You are on page 1of 2

NAMA PELAJAR : SITI NURHAZIRAH BINTI HASSIM

NO MATRIKS : D04202243
Melaka pernah melakar sejarah sebagai sebuah kerajaan agung iaitu
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat dibuktikan melalui sistem pentadbiran
yang tersusun yang telah wujud. Kesultanan Melayu Melaka amat terkenal dengan
Sistem Pembesar Empat Lipatan serta skop tugas bagi empat pembesar utama
tersebutiaitu Bendahara Utama, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari
sangat jelas dan menonjol. Kerjasama dan komunikasi hubungan dua hala antara
pemerintah dengan pentadbir menjelaskan bahawa kepentingan sistem tersebut
dalam pembentukan sebuah negara yang berjaya. Sistem pembesar menjadikan
pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi lebih
teratur dan sistematik. Meskipun terdapat perbezaan antara sistem beraja dan
sistem pembesar yang disebabkan oleh latar belakang yang berlainan, namun
kedua-dua sistem ini telah menjadi asas penting dalam pembentukan struktur
pemerintahan moden Malaysia pada masa kini.
Sistem pentadbiran yang tersusun. Kesultanan Melayu Melaka terkenal
dengan Sistem pembesar empat lipatan‟nya. Disusuli pula dengan fungsi empat
pembesar utama yang sangat jelas dan menonjol. Bukan sekadar isu pentadbiran
tetapi juga pemahaman bahawa kerja sama atau hubungan dua hala antara
pemerintah dengan pentadbir merupakan penyumbang penting dalam pembentukan
sebuah negara yang berjaya.1
Selain itu, sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan ciri-
ciri kerajaan yang agung di mana kerajaan ini mempunyai dokumen perundangan
tertentu. Kewujudan undang-undang pada waktu tersebut di Melaka membantu
rakyat menikmati hidup lebih sejahtera dan teratur tanpa sebarang perbalahan.
Pemimpin iaitu pemerintah dan rakyat juga patuh kepada undang-undang yang telah
ditetapkan tanpa sebarang bantahan. Sebagai contoh, Hukum Kanum Melaka dan
Undang-Undang Laut merupakan undang-undang Melayu bertulis yang wujud
sebagai panduan pemerintah dan rakyat untuk hidup aman dalam sebuah kerajaan.
Penghasilan sebuah naskhah perundangan merupakan satu bukti di mana
masyarakat pada ketika itu dapat menerima satu sistem kawalan untuk kebaikan
semua meskipun pada waktu zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem perundangan. Kesultanan Melayu Melaka memiliki dokumen
perundangan tersendiri. Hukum Kanun Melaka adalah merupakan undang-undang
Melayu bertulis yang pertama dikenal pasti. Disusuli pula dengan Undang-Undang
Lautnya.Keupayaan pemimpin dan masyarakat melahirkan sebuah naskhah
1
Mardiana Nordin, Kesultanan Melayu Melaka, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 2016, hlmn. 9
perundangan juga bukti keupayaan masyarakat itu menerima satu sistem kawalan
untuk menjamin keselamatan dan keharmonian hidup.2
Kesimpulannya, Kesultanan Melayu Melaka merupakan bukti sebuah
peradaban yang menyaksikan kerjasama antara raja dan pemerintah yang akhirnya
dapat menyumbang terhadap pembangunan negara. Meskipun Kesultanan Melayu
Melaka sudah tiada pada masa kini, legasi ini berkesinambungan dan nilai-nilai
sebuah negara dapat dilihat hingga masa kini. Kita dapat melihat beberapa aspek
seperti aspek daulat dan taat setia, pentadbiran, perundangan, adat istiadat, ilmu
dan bahasa, agama Islam yang sehingga kini masih terdapat dalam masyarakat kita.

2
Mardiana Nordin, Kesultanan Melayu Melaka, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 2016, hlmn. 9

You might also like