You are on page 1of 6

TAJUK : MODEL PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN BAGI PERMAINAN KATEGORI

SERANGAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4

1. Isu atau permasalahan kajian

2. Metodologi kajian

Model Pentaksiran Pembelajaran digunakan oleh guru ketika melaksananakan


pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan model dilakukan sbayak lima siri pertemuan
yang mana pentaksiran juga dilakukan semasa kelas berlangsung. Sampel kajian melibatkan dua
orang guru Pendidikan Jasmani dan 30 orang pelajar sekolah rendah Tahun 4 dari sebuah sekolah
rendah dalam daerah Hulu Selangor,Selangor.
Sembilan orang panel pakar telah terlibat secara langsung dalam menentukan kesahan
kandungan instrumen kajian ini. Teknik persampelan bertujuan digunakan oleh penyelidik.
Seterusnya, kaedah pemilihan “Intact sampling” diaplikasikan dimana kesemua pelajar daripada
kelas yang diajar oleh sampel guru menjadi sampel kajian.
Instrumen kajian bagi Model Pentaksiran Pembelajaran mengandungi pentaksiran
bagi permainan kategori serangan yang dipecahkan kepada dua kaedah pentaksiran iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

3. Teori atau model kajian

Model Pentaksiran Pembelajaran ini dapat mengukur tahap pencapaian pelajar bagi
kesemua domain kognitif, psikomotor dan afektif. Sehubungan itu, Model Pentaksiran
Pembelajaran ini hanya menggunakan kaedah pentaksiran pemerhatian guru dalam mendapatkan
skor tahap penguasaan pelajar.

Model Pentaksiran Pembelajaran mengandungi pentaksiran bagi permainan kategori


serangan. DImana tiga kaedah pentaksiran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran
sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran yang telah dikenalpasti.

Model PentaksiranPembelajaran dapat mengukur tahap pencapaian pelajar bagi domain


kognitif, psikomotor dan afektif. Lanatran itu, Model Pentaksiran Pembelajaran menggunakan
kaedah pentaksiran rakan sebaya, pentaksiran kendiri dan pentaksiran guru sebagai kaedah dalam
mendapatkan skor tahap pencapaian pelajar.

Model reka bentuk ADDIE (Rossett, 1987) yang terdiri daripada fasa Analysis (Analisa),
Design (Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan), dan
Evaluation (Penilaian) dijadikan panduan dalam membina Model Pentaksiran Pembelajaran.
Model ADDIE (Rossett, 1987) dan model Morrow et al. (2005) digunakan dalam menghasilkan
Model Pentaksiran Pembelajaran pada langkah pembangunan . Gabungan kedua-dua model ini
diubahsuai dalam pembinaan Model Pentaksiran Pembelajaran adalah berpandukan kepada
kajian Mohd Izwan, Norkhalid, dan Gunathevan (2015). Pengkaji berpandukan pembinaan
instrumen oleh Morrow et al. (2005) dalam mereka bentuk dan proses pembinaan item-item
dalam Model Pentaksiran Pembelajaran pada langkah pembangunan (development).

4. Dapatan kajian

Sesuatu ujian dikatakan mempunyai objektiviti yang tinggi apabila terdapat persetujuan yang
rapat di antara dua atau lebih penguji. Kebolehpercayaan untuk instrumen pentaksiran domain
kognitif adalah r = 0.93, domain psikomotor r = 0.90 dan domain afektif r = 0.75. Ini
menunjukkan bahawa kedua-dua penguji mempunyai nilai objektiviti yang tinggi.

5. Perbincangan dan ulasan anda berkaitan dapatan kajian dengan amalan


pentaksiran dalam mata pelajaran Sukan Sukan, Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan atau dalam bidang pendidikan secara umum.

