You are on page 1of 31

MENGKAJI KESAHAN INVENTORI NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN

GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Nor Salmi Binti Ahmad Zabidi dan Lim Hooi Lian

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

salms7574@yahoo.com, hllim@usm.my

 
MENGKAJI KESAHAN INVENTORI NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

ABSTRAK

Inventori Nilai Integriti (InNI) yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti

Putra Malaysia telah digunakan untuk mengukur nilai integriti guru sekolah rendah. InNI

ditadbir kepada 103 orang guru dari dua buah sekolah rendah di Daerah Seberang Perai

Tengah. Instrumen ini mengandungi 82 item yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu kebersihan

hati, amanah dan bijaksana. Setelah dianalisis dengan perisian WINSTEP 3.48 didapati indeks

kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu masing-masing mencatatkan

nilai 1.00 dan 0.90 setelah dilakukan pembersihan item. Dapatan kajian bagi kesahan konstruk

menunjukkan sebelas item digugurkan kerana min kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit

kurang 0.5 dan lebih 1.5. Pemetaan item juga menunjukkan item tersusun mengikut tertib

kesukaran item yang paling mudah kepada item yang lebih sukar. Didapati, kesukaran item

InNI melebihi tahap kebolehan guru-guru sekolah rendah. Hasil kajian ini juga mendapati

bahawa nilai integriti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor jantina. Tetapi

mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan

penganugerahan perkhidmatan cemerlang.

Kata Kunci : Integriti, kesahan, kebolehpercayaan, Model Rasch. 

ABSTRACT

Inventory Value of Integrity(InNI) which had been constructed by a group of

researchers from University Putra Malaysia was utilized for this study. InNI was administered

to 103 teachers from two primary schools in Seberang Perai Tengah. This instrument consted

 
of 82 items which consists of three constructs, namely kindness, honesty and intelligence. The

data was analyzed using Rasch Model with WINSTEPS 3.48 software. The index value of item

reliability and index value of individual reliability stated 1.00 and 0.90 after the data had been

reanalyzed. Construct validity is valued from the Infit Mean Square and Outfit Mean Square

for item and individual which matching with the range of 0.5 - 1.5. Analysis output showed

that eleven items were dropped due to Infit Mean Square and Outfit Mean Square less than 0.5

and more than 1.5. The item map also showed that the arrangements were according to the

easily level at the beginning and preceeding to the tough one. The hierarchy of item showed

that the difficulty item of InNI more than the teachers’ ability. The output of the data also

found that the value of integrity has no significant relationship between gender but significant

with educational level, teaching experience and service excellence award.

Key Words : Integrity, validity, Reliability, Rasch Model. 

 
PENDAHULUAN

Kerapuhan nilai integriti dalam masyarakat kini semakin berleluasa. Kehakisan nilai dalam

masyarakat yang dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih,

gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa semakin parah

(Mustafar Ali,2006). Lantaran itu, kerajaan sedar akan kepentingan nilai-nilai integriti perlu

diterapkan secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara terutamanya guru. Hanya

guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti mampu menyediakan generasi modal

insan kelas pertama (Ismail, 2009). Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik

amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan

bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur (Hamidah Sulaiman, Siti

Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop 2006). Kejayaan seseorang guru dalam menghayati nilai-

nilai integriti, secara tidak langsung memberi kesan positif kepada para pelajar terutamanya

dalam pencapaian akademik dan pertumbuhan akhlak.

Dalam dunia pendidikan, sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal

seorang kanak-kanak. Pada tahap ini, perkembangan kanak-kanak adalah paling aktif dan

menjadi faktor utama untuk kejayaan persekolahan menengah dan seterusnya ke peringkat

lebih tinggi (Mohd. Johdi, 2008). Walau bagaimanapun, pada kebelakangan ini, kelemahan

akademik dan prestasi para pelajar di sekolah rendah menjadi isu masyarakat yang serius

(Hamidah,2006). Ini terbukti dalam kajian Amir Hasan Dawi (2002) yang mendapati kegagalan

murid di kawasan luar bandar dalam Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR) adalah berpunca

daripada kelemahan pelajar menguasai 3M(membaca,menulis dan mengira) yang lazimnya

diajarkan pada peringkat awal persekolahan. Kajian ini menunjukkkan kurangnya keprihatinan

guru terhadap anak-anak diperingkat awal pendidikan memungkinkan mereka menghadapi

masalah kelemahan akademik berterusan. Kelemahan akademik ini bukan sahaja

 
mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut

memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Ini berikutan hasil kajian Aminah Ayob,

Mokhtar Ismail & Khadijah Zon (2003) yang mendapati bahawa guru sendiri kadang kala

boleh menjadikan pelajar hilang disiplin. Maka, sebagai seorang guru yang berintegriti

seharusnya sedar bahawa maruah guru dan profesion perguruan terletak di tangan guru sendiri

(Azlina, 2008).

Lantaran itu, peranan guru amat penting dalam memperkasakan wacana pendidikan formal

yang bermula dari peringkat sekolah rendah lagi (Mohd Johdi,2008). Dengan penggembelingan

tenaga, personaliti dan ciri-ciri guru cemerlang dan guru pakar dapat menjadi formula

mewujudkan guru berkualiti, berintegriti dan efektif. Jika dulu, guru merupakan individu atau

kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati. Ramai yang mengakui bahawa dewasanya

seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa. Namun kini, masyarakat lebih mudah

menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi (Sharifah Raudzah, 2008).

