You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Pada masa kini, personaliti diri merupakan topik kritikal yang perlu dibicarakan
atau dibincangkan oleh semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan
personaliti merupakan aspek yang terpenting dalam membentuk masa depan
seseorang individu. Kini, masih ramai yang kurang peka malah tidak tahu akan
personaliti diri sendiri. Topik personaliti ini seharusnya dirunsingkan oleh ibu
bapa kerana mereka merupakan individu yang bertanggungjawab dalam
membentuk personaliti anak masing- masing. Perkataan personality berasal
daripada perkataan Inggeris iaitu ‘personalite’ dan perkataan Latin ‘personalis’
yang membawa maksud peribadi atau sifat peribadi serta pemikiran individu.
Manakala menurut Azizi et.al (2006), personaliti dimaksudkan sebagai susunan
unsur akal dan jiwa yang menentukan perbezaan tingkah laku atau tindakan
individu. Menurut sarjana Barat pula iaitu Waren dan Carmichael (1930),
personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada
sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada
persekitarannya. Sebenarnya, setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini
mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti tersendiri. Tiada individu yang
benar-benar sama daripada segi sifat-sifatnya malah setiap individu itu adalah
unik. Hal ini selaras dengan pendapat Lin et.al (2018) iaitu personaliti seseorang
individu berbeza di antara satu sama lain dalam beberapa perkara. Oleh itu,
aspek personaliti amat perlu dititikberatkan dan diambil cakna oleh setiap
individu bagi membolehkan kita memanfaatkan atau memaksimumkan
kebolehan yang sedia ada dalam diri.

2.0 FOKUS ISU


Isu yang akan dibincangkan dalam laporan kajian ini ialah berkaitan dengan
personaliti diri. Personaliti diri dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
‘extrovert’, ‘ambivert’ dan ‘introvert’. ‘Extrovert’ dapat dijelaskan sebagai sifat
individu yang bersikap optimis. Golongan ini gemar bergaul dengan orang ramai
dan mencari keseronokan. Secara jelasnya, golongan ini merupakan individu
yang mudah didekati dan optimis dalam kehidupan. Selain itu, ‘ambivert’.
Seterusnya, golongan yang berpersonaliti ‘introvert’ pula merupakan seorang
yang pendiam tetapi sangat bertimbang rasa. Mereka sering kali bersendirian
dan tidak gemar akan perhatian malah mereka berasa gembira jika kerja mereka
dihargai walaupun hanya duduk di belakang tabir. Secara umumnya, kajian ini
berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti pelajar di Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan sama ada berpersonaliti ‘extrovert’, ‘ambivert’ atau
‘introvert’. Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang pelajar daripada pelbagai latar
belakang di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM)
menggunakan persampelan rawak. Isu ini dipilih sebagai kajian kerana isu ini
kurang diberi perhatian oleh sebilangan masyarakat padahal ia merupakan satu
aspek yang mempengaruhi masa depan individu terutamanya remaja. Hal ini
selaras dengan pendapat Eysenck (1979), iaitu personaliti memainkan peranan
yang penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar.
Tambahan pula, apabila seseorang pelajar mengetahui dan mengenal dengan
mendalam personaliti diri sendiri, mereka lebih mudah memanfaatkan personaliti
tersebut ke arah kemajuan diri. Ketiga-tiga personaliti mempunyai keistimewaan
dan keunikan tersendiri dan dapat diserlahkan potensinya mengikut cara yang
berlainan.