6. Rumusan
Tajuk : Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam
Mata Pelajaran Sains Sukan di Sekolah Menengah
1.0 Isu atau permasalahan kajian
masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pendekatan
pengajaran guru, gaya belajar pelajar dan penilaian mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sains Sukan di Tingkatan 4.
Metodologi kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk diskriptif korelasi (ex-post facto) untuk mengenal pasti pelaksanaan
pendekatan pengajaran guru dan menentukan prevalens penilaian terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah. Kaedah kajian tinjauan melalui penggunaan soal selidik bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan pengajaran telah digunakan, teknik pengajaran,
pengetahuan kandungan dan kaedah penilaian yang diamalkan guru dalam pengajaran Sains Sukan. Kaedah soal
selidik turut dilaksanakan terhadap pelajar Sains Sukan bagi mengenal pasti minat, gaya pembelajaran dan kaedah
penilaian yang telah dipelajari semasa mereka di Tingkatan 4. Soal selidik untuk guru dan pelajar telah dihantar
melalui pos kepada pentadbir sekolah yang terpilih secara rawak. Soal selidik untuk guru dijawab oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Sains Sukan, manakala soal selidik untuk pelajar, dikendalikan oleh guru yang mengajar
mata pelajaran Sains Sukan di sekolah yang terpilih dalam kajian ini untuk dijawab oleh pelajar yang juga dipilih
secara rawak. Kesemua soal selidik yang telah diisi dikembalikan secara pos (self-address and stamped) kepada
ketua penyelidik. Tempat kajian adalah di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia yang menawarkan mata
pelajaran Sains Sukan. Sebanyak 208 buah sekolah telah dipilih

Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian 85 secara rawak mudah namun hanya 142 (70%) telah
menghantar maklum balas dan pemilihan sekolah adalah mengikut kouta bagi setiap negeri. Sampel kajian terdiri
daripada 208 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Sukan di Tingkatan 4 dan 2729 orang pelajar yang
mengikuti mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen
kajian berupa soal selidik terhadap guru dengan nilai kebolehpercayaan = .962 dan soal selidik terhadap pelajar
dengan nilai kebolehpercayaan = .799. Soal selidik untuk guru mengandungi bahagian demografi, pendekatan
pengajaran dan perlaksanaan penilaian dalam Sains Sukan. Set soal selidik bagi pelajar terbahagi kepada demografi,
minat terhadap mata pelajaran Sains Sukan, gaya pembelajaran dan persepsi terhadap kaedah penilaian mata
pelajaran Sains Sukan. Data kajian bagi mengenal pasti pendekatan mengajar guru, gaya belajar pelajar, jenis
penilaian dan pencapaian pelajar dalam pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 telah dianalisis
menggunakan statistik deskriptif dengan melaporkan secara peratusan, min dan sisihan piawai. Skala bagi
menentukan tahap merujuk kepada nilai berikut: rendah (1 – 2.33), sederhana (2.34 – 3.66) dan tinggi (3.67 – 5.00).
Manakala data bagi melihat hubungan di antara gaya belajar
dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4dianalisis menggunakan statistik inferensi
menerusi pekali korelasi Pearson dengan penentuan aras signifikan pada p<0.05.
2.0 Teori atau model kajian
gaya pembelajaran yang berasaskan pemprosesan maklumat seperti model Kolb (Sadler-Smith 1997) yang
mencirikan pelajar sebagai konverger, diverger, akomodator dan asimilator. Terdapat juga gaya belajar yang
berasaskan perseptual (Ornstein 1977) dengan penggunaan persepsi deria visual, auditori, kinestetik dan taktil
dalam pembelajaran seseorang pelajar. Gaya pembelajaran berasaskan personality (Briggs-Myers & McCaulley
1992) pula mendedahkan ciri-ciri seseorang pelajar berdasarkan empat dimensi, iaitu (1) introvet atau ekstrovet
(2) pengesan atau intuitif (3) pemikir atau perasa dan (4) penilai atau penerima.