Fenomena ini membuktikan bahawa guru sekolah rendah perlu dinilai dan dipantau untuk

memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian Hamidah et.al. (2006) mendapati bahawa

guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah

perkhidmatan yang berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih

berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa

hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan

yang disemai oleh guru-guru hari ini.Negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari

kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur,ikhlas dan penuh

tanggungjawab. Ini selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang

bermoral,beretika, beriman,bertakwa dan berbudi pekerti luhur. Oleh itu, kerajaan memerlukan

 
sebuah inventori yang sah dan sesuai dengan konteks pendidikan Malaysia untuk mengukur

nilai integriti dalam diri setiap guru.

LATAR BELAKANG INTEGRITI

Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada

nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai

tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan

organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir

Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah, 2005). Nilai-

nilai murni tersebut ialah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia

iaitu nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia.

Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,2004), integriti adalah kualiti unggul yang wujud

secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika dan

pencerminan etika dalam tindakan seharian. Integriti merupakan konsep penting dalam

pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan

pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 1998). Integriti

sebenarnya membawa maksud yang luas yang merangkumi setiap aspek kehidupan

manusia(Ismail,2009).

Peranan dan Kepentingan Integriti dalam kalangan Staf

Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Menurut kajian Jamiah et.al.(2005)

mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang

& Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones, D.S.

Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L.,2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah

laku yang baik (Ones et.al.,2003 dan Mikulay & George,2001). Sebaliknya, kelemahan integriti

 
akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesion pekerjaan

(Hardingham,2004).

Kajian-kajian Penilaian Nilai Integriti Di Malaysia

Jamiah et. al. (2005) telah membangunkan Inventori Nilai Integriti (InNI) yang bersesuaian

dengan konteks Malaysia untuk mengukur integriti individu. InNI terdiri daripada 82 item

berteraskan tiga dimensi utama iaitu kesucian, amanah dan kebijaksanaan. Ia ditadbir ke atas

2530 orang staf yang terdiri daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah universiti awam.

Kajian mendapati, nilai integriti mempunyai hubungan signifikan dengan staf yang pernah

menerima anugerah diperingkat universiti,kebangsaan dan antarabangsa. Hasil kajiannya juga

membuktikan Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai item yang baik dan bermutu serta

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Mohamed Sani (2007) telah menjalankan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal

pasti sama ada integriti kepimpinan, pembentukan visi, misi dan maklamat serta pelaksanaan

TQM dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses organisasi.

Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari IPTMa awam dan 581 orang

dari IPTMa swasta yang dipilih secara rawak berstrata dari 19 buah IPTMa awam dan 16 buah

IPTMa swasta diseluruh Malaysia. Data kajian diperoleh dengan menggunakan soal selidik

yang dibina dan diubahsuai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Dapatan kajian ini

mendapati komponen pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi

(32%) terhadap iklim proses organisasi disamping komponen integriti kepimpinan (3.3%) dan

pembentukan visi,misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%).Implikasi kajian ini menunjukkan

IPTMa memerlukan kepimpinan yang berintegriti dan penerapan integriti sebagai penjana

pelaksanaan TQM, seterusnya membawa kepada pembentukan iklim organisasi proses

organisasi kualiti menyeluruh.


 
Angku Bolkhizan (2009) yang telah menjalankan kajian mengkaji kesan kefahaman integriti

terhadap kualiti kerja anggota mendapati majoriti pemberi maklumat memahami maksud

sebenar integriti dan telah menghayatinya dengan mengamalkan setiap nilai dan etika yang

terkandung dalam integriti. Ini disebabkan penglibatan mereka dalam aktiviti keagamaan dan

bengkel pemantapan integriti yang telah dianjurkan oleh pihak PDRM.

Muhammad Fuad Lee (2006) pula menjalankan satu kajian untuk: (1) mengukur tahap

kelakuan beretika dan tahap pengurusan integriti di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

(KDRM); (2) mengkaji perbezaan tahap kelakuan beretika berdasarkan ciri-ciri demografi dan

faktor pekerjaan; (3) mengkaji perkaitan pengurusan integriti dengan kelakuan beretika; dan (4)

mengkaji pengaruh pengurusan integriti ke atas kelakuan beretika. Hasil kajian ini mendapati

faktor umur, taraf pendidikan, pangkat, dan tempoh perkhidmatan mempunyai perbezaan yang

signifikan sementara faktor jantina dan taraf perkahwinan tidak mempunyai apa-apa kesan ke

atas kelakuan beretika. Selain itu, ciri-ciri kebaikan, kejelasan, konsistensi penyelia, dan

kebolehcapaian mempunyai perkaitan dengan kelakuan beretika. Analisis regresi linear berjaya

membuktikan keseluruhan model pengurusan integriti mempunyai pengaruh positif yang

signifikan terhadap kelakuan beretika.

Berdasarkan soroton penulisan di atas, jelas mendapati bahawa soal kebolehpercayaan dan

kesahan instrumen nilai integriti kurang ditekan dalam kebanyakan kajian tersebut. Oleh itu,

isu ini telah menjadi tumpuan utama dalam kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan Model Pengukuran Rasch apabila diuji terhadap

guru-guru sekolah rendah. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:

 
(a) Mengenal pasti kesahan konstruk Inventori Nilai Integriti.