3.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Kajian saya berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal
selidik. Saya menggunakan aplikasi ‘google form’ sebagai medium untuk soal
selidik mengenai personaliti para pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan (IPGKSM). Menurut Mohd. Majid (1990), penyelidikan deskriptif
merupakan satu penyelidikan yang menerangkan situasi atau fenomena yang
sedang berlaku atau menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji.
Kajian ini dijalankan terhadap 30 pelajar daripada pelbagai latar belakang di
IPGKSM menggunakan persampelan rawak. Menurut Othman dan Norazmah
(2010), sampel merupakan satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data
sekaligus penggunaan sampel ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan
perbelanjaan. Kajian ini menggunakan aplikasi ‘google form’ yang mengandungi
lima buah soalan yang berkaitan personaliti diri. Soalan yang pertama adalah
mengenai status jantina respondan. Manakala, soalan kedua pula mengenai
jenis personaliti respondan sama ada ‘extrovert’, ‘ambivert’ atau ‘introvert’.
Soalan ketiga pula adalah mengenai pendapat respondan sama ada mereka
berpuas hati atau tidak dengan personaliti mereka sekarang. Soalan keeempat
pula adalah untuk melihat adakah para respon mengetahui cara untuk
memanfaatkan personaliti diri mereka dalam memajukan diri. Akhir sekali, soalan
yang diutarakan adalah mengenai faktor yang mendorong respondan
berpersonaliti sedemikian. Data yang dikumpul dapat dimudahkan dalam bentuk
Jadual 1 di bawah:

Demografi Kategori Kekerapan (n) Peratusan (%)


Jantina Lelaki 12 40
Perempuan 18 60
Jenis personaliti Extrovert 17 56.7
Ambivert 8 26.7
Introvert 5 16.7
Berpuas hati atau Ya 24 80
Tidak 6 20
tidak dengan
personaliti
sekarang
Mengetahui cara Ya 19 63.3
Tidak 11 36.7
memanfaatkan
personaliti demi
kemajuan
Faktor mendorong Keluarga dan 7 23.3
jenis personaliti saudara-mara
Rakan-rakan 7 23.3
Persekitaran 8 26.7
Keturunan 8 26.7
N= 30

JADUAL 1

Jadual 1 menunjukkan majoriti jantina responden adalah pelajar perempuan iaitu


seramai 18 orang (60%) manakala selebihnya pelajar lelaki yang terlibat pula
mencatatkan jumlah seramai 12 orang (40%). Seterusnya, majoriti jenis
personaliti respondan adalah ‘extrovert’ iaitu sebanyak 17 orang (56.7%)
manakala personaliti ‘ambivert’ pula menduduki tempat kedua iaitu seramai 8
orang pelajar (26.7%). Akhir sekali, jenis personaliti ‘introvert’ adalah yang paling
sedikit bilangannya iaitu sebanyak 5 orang sahaja (16.7%). Majoriti responden
berpuas hati dengan personaliti mereka sekarang iaitu seramai 24 orang pelajar
(80%). Manakala, responden yang tidak berpuas hati dengan personaliti mereka
sekarang adalah seramai 6 orang (20%). Tambahan lagi, majoriti responden
yang tahu untuk memanfaatkan personaliti mereka untuk memajukan diri adalah
seramai 19 orang (63.3%) tetapi responden yang tidak tahu memanfaatkan
personaliti pula adalah seramai 11 orang (36.7%). Akhir sekali, majoriti faktor
yang mendorong responden berpersonaliti sedemikian adalah faktor
persekitaran dan faktor keturunan iaitu sama-sama mencatat 8 orang bilangan
pelajar (26.7%). Manakala, faktor keluaraga dan saudara-mara serta faktor
rakan-rakan pula sama-sama mencatat seramai 7 orang pelajar.

Ukuran berangka yang boleh digunakan ialah mod. Mod ialah nilai yang paling
kerap sekali diulang di dalam sesuatu data tertentu. Berdasarkan jadual di atas,
jenis personaliti yang paling tinggi dalam kalangan pelajar ialah personaliti
‘extrovert’. Jadi, secara tidak langsung mod data di atas ialah ‘extrovert’.

