You are on page 1of 3

MINIT CURAI

1. Nama Pengawai : Ling Tong Zhen


2. Jawatan : PPP DG41
3. Perkara : Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah Bagi Guru-guru Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Di WP Kuala Lumpur dan Selangor
4. Tarikh : 13 April 2019
5. Masa : 08.30 pagi – 5.00petang
6. Tempat : SJKC Kepong 2
7. Anjuran : PPD Klang
8. Pengerusi : Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM)
9. Bahan-bahan Yang Diedarkan: -
10. Catatan Minit:
Taklimat daripada Dr. Ilhavenil A/P Narinasamy
1. LATAR BELAKANG MESYUARAT
Taklimat tentang bagaimana menjalankan pentaksiran bilik darjah bagi murid tahap 1.

2. MAKLUMAT PENTING
 Peperiksaan bagi murid tahap 1 sudah dimansuhkan dan digantikan oleh pentaksiran
bilik darjah (PBD).
 PBD dijalankan adalah untuk mengutamakan konsep pembelajaran berorientasikan
perkembangan murid, menyemai nilai-nilai murni berbentuk rutin harian, pembangunan
dan pembentukan karektor murid dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna.
 Contoh pelaksanaan PBD melalui aktiviti Pembelajaran termasuk kuiz, projek mudah,
bercerita, permainan dan main peranan.

Taklimat daripada Dr.Wong Sien Biang


MAKLUMAT PENTING
 Peranan guru dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) adalah sangat penting. Guru tidak
boleh fokus kepada penilaian sahaja dan mengabaikan pembelajaran murid.
 Markah peperiksaan tidak boleh menunjukkan pembelajaran seseorang murid tetapi PBD
boleh menunjukkan proses pembelajaran murid. Dengan ini, guru dapat memperbaiki
kelemahan murid.
 Guru sepatutnya menentukan objektif pembelajaran, mentaksir murid secara holistik,
memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran murid, menilai hasil kerja
murid dan menyediakan pelaporan tahap penguasaan murid.
 PBD fokus kepada penjaminan kualiti PBD iaitu peranan pentadbir memastikan
kelancaran dan ketepatan pentaksiran.

Taklimat daripada 陈诗蓉讲师


1. LATAR BELAKANG MESYUARAT
Taklimat tentang bagaimana menjalankan pentaksiran bilik darjah bagi mata pelajaran
Bahasa Cina.

2. MAKLUMAT PENTING
 Pentaksiran bilik darjah (PBD) dijalankan berdasarkan pernyataan tahap penguasaan
umum iaitu daripada tahap 1 hingga tahap 6. Murid yang diberikan tahap 1 dan tahap 2
perlu menyediakan bukti dan bahan sokongan seperti kad OKU atau kehadiran. Murid
sekurang-kurangnya menguasai tahap 3 dan ke atas.
 Pentaksiran bilik darjah (PBD) membantu murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke
dalam kehidupan seharian.
 PBD bagi mata pelajaran Bahasa Cina boleh dijalankan dengan cara pentaksiran secara
prestasi murid. Pertama sekali, guru memilih standard pembelajaran dan menetapkan
objektif pembelajaran. Guru menyediakan satu tugasan untuk murid menunjukkan
prestasi masing-masing. Tugasan ini mesti boleh digunakan untuk menilai prestasi murid
mengikut tahap. Murid diberikan peluang untuk menyiapkan tugasan dengan cara
sendiri.
 PBD tidak menggunakan skema atau rubrik seperti peperiksaan tradisional. PBD
menerima jawapan secara terbuka tetapi guru perlu menyediakan jawapan yang boleh
mencapai tahap minimum.
 Guru perlu mneyediakan tugasan yang menghampiri dengan situasi sebenar supaya
murid dapat mengaplikasikan konsep yang dipelajari.
11. Tindakan Susulan:
Guru boleh memaklumkan maklumat penting ini kepada guru-guru di sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

................................................... ................................................... ...................................................

( LING TONG ZHEN ) ( CHUAH JIE PING ) ( GAN LILY )

SJK (C) Hwa Lien Guru Penolong Kanan Kurikulum Guru Besaroleh:
Disahkan
SJK (C) Hwa Lien SJK Disahkan
(C) Hwa Lien
oleh:
Disahkan oleh:

...................................................

You might also like