You are on page 1of 249

MPU3223_V2

Keusahawanan 2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU3223_V2
KEUSAHAWANAN 2
Norashidah Hashim
Prof Madya Abd Aziz Yusof
Ooi Yeng Keat
Armanurah Mohamad
Abd Razak Amir
Dr Oh Teik Hai
Abd Kadir Othman
Loo Sze Wei

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Penterjemah
Sharifay Ayeshah Syed Mohd Noori

Edisi kedua 2021


Edisi pertama 2012

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), MPU3223_V2
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvii

Topik 1 Pengenalan kepada Keusahawanan 1


1.1 Evolusi Keusahawanan 2
1.2 Konsep Keusahawanan 4
1.2.1 Keusahawanan 4
1.2.2 Siapakah Usahawan? 6
1.3 Kepentingan Keusahawanan 8
1.4 Mitos Keusahawanan 9
1.5 Perkembangan Keusahawanan di Malaysia 11
Rumusan 12
Kata Kunci 13

Topik 2 Mengenal Pasti Ciri-ciri Keusahawanan 14


2.1 Ciri-ciri Usahawan Berjaya 15
2.2 Penilaian Kendiri untuk Usahawan 19
2.3 Perbezaan antara Peniaga, Pengurus dengan Usahawan 19
2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dengan Usahawan 19
2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional 20
dengan Usahawan
Rumusan 21
Kata Kunci 22

Topik 3 Membentuk Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan 23


3.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Kreativiti? 24
3.2 Proses Kreativiti 25
3.3 Halangan kepada Kreativiti 27
3.4 Cara Menjana Idea Kreatif 29
3.5 Ciri-ciri Individu Kreatif 32
3.6 Apakah yang Dimaksudkan dengan Inovasi? 33
3.6.1 Jenis Inovasi 34
3.6.2 Sumber Inovasi 35
3.6.3 Penghalang Inovasi 36
3.7 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi bagi Usahawan 37
3.8 Strategi Menggalakkan Kreativiti dan Inovasi 38
Rumusan 40
Kata Kunci 41

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Penilaian Persekitaran Perniagaan 42


4.1 Komponen Persekitaran Perniagaan 43
4.2 Persekitaran Makro 45
4.2.1 Politik dan Undang-undang 46
4.2.2 Ekonomi 49
4.2.3 Sosiobudaya 50
4.2.4 Teknologi 51
4.3 Persekitaran Mikro 52
4.4 Persekitaran Dalaman Organisasi 57
4.5 Mengenal Pasti Peluang Perniagaan 57
4.5.1 Mengenal Peluang: Fasa Perspektif Proses 58
tentang Keusahawanan
4.5.2 E-Dagang sebagai Peluang Baharu 61
4.6 Penilaian Peluang Perniagaan 61
4.6.1 Magnitud Peluang 63
4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu 64
4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu 65
Rumusan 66
Kata Kunci 67

Topik 5 Pelan Perniagaan 68


5.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Pelan Perniagaan? 69
5.2 Kepentingan Pelan Perniagaan 71
5.3 Siapakah yang Memerlukan Pelan Perniagaan? 73
5.4 Unsur Penting dalam Pelan Perniagaan yang Baik 75
5.5 Panduan dalam Menyediakan Pelan Perniagaan 78
5.6 Halangan yang Perlu Dihindari Semasa Membuat 80
Perancangan
Rumusan 82
Kata Kunci 82

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Memulakan Perniagaan Baharu 83


6.1 Jenis Perniagaan 84
6.2 Perniagaan Baharu 84
6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu 84
6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu 85
6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu 86
6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada 87
6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada 88
6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada 88
6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada 92
6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada 93
6.4 Francais 94
6.4.1 Maksud Francais 94
6.4.2 Kelebihan Francais 95
6.4.3 Kelemahan Francais 96
6.5 Struktur Sah untuk Perniagaan Baharu 98
6.5.1 Perniagaan Tunggal 98
6.5.2 Perkongsian 100
6.5.3 Syarikat 103
6.6 Sumber Modal untuk Aktiviti Keusahawanan 105
Rumusan 107
Kata Kunci 108

Topik 7 Jaringan Usahawan 109


7.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Jaringan? 110
7.2 Kelebihan Mempunyai Jaringan yang Baik 110
7.3 Apakah yang Dimaksudkan dengan Jaringan Strategik? 111
7.4 Jenis Jaringan 112
7.5 Kepentingan Jaringan 113
7.6 Cara Membina Jaringan Strategik 115
7.7 Usahawan dan Jaringan 117
7.8 Gabungan Jaringan Strategik 118
7.9 Teknik Membina Keyakinan dalam Kalangan Usahawan 120
7.10 Halangan dalam Membina Jaringan Strategik 122
Rumusan 127
Kata Kunci 128

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Penilaian Peluang Keusahawanan 129


8.1 Halangan dalam Memilih Perniagaan Baharu 130
8.2 Faktor Kritikal untuk Pembangunan Perniagaan Baharu 132
8.3 Mengapa Perniagaan Baharu Gagal 135
8.4 Proses Penilaian 136
Rumusan 140
Kata Kunci 140

Topik 9 Perancangan Kewangan Peribadi dan Usahawan 141


9.1 Keperluan terhadap Perancangan Kewangan Peribadi 142
9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan 143
9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan 144
9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan 145
9.2 Kuasa Wang 146
9.2.1 Cara Menetapkan Matlamat Anda 147
9.2.2 Matlamat Penting ă Menyimpan Wang untuk 148
Kecemasan
9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa-apa yang Anda Miliki 149
dan Hutang Anda
9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda 151
9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda 152
9.3 Asas Membuat Bajet 154
9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan 154
9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda 156
9.4 Hidup dalam Batas Kemampuan 160
9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda 160
9.4.2 Bijak Berbelanja 161
9.4.3 Menangguhkan Kepuasan 161
9.5 Tanda Awal Masalah Kewangan 162
9.6 Mengeluarkan Diri daripada Masalah Kewangan 164
9.6.1 Kelayakan Kredit Anda 164
9.6.2 Apakah yang Boleh Berlaku? 165
Rumusan 166
Kata Kunci 166

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 10 Mencapai Impian Kewangan Peribadi Usahawan 167


10.1 Membina Kekayaan 168
10.1.1 Tabiat Menabung 168
10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih melalui Simpanan 170
dan Pelaburan
10.1.3 Jenis Pelaburan 173
10.2 Merancang untuk Situasi yang Tidak Diduga 177
10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan 177
10.2.2 Jenis Insurans 179
10.2.3 Takaful 183
10.3 Pengurusan Hutang: Asas Pinjaman 186
10.3.1 Pinjaman dan Kredit 186
10.3.2 Jenis Pinjaman 188
10.3.3 Jenis Kad, Perangkap Kredit dan Tip 195
Menggunakan Kad Kredit
10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayaran Pinjaman 198
Rumusan 201
Kata Kunci 202

Jawapan 203

Rujukan 224

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3223_V2 Keusahawanan 2 ialah salah satu kursus yang ditawarkan di
Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus
dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini diwajibkan bagi semua pelajar OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara kendiri dan
mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada. Sebelum
anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan kursus yang
betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut dikendalikan.

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 3 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 120 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT ă student learning time).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Huraikan konsep-konsep asas, teori-teori keusahawanan dan kenal pasti


ciri-ciri usahawan yang berjaya.

2. Nilaikan secara kritis peluang-peluang perniagaan selaras dengan


konsep-konsep dan teori-teori keusahawanan.

3. Cadangkan satu usaha baru perniagaan melalui pembentukan satu laporan


rancangan perniagaan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:

Topik 1 memperkenalkan dan memberi definisi usahawan dan membincangkan


evolusi keusahawanan dari zaman terawal sehingga ke hari ini. Ia menghuraikan
kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara. Topik
ini juga menjelaskan 10 mitos keusahawanan dan senario pembangunan
keusahawanan di Malaysia.

Topik 2 bertumpu kepada 16 ciri keusahawanan yang paling lazim disebut.


Penilaian kendiri usahawan ialah kaedah mendapatkan pengetahuan mendalam
tentang potensi keusahawanan seseorang. Topik ini bukan sahaja menerangkan
perbezaan antara pemilik perniagaan kecil dan usahawan tetapi juga perbezaan
antara pengurus konvensional dan usahawan.

Topik 3 bertumpu kepada kreativiti dan inovasi. Usahawan perlu mengetahui


definisi, kelebihan dan hubungan kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.
Topik ini juga menjelaskan halangan kepada kreativiti dan inovasi serta
strategi menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan usahawan dalam
perniagaan hari ini. Pelajar akan didedahkan kepada peluang dan cabaran
dalam membentuk idea yang kreatif dan inovatif serta produk dan perkhidmatan
yang memenuhi cabaran persekitaran perniagaan zaman kini yang kompetitif.

Topik 4 memberikan fokus kepada penilaian persekitaran dalam mengejar


peluang perniagaan dan mengenal pasti ancaman yang wujud dalam
persekitaran. Ia juga menerangkan unsur persekitaran luaran dan dalaman
perniagaan yang mempengaruhi keputusan dan aktiviti keusahawanan.

Topik 5 menggariskan teknik menyediakan pelan perniagaan yang akan


membantu pelajar menilai pelan perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.
Pelajar akan diajar membuat pelan induk (blueprint) untuk pelan perniagaan
yang realistik. Mereka juga didedahkan kepada beberapa kaedah dan teknik
dalam menyediakan pelan perniagaan yang efektif.

Topik 6 menghuraikan pelbagai jenis perniagaan yang boleh dijalankan oleh


usahawan. Di sini, pelajar akan diperkenalkan kepada tiga jenis perniagaan
yang biasa. Ia juga akan menerangkan beberapa fasa mengenai langkah
permulaan yang perlu diambil apabila usahawan ingin membeli perniagaan
sedia ada. Kita juga akan membincangkan beberapa kelebihan dan kelemahan
jenis perniagaan yang berbeza, struktur sah untuk perniagaan baharu dan
beberapa sumber modal untuk usahawan memulakan perniagaan baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 7 membincangkan kepentingan rangkaian untuk usahawan. Rangkaian


ialah salah satu pendekatan perniagaan yang menyumbang kepada kejayaan
usahawan. Jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik dengan pelanggan
luaran dan dalaman, ia akan menjadi lebih senang bagi mereka untuk memperoleh
peluang perniagaan dan menangani sebahagian daripada masalah berkaitan
dengan perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana rangkaian yang baik akan
membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada rangkaian
mereka. Oleh itu, setiap usahawan patut mengembangkan kemahiran rangkaian
untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan mereka.

Topik 8 membincangkan penilaian peluang keusahawanan. Topik ini juga


menjelaskan enam halangan yang lazim dalam memilih perniagaan baharu.
Pelajar turut akan didedahkan kepada faktor kritikal yang terlibat dalam penilaian
perniagaan baharu dan faktor asas kejayaan perniagaan. Proses penilaian yang
efektif untuk perniagaan baharu juga akan diteliti dalam topik ini.

Topik 9 membincangkan keperluan terhadap perancangan kewangan peribadi


serta meneliti langkah dan manfaat perancangan kewangan. Ia juga akan
menerangkan kuasa wang dari segi membina kejayaan kewangan, dan
perancangan bajet dan perbelanjaan asas bagi usahawan. Topik ini turut akan
membincangkan beberapa tanda awal kemelut kewangan yang mungkin
dihadapi oleh usahawan dan menerangkan pendekatan yang boleh diambil
oleh usahawan untuk mengatasi masalah kewangan itu.

Topik 10 menerangkan pembinaan kekayaan usahawan dengan mempunyai


tabiat menabung yang baik kerana amalan ini akhirnya akan meningkatkan nilai
bersih usahawan dalam jangka panjang. Topik ini juga akan membincangkan
keperluan usahawan untuk merancang ketidakpastian pada masa depan dengan
mempertimbangkan beberapa jenis perlindungan insurans atau takaful. Pelajar
akan diberi pendedahan mengenai pelbagai jenis pinjaman dan kad kredit yang
disediakan. Mereka akan belajar cara mengurus pinjaman mereka dengan cekap
dan mengelakkan terjebak dalam perangkap kredit dan menjadi pemungkir
hutang (credit defaulter).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik,
anda digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

Semak Kendiri: Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik


tertentu di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen ini,
renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan cuba menjawab
soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh mana anda memahami
subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk soalan yang ditanya terdapat
dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada


bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek atau
melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin perlu menilai
senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha merenungkan
apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini dan mengguna pakainya
pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda perlu mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam menganalisis,
mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan mendefinisikan sesuatu.

Rumusan: Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya dapat
mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik tersebut. Jika anda
dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham dengan sepenuhnya, sila kembali
membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan, sila kembali
mencari terma berkenaan dalam modul.

Rujukan: Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus
(pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda
digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda
berkenaan kursus ini.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abd Aziz Yusof. (2000). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian. Prentice
Hall Sprint Print.

Hisrich, R. D., & Peters, M. P. (1998). Entrepreneurship: Starting, developing


and managing a new enterprise (Ed. ke-4). Irwin.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2003). Entrepreneurship: Contemporary


approach (Ed. ke-6). South-Western Educational Publishing.

Marc, J. D. (2007). Entrepreneurship: Strategies and resources. Marsh Publications.

Mohd Salleh Din, Hoe C. H., Norashidah H., Rosli M., Habshah B., Ooi Y. K.,
Armanurah M., Shuhymee A., Norita D., & Lily Julienty A. B. (2004). Asas
keusahawanan. Thomson.

Zimmerer, T. W., & Scarborough, N. M., (2007). Essential of entrepreneurship


and small business management (Ed. ke-5). Prentice Hall.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
kepada
1 Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan evolusi dan konsep keusahawanan.
2. Membincangkan kepentingan keusahawanan.
3. Mengenal pasti 10 mitos keusahawanan.
4. Membincangkan pembangunan keusahawanan di Malaysia.

 PENGENALAN
Selamat datang ke alam keusahawanan!

Kebanyakan yang anda dengar mengenai keusahawanan, semuanya salah.


Ia bukan silap mata, ia bukan misteri dan ia tiada kaitan dengan gen. Ia suatu
bidang dan ia boleh dipelajari.
Peter F. Drucker
Inovasi dan Keusahawanan

(Kuratko & Hodgetts, 2001)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Keusahawanan diperkenalkan oleh pakar ekonomi abad ke-18 sebagai topik


untuk dibincangkan dan dianalisis, dan terus menarik perhatian pakar ekonomi
abad ke-19. Pada abad ke-20, perkataan „keusahawanan‰ menjadi sinonim dengan
perusahaan bebas. Usahawan diiktiraf sebagai ejen perubahan yang membawa
idea yang kreatif dan inovatif untuk perniagaan dan membantu perniagaan
berkembang dan membawa keuntungan. Keusahawanan merupakan simbol
kegigihan dan pencapaian dalam perniagaan. Keusahawanan adalah penting
kepada individu, masyarakat dan negara serta diakui di serata dunia sebagai
pemangkin pembangunan ekonomi. Topik ini membincangkan evolusi, konsep
keusahawanan, kepentingan keusahawanan, mitos keusahawanan dan
pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.1 EVOLUSI KEUSAHAWANAN


Perkataan entrepreneur (usahawan) berasal daripada perkataan bahasa Perancis
entreprendre yang bermaksud „menjalankan‰. Evolusi dan perkembangan teori
keusahawanan boleh dirumuskan seperti dipaparkan dalam Jadual 1.1. Konsep
usahawan dan keusahawanan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam
perbincangan selanjutnya.

Jadual 1.1: Evolusi dan Perkembangan Teori Keusahawanan

Zaman Teori dan Konsep

Zaman paling awal Contoh seorang usahawan ialah Marco Polo, yang cuba
mewujudkan jalan perdagangan ke Timur Jauh. Beliau
menandatangani kontrak dengan seorang ahli kewangan
(kapitalis) untuk menjual barangannya. Kapitalis tersebut
menanggung risiko secara pasif, manakala Marco Polo, yang
merupakan penjelajah dan pedagang, memainkan peranan
aktif dalam menjalankan perniagaan dan menanggung segala
risiko fizikal dan emosi. Apabila beliau sudah selesai menjual
barangannya, beliau berkongsi keuntungan yang diperoleh
dengan kapitalis tersebut.

Zaman pertengahan Pada zaman ini, istilah „usahawan‰ digunakan untuk seorang
yang bertanggungjawab menguruskan projek pengeluaran
yang besar. Beliau menguruskan projek dengan menggunakan
sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung
sebarang risiko. Contoh usahawan di zaman ini ialah mereka
yang bertanggungjawab mengelolakan pembinaan seni bina
yang hebat seperti bangunan awam dan gereja besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  3

Abad ke-17 Pada abad ini, keusahawanan dikaitkan dengan risiko.


Usahawan ialah orang yang membuat perjanjian kontrak
dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan ataupun
membekalkan produk. Harga kontrak ditentukan dan sebarang
keuntungan diambil oleh usahawan tersebut.

Semasa dalam abad ini, pakar ekonomi Richard Cantillon,


yang dianggap sebagai pengasas perkataan usahawan,
mengembangkan salah satu teori mengenai usahawan. Beliau
melihat usahawan sebagai pengambil risiko. Pada pengamatan
Cantillon, usahawan pada abad ini ialah pedagang, petani,
tukang mahir dan pemilik tunggal lain. Mereka membeli
pada harga tertentu dan menjual pada harga yang tidak
menentu, maka mereka beroperasi dengan menanggung risiko.

Abad ke-18 Pada abad ke-18, usahawan dibezakan dengan penyedia


modal. Hal ini terjadi akibat industrialisasi yang sedang
berlaku di serata dunia. Kebanyakan ciptaan pada zaman ini
merupakan reaksi kepada dunia yang sedang mengalami
perubahan. Contohnya, kes melibatkan ciptaan oleh Eli
Whitney dan Thomas Edison. Kedua-dua Eli Whitney dan
Thomas Edison mencipta teknologi baharu tetapi tidak mampu
membiayai ciptaan mereka. Eli Whitney dan Thomas Edison
merupakan pengguna modal (usahawan) dan bukan penyedia
modal (kapitalis perniagaan baharu).

Abad ke-19 dan Pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20, usahawan kerap
ke-20 disamakan dengan pengurus. Pada pertengahan abad ke-20
pula, usahawan dianggap sebagai seorang yang membawa
pembaharuan. Fungsi usahawan adalah untuk membuat
reformasi ataupun revolusi dalam corak pengeluaran dengan
menggunakan ciptaan atau teknologi yang belum pernah
dicuba untuk mengeluarkan sebuah komoditi baharu atau
mengeluarkan komoditi lama dengan cara baharu.

Abad ke-21 Usahawan dianggap sebagai tokoh perusahaan bebas.


Kebanyakan mereka menggunakan inovasi dan kreativiti
untuk membina perusahaan yang bernilai jutaan ringgit.
Mereka mencipta produk dan perkhidmatan baharu dan
menanggung risiko yang dikaitkan dengan usaha baharu ini.
Pada hari ini, ramai menganggap keusahawanan sebagai
penerokaan dalam bidang perniagaan (Kurato & Hodgetts,
2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

1.2 KONSEP KEUSAHAWANAN


Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari konsep keusahawanan. Mari kita
meneruskan pembacaan.

AKTIVITI 1.1

Menurut Peter Drucker, keusahawanan ialah suatu disiplin yang boleh


dipelajari. Apakah pendapat anda mengenai kenyataan ini? Bincangkan
dengan rakah sekuliah anda dalam forum myINSPIRE.

1.2.1 Keusahawanan
Menurut Histrich dan Peters (1998), keusahawanan ialah suatu proses dinamik
mewujudkan kekayaan yang meningkat. Kekayaan itu dihasilkan oleh individu
yang mengambil risiko tinggi dari segi ekuiti, masa dan komitmen kerja atau
memberikan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia ialah proses
menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan masa dan
ikhtiar yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial,
dan menerima ganjaran dari segi kewangan, kepuasan hati dan kebebasan.
Definisi ini tertumpu pada empat aspek asas seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  5

Rajah 1.1: Empat Aspek Asas Keusahawanan Menurut Histrich dan Peters (1998)

Keusahawanan ditakrifkan oleh Kuratko dan Hodgetts (2004) sebagai proses


inovasi dan memulakan perniagaan baharu menerusi empat dimensi utama, iaitu:

 individu

 organisasi

 persekitaran

 proses

Keempat-empat dimensi tersebut dibantu melalui jalinan kerjasama kerajaan,


pendidikan dan institusi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Dalam mengiktiraf kepentingan keusahawanan pada abad ke-21, Kuratko


dan Hodgetts (2004) membangunkan definisi yang berintegrasi mengenai
keusahawanan seperti yang berikut:

Keusahawanan ialah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan.


Ia menuntut penggunaan tenaga dan semangat untuk mencipta dan
melaksanakan idea baharu serta cadangan yang kreatif. Ramuan paling
penting termasuk kerelaan untuk mengambil risiko yang dihitung dari
segi masa, modal atau kerjaya; kebolehan mewujudkan kumpulan
perusahaan yang berkesan; kemahiran mendapatkan sumber yang
diperlukan; kemahiran asas membina perancangan perniagaan yang
kukuh; dan akhirnya, visi untuk mengenali peluang yang orang lain melihat
kekacauan, percanggahan dan kekeliruan.
(Kuratko & Hodgetts, 2001)

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan?

2. Apakah empat aspek asas keusahawanan?

1.2.2 Siapakah Usahawan?


Usahawan ialah peneroka kejayaan perniagaan hari ini. Kepekaan mereka
kepada peluang, ketekunan mereka untuk melakukan inovasi dan keupayaan
mereka untuk mencapai sesuatu menjadi alat mengukur perusahaan bebas.

Scarborough dan Zimmerer (1998) mentakrifkan usahawan sebagai


seseorang yang mencipta perniagaan baharu di sebalik ketidakpastian
untuk mencapai keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti
peluang dan mengumpul sumber yang perlu digunakan. Mereka biasanya
bermula dengan hanya idea yang ringkas dan mengumpul sumber yang
perlu untuk mengubah idea tersebut kepada suatu perniagaan yang boleh
berterusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  7

Kuratko dan Hodgetts (2004) mentakrifkan usahawan sebagai seseorang


yang mengurus, mentadbir dan menanggung risiko sebuah perniagaan.
Usahawan juga ialah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan
pencarian yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan
yang baik dalam urusan keusahawanan. Mereka bersikap optimistik dan
komited. Mereka bekerja dengan kreatif untuk mencipta sumber baharu
atau menambah baik sumber lama dengan keupayaan baharu untuk
mencipta kekayaan.

Pada hari ini, usahawan ialah seorang yang membawa pembaharuan atau
pembangunan. Dia mengenal pasti dan merebut peluang; mengubah peluang
kepada idea yang boleh dilakukan atau dipasarkan, menambah nilai melalui
masa, usaha, wang, atau kemahiran; mengambil risiko dalam pasaran yang
kompetitif untuk melaksanakan idea; dan merealisasikan pulangan daripada
usaha yang dibuat.

Makna dan definisi usahawan berbeza dari satu bidang ke bidang yang lain.
Contohnya, ahli ekonomi melihat usahawan sebagai seorang yang
menggabungkan sumber, tenaga kerja, bahan dan aset lain untuk membuat
kombinasi luar biasa yang menjadikan nilainya lebih besar daripada sebelumnya.
Mereka juga memperkenalkan perubahan, inovasi, dan peraturan baharu untuk
menjana keuntungan. Ahli psikologi mentakrifkan usahawan dari sudut tingkah
laku pencapaian. Bagi ahli psikologi, usahawan ialah individu yang terdorong
untuk mencari cabaran dan membuat pencapaian.

Walaupun setiap definisi ini melihat usahawan dari sudut berbeza, kesemuanya
mengandungi beberapa tanggapan yang sama seperti:

 pembaharuan

 kekayaan

 pengurusan

 penciptaan

 pengambilan risiko

Usahawan ialah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian


yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam
melaksanakan proses keusahawanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

AKTIVITI 1.2

Anda merupakan seorang usahawan yang akan membuka sebuah


restoran francais. Apakah yang perlu anda buat sebelum memulakan
perniagaan anda? Nyatakan idea anda dalam forum myINSPIRE.

1.3 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

AKTIVITI 1.3

Pada pandangan anda, apakah kepentingan keusahawanan kepada


individu, masyarakat dan negara? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

Keusahawanan adalah penting dalam dunia hari ini. Ia pemangkin perubahan


dan pertumbuhan ekonomi. Peranan keusahawanan dalam pembangunan
ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan pengeluaran dan
pendapatan per kapita. Ia melibatkan permulaan dan pelaksanaan perubahan
dalam struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini diiringi pertumbuhan
dan pertambahan pengeluaran.

Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi sebagai kunci


pertumbuhan ekonomi dalam membangunkan produk ataupun perkhidmatan
baharu untuk pasaran. Aktiviti inovasi juga merangsang minat melabur
dalam perniagaan baharu. Oleh itu, melalui proses inovasi, keusahawanan
menghasilkan pelaburan baharu dalam perniagaan baharu yang seterusnya
membawa kepada pembangunan ekonomi. Lebih banyak perniagaan dicipta,
lebih banyak pekerjaan baharu yang akan diwujudkan, yang seterusnya akan
mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan, melalui kreativiti dan proses inovasi, mengeluarkan produk dan


perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan manusia. Ia menyediakan
produk ataupun perkhidmatan spesifik yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam
mengeluarkan produk dan perkhidmatan ini, usahawan akan mencari jalan
yang lebih baik untuk menggunakan sumber dan mengurangkan pembaziran.
Hasilnya, masyarakat akan mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih
murah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  9

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui


produk dan perkhidmatan baharu yang dibawa ke pasaran. Lebih daripada itu,
usahawan juga amat bermurah hati dalam mengagihkan sebahagian besar
kekayaan mereka kepada yang wajar menerimanya. Oleh itu, usahawan ialah
individu yang mencipta kekayaan dan mempromosi pengagihan kekayaan.

1.4 MITOS KEUSAHAWANAN


Terdapat pelbagai mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini lahir akibat
kekurangan kajian mengenai keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004)
membincangkan 10 mitos keusahawanan seperti yang tertera dalam Jadual 1.2
berikut:

Jadual 1.2: Sepuluh Mitos Keusahawanan

Mitos Fakta

Mitos 1 Walaupun usahawan biasanya terdorong untuk bertindak,


Usahawan mereka juga ialah pemikir. Mereka sebenarnya sangat teratur
ialah pelaksana dan merancang langkah mereka dengan teliti. Mereka juga
bukan pemikir mempunyai langkah alternatif jika rancangan mereka gagal.
Hal ini menunjukkan mereka ialah pemikir dan pelaksana.

Mitos 2 Sesetengah usahawan dan bukan usahawan mengatakan bahawa


Usahawan sifat usahawan tidak boleh diajar ataupun dipelajari. Kata mereka,
dilahirkan, sifat keusahawanan adalah semula jadi dan seseorang itu perlu
bukan lahir dengan sifat tersebut untuk menjadi seorang usahawan.
dibentuk Walaupun begitu, kajian membuktikan yang sebaliknya, iaitu
keusahawanan boleh diajar dan dipelajari. Ia mempunyai model,
proses dan kajian kes yang membolehkannya dipelajari.

Mitos 3 Walaupun ramai usahawan ialah pencipta, terdapat ramai


Usahawan usahawan berjaya yang bukan pencipta. Contohnya, Ray Kroc
ialah pencipta tidak mencipta francais makanan segera tetapi idea inovatif
beliau menjadikan McDonaldÊs perniagaan makanan segera yang
terbesar di dunia. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang
menggunakan idea yang kreatif dan inovatif dalam usaha mereka
dan sifat ini boleh dipelajari.

Mitos 4 Kepercayaan ini muncul kerana sesetengah pemilik perniagaan


Usahawan yang berjaya memulakan perniagaan mereka setelah tercicir
ialah golongan dari sekolah atau meninggalkan sesuatu pekerjaan. Sejarah
yang tercicir menunjukkan ada usahawan yang tidak diiktiraf oleh institusi
dalam bidang pendidikan dan sosial. Namun, pada hari ini, usahawan tidak lagi
akademik dan dianggap golongan yang tercicir, malah dianggap sebagai
sosial golongan profesional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Mitos 5 Banyak buku dan artikel menyenaraikan sifat seorang usahawan


Usahawan yang berjaya. Senarai ini tidak pernah disahkan ataupun
mesti menepati sempurna. Ia cuma berasaskan kajian kes dan kajian tentang
profil tertentu individu yang berorientasikan pencapaian. Pada hari ini, kita
sedar bahawa adalah sukar untuk membuat satu profil usahawan
yang khusus. Ramai usahawan pada zaman ini tidak menepati
kesemua profil usahawan apabila mereka memulakan usaha
mereka.

Mitos 6 Adalah benar bahawa perniagaan memerlukan modal untuk


Semua beroperasi; ia juga benar bahawa banyak perniagaan gagal akibat
usahawan kekurangan kewangan. Namun, bagi usahawan, wang ialah
memerlukan sumber dan bukan tujuan mereka semata-mata.
wang

Mitos 7 Seorang itu tentunya bernasib baik sekiranya berada di tempat


Semua yang betul pada masa yang betul. Namun, tuah berlaku apabila
usahawan cukup persediaan dibuat apabila berhadapan dengan peluang.
memerlukan Perkara yang penting untuk usahawan merebut peluang ialah
tuah perancangan, persediaan, tekad, keinginan, ilmu, dan inovasi.

Mitos 8 „Terlalu banyak perancangan dan penilaian membawa kepada


Usahawan masalah yang berterusan.‰ Kenyataan ini tidak benar bagi pasaran
tidak perlu persaingan zaman sekarang. Faktor utama untuk menjadi
tahu banyak usahawan berjaya ialah perancangan dan persediaan yang teliti.
perkara Usahawan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sebuah
perniagaan, membuat satu jadual yang jelas dengan rancangan
untuk menangani sebarang masalah yang bakal timbul dan
meminimumkan masalah ini melalui pembuatan strategi yang
berhati-hati.

Mitos 9 Ia adalah benar bahawa ramai usahawan melalui banyak


Usahawan kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Kegagalan boleh memberi
mencari banyak pengajaran kepada usahawan dan kerap membawa
kejayaan tetapi kepada kejayaan pada masa hadapan. Usahawan selalu belajar
mengalami daripada kegagalan diri sendiri dan orang lain. Di sini, kegagalan
kadar berfungsi sebagai pembimbing dan penunjuk arah untuk masa
kegagalan yang depan mereka.
tinggi

Mitos 10 Konsep risiko ialah salah satu unsur utama dalam proses
Usahawan keusahawanan. Walau bagaimanapun, ramai orang beranggapan
ialah bahawa kebanyakan usahawan ialah pengambil risiko yang tinggi.
pengambil Hakikatnya, usahawan selalu mencari maklumat dan merancang
risiko yang sebelum mengambil sebarang tindakan. Hal ini bermakna
tinggi (ibarat usahawan beroperasi dengan risiko yang sederhana dan dihitung.
penjudi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  11

Mitos ini memberikan pandangan zaman sekarang mengenai keusahawanan.


Ia juga memberikan kerangka dan asas untuk mengkaji teori kontemporari
dan proses keusahawanan.

1.5 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN


DI MALAYSIA

AKTIVITI 1.4

Namakan beberapa polisi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan


keusahawanan tempatan.

Keusahawanan wujud di Malaysia (Malaya) sejak Melaka memulakan


perhubungan dengan pedagang asing lagi. Walau bagaimanapun, apabila orang
Inggeris menjajah Semenanjung Melayu, mereka menukar struktur masyarakat
dan mengamalkan sistem „pecah dan perintah‰. Akibatnya, orang Melayu bergiat
dalam bidang pentadbiran dan pertanian, manakala orang Cina menceburi
bidang perlombongan serta perniagaan dan orang India pula bekerja di estet
getah. Hal ini menyebabkan masyarakat Cina jauh ke depan dari masyarakat
Melayu dan India dalam bidang perniagaan.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan menyedari kepentingan


keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara, dan sumbangannya
kepada kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia mula memberikan
perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini. Dasar Ekonomi Baru
(1971ă1990), Polisi Pembangunan Negara (1990ă2000) dan Wawasan 2020
menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf usahawan


kerana mereka menyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995,
kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai
badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan perkembangan keusahawanan
di Malaysia. Pada hari ini, ia dinamakan Kementerian Pembangunan
Keusahawanan dan Koperasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

AKTIVITI 1.5

Sejauh manakah kerajaan Malaysia mengiktiraf dan menstrukturkan


kembali pembangunan keusahawanan di dalam negara? Kaji topik ini
dan kongsi dapatan anda. Anda boleh menggunakan Internet, surat
khabar dan buku sebagai sumber kajian anda.

LATIHAN 1.1

1. Apakah 10 mitos keusahawanan?

2. Bincangkan kepentingan keusahawanan.

3. Gambarkan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

 Kajian mengenai keusahawanan adalah relevan pada hari ini, bukan sahaja
kerana ia membantu usahawan menunaikan keperluan diri mereka tetapi
juga menyumbang kepada individu, masyarakat, negara dan dunia.

 Topik ini meneliti evolusi dan konsep keusahawanan dan membincangkan


kepentingan keusahawanan.

 Selain itu, 10 mitos keusahawanan yang utama dipersembahkan untuk


memberikan kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan mengenai
bidang kajian yang baru berkembang ini.

 Ia juga menyediakan kerangka dan asas untuk menyelidik teori kontemporari


dan proses keusahawanan.

 Pembangunan keusahawanan di Malaysia dibincangkan untuk memberikan


sejarah ringkas dan menjelaskan senario keusahawanan di Malaysia. Kerajaan
harus terus menggalakkan perkembangan bidang ini pada masa hadapan.

 Malahan, untuk merangsang pembangunan keusahawanan, pendidikan


keusahawanan ialah unsur penting untuk mendidik masyarakat dalam bidang
keusahawanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  13

Keusahawanan Perniagaan baharu


Mitos Risiko
Pecah dan perintah Usahawan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengenal Pasti
Ciri-ciri
2 Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mengenal pasti 16 ciri usahawan berjaya.
2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui ujian
penilaian kendiri usahawan.
3. Menghuraikan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara
peniaga, pengurus dengan usahawan.