4.0 ANALISIS/HURAIAN DATA

JENIS PERSONALITI PELAJAR DI IPGKSM


18 17
16
BILANGAN PELAJAR

14

12

10
8
8

6 5
4

0
EXTROVERT AMBIVERT INTROVERT

JENIS PERSONALITI

Rajah 1 Graf Bar Personaliti Pelajar IPGKSM


Antara ukuran berangka yang boleh digunakan dalam data di atas ialah mod.
Mod bagi data di atas ialah extrovert kerana ia mempunyai kekerapan yang
paling tinggi.
Berdasarkan ukuran berangka yang didapati seperti di atas, modnya ialah
extrovert. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majoriti pelajar
IPGKSM berpersonaliti extrovert iaitu mudah bergaul dan bersifat optimis.
Personaliti extrovert ini memang sesuai sekali dengan kerjaya seorang guru
yang merupakan kerjaya para siswa siswi di IPGKSM. Jadi, memang wajar jika
majoriti pelajar memilih extrovert sebagai personaliti mereka. Personaliti
extrovert juga menjadi pilihan majoriti adalah disebabkan latar belakang mereka.
Segelintir pelajar mempunyai ibu bapa yang berkerjaya sebagai guru dan ini
menyebabkan mereka mengikut jejak personaliti ibu bapa mereka. Seperti yang
sedia maklum, salah satu sifat guru adalah peramah dan mudah bergaul dengan
pelbagai golongan terutama murid-murid. Guru juga perlu berpersonaliti extrovert
kerana mereka akan menghadapi dan berdepan dengan pelajar-pelajar yang
penuh dengan persoalan di dalam minda. Selain itu, personaliti extrovert menjadi
pilihan majoriti pelajar di IPGKSM adalah kerana mereka dikelilingi oleh rakan-
rakan yang berpersonaliti sedemikian. Selaras dengan pandangan, rakan
merupakan cerminan diri kita.
Seterusnya, personaliti dalam kalangan pelajar di IPGKSM perlu
dibimbangkan juga kerana terdapat segelintir respondan yang memilih introvert
sebagai jenis personaliti mereka. Hal ini agak merisaukan kerana personaliti
tersebut kurang sesuai dengan kerjaya guru yang mementingkan pergaulan
sosial. Seperti yang kita sedia maklum, personaliti introvert merupakan sikap
suka berseorangan dan tidak gemar duduk dalam kumpulan yang besar. Hal ini
menyebabkan pelajar tersebut akan mengalami kesukaran apabila sudah keluar
mengajar di sekolah kerana sebagai guru, mereka perlu berhadapan dengan
pelbagai golongan termasuklah ibu bapa dan masyarakat luar. Oleh itu,
cadangan saya bagi mengatasi masalah ini ialah pihak yang bertanggungjawab
dalam menguruskan kecemerlangan pelajar di IPGKSM perlu mengadakan
beberapa aktiviti yang dapat membina personaliti atau jati diri pelajar supaya
lebih produktif dan aktif. Contohnya, program bina jati diri atau program khusus
bagi mengenal personality masing-masing. Program-program sebegini sekaligus
dapat meningkatkan keyakinan diri mereka bagi menghadapi masa depan
sebagai guru yang berkualiti.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar-pelajar di IPGKSM didapati
memiliki personaliti jenis extrovert berbanding dengan personaliti jenis ambivert
dan introvert. Jika dilihat dengan lebis spesifik, personaliti memainkan peranan
yang penting dalam membentuk jati diri seseorang individu. Kajian ini dilihat
mempunyai implikasi yang secara tidak langsung memberikan pengetahuan
kepada mahasiswa dalam mengenal pasti jenis personality masing-masing.
Tambahan lagi, pelajar juga dapat mengetahui cara memanfaatkan personality
mereka ke arah kebaikan. Sebenarnya, ramai pelajar yang masih tidak tahu
bahawa personaliti mereka dapat membawa keuntungan dan kebaikan kepada
mereka. Malah ada segelintir yang merasakan mereka dipandang rendah jika
berpersonaliti sedemikian. Sudah terang lagi bersuluh, setiap personality
manusia adalah berbeza antara satu sama lain dan inilah yang menghasilkan
keunikan yang tersendiri. Akhir sekali, semua pelajar seharusnya mengetahui,
menghargai dan memanfaatkan personaliti masing-masing demi masa depan
mereka.

You might also like