(b) Mengenal pasti kebolehpercayaan bagi konstruk Inventori Nilai Integriti.

(c) Mengenal pasti hubungan nilai integriti guru dari segi:-


(i) Jantina
(ii) Tahap pendidikan
(iii) Pengalaman mengajar
(iv) Penganugerahan perkhidmatan cemerlang

PERSOALAN KAJIAN

Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk mendapatkan jawapan

yang pasti seperti berikut:-

1. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi?

2. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan konstruk yang tinggi?

3. Adakah terdapat hubungan antara tahap integriti guru dari segi :-


(i) Jantina
(ii) Tahap pendidikan
(iii) Pengalaman mengajar
(iv) Penganugerahan perkhidmatan cemerlang

HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada hipotesis seperti berikut:

H1 Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti


guru.

H2 Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai


integriti guru.

H3 Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru


dengan nilai integriti guru.

H4 Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat


penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru.

 
KESIGNIFIKAN KAJIAN

Dapatan kajian ini boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan Inventori

Nilai Integriti dalam konteks perguruan supaya dapat mengenal pasti nilai integriti kakitangan

awam, terutamanya guru di sekolah rendah. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan sebagai

input bagi pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan lagi integriti seseorang individu

dalam bidang pendidikan demi menghasilkan modal insan kelas pertama dengan jayanya. Di

samping itu, dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk

mengatur strategi latihan-latihan atau kursus tertentu yang diperlukan oleh para guru sekolah

rendah, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti mereka.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Menurut Mohd.Izraudin (2004), proses pembangunan diri guru merupakan program berterusan

dan bersifat jangka panjang yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik. Pembangunan

diri guru ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang menekankan aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek.Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan cermin bagi

menilai rupa bentuk dan identiti keseluruhan budaya pendidikan Negara dengan bermatlamat

untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu, memelihara masyarakat yang

bersatu padu, progresif serta berdisiplin. Falsafah terdiri daripada beberapa cabang ilmu yang

utama seperti metafizik(teori kejadian), epistemologi(teori ilmu) dan aksiologi(teori nilai).

Ketiga-tiga cabang ilmu ini digabungkan sebagai hubungan untuk menjadikan nilai sebagai

asas utama dalam pendidikan (Abdul Rahman, 2005).

Dalam proses pengembangan diri setiap guru yang berteraskan FPK, ia melibatkan tiga domain

utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Anderson (1981),domain afektif

 
mencakupi watak perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Bloom (1988), telah

mengkategorikan domain afektif kepada empat pengelasan iaitu penerimaan, gerak balas,

penilaian dan perwatakan. Menurut Bloom, penilaian adalah merujuk kepada nilai yang

diterapkan pada tingkah laku atau fenomena yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran yang

menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia, nilai-nilai murni bagi

kajian ini adalah nilai-nilai murniyang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai

tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia di mana nilai dan etika

perkhidmatan awam ini terkandung dalam Tonggak Dua Belas (INTAN, 1994). Nilai dalam

Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional,

Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.

Kesemua nilai-nilai murni yang terkandung dalam Tonggak 12 tersebut dapat diklasifikasikan

kepada tiga dimensi iaitu Kesucian hati (Bersih) , amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir

dan bertindak. Dimensi-dimensi ini merupakan dimensi integriti di mana integriti ialah

himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan

kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi (PIN,2004).

Kesucian/ kebersihan hati dalam kajian ini, adalah merupakan nilai-nilai teras yang mempunyai

item pengetahuan, sikap dan amalan seperti bersopan santun, baik hati, kebal salah guna kuasa

dan kebal rasuah. Kesucian hati juga ialah keikhlasan yang membawa kepada prinsip budaya

yang suci dan bersih.Ini bermaksud, apa yang dilakukan adalah dengan niat kerana Allah. Baik

dari segi hati, lidah dan perbuatan.Manakala, Amanah merupakan satu nilai wajib yang

10 

 
membolehkan individu menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan seperti

berdisiplin, tekun dan bertanggungjawab.Di dalam dimensi ini juga terkandung item-item

pengetahuan, sikap dan amalan.Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada

orang lain untuk melaksanakannya dan menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri

seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata

lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan

kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa

mengabaikannya.  Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa

tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Azlina, 2008).Kebijaksanaan dalam berfikir dan

bertindak dalam kajian ini adalah merupakan satu nilai yang perlu ada dalam diri individu

untuk berfikir dan bertindak dalam mencapai misi dan visi organisasi seperti optimis,

berkepimpinan, sabar, kreatif dan inovatif. Kebijaksanaan amat penting bagi pembentukan dan

kerja hati nurani seseorang. Kebijaksanaan adalah “ibu” dari segala kebajikan, kebajikan yang

mana seorang menyadari kewajiban moralnya dan perkara-perkara baik untuk menunaikannya.

Sebab itu, apa yang bijaksana pada pokoknya adalah apa yang baik, dan kebijaksanaan adalah

pengukur keadilan, penguasaan diri dan keberanian (P.William, 2009).

Setiap dimensi integriti tersebut pula mengandungi sub nilai yang dikenali sebagai komponen

setiap dimensi. Item yang dibentuk mewakili sub nilai yang ingin diukur di mana item-item

setiap komponen dimensi mengandungi item pengetahuan, item sikap dan item amalan

(Jamiah et. al, 2005).