3.0 Dapatan
Strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana, teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan guru
dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah adalah pada tahap tinggi. guru yang dikaji telah
menguasai ilmu bidang yang baik, terutama dalam pengetahuan kandungan, tetapi dari segi strategi pengurusan
pengajaran adalah pada tahap sederhana.
Tingkatan 4 mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sains Sukan serta cenderung kepada
gaya belajar perseptual yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik tetapi pada tahap sederhana. min keseluruhan
markah pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 ialah 55.99, iaitu sekadar gred pencapaian
C. Kadar kekerapan tertinggi gred pencapaian pelajar juga menunjukkan bahawa 38.9 peratus pelajar mencapai gred
C dalam mata pelajaran Sains Sukan. gaya belajar mempunyai hubungan yang rendah tetapi signifikan dengan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah. seseorang pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza untuk memproses,mengorganisasi dan bertindak balas terhadap
rangsangan dari persekitarannyA dalam mencapai sesuatu pembelajaran.

4.0 Perbincangan dan ulasan anda berkaitan dapatan kajian dengan amalan
pentaksiran dalam mata pelajaran Sukan Sukan, Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan atau dalam bidang pendidikan secara umum.
5.0 Rumusan
TAJUK : Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.

1.0 Isu atau permasalahan kajian


Kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan
supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Guru Besar
sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep,
prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Guru Besar perlu menyokong dan membantu guru-
guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta menyelesaikan segala permasalahan yang
timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di Bandar atau luar bandar maupun faktor jantina
guru.

2.0 Metodologi kajian

Kajian yang dijalankan adalah kajian kes berbentuk deskriptif. Manakala kaedah kuantitatif
digunakan untuk mengumpul data dengan menggunakan instrument borang soal selidik. Reka
bentuk ini dipilih kerana amat sesuai untuk mengkaji kepemimpinan guru besar dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi,
Johor. Secara umum, kajian ini melihat secara mendalam tiga fokus utama iaitu tahap
pemahaman, tahap sokongan dan permasalahan yang dialami oleh guru besar dalam pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kajian ini akan menganalisis dapatan yang diperolehi daripada
responden dan membandingkan dengan dasar, ciri-ciri serta prinsip yang termaktub dalam Modul
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bilangan
responden hanya 30 orang sahaja. Responden dalam kajian ini mewakili semua populasi iaitu
semua guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Kota Tinggi, Johor. Maklumat asas
berkaitan responden dari segi bilangan guru besar, jantina dan lokasi sekolah tempat bertugas
diperolehi dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji akan
memastikan responden terdiri daripada Guru Besar yang menyandang jawatan secara hakiki
sahaja.
Soal selidik yang digunakan mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi 4 item yang merangkumi maklumat diri responden seperti jantina,
lokasi sekolah, perjawatan guru besar yang di sandang dan pengalaman bertugas (dalam tahun)
sebagai guru besar. Latar belakang responden ini amat penting bagi kegunaan pengkaji
mendapatkan tahap perbezaan berdasarkan jantina dan lokasi tempat bertugas responden dengan
persoalan yang hendak dikaji mengikut keperluan tertentu.
Skala Likert telah digunakan. Skala Likert adalah berbentuk soalan yang memerlukan
maklumbalas daripada responden terhadap kenyataan yang diberi melalui penilaian mereka sama
ada sangat setuju, setuju, berkecuali, tidak setuju atau sangat tidak setuju.Kajian Rintis telah
dilakukan, persampelan rawak mudah dilakukan ,15 orang peserta Program Khas Pensiswazahan
Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1 sesi 2006/2009 , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai bagi tujuan kajian rintis.
3.0 Teori atau model kajian
4.0 Dapatan
5.0 Perbincangan dan ulasan anda berkaitan dapatan kajian dengan amalan
pentaksiran dalam mata pelajaran Sukan Sukan, Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan atau dalam bidang pendidikan secara umum.
6.0 Rumusan
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

You might also like