You are on page 1of 8

SK LKTP PALONG TIMUR 1

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN 1/2018

Tarikh : 8 Januari 2018


Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat al-Syafie
Pengerusi : Nurhafiz bin Ibrahim (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Kehadiran : 6/6
1. Nurhafiz bin Ibrahim
2. Aslinda binti Borhan
3. Al Samihah Amni binti Dollah@Abd. Aziz
4. Rosemalisa binti Sabtu
5. Nur Nadia Adila binti Zulkifli
Nama Setiausaha dicatat
6. Muhammad Fikri bin Mosleh di nombor terakhir
Turut hadir : 1. Zurayushazman bin Ismail (Guru Besar)
2. Marlializa binti Abdullah@Md. Zaki (GPK HEM)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli panitia ke


mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan selamat menyertai Panitia Bahasa
Inggeris kepada Cikgu Nur Nadia Adila dan Pn. Aslinda.

2. PERUTUSAN GURU BESAR

2.1 Guru Besar menzahirkan ucapan tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat
pertama panitia untuk tahun 2018 dan kecemerlangan panitia dan Persatuan Bahasa
Inggeris dalam Karnival Bahasa Inggeris Zon Kurikulum 1 dan peringkat daerah
Segamat 2017. Guru Besar berharap agar kecemerlangan tersebut dapat
dipertingkatkan pada tahun ini.
2.2 Guru Besar meminta panitia membincangkan post-mortem keputusan UPSR 2017
(Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan).
2.3 Guru Besar akan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti panitia yang menjurus ke arah
kemenjadian murid.

3. PERUTUSAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

3.1 GPK HEM memberi penjelasan ringkas berkaitan halatuju sekolah iaitu ‘Sekolah
Berkualiti dan Kemenjadian Murid’ dan halatuju guru iaitu ‘Sentiasa Mengutamakan
Kebersamaan dalam Mewujudkan Kekuatan Sepasukan’.
3.2 GPK HEM meminta agar panitia dapat membincangkan sasaran LINUS, post-mortem
Peperiksaan Akhir Tahun, SKPMg2 Standard 4 dan hal-hal berkaitan PdPc (PLC,
pemantauan, learning walk, PAK21 dan lain-lain.

1
4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Cikgu Rosemalisa binti Sabtu.


Disokong untuk pengesahan oleh Cikgu Al Samihah Amni binti Dollah.

5. PELANTIKAN SETIAUSAHA PANITIA BAHARU

5.1 Ahli panitia sebulat suara bersetuju dengan lantikan Cikgu Muhammad Fikri sebagai
Setiausaha panitia yang baharu.
Tindakan: Cikgu Muhammad Fikri

6. ANALISIS UPSR 2017 Perlu dijawab di dalam


6.1 Pengerusi membentangkan analisis UPSR 2017. Borang Maklum Balas

6.1.1 Bahasa Inggeris Pemahaman (013)


Peratus LULUS (ABCD): 0%, GPMP: 0
Bilangan A (0 orang), B (0 orang), C (0 orang), D (0 orang) dan E (0 orang).
6.1.2 Bahasa Inggeris Penulisan (014)
Peratus LULUS (ABCD): 0%, GPMP: 0
Bilangan A (0 orang), B (0 orang), C (0 orang), D (0 orang) dan E (0 orang).

6.2 Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada


pencapaian Bahasa Inggeris UPSR 2016:

6.2.1 Kekuatan
6.2.1.1 Guru-guru yang berdedikasi.
6.2.1.2 Kerjasama yang erat daripada guru-guru lain dalam memberi nasihat
dan galakan kepada calon-calon.
6.2.1.3 Program ‘headcount’ yang berkesan untuk mengikuti perkembangan
pencapaian setiap calon.
6.2.1.4 Pendekatan ‘lihat’, ‘kenalpasti’ dan ‘rawat’ terutamanya untuk
calon-calon ‘harapan lulus’ (HARLUS) telah banyak membantu calon-
calon yang lemah untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
6.2.1.5 Teknik PdPc berfokus kepada soalan-soalan mirip soalan sebenar
dengan guru memberi tumpuan kepada teknik-teknik menjawab
yang mampu membantu calon untuk mendapat markah yang baik
dalam setiap soalan.
6.2.1.6 Guru-guru banyak meluangkan masa untuk interaksi diluar waktu
PdPc sebenar telah banyak membantu murid HARLUS untuk
mendapat latihan dan bimbingan yang mencukupi kerana
kebanyakkan daripada mereka gagal meluangkan waktu untuk sesi
ulangkaji di rumah.
6.2.1.7 Sumber dan bahan-bahan latihan mudah didapati.
6.2.1.8 Pelaksanaan Program Care2Share oleh guru-guru luar.

2
6.2.2 Kelemahan
6.2.2.1 Soalan-soalan bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga
memberikan cabaran yang besar kepada keupayaan mereka untuk
menjawab soalan dengan baik.
6.2.2.2 Kesungguhan calon-calon tidak mencapai tahap yang maksimum dan
kebanyakkan daripada mereka masih belum bersedia sepenuhnya
dari segi mental untuk menduduki peperiksaan.
6.2.2.3 Pencapaian calon-calon tidak konsisten di dalam setiap ujian
penilaian.

6.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan menyampaikan ucapan penghargaan kepada


semua pihak terutamanya guru-guru Tahun 6 pada tahun lalu atas usaha keras
mereka untuk meningkatkan prestasi UPSR pada tahun lalu.
6.4 Pengerusi berharap agar pencapaian pada tahun ini akan lebih baik walaupun laluan
ke arah itu sangat mencabar.

7. ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

7.1 Pengerusi membentangkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2017.

7.1.1 1 UKM - % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0), C (0), D (0), E (0)
7.1.2 1 UM - % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0), C (0), D (6), E (0)
7.1.3 2 UKM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (4), D (0), E (0)
7.1.4 2 UM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.5 3 UKM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.6 3 UM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.7 4 UKM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.8 4 UM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),

3
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.9 5 UKM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
7.1.10 5 UM – Pemahaman: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)
Penulisan: % lulus: 0%, GPMP: 0, Bilangan A (0), B (0),
C (0), D (0), E (0)

7.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk membincangkan post-mortem pada pertemuan akan
datang.
Tindakan: Makluman

8. ANALISIS LINUS 2.0 LBI, 2017 DAN SASARAN 2018 Tidak perlu dijawab
8.1 Pengerusi membentangkan analisis LINUS 2.0 LBI, 2017.
di dalam
Borang Maklum Balas
8.1.1 1 UKM – Tidak Menguasai K1-K2 (0), Tidak Menguasai K3-K12 (0),
Menguasai (26)
8.1.2 1 UM – Tidak Menguasai K1-K2 (3), Tidak Menguasai K3-K12 (5),
Menguasai (18)
8.1.3 2 UKM – Tidak Menguasai K1-K2 (0), Tidak Menguasai K3-K12 (0),
Menguasai (29)
8.1.4 2 UM – Tidak Menguasai K1-K2 (0), Tidak Menguasai K3-K12 (6),
Menguasai (21)
8.1.5 3 UKM – Tidak Menguasai K1-K2 (0), Tidak Menguasai K3-K12 (0),
Menguasai (26)
8.1.6 3 UM – Tidak Menguasai K1-K2 (0), Tidak Menguasai K3-K12 (0),
Menguasai (25)

8.2 Panitia menetapkan sasaran 75% Menguasai (Tahun 1), 90% Menguasai (Tahun 2)
dan 100% Menguasai (Tahun 3) untuk LINUS 2.0 LBI Saringan 1.