Dari dimensi integriti itu , soal selidik amalan nilai integriti dibina .Namun, status integriti staf

hanya dapat diukur melalui Inventori Nilai Integriti yang telah disahkan. Oleh itu, inventori

ditentusahkan dengan mengenalpasti kesahan konstruk dan kebolehpercayaannya untuk

11 

 
menentukan mutu alat ukur tersebut. Alat ukuran yang bermutu mempunyai nilai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk mengukur atribut atau konstruk yang

ingin diukur. Sebaliknya jika kesahan adalah rendah, langkah proses teknikal pembentukan alat

ukuran perlu diulangi semula sehingga memperolehi keputusan yang memuaskan.

12 

 
Proses Perkembangan Diri

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Metafizik Epistemologi Aksiologi

Nilai (Domain Afektif)

Penerimaa Gerak Balas Penilaian Perwatakan

Nilai Etika Perkhidmatan

Tonggak 12

Etika Teras Nilai Murni Etika Nilai Dan Etika


Perkhidmatan Profesional Perkhidmatan Perkhidmatan Awam
A A

Kesucian Hati Amanah Kebijaksanaan

Pengetahuan Sikap Amalan

Inventori Nilai Integriti

Kesahan Konstruk di kenalpasti melalui Kebolehpercayaan item dikenalpasti


analisis Infit Mean Square dan Outfit melalui analisis Rasch Item Reliability
Meansquare

Rajah 1:
Kerangka konseptual kajian

13 

 
METODOLOGI

Sampel Kajian

Dalam Kajian ini, sampel kajian dipilih daripada dua buah sekolah di sekitar Daerah Seberang

Perai Tengah. Pemilihan subjek kajian dan sekolah kajian dilakukan secara rawak. Sampel

guru terdiri daripada pelbagai bangsa. Seramai 103 guru terlibat dalam kajian ini. iaitu 67

orang guru dari sekolah A dan 36 orang guru dari Sekolah B. Jadual di bawah menunjukkan

demografi guru yang dikaji.

Jadual 1. Demografi guru

Maklumat Demografi Jumlah

Jantina
* Lelaki 23
* Perempuan 80

Tahap pendidikan
* Dploma 73
* Sarjana Muda 27
* Sarjana 3

Tempoh prkhidmatan
* 5 – 15 tahun 48
* 16 – 25 tahun 36
* Lebih 25 tahun 19

Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang


* Ya 43
* Tidak 60

Faktor demografi dikaji kerana berdasarkan kepada dapatan kajian Jamiah et. al.(2005) yang

mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara staf yang pernah menerima

anugerah dan juga kerana:

14 

 
(a) Menjadi kebiasaan jantina merupakan salah satu faktor yang menjadi pengukuran

kepada satu pembolehubah. Dalam kajian ini, nilai integriti dilihat berdasarkan jantina

kerana dalam 47 kajian, Collin (2000) telah merumuskan bahawa nilai integriti dan

tingkah laku etika antara lelaki dan wanita mempunyai perbezaannya.

(b) Terdapat hujah yang mengatakan seseorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi

lebih beretika dan berintegriti berbanding yang kurang pendidikan (Trevino,1990).Ini

kerana beliau menjangkakan bahawa tahap pendidikan seseorang boleh mengawal

tingkah laku etika dirinya.

(c) Terdapat dua kajian yang telah menjumpai bahawa tingkah laku etika dan nilai integriti

seseorang boleh dibezakan dengan pengalaman seseorang. Kajian ini dibuat oleh

Mohamad Sani (2007) yang melibatkan responden pengurusan awam.

Lokasi Kajian

Kajian dijalankan di dua buah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Daerah Seberang Perai

Tengah yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah

Permatang Pasir,Permatang Pauh,Bukit Mertajam.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang responden

dan soal-selidik amalan nilai integriti sebagai alat ukur utama.

Dalam bahagian A, sebanyak 6 item diberi untuk mendapatkan maklumat diri guru. Antaranya

jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, agama dan taraf pendidikan. Manakala bahagian B

bertujuan untuk mendapatkan maklumat nilai integriti yang berada dalam setiap individu.

Sebanyak 82 item yang merangkumi dimensi bersih,amanah dan bijaksana. Dimensi bersih

merujuk kepada baik hati, santun dan kebal rasuah. Dimensi amanah adalah berdisiplin, tekun

15 

 
dan bertanggungjawab. Manakala dimensi bijaksana adalah optimis, berketrampilan, sabar,

kreatif dan inovasi. Item-item ini telah dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra

Malaysia pada tahun 2005.Pengukuran dibuat dengan menggunakan Skala Likert 5 mata.

Subjek kajian telah diberi masa yang mencukupi untuk membuat tindak balas. Ini bertujuan

memberi ruang masa secukupnya kepada subjek kajian untuk menilai amalan mereka terhadap

pernyataan dalam soal-selidik.

Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji sendiri untuk mempercepatkan

pengumpulan data. Kesemua data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For the Social Sciences (SPSS version 15.0) dan

program Winsteps 3.48. Pertama sekali, data dianalisis dengan menggunakan program Model

Pengukuran Rasch (WINSTEPS 3.48) untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan

item serta kesahan dan kebolehpercayaan individu alat ukur (Norazen, 2004). Kesahan

konstruk dikenalpasti dengan melakukan kajian ke atas setiap item melalui analisis min kuasa

dua Infit ( Infit MeanSquare ) dan min kuasa dua Outfit (Outfit MeanSquare. Julat nilai min

kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu harus terletak dalam

lingkungan 0.5 – 1.5 (Linarce, 2002). Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan

individu dikaji berdasarkan nilai indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient)

dan indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient). Indeks

kebolehpercayaan item menunjukkan ketekalan kedudukan item disepanjang laluannya jika

item-item yang sama diberikan kepada sampel lain yang mempunyai keupayaan yang sama.

