You are on page 1of 6

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEORI KOMUNIKASI
SCCA 1023
SEMESTER APRIL SESI 2018/2019

DISEDIAKAN UNTUK
PN. ROZANA ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH
NAMA : FARHAN BIN MOHAMAD HANAPI
NO. MATRIKS : 257321

TAJUK
HURAIKAN PROSES PEMBENTUKAN SESEBUAH TEORI KOMUNIKSI

TARIKH SERAHAN

24 JUN 2018
PENGENALAN

Teori berasal dari perkataan Yunani, iaitu therio yang bererti pemandangan. Merujuk kepada
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1423) teori bermaksud:

1. Pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang
dikemukan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain.
2. Prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi sesuatu pengetahuan.
3. Asas, dasar (bukan amalan atau apa biasanya berlaku).

Namun demikian menurut Mana Sikana (1997 : 150) : bahawa teori merupakan gagasan
tentang definisi , konsep, prinsip, keteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek.
Menurut beliau lagi terdapat sifat umum teori, iaitu: Mengandungi kumpulan saranan,
Penjelasan tentang Subjek dan Objektif dan Deskripsi secara sistematis akan fenomena dan
perubahannya.

Teori komunikasi merupakan satu proses yang memainkan peranan penting kepada masyarakat
dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia seharian bagi mencapai
objektif yang tersendiri. Sejak dari awal lagi manusia berkomunikasi dalam bentuk lisan, tulisan
dan lakaran pada sesuatu objek dan permukaan gua. Melalui proses komunikasi ini manusia
dapat berkongsi maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan
dan pengakhiran.

Teori Komunikasi terdiri daripada empat komponen utama iaitu bermula daripada sumber,
dimana orang yang mempunyai ataupun membawa sesuatu maklumat; maklumat ataupun
mesej yang hendak disampaikan saluran yang digunakan untuk menyampaikan.maklumat
tersebut dan akhir sekali adalah penerima iaitu pihak yang menerima mesej tersebut. Dalam hal
ini, apabila maklumat berjaya disampaikan oleh sumber kepada penerima, dan penerimanya
berjaya melakukan seperti apa yang disampaikan oelh sumber, maka suatu komunikasi tersebut
dianggap berjaya.
Sesuatu teori mempunyai ciri-ciri tertentu ( Syed Arabi, 1998 ). Teori merupakan satu
kenyataan yang bersifat tetap dan kosisten. Bagi menerangkan fenomena yang sama, tidak
seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Teori perlu
dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas. Teori juga hendaklah mengandungi konsep
yang membolehkan pengkaji membuat ujian dan keputusan. Sesuatu teori yang sempurna
bermakna ia telah diuji dan sentiasa diuji. Proses pengembangan atau pembentukan teori
secara umumnya mengikut model eksperimental. Peringkat pertama dalam proses
penyelidikan- penyelidikan dimulakan dengan pertanyaan soalan. Mengikut Miller and
Nicholson (1976), Setiap proses penyelidikan dimulakan dengan cara yang teratur dan
sistematik. Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan fenomena
komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori
masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan.
Tanpa penyelidikan kita dapat membentuk teori yang berkesan dan mantap dan umum bagi
menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif perkara
yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian kajian yang
dijalankan oleh penyelidik. Ada yang berminat mengkaji rekod dan artifak, ada juga yeng
melibatkan diri sendiri dalam pemerhatian. Selain itu ada juga menggunakan perlalatan dan uji
kaji yang terkawal, da nada yangmembuat kajian tinjauan menggunakan soal selidik atau boring
temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada soalan
yang dibentuk pada tahap pertama. Peringkat ketiga iaitu membentuk jawapan. Pada peringkat
ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerangkan dan menjelaskan bagi membuat
pertimbangan. Setiap peringkat berkait dengan peringkat-peringkat lain dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain.
Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat dicabar oleh pemerhatian
dan persoalan. Teori juga dapat menjurus kepada persoalan-persoalan baru dan sebahagian
pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori.
Peringkat ini perlu memberi definisi, penerangan, membuat pertimbangan. Jawapan boleh
menggalakkan kajian seterusnya. Borman (1965) mengatakan bahawa kaedah keilmuan
komunikasi terbahagi kepada 3 iaitu keilmuan, saintifik, keilmuan humanistik dan keilmuan
sains sosial. Keilmuan saintifik berobjektif membentuk satu piawai untuk kegunaan bersama.
Keilmuan saintifik adalah bermatlamatkan sains iaitu menjelaskan fenomena setepat mungkin.
Ia sesuai untuk kajian alam semulajadi. Keilmuan humanistik adalah berbentuk subjektif,
kaedah ini cuba memahami individu yang bersifat subjektif dan bertumu kepada manusia atau
individu. Kaedah ini sesuai untuk perkara-perkara seni, pengalaman peribadi. Interprestasi ilmu
banyak menggunakan gerak hati (intuition), kreativiti, interprestasi pemikiran dalam (insight).

