilid 5, isu 10, (2020)
hlmn 95-104.
Terdapat pelbagai kumpulan etnik dengan kedudukan geografi yang berbeza di Sabah seperti di

persisiran pantai, etnik yang banyak tinggal dikawasan tersebut adalah Brunei, Bajau, Suluk,

Orang Sungai manakala di pedalaman pula dihuni oleh etnik Kadazan, Dusun, Rungus dan

Murut. Di Sarawak pula, majoriti etnik yang tinggal di persisiran pantai adalah seperti Orang

Melayu dan Melanau manakala etnik yang tinggal di pendalaman adalah seperti Iban, Bidayuh,

Kenyah dan Kelabit. Kepelbagaian etnik inilah simbol yang melambangkan keunikan dan

keharmonian masyarakat di Borneo. Hubungan daripada kepelbagaian etnik di Malaysia

khususnya etnik di borneo iaitu negeri Sabah dan negeri Sarawak menjadi kunci pengukuhan

kepada pembentukan masyarakat yang majmuk, lebih menghargai dan hormati antara etnik

membolehkan keseimbangan antara sosioekonomi negara dan kestabilan politik.

Persekutuan Malaysia

Persekutuan bermaksud bersatu untuk kebaikan bersama.3 Contoh yang paling dekat dengan kita

adalah di dalam negara kita iaitu Malaysia seperti pertubuhan Malaysia yang menyatukan Tanah

Melayu, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan dan bersama - sama membentuk

sebuah negara yang bebas tanpa penjajah yang memerintah. Persekutuan di Malaysia pula

bermaksud penyatuan diantara negeri-negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan

serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Pembentukan kerajaan atau struktur perlembagaaan yang

boleh ditemui dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai Federalisme. 4 Dalam Perlembagaan

Malaysia, kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai peranan masing-masing dan perlu

menjalankan tugas mengikut kuasa yang diperuntukakan. Kerajaan Persekutuan diberi

peruntukkan yang lebih kerana berkait rapat dengan pertadbiran negara. Semua aspek

3
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=persekutuan. Tarikh akses 17 Disember 2020.
4
Persekutuan. (2019, Disember 14). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Tarikh akses 17 Disember,
2020 from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Persekutuan&oldid=4685369.
perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan diliputi oleh

bidang pentadbiran negara. Mengikut Perlembangaan Persekutuan, eksekutif iaitu orang yang
5
berperanan penting dalam pengurusan dalam sesebuah negara. Dalam hal ini, kuasa eksekutif

bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan persekutuan juga

menerapkan prinsip pengasingan kuasa dan mempunyai dua lagi cabang selain eksekutif iaitu

perundangan dan kehakiman. Kerajaan Negeri pula merupakan pusat pentadbiran sesebuah

negeri dan juga mempunyai badan-badan eksekutif dan perundangan tersendiri. Urusan-urusan

yang berkaitan dengan sesebuah negeri tidak akan disentuh oleh Kerajaan Persekutuan

melainkan ia melibatkan dalam penentangan undang-undang persekutuan. Kerajaan Negeri

sangat mempengaruhi oleh rakyatnya dalam sesebuah negeri kerana urusan negeri sangat

dititikberatkan oleh kerajaan negeri. Setiap negeri atau wilayah persekutuan mempunyai sistem

pentadbiran tersendiri. Dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri, terbahagi kepada dua iaitu

negeri yang tidak beraja dan negeri yang beraja. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti

Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, pegawai tertinggi adalah Menteri Besar atau Ketua

Menteri. Bagi negeri yang beraja seperti Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Selangor,

Perlis, Johor, Kedah dan Kelantan diurus oleh Sultan. Pentadbiran secara langsung oleh Kerajaan

Persekutuan Malaysia untuk wilayah yang dibahagi kepada tiga iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya ditadbirkan di bawah perundangan kementerian wilayah persekutuan. Wilayah

persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri tetapi diletakkan dibawah pentadbiran

perseketuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.6

5
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=eksekutif. Tarikh akses 17 Disember 2020
6
Wilayah Persekutuan. (2020, Oktober 12). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Tarikh akses 23
Disember 2020 dari  https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Wilayah_Persekutuan&oldid=4911297.
BIBLIOGRAFI

SUMBER ELEKTRONIK

Online – INTERNET

1. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=persekutuan. Tarikh akses 17 Disember


2020.
2. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=eksekutif. Tarikh akses 17 Disember 2020.
3. Mohd Tamring, B. A., & Hj. Mahali, S. N. (2020). Hubungan Kaum di Sabah: Suatu
Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 5(10), hlm. 95 - 104.
4. Salmah A. (2012, September 20). Definisi etnik. Dicapai pada 17 Disember 2020 dari
http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/definisi-etnik.html.
5. Tiada pengarang (2019, Disember 14). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas dari
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Persekutuan&oldid=4685369. Tarikh
akses 17 Disember, 2020.
6. Wilayah Persekutuan. (2020, Oktober 12). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas dari
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wilayah_Persekutuan&oldid=4911297.
Tarikh akses 23 Disember 2020.

You might also like