 PENGENALAN

Usahawan ialah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang,


manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai masalah dan perkara yang
mengelirukan. Mereka ialah pemangkin agresif yang boleh mengubah
pasaran. Mereka juga dibandingkan dengan atlet Olimpik yang mencabar
diri sendiri untuk memecah rekod dunia, pelari jarak jauh yang tabah
menempuhi kesukaran dan konduktor orkestra yang mengimbang
kemahiran pemuzik dan bunyi yang berbeza untuk menghasilkan irama
yang padu atau juruterbang pesawat pejuang yang unggul yang
memberanikan diri mereka untuk terbang lebih laju dan tinggi. Apa-apa jua
minat mereka, disebabkan mereka menggunakan pelbagai cara, usahawan
ialah wira pasaran pada masa kini. Mereka menubuhkan syarikat dan
membuka peluang pekerjaan dalam masa yang cukup singkat. Mereka
berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan secara berterusan.

(Kuratko & Hodgetts, 2001)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  15

Topik ini menerangkan ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya, penilaian kendiri
usahawan dan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dengan pengurus.

2.1 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


Perbincangan berikut memberikan ringkasan terhadap 16 ciri yang paling
kerap dikaitkan dengan usahawan berjaya (rujuk Rajah 2.1). Walaupun ciri-ciri
baharu sentiasa ditambah kepada senarai ini, ia tetap memberikan pandangan
yang mendalam mengenai perspektif keusahawanan.

Rajah 2.1: Enam Belas Ciri Usahawan Berjaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Sekarang, mari kita meneliti ciri-ciri usahawan berjaya ini dengan lebih lanjut.

 Berinisiatif dan Bertanggungjawab


Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa usahawan yang berkesan giat
mencari dan mengambil inisiatif. Mereka secara sukarela meletakkan diri
mereka dalam situasi yang memerlukan mereka untuk bertanggungjawab atas
kejayaan atau kegagalan sesuatu operasi. Mereka berasa bertanggungjawab
atas hasil daripada usaha yang diceburi. Mereka juga suka mengambil
inisiatif dalam menyelesaikan masalah apabila tidak ada kepimpinan.

 Berkomitmen Tinggi
Memulakan suatu usaha dengan jayanya memerlukan komitmen sepenuhnya
daripada usahawan. Komitmen ini membantu mereka menangani kesilapan
dan rintangan yang membahayakan perniagaan mereka. Komitmen mereka
kepada idea dan perniagaan mereka akan menentukan tahap kejayaan
perniagaan mereka.

 Berorientasikan Peluang
Usahawan berfokuskan dan bermula dengan peluang, bukannya sumber,
struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang dan menggunakan
kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk membimbing mereka
dalam isu penting. Mereka bijak dalam mencari peluang. Dalam mencari
peluang perniagaan baharu, mereka memerhatikan peristiwa yang sama
seperti orang lain tetapi melihat benda yang berbeza. Mereka bukan sahaja
berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk
meraih peluang yang luar biasa.

 Pengambil Risiko Sederhana


Usahawan tidak mengambil risiko tanpa usul periksa; malah, mereka
pengambil risiko yang berhemah. Apabila mereka melibatkan diri dalam
sesuatu perniagaan, mereka membuat perhitungan dengan penuh teliti dan
memikirkannya dengan semasak-masaknya. Mereka mengelak daripada
mengambil risiko yang tidak perlu.

 Yakin dan Optimistik


Usahawan biasanya sangat yakin dan optimistik terhadap kemampuan
mereka untuk berjaya. Mereka cenderung untuk menjadi optimis mengenai
peluang mereka untuk berjaya dan biasanya sikap optimis ini berdasarkan
keadaan sebenar. Tahap keyakinan dan sifat optimistik mereka yang
tinggi adalah penyebab sesetengah usahawan yang paling berjaya telah gagal
lebih daripada sekali dalam perniagaan, sebelum akhirnya mencapai kejayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  17

 Kreatif dan Inovatif


Usahawan perlu kreatif dan inovatif untuk memperoleh kelebihan persaingan
dalam perniagaan mereka. Melalui minda dan imaginasi yang kreatif dan
inovatif, mereka boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan yang unik
untuk pelanggan. Kreativiti tidak diwarisi; ia boleh dipelajari.

 Mendapatkan Maklum Balas


Usahawan gemar mengetahui prestasi mereka dan sentiasa meminta maklum
balas. Mereka giat mendapatkan dan menggunakan maklum balas untuk
memperbaiki diri mereka serta prestasi perniagaan mereka. Melalui maklum
balas, usahawan juga dapat belajar daripada kesilapan mereka.

 Bermotivasi untuk Berjaya


Kejayaan merupakan motivasi utama usahawan. Mereka berdaya usaha
sendiri dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing, cemerlang
serta mengejar dan mencapai cita-cita dalam keadaan yang mencabar.
Usahawan kerap disalah anggap sering tertumpu sepenuhnya kepada
pemerolehan wang. Sebenarnya, wang cuma simbol kejayaan dan bukan
pemacu motivasi bagi usahawan.

 Berkebolehan dalam Membangunkan Visi


Usahawan mengetahui apa-apa yang ingin dicapai oleh mereka. Mereka
mempunyai visi ataupun konsep untuk syarikat mereka. Tidak semua
usahawan mempunyai visi pada awal penubuhan syarikat mereka. Dalam
kebanyakan kes, mereka membangunkan visi selepas menyedari keadaan
semasa syarikat mereka dan apa-apa yang boleh dicapai.

 Mahir dalam Mengurus


Membina perniagaan daripada permulaan bukannya perkara yang mudah.
Usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul pekerja yang diperlukan
untuk menjayakan sesuatu tugas. Mereka berkebolehan mengurus sumber
mereka secara berkesan untuk menukarkan visi kepada kenyataan.

 Lokus Kawalan Dalaman


Usahawan percaya kejayaan ataupun kegagalan perniagaan mereka
bergantung pada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran mereka
berada dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh
mempengaruhi hasil tindakan yang diambil oleh mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

 Bertoleransi terhadap Kegagalan


Usahawan tidak mudah kecewa, kesal, putus asa atau murung apabila
mengalami kegagalan. Malah, mereka belajar daripada kegagalan. Pada waktu
kesukaran, mereka masih lagi mencari peluang. Kebanyakan usahawan
percaya mereka lebih banyak belajar daripada kegagalan awal berbanding
dengan kejayaan awal mereka.

 Tahap Tenaga yang Tinggi


Usahawan mempunyai tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan
kebanyakan orang. Usahawan perlu bertenaga untuk membolehkan mereka
menanggung beban kerja yang berat dan menghadapi tekanan kerja yang
tinggi. Tenaga tersebut merupakan faktor yang kritikal kerana banyak
usaha diperlukan dalam memulakan sesuatu syarikat.

 Membina Pasukan
Kebanyakan usahawan berjaya mempunyai pasukan yang berkelayakan
tinggi dan bermotivasi untuk mengendalikan pertumbuhan dan
pembangunan perniagaan.

 Berdikari
Usahawan ialah orang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu
tugas mengikut cara mereka sendiri. Hal ini tidak bermakna mereka mesti
membuat semua keputusan. Sebaliknya, ini bererti mereka mahu mempunyai
kuasa untuk membuat keputusan yang penting.

 Fleksibel
Usahawan tidak tegar dalam perniagaan mereka. Mereka fleksibel dan
boleh menukarkan cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan
perniagaan. Dalam arus ekonomi dunia yang pesat berubah, sikap kaku
akan membawa kepada kegagalan.

LATIHAN 2.1

Apakah ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  19

2.2 PENILAIAN KENDIRI UNTUK USAHAWAN


Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur
kecenderungan individu untuk menjadi usahawan. Antaranya ialah alat yang
dicadangkan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991). Pada hari ini,
terdapat banyak ujian dan kuiz interaktif dalam talian yang boleh menguji
tahap kecenderungan keusahawanan anda.

Tujuan penilaian kendiri usahawan adalah mendapatkan gambaran mengenai


kecenderungan keusahawanan individu. Tujuannya bukan untuk mengenal pasti
sama ada seseorang itu boleh menjadi usahawan ataupun tidak. Sesiapa pun
mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, tanpa mengira umur, bangsa,
jantina, warna kulit atau negara asal. Keusahawanan bukan suatu ciri genetik;
sebaliknya, ia kemahiran yang dipelajari. Setiap individu berpeluang menjadi
usahawan. Oleh yang demikian, daripada penilaian kendiri usahawan ini anda
boleh melihat kedudukan anda dan membuat sesuatu untuk memperbaiki tahap
kecenderungan keusahawanan anda, jika anda ingin menjadi usahawan yang
berjaya.

AKTIVITI 2.1

Apakah tujuan ujian penilaian kendiri usahawan? Anda boleh


mencuba salah satu ujian dalam talian ini dengan melayari laman
web http://bizmove.com/other/quiz.htm. Bandingkan markah anda
dengan rakan sekuliah anda.

2.3 PERBEZAAN ANTARA PENIAGA,


PENGURUS DENGAN USAHAWAN
Dalam subtopik ini, kita akan melihat perbezaan antara peniaga, pengurus dengan
usahawan yang diadaptasi daripada Zimmerer (1998).

2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dengan Usahawan


Usahawan bukan sinonim dengan peniaga, terutamanya peniaga kecil. Hal ini
demikian kerana bukan semua peniaga ialah usahawan. Namun, semua
usahawan ialah peniaga. Peniaga mempunyai ciri-ciri kebanyakan usahawan
tetapi ciri-ciri ini tidaklah setinggi tahap golongan usahawan. Beberapa ciri
boleh digunakan sebagai panduan untuk membezakan antara peniaga kecil
dengan usahawan. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan tersebut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Jadual 2.1: Perbezaan antara Peniaga Kecil dengan Usahawan

Peniaga Kecil Usahawan

 Melibatkan diri dalam perniagaan  Memulakan usaha niaga, memimpin


untuk meraih keuntungan demi dan mengembangkan perniagaan
menyara kehidupannya dan untuk menunaikan matlamat
keluarganya. peribadi dan mencapai kejayaan
untuk diri sendiri.

 Pengambil risiko rendah.  Pengambil risiko sederhana.

 Mengikut orang lain dan melabur  Menghitung risiko sebelum


hanya dalam pasaran yang sudah bertindak.
teruji dan terbukti.

2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional


dengan Usahawan
Terdapat beberapa perbezaan antara pengurus dengan usahawan. Jadual 2.2.
menunjukkan perbezaan antara pengurus, terutamanya pengurus konvensional
dengan usahawan.

Jadual 2.2: Perbezaan antara Pengurus Konvensional dengan Usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan

 Sangat peka kepada peraturan dan  Melihat peraturan sebagai panduan


larangan. sahaja.

 Sensitif terhadap masa depan dan  Konsep masa depan bergantung pada
sanggup menangguhkan ganjaran. matlamat peribadi. Mempunyai nilai
ambang (threshold) kekecewaan yang
rendah.

 Sangat memerlukan dirinya diterima  Merasa berbelah bagi terhadap kuasa,


oleh orang lain. kejayaan dan tanggungjawab. Boleh
memperalatkan dan mempergunakan
orang lain.

 Boleh mengenal pasti masalah dalam  Tidak sabar dengan perbincangan


sebarang tindakan yang diambil. dan teori. Cenderung untuk
Membuat perancangan yang bertindak dan nampak seperti
terperinci. bertindak tanpa berfikir terlebih
dahulu.

Sumber: Zimmerer & Searborough (1998)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  21

SEMAK KENDIRI 2.1

Ringkaskan perbezaan antara peniaga, pengurus dengan usahawan.


Bincangkan senarai anda dengan rakan sekuliah anda dalam forum
myINSPIRE.

 Topik ini cuba menjelaskan ciri-ciri keusahawanan yang paling kerap disebut.
Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah, senarai yang sedia ada boleh
memberikan pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri usahawan yang
berjaya.

 Terdapat 16 ciri keusahawanan yang dikenal pasti dalam topik ini, iaitu:

 berinisiatif dan bertanggungjawab

 berkomitmen tinggi

 berorientasikan peluang

 pengambil risiko sederhana

 yakin dan optimistik

 kreatif dan inovatif

 mendapatkan maklum balas

 bermotivasi untuk berjaya

 berkebolehan dalam membangunkan visi

 mahir dalam mengurus

 lokus kawalan dalaman

 bertoleransi terhadap kegagalan

 tahap tenaga yang tinggi

 membina pasukan

 berdikari

 fleksibel
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
22  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

 Topik ini juga mempersembahkan ujian penilaian kendiri usahawan untuk


mengenal pasti kecenderungan keusahawanan dalam individu.

 Ia juga membincangkan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dengan


pengurus konvensional.

Inovatif Optimistik
Kreatif Penilaian kendiri usahawan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Membentuk
Kreativiti dan
3 Inovasi
Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi.
2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif.
3. Menerangkan lima teknik kreativiti.
4. Menghuraikan empat jenis inovasi yang asas.
5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

 PENGENALAN
Persaingan hebat dalam alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan
usahawan untuk memikirkan cara menghasilkan produk, perkhidmatan atau
proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Hal ini seterusnya
membolehkan syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan
kepada ciptaan baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu,
kreativiti dan inovasi ialah unsur penting untuk semua tahap perniagaan
berkembang. Kedua-dua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi
dan membina kelebihan persaingan (Kirby, 2003).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Berterusan mencari paradigma baharu dalam menyelesaikan masalah perniagaan


adalah prasyarat untuk usahawan berjaya. Sebagai seorang yang kreatif,
usahawan mesti boleh berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi. Perlu diingat bahawa kecekapan dan keberkesanan
tidak lagi menjamin kelangsungan sesuatu perniagaan. Sebaliknya, kreativiti
dan inovasi diperlukan untuk membantu suatu perniagaan itu untuk terus maju
ke hadapan. Oleh itu, kebolehan mencipta ataupun mereka sesuatu yang
baharu ialah cara untuk sesuatu perniagaan itu untuk terus berada di pasaran.

Subtopik pertama dalam topik ini akan membincangkan definisi kreativiti,


proses kreativiti, halangan kepada kreativiti, cara menjana kreativiti dan ciri-ciri
usahawan yang kreatif.

3.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


KREATIVITI?
Terdapat beberapa definisi kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn
(2003), kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu
kepada masalah dan peluang. Kreativiti adalah mustahak dalam menangani
cabaran rumit dalam suasana perniagaan yang dinamik dan selalunya penuh
dengan masalah bukan rutin. Oleh itu:

Kreativiti ialah kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu


asli dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan bersesuaian (iaitu berguna
dan memenuhi kekangan tugas).

(Sternberg, Kaufman & Pretz, 2002)

SEMAK KENDIRI 3.1

Berikan pentakrifan kreativiti berdasarkan pemahaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  25

3.2 PROSES KREATIVITI


Usahawan perlu memikirkan idea untuk melaksanakan strategi baharu. Pada
umumnya, idea lahir daripada proses kreatif yang individu berimaginasi,
akan membayangkan dan mengembangkan suatu idea kepada suatu bentuk
yang boleh dilaksanakan dan membawa manfaat kepada usahawan tersebut
dan organisasinya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa utama ataupun
langkah dalam proses kreatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Proses Kreatif

Sumber: Kuratko & Hodgetts (2004)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Fasa ini dihuraikan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Empat Fasa dalam Proses Kreatif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  27

LATIHAN 3.1

Jelaskan secara ringkas mengenai maksud kreativiti dan fasa utama


yang terlibat dalam proses pemikiran kreatif.

3.3 HALANGAN KEPADA KREATIVITI


Perlu diingat bahawa bukan semua idea baharu yang dijana semasa proses
berfikir secara kreatif boleh diterima. Kreativiti tidak menjamin tidak akan ada
halangan, kekecewaan atau kegagalan. Terdapat empat halangan kepada
kreativiti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Rajah 3.3: Empat Halangan kepada Kreativiti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  29

3.4 CARA MENJANA IDEA KREATIF


Individu berlainan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa
teknik untuk memperbaiki kreativiti. Lima teknik yang boleh digunakan untuk
menjana kreativiti adalah seperti yang berikut:

 percambahan idea

 analogi paksaan

 teknik DO IT

 peta minda

 kumpulan nominal

Sekarang, mari kita meneliti setiap teknik ini dengan lebih mendalam.

 Percambahan Idea
Percambahan idea ialah teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa
untuk menghasilkan idea. Semasa sesi percambahan idea, semua ahli
kumpulan mencadangkan idea yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan
ahli kumpulan yang paling sesuai adalah antara empat hingga tujuh orang.
Terdapat empat peraturan yang perlu diikuti, iaitu:

 lagi banyak idea yang dikeluarkan, lagi bagus;

 semua idea boleh diterima, walau setakat mana pun nampak pelik ataupun
tidak masuk akal;

 idea yang diberi oleh ahli kumpulan digunakan untuk menghasilkan


lebih banyak lagi idea; dan

 kritikan ataupun penilaian idea tidak dibenarkan (Williams, 2000).

 Analogi Paksaan
Ia ialah teknik menjana idea yang sangat berguna dan menyeronokkan.
Sesuatu idea itu dibandingkan dengan masalah ataupun benda lain yang
tiada persamaan langsung dengannya untuk mendapatkan pandangan
baharu. Anda boleh „memaksa‰ dalam mengaitkan benda yang biasanya
tidak berkaitan dan mencari penyelesaian yang baharu. Contohnya, diri anda
dan sebatang pen, muzik dan komputer, dan produk dan pasaran. Memaksa
hubung kait sebegini akan membantu anda membina pandangan baharu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

serta alternatif baharu. Membina hubungan antara benda yang asalnya tidak
berkaitan akan menghasilkan pilihan objek ataupun kad dengan gambar
ataupun imej yang membantu menjana idea. Pilih suatu objek ataupun
kad secara rambang dan lihat apa-apa hubungan yang boleh dibuat.

(Diadaptasi daripada
members.optus.net.com/au/~charles57/Creative/Techniques/
forced_analogy.htm or www.si.hhs.nl/~runda/Creativity.pdf)

 Teknik DO IT

Pada peringkat pertama teknik DO IT ini, kita mesti menganalisis suatu


masalah itu untuk memastikan soalan yang betul ditanya. Mengkaji dan
memahami masalah adalah penting untuk mengenal pasti sebab utama
masalah tersebut. Jika ia merupakan masalah yang amat besar, pecahkannya
kepada bahagian kecil dan ringkaskan masalah itu dengan sepadat yang boleh.

Kedua, selepas kita berjaya mengenal pasti masalah, hasilkan seberapa


banyak idea yang boleh untuk mendapat penyelesaian yang mungkin boleh
digunakan. Setiap percubaan untuk menjana idea adalah penting, tidak kira
sama ada idea itu baik mahupun buruk.

Ketiga, kita perlu menyemak dan menganalisis setiap idea secara terperinci
sebelum memilih idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Semua penyelesaian ini patut datang daripada peringkat kedua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  31

Akhirnya, setelah penyelesaian yang terbaik sudah dikenal pasti, sudah tiba
masanya untuk melaksanakannya. Peringkat ini melibatkan pengembangan
produk yang boleh dipercayai daripada idea yang paling sesuai, penggunaan
strategi pemasaran dan perniagaan; dan penggunaan masa, wang dan tenaga.

 Peta Minda
Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar dan/atau frasa
perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk
bukan linear. Ia membolehkan seseorang itu „melihat‰ masalah dan
penyelesaiannya.

Ramai orang menggunakan peta minda semasa:

 percambahan idea

 mengambil nota

 mengingat kembali sesuatu

Peta minda boleh juga digunakan untuk mewujudkan produk baharu,


menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses.
Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan
masalah adalah untuk tidak semestinya berfikir secara logik. Jika suatu idea
membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisisnya. Sebaliknya,
letakkan sahaja idea tersebut ke dalam peta minda. Seperti percambahan idea,
lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Cara inilah untuk
mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

 Kumpulan Nominal
Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai
penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak
mengancam. Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara
senyap sebanyak mana idea yang boleh. Selepas itu, ahli merekodkan idea
tersebut dan membincangkan kesemuanya untuk mendapatkan penjelasan
dan penilaian. Akhirnya, setiap ahli akan mengundi secara sulit untuk
menyusun idea tersebut dari segi keutamaan.

LATIHAN 3.2

Senaraikan dan ringkaskan teknik menjana idea yang kreatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

3.5 CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF


Usahawan ialah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif
boleh menjadi usahawan. Rajah 3.4 menunjukkan lapan ciri individu kreatif.

Rajah 3.4: Ciri-ciri Individu Kreatif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  33

3.6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


INOVASI?
Apabila usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian
yang terbaik, langkah seterusnya ialah penggunaan dan akhirnya, inovasi.
Kreativiti ialah prasyarat kepada inovasi. Pada hari ini, inovasi dipercayai
ramai sebagai kunci kejayaan yang berlanjutan untuk banyak organisasi.
Syarikat yang boleh bersaing dan menang ialah syarikat yang mengembangkan
produk ataupun sistem baharu mengeluarkan produk dan berterusan berbuat
begitu.

Mengapakah inovasi penting? Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan makna, jenis, sumber dan
penghalang inovasi.

Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah „mencari cara untuk
menyediakan produk ataupun perkhidmatan yang baharu ataupun lebih baik.‰
Hal ini bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada berpusatkan keuntungan
ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan pencapaiannya, terutamanya
apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi dirasakan sebagai
penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan
permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Usahawan mencipta permintaan
baharu dalam pasaran dengan menggabungkan semula faktor pengeluaran
untuk mencipta suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi ialah kunci untuk usahawan
terus kekal dalam dunia perniagaan yang mempunyai persaingan sengit pada
zaman ini. „Lakukan inovasi ataupun mati‰ (innovate or die) patut menjadi
prinsip hidup setiap usahawan.

AKTIVITI 3.1

Apakah yang anda faham dengan istilah „inovasi‰? Pada pendapat


anda, bagaimanakah perkataan ini dikaitkan dengan usahawan dan
mengapakah ia penting? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

3.6.1 Jenis Inovasi


Setiap orang dalam suatu perniagaan mesti menjadi inovatif untuk membolehkan
perniagaan tersebut berubah sepantas mungkin demi memenuhi keperluan dan
permintaan pelanggan. Terdapat empat jenis inovasi yang asas (Kuratko &
Hodgetts, 2004) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Jenis dan Contoh Inovasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  35

3.6.2 Sumber Inovasi


Usahawan memerlukan idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi dalam
menemukan produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Yang berikut
ialah empat sumber inovasi untuk usahawan (Drucker, 1985; Kuratko &
Hodgetts, 2004).

 Peristiwa di Luar Jangkaan


Usahawan kerap mendapat idea daripada sesuatu yang berlaku di luar
jangkaan mereka. Peristiwa yang tidak dijangka memberikan mereka peluang
besar untuk menggunakan kemahiran mereka untuk membuat formula atau
benda baharu. Kejayaan ataupun kegagalan yang tidak dijangka juga ialah
sumber inspirasi apabila mereka tidak merancang ataupun menjangka
sesuatu.

 Konsep Ilmu Baharu


Di pasaran hari ini, kita boleh menjumpai produk ataupun perkhidmatan
baharu dengan mudah. Kebanyakan produk ataupun perkhidmatan ini
ialah inovasi berasaskan pengetahuan yang memerlukan waktu yang lama
untuk diselidik dan dikembangkan oleh golongan pakar. Ilmu baharu
boleh diperoleh dengan membaca, menghadiri seminar atau persidangan
serta menyertai perbincangan dalam kalangan profesional.

 Perubahan Demografi
Perubahan dalam ciri-ciri demografi seperti umur, tahap pendidikan,
pendapatan dan jenis pekerjaan merupakan sumber inspirasi yang utama
kepada golongan usahawan. Perubahan pada ciri-ciri demografi mewujudkan
peluang besar kepada usahawan untuk diterokai. Contohnya, apabila kualiti
hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan
produk kesihatan juga bertambah.

 Keperluan Proses
Keperluan proses wujud dalam proses sebuah perniagaan, industri atau
perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan
pautan yang lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan sebagainya.
Kesemua ini membolehkan usahawan menghasilkan produk, perkhidmatan
atau proses yang menunaikan permintaan dan memenuhi keperluan
pelanggan. Contohnya, dalam usaha mewujudkan masyarakat yang cergas,
sesetengah individu akan terdorong untuk melakukan lebih banyak senaman.
Oleh itu, usahawan boleh menyediakan lebih banyak pusat atau kemudahan
kesihatan untuk mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah sumber inovasi? Perhatikan keadaan di sekeliling anda


dan berikan contoh.

2. Berdasarkan jenis-jenis inovasi, berikan contoh yang bersesuaian


dan terangkannya. Bandingkan dengan rakan anda.

3.6.3 Penghalang Inovasi


Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa
halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif.
Rintangan kepada inovasi biasanya datang dari dalam sebuah organisasi, khasnya
daripada golongan pekerja. Contoh penghalang inovasi adalah seperti yang
berikut:

 Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi


Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan
berubah. Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara
organisasi dan lebih teruk lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan
perkara ini daripada berlaku, pihak pengurusan akan mengelak ataupun
enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi berkenaan.
Tambahan pula, sempadan di antara jabatan (interdepartmental borders)
menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas dalam
kalangan pekerja.

 Sumber Tidak Mencukupi


Sesetengah organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak
mempunyai sumber yang mencukupi seperti sumber manusia, kewangan
dan kemudahan yang penting dalam melakukan sesuatu inovasi.

 Sikap Pengurusan yang Tradisional


Keinginan pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang
pekerjanya daripada melakukan inovasi. Hal ini berlaku khasnya apabila
pihak pengurusan terdiri daripada pekerja kanan yang berfikir secara
tradisional dan menentang perubahan. Kadangkala, kekreatifan pekerja
disekat oleh peraturan, kekangan dan birokrasi berlebihan daripada pihak
pengurusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  37

Sebagai tambahan, penghalang inovasi juga datang daripada sikap peribadi


ataupun individu itu sendiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Sikap Peribadi atau Individu

3.7 KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI


BAGI USAHAWAN
Dalam dunia persaingan global yang dinamik, usahawan mesti menerima
kreativiti dan inovasi sebagai ramuan penting untuk berjaya. Mereka seharusnya
boleh mencipta produk ataupun perkhidmatan baharu dan bersedia untuk
mengamalkan teknologi terkini jika ingin bersaing dengan jayanya. Oleh itu,
usahawan mesti mengiktiraf dan memberi ganjaran atas kreativiti dan inovasi
diri sendiri dan pekerja. Kreativiti dan inovasi adalah mustahak kerana tiga sebab,
iaitu:

 Memastikan Kelangsungan Organisasi


Kreativiti dan inovasi ialah satu kemestian agar sebuah organisasi dapat
bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada
kebolehannya untuk mencipta produk ataupun perkhidmatan baharu.
Dengan berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut
untuk bersaing dengan para pesaingnya. Ia juga menjadikan ahli organisasi
itu mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

organisasi itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan;


sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu untuk
memuaskan kehendak pelanggan.

 Meneroka Pasaran Baharu


Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk
menerokai pasaran yang belum diceburi. Usahawan yang kreatif dan inovatif
akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan memperkenalkan produk
ataupun perkhidmatan baharu. Contohnya, apabila Philips memperkenalkan
cakera video digital (DVD ă digital video disc) yang pertama dalam pasaran
pada tahun 1995, ia berjaya menembusi pasaran dunia.

 Menggunakan Sumber Asli


Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini. Maka, usahawan perlu
memastikan mereka boleh memanfaatkannya dengan mengeksploitasi
sumber asli ini tanpa menjejaskan alam sekitar. Kreativiti dan inovasi
mewujudkan sumber. Malah, „sumber‰ tidak wujud sehingga manusia
(usahawan) mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi
(Drucker, 1985). Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab
mewujudkan „nilai‰ bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia.

3.8 STRATEGI MENGGALAKKAN KREATIVITI


DAN INOVASI
Terdapat empat strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti
dan inovasi di dalam organisasi seperti yang diringkaskan dalam Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Empat Strategi untuk Menggalakkan


Kreativiti dan Inovasi di dalam Organisasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  39

Sekarang, mari kita meneliti keempat-empatnya dengan lebih lanjut.

 Mengiktiraf Kebolehan Anda Sendiri


Ia adalah penting untuk mengetahui kebolehan diri anda supaya anda boleh
menghadapi masalah dan merebut peluang secara kreatif dan inovatif.
Kenali batasan diri anda yang mungkin menghalang anda daripada mencari
penyelesaian yang sesuai.

 Mengubah Persepsi Anda


Cuba lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif. Selidik masalah
dan peluang dengan memecahkan mereka kepada beberapa bahagian kecil.
Kemudian, cari penyelesaian yang sebenar ataupun yang terbaik.

 Mengubah Budaya Organisasi


Organisasi mesti menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan
pekerja. Berikan ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dalam membuat
pembaharuan.

 Berani Gagal
Anggap setiap kegagalan atau kesilapan sebagai motivasi untuk mencari
penyelesaian yang terbaik.

AKTIVITI 3.2

1. Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan


kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi?

2. Lakukan carian di Internet berkenaan beberapa ujian kreativiti


dan duduki ujian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

 Definisi bagi konsep kreativiti ialah „kebolehan untuk menghasilkan kerja


yang baharu (iaitu asli dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan bersesuaian
(iaitu berguna dan memenuhi kekangan tugas).‰

 Definisi bagi konsep inovasi adalah „mencari cara untuk menyediakan


produk ataupun perkhidmatan yang baharu ataupun lebih baik.‰

 Empat fasa utama dalam proses kreatif adalah:

 pengumpulan ilmu

 pengeraman

 idea

 penilaian dan pelaksanaan

 Lima teknik kreatif adalah:

 percambahan idea

 analogi paksaan

 teknik DO IT

 peta minda

 kumpulan nominal

 Empat jenis asas inovasi adalah:

 penciptaan

 pelanjutan

 penduaan

 sintesis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  41

 Penghalang kreativiti adalah:

 kepercayaan peribadi

 takut kepada kritikan

 pengurusan yang berlebihan

 tekanan

 Penghalang inovasi adalah:

 organisasi tidak menggalakkan inovasi

 sumber tidak mencukupi

 sikap pengurusan yang tradisional

Analogi paksaan Percambahan idea


Inovasi Peta minda
Kreativiti Proses kreatif
Kumpulan nominal Teknik DO IT

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penilaian
Persekitaran
4 Perniagaan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan.
2. Menghuraikan empat elemen persekitaran makro dan enam
elemen persekitaran mikro.
3. Menerangkan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi.
4. Menjelaskan peluang perniagaan.
5. Menilai peluang perniagaan.

 PENGENALAN
Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada pemasaran
dan pengurusan ekonomi. Dalam topik ini, kita akan membincangkan
kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan memberikan
ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat banyak cara
untuk menilai persekitaran perniagaan baharu.

Pertama, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu perniagaan itu
beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-langkah mengenal
pasti peluang perniagaan dan cara untuk menilai dan merebut peluang
memulakan perniagaan baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  43

4.1 KOMPONEN PERSEKITARAN


PERNIAGAAN
Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan
perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran
ialah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan

 pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman.

Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai. Rajah 4.1
mengilustrasikan komponen persekitaran perniagaan.

Rajah 4.1: Komponen Persekitaran Perniagaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Sekarang, mari kita meneliti komponen persekitaran perniagaan tersebut


dengan lebih terperinci.

 Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran terdiri daripada elemen berikut, iaitu persekitaran makro
dan persekitaran mikro. Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan
perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan
unsur yang tidak boleh dikawal. Persekitaran makro terdiri daripada empat
unsur, iaitu:

 politik dan undang-undang

 ekonomi

 sosiobudaya

 teknologi

Persekitaran mikro pula, menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah


sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh
mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia juga
dikenal sebagai persekitaran industri ataupun persekitaran tugas. Persekitaran
mikro mempunyai enam elemen, iaitu:

 pelanggan

 pesaing

 pembekal

 institusi kewangan

 organisasi bukan kerajaan

 agensi kerajaan

Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenal sebagai


persekitaran persaingan dalam model Lima Kuasa Porter yang termasuk
ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar
pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai
persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi
kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  45

 Persekitaran Dalaman
Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi proses pembuatan
keputusan usahawan secara langsung. Walau bagaimanapun, usahawan
boleh mengawal unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada
elemen berikut:

 struktur organisasi

 budaya

 sumber

AKTIVITI 4.1

Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan


perniagaan tanpa menganalisis persekitaran di mana perniagaan itu
akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dalam
forum myINSPIRE.

LATIHAN 4.1

Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.

4.2 PERSEKITARAN MAKRO


Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada
elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, dan sosiobudaya.
Dalam subtopik ini, kita akan menghuraikan unsur ini dan pengaruh mereka
terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Rajah 4.2: Pemboleh Ubah Persekitaran

Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko & Hodgetts (2004)

4.2.1 Politik dan Undang-undang


Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang
di mana kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk
memperoleh perhatian dan sumber. Ia adalah persekitaran di mana usahawan
menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa
menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka.
Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan
di tempat perniagaan tersebut dijalankan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  47

AKTIVITI 4.2

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-


undang dalam persekitaran perniagaan? Bincangkan dalam forum
myINSPIRE.

Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran


makro.

Rajah 4.3: Segmen Politik dan Undang-undang dalam Persekitaran Makro

Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan
negara yang lain. Usahawan perlu menyedari isu global seperti halangan
perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Kesemua isu ini berhubung kait antara satu sama lain.

 Halangan Perdagangan dan Tarif


Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan
perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia
menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi
industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan yang dikenakan
terhadap industri automobil di Malaysia.

 Risiko Politik
Hal ini merujuk kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan
keganasan di dalam negara ataupun di kawasan di mana perniagaan
dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar
dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan melupuskan
sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan
penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak
beretika. Hal ini akan menambahkan kos perniagaan baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 Perjanjian Perdagangan
Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya perjanjian
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA  ASEAN Free Trade
Agreement) yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia dalam
membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran
antarabangsa. Matlamat perjanjian ini adalah untuk meningkatkan
produktiviti ekonomi dalam pasaran serantau.

Usahawan perlu peka terhadap isu nasional, iaitu pencukaian, peraturan


dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini berhubung kait.

 Pencukaian
Ia merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada
peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti
yang berikut:

 mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan

 sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik
bagi perniagaan lain.

 Peraturan
Contoh peraturan ialah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau
bagaimanapun, ada kalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada
perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan
dari segi dokumentasi, ujian, pemantauan dan pematuhan.

Oleh itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan terperinci untuk
mengenal pasti ancaman ataupun peluang yang ada. Secara amnya, kestabilan
politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan memberikan peluang
kepada usahawan untuk memulakan perniagaan baharu ataupun
mengembangkan perniagaan mereka.

AKTIVITI 4.3

Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  49

4.2.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
ataupun kegagalan sebarang perniagaan baharu. Persekitaran ekonomi makro
meliputi kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual
dan digunakan. Usahawan perlu menganalisis persekitaran ini paras global,
nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan
saling berhubung kait antara satu sama lain pada tiga paras persekitaran ekonomi
makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu paras mana yang
mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Usahawan harus
meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi
yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Mereka harus berupaya
melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya menentukan
pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisis.

Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan
berkenaan dengan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan
gambaran keseluruhan iklim perniagaan:

Rajah 4.4: Soalan untuk Dipertimbangkan bagi Perniagaan Baharu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

4.2.3 Sosiobudaya
Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat, iaitu:

 demografi

 aliran budaya

Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat. Contohnya,


peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama,
peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang dan hiburan, dan perumahan
dan pembinaan.

 Perubahan Demografi
Ia berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur
penduduk mengikut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan
pendapatan penduduk. Unsur ini menyumbang kepada permintaan
pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan perlu menyelidik
dengan teliti unsur ini yang menyumbang kepada penciptaan pasaran.
Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografi adalah di luar kawalan
usahawan. Usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk mengenal
pasti peluang perniagaan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang bertambah
dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk aktiviti
perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan pakaian
kanak-kanak.

 Aliran Sosial
Ia berkaitan dengan cara hidup yang menggambarkan cita rasa dan
kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran
cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pemboleh ubah yang
memerlukan perhatian ialah pembentukan rumah tangga, ragam pekerjaan,
kadar penglibatan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak penggunaan dan
corak penggunaan waktu lapang.

Usahawan boleh menggunakan maklumat yang sedia ada dari sumber


umum dan persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka
juga perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka
dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh
meramalkan gelagat orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  51

SEMAK KENDIRI 4.1

Mengapakah persekitaran sosioekonomi sangat penting untuk


usahawan?

4.2.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan,
kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi.
Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian
asas dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya
dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk, iaitu:

 penciptaan tulen

 proses inovasi

Sekarang, mari kita melihat kedua-dua bentuk ini dengan lebih lanjut.

 Penciptaan Tulen
Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza
daripada teknologi ataupun produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan
biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada
peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai
hak undang-undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian,
penciptaan mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan
tersebut pada peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh
membuka pasaran dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya,
penciptaan semikonduktor membuka peluang perniagaan dalam bidang
komputer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 Proses Inovasi
Proses inovasi merujuk perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan
dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Hal ini akan dibincangkan
dengan lebih terperinci dalam bahagian tentang mengenal pasti peluang.

Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan tugas yang mudah


kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang
terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap komersial dicapai.
Walau bagaimanapun, ia merupakan kelebihan dan peluang yang besar
sekiranya usahawan mengetahui maklumat tersebut.

4.3 PERSEKITARAN MIKRO


Seperti dinyatakan sebelum ini, persekitaran mikro perniagaan baharu juga
merujuk persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti
keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini dalam
industri. Mereka perlu merancang dan melaksanakan strategi tertentu untuk
mendapat kelebihan bersaing dalam sesuatu industri. Pengaruh utama dalam
industri ialah:

 pelanggan

 pesaing

 pembekal

 institusi kewangan

 agensi kerajaan

 organisasi bukan kerajaan

Sekarang, mari kita mempelajari pengaruh utama ini dengan lebih mendalam.

 Pelanggan
Pelanggan merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka
menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pelanggan boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri rumah,
pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pelanggan ialah „raja‰ dalam sistem
pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti
pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti ini
mempengaruhi keputusan usahawan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  53

 Pesaing
Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisis pesaing mereka
dalam industri yang diceburi. Pesaing ialah perniagaan yang memenuhi
kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada
pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan
pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan
baharu di mana mereka membeli produk ataupun perkhidmatan tertentu.
Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori
perniagaan.

Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk


menganalisis dan menentukan tahap pesaing dalam industri. Usahawan juga
boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat
ini dan menggunakannya untuk membantu mereka dalam memulakan
perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan analisis persaingan berdasarkan
sumber.

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber

Arahan: Daripada skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1


bererti syarikat tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber;
nilai 4 bererti syarikat itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan
peserta lain dalam industri; dan nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan
mutlak dari segi sumber.

Jenis
Syarikat
Sumber 1 2 3 4 5 6 7
Sendiri
dan Sifat

Sumber
kewangan

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Sumber fizikal

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Sumber
manusia

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Sumber
teknikal

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  55

Sumber
reputasi

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Sumber
organisasi

Jarang
didapati

Bernilai

Sulit untuk
ditiru

Tidak boleh
digantikan

Markah keseluruhan ________________

Purata besar ________________

+/ă Daripada purata ________________

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 Pembekal
Pembekal ialah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan.
Mereka boleh menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang dijual oleh
mereka. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan
yang berada di pasaran.

 Institusi Kewangan
Institusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan
baharu ataupun mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman
daripada institusi kewangan bukan sahaja sukar diperoleh untuk perniagaan
baharu kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana
pembayaran faedah yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi
kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

 Agensi Kerajaan
Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian
yang dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan secara
langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan kerajaan
mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan
sokongan untuk usahawan. Hal ini dibincangkan dalam topik-topik yang
terdahulu dalam modul ini.

 Organisasi Bukan Kerajaan


Organisasi bukan kerajaan seperti persatuan pengguna, organisasi politik,
kumpulan agama, persatuan perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar
dan sebagainya adalah antara kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi
usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap
produk ataupun perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai
sesuatu produk. Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan
memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam
isu tertentu.

LATIHAN 4.2

Mengapakah usahawan perlu menganalisis setiap komponen


persekitaran makro dan mikro?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  57

4.4 PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI


Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:

 sumber

 struktur

 budaya

Unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan perlu


menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat
sebarang keputusan ataupun membentuk sebarang strategi.

 Sumber
Antara sumber dalaman sebuah organisasi ialah usahawan itu sendiri,
kewangan, sumber manusia, aset yang nyata dan tidak nyata, teknologi dan
reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan
pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada sumber usahawan.
Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam perniagaan untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

 Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang
berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran.

 Budaya
Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk
kebaikan sumber manusia.

4.5 MENGENAL PASTI PELUANG


PERNIAGAAN
Peluang boleh wujud di atas kertas ataupun sebagai idea. Peluang boleh
menukarkan situasi yang buruk ataupun merugikan kepada situasi yang baik
ataupun menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan
sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukarkan menjadi produk ataupun
perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan
keuntungan kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman,
hobi dan persekitaran sosial usahawan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif ataupun perubahan
yang menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi
dan mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan,
teknologi, ekonomi, politik, keadaan sosial dan demografi.

Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi
adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap sedia dalam mengenal
pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk
mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan,
rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal ialah sumber terbaik untuk
mendapatkan idea perniagaan yang baharu.

AKTIVITI 4.4

Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan peluang


perniagaan?

4.5.1 Mengenal Peluang: Fasa Perspektif Proses


Tentang Keusahawanan
Mengenal peluang ialah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih
daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh
faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan peluang
untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  59

Rajah 4.5: Peluang Muncul daripada Penumpuan Faktor

Sumber: Baron & Shane (2004)

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron dan Shane (2004), perubahan ekonomi,
teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa-apa pun tidak akan
berlaku dengan peluang itu sehingga ada orang atau lebih daripada seorang
yang bermotivasi tinggi dan bertenaga yang mengenal pasti peluang tersebut.

Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan.


Usahawan yang berjaya ialah mereka yang berjaya merebut peluang. Sesetengah
usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah pula mendapat
peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang harus
mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan peruncit.
Peter Drucker, penulis dalam bidang pengurusan yang terkenal, mengenal pasti
tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku dalam konteks luaran seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Jadual 4.2: Tujuh Sumber Peluang

Sumber Peluang Situasi

Situasi yang tidak Peluang boleh diperoleh apabila situasi dan kejadian yang
diduga tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik ataupun
berita kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk
dikejar oleh usahawan.

Situasi yang janggal Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila
cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam
sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak
mungkin memperoleh peluang tersebut.

Keperluan proses Peluang keusahawanan boleh diperoleh daripada proses


penemuan. Contohnya, daripada proses kajian dan
pembangunan yang dilakukan oleh penyelidik dan pakar
teknikal yang menghasilkan produk ataupun perkhidmatan
tertentu. Malah, sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan
wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan
semasa proses tersebut berlaku.

Struktur industri dan Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa
pasaran pelanggan boleh menukarkan struktur industri dan pasaran.
Namun, situasi seperti ini memberikan usahawan peluang
untuk melakukan inovasi terhadap produk ataupun
perkhidmatan mereka.

Demografi Pertukaran demografi akan mempengaruhi industri dan


pasaran kerana pasaran sasaran dan segmen pasaran mereka.
Hal ini boleh menjadi peluang kepada usahawan untuk
menjangka dan memenuhi kehendak penduduk.

Perubahan dalam Persepsi ialah pandangan individu terhadap realiti.


persepsi Perubahan dalam persepsi menjadi inti pati daripada profil
psikografi seseorang. Ia melibatkan nilai dan kepercayaan
mereka serta apa-apa yang dititikberatkan oleh mereka. Hal
ini termasuk dalam bidang psikografi. Apabila nilai dan
kepercayaan individu mengalami perubahan, ia boleh
mewujudkan peluang pasaran untuk usahawan membuat
persediaan.

Pengetahuan baharu Pengetahuan baharu ialah sumber peluang untuk usahawan.


Contoh pengetahuan baharu ialah teknologi dan penemuan
baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi inovasi
keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan pengetahuan
baharu untuk menghasilkan produk dan proses baharu yang
boleh bersaing dengan produk lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  61

4.5.2 E-Dagang sebagai Peluang Baharu


Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan
baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang
boleh memakan kos yang tinggi. E-Dagang memberi usahawan peluang untuk
mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh
menggunakan katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk
mereka dalam talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang menawarkan
maklumat yang membantu pelanggan membuat keputusan.

Maklumat dalam e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang
dikemaskinikan setiap setengah jam (bergantung pada syarikat terbabit). Ia
membolehkan syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman web
untuk pelanggan daripada permulaan sehingga penamatan aktiviti pelanggan.
Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan
membolehkan pelanggan berhubung dengan syarikat itu. Yang paling penting,
e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi.

AKTIVITI 4.5

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan dalam


mencipta peluang baharu?

4.6 PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN


Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan
perniagaan, ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan
dinilai dengan teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam
proses keusahawanan.

Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka
masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran
peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan
kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran
peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut, serta bukan kepada
keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan
sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan
yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber
untuk peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti
menggunakan sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut.

Jadual 4.3 menunjukkan aspek proses keusahawanan.

Jadual 4.3: Aspek Proses Keusahawanan

Mengenal Pasti
Membina Pelan Sumber yang
dan Menilai Mengurus Syarikat
Perniagaan Diperlukan
Peluang

 Penciptaan  Muka surat tajuk  Sumber sedia  Cara


dan jangka ada usahawan pengurusan
masa peluang  Jadual kandungan
 Jurang antara  Pemboleh
 Nilai sebenar  Ringkasan sumber ubah utama
dan nilai eksekutif dengan untuk kejayaan
tanggapan 1. Penerangan bekalan
peluang yang ada  Mengenal pasti
perniagaan
masalah dan
 Risiko dan 2. Penerangan  Akses kepada masalah yang
ganjaran industri sumber yang mungkin
peluang diperlukan timbul
3. Pelan
 Peluang pemasaran  Pelaksanaan
lawan 4. Pelan sistem kawalan
kemahiran kewangan
dan matlamat
5. Pelan
 Situasi pengeluaran
persaingan 6. Pelan
organisasi
7. Pelan
operasi
8. Ringkasan

 Apendiks
(Pameran)

Sumber: Histrich & Peters (2000)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  63

AKTIVITI 4.6

Bagaimanakah seorang usahawan menilai suatu peluang perniagaan?

LATIHAN 4.3

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks


luaran.

4.6.1 Magnitud Peluang


Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor berikut:

 nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;

 saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;

 faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan

 keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk


menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya


mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan
yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka
masa yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan
peruntukan kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang
terlalu rendah pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang
diinginkan dan menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:

 peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;

 peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan;


kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan

 pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya


syarikat baharu yang bertahan dalam arena industri yang luas, dan sedang
cuba bersaing dan membuat duit.

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu


Seperti yang diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan yang perubahan
dalam teknologi (terutamanya), ekonomi, politik, keadaan sosial atau demografi
menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima jenis peluang
yang berbeza untuk perubahan teknologi.

Jadual 4.4: Contoh Lima Jenis Peluang Keusahawanan


Berbeza yang Lahir daripada Perubahan Teknologi

Contoh Idea
Perubahan Perniagaan sebagai
Jenis Peluang Alasan
Teknologi Jawapan kepada
Peluang Tersebut

Produk Enjin Kereta Enjin pembakaran dalam


ataupun pembakaran digunakan untuk
perkhidmatan dalam menggerakkan kereta.
baharu

Cara baharu Internet Jualan buku Internet membenarkan


mengurus dalam talian orang menjual produk
tanpa kedai runcit.

Pasaran Peti ais Kapal muatan Kapal muatan dingin


baharu dingin membenarkan penternak
di sebuah negara menjual
daging ternakan mereka
di negara lain.

Kaedah Komputer Reka bentuk Komputer membolehkan


pengeluaran berbantukan pereka membuat produk
baharu komputer tanpa membina contoh
dasar atau prototaip fizikal.

Bahan mentah Minyak Menghasilkan Minyak ditapis menjadi


baharu gasolin gasolin untuk digunakan
bagi menggerakkan
kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  65

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu


Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam
menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat
telah berniaga buat seketika, mereka mempunyai lima kelebihan berbanding
dengan syarikat baharu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Lima Kelebihan Syarikat yang


Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

Kelebihan Alasan

Keluk Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum bijak
pembelajaran dalam menghasilkan dan memasarkan produk. Namun, apabila
sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu dengan banyak, ia
akan bertambah baik dalam bidang penghasilan dan pemasaran.

Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli produk


daripada pengedar yang dikenal dan dipercayai oleh mereka.

Aliran tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, mereka akan


mempunyai aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Mereka juga
boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam
penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi
permintaan pelanggan.

Skala ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah
mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia telah pun
mula menghasilkan produk dan perkhidmatan. Mereka
menghadapi kos yang lebih rendah berbanding dengan syarikat
baharu kerana ia menghasilkan lebih banyak produk ataupun
perkhidmatan.

Aset sampingan Aset sampingan digunakan oleh usahawan dengan produk


baharu untuk menghasilkan ataupun mengedarkan produk
baharu. Syarikat baharu selalu menghadapi masalah untuk
bersaing dengan syarikat yang mantap kerana kekurangan aset
sampingan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap
dan perniagaan baharu.

Jadual 4.6: Jenis Peluang untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

 Sangat bergantung pada reputasi.  Menggunakan inovasi yang


memusnahkan kecekapan.
 Mempunyai keluk pembelajaran yang
kuat.  Tidak memenuhi keperluan pelanggan
utama syarikat yang sedia ada.
 Menggunakan modal yang banyak.
 Berdasarkan inovasi diskret.
 Memerlukan ekonomi ikut skala.
 Sangat bergantung pada modal insan.
 Memerlukan aset sampingan dalam
pemasaran dan pengedaran.
 Bergantung pada peningkatan
penambahbaikan produk.

Sumber: Baron & Shane (2004)

SEMAK KENDIRI 4.2

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan


syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.

 Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:

 persekitaran luaran

 persekitaran dalaman

 Persekitaran makro melibatkan unsur berikut:

 politik dan undang-undang

 ekonomi

 sosiobudaya

 teknologi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN  67

 Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:

 pelanggan

 pesaing

 pembekal

 institusi kewangan

 agensi kerajaan

 organisasi bukan kerajaan

 Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:

 sumber

 struktur

 budaya

 Peluang perniagaan boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang


jika ditukarkan menjadi produk ataupun perkhidmatan nyata yang
ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan
kewangan.

 Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati


sebelum sebarang tindakan diambil. Hal ini akan menentukan sama ada ia
akan berjaya ataupun gagal.

Analisis persaingan Persekitaran industri


Berdasarkan sumber Persekitaran luaran
Halangan perdagangan dan tarif Persekitaran perniagaan
Peluang perniagaan Sosiobudaya
Persekitaran dalaman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pelan
Perniagaan
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan maksud pelan perniagaan.
2. Menghuraikan kepentingan pelan perniagaan.
3. Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan.
4. Menerangkan lapan unsur penting pelan perniagaan yang baik.
5. Membincangkan enam panduan dalam menyediakan pelan
perniagaan.
6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan
pelan perniagaan.

 PENGENALAN
Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah
mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam
persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, usahawan mesti mempunyai
pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat
pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

Oleh itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang dapat
menarik minat pelabur. Pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam sesuatu
perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik dan
akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang
kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan
berdasarkan maklumat yang betul, pelabur akan yakin terhadap pasaran,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  69

produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan


perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak
pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut.

5.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


PELAN PERNIAGAAN?
Pelan perniagaan ialah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci
keseluruhan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh usahawan. Walaupun
seorang usahawan itu telah menjalankan sebuah perniagaan bertahun-tahun
lamanya, pelan perniagaan akan membolehkannya menilai semula perniagaan
yang sedang dijalankan dan menimbangkan peluang perniagaan baharu. Oleh itu,
pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat yang dipersembahkan
dalam format standard perniagaan yang logik dan realistik. Pelan perniagaan
itu mesti menjelaskan idea dan matlamat perniagaan itu dengan jelas. Untuk
mencapai perkara ini, pelan itu mesti mempunyai tiga perkara yang dinyatakan
dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga Perkara Utama yang Patut Dimasukkan ke dalam Pelan Perniagaan

Menurut Utton (2001), pelan perniagaan ialah sebuah program yang lengkap
atau peta yang melakarkan setiap aspek perniagaan yang dicadangkan oleh
seseorang usahawan. Ia menyeluruh, menjelaskan apa-apa yang usahawan
tersebut ingin lakukan; cara dia merancang untuk melakukannya, bila dia
merancang untuk melakukannya; di mana dia hendak melakukannya, dan
mengapa dia percaya bahawa ideanya bernas dan boleh membawa keuntungan.
Kesimpulannya, pelan perniagaan merupakan panduan yang berstruktur
untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

Di samping itu, pelan perniagaan merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk
menyemak fakta dan menguji secara menyeluruh sama ada sebuah idea itu
adalah praktikal sebelum melaksanakannya. Hal ini memberi usahawan tersebut
peluang untuk berharap dan bertindak secara realistik dalam menjalankan
sebuah perniagaan. Pelan perniagaan juga membantu usahawan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman serta perkara terperinci yang
lain yang perlu diketahui sebelum menjalankan perniagaan. Semua perkara ini
akan menentukan tahap kejayaan usahawan itu dalam mencapai matlamat
perniagaannya.

Secara amnya, ada beberapa sebab usahawan perlu menyediakan pelan


perniagaan yang boleh dilaksanakan, iaitu:

 memaksa usahawan mengatur pemikirannya secara logik dan berstruktur;

 membantu usahawan membina kerangka perniagaan dengan mentakrifkan


aktiviti, tanggungjawab dan matlamat perniagaan;

 menggalakkan usahawan membayangkan realiti perniagaan itu dan


menjangka masalah yang mungkin akan dihadapi;

 membantu usahawan membina strategi untuk mencapai matlamat


perniagaan;

 berfungsi sebagai pelan tindakan kerja ataupun panduan dalam menjalankan


perniagaan usahawan; dan

 membolehkan usahawan mengenal pasti kekangan yang mungkin dihadapi


dalam menjalankan perniagaan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  71

5.2 KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN


Pelan perniagaan adalah penting kepada usahawan atas pelbagai sebab (rujuk
Rajah 5.2).
Rajah 5.2: Kepentingan Pelan Perniagaan

Sekarang, mari kita meneliti kepentingan pelan perniagaan dengan lebih lanjut.

 Menambahkan Peluang untuk Berjaya


Perancangan perniagaan yang menyeluruh akan mengenal pasti tahap
pelaksanaan yang patut dicapai dalam perniagaan. Pelan perniagaan akan
menentukan apa-apa perubahan yang perlu dilakukan untuk menentukan
kejayaannya. Perubahan yang perlu dipertimbangkan adalah yang berkaitan
dengan struktur organisasi, pengenalan teknologi baharu, teknik pengeluaran
baharu serta program baharu untuk pekerja menambah komitmen dan
produktiviti mereka. Usahawan perlu mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
diri untuk menambahkan peluang mereka untuk berjaya.

 Mengembangkan Misi dan Visi


Pelan perniagaan boleh memberikan misi dan visi yang jelas untuk
perniagaan. Ia membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul
dan mengambil tindakan yang sesuai pada masa hadapan. Misi dan visi
membolehkan usahawan mengetahui hala tuju mereka. Usahawan harus
memberitahu misi dan visi perniagaan mereka kepada semua pemegang taruh
untuk memperoleh keyakinan mereka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

 Mengenal Pasti Pesaing Utama


Perancangan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapa ialah
pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka serta strategi yang
betul untuk menghadapi mereka. Semua ini boleh dilakukan dengan analisa
persaingan untuk mengenal pasti produk ataupun perkhidmatan dan segmen
pasaran pesaing. Usahawan boleh mengenal pasti semua pesaing utama
untuk setiap produk ataupun perkhidmatan dan cuba menganggarkan berapa
lama sebelum pesaing baharu akan memasuki pasaran.

 Mengenal Pasti Cara Betul Mengurus Perniagaan


Pelan perniagaan membolehkan usahawan dan pekerja mereka untuk
membina strategi yang berkesan untuk menjalankan perniagaan. Mereka
boleh mentakrifkan siapa, bila dan bagaimana menggunakan ilmu, kemahiran
dan kebolehan dalam menjalankan perniagaan tersebut. Usahawan juga
harus memastikan produk dan perkhidmatan mereka menepati cita rasa
pelanggan, polisi kerajaan dan perubahan lain dalam suasana perniagaan.

 Menambahkan Keyakinan Pemegang Taruh


Setiap pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam sebuah
perniagaan akan ingin mengetahui kekuatan perniagaan tersebut seperti
kewangan, sumber dan kebolehupayaan perniagaan itu. Maklumat ini
mustahak untuk pemegang taruh menentukan pulangan pelaburannya.

Contohnya, sebelum sebuah institusi kewangan bersetuju memberikan


pinjaman yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk mengembangkan
sebuah perniagaan, mereka tentu ingin tahu kemungkinan perniagaan itu
akan berjaya dan kebolehan usahawan tersebut untuk membayar balik
pinjaman yang diberi. Pembekal juga ingin tahu kekuatan keadaan kewangan
usahawan sebelum membekalkan bahan mereka. Agensi kerajaan turut
ingin tahu latar belakang dan jenis perniagaan yang akan dijalankan sebelum
membenarkannya beroperasi.

 Mengenal Pasti Penghalang Perniagaan


Apabila melaksanakan sebuah perniagaan, usahawan pasti akan menghadapi
banyak halangan. Halangan ini boleh menggagalkan ataupun melambatkan
prestasi perniagaan tersebut jika tidak diurus dengan betul. Oleh itu,
usahawan itu perlu mengenal pasti halangan yang bakal dihadapi sebelum
menjalankan sebuah perniagaan dan mengambil tindakan untuk
menyelesaikannya. Usahawan harus tahu sejauh mana halangan tersebut
akan memberikan kesan kepadanya dan perniagaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  73

 Sebagai Alat Pelaksanaan


Sebuah pelan perniagaan adalah alat untuk beroperasi yang boleh membantu
usahawan menjayakan perniagaannya jika disediakan dengan betul. Pelan
perniagaan itu akan membantu usahawan meletakkan sasaran yang realistik
untuk dicapai sebagai pengukur nilai prestasi. Oleh itu, pelan perniagaan
menyediakan asas untuk menilai dan menguasai prestasi sebuah perniagaan
di masa hadapan dari segi keuntungan, kos dan kualiti. Ia juga digunakan
untuk mencapai prestasi yang disasarkan, menganalisis trend sikap
pelanggan dan prestasi ekonomi dalaman dan luaran.

LATIHAN 5.1

Mengapakah pelan perniagan penting untuk usahawan?

5.3 SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN PELAN


PERNIAGAAN?
Pelan perniagaan adalah amat penting bagi pelbagai pihak. Antara pihak yang
memerlukan pelan perniagaan adalah seperti yang berikut:

 Pihak Pengurusan
Sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan untuk
mempertimbangkan masa, usaha dan sokongan yang diperlukan untuk
mencapai matlamat syarikat. Ia memberikan mereka peluang untuk
menganalisis keadaan kritikal yang menghalang kemajuan perniagaan
tersebut. Ia turut membolehkan mereka menjangka perubahan yang mungkin
berlaku pada masa hadapan.

Pihak pengurusan mesti menganalisis sebab perniagaan itu menemui


kejayaan ataupun kegagalan serta ancaman dan peluang yang bakal dihadapi
pada masa hadapan. Oleh itu, pihak pengurusan mesti membina dan
meneliti strategi dan keutamaan yang harus dijelaskan dan diberitahu
untuk memastikan perkembangan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan
bertanggungjawab meletakkan tanda aras yang berpatutan untuk mengukur
kejayaan perniagaan itu. Di samping itu, pelan perniagaan membolehkan
pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan kekangan yang akan dihadapi
oleh pekerja dalam mencapai sasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

 Pemegang Saham
Perancangan perniagaan adalah penting untuk pemegang saham. Mereka
mesti tahu cara perniagaan itu akan dijalankan kerana persetujuan mereka
diperlukan jika perubahan sasaran dan strategi dibuat. Oleh itu, mereka
perlu tahu tentang apa-apa keputusan baharu sebelum ia dilaksanakan. Pelan
perniagaan ialah dokumen penting untuk pemegang saham kerana mereka
memainkan peranan yang sangat penting dalam menilai secara kritikal draf
pelan itu. Usahawan harus memberitahu mereka mengenai pasaran masa
hadapan untuk produk ataupun perkhidmatan mereka, operasi perniagaan,
unjuran kewangan dan rancangan pada masa hadapan seperti
mengembangkan perniagaan tersebut ke pasaran antarabangsa. Pelan
perniagaan juga penting untuk perniagaan baharu mendapatkan pemegang
saham.

 Bank ataupun Pemberi Pinjaman


Sebelum meluluskan permohonan pinjaman usahawan, pihak bank perlu
mengkaji pelan perniagaannya. Pelan itu akan memberikan pihak bank
petunjuk pulangan yang boleh diharapkan daripada pemberian pinjaman
itu dan membolehkan pihak bank mengukur kebolehupayaan dan
keberuntungan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang berpatutan.
Pelan perniagaan akan memberi pihak bank idea strategi dan keutamaan
sesebuah perniagaan itu. Perkara ini mesti diterangkan dengan jelas dalam
pelan tersebut dan selaras dengan keseluruhan polisi strategi jabatan, fungsi
tujuan dan keperluan laporan. Dengan meneliti pelan perniagaan, pihak bank
boleh mengenal pasti bantuan kerajaan dan insentif cukai yang tersedia
untuk usahawan berkenaan.

 Pelanggan
Pelanggan juga berminat dalam pelan perniagaan kerana ia memberikan
mereka maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka sama ada
untuk menggunakan produk ataupun perkhidmatan perniagaan berkenaan
atau tidak. Isu penting bagi pelanggan merangkumi kualiti dan keselamatan
produk syarikat. Untuk meraih keyakinan pelanggan, pelan perniagaan
mesti menyebut perihal harga, ketahanan, ciri-ciri, sokongan tambahan dan
perkhidmatan selepas jualan untuk sesebuah produk. Pelanggan akan
bertambah yakin jika produk itu menggunakan teknologi baharu, dilulus
oleh badan seperti SIRIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan sejajar dengan budaya mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  75

 Pembekal
Pembekal memerlukan pelan perniagaan bagi memutuskan sama ada untuk
membekalkan bahan dengan cara kredit. Pembekal mahu melihat sama ada
perniagaan tersebut boleh membayar balik hutang dalam masa yang
ditentukan. Oleh itu, pelan perniagaan yang baik akan memberikan gambaran
jelas tentang kemampuan perniagaan tersebut.

 Pekerja
Kebanyakan bakal pekerja inginkan maklumat mengenai perkembangan
dan prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan untuk menyertai
organisasi. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini melalui pelan
perniagaan.

5.4 UNSUR PENTING DALAM PELAN


PERNIAGAAN YANG BAIK
Perkara berikut merupakan unsur penting dalam pelan perniagaan yang baik
(rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Lapan Unsur Penting dalam Pelan Perniagaan yang Baik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

Yang berikut ialah penerangan mengenai setiap unsur ini:

 Ringkasan Eksekutif
Ringkasan eksekutif adalah bahagian paling penting sebuah pelan perniagaan.
Ia adalah bahagian pertama yang perlu dilihat. Ia memberitahu kedudukan
dan hala tuju sesebuah syarikat. Antara unsur yang dimasukkan ke dalam
ringkasan eksekutif adalah kenyataan misi, tarikh permulaan perniagaan,
nama dan peranan pengasas, bilangan pekerja, lokasi perniagaan serta
cawangan dan subsidiari (jika ada), penjelasan rancangan dan kemudahan,
produk yang dikeluarkan, nama bank, prestasi dan perkembangan syarikat,
kedudukan kewangan dan ringkasan rancangan masa hadapan pihak
pengurusan.

 Analisis Pasaran
Bahagian analisis pasaran menggambarkan pengetahuan usahawan mengenai
industri yang diceburi. Ia mempersembahkan gambaran keseluruhan dan
kesimpulan hasil kajian pasaran yang dikumpulkan. Walau bagaimanapun,
penerangan secara terperinci berkenaan analisis pasaran haruslah diletakkan
ke dalam bahagian lampiran pada rancangan perniagaan. Bahagian ini
mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat
matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa tunggu, dan penilaian
terhadap persaingan.

 Strategi Pemasaran dan Jualan


Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik pelanggan kepada sesebuah
perniagaan. Usahawan harus menyedari bahawa pelanggan adalah nadi
perniagaan mereka. Pelan perniagaan harus mengandungi ramalan
perniagaan berdasarkan analisis pasaran. Dalam bahagian ini, perkara yang
paling penting untuk dibuat adalah mentakrifkan strategi pemasaran.
Strategi ini harus menjadi sebahagian daripada proses penilaian kendiri
yang berterusan dan unik kepada syarikat tersebut. Secara keseluruhan,
strategi pemasaran harus mengandungi maklumat perihal strategi untuk
menembusi pasaran, pertumbuhan perniagaan, saluran pengedaran dan
komunikasi. Ia juga harus menyebut tentang strategi pasukan dan aktiviti
pemasaran serta bajet pemasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  77

 Perkhidmatan ataupun Barisan Produk


Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan ataupun produk syarikat
yang akan disediakan dan manfaatnya kepada pelanggan dan bakal
pelanggan. Usahawan harus menonjolkan kebolehan produk atau
perkhidmatan tersebut untuk menyelesaikan masalah tertentu sebagai
kelebihan produk ataupun perkhidmatan itu.

 Organisasi dan Pengurusan


Bahagian ini menyebut perihal struktur organisasi syarikat, pemilikan
syarikat, pihak pengurusan, kelayakan ahli lembaga pengarah, pelan upah
dan bajet pentadbiran.

 Permohonan Pembiayaan
Bahagian ini berfokuskan jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk
memulakan ataupun mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh
mengandungi senario berlainan seperti jika pembiayaan diterima dan jika
pembiayaan tidak diterima, dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu,
bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembelanjaan
modal, pembelanjaan operasi dan sumber kewangan ataupun pembiayaan.
Ia juga menyebut perihal syarat pembiayaan, syarat pembiayaan untuk
lima tahun ke hadapan, cara pembiayaan yang diterima akan digunakan
dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi kesan terhadap
kemajuan kewangan syarikat.

 Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas menganalisis pasaran dan menyatakan
objektif dengan jelas. Dalam bahagian ini, usahawan menunjukkan secara
terang unjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan
kerugian, dan unjuran kunci kira-kira.

 Lampiran
Bahagian lampiran harus diberi kepada pembaca apabila diperlukan. Dengan
kata lain, ia tidak harus dimasukkan ke dalam badan utama pelan perniagaan.
Pelan perniagaan ialah alat komunikasi yang akan dibaca oleh ramai orang.
Lampiran mengandungi sejarah kredit, maklumat pengurus utama, gambar
produk, surat rujukan, perincian kajian pasaran, artikel majalah yang
berkaitan, lesen, permit, dokumen undang-undang, salinan sewaan, permit
bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan termasuk peguam dan
akauntan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

AKTIVITI 5.1

Anda merupakan usahawan yang mengusahakan kedai kek tradisional


di Plaza Ampang. Apakah perincian yang akan anda masukkan
di bawah Strategi Pemasaran dan Jualan dalam pelan perniagaan anda?
Bincangkan dalam kumpulan dan tuliskan maklumat tersebut.

LATIHAN 5.2

Apakah unsur penting dalam pelan perniagaan yang baik?

5.5 PANDUAN DALAM MENYEDIAKAN


PELAN PERNIAGAAN
Rajah 5.4 menunjukkan enam panduan dalam menyediakan pelan perniagaan
yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  79

Rajah 5.4: Panduan dalam Menyediakan Pelan Perniagaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

5.6 HALANGAN YANG PERLU DIHINDARI


SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN
Menurut Kuratko (2004), terdapat beberapa halangan yang perlu dielakkan
oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengah daripadanya
adalah kesilapan lazim yang biasanya dilakukan oleh usahawan dan senang
dicam. Jadual 5.1 menunjukkan lima halangan dan langkah strategik untuk
menghindarinya.

Jadual 5.1: Halangan dalam Perancangan

Halangan Fakta Cara untuk Mengelak

Tiada  Sesetengah pelan perniagaan Pelan perniagaan yang baik


matlamat tiada matlamat yang jelas mempunyai jadual yang jelas
realistik dan boleh dicapai. dengan langkah spesifik untuk
dilaksanakan dalam jangka
 Tiada jangka masa. masa yang ditetapkan.
 Tiada keutamaan.

 Tiada langkah tindakan.

Gagal Kadangkala usahawan terlalu Untuk mengelakkan halangan


menjangka tertumpu kepada idea mereka ini, senaraikan kekangan yang
halangan sehingga tidak melihat masalah mungkin akan dihadapi dan
yang mungkin timbul. Tiada langkah-langkah penyelesaian
tanda penunjuk yang boleh ataupun pelan sokongan jika
digunakan untuk mengenal masalah ini terjadi.
pasti masalah dan tiada
pengakuan bahawa masalah
mungkin berlaku ataupun
terdapatnya kelemahan yang
mungkin ada dalam pelan dan
tiada pelan luar jangkaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  81

Tiada Ramai usahawan menunjukkan Usahawan perlu melakukan


komitmen seolah-olah mereka kurang tindakan susulan terhadap janji
ataupun memberikan komitmen terhadap temu yang penting dan bersedia
dedikasi perniagaan mereka. Usahawan menunjukkan komitmen dari
tidak sepatutnya memberikan segi kewangan terhadap
gambaran bahawa mereka tidak perniagaan mereka.
mengambil serius terhadap
perniagaan yang dijalankan.