Terdapat empat kaedah yang digunakan oleh penyelidik komunikasi untuk mengkaji fenomena
komunikasi iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi. Eksperimen dan tinjauan
adalah kaedah kuantitatif yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji teori manakala testual
dan etnologi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana kemanusiaan . ( Saodah
Wok.). Eksperimen adalah kaedah di mana ia cuba membentuk hubungan sebab akibat dengan
cara memanipulasi secara sistematik satu verabel bebas dalam satu situasi ketat untuk melihat
kesan ke atas variable bergantung. Tujuan merupakan kaedah di mana boring soalselidik
digunakan bagi mendapatkan jawapan sendiri daripada responden manakala analisis tekstual
bertujuan menerangkan dan membuat interprestasi sesuatu mesej yang tidak terhad kepada
teks bertulis tetapi ekspresi simbolik. Etnografik pula merupakan kaedah melibatkan diri secara
peribadi dalam proses penyelidikan dengan memerhati, pendekatan intepretif dalam mengkaji
sesuatu fenomena. (Saodah Wok). Kaedah-kaedah di atas adalah amat penting dalam
membentuk teori komunikasi.
Terdapat beberapa pendekatan atau paradigma yang membentuk teori. Dalam disiplin
komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula dengan pemikiran tentang proses
maklumat menerusi pemikiran sibernetik (West dan Turner, 2003). Paradigma dalam konteks
pendekatan kontemporari. Pendekatan awal merujuk kepada pendekatan strukturalis dan
pendekatan tingkah laku. Pendekatan kontemporari pula merujuk kepada pendekat system,
pendekatan budaya dan pendekatan kritikal. Pembentukan teori bagi bidang komunikasi adalah
amat mencabar kerana ia adalah berdasarkan campuran berbagai-bagai disiplin dan ilmu.
(Littlejohn & Foss, 2005). Ditegaskan bahawa berbagai-bagai pendekatan perlu digunakan
dalam proses pembentukan dan pengembangan teori komunikasi dan tidak mungkin hanya
satu pendekatan dapat merungkai dan menjejaskan pelbagai-bagai fenomena yang berlaku di
dalam masyarakat. Kepelbagaian perspektif dalam pembentukan teori komunikasi boleh dan
sepatutnya berlaku.

KESIMPULAN

Teori Komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka itu, teori
komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik. Teori akan sentiasa di
rujuk dalam perbincangan, perbandingan. mengenal pasti dan memahami fenomena lepas.
Dengan adanya teori dalam kajian, kajian yang dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan
perkara- perkara yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, teori juga sentiasa dikembangkan
atau dipertingkatkan. Di samping itu juga terdapat situasi yang hanya berlaku pada masa
lampau dan ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah yang
dialami pada masa lampau, teori diperlukan.
RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2000. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori komunikasi. Bentong:
PTS Publication & Distributiors Sdn Bhd.

Vernon, C., Pearce.W. B., & Haris, L. (1979). The logic of the coordinated management of
meaning. Communication Education, 28, 22-38.

Theodorson, George dan Achilles Theodorson,


1970. A Modern Dictionary of Sociology. London: Methuen

Mana Sikana (peny.), 1997. Teori Santera dan Budaya dalam Kajian Akedemik. Bangi:
Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like