Indeks kebolehpercayaan individu pula menunjukkan ketekalan aturan individu yang dijangka

bagi sampel apabila diberi set item yang lain yang mengukur konstruk yang sama. Seterusnya,

data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For the Social Sciences

16 

 
(SPSS version 15.0). Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang

profil guru seperti jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan

perkhidmatan cemerlang guru. Manakala, statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data

bagi menguji hipotesis kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang dibincangkan dalam

bahagian ini.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat tiga persoalan kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini.

Persoalan 1 : Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai kesahan konstuk yang

tinggi?

Jadual 2 menunjukkan keseluruhan maklumat mengenai kesesuaian data, sama ada data serasi

atau tidak dengan andaian model Rasch. Berdasarkan dapatan kajian, nilai min kuasa dua infit

bagi item adalah berada dalam lingkungan .43 hingga 2.04. Dan nilai kuasa dua outfit adalah

.49 – 2.26.

Jadual 2. Susunan statistik item (Misfit Order)


.

17 

 
Dari julat-julat tersebut, terdapat sebelas item yang tidak memenuhi syarat yang telah

digariskan oleh Linarce (2002) iaitu 0.5 -1.5. Sebelas item tersebut bertindak sebagai

pengganggu (Jadual 3) dan ia perlu digugurkan kerana tidak serasi dengan model. Item-item

tersebut ialah item 12, item 25, item 26, item 28, item 35, item 38, item 41, item 42, item 45,

item 54 dan item 78. Menurut Norazen (2004), item-item ini merendahkan indeks

kebolehpercayaan individu dan kebolehpercayaan item boleh dikod semula atau digugurkan

untuk meningkatkan kembali indeks kebolehpercayaannya.

Jadual 3. Item-item yang tidak bersesuaian dengan model (MNSQ < 0.5 dan > 1.5)
INFIT OUTFIT
Item MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
12 .47 -3.3 .51 -3.2
25 1.88 5.7 1.77 4.5
26 1.73 4.5 1.76 4.2
28 2.04 5.9 2.26 6.2
35 .49 -3.3 .53 -3.1
38 .43 -3.7 .49 -3.4
41 1.8 3.4 1.93 4.0
42 1.68 4.7 1.88 5.3
45 1.87 6.5 1.86 6.1
54 1.79 3.3 1.56 2.5
78 1.95 4.4 1.92 4.1

Analisis item dilaksanakan sekali lagi dengan menggunakan 71 item sahaja. Hasil analisis

menunjukkan nilai min kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit yang baru. Masing-masing

bernilai antara 0.61 – 1.48 bagi min kuasa dua infit dan 0.63 – 1.50 bagi min kuasa dua Outfit

( Jadual 4 di bawah). Ini menunjukkan bahawa nilai MNSQ Infit dan Outfit mematuhi nilai

MNSQ yang diterima iaitu 0.5 – 1.5 (Linarce, 2002). Ia menunjukkan bahawa data serasi

dengan model iaitu item yang dibina boleh menyumbang dalam cara yang bermakna dan

berguna untuk mengukur konstruk integriti.

18 

 
Jadual 4. Susunan statistik 71 Item (Misfit Order)

Melalui analisis Rasch, nilai logit setiap item dan individu turut dihasilkan. Nilai ini akan

dirujuk untuk membangunkan satu susunan item-item megikut aras kesukarannya (Cheng,

2009). Jadual 4 menunjukkan julat kesukaran item adalah antara -6.92 hingga 2.49 logit.

Kesemua 71 item skala InNI telah menunjukkan bahawa item-item tertabur mengikut aras

kesukaran masing-masing.

Persoalan 2. Adakah Inventori Nilai Integriti mempunyai pekali kebolehpercayaan yang

tinggi?

Ujian rintis dijalankan ke atas 103 data sampel guru sekolah rendah dengan 82 item. Indeks

kebolehpercayaan item yang diperolehi mencatatkan nilai 0.99, manakala indeks


19 

 
kebolehpercayaan individu mencatatkan nilai 0.83. Proses pembersihan data dilakukan dengan

menggugurkan sebelas item yang menganggu nilai kebolehpercayaan. Dengan itu, hanya 71

item sahaja yang digunakan bagi membentuk skala InNI. Setelah proses pembersihan data,

berdasarkan jadual 5 di bawah, indeks kebolehpercayaan item yang baru ialah 1.00. Hasil

analisis mendapati nilai kebolehpercayaan item diperolehi adalah tinggi.

Jadual 5. Indeks kebolehpercayaan item

Berdasarkan jadual 6, didapati indeks kebolehpercayaan individu bernilai 0.90. Nilai ini

menunjukkan bahawa item-item konsisten dalam menghasilkan skor individu yang tetap

(Pomeranz et.al, 2008).

Jadual 6. Indeks kebolehpercayaan individu

Berdasarkan dapatan kajian (Jadual 5 dan 6), standardized infit standard deviation bagi guru

adalah 0.20 dan item bernilai 0.24. Ini menunjukkan keseluruhan nilai misfit adalah terlalu

20 

 
kecil. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa wujudnya kesesuaian item dalam alat ukur InNI yang

boleh digunakan ke atas sasaran (Green,2002).