Tanda nyata mereka kurang


komitmen adalah:

 sering berlengah-lengah

 tidak menepati janji temu

 tiada keinginan untuk


melaburkan duit sendiri

 ingin untung cepat

Kekurangan Ramai pelabur inginkan Mereka harus menunjukkan


pengalaman usahawan yang berpengalaman pengalaman peribadi dan
perniagaan serta berpengetahuan mengenai pengetahuan latar belakang
atau teknikal perniagaan yang akan dijalankan tentang perniagaan yang akan
dan bukan hanya penuh dengan diceburi. Jika mereka tidak
idea. Oleh itu, usahawan harus memiliki ilmu ataupun
mengaplikasikan pengetahuan kemahiran tertentu, mereka
dan pengalaman mereka dalam harus mendapatkan bantuan
bidang perniagaan mereka. daripada orang yang
memilikinya.

Tiada pasaran Ramai usahawan tidak mengenal Cara terbaik untuk mengelakkan
khusus pasti segmen pelanggan yang halangan ini ialah
(market niche) mungkin berminat dengan membangunkan segmen
produk mereka. Banyak produk pasaran khusus dan
baharu yang berpotensi tidak menunjukkan sebab dan cara
sampai ke tangan pelanggan produk ataupun perkhidmatan
kerana kurang pasaran khusus tertentu akan memenuhi
ataupun pasaran untuk produk keperluan pelanggan sasaran.
itu belum pernah disediakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

Usahawan harus mengelakkan halangan yang dibincangkan tadi supaya


peluang perniagaan mereka berjaya adalah bertambah baik. Perkara kritikal
ini mesti diuruskan dengan berhati-hati sebelum mengembangkan pelan
perniagaan. Ia akan membantu usahawan menyediakan asas yang mantap
untuk membentuk satu pelan perniagaan yang berkesan.

LATIHAN 5.3

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan sebuah


pelan perniagaan.

 Perancangan perniagaan ialah suatu sistem pengurusan. Ia mengintegrasikan


fungsi pengurusan seperti perancangan, pengaturan, pelaksanaan dan
pengawalan.

 Proses perancangan perniagaan memberikan pihak pengurusan alat dan


maklumat asas yang menjelaskan aspek pengurusan dan sumber serta
menyumbang kepada pembentukan kerangka akauntabiliti yang diperlukan
untuk mengurus perniagaan dalam persekitaran yang dinamik. Oleh itu,
pelaksanaan pelan perniagaan sangat penting untuk memastikan sesebuah
perniagaan itu terus bertahan dan berkembang.

Analisis pasaran Pelan perniagaan


Barisan produk Pemegang saham
Fungsi pengurusan Pemegang taruh
Kesulitan Ringkasan eksekutif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Memulakan
Perniagaan
6 Baharu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menyatakan tiga jenis perniagaan.
2. Menerangkan tiga fasa dalam memulakan sebuah perniagaan.
3. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli
perniagaan yang sedia ada.
4. Meneliti struktur, kelebihan dan kelemahan francais.
5. Membincangkan struktur perniagaan baharu yang sah.
6. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

 PENGENALAN
Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan
ialah orang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya perniagaan,
biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Jadi, adakah anda berminat
untuk menjadi seorang usahawan? Tahukah anda bagaimana untuk memulakan
sebuah perniagaan?

Dalam topik ini, kita akan meneliti jenis perniagaan yang diklasifikasikan kepada
tiga jenis, iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Di samping
itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah menurut
undang-undang dan sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

6.1 JENIS PERNIAGAAN


Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling
lazim digunakan ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga Cara Memulakan Perniagaan

Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik berikut.

6.2 PERNIAGAAN BAHARU


Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui:

 maksud perniagaan baharu;

 peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan

 kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

Mari kita membincangkannya dengan lebih lanjut.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu


Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan baharu?

Perniagaan baharu ialah syarikat yang baru ditubuhkan. Ia suatu proses


yang usahawan membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu
dari awal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  85

Yang berikut ialah beberapa ciri bagi syarikat untuk memulakan perniagaan
baharu:

 usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;

 usahawan menggunakan wang simpanan sendiri ataupun meminjam


daripada orang lain; dan

 usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya


memerlukan banyak pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang
mendalam dalam bidang yang diceburi.

 perniagaan baharu biasanya melibatkan penciptaan produk ataupun


perkhidmatan baharu.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu


Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa, iaitu fasa prapermulaan,
fasa permulaan dan fasa pascapermulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2
yang menunjukkan tiga fasa dalam memulakan perniagaan baharu ini.

Rajah 6.2: Fasa Perniagaan Baharu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu


Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan
enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan Kelemahan

 Bebas membuat keputusan sendiri,  Memerlukan masa, wang dan usaha


contohnya menjawab semua soalan yang banyak untuk mencari lokasi
tentang bila, bagaimana dan apa jenis strategik, memperoleh lesen, membeli
produk ataupun perkhidmatan. mesin, mencari pembekal baharu,
mengambil dan melatih pekerja
 Berpeluang untuk menggunakan baharu untuk melakukan aktiviti
idea sendiri dan membentuk imej pengiklanan.
sendiri dengan memahami perasaan
pelanggan.  Pada peringkat permulaan, usahawan
akan meraih keuntungan yang sikit
 Bebas memilih lokasi, kilang, atau menghadapi kerugian kerana
peralatan, produk atau perkhidmatan, terpaksa berbelanja besar untuk
pekerja, pembekal dan bank. Unsur memperoleh pelbagai benda yang
ini akan menentukan kejayaan sebuah diperlukan untuk memulakan
perniagaan. perniagaan.

 Boleh mengelak apa-apa duluan,  Tiada rekod perniagaan yang boleh


polisi, tatacara dan komitmen digunakan untuk membuat unjuran
perundangan yang tidak diingini jualan, perbelanjaan dan keuntungan.
tetapi biasanya dihadapi perniagaan
sedia ada.  Tiada pelanggan sedia ada.
Usahawan memerlukan usaha yang
 Reputasi perniagaan tidak akan banyak untuk menarik pelanggan,
terjejas kerana ia perniagaan yang jualan berkembang dengan perlahan
baharu. dan masa yang lama akan berlalu
sebelum perniagaan itu membawa
 Boleh melakukan perubahan kepada keuntungan.
perniagaan tersebut.
 Susah mendapatkan pinjaman
daripada institusi kewangan kerana
mereka kurang yakin dengan
perniagaan baharu berbanding
dengan perniagaan yang sudah
mantap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  87

AKTIVITI 6.1

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda


akan memulakan perniagaan baharu anda? Senaraikan dan bandingkan
jawapan anda dengan rakan sekuliah anda.

LATIHAN 6.1

1. Takrifkan perniagaan baharu.

2. Senaraikan tiga fasa perniagaan baharu.

3. Apakah faktor-faktor kritikal yang penting dalam menilai


perniagaan baharu?

6.3 MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA


Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk
anda mengetahui:

 maksud membeli perniagaan sedia ada;

 langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada;

 kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan

 kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada

Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli ataupun


memperoleh sama ada saham ataupun semua aset sebuah syarikat ataupun
perniagaan yang sudah wujud.

Jika anda sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli


sebuah perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang
berbanding dengan memulakan perniagaan baharu dari awal. Mengikut
sesetengah pakar perniagaan, membeli perniagaan sedia ada ialah cara yang
paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri dalam perniagaan.
Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha untuk mencari
perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli sebuah
syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut
dan memberi peluang memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia


Ada
Dalam membeli sebuah perniagaan sedia ada, anda harus mempertimbangkan
beberapa langkah dan proses seperti yang berikut:

 Keutamaan Peribadi
Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup
dan aspirasi diri. Sebelum anda mula mencari perniagaan sedia ada untuk
dibeli, fikirkan apa-apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut
dan apa-apa yang anda ingin dapatkan daripadanya.

 harapan anda dari segi pendapatan


Apakah tahap keuntungan yang anda perlukan untuk memenuhi
keperluan anda?

 komitmen anda
Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan membuat pelaburan
setakat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan itu?

 kelebihan anda
Apakah jenis peluang perniagaan yang akan membolehkan anda
menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  89

 jenis perniagaan
Perniagaan tunggal, perkongsian dan sebagainya yang anda berminat
untuk beli.

 sektor perniagaan yang anda berminat


Pelajari sebanyak yang boleh tentang industri pilihan anda supaya anda
boleh membandingkannya dengan perniagaan yang berlainan.

 Peluang Perniagaan
Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan kecil (classified
advertisements), membincangkan peluang dengan broker perniagaan dan
menyelidik sumber industri. Jangan tergoda untuk membeli perniagaan
pertama yang nampak bagus; siasat dulu secara objektif.

Membuat janji temu dengan penjual ataupun broker perniagaan untuk


mengenal perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan
anda laporan kewangan yang ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan.
Hal ini akan membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut
dan berapa lama ia sudah sedia untuk dijual.

 Meninjau Sasaran yang Berpotensi


Sasaran yang berpotensi mesti dikaji dengan teliti untuk menentukan cara ia
diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan, cuba berbual dengan
pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan maklumat yang diperlukan
yang patut mengandungi perkara berikut:

 akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua


pulangan cukai pendapatan dan nyatakan bentuk cukai jualan sekurang-
kurangnya untuk tiga tahun; dan

 senarai semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baharu,
termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh perkiraan
yang terakhir.

 Pengaturan Pembiayaan
Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan
dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Hal ini mesti
diselidik dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan
anda. Pada umumnya, peminjam memerlukan:

 butiran terperinci tentang perniagaan/jualan;

 akaun untuk tiga tahun yang lepas;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan

 maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

 Menjalankan Usaha Wajar


Usaha wajar adalah umpama bekerja sebagai detektif. Ia proses mengumpul
maklumat dengan menjalankan siasatan, pencarian dan pertanyaan; dan ia
sangat penting untuk apa-apa saham ataupun aset yang dibeli. Hasil usaha
wajar boleh membantu anda dalam membuat keputusan:

 sama ada anda patut meneruskan pemerolehan;

 sama ada untuk membeli saham ataupun aset;

 berapa patut dibayar dan cara untuk memperuntukkan harga belian


tersebut; dan

 perkara yang perlu disebut dalam perjanjian pembelian untuk melindungi


diri anda.

Proses ini harus membimbing anda dalam pembuatan keputusan dengan


memberikan maklumat yang mendalam tentang perniagaan baharu itu dan
memberikan anda anggaran baik tentang nilai transaksi yang sepatutnya.
Di samping itu, anda akan tahu apakah jaminan dan ganti rugi yang patut
diperoleh daripada pembekal sebagai sebahagian daripada perjanjian.

 Perjanjian Formal
Penyediaan perjanjian yang formal memberikan pihak yang berkenaan
peluang untuk mengembangkan perjanjian asas dan menyebut perkara kecil
yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya dalam perundingan permulaan.
Tiga komponen asas perjanjian formal adalah seperti berikut:

 Unsur Asas
Bahagian pertama perjanjian biasanya meliputi unsur asas berikut:

 pihak yang terlibat;

 aset ataupun saham yang dibeli;

 harga belian;

 perubahan pada harga belian, cara dan bila harga belian dan pelarasan
akan dibayar; dan

 cara cukai akan dikendalikan.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  91

 Perwakilan dan Jaminan


Kedua, benda ini diberi oleh penjual tentang perkara yang penting
untuk anda membeli perniagaan tersebut. Pada mulanya, anda harus
mempertimbangkan fakta dan isu yang penting kepada keputusan anda
untuk membeli perniagaan itu dan jumlah yang sanggup anda bayar.
Kemudian, di samping menjalankan usaha wajar tentang perkara ini, anda
perlu mendapatkan perwakilan dan jaminan daripada pembeli yang
membuktikan bahawa semua fakta yang diberi kepada anda adalah
benar. Hal ini bertujuan melindungi anda jika ada fakta ataupun maklumat
yang anda tidak ketahui atau jika penjual memperdayakan anda dalam
suatu perkara penting.

 Perkara Penutup
Bahagian perjanjian ini umumnya akan menyebut tarikh penutupan dan
apa-apa yang mesti saling bertukar pada waktu penutupan. Ia juga
menyebut syarat khusus penutupan yang mesti dipenuhi sebelum
jualan itu boleh ditamatkan. Syarat penutupan yang biasa adalah seperti
yang berikut:

 semua perwakilan dan jaminan yang diberi sebelum penutupan


masih benar dan tepat pada tarikh penutupan;

 anda memperoleh aset dan saham yang dibeli bebas daripada


sebarang halangan melainkan yang anda persetujui sebelumnya;

 apa-apa lesen khas ataupun kebenaran yang diperlukan sudah


diperoleh;

 semua sijil kebenaran ataupun kelulusan daripada kerajaan sudah


diterima;

 semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah


ditandatangani dan diterima; dan

 anda sudah menjelaskan bayaran seperti yang dipersetujui dalam


perjanjian.

 Bersedia untuk Berniaga


Pada peringkat ini, anda pemilik baharu sebuah perniagaan. Jika anda telah
menjalankan usaha wajar dan mempunyai perjanjian pembelian yang bagus,
anda sedang melangkah menuju kejayaan. Walaupun begitu, anda mungkin
memerlukan nasihat berterusan dengan pemilik dahulu. Jadi, adalah bijak
untuk mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda juga
mungkin memerlukan bantuan berterusan daripada pasukan penasihat
anda kerana walaupun transaksi sudah sempurna, kerjanya baru bermula.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
92  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada


Kelebihan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  93

6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada


Kelemahan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada

AKTIVITI 6.2

Ali bercadang mendirikan sebuah warung nasi kandar di Bangsar.


Kawan Ali, iaitu Dewi meminta Ali membeli warungnya di sana.
Apakah manfaat yang akan Ali kecapi jika dia membeli warung Dewi
dan tidak mendirikan perniagaan yang baharu? Bincangkan dalam
forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

LATIHAN 6.2

1. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan mendirikan


perniagaan baharu.

2. Terangkan maksud membeli sebuah perniagaan sedia ada.

3. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan membeli


perniagaan sedia ada.

6.4 FRANCAIS
Bila kita menyebut francais, adalah penting untuk mengetahui:

 maksud francais;

 kelebihan francais; dan

 kelemahan francais.

Mari kita membincangkannya dengan lebih lanjut.

6.4.1 Maksud Francais

Francais ialah sebarang pengaturan yang apabila pemilik sebuah jenama,


nama perniagaan atau hak cipta memberikan lesen kepada orang lain
untuk menggunakannya dan menjual barangan dan perkhidmatannya.

Francaisi (pembeli francais) adalah bebas dari segi perundangan tetapi


bergantung secara ekonomi pada sistem perniagaan bersepadu yang dijalankan
oleh francaisor (penjual francais). Seorang francaisi boleh beroperasi sebagai
peniaga bebas tetapi masih mengecap kelebihan organisasi wilayah atau
nasional. Contoh perniagaan francais ialah restoran McDonaldÊs, Kentucky Fried
Chicken dan Pizza Hut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  95

Rajah 6.5: Contoh Francais yang Terkenal

6.4.2 Kelebihan Francais


Tahukah anda apakah kelebihan francais? Beberapa daripada kelebihan ini
dipaparkan dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Kelebihan Francais

Sekarang, mari kita meneliti kelebihan ini dengan terperinci.

 Latihan dan Bimbingan


Kelebihan utama membeli francais berbanding dengan mendirikan
perniagaan baharu ataupun membeli perniagaan sedia ada adalah bahawa
francaisor akan memberikan latihan serta bimbingan kepada francaisi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Tarikan Nama Jenama


Usahawan yang membeli francais nasional yang besar dan terkenal
mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya. Nama francaisor ialah daya
tarikan perniagaan tersebut. Barangan ataupun perkhidmatan yang
ditawarkan oleh francais nasional biasanya lebih dikenal dan lebih disukai
ramai berbanding dengan barangan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan
oleh kedai yang kurang dikenali.

 Rekod Prestasi Terbukti


Francaisor sudah pun membuktikan bahawa perniagaannya boleh berjaya.
Perniagaannya telah beroperasi sekurang-kurangnya antara 5 hingga 10 tahun
dan mesti mempunyai 50 ataupun lebih unit. Oleh itu, tidak susah untuk
melihat betapa berjayanya perniagaan tersebut. Jika semua unitnya masih
beroperasi dan pemiliknya melaporkan bahawa mereka sedang mengaut
keuntungan, kita boleh memastikan bahawa francaisor telah membuktikan
bahawa aturan dan lokasi kedai, polisi harga, kualiti barangan dan
perkhidmatan serta pengurusan perniagaannya secara keseluruhannya
adalah berjaya.

 Bantuan Kewangan
Francais adalah pelaburan yang bagus kerana francaisor mungkin boleh
membantu pemilik baharu mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan
untuk menjalankan operasi. Malah, sesetengah francaisor membantu
francaisi memulakan operasi dengan meminjamkan wang dan tidak
memerlukan bayaran balik sehingga operasi itu mula membawa keuntungan.
Secara ringkasnya, membeli francais kerap merupakan cara yang paling
sesuai untuk memastikan bantuan kewangan diterima daripada institusi
kewangan.

6.4.3 Kelemahan Francais


Yang berikut adalah kelemahan francais:

 Yuran Francais
Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Lebih berjaya sebuah francais,
lebih tinggi yurannya. Francais bertaraf nasional akan mengenakan yuran
daripada RM5,000 hingga RM100,000. Francais yang lebih kecil dan tidak
begitu berjaya pula akan mengenakan yuran yang kurang. Bakal francaisi
mesti juga membayar untuk membina unit francais tersebut dan menyediakan
stok yang mencukupi. Walaupun francaisor mungkin membantu
mendapatkan pinjaman bank, yuran tambahan mungkin disertakan dengan
harga kasar jualan. Seorang francaisi juga perlu membayar royalti berterusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  97

berdasarkan jualan, biasanya 5 hingga 12 peratus. Kebanyakan francaisor


memerlukan pembeli untuk mempunyai 25 hingga 50 peratus kos permulaan
dalam bentuk tunai. Yang selebihnya boleh dipinjam daripada organisasi
itu sendiri.

Kos francais meliputi perbelanjaan berikut:

 yuran francais

 insurans

 inventori pembukaan produk

 penambahbaikan dari segi pembinaan semula dan penyewaan

 bayaran utiliti, gaji dan khidmat hutang

 bayaran simpanan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan khidmat


profesional

 lesen negeri dan tempatan

 permit dan sijil

 Kawalan Francaisor
Dalam syarikat yang besar, syarikat mengawal aktiviti pekerjanya. Perkara
yang sama wujud dalam perniagaan kecil. Jika usahawan mempunyai
perniagaan sendiri, dia boleh mengawal aktivitinya sendiri. Bagi pengendali
francais, kawalan terletak antara kedua-duanya. Francaisor umumnya
mengawal operasi bagi tujuan penyelarasan. Jika francaisi tidak mengikut
arahan francaisor, kontrak mereka mungkin tidak akan diperbaharui apabila
tamat.

 Janji Tidak Ditunaikan


Dalam sesetengah kes yang melibatkan francaisor yang kurang terkenal,
francaisi mungkin tidak memperoleh semua yang dijanjikan. Ramai francaisi
mendapati bahawa mereka memperoleh nama jenama dengan tiada daya
tarikan. Ramai francaisi juga tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh
francaisor. Kerap kali, pemegang operasi bukannya membayar harga yang
kurang untuk bekalan, malah terpaksa membeli dengan harga yang lebih
mahal. Jika mereka mengadu, perjanjian mereka dengan francaisor mungkin
ditamatkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

AKTIVITI 6.3

Adakah menjalankan perniagaan francais lebih mahal berbanding


dengan perniagaan jenis lain? Bincangkan pendapat anda dalam tutorial
yang akan datang.

6.5 STRUKTUR SAH UNTUK PERNIAGAAN


BAHARU
Sebelum menentukan bagaimana untuk mengelolakan sebuah operasi, bakal
usahawan perlu mengenal pasti struktur sah yang paling sesuai untuk keperluan
perniagaan mereka. Hal ini wajib kerana undang-undang cukai yang berubah,
situasi liabiliti, kesediaan modal dan kerumitan dalam menubuhkan perniagaan.
Tiga jenis perniagaan sah yang asas ialah perniagaan tunggal, perkongsian
dan syarikat.

Oleh sebab setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri,
adalah mustahil untuk mengesyorkan satu jenis perniagaan daripada yang lain.
Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai perlu dibuat berdasarkan keadaan
spesifik usahawan, kebimbangannya dan keinginannya.

6.5.1 Perniagaan Tunggal


Sebuah perniagaan yang dimiliki dan dijalankan oleh satu orang dipanggil
perniagaan tunggal. Ia tidak wujud tanpa pemiliknya. Usahawan ini mempunyai
hak atas segala keuntungannya dan menanggung liabiliti untuk kesemua hutang
dan kewajipan perniagaan tersebut. Liabilitinya tidak ada batasan, yang bermakna
perniagaan dan aset peribadinya bergantung pada operasi perniagaan tersebut.
Jika syarikat itu tidak dapat menunaikan kewajipan kewangannya, pemiliknya
boleh menjual rumah dan kereta keluarganya serta aset lain untuk membayar
pemiutang.

Untuk menjadi peniaga tunggal, seseorang itu hanya perlu memperoleh lesen
tempatan ataupun negeri untuk menjalankan operasi. Jika dia menggunakan
nama lain ataupun yang tidak wujud, dia mesti memfailkan sijil nama perniagaan
dengan pihak negeri. Oleh sebab ia senang dimulakan, perniagaan tunggal adalah
jenis perniagaan sah yang paling banyak digunakan. Jadual 6.2 menunjukkan
kelebihan dan kelemahan perniagaan tunggal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  99

Jadual 6.2: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan

 Senang Ditubuhkan  Tiada Batasan Liabiliti


Penubuhannya tidak perlu formal. Pemilik bertanggungjawab untuk
Selain itu kurang sekatan dikenakan semua hutang. Liabiliti ini meliputi
atas penubuhan syarikat jenis ini kesemua aset pemilik.
berbanding dengan jenis lain. Sedikit
atau tiada kebenaran kerajaan  Kurang Kesinambungan
diperlukan dan biasanya ia kurang Perniagaan itu mungkin lumpuh
mahal berbanding dengan atau tamat jika pemilik sakit atau
perkongsian dan syarikat. meninggal dunia.

 Keuntungan Hak Mutlak Pemilik  Kurang Modal Sedia Ada


Pemilik tidak perlu berkongsi Kurang modal sedia ada berbanding
keuntungan dengan orang lain. dengan perkongsian dan syarikat.

 Pembuatan Keputusan dan Kuasa di  Agak Susah Mendapatkan


Tangan Pemilik Pembiayaan Jangka Panjang
Tiada pemilik bersama ataupun Oleh sebab pemilik hanya seorang,
rakan kongsi yang perlu dirujuk selalunya susah mendapatkan modal
dalam menjalankan perniagaan. untuk jangka panjang.

 Kefleksibelan  Pendapat dan Pengalaman Agak


Pihak pengurusan boleh segera Terbatas
menyelesaikan keperluan perniagaan Oleh sebab perniagaan ini bergantung
dengan pembuatan keputusan harian. hanya pada seorang usahawan, hala
tuju dan skopnya dibatasi oleh
 Agak Bebas daripada Kawalan kebolehan, latihan dan kepakaran
Kerajaan usahawan tersebut.
Kecuali pengeluaran lesen yang
berkenaan, kerajaan tidak akan
masuk campur dalam operasi
perniagaan.

 Bebas daripada Cukai Perniagaan


Cukai individu dan bukan cukai
perniagaan dikenakan.

LATIHAN 6.3

1. Berikan secara ringkas maksud tiga jenis perniagaan yang sah.

2. Nyatakan lima kelebihan dan lima kelemahan perniagaan tunggal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

6.5.2 Perkongsian
Sebuah perkongsian melibatkan dua ataupun lebih orang yang menjadi rakan
milik sebuah perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi
menyumbang wang, usaha atau kemahiran dan berkongsi keuntungan dan
kerugian. Walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang, perkongsian
perniagaan biasanya dibuat secara hitam putih. Hal ini sangat digalakkan kerana
kalau tidak disebut secara bertulis, mahkamah akan menganggap semua rakan
kongsi berkongsi sama rata dalam hal keuntungan, kerugian, pengurusan aset
dan aspek perniagaan yang lain. Sebuah perjanjian perkongsian menyebut
secara jelas sumbangan kewangan dan pengurusan setiap rakan kongsi serta
menghuraikan peranan mereka dalam perkongsian tersebut.

Yang berikut ialah beberapa maklumat yang biasanya disertakan dalam


perjanjian perkongsian:

 nama, tujuan dan lokasi

 tempoh perkongsian

 ciri-ciri rakan kongsi (umum atau terbatas, aktif atau senyap)

 sumbangan rakan kongsi (semasa penubuhan, pada waktu kemudian)

 pengagihan keuntungan dan kerugian

 gaji

 hak kesinambungan rakan kongsi

 kematian rakan kongsi (pembubaran dan penamatan)

 pelepasan hutang

 perbelanjaan perniagaan (cara diuruskan)

 hutang berasingan

 kuasa (kuasa rakan kongsi usahawan ke atas operasi perniagaan)

 buku, rekod dan kaedah akaun

 jualan bahagian rakan kongsi

 arbitrasi atau perantaraan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  101

 penyelesaian perbalahan

 penambahan, perubahan atau pengubahsuaian perkongsian

 tindakan yang diperlukan dan yang dilarang

 ketidakhadiran dan kehilangan upaya

 pengurusan pekerja

Di samping perkara bertulis ini, usahawan juga perlu mempertimbangkan


beberapa cara perkongsian. Bergantung pada keperluan perniagaan, satu atau
lebih daripada cara ini boleh digunakan. Perlu diingat bahawa dalam
perkongsian, perlu ada seorang rakan kongsi umum yang bertanggungjawab
terhadap hutang perniagaan dan mempunyai liabiliti tanpa batasan.

Jadual 6.3 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perkongsian.

Jadual 6.3: Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan Kelemahan

 Senang Ditubuhkan  Liabiliti Tanpa Batasan oleh


Peraturan undang-undang dan Sekurang-kurangnya Seorang Rakan
perbelanjaan kurang berbanding Kongsi
dengan perusahaan dan syarikat yang Walaupun sesetengah rakan kongsi
kompleks. boleh mempunyai liabiliti terbatas,
sekurang-kurangnya seorang mesti
 Ganjaran secara Langsung menjadi rakan kongsi umum yang
Rakan kongsi bermotivasi untuk menanggung liabiliti tanpa batasan.
memberikan usaha yang terbaik
kerana ganjaran pembahagian  Kurang Kesinambungan
keuntungan didapati secara Jika seorang rakan kongsi meninggal,
langsung. ditakrifkan sebagai tidak siuman
atau meninggalkan perniagaan itu,
 Membantu Pertumbuhan dan Prestasi perkongsian itu tamat. Walau
Lebih modal dan jenis kemahiran bagaimanapun, perniagaan itu
boleh didapati berbanding dengan boleh diteruskan oleh rakan kongsi
perniagaan tunggal. lain. Ia mungkin boleh dijadikan
perkongsian baharu oleh rakan
 Kefleksibelan kongsi yang tinggal ataupun dengan
Boleh segera menyelesaikan mengambil rakan kongsi baharu.
keperluan perniagaan dengan
pembuatan keputusan harian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Agak Bebas daripada Kawalan dan  Agak Susah Mendapatkan Modal


Peraturan Kerajaan yang Besar
Sangat sedikit campur tangan Modal yang besar, terutamanya
kerajaan dalam perkongsian. untuk pembiayaan jangka panjang,
sukar diperoleh. Biasanya harta
 Kemungkinan Mendapat Kelebihan kesemua rakan kongsi menentukan
Cukai jumlah modal keseluruhan yang
Kebanyakan perkongsian membayar boleh didapatkan oleh perkongsian
cukai sebagai usahawan dan bukan tersebut, terutamanya pada masa
cukai tinggi yang dikenakan ke atas permulaan perniagaan.
syarikat.
 Terikat dengan Tindakan oleh
Seorang Rakan Kongsi
Seorang rakan kongsi umum
boleh mengambil kontrak dan
tanggungjawab yang boleh
memudaratkan perniagaan itu dan
rakan kongsi lain.

 Susah Menjual Bahagian Rakan


Kongsi
Membeli bahagian seorang rakan
kongsi mungkin susah kecuali ia
disebut secara khusus dalam
perjanjian bertulis.

LATIHAN 6.4

Nyatakan lima kelebihan dan kelemahan perkongsian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  103

6.5.3 Syarikat

Syarikat ialah „suatu benda tiruan yang tidak kelihatan, tidak ketara dan
wujud hanya dari segi undang-undang.‰

(Diadaptasi daripada Supreme Court Justice John Marshall, 1819)

Berlandaskan definisi ini, ia jelas bahawa syarikat ialah entiti sah yang berasingan
daripada usahawan yang memilikinya.

Di Malaysia, sebuah organisasi perniagaan diwujudkan berdasarkan Akta


Syarikat 1965. Akta ini mentadbir semua syarikat di Malaysia. Akta ini mula
berkuat kuasa pada tarikh 15 April 1966 dan semakan semula dilakukan beberapa
kali pada tahun 1969, 1971, 1985, 1986 dan 1987 (semakan terkini). Akta ini
adalah berdasarkan undang-undang syarikat yang berkuat kuasa di Australia
dan United Kingdom.

 Ciri-ciri Syarikat
Yang berikut adalah ciri-ciri syarikat:

 Hak dan Tanggungjawab


Syarikat bertanggungjawab ke atas pemilikan modal dan boleh mengambil
atau menghadapi tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun,
sebuah syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap usahawan
yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Namun, ejen pelaksana syarikat
tersebut boleh mengambil tindakan apabila perlu.

 Jangka Hayat
Ahli sebuah syarikat tidak menentukan jangka hayatnya. Ia akan
berterusan walaupun ada ahli yang meninggal dunia atau meninggalkan
syarikat itu. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut boleh ditamatkan
jika kesemua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan itu.

 Liabiliti
Liabiliti ahli syarikat terbatas kepada jumlah saham yang dimiliki.
Maka, ahli tidak bertanggungjawab sekiranya syarikat itu jatuh muflis.
Syarikat berbeza daripada perniagaan tunggal dan perkongsian kerana
ia mempunyai pengasingan antara aset perniagaan dengan aset peribadi
dan hutang perniagaan tidak boleh mengakibatkan perampasan aset
peribadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Ahli
Sebuah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang
merupakan pemastautin tetap Malaysia. Kedua-dua ahli ini mesti
berperanan sebagai pengarah syarikat tersebut. Ahli syarikat melantik
lembaga pengarah yang akan bertanggungjawab menjalankan perniagaan
syarikat dan mengikuti undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 1965.

 Kelebihan dan Kelemahan Syarikat


Kelebihan dan kelemahan syarikat ditunjukkan dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Kelebihan dan Kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan

 Liabiliti Terbatas  Batasan Aktiviti


Liabiliti pemegang saham terbatas Aktiviti syarikat dibatasi oleh
kepada pelaburan usahawan. piagam dan pelbagai undang-
Pemegang saham hanya boleh undang.
kehilangan wang ini.
 Kurang Perwakilan
 Pemindahan Pemilikan Kuasa undi pemegang saham
Penjualan saham membolehkan utama boleh menundukkan kuasa
pemindahan pemilikan. undi pemegang saham kecil.

 Berterusan Tanpa Batasan  Peraturan


Hayat syarikat berasingan daripada Peraturan kerajaan dan laporan
hayat pemilik dan boleh kekal yang terperinci diperlukan oleh
untuk waktu yang tidak tetap. agensi kerajaan negeri dan
persekutuan. Hal ini
 Agak Senang Mendapatkan Modal mengakibatkan banyak kertas kerja
Besar dan kerenah birokrasi.
Modal boleh didapatkan dengan
mengeluarkan bon dan saham serta  Mengelolakan Perbelanjaan
pinjaman jangka pendek yang Perbelanjaan besar diperlukan
dibuat dengan menggunakan aset dalam penubuhan sebuah syarikat.
perniagaan ataupun jaminan
peribadi pemegang saham utama.  Pencukaian Berganda
Cukai pendapatan dikenakan ke
 Lebih Ramai Pakar dan Orang
atas keuntungan syarikat serta gaji
yang Berkebolehan dan dividen bagi setiap staf.
Boleh menggunakan kepakaran dan
kemahiran beberapa usahawan,
daripada pemegang saham utama
kepada pengurus profesional yang
dibawa masuk ke dalam syarikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  105

LATIHAN 6.5

Berikan lima kelebihan dan kelemahan syarikat.

6.6 SUMBER MODAL UNTUK AKTIVITI


KEUSAHAWANAN
Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memulakan, membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jangka
masa yang diperlukan bergantung pada sumber mana yang paling sesuai untuk
usahawan dan perniagaannya. Rajah 6.7 menunjukkan sumber modal untuk
membiayai perniagaan.

Rajah 6.7: Sumber Modal untuk Aktiviti Keusahawanan

Mari kita melihat setiap sumber ini dengan lebih lanjut.

 Kewangan Peribadi
Simpanan peribadi anda ialah sumber kewangan pertama anda. Ia mungkin
wang yang anda simpan pada waktu tertentu dalam akaun simpanan atau
akaun semasa bank, di dalam peti simpanan di rumah atau tunai yang
tersedia bila anda memerlukannya. Kerap kali, simpanan peribadi cepat
habis apabila usahawan memulakan sebuah perniagaan.

 Keluarga dan Sahabat


Apabila simpanan peribadi anda sudah habis, sumber seterusnya untuk
mendapatkan wang ialah daripada keluarga dan sahabat. Mereka mungkin
kawan ataupun teman sekerja yang mampu memberi pinjaman. Walaupun ini
mungkin nampak seperti idea yang bagus, kemungkinan besar mereka akan
meminta wang itu kembali apabila anda tidak mampu membayarnya. Oleh
itu, adalah mustahak untuk membuat perjanjian bertulis yang terang dan jelas
untuk mengelakkan kekeliruan pada kemudian hari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Akaun Persaraan
Anda mungkin telah menyimpan wang untuk zaman persaraan anda. Wang
ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda. Walaupun
begitu, jika anda gagal dalam perniagaan, anda perlu hidup dengan wang
yang sedikit pada zaman persaraan anda.

