You are on page 1of 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN PN HALIZA, PN AFIDAH DAN PN FADZILAH

PERKARA BUTIRAN CATATAN


Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu untuk mengambil tempat


kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Diminta semua hadirin hadirat untuk berdiri.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Nor Haliza


binti Harun dan Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad
Rafie dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. 

Sama-sama kita memberikan tepukun gemuruh sebagai


tanda meraikan kehadiran Yang Diraikan Puan Nor
Haliza binti Harun dan Puan Hajjah Nor Afidah bt
Ahmad Rafie ke Majlis “Sekalung Budi, Selautan
Bakti”.

Majlis mempersilakan Yang Diraikan untuk naik


bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sekalung Budi,
Selautan Bakti” sempena persaraan Yang Diraikan Puan
Nor Haliza binti Harun, Puan Hajjah Nor Afidah bt
Ahmad Rafie dan Puan Hajjah Fadzilah bt Abu Bakar.

Semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam Kasih Sayang

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
…………………………………………………………………………………….. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Ucapan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Alu-aluan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada :
…………………………………………………………………………………….. atas
bacaan doa itu tadi.

Yang Berbahagia Puan Hajah Siti Suaibah binti S.


Said
Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam

Yang Berbahagia Dato Haji Mohamad Isa bin Haji


Ishak
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SMK
Seksyen 7

Yang Diraikan
Puan Nor Haliza binti Harun dan
Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie

Yang Dihormati Puan Nor Asmah binti Omar


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati En Ismail bin Marni


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati Puan Norlin binti Abd Ghafar


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Mohd Khamidon bin Sadi


Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sekalung Budi, Selautan Bakti” sempena
persaraan tiga insan kesayangan iaitu Yang Diraikan
Puan Nor Haliza binti Harun, Puan Hajjah Nor Afidah
bt Ahmad Rafie dan Puan Hajjah Fadzilah bt Abu
Bakar.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan tiga insan kesayangan dalam Majlis
“Sekalung Budi, Selautan Bakti”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti,


jasa dan kepimpinan yang dilakukan oleh tiga insan Yang
Diraikan sepanjang perkhidmatan mereka dalam dunia
pendidikan.

Ucapan Pengerusi KSK Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Suraiya
bt Khadri, Pengerusi Kelab Semerbak Kasih SMK
Seksyen 7. Dipersilakan

Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Puan Suraiya bt Khadri


Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan  Yang


Berbahagia Puan Hajjah Siti Suaibah binti S. Said,
Pengetua SMK Seksyen 7 untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP PIBG Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan
Hajjah Siti Suaibah binti S. Said, Pengetua SMK
Seksyen 7 atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia , Dato Haji Isa bin Haji Ishak, YDP PIBG
SMK Seksyen 7 bagi menyampaikan ucapan, dengan
segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia , Dato


Haji Isa bin Haji Ishak, atas ucapan sebentar tadi.

Pembacaan Biodata Harum semerbak si bunga melur,


Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Majlis seterusnya  menjemput dan mempersilakan


………………………………………………………………………
Bagi membacakan biodata Puan Nor Haliza binti Harun.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan


kepada  ……………………………………………………………………… atas
pembacaan biodata sebentar tadi.
Majlis seterusnya  menjemput dan
mempersilakan  ………………………………………………………………………
Bagi membacakan biodata Puan Hajjah Nor Afidah bt
Ahmad Rafie. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan


kepada  ……………………………………………………………………… atas
pembacaan biodata sebentar tadi.

Persembahan Multimedia Para Hadirin yang kami muliakan,

Tayangan Video Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan 3 insan
istimewa Yang Diraikan.

*** Persembahan multimedia

Persembahan 1 Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan 3 Insan Berbudi Yang
Diraikan.

Kicak kicau mendayu-dayu,


Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
…………………………………………………………………………...
Dipersilakan.

**** persembahan

Terima kasih diucapkan


kepada……………………………………………………………………………….
atas persembahan yang cukup istimewa sebentar tadi.
Semoga kita terhibur.

Ucapan Yang Diraikan Hadirin yang dimuliakan,


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan


iaitu ucapan daripada insan Yang Diraikan iaitu Puan
Nor Haliza bt Harun. Majlis dengan segala
hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan Puan Haliza

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Nor Haliza bt
Harun atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, majlis menjemput Yang Diraikan Puan


Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie untuk memberikan
ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan Puan Afidah

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajjah Nor
Afidah bt Ahmad Rafie atas ucapan itu tadi.

Pemotongan Pulut Kuning Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya adalah upacara pemotongan Pulut
Kuning.

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan Puan Nor Haliza binti
Harun dan Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie
untuk ke tengah pentas bagi menyempurnakan upacara.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Sifat jelekit pada Pulut kuning merupakan simbolik bagi
kejelekitan, keakraban dan ukhuwah persahabatan
antara Insan yang diraikan dan warga SMK Seksyen 7.
Semoga ikatan ukhuwah persahabatan ini akan terus
kekal hingga ke Syurga yang Abadi.

Penyampaian Hadiah & Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


cenderamata Puan Nor Haliza dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Insan Yang Diraikan Puan Nor
Haliza bt Harun untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

Penyampaian Hadiah & Terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Nor Haliza bt
cenderamata Puan Nor Harun.
Afidah
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah
dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
Yang Diraikan Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad
Rafie.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Insan Yang Diraikan Puan Hajjah
Nor Afidah bt Ahmad Rafi untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Penutup Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Nor Haliza
bt Harun dan Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Kedua-


dua Insan Yang Diraikan atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Yang Diraikan Puan Nor Haliza binti Harun, Puan
Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie dan Puan Hajjah
Fadzilah bt Abu Bakar…

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Seterusnya, sebagai tanda kenang-kenangan, Majlis


Menjemput Yang Diraikan Puan Nor Haliza binti Harun
dan Puan Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie untuk ke
tengah pentas bagi menyempurnakan upacara sesi
bergambar. Dipersilakan.

Jamuan Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
kalian bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Sekalung Budi,
Selautan Bakti” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan


Yang Diraikan Puan Nor Haliza binti Harun dan Puan
Hajjah Nor Afidah bt Ahmad Rafie serta semua Dif-
dif tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

You might also like