Persoalan 3 : Adakah terdapat hubungan antara tahap integriti guru dari segi jantina,

tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan penganugerahan

perkhidmatan cemerlang

Analisis Kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis seperti di bawah:

H1 Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti


guru.

H2 Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai


integriti guru.

H3 Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru


dengan nilai integriti guru.

H4 Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat


penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru.

Menurut McBurney(2001), kolerasi digunakan untuk mengukur perkaitan antara pemboleh

ubah. Kolerasi Pearson r digunakn untuk mengukur darjah hubungan antara dua pemboleh

ubah di dalam skala antara 0 hingga 1.00. Namun, hubungan antara pemboleh ubah juga boleh

berlaku di dalam keadaan negatif iaitu antara 0 hingga – 1.00. Di dalam kajian ini, tafsiran

McBurney (2001) di dalam Jadual 7 akan digunakan sebagai mengukur kekuatan kolerasi ini.

21 

 
Jadual 7. Tafsiran Pekali koleasi r oleh McBurney(2001)

Nilai Pekali Penerangan

0.81 atau lebih Perkaitan yang kuat

0.6 1 – 0.8 Perkaitan yang sederhana kuat

0.41 – 0.6 Perkaitan yang sederhana

0.21 – 0.4 Perkaitan yang sederhana lemah

kurang daripada 0.2 Perkaitan yang lemah

Jadual 8 menunjukkan kesignifikan kajian dan hubungan kolerasi di antara tahap integriti guru

dengan jantina, umur, taraf pendidikan dan tempoh pengalaman guru yang diperoleh daripada

ujian kolerasi Pearson yang dijalankan.

Jadual 7. Keputusan kajian kolerasi

Integriti
Integriti Pearson Correlation 1
Sig. (2-tailed)
N 103
Jantina Pearson Correlation -.045
Sig. (2-tailed) .652
N 103
Tahap Pendidikan Pearson Correlation .272
Sig. (2-tailed) .001
N 103
Tempoh Perkhidmatan Pearson Correlation .32
Sig. (2-tailed) .013
N 103
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pearson Correlation .95
Sig. (2-tailed) .001
N 103
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

22 

 
Keputusan kolerasi bagi hipotesis pertama menunjukkan jenis jantina tidak mempunyai

hubungan yang signifikan dengan nilai integriti r = -0.45 (p=0.652). Memandangkan nilai p

adalah lebih besar dari nilai alpha p = 0.01, maka hipotesis kajian:

H1 Wujud hubungan signifikan antara jenis jantina dengan nilai integriti


guru, adalah ditolak.

Manakala Keputusan hipotesis kedua hingga keempat pula menunjukkan tahap pendidikan,

tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang mempunyai hubungan

positif yang signifikan dengan nilai integriti guru. Keputusannya seperti berikut: tahap

pendidikan ( r = -2.72, p = 0.001 ), tempoh perkhidmatan ( r = -0.32, p = 0.013 ) dan

penganugerahan perkhidmatan cemerlang ( r = -0.95, p = 0.001 ) . Kesemua keputusan

menujukkan nilai p adalah lebih kecil dari nilai alpha p = 0.01, maka hipotesis kajian:

H2 Wujud hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan nilai


integriti guru, adalah gagal ditolak.

H3 Wujud hubungan yang signfikan antara tempoh pengalaman guru


dengan nilai integriti guru, adalah gagal ditolak.

H4 Wujud hubungan yang signifikan antara guru yang pernh mendapat


penganugerahan cemerlang dengan nilai integriti guru, adalah gagal
ditolak.

Kesimpulannya, daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap

pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang mempunyai

hubungan yang signifikan dengan nilai integriti guru dan berkolerasi positif. Manakala, jenis

jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti.

23 

 
PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, instrumen InNI mempunyai kesahan yang baik dan sah serta boleh

dipercayai dalam mengukur nilai integriti guru. Kesahan konstruk yang dikenalpasti dengan

melakukan kajian ke atas setiap item melalui analisis min kuasa dua Infit ( Infit MeanSquare )

dan min kuasa dua Outfit (Outfit MeanSquare telah mendapati bahawa nilai MNSQ Infit dan

Outfit mematuhi nilai MNSQ yang diterima iaitu 0.5 – 1.5 (Linarce, 2002) setelah

menggugurkan 11 item. Ia menunjukkan bahawa 71 item yang dibina oleh Jamiah Manap dan

rakan-rakannya boleh menyumbang dengan cara yang bermakna dan berguna untuk mengukur

konstruk integriti.

Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu pula yang dikaji berdasarkan nilai

indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan

individu (Person Reliability Coefficient) telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan

individu yang tinggi iaitu 1.0 dan 0.90 Maka ini menunjukkan bahawa item-item InNI

mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi. Sehubungan itu, item-item InNI adalah konsisten

dan stabil dalam mengukur nilai integriti individu di Malaysia. Dapatan kajian ini konsisten

dengan dapatan kajian Jamiah Manap dan rakan-rakannya yang juga memperolehi nilai

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.959 dan 0.927.