 Bank dan Institusi Kewangan Lain


Institusi ini meminjamkan wang kepada orang yang memiliki aset yang
boleh digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Jadual 6.5
menunjukkan tiga jenis pembiayaan, iaitu jangka panjang, jangka sederhana
dan jangka pendek.

Jadual 6.5: Tiga Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan

Jenis Deskripsi

Jangka Pembiayaan jenis ini dipinjam daripada sumber luar untuk


panjang tempoh yang lama, biasanya 5 hingga 25 tahun. Pajakan
komersial ataupun perjanjian pinjaman jangka panjang daripada
salah satu bank utama ialah contoh pembiayaan jangka
panjang. Wang itu boleh digunakan untuk memperoleh aset
tetap seperti kilang dan peralatan.

Jangka Pinjaman untuk tempoh dua hingga tujuh tahun disebut


sederhana pinjaman jangka sederhana. Pembiayaan ini biasanya
berdasarkan perjanjian antara anda dengan organisasi yang
akan memberikannya. Ia boleh digunakan untuk sewa beli,
penyewaan dan perjanjian pinjaman.

Jangka Pembiayaan jangka pendek yang paling biasa dan kerap


pendek digunakan ialah kemudahan overdraf bank. Walaupun
yurannya adalah tinggi, usahawan terbabit boleh membayar
hanya faedah ke atas jumlah overdraf. Sebaliknya, untuk
pinjaman bank, anda boleh menggunakan keseluruhan wang
yang tersedia dan perlu membayar faedah sama ada anda
menggunakan keseluruhan pinjaman tersebut ataupun tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU  107

 Pinjaman Kerajaan
Pihak kerajaan sedang mengambil langkah positif untuk membantu
perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Jutaan ringgit telah
disediakan untuk memberikan geran dan pinjaman dalam bentuk subsidi
oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan. Program
kerajaan tersedia dan boleh mengurangkan kadar faedah pinjaman bank
dan menyediakan pinjaman untuk perniagaan yang mungkin pada asalnya
tidak mampu mengambil pinjaman sebegini. Secara umumnya, kerajaan
ingin mencari jalan untuk membantu projek yang boleh memanfaatkan
sektor industri yang merudum dan mempunyai kadar pengangguran yang
tinggi. Di samping itu, kerajaan ingin menggalakkan pertumbuhan dan
penambahbaikan di kawasan luar bandar.

 Pasaran Saham
Wang diperoleh dengan menawarkan saham dalam perniagaan anda kepada
orang ramai. Penawaran ini mesti menepati peraturan persekutuan. Biasanya,
khidmat bank pelaburan digunakan. Apabila seorang pelabur membuat
pelaburan modal, dia akan mendapat peratusan pemilikan. Hal ini
memberikan pelabur tersebut kuasa terhad terhadap perniagaan itu dan
sebahagian daripada keuntungan yang didapati berdasarkan nilai peratusan
pemilikan. Ia mungkin diberi dalam bentuk dividen.

LATIHAN 6.6

Sebutkan lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan


untuk memulakan perniagaan baharu ataupun membeli perniagaan
sedia ada.

 Terdapat tiga cara memulakan sebuah perniagaan iaitu mendirikan


perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan francais.

 Setiap cara memulakan perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri serta


kelebihan dan kelemahan.

 Tiga jenis perniagaan yang sah ialah perniagaan tunggal, perkongsian dan
syarikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Enam sumber modal untuk aktiviti usahawan ialah:

 kewangan peribadi

 keluarga dan sahabat

 akaun persaraan

 bank/institusi kewangan

 pinjaman kerajaan

 pasaran saham

Francais Perniagaan tunggal


Francaisi Syarikat
Perkongsian Usaha wajar
Perniagaan baharu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Jaringan
Usahawan
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik.
2. Menerangkan dua jenis jaringan.
3. Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting.
4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan
keyakinan dalam pembentukan jaringan.
5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

 PENGENALAN
Jaringan ialah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting
dalam kejayaan usahawan. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan
yang baik dengan pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah
untuk usahawan tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan
menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan
jaringan yang baik membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan
kerjasama daripada lingkaran jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu
membina kemahiran jaringan, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada
pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


JARINGAN?
Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan merupakan sumber
untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan ialah hasil
daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan perniagaannya
kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperoleh dan pelaburan yang
dibuat dalam semua hubungannya. Hal ini bermaksud sesebuah syarikat itu
bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan kefahamannya
tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan yang dibina
melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan menggunakan cara
konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang mungkin dimiliki
oleh syarikat tersebut.

7.2 KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN


YANG BAIK
Kelebihan yang diperoleh oleh usahawan apabila mempunyai jaringan yang
baik adalah seperti yang berikut:

 Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber
ketara atau tidak ketara sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Antara sumber ketara ialah sokongan kewangan, pemindahan teknologi
dan kebolehcapaian maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai
pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala
sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam
menjalankan operasi perniagaan.

 Reputasi
Reputasi pula merujuk kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk ataupun
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  111

 Harapan
Ia boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Contohnya,
ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk menentukan
harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang berkesan. Namun,
syarikat juga diharapkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan
harga sesebuah produk apabila ia berkurangan dalam pasaran, untuk menurut
cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika
berbanding syarikat lain.

7.3 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


JARINGAN STRATEGIK?
Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk
membina sebuah jaringan strategik, usahawan perlu jelas tentang matlamat
dan objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan
berinteraksi dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus
diambil. Walaupun usahawan itu mungkin teringin untuk menyelesaikan
sesuatu dengan cepat, adalah penting bagi mereka untuk tahu di mana mereka
berada sekarang dan ke mana mereka hendak tuju.

Jaringan yang berjaya ialah hasil daripada perancangan yang betul serta
pembinaan dan pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan
kaedah untuk membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang
maksimum daripadanya. Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran
utama bagi kebanyakan ahli profesional bebas dan pemilik perniagaan
kecil-kecilan. Usahawan boleh menggunakan jaringan berpusatkan pengguna
untuk mengurangkan pergantungan mereka pada kos dan masa dalam
memperoleh dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini
akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu
secara berterusan, di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

LATIHAN 7.1

Nyatakan kelebihan yang boleh diperoleh usahawan dengan memiliki


jaringan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.4 JENIS JARINGAN


Terdapat dua jenis jaringan seperti yang berikut:

 Jaringan Formal
Jaringan formal ialah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan usahawan. Mereka yang mempunyai
hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta peluang perniagaan
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam jaringan tersebut. Setiap
ahli jaringan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk
kelebihan bersama.

 Jaringan Tidak Formal


Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan pada zaman
kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi
yang serupa. Ia membolehkan usahawan membincangkan perniagaannya
secara tidak formal tanpa membuat janji temu.

Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan


ataupun bertukar-tukar maklumat. Perkhidmatan yang diberi oleh ahli
jaringan tidak formal biasanya adalah percuma ataupun dengan kadar
bayaran yang minimum. Biasanya, jaringan tidak formal membolehkan
usahawan memperoleh pendapat dan nasihat serta sokongan moral dan
kewangan. Sokongan sebegini membantunya menjadi lebih yakin dan
menambahkan kebolehannya untuk membuat keputusan yang berkesan
dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan tidak formal termasuk
kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1 menunjukkan ahli dalam
jaringan tidak formal.

Rajah 7.1: Jaringan Tidak Formal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  113

7.5 KEPENTINGAN JARINGAN


Sekarang, mari kita lihat kepentingan jaringan. Rajah 7.2 memaparkan enam
kepentingan jaringan.

Rajah 7.2: Enam Kepentingan Jaringan

Yang berikut ialah penerangan terperinci mengenai kepentingan jaringan:

 Membina Keyakinan
Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi keadaan yang tidak
pasti. Contohnya, kerugian daripada pelaburan, persaingan dan produk
yang gagal menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan
ketidakpastian ini. Usahawan boleh memperoleh maklumat yang boleh
dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran dan produk yang disukai
pelanggan. Jaringan juga membantu usahawan menghadapi perubahan dalam
persekitaran perniagaan seperti:

 perubahan dalam strategi pesaing;

 perubahan demografi; dan

 perubahan dalam kepuasan pelanggan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 Mengurangkan Birokrasi
Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan.
Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan:

 mempercepatkan proses permohonan;

 menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain;

 menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang


sama berulang kali; dan

 mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (passing the buck).

 Meningkatkan Maklumat
Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan
akan tahu apa-apa yang sedang dilakukan oleh usahawan. Pada masa yang
sama, usahawan tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang
berada dalam jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

 Membina Kepercayaan
Kepercayaan ialah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan.
Dengan kepercayaan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan kepada
produk ataupun perkhidmatan usahawan. Apabila seseorang percaya
dengan produk yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberi, dia akan
mempromosikan produk atau perkhidmatan tersebut kepada orang lain dari
mulut ke mulut (word of mouth).

 Membina Situasi Saling Bergantung


Seseorang itu mungkin mengecap kejayaan dengan pertolongan orang lain.
Mungkin perkara yang sama boleh dikatakan untuk kejayaan anda.
Hakikatnya, manusia bergantung pada sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa
yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti bertindak
dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting dalam
membangunkan hubungan jaringan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  115

 Sumber Kreativiti
Jaringan ialah sumber kreativiti untuk usahawan dalam menjalankan
perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan membantu membina
idea baharu untuk mencipta produk ataupun perkhidmatan baharu serta
cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu. Tambahan lagi, ahli jaringan
boleh membawa peluang perniagaan baharu. Idea boleh didapati daripada
kawan, rakan sejawat, pelanggan dan pengedar.

Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh membantu


usahawan untuk:

 memperbaiki kualiti produk;

 memperbaiki pengedaran;

 memperbaiki teknik pengeluaran;

 memperbaiki teknik untuk mengadakan perkhidmatan lepas jualan yang


lebih baik; dan

 mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan produk.

7.6 CARA MEMBINA JARINGAN STRATEGIK


Terdapat tiga cara usahawan dapat membina jaringan strategik seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

Rajah 7.3: Tiga Cara Membina Jaringan Strategik

LATIHAN 7.2

Huraikan tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  117

7.7 USAHAWAN DAN JARINGAN


Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan
untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan
jaringan yang berkesan:

 sedia mendengar;

 sedia bertolak ansur;

 mahir dalam memberikan keyakinan; dan

 keupayaan untuk tetap tenang.

Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang
boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain
dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan
jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti ini. Kegagalan membina
jaringan yang baik akan:

 meningkatkan kos;

 membuang masa;

 membazir sumber syarikat;

 merosakkan reputasi usahawan;

 merosakkan reputasi syarikat; dan

 mewujudkan dilema.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.8 GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK


Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan
dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik
dengan orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang
positif. Strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani perubahan.
Strategi ini adalah seperti yang berikut:

 Strategi bagi Gabungan Jaringan


Strategi ini membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain yang
mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan terlibat dalam
perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang. Usahawan mesti
berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak berurusan dengan
mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk membangunkan
gabungan jaringan strategik, contohnya:

 membuat lawatan;

 menyertai majlis rasmi;

 berhubung melalui pihak ketiga;

 memberi cendera mata;

 menghantar kad, contohnya kad tahniah, kad takziah dan kad jemputan;

 menulis serta membalas surat dan e-mel;

 memberikan kad perniagaan;

 menghantar faks; dan

 bercakap melalui telefon.

 Strategi untuk Membina Keyakinan Diri


Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran mereka
apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan bahawa
mereka adalah bertanggungjawab supaya orang yang memberikan
tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia
untuk memberikan tanggungjawab lain pada masa hadapan. Apabila kita
membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya
dengan sebaik mungkin supaya idea kita tidak gagal. Beberapa perkara
yang mesti diberi perhatian adalah seperti yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  119

 kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;

 kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh


orang lain;

 kebolehan menjana idea secara membina apabila diperlukan;

 kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;

 kebolehan membuat tafsiran;

 kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;

 sentiasa betul dalam membuat keputusan;

 membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;

 menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;

 kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

 tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain;

 selalu bersedia untuk berterus-terang;

 bersedia menerima pendapat orang lain;

 bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;

 memberi dan menerima nasihat;

 boleh mengawal diri sendiri;

 fleksibel; dan

 bertolak ansur apabila ada konflik.

Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan


menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

AKTIVITI 7.1

Anda bercadang mengadakan majlis keraian di rumah anda. Anda


menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda
akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

7.9 TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM


KALANGAN USAHAWAN
Seorang usahawan mesti memperoleh kepercayaan orang ramai. Orang akan
yakin dengan usahawan yang membuktikan dia boleh melakukan kerja yang
diberi dengan berjaya. Yang berikut ialah strategi yang boleh membantu anda
menjadi lebih berkeyakinan.

 Berhubung dengan Berkesan dan Penuh Keyakinan


Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan,
orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan
baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda juga
perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin mempunyai
pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan ini dengan yakin
dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea penyelesaian
yang anda ada.

 Membuktikan Kebolehan Anda kepada Orang Lain


Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda apabila mereka
tahu anda boleh melakukan kerja yang diberi. Anda mesti membuktikan
bahawa anda mampu mengurus perubahan dan membimbing orang lain
dalam menghadapi perubahan tersebut.

 Menunjukkan Keprihatinan Anda terhadap Orang Lain


Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila
anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan,
mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi bimbingan kepada
orang yang menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  121

 Sentiasa Berlaku Adil


Jika anda tidak berlaku adil, anda akan memusnahkan jaringan yang telah
anda bina. Oleh itu demi mengelakkan masalah, anda mesti berlaku adil
apabila menjadi mentor serta bila memberi bantuan, manfaat dan perhatian.
Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kumpulan.

 Sentiasa Bersedia untuk Mengakui Kesilapan Sendiri


Semua orang akan membuat kesilapan. Jadi, bila anda membuat kesilapan,
anda mesti bersedia untuk mengakuinya. Hal ini akan menunjukkan kepada
orang lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk
bertanyakan tentang apa-apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan
soalan yang bertujuan menguji orang lain. Apabila anda berkongsi idea
dengan orang lain, anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan
tersebut. Hal ini demikian kerana anda akan mempunyai banyak idea baharu
dan dapat membuat keputusan yang baik.

 Menunjukkan Semangat Berpasukan


Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli pasukan dan memastikan orang
lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut. Elakkan daripada
menyendiri ataupun tidak menghiraukan orang lain. Kita mesti ramah
dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan mereka terhadap
organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
dan membuat perubahan.

 Berkeyakinan terhadap Orang Lain


Apabila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga
akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan
terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk
berkongsi maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang akan
lebih bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

AKTIVITI 7.2

Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda.


Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju
dengan pendapat anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

SEMAK KENDIRI 7.1

Huraikan beberapa strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan


keyakinan diri sendiri.

7.10 HALANGAN DALAM MEMBINA


JARINGAN STRATEGIK
Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin
membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan
strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan
perubahan. Untuk mengelakkan halangan ini, pengusaha harus terlebih dahulu
mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Lima Halangan dalam Membina Jaringan Strategik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  123

Sekarang, mari kita mempelajari halangan ini dengan lebih lanjut.

 Emosi
Halangan mungkin timbul daripada kelemahan emosi yang tampak dalam
sikap, personaliti dan ego usahawan. Halangan ini akan mewujudkan jurang
sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang lain. Jurang sosial boleh
menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan.
Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti seperti yang berikut:

 terlalu agresif;

 takut;

 berbicara yang menunjukkan kecenderungan negatif, seolah-olah


memegang jawatan ketua;

 cuai dalam bertindak;

 berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik daripada


orang lain;

 bongkak;

 hipokrit;

 terlalu mementingkan kesempurnaan;

 mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;

 tidak menepati masa;

 tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan

 tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

 Fizikal
Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan
diri sendiri ataupun tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang
penting seperti adab dan pakaian. Usahawan yang tidak mementingkan
penampilan diri, mudah gagal mendapatkan keyakinan rakan sekerja.
Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai, penampilan dan pakaian
akan dianggap tidak berkebolehan dalam mengendalikan organisasi dengan
baik. Akibatnya, orang akan lebih bersedia menolak sebarang perubahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

yang dicadangkan oleh individu tersebut. Yang berikut ialah beberapa


masalah penampilan fizikal yang boleh menghalang usahawan daripada
membina jaringan strategik:

 memakai pakaian yang kurang sesuai;

 penampilan fizikal yang menampakkan dirinya tidak sihat atau terlalu


penat;

 kurang ataupun langsung tidak mengurus diri sendiri;

 berkelakuan gelisah;

 menunjukkan adab ataupun berbicara seperti tidak mempunyai


keyakinan;

 mengelakkan hubungan mata apabila berbicara dengan orang lain;

 nampak tidak mesra;

 menggunakan bahasa badan (body language) yang keterlaluan apabila


berkomunikasi dengan orang lain; dan

 bercakap dengan nada tinggi.

 Psikologi
Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan
mempengaruhi kebolehannya membina jaringan yang strategik. Halangan
psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang lain.
Contohnya, jika usahawan itu cenderung merasa kesunyian ataupun rendah
diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang berkesan.
Usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang mempunyai
peluang yang lebih baik untuk memperoleh sokongan dan kepercayaan
para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat dalam usahanya
membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, usahawan yang
mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan memberikan persepsi
yang buruk dan menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  125

Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti yang berikut:

 kegelisahan;

 tidak dapat membuat keputusan;

 masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci ataupun


marah terhadap orang lain;

 kesunyian;

 kekecewaan;

 kegagalan mencapai matlamat;

 bersikap pemalu;

 sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain;

 berkeinginan untuk menonjolkan diri;

 berkeinginan yang mencapai tahap obsesi; dan

 tidak berkebolehan dalam membincangkan masalah.

 Kelakuan
Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang
dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan
yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk:

 memfitnah orang lain;

 cuai dalam membuat keputusan;

 selalu ingin menjadi orang yang pertama;

 selalu ingin menjadi pemimpin;

 mengejek orang lain;

 memperbodohkan orang lain;

 berpura-pura mengetahui semua perkara;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 berfikir dan berkelakuan seperti orang lain tidak mampu menjalankan


tugas dan sering melakukan kesilapan;

 tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan

 tidak menghargai sumbangan orang lain.

 Ucapan Negatif
Ucapan kita boleh membantu membina ataupun merosakkan jaringan
strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya
kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung
perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan sokongan daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang
perlu dielakkan adalah seperti yang berikut:

 Ungkapan yang Menunjukkan Dominasi

 Ungkapan Bagaikan Ejekan atau Sindiran

 Ungkapan yang Menunjukkan Perasaan Rendah Diri

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  127

 Ungkapan yang Menunjukkan Sikap Ego

Kesimpulannya, usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan


lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia boleh
menubuhkan jaringan yang berkesan untuk menjayakan perniagaannya dengan
menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan penuh yakin. Jaringan ini
akan memanfaatkan usahawan tersebut dan orang lain dalam jaringan tersebut.
Usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksimum melalui jaringan yang
baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain. Sebaliknya,
adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak yang
berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan pelaksanaan perubahan,
pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan. Melayan rakan sekerja dan
rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan hormat akan membuahkan
hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung
perasaan mereka supaya mereka menurut kata.

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk mengekalkan


jaringan yang baik?

 Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan merupakan


sumber untuk strategi akan datang.

 Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.

 Terdapat dua jenis jaringan, iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal.
Jaringan formal ialah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan usahawan. Jaringan tidak formal
pula dibina menerusi hubungan dengan rakan pada zaman kanak-kanak,
ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat ataupun hobi yang
serupa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan


birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina
situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

 Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh


menggunakan tujuh teknik berikut:

 berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;

 membuktikan kebolehan anda kepada orang lain;

 menunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;

 sentiasa berlaku adil;

 sentiasa bersedia untuk mengakui kesilapan sendiri;

 menunjukkan semangat pasukan; dan

 berkeyakinan terhadap orang lain.

 Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan emosi, fizikal,


psikologi, kelakuan dan ucapan.

Halangan kepada pembinaan Jaringan strategik


jaringan
Jaringan tidak formal
Jaringan formal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penilaian
Peluang
8 Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Meneliti semula enam halangan (pitfalls) dalam memilih idea
perniagaan baharu.
2. Menerangkan lapan faktor kritikal dalam menilai perniagaan
baharu.
3. Menghuraikan tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan
sesebuah perniagaan baharu.
4. Menganalisis empat kaedah proses penilaian.
5. Menyatakan aktiviti khusus yang termasuk dalam penilaian
kebolehlaksanaan (feasibility) yang menyeluruh.

 PENGENALAN
Semakin banyak perniagaan baharu telah ditubuhkan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Terdapat beberapa sebab usahawan mendirikan perniagaan
baharu. Apabila idea bercambah sehingga menjadi perniagaan, cabaran sebenar
adalah supaya perniagaan tersebut mampu bertahan dan berkembang.

Apakah yang akan menjadikan anda usahawan yang berjaya? Pernahkah anda
memikirkan aspek yang perlu anda ketahui? Untuk menangani cabaran sebenar
dalam dunia keusahawanan, anda memerlukan pengetahuan dan kefahaman
yang mendalam tentang halangan yang lazim dihadapi dalam memilih
perniagaan baharu. Topik ini juga akan membantu anda mengenal pasti faktor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

kritikal untuk membangunkan perniagaan baharu dan faktor yang menyumbang


kepada kejayaan perniagaan. Kita juga akan membincangkan proses penilaian
yang berkesan untuk perniagaan baharu.

8.1 HALANGAN DALAM MEMILIH


PERNIAGAAN BAHARU
Peringkat yang paling kritikal untuk memahami pembangunan perniagaan
baharu adalah apabila idea perniagaan beralih menjadi realiti. Yang berikut
ialah enam halangan lazim yang mungkin dihadapi oleh usahawan dalam
memilih perniagaan baharu (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Enam Halangan dalam Memilih Perniagaan Baharu

Sekarang, mari kita lihat penjelasan ringkas mengenai setiap halangan ini.

 Kurang Penilaian Objektif

 Ramai usahawan tidak objektif dan tidak menyedari kepentingan


menyelidik secara teliti. Semua idea mesti dikaji dan diselidik terlebih
dahulu untuk mengelakkan halangan ini daripada berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  131

 Tiada Pengetahuan Mendalam tentang Pasaran

 Membangunkan pendekatan pemasaran sebagai asas kepada perniagaan


baharu kerap diabaikan oleh golongan usahawan. Menurut Levitt (1960),
„mereka seolah-olah mengalami rabun jauh dari segi pengurusan.‰

 Mereka gagal mempertimbangkan kitar hidup produk ataupun


perkhidmatan baharu.

 Usahawan mesti menyedari kepentingan pengaturan masa. Merancang


kitar hidup produk baharu dan memperkenalkannya pada waktu yang
betul adalah mustahak.

 Kurang Kefahaman tentang Keperluan Teknikal

 Usahawan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan


perniagaan.

 Masalah teknikal kerap muncul dan ini akan memakan masa, selain
mengakibatkan penggunaan wang yang banyak.

 Kurang Kefahaman Kewangan

 Usahawan kerap mengabaikan kos. Mereka juga tidak membuat


perancangan dengan betul.

 Usahawan membuat anggaran kos pembangunan perniagaan yang


sangat rendah berbanding dengan kos sebenar.

 Perniagaan yang Kurang Unik

 Konsep dengan reka bentuk dan ciri-ciri unik akan menarik pelanggan
kepada perniagaan. Usahawan tidak akan dapat menarik perhatian
pelanggan jika tiada keunikan dalam perniagaan mereka.

 Perbezaan produk merupakan cara terbaik untuk memberitahu pelanggan


tentang perbezaan antara keluaran sendiri dengan keluaran pesaing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

 Tidak Mengetahui Isu Perundangan

 Masalah besar akan timbul jika isu perundangan tidak diendahkan.

 Contoh keperluan perundangan adalah mewujudkan suasana bekerja


yang selamat, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan serta
mendapatkan hak cipta dan paten untuk melindungi produk dan
ciptaan sendiri.

AKTIVITI 8.1

Namakan dua firma yang dikenal di seluruh dunia yang gagal dalam
perniagaan baharu mereka. Apakah masalah yang mereka mungkin
telah hadapi? Kongsi maklumat ini dengan tutor dan rakan sekuliah
anda dalam forum myINSPIRE.

LATIHAN 8.1

Huraikan enam halangan dalam memilih perniagaan baharu.

8.2 FAKTOR KRITIKAL UNTUK


PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHARU
Kita mesti mempertimbangkan faktor kritikal dalam membangunkan perniagaan
baharu. Vesper (1990) mengatakan bahawa usahawan harus menggunakan
senarai semak untuk perniagaan baharu yang melibatkan lapan perkara seperti
ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  133

Rajah 8.2: Lapan Perkara yang Perlu Dipertimbangkan


dalam Membangunkan Perniagaan Baharu

Jadual 8.1 menunjukkan senarai semak yang patut digunakan oleh usahawan
dalam menilai perniagaan baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.1: Senarai Semak Idea bagi Perniagaan Baharu

No. Perkara Soalan Penilaian

1 Kebolehlaksanaan  Bolehkah produk ataupun perkhidmatan itu


asas perniagaan digunakan?
 Adakah ia sah di sisi undang-undang?

2 Kelebihan daya  Apakah kelebihan daya saing yang ditawarkan


saing perniagaan oleh produk ataupun perkhidmatan yang akan
dikeluarkan?
 Apakah tindak balas yang mungkin diberi oleh
pesaing?

3 Keputusan pembeli  Siapakah yang mungkin menjadi pelanggan?


dalam perniagaan
 Berapakah unit yang akan dibeli oleh setiap
pelanggan dan berapa ramaikah pelanggan yang
ada?

4 Pemasaran  Berapakah perbelanjaan untuk pengiklanan?


produk dan
 Berapa besarkah bahagian pasaran yang akan
perkhidmatan
ditembusi oleh syarikat itu?
 Siapakah yang akan melakukan jualan?

5 Pengeluaran  Adakah syarikat akan mengeluarkan ataupun


produk membeli apa-apa yang akan jual?
dan perkhidmatan
 Adakah wujud sumber bekalan pada harga yang
berpatutan?

6 Keputusan  Bagaimanakah kecekapan dalam setiap bidang


pengambilan perniagaan tersebut akan dipastikan?
pekerja untuk
 Siapakah yang akan mengambil pekerja?
perniagaan

7 Penguasaan  Apakah rekod yang diperlukan? Bila?


perniagaan
 Adakah apa-apa kawalan khas yang diperlukan?

8 Pembiayaan  Berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk


perniagaan pembangunan perniagaan itu?
 Berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk
modal kerja?
 Siapakah akan membiayai perniagaan tersebut?
Berapakah kos pembiayaan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  135

AKTIVITI 8.2

Apakah faktor kritikal yang perlu dipertimbangkan dalam


membangunkan perniagaan baharu?

8.3 MENGAPA PERNIAGAAN BAHARU GAGAL


Kebanyakan perniagaan baharu lingkup dalam setahun dua; sebahagian kecil
sahaja yang mencapai kejayaan. Menurut Bruno et al. (1987) serta Karakaya dan
Kobu (1994), terdapat tiga sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan
perniagaan baharu seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Tiga Sebab Utama yang Menyumbang


kepada Kegagalan Perniagaan Baharu

Manakala Jadual 8.2 menerangkan sebab kegagalan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.2: Sebab Kegagalan

Sebab Kegagalan Faktor

Masalah produk  Pengaturan waktu yang kurang baik


ataupun pasaran
 Masalah reka bentuk produk

 Strategi pengedaran tidak sesuai

 Definisi perniagaan tidak jelas

 Terlalu bergantung pada satu pelanggan

Masalah kewangan  Kekurangan modal pada waktu permulaan perniagaan

 Mula berhutang terlalu awal

 Masalah hubungan modal perniagaan

Masalah pengurusan  Konsep pendekatan pasukan (contohnya, pengambilan


pekerja dan penaikan pangkat berdasarkan nepotisme
dan bukannya kelayakan; hubungan kurang baik
dengan syarikat induk dan pembiaya perniagaan;
pengasas yang menumpukan perhatian kepada
kekurangan dan bukannya kekuatan; pekerja sokongan
yang tidak cekap).

 Masalah sumber manusia (contohnya, sogokan dan


selepasnya, pemecatan yang berlaku; penipuan oleh
pembiaya perniagaan; perjanjian lisan tidak diikuti; dan
kes mahkamah yang berlarutan).

8.4 PROSES PENILAIAN


Tugas kritikal dalam memulakan perniagaan baharu adalah menjalankan
penganalisisan yang kukuh dan menilai kebolehlaksanaan produk ataupun
perkhidmatan yang akan dilancarkan. Usahawan akan menemui banyak
kelemahan yang serius dalam cadangan perniagaan mereka jika penganalisisan
ini tidak dilakukan dengan betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  137

Rajah 8.4 menggambarkan proses penilaian yang dinyatakan oleh Kuratko dan
Hodgetts (2004).

Rajah 8.4: Proses Penilaian

Proses penilaian melibatkan langkah berikut:

 Bertanyakan Soalan yang Betul


Banyak soalan penilaian yang patut ditanya. Antara soalan yang usahawan
harus bertanyakan diri sendiri adalah seperti yang berikut:

 Adakah ia idea produk atau perkhidmatan yang baharu? Adakah ia


proprietari atau milik syarikat? Bolehkah ia diberi paten atau hak cipta?

 Adakah sebuah prototaip telah diuji oleh penguji bebas dengan cara
cuba merosakkan atau menghancurkannya? Apakah kelemahannya?
Mampukah ia bertahan?

 Sudahkah ia dibawa ke pameran perdagangan? Jika ya, apakah reaksi


yang diterima? Adakah ia berjaya dijual?

 Adakah produk atau perkhidmatan tersebut mudah difahami oleh


pelanggan, bank, penyedia modal, akauntan, peguam dan ejen insurans?

 Apakah pasarannya secara keseluruhan? Apakah segmen pasarannya?


Bolehkah produk tersebut menembusi segmen pasaran ini? Adakah fokus
pasaran (niche) yang boleh dimasuki?

 Adakah kajian pasaran telah dibuat? Siapakah para pesaing perniagaan


tersebut?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
138  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

 Apakah kaedah pengedaran dan jualan yang boleh digunakan?

 Bagaimanakah produk itu boleh dibuat? Berapakah kosnya?

 Adakah konsep perniagaan itu akan dibangunkan dan lesennya diberi


kepada orang lain atau adakah ia akan dibangunkan dan dijual?

 Analisis Profil
Satu faktor strategik sahaja tidak boleh menentukan kejayaan sebuah
perniagaan. Dalam kebanyakan kes, hasil perniagaan ditentukan oleh
gabungan pelbagai faktor. Ia adalah penting untuk mengenal pasti dan
mengkaji faktor ini sebelum sesebuah idea baharu itu dilaksanakan.
Hasil analisis profil membolehkan usahawan menilai potensi perniagaan.

 Pendekatan Kriteria Kebolehlaksanaan


Pendekatan ini dibangunkan sebagai senarai pemilihan kriteria yang
boleh digunakan oleh usahawan untuk mengetahui daya maju (viability)
perniagaan mereka. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), pendekatan ini
menanyakan soalan berikut:

 Adakah ia proprietari?

 Adakah kos pengeluaran permulaan realistik?

 Adakah kos pemasaran permulaan realistik?

 Adakah produk tersebut berpotensi membawa keuntungan besar?

 Adakah masa yang diperlukan untuk sampai ke pasaran dan mencapai


tahap pulang modal (break-even) realistik?

 Adakah pasaran yang bakal ditembusi itu besar?

 Adakah sudah ada pelanggan?

 Adakah kos pembangunan dan jangka masa yang sedia ada realistik?

 Adakah ia industri yang sedang berkembang?

 Bolehkah produk itu dan keperluan untuknya difahami oleh komuniti


kewangan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  139

 Pendekatan Kebolehlaksanaan Komprehensif


Ia merujuk analisis kebolehlaksanaan yang lebih menyeluruh dan sistematik
yang menggabungkan faktor luaran.

Terdapat dua faktor utama yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan


komprehensif terhadap perniagaan baharu (lihat Jadual 8.3).

Jadual 8.3: Dua Faktor Utama dalam Kajian


Kebolehlaksanaan Komprehensif Perniagaan Baharu

Kebolehlaksanaan Teknikal Kebolehpasaran

Ia bermakna mengenal pasti keperluan Ia bermakna bagaimana produk


teknikal untuk mengeluarkan produk ataupun perkhidmatan mudah dijual
ataupun perkhidmatan yang akan di pasaran dan bagaimana
menepati kehendak bakal pelanggan. permintaannya.

Kriteria penting untuk keperluan ini Tiga perkara utama dalam analisis jenis
adalah seperti yang berikut: ini adalah:

 reka bentuk fungsian dan daya  mengkaji potensi pasaran yang


tarikan produk; penuh dan mengenal pasti
pelanggan untuk produk ataupun
 kefleksibelan, contohnya ciri-ciri perkhidmatan tersebut;
luaran produk boleh diubah suai
untuk memenuhi permintaan  menganalisis sampai tahap mana
pelanggan atau menurut perubahan perniagaan itu boleh menggunakan
teknologi dan persaingan; pasaran yang dijangka wujud; dan

 produk itu dibuat daripada bahan  menggunakan analisis pasaran


yang tahan lama; dan untuk menentukan peluang dan
risiko yang berkaitan dengan
 keutuhan, contohnya memastikan perniagaan itu.
prestasi seperti yang diharapkan
semasa digunakan dalam keadaan
normal.

Pelbagai sumber maklumat perlu dicari dan digunakan untuk menghadapi


perkara-perkara ini. Untuk analisis kebolehlaksanaan pasaran, sumber am
adalah seperti yang berikut:

 trend ekonomi am (pelbagai petunjuk ekonomi dan lain-lain);

 maklumat pasaran (pelanggan dan corak permintaan pelanggan);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

 maklumat harga (lingkungan harga untuk produk sama, produk pelengkap


dan produk pengganti; harga asas dan struktur diskaun); dan

 maklumat persaingan (pesaing utama dan kekuatan daya saing mereka).

LATIHAN 8.2

Nyatakan sebab utama perniagaan baharu gagal.

 Beberapa halangan boleh dijangkakan berlaku dalam pemilihan perniagaan


baharu seperti kurang penilaian objektif, tiada pengetahuan mendalam
tentang pasaran, kurang kefahaman tentang keperluan teknikal, kurang
kefahaman kewangan, perniagaan yang kurang unik dan tidak mengetahui
isu perundangan.