9. ANGGARAN BELANJA MENGURUS 2018

9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan Anggaran Belanja Mengurus panitia


(80%) adalah sebanyak RM 503.36.
9.2 Pengerusi meminta ahli-ahli panitia untuk membincangkan bahan-bahan BBM yang
perlu dibeli dan dimaklumkan kelak kepada Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris

4
10. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Ke-2 (SKPMg2)

10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peratus markah SKPMg2 Standard 4 sekolah pada
tahun 2017 ialah 90.78% dan sasaran 2018 ialah 92.00%.
10.2 Pengerusi menyampaikan hasrat pihak pentadbir sekolah iaitu supaya guru-guru
menghayati dan melaksanakan setiap aspek yang terdapat dalam SKPMg2 Standard
4 untuk meningkatkan kualiti PdPc.
Tindakan: Makluman

11. PERIHAL PdPc 2018

11.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
kerana telah menggunakan templat Rancangan Pengajaran Harian yang telah
dibekalkan pada penghujung 2017 untuk e-BRM.
11.2 Panitia bersetuju untuk menetapkan jumlah buku tulis untuk setiap kelas iaitu
seperti ketetapan berikut:
11.2.1 Tahun 1: 1 buku garis 4, 1 buku berita dan 1 buku garis 1.
11.2.2 Tahun 2: 1 buku garis 4, 1 buku berita dan 1 buku garis 1.
11.2.3 Tahun 3: 1 buku garis 4, 1 buku berita dan 1 buku garis 1.
11.2.4 Tahun 4: 1 buku penulisan, 1 buku garis 4 dan 2 buku garis 1.
11.2.5 Tahun 5: 1 buku penulisan, 1 buku garis 4 dan 2 buku garis 1.
11.2.6 Tahun 6: 1 buku penulisan, 1 buku garis 4 dan 2 buku garis 1.
Tindakan: Makluman

11.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa tiada penggunaan buku-buku aktiviti


tambahan pada tahun ini, sebaliknya murid-murid telah diminta untuk membayar
wang lembaran kerja yang telah diserahkan kepada Guru Besar. Oleh itu, guru-guru
boleh menggunakan mesin fotostat sekolah untuk membuat salinan lembaran kerja
untuk memanfaatkan penggunaan wang tersebut.
Tindakan: Makluman

11.4 Panitia bersetuju untuk memastikan setiap guru memperuntukkan sekurang-


kurangnya dua latihan untuk murid dalam seminggu.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris

11.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): Pengerusi mengingatkan semua ahli mesyuarat
supaya menjalankan pentaksiran murid secara berterusan sewaktu PdPc. Rekod
pentaksiran secara luar talian perlu dibuat di dalam borang transit yang dibekalkan
oleh panitia. Borang tersebut perlu dibawa bersama sewaktu menjalankan PdPc.
Tindakan: Makluman

5
11.6 Pengerusi juga memberi ingatan kepada semua ahli mesyuarat untuk menerapkan
ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di dalam PdPc. Semua ahli boleh merujuk
kepada dokumen dan maklumat berkaitan yang telah dimuatnaik oleh Guru Besar di
aplikasi Telegram.
Tindakan: Makluman

11.7 Professional Learning Community (PLC): Pengerusi memaklumkan bahawa sesi PLC
akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Jadual pelaksanaan akan
ditetapkan dan dimaklumkan kemudian.
Tindakan: Makluman

11.8 Pemantauan PdPc dan Learning Walk: Pengerusi memaklumkan bahawa


pemantauan PdPc akan dilaksanakan oleh pihak pentadbir bertujuan untuk
menambahbaik pelaksanaan PdPc guru. Learning Walk juga akan dilaksanakan oleh
pihak pentadbir dan Ketua Panitia juga akan turut melaksanakannya.
Tindakan: Makluman

12. PERANCANGAN AKTIVITI 2018 – HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa program HIP yang bermula pada tahun 2017 akan
diteruskan pada tahun ini. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk diteruskan ialah:

12.1.1 In-class Activities


- Fun Learning (role play, action songs, jazz chant, poems, storytelling,
drama and language games).
- Let’s Talk (pupils talk on certain topics – individually/pairs/groups).
- Let’s Read Together (shared and guided reading).
- Show Your Talent (pupils showcase their talents through different
genres).
- Project-based Learning (pupils carry out project-based tasks e.g. scrap
book).
12.1.2 Out-of-class Activities
- Assembly in English (includes activities such as storytelling etc.)
Dilaksanakan pada setiap minggu kedua.
- English Zone
- Drop Everything and Read-NILAM (pupils choose the materials to read
based on their interests and abilities).
- Junior Stage (pupils stage their performances with confidence during
special occasions).
- Language Games Outdoor and Indoor
- English Month – dilaksanakan pada bulan April.