Kajian seterusnya boleh dibuat penambahbaikan item dengan cara menggugurkan, menambah

atau mengubahsuai beberapa item lagi agar sesuai dengan kebolehan guru sekolah rendah serta

untuk meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaannya. Di samping itu, dicadangkan

juga sama ada pihak individu atau mana-mana badan dapat memperluaskan kajian ini pada

guru-guru sekolah menengah pula agar dapat memperkasakan lagi wacana pendidikan di

Malaysia. Pengkaji yang mengkaji instrumen ini juga perlu memastikan setiap item adalah
24 

 
unidimensi dan memiliki aras kesukaran yang berbeza dan adil kepada setiap individu yang

menjawab soal selidik ini. Disarankan juga agar kajian seterusnya dapat melihat perbezaan

item berdasarkan GDIF untuk menggugurkan item yang bias berdasarkan jantina, aliran dan

bangsa.

Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan

berdasarkan jantina. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian Siti Zalina (2006) yang

dilakukan terhadap kakitangan awam. Ini telah memberi makna bahawa faktor demografi

jantina tidak memberi sebarang kesan terhadap nilai integriti dalam perkhidmatan awam.

Manakala dapatan kajian yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan

berdasarkan tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan perkhidmatan

cemerlang agak bertentangan dengan dapatan kajian Siti Zalina (2006) yang melihat semua itu

tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai integriti seseorang.Namun, dapatan

kajian Jamiah et.al (2005) pula adalah sebaliknya di mana terdapat hubungan yang signifikan

antara nilai integriti dengan penganugerahan perkhidmatan cemerlang.

Dalam teras memartabatkan profesion keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar

guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha

meningkatkan keupayaan diri. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu

elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik. Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa

pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan

bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu

membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti (Siti Rahayah, 2008).

25 

 
Dalam dunia yang tanpa sempadan dan semakin mencabar ini, negara amat memerlukan modal

insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status

negara maju menjelang tahun 2020 (Alimuddin, 2009). Dalam konteks ini, sebagai pendidik

yang berdedikasi dan bersedia untuk menerima perubahan, guru ialah pemangkin kepada

transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Oleh itu, demi

kepentingan pendidikan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berketrampilan. Guru

perlu mengenepikan kepentingan diri, berkhidmat dengan penuh jujur dan sentiasa menjaga

integriti serta nama baik jabatan pendidikan.

Inventori Nilai Integriti amat diperlukan kerana negara kita sedang mengalami dekadensi moral

dan etika yang parah (M.Kamal Hassan, 2004). Kajian Ismail.(2009) menunjukkan bahawa

keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh

merencatkan kecemerlangan negara. Sekiranya kepincangan moral dan etika tidak di atasi,

kerajaan pasti tidak dapat mencapai segala visi dan hala tuju yang telah ditetapkan. Lantaran

itu, penggunaan InNI perlu diperluaskan lagi bagi kegunaan dalam pelbagai sektor pekerjaan di

Malaysia khususnya di sektor kerajaan dan swasta (Jamiah et. al, 2005).

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat didapati bahawa kajian telah mencapai objektif

utama kajian. Kajian ini telah berjaya menjawab persoalan-persoalan utama kajian iaitu

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran serta mencari hubungan antara nilai

integriti guru dengan faktor demografi seperti jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar

dan penganugerahan perkhidmatan cemerlang yang pernah di terima guru. Keputusan

keseluruhan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu

adalah tinggi iaitu 1.00 dan 0.90. Kesahan konstruk yang didapati amat memuaskan untuk
26 

 
membolehkannya diguna pakai dalam kajian mengukur integriti individu. Manakala, dari segi

hubungan antara nilai integriti guru dengan faktor demografi mendapati bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan penganugerahan

perkhidmtan cemerlang dengan nilai integriti guru. Oleh itu, Inventori Nilai Integriti adalah

sesuai digunakan untuk mengukur nilai integriti individu staf di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj.Abdullah (2005). Analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan
negara..Jurnal Pendidikan, 61(2) : 19-24.
Adams, R.J. & Khoo,S.(1993).The interactive test analysis system . Quest. Hawthorn. Victoria.
Alimuddin Mohd.Dom (2009) Outstanding Learders.Membina sekolah cemerlang. Putrajaya.
JNM.
Amir Hasaan Dawi (2002). Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak diperingkat
sekolah rendah. Kertas projek yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Anastasia,A. (1982). Psychological Testing,5th ed. New York: Collier Mc Millan Publishing
Company.
Andrich, D. (2004). Controversi and the rasch model: a characteristic of incompatible
paradigms. Journal of Medical Care 42(2) : 1-6
Anderson, Lorin.W.(1981).Assessing affective characteristics in the schools. Boston: Allyn and
Bacon.
Angku Bolkhizan (2009). Amalan etika kerja dalam perkhidmtan awam. Jurnal Pendidik Dan
Pendidikan.16 : 89-110.
Azlina Mohd.Kassim (2008). Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stress kerja
guru..Jurnal Teknologi, 48(6) : 33-47.
Bond,T.G, & Fox, C.M. (2007). Applying the rasch model : Fundamental measurement in the
human sciences. 2nd edn. Lawrence Erlbaum Associates, Mahwah, NJ.
Ch’ng & Ch’ng (2009). Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif
dengan analisis Model Rasch.Paper presented at Conference on Scientific & Social
Research. Mac 14-15.

Ghazali (2002). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif. Jabatan
Pendidikan Dan Pembangunan Maktab Perguruan Islam,Bangi. (Online report)
http://www.Scribd.com/doc/Ghazali - Scribd.htm Oktober 18,2009.