 Faktor utama yang boleh menyebabkan kegagalan perniagaan baharu adalah


kekurangan pengetahuan tentang pasaran, produk bermasalah, strategi
jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang pengetahuan tentang
tekanan persaingan, masalah pengaturan waktu dan kekurangan modal.

 Dengan menanyakan soalan yang betul, membuat analisis profil dan


menjalankan kajian kriteria kebolehlaksanaan, maka kebolehlaksanaan
produk ataupun perkhidmatan usahawan boleh dinilai.

Analisis profil Kebolehsediaan produk


Faktor kritikal Keperluan perundangan
Kebolehlaksanaan teknikal Keunikan
Kebolehpasaran Pembezaan produk
Kebolehsediaan pelanggan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perancangan
Kewangan
9 Peribadi dan
Usahawan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan makna perancangan kewangan.
2. Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan
peribadi dalam membuat perancangan kewangan.
3. Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengan
kunci kira-kira peribadi (personal balance sheet).
4. Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dan
kenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau
aliran tunai.
5. Mengenal pasti tanda seseorang itu sedang menghadapi masalah
kewangan.
6. Menghuraikan apa-apa yang boleh dilakukan untuk menghindari
masalah kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

 PENGENALAN
Apabila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam
mencapai kejayaan. Prinsip ini relevan kepada usahawan dalam merancang
kewangan peribadi. Sebagai usahawan, anda mempunyai pilihan sama ada untuk
membuat perancangan kewangan peribadi ataupun tidak. Jika anda membuat
perancangan ini dan anda melakukannya dengan betul, ia akan memanfaatkan
keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda pengetahuan
asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain yang berkaitan
dengannya. Mari kita melakukannya bersama.

9.1 KEPERLUAN TERHADAP PERANCANGAN


KEWANGAN PERIBADI
Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan perancangan kewangan?
Jawapannya adalah perancangan kewangan dapat memberi kesan kepada masa
hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh
merealisasikan apa-apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita, contohnya
berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang
pendidikan mereka.

Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita


dan matlamat hidup anda. Hal ini melibatkan cara anda membuat bajet,
menyimpan dan membelanjakan wang dari semasa ke semasa.

Menurut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan ialah


proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan
kewangan anda dengan bijak supaya anda dapat mencapai matlamat dan
cita-cita anda, dan pada masa yang sama, menangani masalah kewangan
yang biasa dihadapi pada setiap peringkat hidup.

Perlu diingati bahawa perancangan kewangan ialah suatu proses dan bukannya
produk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  143

9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan


Kewangan
Tahukah anda apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat
perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah
dalam perancangan kewangan.

Rajah 9.1: Lima Langkah dalam Perancangan Kewangan

Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam subtopik
selanjutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Apakah yang anda faham tentang perancangan kewangan


peribadi?

2. Pada pendapat anda, apakah hubungan antara matlamat


kewangan peribadi dengan peringkat kehidupan individu?

3. Mengapakah anda perlu menilai kedudukan kewangan anda


sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?

9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan


Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh
dan menghindarkan kita daripada menikmati hidup. Jika anda hidup mengikut
bajet, anda perlu menghentikan aktiviti yang menyeronokkan, bukankah
begitu? Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang
anda, akan ada wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan.

Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama.


Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan
mempunyai wang yang cukup untuk mengecap keseronokan yang lebih pada
masa hadapan!

Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda
tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda
dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:

 mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan
daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak terurus,
jatuh muflis atau bergantung pada orang lain;

 mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda,


contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan
kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan
kehidupan ataupun mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  145

 bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun merancang
untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan mencapai
matlamat hidup anda; dan

 lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber


kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi juga untuk orang yang disayangi.

Dengan kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang baik,
anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda dan
sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan
kewangan anda berada dalam kawalan.

9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan


Sebagai orang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari
memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin,
mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa ini,
anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan
yang berbeza-beza.

Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan


cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam
pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda
berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan
yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran
dan perubahan dengan jayanya.

Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan
membelanjakannya secara berbeza berbanding apabila anda berusia dalam
lingkungan 50-an. Contohnya, semasa bujang, anda mungkin ingin memiliki
wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta ataupun
bercuti bersama kawan. Selepas berkahwin pula, anda mungkin mahu membeli
sebuah rumah. Selanjutnya, apabila anda mempunyai beberapa orang anak,
anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah memulakan dana
persaraan untuk diri sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Apabila keperluan anda berubah, keutamaan kewangan anda akan juga berubah
untuk memenuhi keperluan pada peringkat yang berlainan dalam hidup anda.
Maka, apa-apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh
kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Dalam subtopik
seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu mencapai matlamat
kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk ditekankan di sini
bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu menabung!

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Berikan definisi perancangan kewangan.

2. Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.

3. Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah


mengikut peringkat hidup seseorang?

9.2 KUASA WANG


Adakah anda masih ingat apa-apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya?
Kita sudah pun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi
diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia
membantu kita mencapai pelbagai perkara.

Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan


segala rahmat.

(Carl Sandburg)

Ia adalah penting untuk kita memahami peranan wang dari aspek membolehkan
kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah penting kerana
ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang wang kita. Dalam
subtopik ini, kita akan membincangkan cara untuk menetapkan matlamat dan
matlamat mana yang penting ă menyimpan wang untuk kecemasan serta aset
dan liabiliti: apa-apa yang anda miliki dan hutang anda. Di samping itu, kita akan
melihat nilai bersih anda dan cara menghitungnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  147

9.2.1 Cara Menetapkan Matlamat Anda


Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda
menguasai wang dan hidup anda? Matlamat anda boleh merupakan matlamat
jangka pendek ataupun panjang, kecil ataupun besar, namun ia mesti merupakan
matlamat yang boleh dicapai.

Apabila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan


anda kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat
kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan
matlamat kewangan bila anda faham apa-apa yang menjadi keutamaan bagi diri
anda.

Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Hanya memikirkan tentangnya


tidak mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan
ataupun tanpa disedari, menukarkannya dalam fikiran anda. Cara terbaik adalah
untuk menulis matlamat kewangan anda. Menulis matlamat kewangan akan
meningkatkan peluang anda untuk mencapainya.

Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin.
Apakah gunanya menulis: „Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit
yang banyak dalam bank‰? Apakah yang anda maksudkan dengan „duit yang
banyak‰? Adakah ia RM50,000, RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat
anda dengan spesifik dan dalam bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat
anda kepada jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Contohnya:

 Matlamat Jangka Pendek (Kurang dari 1 Tahun)

 Menyimpan RM5,000 dalam tempoh enam bulan.

 Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.

 Matlamat Jangka Sederhana (1ă3 Tahun)

 Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama saya.

 Matlamat Jangka Panjang (Melebihi 3 Tahun)

 Menyimpan RM100,000 dalam tempoh lima tahun untuk akaun persaraan


saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.

Jadual 9.1: Matlamat Kewangan

Matlamat Kewangan Saya

Jangka Pendek Jangka Sederhana Jangka Panjang

9.2.2 Matlamat Penting – Menyimpan Wang untuk


Kecemasan
Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran
pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk
menggenggam segulung ijazah ataupun adakah anda akan menggunakan pelan
kecemasan?

Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi.


Daripada kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga
yang menjadi sumber pendapatan keluarga. Malang memang tidak berbau.

Dalam kebanyakan situasi ini, wang akan diperlukan. Ia adalah sangat penting
untuk anda bersedia dengan alat dan pengetahuan yang betul bagi menghadapi
situasi yang memerlukan anda untuk berfikir dengan pantas dan menangani
masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana kecemasan ialah salah
satu alat yang boleh anda gunakan.

Apabila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk


dana kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang
dalam dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk
sekurang-kurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk
12 bulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  149

Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk


perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan
ataupun sewa rumah dan premium insurans serta bil elektrik dan air,
anda harus mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan
anda (RM1,500  6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut
(RM1,500  12 bulan).

Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak apabila anda
mula bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit.
Anda perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.

9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa-apa yang Anda Miliki


dan Hutang Anda
Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada sekarang
dari segi kewangan, iaitu apa-apa yang anda miliki dan apa-apa yang anda
hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas
anda membuat pelbagai bayaran.

Apabila membuat perhitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah
berguna:

 kunci kira-kira anda; dan

 penyata aliran tunai anda (dibincangkan dalam Subtopik 9.3 pada „Asas
Membuat Bajet‰ dalam topik ini).

Penyata ini akan membantu anda:

 menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan


pendapatan dan perbelanjaan anda;

 mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam


bentuk jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang;

 menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan


dan corak perbelanjaan; dan

 menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang cukai


ataupun permohonan pinjaman bank.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kunci kira-kira peribadi?


Mari kita lihat definisinya:

Kunci kira-kira peribadi ialah kad skor kewangan anda, yang boleh anda
gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa.
Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan
wang.

Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang:

 apa-apa yang anda miliki (aset) ă termasuk item seperti wang tunai,
simpanan, hartanah, amanah saham atau saham syarikat.

 apa yang anda hutang (liabiliti) ă termasuk item seperti semua jenis
pinjaman, sama ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad
kredit dan bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.

Contoh kunci kira-kira peribadi diberi dalam Jadual 9.2. Anda boleh
menggunakannya sebagai asas untuk menyediakannya untuk diri anda. Kunci
kira-kira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset
lebih tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  151

Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi

Aset Liabiliti
Item
(RM) (RM)

Akaun Bank
Akaun simpanan 5,237
Akaun semasa 3,532
Akaun deposit tetap 25,835
Tunai 1,235

Harta
Apartmen 250,000
Rumah ă
Tanah ă
Barang kemas 7,695
Kereta 60,000

Pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 55,267
Amanah saham 15,982
Saham ă

Pinjaman Bank
Kad kredit ă
Pinjaman pendidikan ă
Pinjaman daripada keluarga dan kawan ă
Sewa beli perabot dan perkakas elektrik ă

Jumlah 424,783 254,292

Nilai Bersih 170,491

9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda


Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan
mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda.
Apabila ini berlaku, tahniah! Ia bermakna anda mempunyai kedudukan
kewangan yang sihat.

Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda tidak
akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh memiliki
nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan. Jadi, bagaimanakah
seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh menghadapi masalah?
Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair!
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
152  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Apabila bukan aset cair (tidak mudah ditukarkan kepada wang tunai), masalah
boleh muncul. Mari kita lihat bagaimana ini boleh berlaku.

Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal)
tetapi anda tidak mempunyai wang tunai di dalam poket ataupun akaun bank
anda dan anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang
paling menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan
harian. Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau
seringgit pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit
bagi perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya ă anda tidak boleh menjual
rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah
dijual. Mencari pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Tambahan
lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak boleh
menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain.

Ia adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan
bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan kekurangan
wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh memastikan
bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda.

Apabila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai
nilai bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang
anda bila tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset
yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya
menghadapi masalah kewangan dan mungkin anda boleh menjadi muflis.

Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada


tarikh tertentu. Jangan menganggap bahawa barangan bukan tunai anda
sebagai tunai kerana ia mungkin tidak senang dijual.

9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda


Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan
lima langkah menghitung nilai bersih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  153

Rajah 9.2: Lima Langkah Menghitung Nilai Bersih Anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda. Ia termasuk


menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda,
dan menjual sebahagian daripada aset ataupun barang milik anda yang tidak
menjana pendapatan.

AKTIVITI 9.1

Bagaimanakah anda mengira nilai bersih individu anda sendiri?


Senaraikan langkah-langkahnya.

LATIHAN 9.1

Huraikan lima langkah untuk memperoleh nilai bersih anda.

9.3 ASAS MEMBUAT BAJET


Menyediakan bajet ialah cara yang terbaik untuk mencapai matlamat anda
ă tidak mengira umur ataupun peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan
untuk wang yang anda berharap akan diterima dan cara anda berharap untuk
membelanjakannya.

9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan


Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Benar,
hidup mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu
anda:

 hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;

 mengasingkan wang ataupun menyimpan;

 mencapai matlamat kewangan;

 bersedia untuk menghadapi kecemasan kewangan; dan

 membina tabiat pengurusan kewangan yang baik yang anda biasa memantau
aliran tunai dan nilai bersih anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  155

Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan ataupun pada hari anda
menerima gaji bulanan.

Apabila anda menyediakan bajet peribadi:

 rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat


kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat
tersebut. Contohnya, jika anda menyasarkan untuk membayar wang muka
untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda membuat
semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang menyimpan
duit untuk matlamat tersebut;

 anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini


meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang anda yang lain;

 peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk


simpanan anda (20% hingga 30% daripada pendapatan anda adalah lebih
baik kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk
persaraan anda);

 peruntukan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda;

 anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ia adalah


perbelanjaan yang mesti dibayar ataupun dibelanjakan seperti sewa rumah,
bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium insurans;

 anggarkan juga perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh


tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air; dan

 selain itu, anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary


expenses), iaitu untuk perkara yang anda boleh memilih sama ada untuk
membelanjakan wang ataupun tidak, termasuk hadiah, hobi, hiburan
dan cuti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara berikut:

 bersabar dan berdisiplin


Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha untuk disediakan. Jangan
berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak perkara yang perlu
dilakukan!

 bersifat realistic
Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk menyimpan wang
yang banyak dalam masa yang singkat.

 bersifat fleksibel
Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan perubahan dalam harga
barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda apabila perlu.

 peruntukan sejumlah wang untuk menghiburkan diri


Anda masih muda dan mungkin ingin keluar dengan kawan ataupun
menonton wayang.

Ingat: Bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!

9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda


Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet.
Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutamanya
anda perlu tahu ke mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah
mengurus aliran tunai ă aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh
tertentu.

Rajah 9.3: Aliran Dana Masuk dan Aliran Dana Keluar Sebenar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  157

Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin ialah gaji anda.
Namun, anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan
perniagaan dan faedah yang diperoleh untuk simpanan dan pelaburan. Aliran
dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen
kewangan lain.

Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam
simpanan anda. Namun, jika anda mempunyai defisit tunai, semak semula
perbelanjaan anda. Cuba tangguhkan sebarang pembelian ataupun pembayaran
buat seketika. Cuba jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-
benar terpaksa. Jika anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya
sebagai jalan terakhir kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan
perbelanjaan anda untuk bulan-bulan yang akan datang.

Dalam menyediakan bajet bulan berikutnya, gunakan baki bulan sebelumnya


sebagai asas.

Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda
dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat
perbelanjaan mana yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh
mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga
perlu meminda matlamat kewangan anda jika sebahagiannya tidak realistik
untuk pendapatan bulanan anda.

 Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.

 Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan


perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.

 Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah
terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.

Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi dan
penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah membelanjakan
lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat peristiwa yang tidak
diduga, iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang lebih banyak
sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak kereta serta
makanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Jadual 9.3: Bajet Peribadi dengan Aliran Tunai Peribadi Bulanan

Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata

Bajet Aliran Tunai Sebenar


Pendapatan Bulanan
(RM) (RM)

Kerja #1 (nilai bersih KWSP, PERKESO 3,450 3,450


dan cukai bayar semasa terima atau
PAYE  pay as you earn tax)
Kerja #2 0 0
Sumber lain 0 0

Jumlah pendapatan bulanan 3,450 3,450

Tolak simpanan tetap bulanan 345 345


(10% daripada pendapatan bulanan)

Tolak simpanan untuk dana kecemasan 100 100

Nilai bersih penjimatan daripada 3,005 3,005


pendapatan bulanan

Tolak perbelanjaan tetap bulanan


Sewa bilik 300 300
Pembayaran untuk kereta 650 650
Insurans kereta 0 0

Jumlah perbelanjaan tetap bulanan 950 950

Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap


bulanan
Makanan 550 650
Utiliti rumah 0 0
Bil telefon bimbit 85 97
Tambang bas dan teksi 50 30
Petrol 200 270
Tempat letak kereta dan tol 150 198
Pembaikan kereta 250 598

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  159

Jumlah perbelanjaan tidak tetap


bulanan

Tolak jumlah perbelanjaan bulanan 1,285 1,843


yang boleh dipertimbangkan

Perbelanjaan perubatan 70 0
Pakaian 150 0
Hiburan 100 186
Barang rumah 100 392
Barang peribadi 150 163
Hadiah 100 0
Perbelanjaan lain 100 0

Jumlah perbelanjaan bulanan yang 770 741


boleh dipertimbangkan

Pendapatan lebihan (defisit) RM0 (RM529)

Pendapatan lebihan selepas tolak perbelanjaan + Simpanan tetap + Dana kecemasan =


Simpanan tambahan.

(Jika jumlahnya adalah negatif, anda telah berbelanja lebih daripada pendapatan
bulanan anda)

AKTIVITI 9.2

1. Apakah matlamat kewangan peribadi anda dan bagaimanakah


anda akan mencapainya? Sediakan bajet bagi tujuan ini.

2. Lakukan analisis penyata aliran tunai anda sendiri supaya anda


dapat menilai keberkesanannya.

LATIHAN 9.2

Nyatakan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menyediakan


bajet yang berjaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

9.4 HIDUP DALAM BATAS KEMAMPUAN


Pasti anda pernah mendengar ungkapan live within your means (hidup dalam
batas kemampuan anda). Adakah anda berjaya hidup dalam batas kemampuan
anda? Jika ya, anda mampu membayar untuk perkara yang anda perlukan tanpa
terbelenggu dengan hutang yang anda tidak mampu bayar.

Dalam subtopik ini, anda akan mengetahui sama ada anda hidup dalam batas
kemampuan anda dengan melihat beberapa tip seperti mengetahui keperluan
dan kemahuan anda, bijak berbelanja dan menangguhkan kepuasan (delay
gratification).

9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda


Apabila anda hidup dalam batas kemampuan anda, anda hanya belanja apa-apa
yang anda mampu. Pada masa yang sama, anda masih ada sedikit wang untuk
dijadikan simpanan bagi mencapai matlamat kewangan anda.

Memang mudah untuk berbelanja lebih daripada kemampuan! Pelbagai produk


sentiasa diiklankan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, Internet
melalui pembelian dalam talian dan papan iklan serta dalam majalah dan surat
khabar. Perbelanjaan anda bergantung pada semangat anda untuk menolak
segala jenis godaan untuk berbelanja besar. Anda boleh berbuat begini dengan
memahami apa-apa yang mempengaruhi perbelanjaan, keperluan dan kemahuan
anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan? Keperluan ialah sesuatu yang


anda mesti ada, sesuatu yang mustahak. Contohnya ialah makanan. Anda perlu
makan untuk hidup. Tanpa makanan, anda tidak akan hidup lama.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahuan pula? Kemahuan ialah sesuatu


yang anda ingin punyai, sesuatu yang tidak mustahak langsung. Barang kemas
ialah suatu kemahuan kerana anda tidak perlu memakai barang kemas untuk
hidup.

Dalam dunia hari ini, contohnya, telefon bimbit dengan ciri-ciri asas penting untuk
berkomunikasi dengan orang lain, ialah sesuatu yang „mesti ada‰. Walau
bagaimanapun, telefon bimbit yang mempunyai kemudahan Bluetooth,
memainkan muzik, kamera, video dan sistem kedudukan sejagat (GPS ă global
positioning system) pula adalah sesuatu yang „seronok untuk dimiliki‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  161

Mengetahui perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberikan


kesan yang besar kepada tabiat berbelanja anda dan akhirnya, kewangan anda
pada masa hadapan. Keputusan yang anda buat berkaitan dengan apa-apa yang
anda perlukan ataupun mahukan akan mempengaruhi bajet dan perbelanjaan
bulanan anda.

9.4.2 Bijak Berbelanja


Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri: „Adakah ia
sesuatu yang saya perlukan?‰ dan „Adakah saya mampu membelinya?‰ Bajet
peribadi dan aliran tunai anda akan membolehkan anda menjawab soalan ini.
Semak sama ada anda memperuntukkan wang yang mencukupi ataupun telah
berbelanja lebih daripada yang anda mampu.

Jika barang ini ialah kemahuan, pertimbangkan sama ada untuk tidak
membelinya ataupun membeli benda serupa pada harga yang lebih murah,
supaya anda dapat menambahkan wang simpanan anda. Apabila anda berbuat
begini, anda dikatakan bijak berbelanja dan hidup mengikut batas kemampuan
anda.

Membeli dan berbelanja secara bijak akan menghindarkan anda daripada terjebak
dalam masalah kewangan untuk diri sendiri dan orang lain. Uruskan kewangan
peribadi anda dengan sifat bertanggungjawab; ini mudah jika anda belajar
mengatakan „tidak‰ kepada barang yang anda tidak mampu beli.

9.4.3 Menangguhkan Kepuasan


Ingatkah zaman kanak-kanak anda, apabila anda inginkan aiskrim dan ibu anda
memberitahu bahawa anda boleh makan aiskrim hanya selepas menghabiskan
kerja sekolah? Adakah anda ingat, masa anda meminta ayah anda untuk
membeli sebuah basikal dan beliau memberitahu bahawa anda akan mendapat
basikal tersebut jika anda cemerlang dalam peperiksaan? Dalam kedua-dua
situasi ini, ibu bapa anda mengajar anda untuk menangguhkan kepuasan.

Dalam kehidupan dewasa anda, mesti ada orang yang cuba mempengaruhi
anda untuk membelanjakan wang anda. Ia mungkin kawan yang meminta
anda untuk keluar makan malam bersamanya ataupun pembantu kedai di pasar
raya besar (hypermarket) yang meminta anda membeli produk berjenama mereka.

Ambil masa untuk memikirkan sama ada adalah mustahak untuk membelanjakan
wang untuk perkara itu dan sama ada anda mampu membelinya. Ingat, jika anda
katakan „tidak‰ sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda akan maju
selangkah dalam perjalanan mencapai cita-cita kewangan anda.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Dalam hidup ini, terdapat banyak alternatif untuk anda pilih. Cari pengganti
untuk apa-apa yang anda perlukan dan mahukan. Ubah persepsi anda jika perlu.
Daripada membeli kereta, misalnya, penggunaan pengangkutan awam mungkin
merupakan alternatif yang baik untuk bergerak di sekitar bandar. Anda akan
menjimatkan wang, di samping menyumbang secara positif kepada alam sekitar.

9.5 TANDA AWAL MASALAH KEWANGAN


Malangnya, ada orang yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi
masalah kewangan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa, tidak mengakui
masalah yang mereka hadapi dan menjadikan situasi mereka lebih teruk hari
demi hari.

Jadual 9.4 menyenaraikan tanda anda menghadapi masalah kewangan. Jika


anda mempunyai tanda ini, adalah penting untuk anda menyedarinya. Tanda
ini adalah seperti berikut:

Jadual 9.4: Tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Sumber Masalah Tanda

Kad kredit  Membayar hanya baki minimum setiap bulan.

 Menambahkan baki setiap bulan.

 Berbelanja lebih daripada had kredit.

 Kerap mengambil wang pendahuluan.

 Tidak membayar, lambat membayar atau membayar


sesetengah bil kad kredit pada bulan semasa dan bil lain
pada bulan berikutnya.

 Kad kredit anda dibatalkan oleh bank.

Pinjaman  Menggunakan overdraf ataupun ciri-ciri pinjaman


automatik yang ada pada akaun semasa anda.

 Menerima notis kedua ataupun ketiga daripada bank


ataupun pemiutang kerana tidak membayar hutang.

 Tidak diberi kredit kerana laporan biro kredit yang negatif.

 Meminjam wang daripada keluarga dan rakan untuk


membayar hutang anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  163

Simpanan  Menggunakan wang simpanan anda pada kadar yang


membimbangkan.

 Mempunyai sedikit ataupun tiada simpanan untuk


perbelanjaan yang tidak diduga ataupun kecemasan.

Perbelanjaan  Bergantung pada kerja separuh masa, kerja lebih masa,


komisen atau bonus untuk membayar perbelanjaan
kehidupan anda.

 Hidup daripada gaji ke gaji.

Kurang  Tidak berbincang dengan pasangan hidup anda ataupun


pengetahuan ahli keluarga tentang masalah wang ataupun bergaduh
bila berbincang tentang wang dengan mereka.

 Tidak mengetahui berapa banyak hutang anda sehingga


menerima bil.

Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda tadi, dapatkan nasihat
dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah itu berlarutan. Lebih awal anda
meminta bantuan, lebih mudah untuk anda keluar daripada situasi tersebut.

Apakah yang Anda Boleh Lakukan?


Anda boleh menghubungi bank anda dan membuat pelan pembayaran yang
disesuaikan dengan aliran tunai anda. Anda juga boleh menghubungi Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling dan nasihat
kewangan.

Jika anda tidak bertindak segera bila melihat tanda masalah kewangan,
ia hanya akan menjadi lebih teruk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

9.6 MENGELUARKAN DIRI DARIPADA


MASALAH KEWANGAN
Jika anda mengikut nasihat, tip dan bimbingan yang diberi dalam topik ini, anda
tidak akan terperangkap dengan masalah kewangan. Sebaliknya, anda akan
dapat mengurus wang dengan bijak dan menuju ke arah suatu kehidupan yang
bebas daripada tekanan kewangan.

Ia adalah tidak berbaloi bagi jangka panjang untuk mengikut segala kehendak
diri, berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan masa hadapan. Jika anda tidak
merancang kewangan dengan betul, anda mungkin berbelanja lebih daripada
pendapatan anda. Hal ini akan menyebabkan anda banyak berhutang yang
akan membawa padah pada kemudian hari.

Masalah kewangan akan merosakkan reputasi anda. Bukan itu sahaja, anda akan
dilanda tekanan emosi akibat terpaksa mencari wang untuk membayar hutang,
dan hubungan dengan keluarga dan rakan akan turut terjejas. Semua ini akan
mempengaruhi kesihatan fizikal anda serta kestabilan mental dan emosi anda.
Akhirnya, anda akan menghadapi masalah yang tidak putus-putus ă semuanya
akibat gagal merancang kewangan dengan bijak.

9.6.1 Kelayakan Kredit Anda


Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) menyimpan maklumat kredit para
peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS  Central Credit
Reference Information System) dan institusi kewangan boleh menyemak status
anda.

Jika anda mempunyai hutang yang besar, anda boleh dilihat sebagai risiko kredit
oleh mana-mana bank di mana anda memohon pinjaman. Institusi kewangan
mempunyai pelbagai kriteria untuk menilai kepercayaan kredit bakal peminjam.
Hal ini termasuk sifat peminjam, sikap mereka terhadap tanggungan pinjaman
mereka serta kemampuan membayar pinjaman mereka.

Apabila anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, ia akan


menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan
yang berlesen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  165

9.6.2 Apakah yang Boleh Berlaku?


Apabila anda tidak membayar pinjaman anda, institusi kewangan yang berkenaan
akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Pertama, ia akan
mendapatkan keputusan mahkamah. Jika ia merupakan pinjaman kereta, institusi
kewangan tersebut akan menarik balik dan menjual kereta itu. Jika ia merupakan
pinjaman perumahan yang mencagarkan rumah yang dibeli, institusi kewangan
tersebut akan merampas rumah itu dan menjualnya menerusi lelongan awam.

Untuk pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan tersebut mempunyai beberapa


pilihan untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan. Hal ini termasuk
arahan rampas dan jual (writ of seizure and sale), prosiding penahanan wang
(garnishee proceedings), saman penghutang penghakiman (judgement debtor
summons) dan memfailkan arahan muflis jika jumlah hutang adalah RM30,000
ke atas.

Jika anda diisytiharkan muflis, undang-undang akan menghalang anda daripada


melakukan perkara berikut:

 memegang jawatan dalam kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah (KP);

 mengambil tindakan mahkamah tanpa kebenaran KP;

 meninggalkan negara tanpa kebenaran mahkamah ataupun KP;

 menjadi pengarah syarikat, menjalankan perniagaan sendiri atau melibatkan


diri dalam pengurusan sebuah syarikat tanpa kebenaran mahkamah ataupun
KP;

 melibatkan diri dalam pengurusan syarikat ataupun menjadi pekerja sebuah


syarikat yang dimiliki oleh pasangan hidup anda atau saudara dekat anda
dan pasangan hidup mereka; dan

 menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar.

AKTIVITI 9.3

Cadangkan beberapa cara praktikal untuk mengeluarkan diri daripada


masalah kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

 Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan


hati, perlindungan masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik.

 Perancangan kewangan sangat perlu dalam mencapai cita-cita dan matlamat


hidup anda.

 Memandangkan wang boleh menjana faedah, wang yang anda ada


sekarang lebih bernilai daripada jumlah yang sama pada masa hadapan.

 Menetapkan sasaran kewangan adalah penting untuk memperoleh


keselamatan dan kebebasan dari segi kewangan.

 Matlamat kewangan anda perlu mencerminkan nilai dan kepercayaan anda.

 Tuliskan matlamat kewangan anda secara spesifik dan letakkan dalam


kategori matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

 Menyimpan wang untuk dana kecemasan sepatutnya menjadi salah satu


matlamat kewangan anda.

 Kunci kira-kira peribadi anda menunjukkan aset, liabiliti dan nilai bersih
anda pada waktu tertentu.

 Menyediakan bajet dan memantau aliran tunai anda adalah sebahagian


daripada proses yang memerlukan kesabaran, disiplin dan kefleksibelan.

 Ia adalah sangat penting untuk hidup dalam batas kemampuan anda.

Aset Nilai bersih


Bajet Penyata aliran tunai peribadi
Kunci kira-kira peribadi Perancangan kewangan
Liabiliti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mencapai
Impian
10 Kewangan
Peribadi
Usahawan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan makna dan pelbagai cara membuat simpanan.
2. Membincangkan matlamat pelaburan anda, dan hubungan antara
risiko dengan pulangan.
3. Menerangkan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan
pinjaman.
4. Membuat keputusan yang matang tentang pembelian polisi
insurans.
5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin.
6. Mengenal pasti tanda kemelut kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar pepatah what matters is how much you save, not how
much you earn (perkara yang penting adalah berapa yang anda jimatkan, bukan
berapa yang anda peroleh)? Dengan kata lain, mempunyai pendapatan yang
lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan kewangan anda
akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka; anda akan jadi lebih
teruk dari segi kewangan jika anda cenderung berbelanja lebih daripada
apa-apa yang anda peroleh. Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja
kurang daripada kemampuan anda dan mengamalkan tabiat menyimpan.

Namun demikian, di samping menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar dan
membuat pelaburan. Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya tetapi
pelaburan boleh. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi, tidak sempurna
jika dilakukan tanpa mengetahui cara untuk mengekalkannya dan mendapatkan
pelindung yang baik, iaitu insurans. Akhirnya, anda perlu ketahui sama ada anda
menghadapi kemelut kewangan. Ia berperanan sebagai semak kendiri kewangan
yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan kewangan peribadi yang
sebenar.

10.1 MEMBINA KEKAYAAN


Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak mengurus
wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa-apa yang
anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam
mengenai cara membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk
mengatasi ketidakpastian masa hadapan.

10.1.1 Tabiat Menabung


Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada
mengurangkan perbelanjaan, walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar. Berapa
banyak wangkah yang perlu anda simpan, di manakah anda perlu
menyimpannya dan adakah anda pasti bahawa anda membuat keputusan
yang betul? Mari mengetahui beberapa tip untuk menetapkan matlamat yang
realistik dan mendapatkan manfaat yang lebih banyak daripada wang anda.

Menurut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada


pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan pengguna tetapi
disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar gadai janji
perumahan atau membeli sekuriti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  169

Anda patut membuat simpanan secara automatik. Pelan tabungan adalah penting
dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat
mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10%
daripada gaji anda pada setiap bulan. Ia adalah lagi baik jika anda boleh
menabung antara 20% hingga 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai
lebih wang untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung
sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut


terus ke dalam akaun simpanan anda di bank. Anda boleh:

 menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda pada setiap
bulan;

 melakukan pemindahan wang melalui Mesin Juruwang Automatik (ATM ă


Automated Teller Machine); atau

 memindahkan wang daripada akaun semasa anda ke dalam akaun simpanan


anda melalui perbankan Internet pada setiap bulan.

Ia adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara
tadi. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda mungkin terlupa untuk
berbuat demikian ataupun ada alasan untuk membelanjakan wang tersebut
daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat menabung anda
akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar meneruskan pelan
tersebut.

Jadi, bagaimanakah anda memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini?


Mudah sahaja ă adakan tabungan secara automatik!

Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya


10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan
anda setiap bulan. Aturkan supaya pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja
gaji anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa-apa yang tidak dapat
dilihat ataupun apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya.
Pada masa yang sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa
anda lebih hampir kepada matlamat kewangan anda.

Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau
pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang dipindahkan
ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah wang
yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap ataupun
simpanan lain yang memberi lebih pulangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam


akaun simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan
tabiat menabung anda. Wang yang anda tabung secara „automatik‰ ini boleh
digunakan untuk mencapai matlamat kewangan yang lain.

AKTIVITI 10.1

Apakah yang dimaksudkan dengan menabung? Bagaimanakah ia


berbeza dengan melabur?

10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih melalui Simpanan


dan Pelaburan
Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda yang telah
dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda,
yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) ataupun negatif (nilai
liabiliti melebihi nilai aset).

Dalam subtopik ini, kita akan menumpukan pada peningkatan aset melalui
simpanan dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko
dan pulangan pelaburan anda, dan cara mempelbagaikan pelaburan anda.

 Matlamat Pelaburan Anda


Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan
penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat demikian?
Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah
dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Namun, bagaimanakah anda menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai


dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum


membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat beberapa soalan berikut:

 Apakah matlamat kewangan anda? Mengapakah anda perlu menyimpan


dan melaburkan wang anda?

 Berapakah jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapakah pula
jumlah wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  171

 Berapa lamakah wang anda perlu disimpan ataupun dilaburkan untuk


mencapai matlamat anda?

 Berapa banyakkah risiko yang sanggup anda tanggung?

 Berapa banyakkah pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan


ataupun pelaburan anda?

 Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini,


contohnya menukar gaya hidup ataupun tabiat perbelanjaan yang sedia
ada?

Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan tadi. Ambil kira
sumber pendapatan anda dan fikirkan cara anda boleh menyimpan dan
melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda
seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda


munasabah dan boleh dicapai.

 Risiko dan Pulangan Pelaburan


Menyimpan wang dalam akaun simpanan ataupun simpanan tetap adalah
pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah
rendah berbanding pelaburan lain tetapi ia tanpa risiko. Anda boleh tidur
dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut.

Namun, anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda
inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau
deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat
memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang
lebih tinggi kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan susut
nilainya.

Contohnya, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda akan
menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan jika
anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham turun
naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham
sebuah syarikat pada harga RM5 seunit dan harga tersebut mungkin naik
hingga RM7 ataupun turun hingga RM2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan.


Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan.
Jika anda membeli saham pada harga RM10 seunit dan harga tersebut naik
kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%.

Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak


segala perbelanjaan yang berkaitan. Contohnya, jika anda membeli rumah
dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan
yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman, komisen ejen,
duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin


tinggi risikonya.

 Cara Mempelbagaikan Pelaburan Anda


Apabila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis
pelaburan sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua
wang itu akan hilang. Ia adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan
anda.

Oleh itu, tindakan yang lebih bijak adalah untuk meletakkan wang anda
dalam pelbagai pelaburan. Dengan kata lain, rancang portfolio pelaburan
yang seimbang Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk
mengurangkan risiko. Apabila anda berbuat begini, anda lebih
berkemungkinan mendapat keuntungan yang tinggi daripada pelaburan anda
sambil mengurangkan risiko kehilangan wang anda.

Cara anda melabur ditentukan sebahagiannya oleh profil pelabur anda, iaitu
sama ada anda pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif. Kebanyakan
orang berada di pertengahan profil tersebut.

Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar


daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana
amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap seperti
simpanan tetap. Jumlah yang anda agihkan kepada kelas aset boleh
dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  173

Sekiranya anda pelabur yang agresif pula, anda mungkin akan melabur
dalam pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham.

Namun sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda mungkin
mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang berisiko
seperti bon dan simpanan tetap.

Tiada dua pelabur yang sama! Cuma anda seorang sahaja yang boleh
membuat keputusan tentang pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak
wang simpanan yang akan dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang
terdapat di pasaran.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Apakah matlamat-matlamat pelaburan anda? Berikan contoh


untuk menjelaskannya.

2. Bincangkan hubungan antara risiko dan pulangan dengan


menggunakan contoh.

10.1.3 Jenis Pelaburan


Tahukah anda bahawa perancangan pelaburan yang baik boleh menukarkan
matlamat anda kepada realiti? Hal ini melibatkan lebih daripada hanya memilih
pelaburan yang betul. Mari kita melihat Rajah 10.1 untuk mengetahui jenis
pelaburan yang terdapat di pasaran kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Rajah 10.1: Enam Jenis Pelaburan

Mari kita meneliti penerangan untuk setiap jenis pelaburan ini.

 Pelaburan Tunai dan Faedah Tetap


Pelaburan tunai ialah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia yang
meliputi produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap. Produk
ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda dengan mudah bila perlu
dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda. Jadi, pelaburan jenis ini
adalah sangat selamat.

Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada


pertumbuhan modal. Sebenarnya, pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada
jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai
pelaburan anda.

Untuk kebanyakan pelabur, pelaburan tunai dan pelaburan faedah tetap


sesuai untuk:

 digunakan sebagai akaun urus niaga;

 menyimpan wang tunai bagi perbelanjaan jangka pendek dan kecemasan;


dan

 memiliki simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas


modalnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  175

 Saham
Saham (juga dikenal sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam
sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian
daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai sahamnya dan keuntungannya
pada masa hadapan.

Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui


dua cara utama:

 apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga


meningkat; dan

 anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian


daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran
agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun,


nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh. Pada
umumnya, pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:

 ingin membina asas simpanan untuk matlamat kewangan jangka


sederhana dan panjang;

 mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih panjang; dan

 selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan
dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan
yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan
dividen dan pertumbuhan modal).

 Dana Amanah Saham


Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan
disatukan untuk membeli banyak aset yang berlainan. Pengurus dana
profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan
dalam setiap kelas aset, dan juga mengenal pasti negara, industri dan
syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima „unit‰ dalam dana ini, dengan setiap unit
mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan
tetap. Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:

 baru dalam bidang pelaburan;

 bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk membuat


pilihan pelaburan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan


untuk menambahkan pelaburan dari semasa ke semasa); dan

 mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

 Hartanah (Property)
Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan
hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:

 nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa
apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan

 pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan.

Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya
memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan
yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi
pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk
dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya. Hartanah
adalah sesuai bagi pelabur yang:

 tidak memerlukan akses kepada wang mereka sewaktu kecemasan;

 mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang; dan

 berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat


ataupun jika hartanah itu tidak disewa.

 Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda „meminjamkan‰
wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah
ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap
melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

 Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT ă Real Estate Investment Trust)


Ia sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah
bagi hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikian akan diagihkan
kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  177

AKTIVITI 10.2

Apakah pelaburan-pelaburan pilihan anda? Mengapakah begitu?

LATIHAN 10.1

Nyatakan jenis utama pelaburan.

10.2 MERANCANG UNTUK SITUASI YANG


TIDAK DIDUGA
Hidup ini ada naik turunnya. Kemalangan dan bencana boleh dan akan berlaku
tanpa diduga. Apabila perkara sebegini berlaku, kita mungkin merasakan
seolah-olah kehidupan kita sudah berada di luar kawalan kita, terutamanya
apabila kita tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi
situasi yang tidak diduga. Tidak kira apa-apa jua situasi yang tidak diduga yang
berlaku, biasanya kita akan berasa takut, murung dan bimbang. Bagaimanakah
kita akan menghadapi situasi ini?

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan beberapa tip untuk menghadapi
situasi yang tidak diduga. Contohnya, mengambil insurans, jenis insurans
yang patut diambil dan maksud takaful.

10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan


Sebelum anda mengambil insurans, anda mesti memahami maksud insurans,
tujuan insurans dan bagaimana ia melindungi anda. Sekarang, mari kita melihat
perinciannya.

 Apakah yang Dimaksudkan dengan Insurans?


Apabila anda membuat komitmen kewangan seperti membeli sebuah rumah
dengan meminjam daripada bank, anda telah „mengunci‰ sebahagian
daripada pendapatan masa hadapan anda. Sekiranya berlaku perkara yang
tidak diingini (kematian ataupun kehilangan upaya) ataupun bencana
ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen
kewangan ini mungkin terjejas dan anda mungkin akan kehilangan aset
yang susah-payah anda peroleh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi


anda daripada apa-apa kemungkinan iaitu insurans. Insurans merupakan
suatu cara melindungi diri, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.

 Tujuan Insurans
Di samping menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda
ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

 membayar ganti rugi bagi barangan peribadi ataupun mendapat gantian


barangan yang dicuri (sekiranya barangan tersebut diinsuranskan);

 membayar bil perubatan apabila anda ataupun keluarga anda menerima


rawatan di hospital;

 menyelenggarakan perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen


kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh
penyakit kritikal ataupun kemalangan; dan

 menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya anda


hilang upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia,
terutamanya jika anda pencari nafkah keluarga anda.

 Bagaimanakah Insurans Berfungsi?


Apabila bayaran yuran dibuat pada nilai yang kecil (dikenal sebagai
premium), syarikat insurans berlesen akan membayar pampasan kepada
anda sekiranya anda mengalami sebarang kerugian ataupun kerosakan
barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian. Walau
bagaimanapun, insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuat
kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang diinsuranskan.

Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang
terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua orang
yang menyumbang akan dilanda nasib malang. Jika ada sekali pun, biasanya
bukanlah pada masa yang sama. Maka dana tersebut akan digunakan
untuk membantu mereka yang menyumbang untuk sama-sama berkongsi
risiko.

Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia


(BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai
insurans, BNM telah mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh
didapati di cawangan syarikat insurans. Anda juga boleh melayari laman
web www.insuranceinfo.com.my.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  179

AKTIVITI 10.3

1. Mengapakah anda ingin mengambil insurans untuk diri dan


keluarga anda sedangkan anda perlu membayar premium yang
tinggi?

2. Berapakah liputan insurans yang dianggap cukup? Adakah ia


sama untuk semua individu?

10.2.2 Jenis Insurans


Anda boleh menginsuranskan hampir apa-apa pun. Meskipun begitu, terdapat
sesetengah perkara yang penting untuk diinsuranskan seperti hayat, kesihatan
dan harta anda. Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis insurans.

Rajah 10.2: Dua Jenis Insurans

Sekarang, mari kita meneliti kedua-dua jenis insurans ini.

 Insurans Hayat
Polisi insurans hayat melindungi anda dan kehidupan anda terhadap risiko
seperti kematian pramatang, jatuh sakit, hilang upaya dan kematian. Oleh itu,
penting bagi anda untuk memiliki insurans terutamanya, jika anak kecil
ataupun ibu bapa anda yang berusia bergantung hidup pada anda. Lazimnya,
tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun dan anda
mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium secara berkala, sama
ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Rajah 10.3 mengilustrasikan produk insurans hayat yang utama.

Rajah 10.3: Produk Insurans Hayat yang Utama

Sekarang, kita akan memperincikan setiap produk insurans hayat yang utama
ini.

 Insurans Seumur Hidup


Ia menawarkan perlindungan seumur hidup tetapi anda juga perlu
membayar premium seumur hidup. Wang manfaatnya (jumlah
diinsuranskan), termasuklah bonus, akan dibayar setelah sesuatu
kematian, hilang upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau
penyakit kritikal dihidapi. Oleh sebab polisi ini bersifat jangka panjang,
premium yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada premium
untuk insurans bertempoh dan ia mempunyai nilai tunai sepanjang
tempoh polisi tersebut berkuat kuasa.

 Insurans Bertempoh
Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad
sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian, hilang
upaya yang menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal
semasa tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima
adalah mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  181

 Endowmen
Polisi ini menggabungkan perlindungan dan simpanan. Ia menyediakan
manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu, atas kematian atau
kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh polisi ditentukan
oleh pembeli polisi.

 Insurans Berkaitan dengan Pelaburan


Ia menggabungkan pelaburan dan simpanan. Anda boleh memilih jenis
dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan
insurans hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

 Insurans Perubatan dan Kesihatan


Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan
hospital dan kos pembedahan.

 Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term)


Biasanya ia polisi insurans premium tunggal yang meliputi pembayaran
balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak. Sekiranya anda ingkar
membuat bayaran kerana berlakunya kematian, kehilangan upaya atau
mengalami penyakit kritikal, institusi kewangan tersebut akan melepaskan
hak milik hartanah kepada anda ataupun waris anda.

 Insurans Am
Insurans am dapat melindung anda daripada kerugian akibat kecurian
ataupun kerosakan kepada barang peribadi anda. Ia juga melindungi anda jika
anda menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian yang tidak
disengajakan atau kecederaan dan kemasukan ke hospital. Lazimnya,
tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am
adalah setahun dan pembayaran premium perlu dibuat sekali gus. Jadual 10.1
menunjukkan beberapa produk insurans am yang utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Jadual 10.1: Produk Insurans Am yang Utama

Produk Penjelasan

Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian,


kemalangan atau kebakaran. Sekiranya anda membeli
perlindungan pihak ketiga, anda dilindungi daripada tuntutan
yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian
orang lain (pihak ketiga) termasuklah kerugian atau kerosakan
kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda.
Jika anda membeli perlindungan komprehensif, anda akan
mendapat perlindungan menyeluruh iaitu perlindungan bagi
kecederaan dan kematian pihak ketiga, kehilangan dan
kerosakan harta pihak ketiga, dan juga kerugian dan kerosakan
bagi kenderaan anda sendiri disebabkan kecurian, kemalangan
atau kebakaran.

Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi


bangunan akibat kebakaran, kilat atau letupan. Polisi pemilik
rumah pula memberi perlindungan tambahan atas bangunan
untuk meliputi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir,
paip pecah dan bencana lain. Manakala polisi isi rumah adalah
untuk melindungi barangan isi rumah seperti perabot daripada
kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak memberi
perlindungan terhadap kerosakan rumah itu sendiri.

Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu


ke luar negara. Ia melindungi anda daripada insiden
yang berkaitan dengan perjalanan, penangguhan atau
penggangguan waktu perlepasan, kehilangan bagasi,
perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain.

Insurans ini melindungi barangan seperti komputer, telefon


bimbit, komputer riba dan kamera daripada kehilangan
ataupun kecurian.

Sebelum memilih polisi insurans, pastikan anda menyelidik bahaya dan risiko
yang berkaitan dengan polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang
berlainan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  183

10.2.3 Takaful
Seperti dalam perbankan yang anda boleh memilih antara produk dan
perkhidmatan bank konvensional dengan Islam, industri insurans di Malaysia
juga menawarkan insurans konvensional dan takaful.

Takaful ialah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah. Dengan mencarum


sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan, anda
memeterai kontrak (akad) untuk membolehkan anda menjadi peserta yang
saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta
mengalami kerugian tertentu.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Contohnya,
anda mesti mengalami kerugian wang apabila peristiwa yang diinsuranskan
berlaku. Namun, walaupun takaful menawarkan produk yang serupa dengan
produk insurans konvensional, ia mempunyai beberapa ciri unik seperti yang
berikut:

 anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan
nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira
setelah mengambil kira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan
teknikal, perbelanjaan pengurusan dan takaful semula (re-takaful ); dan

 anda berhak ke atas perkongsian lebihan daripada dana takaful sekiranya


anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful tersebut.

Rajah 10.4 menunjukkan dua jenis takaful.

Rajah 10.4: Dua Jenis Takaful

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Yang berikut ialah penerangan terperinci mengenai kedua-dua jenis takaful ini:

 Takaful Keluarga
Takaful keluarga adalah gabungan perlindungan dan pinjaman jangka
panjang. Ia biasanya meliputi tempoh lebih dari setahun. Ia menyediakan
manfaat kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi, di samping
memberikan keuntungan daripada pelaburan. Pembayaran boleh dibuat
setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau tahun. Sekarang, lihat
Jadual 10.2 yang menyatakan jenis asas takaful keluarga.

Jadual 10.2: Empat Jenis Takaful Keluarga

Jenis Takaful Penjelasan


Keluarga

Takaful  Ia termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan.


keluarga Anda ataupun waris anda akan menerima manfaat
individu kewangan sekiranya berlaku kematian ataupun
kehilangan upaya yang kekal.

 Terdapat juga simpanan jangka panjang dan keuntungan


pelaburan yang diagihkan sekiranya terdapat tuntutan,
tempoh matang ataupun serahan awal polisi insurans.

Anuiti  Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas


persaraan anda bersara.

Takaful  Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat yang


berkaitan sebahagian daripada caruman anda akan digunakan
pelaburan untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi
perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian ataupun
kehilangan upaya yang kekal.

Takaful  Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan seperti


perubatan kos rawatan di hospital dan kos pembedahan.
dan kesihatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  185

 Takaful Am
Produk ini melindungi anda bagi jangka masa pendek, biasanya selama
setahun, bagi sebarang kehilangan, atau kerosakan pada harta ataupun
barangan peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam
setahun. Jadual 10.3 menunjukkan jenis takaful am yang utama.

Jadual 10.3: Tiga Jenis Takaful Am

Jenis Takaful Am Penjelasan

Takaful  Polisi pemilik rumah melindungi rumah anda daripada


rumah kerugian ataupun kerosakan akibat banjir, kebakaran
dan bencana seumpamanya. Polisi isi rumah pula
memberi perlindungan terhadap kerugian ataupun
kerosakan kepada kandungan rumah.

 Anda boleh mengambil salah satu ataupun kedua-dua


jenis polisi ini.

Takaful  Anda dilindungi daripada menanggung kerugian


kenderaan ataupun kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau
kemalangan atas kenderaan anda, termasuk kecederaan
tubuh badan ataupun kematian pihak ketiga, dan
kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.

 Seperti insurans kenderaan am, dua jenis perlindungan


ialah perlindungan pihak ketiga dan perlindungan
komprehensif.

Kemalangan  Ia menyediakan pampasan kepada anda ataupun waris


diri anda sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau
kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.

 Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih
pendek seperti apabila pergi ke luar negara.

Untuk maklumat lanjut tentang takaful, anda boleh melayari laman web ini:
http://www.insuranceinfo.com.my.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan setiap jenis insurans dan takaful. Manakah yang anda akan
pilih dan mengapa?

LATIHAN 10.2

Bincangkan jenis asas takaful keluarga.

10.3 PENGURUSAN HUTANG: ASAS


PINJAMAN
Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada
apa-apa yang anda miliki kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai
kemudahan pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda
wang dan pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta,
membayar bil ataupun pergi bercuti. Ia adalah penting untuk anda ingat
bahawa wang pinjaman tersebut bukannya diberi percuma. Anda perlu
membayarnya balik ă ditambah faedahnya sekali!

Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang


anda. Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa-apa yang
anda hutang. Anda ingin menambah kekayaan. Jika anda meminjam wang,
anda perlu menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda.
Cuba elak daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Jangan gunakan
pinjaman jangka masa pendek seperti kad kredit ataupun overdraf untuk
membiayai aset jangka masa panjang seperti rumah ataupun bangunan.

10.3.1 Pinjaman dan Kredit


Apabila anda ingin mengambil pinjaman ataupun menggunakan kad kredit,
tanya diri anda soalan berikut:

 Adakah produk ataupun perkhidmatan yang anda inginkan itu penting?


Adakah ia benar-benar perlu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  187

 Sekiranya ia penting dan anda perlukannya, mampukah anda membuat


bayaran ansurannya?

 Jika ia melibatkan pembelian besar seperti kereta ataupun rumah, mampukah


anda menyediakan wang pendahuluan yang lebih banyak?

 Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan
menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?

 Jika anda membuat pinjaman ataupun menggunakan kad kredit untuk


membeli sesuatu, sudahkah anda mengkaji aliran tunai anda sama ada ia
dapat menampung pinjaman tersebut?

 Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad kredit
digunakan? Terdapat kos faedah, malah caj kewangan lain seperti caj lewat
bayar.

 Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika


gagal berbuat demikian, prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda
mungkin diisytiharkan muflis.

Sekiranya anda tidak mampu menambahkan pendapatan, anda perlu berkorban


sesuatu untuk membolehkan anda membuat bayaran pinjaman bulanan. Adakah
anda bersedia untuk melakukannya? Contohnya, sanggupkah anda melepaskan
keseronokan pada hujung minggu untuk membayar balik pinjaman dan hutang
kad kredit anda?

Walaupun anda berhati-hati dalam menguruskan aliran tunai bulanan anda


bagi bayaran pinjaman ataupun hutang kad kredit, namun kejadian ataupun
keadaan yang tidak diduga mungkin berlaku dan anda akan memerlukan wang
tambahan. Adakah anda masih mampu memenuhi komitmen bulanan anda
sekiranya perkara tersebut berlaku?

Oleh itu, amatlah penting untuk anda tidak membuat pinjaman dan
menggunakan kad kredit secara berlebihan. Sebagai panduan am, pastikan
jumlah bayaran bulanan pinjaman dan kad kredit anda tidak melebihi sepertiga
gaji kasar anda setiap bulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Jangan sekali-kali meminjam wang daripada pemiutang haram kerana anda


akan:

 mendapat pinjaman dengan terma dan syarat yang sangat ketat.

 perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.

 meletakkan diri dan keluarga anda dalam bahaya gangguan (harassment)


sekiranya anda lewat membuat pembayaran.

 memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar pinjaman


yang terdahulu.

10.3.2 Jenis Pinjaman


Terdapat pelbagai jenis pinjaman dan kemudahan kredit di pasaran. Kita akan
membincangkan pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai dalam
topik ini. Rajah 10.5 memaparkan jenis pinjaman yang biasa.

Rajah 10.5: Jenis Pinjaman

Sekarang, kita akan membincangkan setiap jenis pinjaman.

 Pinjaman Peribadi
Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya pembelian
berjumlah besar seperti rumah ataupun kereta tetapi lebih kepada pembelian
komputer peribadi ataupun bagi perkahwinan anda. Anda mungkin tertarik
untuk memohon pinjaman ini kerana proses permohonan biasanya cepat
dan mudah. Tambahan lagi, kebanyakan bank tidak memerlukan penjamin
atau cagaran. Namun, perlu diingatkan bahawa kadar faedah berbeza-beza
dan mungkin tinggi.

Seperti yang disebut terlebih dahulu dalam topik ini, tanya dulu diri anda
soalan penting sebelum anda memohon pinjaman seumpama ini. Pastikan
anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan anda mampu
untuk membuat pembayaran balik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  189

 Pinjaman Kereta
Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik sahaja mula
bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenal
sebagai pinjaman sewa beli. Anda akan dikenal sebagai penyewa dan
institusi kewangan pula sebagai pemilik kenderaan itu. Sebagai penyewa,
anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang
dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi pemilik kenderaan
tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum
membuat keputusan untuk meminjam. Anda juga perlu menghitung aliran
tunai untuk mengira berapakah jumlah ansuran bulanan yang mampu anda
bayar. Apabila anda membuat pinjaman kenderaan, anda boleh membuat
pinjaman sewa beli secara berurusan terus dengan bank atau melalui wakil
penjual kereta, yang kemudiannya akan menyerahkan permohonan anda
kepada bank berkenaan.

Sebagai penyewa, anda bertanggungjawab untuk:

 membaca semua cetakan halus (fine print) dalam perjanjian bertulis;

 semak dan pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam perjanjian
adalah seperti yang dipersetujui;

 mengetahui hak anda di bawah Akta Sewa Beli;

 mengetahui tanggungjawab anda sebagai penyewa supaya anda tidak


membuat apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian;

 menyimpan semua dokumen seperti perjanjian dan resit di tempat


yang selamat; dan

 membuat bayaran anda kepada orang yang diberi kuasa oleh bank.

Walau bagaimanapun, sebelum pinjaman kenderaan dibuat, ketahui tentang


kadar faedah efektif yang dikenakan kerana biasanya kadar ini lebih tinggi
daripada kadar tetap yang ditawarkan. Lihat contoh berikut bagi pinjaman
sebanyak RM50,000 pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun.
Kadar faedah efektifnya ialah 9.15%.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Ansuran bulanan: RM1,042

Jumalah bayaran faedah: RM12,500

Jumlah pinjaman + Faedah: RM62,500

Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15%

Adakah anda tahu asas sewa beli? Jadual 10.4 memberikan perincian asas
sewa beli.

Jadual 10.4: Asas Sewa Beli

Terma Penjelasan

Deposit Ini ialah 10% daripada harga tunai kenderaan tetapi bank
minimum boleh menetapkan jumlah pendahuluan yang lebih tinggi.

Kadar faedah Ia adalah mengikut kadar tetap dan kadar maksimum yang
dibenarkan ialah 10%.

Kadar faedah Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah


efektif mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut tempoh
pinjaman.

Caj bayaran Anda akan dikenakan denda sekiranya anda lewat membuat
lewat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut kadar asas
harian.

Penjamin Institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin yang


akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman
ataupun bakinya sekiranya peminjam tidak menjelaskan
hutang tersebut.

Insurans Anda perlu membeli insurans untuk melindungi kenderaan


anda. Institusi kewangan menghendaki pemilik kenderaan
membeli polisi insurans yang komprehensif.

Penarikan Jika anda ingkar membayar pinjaman, institusi kewangan


balik boleh menarik balik kereta anda kerana ia merupakan pemilik
yang sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  191

Apabila anda tidak membuat pembayaran pinjaman kereta pada waktu


yang ditetapkan, institusi kewangan boleh merampas kereta anda dengan
menggunakan penarik kereta berdaftar. Pengalaman kereta diambil balik
tentu traumatik dan memalukan bagi anda.

Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mestilah menunjukkan kad


pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan balik yang dikeluarkan
oleh institusi kewangan yang berkenaan. Penarik mestilah membuat laporan
polis dan kemudiannya membawa kereta yang ditarik ke tempat yang telah
diarahkan oleh institusi kewangan tersebut.

Anda akan menerima notis bertulis yang dikenal sebagai Notis Jadual
Keempat, sebelum kenderaan anda ditarik balik. Notis ini akan luput dalam
masa 21 hari dan notis kedua pula akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh
notis Jadual Keempat diserahkan ă ini merupakan peringatan bagi anda
membuat bayaran tertunggak ataupun kenderaan anda akan ditarik balik.

Untuk mengelak penarikan balik kenderaan, anda perlu membuat bayaran


tertunggak ataupun memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi
kewangan sebelum tarikh luput. Walau bagaimanapun, anda masih perlu
menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.

Masih ada cara lain untuk mendapatkan kembali kenderaan anda yang ditarik
balik. Institusi kewangan akan memberikan penjamin, sekiranya ada,
dan anda Notis Jadual Kelima dalam masa 21 hari selepas penarikan
kenderaan. Sekiranya anda menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan
perbelanjaan berkaitan yang ditanggung oleh institusi kewangan, maka
bolehlah anda meminta supaya kenderaan tersebut dipulangkan. Sebagai
alternatif, anda boleh memperkenalkan pembeli, contohnya ahli keluarga
ataupun kawan untuk membeli kenderaan anda pada harga yang ditetapkan
dalam Jadual Kelima.

Sekiranya anda ataupun penjamin tidak menjelaskan jumlah yang tertunggak


pada Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak
menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam ataupun menawarkan
semula kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang
lebih rendah berbanding dengan harga anggaran yang ditetapkan dalam notis
Jadual Kelima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 Pinjaman Perumahan
Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi
kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik
pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang
dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut.

Lakukan kajian, dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh dan


buatlah perbandingan seperti kadar faedah yang ditawarkan sebelum
menentukan pinjaman yang sesuai bagi anda. Seperti produk pinjaman
lain, anda boleh memilih antara pinjaman perumahan dalam bentuk
konvensional ataupun Islamik.

Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan yang sangat besar dan


mengambil beberapa tahun untuk dibayar. Pertimbangkan dengan teliti
pelbagai aspek pinjaman itu sebelum membuat keputusan, contohnya tentang
perkara berikut:

 Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap ataupun
masih dalam binaan? Adakah anda akan membeli tanah untuk membina
rumah?

 Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah
ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan, adakah bergantung pada
aliran tunai bulanan anda?

 Adakah anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat


bayaran pendahuluan dan aliran tunai untuk bayaran ansuran?

 Apakah yuran berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar? Yang biasanya
ialah yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan dan fi pembayaran.

 Adakah kadar faedah tetap ataupun kadar faedah berubah selaras dengan
perubahan pada kadar pinjaman asas (BLR ă base lending rate)?

 Setakat manakah bayaran pinjaman anda boleh fleksibel? Terdapat


beberapa jenis skim pembayaran fleksibel yang ditawarkan.

 Adakah dikenakan apa-apa penalti sekiranya anda membuat bayaran balik


keseluruhan pinjaman lebih awal dari tempoh yang dipersetujui? Institusi
kewangan biasanya mengenakan penalti kerana mereka menawarkan
pakej yang menarik bagi pinjaman perumahan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  193

Adakah kadar faedah yang tetap ataupun yang berubah-ubah lebih baik
bagi pinjaman anda? Dengan kadar pinjaman tetap, faedahnya tetap dan
anda sedia maklum tentang jumlah ansuran yang perlu dibayar. Manakala
bagi kadar yang berubah-ubah, faedahnya berubah mengikut perubahan
pada BLR. Jika kadar tersebut meningkat, maka kadar faedah yang dikenakan
akan meningkat dan begitu juga dengan bayaran ansuran bulanan anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya BLR menurun, maka anda akan menikmati
manfaatnya kerana bayaran bulanan akan berkurangan.

Terdapat juga kadar pinjaman faedah yang berubah-ubah tetapi bayaran


ansuran bulanannya adalah tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada kadar
faedah, maka tempoh masa pembayaran pinjaman akan berkurang ataupun
bertambah. Terdapat lebih daripada satu kaedah untuk membayar
pinjaman perumahan (rujuk Jadual 10.5). Jumlah prinsipal pinjaman
dikurangkan setiap kali bayaran ansuran dibuat.

Jadual 10.5: Kaedah Pembayaran Pinjaman Perumahan

Kaedah Penjelasan
Pembayaran

Bayaran Ia membolehkan anda membayar ansuran yang lebih rendah


berperingkat pada permulaan pinjaman. Namun, jumlah ini akan
meningkat dari semasa ke semasa. Skim ini berguna jika anda
baru mula bekerja dan gaji anda dijangka meningkat tahun
demi tahun.

Pembayaran Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman dengan


awal sebahagian membuat pembayaran awal bagi sebahagian daripada baki
daripada baki pinjaman melalui lebihan wang tabungan ataupun bonus
pinjaman tahunan. Jika dibuat pada tahun-tahun awal pinjaman, anda
dapat mengurangkan caj faedah yang dikenakan. Walau
bagaimanapun, mungkin terdapat pengehadan jumlah yang
boleh dibuat bagi pembayaran awal.

Sebagai peminjam, anda hendaklah:

 membaca dan memahami semua terma dan syarat pinjaman;

 sentiasa mematuhi semua terma dan syarat ini;

 bertanyakan soalan tentang semua aspek pinjaman sehingga anda berpuas


hati;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 membuat bayaran ansuran tepat pada masanya; dan

 memastikan anda mendapat maklumat yang tepat tentang pinjaman anda


dari semasa ke semasa.

Seperti pinjaman lain, sekiranya anda gagal membayar ansuran, institusi


kewangan berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
anda untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut.

Untuk menambahkan kedudukan kredit peminjam dan membolehkan mereka


mendapatkan pembiayaan untuk pinjaman kereta ataupun rumah, institusi
kewangan mungkin memerlukan jaminan daripada bakal peminjam. Anda
mungkin diminta oleh ahli keluarga ataupun kawan untuk menjadi
penjamin bagi pinjaman mereka. Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda
membuat keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam
gagal ataupun enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi
undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Jika anda bersetuju menjadi penjamin, pastikan:

 anda baca dan faham ciri jaminan yang akan dibuat dan implikasinya
kepada anda;

 anda tidak menandatangani dokumen kosong ataupun tidak lengkap;

 anda tidak menjadi penjamin kepada seseorang yang anda sangsi akan
integritinya; dan

 anda menyedari liabiliti yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat


pindaan yang dibuat pada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin.


Keputusan terletak pada institusi kewangan berkenaan yang mungkin setuju
dengan penarikan diri anda dengan syarat seperti anda membuat pembayaran
penuh bagi baki pinjaman. Sekiranya peminjam meninggal dunia dan
tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran
daripada penjamin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  195

10.3.3 Jenis Kad, Perangkap Kredit dan Tip


Menggunakan Kad Kredit
Dalam subtopik ini, kita akan meneliti jenis kad yang ada, perangkap kredit,
iaitu bayaran minimum dan tip menggunakan kad kredit.

 Jenis Kad
Terdapat beberapa kad untuk membuat kehidupan anda senang kerana tidak
perlu membawa tunai setiap kali membeli-belah ataupun mendapatkan
sesuatu perkhidmatan. Jenis kad boleh dilihat dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Empat Jenis Kad

Yang berikut ialah butiran terperinci tentang setiap jenis kad.

 Kad Kredit
Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk
perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai. Apabila anda
menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar peniaga
bagi pihak anda dan memberikan bil kepada anda, kemudian melalui
bank pengeluar kad kredit anda. Hal ini membuatkan pembelian barang
jauh lebih senang.

Kad kredit boleh menjadi kaedah pembayaran yang berguna jika anda
tahu menggunakannya dengan betul dan bijak. Beberapa manfaatnya
adalah seperti yang berikut:

 ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap;

 anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan


anda bagi tujuan bajet;

 sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan


perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 pengeluar kad kredit memperkenalkan skim menarik seperti skim


ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada
0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang mungkin; dan

 anda juga boleh mendapatkan mata ganjaran sekiranya menggunakan


kad kredit yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat
secara tunai.

Biasanya had kad kredit ialah dua hingga tiga kali gaji bulanan anda. Jika
anda menggunakan kad kredit hingga ke hadnya, bererti anda
membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji bulanan anda.

 Kad Caj
Kad caj adalah seperti kad kredit. Kad kredit membolehkan anda membuat
bayaran minimum apabila menerima penyata bulanan, namun kad caj
tidak. Dengan kad caj, anda mesti membuat bayaran penuh setiap bulan
dan jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

 Kad Debit
Kad debit menyerupai kad Mesin Juruwang Automatik (ATM ă Automatic
Teller Machine) kecuali anda tidak perlu mengeluarkan wang dari ATM.
Anda boleh menggunakan kad debit di tempat di mana anda perlu
membayar untuk produk ataupun perkhidmatan. Jumlah yang
dibelanjakan akan ditolak daripada akaun bank anda dengan serta-merta.
Serupa dengan kad kredit, ia mudah digunakan kerana anda tidak
perlu membawa wang tunai bersama anda.

 Kad Prabayar
Kad prabayar boleh digunakan untuk membuat pembelian tetapi terdapat
had perbelanjaan yang setara dengan jumlah wang yang ada dalam kad
tersebut. Ia adalah seperti kad prabayar telefon atau kad Touch Ân Go
(TNG) yang anda mempunyai jumlah wang tetap yang boleh dibelanjakan.
Apabila wang ini berkurangan, anda boleh menambahkannya sampai
ke had maksimum yang ditentukan oleh pengeluar kad. Kad debit dan
prabayar adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang kurang
berdisiplin dari segi kewangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  197

 Perangkap Kredit dengan Bayaran Minimum Bulanan


Anda mungkin tertarik untuk hanya membuat bayaran minimum yang
disebut dalam penyata bulanan kad kredit anda, terutamanya jika ini
membantu aliran tunai anda. Namun, anda akan terpaksa membayar caj
faedah dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan baki yang
tertunggak. Hasilnya, anda akan menanggung hutang yang sangat besar
dalam jangka masa yang pendek. Pada masa sekarang, kebanyakan pengeluar
kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian
dan dikenakan kompaun secara bulanan.

Terlebih dahulu dalam modul ini, kita membincangkan mengenai kesan


faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun juga
diguna pakai dalam hal ini yang faedahnya dibayar pada jumlah pokok
campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman.

Ia adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah


minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk
menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan
terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi
kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang dibayar
bagi barangan ataupun perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan anda
sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut
kewangan.

 Tip Menggunakan Kad Kredit


Yang berikut ialah beberapa tip menggunakan kad kredit:

 membayar jumlah yang dihutangkan dengan penuh bila mendapat


penyata bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah;

 jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat bayaran
bulanannya;

 mengehadkan bilangan kad kredit yang anda miliki;

 jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang


tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang
menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman,
ditambah lagi dengan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian
yang dikenakan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 membayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran


lewat dan kadar penalti;

 mengetahui akibat kerap membuat bayaran minimum;

 jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum untuk
masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin; dan

 sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan urus


niaga dan caj yang betul direkodkan. Penyata itu akan merekodkan urus
niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran minimum yang
perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan
dalam penyata anda ataupun anda tidak menerima penyata tersebut.

10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayaran


Pinjaman
Pembayar balik pinjaman yang baik ialah orang yang membuat bayaran
pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetujui mengikut
terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Dalam
subtopik ini, kita akan membincangkan Biro Kredit dan masalah pembayaran
balik hutang.

