You are on page 1of 6

KONSEP, CIRI-CIRI, JENIS DAN KAEDAH PENTAKSIRAN

PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan
sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita
membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau
keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau
memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila
mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau
maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat
sebarang keputusan yang tepat. 

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN


Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana
seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai
dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan
bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam
bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian
pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham
(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan
dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada
suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah
melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan
penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

DEFINISI PENILAIAN
Penilaian boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu
benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ; 
“The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives” 
Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza
dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih
bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh,
penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan
matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru
memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai
pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan
menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi
murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang
melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif
atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat
yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun,
dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara
kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-
nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Jadi dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan satu proses mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.

DEFINISI PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana
seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. 
Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu
supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli
mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli
berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan
nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat
berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan.
Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang
diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi
dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang
individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran
ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua
kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala
seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari
sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini
jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan
yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang
diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

DEFINISI PENGUJIAN
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih
sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard
yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan,
100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert
bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang
menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah
prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran
ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang
guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran
yang telah dipelajari.

Rumusannya, pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sempel
tingkah laku. Hal ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan
dengan prestasi individu lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

PERKAITAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

TUJUAN PENTAKSIRAN
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
o Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki
pengajaran-pembelajaran.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid.
o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

CIRI - CIRI PENTAKSIRAN


Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati
tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

KAEDAH PENTAKSIRAN
Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;-
i) Pemerhatian
ii) Lisan dan
iii) Penulisan

Pemerhati:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para pelajar.
Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan
dan sebagainya. 
Lisan :
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran,
perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti
bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya. 
Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar
seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta.
Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya
secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

KESIMPULAN 
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan
satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah
merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi; paksi “Kandungan”(menegak) dan paksi
“Aras Kemahiran”(melintang)
Maklumat Dalam JSU
JSU mempunyai maklumat seperti berikut;
 Kandungan ujian yang berupa topic-topik pelajaran
 Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain
 Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran
 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.
Langkah-langkah Membina JSU
1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Tentukan soalan yang akan dibina. Pembinaan soalan yang baik mestilah berasaskan
pertimbangan berikut;
 Tujuan ujian diadakan
 Masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
 Umur pelajar
 Bilangan pelajar yang diuji
3. Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksanomi objektif pendidkan
Bloom
3 Domain - kognitif - aktiviti mental
- Afektif - menitikberatkan sikap, emosi dan perasaan
- Psikomotor - aktiviti fizikal

You might also like