6
12.1.3 Extra Classes
- LINUS 2.0 LBI (untuk murid yang belum Menguasai).
- English Within 20 Minutes (EW20)
Dilaksanakan pada setiap Selasa sebelum sesi persekolahan, bermula 16
Januari 2018. Ahli mesyuarat bersetuju dengan pembahagian tugas
seperti berikut; Tahun 4-6 (En. Nurhafiz dan Pn. Rosemalisa), Tahun 2
dan 3 (En. Fikri dan Pn. Nadia) dan Tahun 1 (Cik Al Samihah).
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris

- Holiday Fun Learning (extra classes aim at enhancing the four language
skills and grammar).
- Go! Go! UPSR (extra classes aim at preparing pupils for 013 and 014
papers).
12.1.4 Outreach Activities
- Mentoring of schools (teachers from other schools share their best
practices).
Program ‘care2share’ Tahun 6 – Ahli mesyuarat bersetuju untuk
melaksanakan program ini pada 27 Januari 2018 (Sabtu). Fasilitator
terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa UPSR 014 Bahasa Inggeris
Penulisan. Kos penganjuran adalah daripada wang motivasi Tahun 6.
- Collaborative Learning with 013 Examiner
- English-in-Camp
12.1.5 Learning Together (LET) – Pengerusi memaklumkan bahawa program akan
berlangsung seperti kebiasaannya iaitu pada setiap hari Khamis jam 12.30
hingga 1.30 petang. Walaubagaimanapun, hanya beberapa orang guru
sahaja yang dapat hadir sepenuhnya berikutan kekangan jadual PdPc; Cikgu
Nurhafiz (1 jam), Cikgu Fikri (1 jam), Cikgu Al Samihah Amni (30 minit), Cikgu
Nadia (1 jam) dan Cikgu Rosemalisa (0 jam).

12.2 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti koakademik akan terus diperkuatkan di


bawah kendalian Persatuan Bahasa Inggeris. Pengerusi berharap agar penyertaan
murid dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat zon dan daerah dapat
dipertingkatkan. Semua guru disarankan untuk mula memilih calon-calon peserta
untuk setiap pertandingan supaya persediaan dapat dimulakan lebih awal.
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh diperolehi daripada Ketua Panitia.
Tindakan: Makluman

12.3 Pengerusi meminta semua ahli agar mengemukakan idea untuk projek pembugaran
English Zone dan Self-Access Learning Centre. Semua ahli diminta bekerjasama untuk
menghidupkan semula zon dan pusat tersebut. Sasaran penyempurnaan projek
adalah sebelum akhir bulan Februari.
Tindakan: Makluman

7
12.4 Pengerusi meminta jika terdapat cadangan program tambahan atau pindaan
program, perkara tersebut dapat dibincangkan pada mesyuarat akan datang.
Tindakan: Makluman

13. HAL-HAL LAIN

13.1 Pengerusi meminta ahli-ahli mesyuarat menyenaraikan topik-topik yang ingin


dipelajari sewaktu program LET.
Tindakan: Makluman

13.2 Pengerusi memohon kerjasama yang erat daripada semua ahli panitia untuk
memastikan kelancaran pengurusan panitia dan kelancaran serta keberkesanan
program-program yang telah dirancang.

PENUTUP

A. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat


berikutnya.
B. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD FIKRI BIN MOSLEH Hanya dicatatkan nama Setiausaha.
Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggeris,
Tandatangan tidak diperlukan.
SK LKTP Palong Timur 1.

Tarikh: 14 Januari 2018

You might also like