 Biro Kredit
Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) telah beroperasi sejak tahun 1982.
Ia mengumpulkan maklumat mengenai kredit peminjam, termasuk individu
persendirian, perniagaan (perniagaan tunggal dan perkongsian), syarikat
dan entiti kerajaan, seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada
pemberi pinjaman.

Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam Sistem Maklumat Rujukan


Kredit Pusat (CCRIS ă Central Credit Reference Information System) yang
merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang memproses maklumat
kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan
mensintesiskan maklumat tersebut dalam bentuk laporan kredit. Laporan
ini diberi kepada institusi kewangan apabila diminta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  199

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi


kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah anda
buat melalui Biro Kredit. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut
untuk memutuskan sama ada untuk memberikan anda pinjaman ataupun
tidak. Selain daripada Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian
yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka, termasuk institusi
kewangan berkaitan rekod bayaran balik pinjaman dan status sebarang
tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada.

Simpan salinan laporan CCRIS anda untuk membolehkan anda memantau


pinjaman dan mengawal pola pembayaran kad kredit anda. Anda boleh
menyemak sama ada laporan itu menunjukkan jadual pembayaran balik
yang baik, ingkar pinjaman atau pembayaran lewat. Jika laporan CCRIS
menunjukkan pembayaran lewat ataupun ingkar pinjaman, institusi
kewangan mempunyai pilihan untuk menolak sebarang permohonan
baharu pinjaman anda kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa
anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik ataupun anda menghadapi
kemelut kewangan.

Sekiranya anda pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga
akan menunjukkan sedemikian. Malah, efektif dari tarikh 1 Julai 2008, anda
diberi ganjaran jika cepat membuat bayaran kad kredit ă institusi kewangan
akan mengenakan caj kewangan berperingkat bergantung pada perilaku
pembayaran balik anda.

Jika anda inginkan lebih banyak maklumat berkenaan Biro Kredit, layari
laman web http://creditbureau.bnm.gov.my.

 Masalah Pembayaran Balik Hutang


Jika anda ingkar dalam membayar balik pinjaman dan gagal menyelesaikan
hutang kad kredit, anda akan menghadapi masalah teruk. Anda akan didakwa
oleh institusi kewangan. Kereta ataupun harta anda akan dilelong. Ahli
keluarga anda akan turut terjejas kerana mereka mungkin terpaksa membantu
melangsaikan hutang anda. Penjamin anda, jika ada, juga akan menderita
kerana tindakan mahkamah boleh diambil terhadap mereka. Selain itu, anda
mungkin diisytiharkan muflis jika gagal membayar balik pinjaman anda.

Di samping itu, anda akan menderita dari segi emosi akibat tekanan. Anda
akan kerap mendapat panggilan dan surat daripada peguam dan pemiutang
yang mendesak anda untuk melangsaikan hutang. Dalam situasi begitu,
anda boleh menjadi tidak produktif dan kerja ataupun kesihatan anda
mungkin terjejas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

Yang berikut ialah beberapa tanda anda menghadapi kemelut kewangan:

 anda tidak dapat mengawal wang anda, iaitu perbelanjaan anda melebihi
pendapatan anda;

 hutang anda lebih banyak daripada yang anda mampu bayar;

 anda hanya mampu membayar minimum 5% setiap bulan untuk bil kad
kredit anda;

 anda tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk kecemasan peribadi


ataupun keluarga;

 anda sentiasa mendapat panggilan daripada pengutip hutang; dan

 anda menerima notis tuntutan.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti tadi, segeralah mendapatkan


pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang
profesional.

LATIHAN 10.3

Bincangkan jenis-jenis pinjaman utama.

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Apakah risiko menjadi penjamin? Bagaimanakah anda dapat


meminimumkan risiko penjamin?

2. Bagaimanakah anda menentukan sama ada seseorang itu sedang


menghadapi kemelut kewangan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN  201

 Untuk membina kekayaan, mulalah menabung dan melabur sekarang. Anda


perlu menambahkan aset anda untuk menambahkan nilai bersih anda.
Pelbagaikan pelaburan anda untuk menyebarkan risiko anda dengan lebih
rata. Lebih tinggi pulangan yang anda peroleh daripada pelaburan, lebih
tinggi risikonya.

 Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung pada jumlah wang
yang anda perlukan untuk menyara gaya hidup anda dan membayar
perbelanjaan anda apabila anda mengalami penyakit kritikal ataupun
kehilangan upaya akibat penyakit ataupun kemalangan.

 Perunding ataupun broker insurans perlu mempunyai lesen daripada BNM


dan menjadi ahli Persatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia
(MITBA ă Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association).

 Seorang ejen insurans hayat mesti dilantik oleh sebuah syarikat insurans
hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia
(LIAM ă Life Insurance Association of Malaysia).

 Ejen insurans am pula mesti dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen
dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

 Apabila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang


diperlukan oleh syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.

 Apabila memohon pinjaman, tanyakan pada diri anda tujuannya dan


sama ada anda mampu membuat bayaran ansurannya. Jangan sekali-kali
meminjam daripada pemiutang yang tidak berlesen. Sedari terma dan syarat
pinjaman yang diambil.

 Selalu meminta kadar faedah yang efektif ke atas semua pinjaman sewa beli
dan pinjaman bertempoh dengan kadar tetap (fixed rate term loans). Jumlah
keseluruhan bayaran bulanan anda untuk kesemua pinjaman dan hutang
kad kredit anda harus tidak melebihi sepertiga gaji kasar bulanan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI USAHAWAN

 Jangan terjebak dalam perangkap menggunakan kad kredit dan kad caj
seolah-olah ia wang percuma.

 Jika anda hanya membuat bayaran minimum bulanan yang disebut dalam
penyata kad kredit, anda akan mendapat hutang besar akibat penggandaan
(compounding effect).

 Cuba buat bayaran seperti yang diperlukan supaya anda mempunyai


laporan kredit yang positif.

Bon Pelaburan faedah tetap


Dana amanah saham Pinjaman
Harta Premium insurans
Insurans Risiko dan pulangan
Kekayaan Saham
Kredit Simpanan
Liputan insurans Tabung Amanah Pelaburan Hartanah
(REIT ă Real Estate Investment Trust)
Matlamat kewangan
Takaful
Meminjam
Tunai
Pelaburan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  203

Jawapan

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA


KEUSAHAWANAN

Latihan 1.1
1. Sepuluh mitos keusahawanan ialah:

(a) Usahawan ialah pelaksana, bukan pemikir.

(b) Usahawan dilahirkan, bukan dibentuk.

(c) Usahawan ialah pencipta.

(d) Usahawan ialah golongan yang tercicir dalam bidang akademik


dan sosial.

(e) Usahawan mesti menepati profil tertentu.

(f) Semua usahawan memerlukan wang.

(g) Semua usahawan memerlukan tuah.

(h) Usahawan tidak perlu tahu banyak perkara.

(i) Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan


yang tinggi.

(j) Usahawan ialah pengambil risiko yang tinggi (ibarat penjudi).

2. Keusahawanan adalah penting atas sebab berikut:

(a) Ia pemangkin perubahan dan pertumbuhan ekonomi.

(b) Ia dapat menambahkan pengeluaran dan pendapatan per kapita.

(c) Ia melibatkan permulaan dan pelaksanaan perubahan dalam struktur


perniagaan dan masyarakat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
204  JAWAPAN

(d) Ia meningkatkan output dan produktiviti negara.

(e) Ia mendorong inovasi dan kreativiti.

(f) Ia membangunkan produk ataupun perkhidmatan baharu untuk


pasaran untuk memenuhi keperluan manusia. Masyarakat akan
mendapat barangan dan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga
yang lebih murah.

(g) Ia mendorong minat pelaburan dalam perniagaan baharu.

(h) Keusahawanan, melalui proses inovasi, mencipta pelaburan baharu


daripada perniagaan baharu.

(i) Lebih banyak perniagaan diwujudkan dan pekerjaan baharu


dihasilkan, maka ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.

(j) Ia mencipta dan mempromosikan pengagihan kekayaan.

3. Keusahawanan wujud di Malaysia (Malaya) sejak Melaka memulakan


perhubungan dengan pedagang asing lagi. Walau bagaimanapun, apabila
orang Inggeris menjajah Semenanjung Melayu, mereka menukar struktur
masyarakat dan mengamalkan sistem „pecah dan perintah‰. Akibatnya,
orang Melayu bergiat dalam bidang pentadbiran dan pertanian, manakala
orang Cina menceburi bidang perlombongan serta perniagaan dan orang
India pula bekerja di estet getah. Hal ini menyebabkan masyarakat Cina
jauh ke depan dari masyarakat Melayu dan India dalam bidang perniagaan.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan menyedari kepentingan


keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara, dan
sumbangannya kepada kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia
mula memberikan perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini.
Dasar Ekonomi Baru (1971ă1990), Polisi Pembangunan Negara (1990ă2000)
dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan
keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf


usahawan kerana mereka menyumbang kepada pembangunan negara.
Pada tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan
Keusahawanan sebagai badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan
perkembangan keusahawanan di Malaysia. Pada hari ini, ia dinamakan
Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  205

TOPIK 2: MENGENAL PASTI CIRI-CIRI


KEUSAHAWANAN

Latihan 2.1
Ciri-ciri umum usahawan berjaya adalah:

(a) Berinisiatif dan bertanggungjawab

(b) Berkomitmen tinggi

(c) Berorientasikan peluang

(d) Pengambil risiko sederhana

(e) Yakin dan optimistik

(f) Kreatif dan inovatif

(g) Mencari maklum balas

(h) Bermotivasi untuk berjaya

(i) Berkebolehan dalam membangunkan visi

(j) Mahir dalam mengurus

(k) Lokus kawalan dalaman

(l) Bertoleransi terhadap kegagalan

(m) Tahap tenaga yang tinggi

(n) Membina pasukan

(o) Berdikari

(p) Fleksibel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  JAWAPAN

TOPIK 3: MEMBENTUK KREATIVITI DAN


INOVASI KEUSAHAWANAN

Latihan 3.1
Kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu terhadap
masalah dan peluang. Terdapat empat fasa utama ataupun langkah dalam
proses kreatif:

(a) Fasa 1: Pengumpulan Latar Belakang ataupun Ilmu


Ia melibatkan pembacaan, perbincangan dengan individu lain yang bekerja
dalam bidang yang sama, menghadiri seminar atau bengkel profesional
dan sebagainya, untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan.

(b) Fasa 2: Proses Pengeraman


Seseorang itu mungkin tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti ataupun
masalah perniagaan. Sebaliknya, mereka akan cuba menyelesaikan masalah
dan membiarkan fikiran separa sedar mereka mencari jalan penyelesaian.

(c) Fasa 3: Idea


Dalam fasa ini, jawapan kepada masalah yang ada akhirnya dijumpai.
Fasa ini juga disebut „faktor eureka‰.

(d) Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan


Usahawan akan mengubah idea kepada kenyataan dalam fasa terakhir ini.
Fasa ini amat sukar kerana ia memerlukan keberanian, pengaturan diri,
keyakinan tinggi dan ketabahan.

Latihan 3.2
Yang berikut ialah teknik menjana idea kreatif:

(a) Percambahan Idea


Percambahan idea ialah teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa
untuk menghasilkan idea. Semasa sesi percambahan idea, semua ahli
kumpulan mencadangkan idea yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan
ahli kumpulan yang paling sesuai adalah antara empat hingga tujuh orang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  207

(b) Peta Minda


Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar dan/atau
frasa perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam
bentuk bukan linear. Ia membolehkan seseorang itu „melihat‰ masalah
dan penyelesaiannya.

(c) Kumpulan Nominal


Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai
penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak
mengancam. Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara
senyap sebanyak mana idea yang boleh.

TOPIK 4: PENILAIAN PERSEKITARAN


PERNIAGAAN

Latihan 4.1
Persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang dikenal
sebagai:

(a) Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan

(b) Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman.

Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai.

Persekitaran makro terdiri daripada unsur berikut:

 politik dan undang-undang

 ekonomi

 sosiobudaya

 teknologi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  JAWAPAN

Persekitaran mikro terdiri daripada unsur berikut:

 pelanggan

 pesaing

 pembekal

 institusi kewangan

 organisasi bukan kerajaan

 agensi kerajaan

Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:

 struktur organisasi

 budaya

 sumber

Latihan 4.2
Usahawan perlu menganalisis setiap komponen persekitaran makro dan mikro
atas sebab berikut:

(a) Persekitaran makro yang juga dikenal sebagai persekitaran luaran, penting
bagi usahawan kerana mereka dapat mengenal pasti peluang dan ancaman
setelah mengimbas dan menilainya. Persekitaran ini boleh mempengaruhi
keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang
dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

(b) Persekitaran mikro perniagaan adalah sebahagian daripada persekitaran


luaran perniagaan tetapi boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti
usahawan secara langsung. Ia juga dikenal sebagai persekitaran industri.

(c) Persekitaran dalaman juga dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat


oleh usahawan secara langsung, namun mereka mengawal unsur ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  209

Latihan 4.3
Tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku adalah:

(a) Situasi yang Tidak Diduga


Peluang boleh diperoleh apabila situasi dan kejadian yang tidak dijangka
berlaku seperti berita kejayaan/baik ataupun berita kegagalan/buruk
yang boleh menjadi peluang untuk dikejar oleh usahawan.

(b) Situasi yang Janggal


Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila cara pemikiran
konvensional tidak lagi diguna pakai dalam sesuatu perkara, akan wujud
peluang untuk direbut. Dalam situasi begini, usahawan yang berupaya
berfikir di luar kotak mungkin memperoleh peluang tersebut.

(c) Keperluan Proses


Peluang keusahawanan boleh diperoleh daripada proses penemuan.
Contohnya, daripada proses kajian dan pembangunan yang dilakukan
oleh penyelidik dan pakar teknikal yang menghasilkan produk ataupun
perkhidmatan tertentu. Malah, sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan
wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan semasa proses
tersebut berlaku.

(d) Struktur Industri dan Pasaran


Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa pelanggan boleh
menukarkan struktur industri dan pasaran. Namun, situasi seperti ini
memberikan usahawan peluang untuk melakukan inovasi terhadap produk
ataupun perkhidmatan mereka.

(e) Demografi
Pertukaran demografi akan mempengaruhi industri dan pasaran kerana
pasaran sasaran dan segmen pasaran mereka. Hal ini boleh menjadi
peluang kepada usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak
penduduk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  JAWAPAN

(f) Perubahan dalam Persepsi


Persepsi ialah pandangan individu terhadap realiti. Perubahan dalam
persepsi menjadi inti pati daripada profil psikografi seseorang. Ia melibatkan
nilai dan kepercayaan mereka serta apa-apa yang dititikberatkan oleh
mereka. Hal ini termasuk dalam bidang psikografi. Apabila nilai dan
kepercayaan individu mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan
peluang pasaran untuk usahawan membuat persediaan.

(g) Pengetahuan Baharu


Pengetahuan baharu ialah sumber peluang untuk usahawan. Contoh
pengetahuan baharu ialah teknologi dan penemuan baharu yang boleh
menjadi sumber maklumat bagi inovasi keusahawanan. Usahawan boleh
menggunakan pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan
proses baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

TOPIK 5: PELAN PERNIAGAAN

Latihan 5.1
Pelan perniagaan adalah penting bagi usahawan atas sebab berikut:

 menambahkan peluang untuk berjaya;

 mengembangkan misi dan visi;

 mengenal pasti pesaing utama;

 menambahkan keyakinan pemegang taruh;

 mengenal pasti cara betul mengurus perniagaan;

 mengenal pasti penghalang perniagaan; dan

 sebagai alat pelaksanaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  211

Latihan 5.2
Unsur penting dalam pelan perniagaan yang baik adalah:

 ringkasan eksekutif

 analisis pasaran

 strategi pemasaran dan jualan

 perkhidmatan ataupun barisan produk

 organisasi dan pengurusan

 permohonan pembiayaan

 kewangan

 lampiran

Latihan 5.3
Faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelan perniagaan adalah:

 tiada matlamat realistik;

 gagal menjangka halangan;

 tiada komitmen ataupun dedikasi;

 kekurangan pengalaman perniagaan atau teknikal; dan

 tiada pasaran tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  JAWAPAN

TOPIK 6: MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

Latihan 6.1
1. Perniagaan baharu ialah syarikat yang baru ditubuhkan. Ia suatu proses
yang usahawan membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu
dari awal.

2. Tiga fasa dalam memulakan perniagaan baharu ialah:

 fasa prapermulaan

 fasa permulaan

 fasa pascapermulaan

3. Faktor kritikal yang penting untuk penilaian perniagaan baharu adalah


seperti yang berikut:

 keunikan perniagaan tersebut;

 saiz pelaburan semasa permulaan;

 jangkaan peningkatan penjualan dan keuntungan pada ketika


perniagaan melalui fasa permulaan;

 ketersediaan produk semasa dua fasa itu; dan

 ketersediaan pelanggan selama dua fasa itu.

Latihan 6.2
1. Lima kelebihan perniagaan baharu adalah seperti yang berikut:

 bebas membuat keputusan sendiri;

 berpeluang untuk menggunakan idea sendiri;

 bebas memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau perkhidmatan,


pekerja, pembekal dan bank;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  213

 boleh mengelak apa-apa duluan, polisi, tatacara dan komitmen


perundangan yang tidak diingini tetapi biasanya dihadapi perniagaan
sedia ada; dan

 tiada reputasi yang perlu dihadapi kerana ia perniagaan yang baharu.

Lima kelemahan perniagaan baharu adalah seperti yang berikut:

 memerlukan masa, wang dan usaha yang banyak;

 pada peringkat permulaan, usahawan akan meraih keuntungan yang


sedikit atau menghadapi kerugian;

 tiada rekod perniagaan yang boleh digunakan;

 tiada pelanggan sedia ada; dan

 susah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

2. Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli ataupun


memperoleh sama ada saham ataupun semua aset sebuah syarikat ataupun
perniagaan yang sudah wujud.

3. Kelebihan membeli perniagaan yang ada adalah seperti yang berikut:

 operasi segera

 pembiayaan lebih mudah

 aliran tunai yang cepat

 pasaran untuk produk ataupun perkhidmatan sudah dibuktikan.

 pelanggan sedia ada

 pelan perniagaan dan kaedah pemasaran sudah tersedia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  JAWAPAN

Kelemahan membeli perniagaan yang ada adalah seperti yang berikut:

 mahal

 perniagaan yang diabaikan memerlukan pelaburan yang besar

 kontrak tertunggak

 masalah yang tidak nampak

 konflik peribadi

 barangan ketinggalan zaman

Latihan 6.3
1. Tiga jenis perniagaan sah yang asas adalah seperti yang berikut:

 perniagaan tunggal

 perkongsian

 syarikat

2. Kelebihan perniagaan tunggal adalah seperti yang berikut:

 senang ditubuhkan

 keuntungan hak mutlak pemilik

 pembuatan keputusan dan kuasa di tangan pemilik

 kefleksibelan

 agak bebas daripada kawalan kerajaan

Kelemahan perniagaan tunggal adalah seperti yang berikut:

 tiada batasan liabiliti

 kurang kesinambungan

 kurang modal sedia ada

 agak susah mendapatkan pembiayaan jangka panjang

 pendapat dan pengalaman agak terbatas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  215

Latihan 6.4
Lima kelebihan perkongsian adalah seperti yang berikut:

 senang ditubuhkan

 ganjaran secara langsung

 membantu pertumbuhan dan prestasi

 kefleksibelan

 agak bebas daripada kawalan dan peraturan kerajaan

Lima kelemahan perkongsian adalah seperti yang berikut:

 liabiliti tanpa batasan

 kurang kesinambungan

 agak susah mendapatkan modal yang besar

 terikat dengan tindakan oleh seorang rakan kongsi

 susah menjual bahagian rakan kongsi

Latihan 6.5
Lima kelebihan syarikat adalah seperti yang berikut:

 liabiliti terbatas

 pemindahan pemilikan

 berterusan tanpa batasan

 agak senang mendapatkan modal besar

 lebih ramai pakar dan orang yang berkebolehan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  JAWAPAN

Lima kelemahan syarikat adalah seperti yang berikut:

 batasan aktiviti

 kurang perwakilan

 peraturan kerajaan dan laporan yang terperinci diperlukan

 mengelolakan perbelanjaan

 pencukaian berganda

Latihan 6.6
Lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan dalam memulakan
ataupun membeli perniagaan sedia ada adalah seperti yang berikut:

 kewangan peribadi

 keluarga dan sahabat

 akaun persaraan

 bank/institusi kewangan lain

 pinjaman kerajaan

 pasaran saham

(Mana-mana lima jawapan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  217

TOPIK 7: JARINGAN USAHAWAN

Latihan 7.1
Kelebihan yang akan diperoleh usahawan daripada jaringan yang baik adalah:

(a) Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara
atau tidak ketara sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Antara sumber ketara ialah sokongan kewangan, pemindahan teknologi
dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang
sesuai pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran.
Manakala sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan
dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan
dalam menjalankan operasi perniagaan.

(b) Reputasi
Reputasi merujuk kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk ataupun
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

(c) Harapan
Ia boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat.
Contohnya, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk
menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang berkesan.
Namun, syarikat juga diharapkan tidak mengambil kesempatan dengan
menaikkan harga sesebuah produk apabila ia berkurangan dalam pasaran,
untuk menurut cara persaingan yang konvensional atau beroperasi
dengan lebih beretika daripada syarikat lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  JAWAPAN

Latihan 7.2
Tiga cara untuk mewujudkan jaringan strategik untuk usahawan adalah:

(a) Perancangan yang Baik


Untuk berjaya dalam proses dan pengurusan keusahawanan, kita mesti
mempunyai perancangan yang baik. Setiap perancangan mesti dimulakan
dengan soalan:

 Apakah matlamat anda?

 Apakah kekuatan anda?

 Apakah kelemahan anda?

 Apakah yang ingin anda capai melalui rangkaian?

(b) Bertanyakan Diri Sendiri


Setiap usahawan perlu tahu apa-apa yang ingin dicapai melalui rangkaian.
Usahawan harus bertanya kepada diri sendiri mengenai apa-apa yang
dikehendaki dan berapa banyak hubungan jaringan yang diperlukan dalam
satu bulan. Kemudian usahawan harus mengenal pasti pelanggan, jenis
perniagaan yang akan membawa keuntungan dan apakah sumbangan
yang boleh usahawan itu berikan kepada orang lain.

(c) Mempelajari Teknik Jaringan


Sebagai usahawan, dia mesti menghadiri mesyuarat persatuan perniagaan
dan menyertai persatuan seperti persatuan perniagaan, sukan dan
komputer. Dengan berbuat demikian, pengusaha akan memperoleh
semangat untuk mencapai pelan perniagaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  219

TOPIK 8: PENILAIAN PELUANG


KEUSAHAWANAN

Latihan 8.1
Enam kesulitan dalam memilih perniagaan baharu:

 kurang penilaian objektif;

 tiada pengetahuan mendalam tentang pasaran;

 kurang kefahaman tentang keperluan teknikal;

 kurang kefahaman kewangan;

 perniagaan yang kurang unik; dan

 tidak mengetahui isu perundangan.

Latihan 8.2
Sebab utama perniagaan baharu gagal:

(a) Masalah Produk ataupun Pasaran

 pengaturan waktu yang kurang baik;

 masalah reka bentuk produk;

 strategi pengedaran tidak sesuai;

 definisi perniagaan tidak jelas; dan

 terlalu bergantung pada seorang pelanggan.

(b) Masalah Kewangan

 kekurangan modal pada waktu permulaan perniagaan;

 mula berhutang terlalu awal; dan

 masalah hubungan modal perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  JAWAPAN

(c) Masalah Pengurusan

 Konsep pendekatan pasukan (contohnya, pengambilan pekerja dan


penaikan pangkat berdasarkan nepotisme dan bukannya kelayakan;
hubungan kurang baik dengan syarikat induk dan pembiaya
perniagaan; pengasas yang menumpukan perhatian kepada
kekurangan dan bukannya kekuatan; pekerja sokongan yang tidak
cekap).

 Masalah sumber manusia (contohnya, sogokan dan selepasnya,


pemecatan yang berlaku; penipuan oleh pembiaya perniagaan;
perjanjian lisan tidak diikuti; dan kes mahkamah yang berlarutan).

TOPIK 9: PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI


DAN USAHAWAN

Latihan 9.1
Lima langkah untuk memperoleh nilai bersih anda:

(a) Langkah 1: Senaraikan semua benda bernilai yang anda miliki

(b) Langkah 2: Jumlahkan aset anda

(c) Langkah 3: Senaraikan hutang anda kepada orang lain

(d) Langkah 4: Jumlahkan liabiliti anda

(e) Langkah 5: Aset ă Liabiliti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  221

Latihan 9.2
Pertimbangan untuk menyediakan belanjawan yang berjaya:

(a) Bersabar dan Berdisiplin


Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha untuk disediakan.
Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak perkara yang
perlu dilakukan!

(b) Bersifat Realistik


Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk menyimpan
wang yang banyak dalam masa yang singkat.

(c) Bersifat Fleksibel


Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan perubahan dalam harga
barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda apabila perlu.

(d) Peruntukan Sejumlah Wang untuk Menghiburkan Diri


Anda masih muda dan mungkin ingin keluar dengan kawan ataupun
menonton wayang.

TOPIK 10: MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN


PERIBADI USAHAWAN

Latihan 10.1
Jenis pelaburan utama:

(a) Pelaburan Tunai dan Faedah Tetap


Pelaburan tunai ialah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia
yang meliputi produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap.
Produk ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda dengan mudah
bila perlu dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda. Jadi, pelaburan
jenis ini adalah sangat selamat.

(b) Saham
Saham (juga dikenal sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam
sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian
daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya
dan keuntungannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  JAWAPAN

(c) Dana Amanah Saham


Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan
disatukan untuk membeli banyak aset yang berlainan. Pengurus dana
profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan
dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan juga mengenal pasti negara, industri
dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik.

(d) Hartanah (Property)


Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan
hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:

 nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa
apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan

 pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan.

(e) Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda
„meminjamkan‰ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah
yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan
yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

(f) Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT ă Real Estate Investment Trust)
Ia sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah
bagi hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikian akan diagihkan
kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Latihan 10.2
Jenis asas takaful keluarga merangkumi:

(a) Takaful Keluarga Individu


Ia termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan. Anda ataupun waris
anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian
ataupun kehilangan upaya yang kekal. Terdapat juga simpanan jangka
panjang dan keuntungan pelaburan yang diagihkan sekiranya terdapat
tuntutan, tempoh matang ataupun serahan awal polisi insurans.

(b) Anuiti Persaraan


Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas anda bersara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  223

(c) Takaful Berkaitan dengan Pelaburan


Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat yang sebahagian daripada
caruman anda akan digunakan untuk membeli unit pelaburan dan
selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian ataupun
kehilangan upaya yang kekal.

(d) Takaful Perubatan dan Kesihatan


Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan di
hospital dan kos pembedahan.

Latihan 10.3
Jenis pinjaman utama:

(a) Pinjaman Peribadi


Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya pembelian
berjumlah besar seperti rumah ataupun kereta tetapi lebih kepada pembelian
komputer peribadi ataupun bagi perkahwinan anda.

(b) Pinjaman Kereta


Anda akan dikenal sebagai penyewa dan institusi kewangan pula sebagai
pemilik kenderaan itu. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran
ansuran berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui di bawah perjanjian
sewa beli. Anda menjadi pemilik kenderaan tersebut hanya setelah semua
bayaran ansuran dijelaskan.

(c) Pinjaman Perumahan


Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi
kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik
pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang
dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  RUJUKAN

Rujukan

Adams. (2001). Why plan your business? http://www.businesstown.com

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. (2008). Money sense: Getting smart
with your money. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Baron, R. A., & Shane, S. A. (2004). Entrepreneurship: A process perspective.


Thomson South Western.

Baron, R. O., Shane, S. A., Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004).


Entrepreneurship: A process perspective (Ed. ke-6). South Western.

Block, Z., & MacMillan, C. (1985). Milestones for successful venture planning.
Harvard Business Review, 184ă196.

Bridge, S., OÊNeill, K., & Cromie, S. (1998). Understanding enterprise,


entrepreneurship and small business. Macmillan.

Broocke, B. (2004). Buy ă DonÊt start ă Your own business.


http://www.entrepreneur.com.

Bruno, A. V., Leidecker, J. K., & Harder, J. W. (1987). Why firms fail. Business
Horizons, 50ă58.

Chaganti, R., Chaganti, R., & Mahajan, V. (1989). Profitable small business
strategies under different types of competition. Entrepreneurship theory
and practice.

Chell, E. (2001). Entrepreneurship: Globalisation, innovation and development.


Thomson-Learning.

Choi, T. Y., & Rungtusanatham, M. (1999). Comparison of quality management


practices: Across the supply chain and industries. Journal of Supply Chain
Management, 20ă27.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


RUJUKAN  225

Dollinger, M. J. (1995). Entrepreneurship: Strategies and resources. Irwin


Professional Publishing.

Droz, D. (2004). 10 tips to starting a new business. http://www.imakenews.com

Drucker, P. F. (1985). Innovation and entrepreneurship: Practice and principles.


Butterworth-Heinemann Ltd.

Griffin, R. W., & Ebert, R. J. (1996). Business (Ed. ke-4). Prentice Hall.

Histrich, R. D., & Peters, M. P. (2000). Entrepreneurship: International edition.


McGraw-Hill.

Histrich, R. D., & Peters, M. P. (1998). Entrepreneurship: Starting, developing


and managing a new enterprise (Ed. ke-4). Irwin Professional Publishing.

Hodgetts, R. M. (1994). Quality lessons from AmericaÊs Baldrige winners. Business


Horizons, 74ă79.

Karakaya, F., & Kobu, B. (1994). New product development process: An


investigation of success and failure in high technology and non-high
technology firms. Journal of Business Venturing, 49ă66.

Kinicki, A., & Williams, B. K. (2003). Management: A practical introduction.


McGraw-Hill.

Kirby, D. (2003). Entrepreneurship. McGraw-Hill.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary


approach (Ed. ke-5). Harcourt College Publishers.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship: A contemporary


approach (Ed. ke-6). Harcourt College Publishers.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship: Theory, process,


practice. Thomson-Learning.

Kuratko, D. F., Goodale, J. C., Hornsby, J. S. (2001). Quality practices for a


competitive advantage in smaller firms. Journal of Small Business
Management, 293ă311.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  RUJUKAN

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship: A contemporary


approach (Ed. ke-6). Harcourt College Publishers.

Levitt, T. (1960). Marketing myopia. Harvard Business Review, 45ă56.

Longenecker, J. G., Moore, C. W., & Petty, J. W. (2003). Small business


management: An entrepreneurial emphasis. Thomson/South Western.

Mahoney, T. A., & Deckop, J. R. (1993). ÂYÊ gotta believe: Lessons from American-
vs. Japanese-run U. S. factories. Organisational Dynamics, 27ă38.

Mohd Salleh Din, & Gibb, A. A. (1990). Universities, small business and
entrepreneurship education: Towards a holistic approach. Small Enterprise
Development, 1(4), 27ă36.

Myzuka, D. F. (2000). Evaluating the opportunity: Spotting the market


opportunity. Prentice Hall.

Naffziger, D. W., & Kuratko, D. F. (1991). An investigation into the prevalence


of planning in small business. Journal of Business and Entrepreneurship,
99ă110.

Nissenbaum, M., Raasch, B. J., & Ratner, C. L. (2004). Ernst & YoungÊs Personal
Financial Planning Guide. Ernst & Young LLP.

Olson, D. F., & Carey, O. L. (1985). Opportunity management: Strategic planning


for smaller businesses. Reston.

Orpen, C. (1985). The effects of long-range planning on small business


performance: A further examination. Journal of Small Business
Management, 16ă23.

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia. (2000). Asas keusahawanan. Pusat


Pembangunan Usahawan Malaysia.

Raising Money. (2004). http://www.ec.ms.ic. ac.uk

Robbins, S. P., & Decenzo, D. A. (2004). Fundamentals of management: Essential


concepts and applications (Ed. ke-4). Pearson Prentice Hall.

Robinson Jr., R. B., & Pearce II, J. A. (1984). Research thrusts in small firm strategic
planning. Academy of Management Review, 129.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


RUJUKAN  227

Robinson Jr., R. B., & Pearce II, J. A. (1986). Product life-cycle considerations
and the nature of strategic activities in entrepreneurial firms. Journal of
Business Venturing, 207ă224.

Robinson, P. B., Stimpson, D. V., Huefner, J. C., & Hunt, H. K. (1991). An attitude
approach to the prediction of entrepreneurship. Entrepreneurship: Theory
and Practice, 15(4), 13ă33.

Ronstadt, R. (1984). Entrepreneurship. Lord Publishing.

Scarborough, N. M., & Zimmerer, T. W. (1999). Effective small business


management: An entrepreneurial approach (Ed. ke-6). Prentice Hall.

Schermerhorn, J. R., Hunt, J. G., & Osborn, R. N. (2003). Organisational behaviour.


(Ed. ke-8). John Wiley & Sons, Inc.

Shrader, C. B., Mumford, C. L., & Blackburn, V. L. (1989). Strategies and


operational planning, uncertainty, and performance in small firms. Journal
of Small Business Management, 52.

Sonfield, M. C., & Lussier, R. N. (1997). The entrepreneurial strategy matrix:


A model for new and ongoing ventures. Business Horizons, 73ă77.

Sternberg, R. J., Kaufman, J. C., & Pretz, J. E. (2002). The creativity conundrum:
A propulsion model of kinds of creative contributions. Psychology Press.

Stoner, J. A., Freeman, R. E, Gilbert, Jr., & Daniel, R. (1995). Management


(Ed. ke-6). Prentice Hall.

Tarasewich, P., & Nair, S. K. (1999). Designing for quality. Industrial Management,
18ă21.

The small business knowledge base: The entrepreneur test. (2003).


http://www.bizmove.com.

Timmons, J. A. (1980). A business plan is more than a financing device. Harvard


Business Review, 14ă17.

Utton, P. (2001). The importance of the business plan. http:// www.ml.my.co.za

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  RUJUKAN

Vesper, K. H. (1990). New venture strategies. Prentice Hall.

Wheelen, T. L., & Hunger, J. D. (2000). Strategic management and business policy.
Prentice Hall.

Williams, C. (2000). Management. South-Western Co.

Wilson, D. (2004). The ABCs of buying a business. http://www.bplans.com

Zimmerer, T. W., & Scarborough, N. M. (1998). Essentials of entrepreneurship


and small business management (Ed. ke-2). Prentice Hall.

Ziotrick, M. (2004). WhatÊs that business worth? http://www.bplans.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like