27 

 
Hamidah Sulaiman (2003, Februari 24). Keberkesanan teknik kemahiran belajar terhadap
konsep kendiri.Seminar Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling (JPPK). Kuala
Lumpur:Universiti Malaya. Diperolehi Mac 23, 2009, dari Digital Tesis Universiti
Malaya.
Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop (2006). Peranan ibu bapa dan
guru dalam membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pencapaian
akademik.Jurnal Masalah Pendidikan, 27(6) : 9-10.
Hardingham, L.B. (2004). Integrity and moral residue:Nurses as participants in a moral
community.Nursing Philosophy, 5(2), 127.

Harris, W. G. (1997). ‘Integrity.’ In J.J.C. Smart and Bernard Williams, Utilitarianism: For
and Against New York: Cambridge, pp. 108–117.

Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Citrakarya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, Malaysia: Institut Tadbiran awam Negara.
Ismail Sidek (2009).The understanding and implementation of values educations.Jurnal
Pendidik Dan Pendidikan.13 :86-98.
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir Abdullah,
Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah (2005).
Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti.
Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, Universiti Teknologi Malaysia di
Hotel Sofitel,Senai,Johor Bahru. 2-3 Februari.
Krathwohl, D.R, Bloom, B.S.and Masia (1988). Taxonomy Of Educational Objectives : The
classififcation of educational goals. Handbook II; Affective Domain. New York: David
Mckay.
Kathy E.Green & Catherine G.F. (2002). Survey development and validation with the Rasch
Model. Paper presented at International Conference on Questionnaire Development,
Linarce, J.M. (2002). Understanding Rash measurement : optimizing rating scale category
effectiveness.Journal Of Applied Measurement, 3 : 85 – 106.

Mahathir Mohamed (1998). Petikn ucapan semasa melancarkan Gerakan pemantapan


keutuhan system pengurusan pentadbiran kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat BPR
Malaysia, Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998.
M.Kamal Hassan.2004. Kepincangan Nilai Dalam Masyarakat Global. Kolokium Pengukuhan
Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
McBurney, D.H. (2007). Research Method, 6th ed., Belmot,CA : Wardswoeth / Thomson
Learning.

McCabe, D. L. (2000). Academic Integrity.Oakton Community College. Atas talian pada


September 11,2009, dari http//www.oakton.edu

28 

 
Mehrabian, A. (2000). Beyond IQ:Broad-based measurement of individual success potential or
‘Emotional Intelligence’.Genetic, Social & General Psychology Monographs,126(2),
133.
Mohd.Izraudin Ismail (2004). Cabaran dan harapan dalam pendidikan menghadapi alaf baru.
Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan.
Mohd.Johdi Salleh (2006). Peranan guru mencapai objektif sekolah rendah:perspektif guru
besar.Jurnal Pendidik Dan Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.(atas talian)
Oktober 2, 2009. http://www.utmjournals.com/doc/mohd
Mohd.Johdi Salleh (2008).Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif
persekolahan sekolah rendah.Jurnal Pendidikan.14(3) :1-4.
Mohamad Sani (2007). Kesan integriti kepimpinan dan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)
dimensi kemanusiaan terhadap iklim proses organisasi. (atas talian), April 5,2009.
http://www.Scribd.com/doc/TQM
Muhammad fuad lee Abdullah (2006). Pengurusan integriti dan kelakuan beretika. Jurnal
Pendidikan, 18(4),5-8.
Mustafar Ali (2004). Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara berkesan.Kolokium
Pengukuhan Integriti,Institut kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004.
Norazren Md.Dadi, Hassan Ash’ari & Muhd.Ruzman Mat Ali (2004).Tahap kompentasi
pensyarah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.(Online report)
http://www.scribd.com/doc/norazren - Scribd.htm. Mac 12, 2009.
Ones, D.S,, Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L. (2003). Personality and absenteeism: A meta-
analysis of integrity test Europian. Journal of Personality, 17(2), 19.
Pomeranz, J.D., Byres, K.L., Moorhouse, M.D., Velozo, C.A., & Spitznogel R.J. (2008).
Rasch analysis as a technique to examine the psychometric properties of a carrier ability
placement survey subtest. Rehabilitation Counseling Bulletin 51(4).
Sharifah Raudzah (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar dan
hubungannya dengan personaliti pelajar. Jurnal Pendidikan, 12(4),4-7.
Siti Rahayah Ariffin (2008). Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi.

Siti Salina Ahmad (2004). Punca ketegangan guru matematik sekolah rendah.Universiti Utara
Malaysia.(atas talian), Mac 4, 2009. http//www.Scribd.com/text/siti-salina
Siti Zalina Ramli (2006). Iklim etika kerja dan tingkah laku etika di kalangan kakitangan
perkhidmatan awam di Negeri Sembilan. UUM. (atas talian), Oktober 26, 2009.
http//www.Scribd.com/doc/iklim-etika-kerja – Scribd.htm.
Trevino S.A.(1990). Bad Apple in Bad Barrel: A causal analysis of ethical decision-making
behaviour.Journal of Applied Psychology.75, 378 – 385.
Tun Zana (2008). Salah laku disiplin pelajar. (atas talian), August 29, 2009
http://wwwScribd.com/doc/490284/salah-laku - Scribd.htm.

29 

 
Widang,I. & Fridlund, B.(2004). Self-respect,dignity and confidencr:conceptions of integrity
among male patients.Journal of Advanced Nursing. 42(1), 47-50.

30 

You might also like