You are on page 1of 3

AGAMA

Agama pada lazimnya bermaksud kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan terhadap


sesuatu kuasa yang ghaib atau sakti seperti Dewa dan ia juga amalan atau institusi yang berkait
rapat dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat
berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas iaitu merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.Kepercayaan
yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.
Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena
seperti yang perlakuan, sikap, penyataan dan benda-benda material. Contoh daripada perlakuan
ialah seperti sembahnyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Manakala dari segi sikap
pula ialah seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci
dan bersih terhadap agama. Kemudian, melalui pernyataan adalah seperti jambi,mantera dan
kalimat suci. Akhir sekali dari segi benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya
masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama
universal, daripada agama folk.Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan
menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Agama juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang
ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan
mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam
masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan
kriteria yang zahir. Contoh agama ialah “Agama Sejagat “ iaitu merupakan agama-agama yang
"besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat manusia.
Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya
seperti agama Islam, Kristian dan Buddha.
Selain itu “ Agama Rakyat “ yang merupakan agama kecil dan tidak mempunyai sifat
dakwah seperti agama sejagat. Amalannya hanya terhad kepada bangsa tertentu. Contohnya
seperti agama Taoisme dan agama Sikh. Seterusnya, “ Agama Bersumberkan wahyu “ pula
merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan
sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan
menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Seperti contoh agama Yahudi,
Kristian, Islam.

Kemudian, terdapat juga “ Agama Budaya “ iaitu merujuk kepada agama yang tidak
menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada
pelbagai sumber seperti pembuktian, adat, falsafah dan sebagainya. Contohnya adalah agama
Buddha dan Hindu. Dalam pada itu, terdapat juga “ Agama Monoteisme “ yang merupakan
agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Satu-
satunya agama ialah agama Islam. Dan akhir sekali, “ Agama Politeisme “ iaitu agama yang
menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan
boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu dan agama Taoisme.
SAINS

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.
Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau
maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan
pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti,
mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi.
Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang
mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi
sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar
sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.

Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan
manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan
bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen
beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang
diperolehi adalah benar dan tepat.

Inilah yang dipanggil sebagai kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini
sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia,
badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains
merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam
masa 100 tahun lagi.

You might also like