You are on page 1of 5

MEMORANDUM PERSETUJUAN [1]

MEMORANDUMPERSETUJUAN
MEMORANDUM PERSETUJUAN

MEMORANDUM PERSETUJUAN INI DIPERBUAT PADA TARIKH 28 JANUARI 2021;

ANTARA

MUHAMMAD AFIF BIN MANSOR [NO. K/P: **********] adalah seorang Warganegara Malaysia yang
cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di ************ [selepas ini dirujuk sebagai “Pihak
Pertama”] di satu pihak;

DAN

ABDL RAHIM BIN ABDUL KADIR [NO. K/P: **********] adalah seorang Warganegara Malaysia yang
cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di ********** [dirujuk sebagai “Pihak Kedua”] di satu
pihak lagi.

BAHAWASANYA:-

1. Pihak Pertama bersetuju untuk melantik Pihak Kedua selaku Kontraktor Binaan bagi
menjalankan Pengubahsuaian ”Renovation” ke atas Rumah Kediaman yang diduduki oleh
Pihak Pertama yang mempunyai alamat penyampaian di *********** [dirujuk sebagai
”Kediaman Pihak Pertama”].

2. Pihak Kedua merupakan Kontraktor Binaan yang menjalankan perniagaan menerusi AR


BUILD SOLUTION [NO. SYARIKAT: **********] dan Pihak Kedua bersetuju untuk memberikan
perkhidmatan Pengubahsuaian ke atas Kediaman Pihak Pertama tertakluk kepada Sebut
Harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta selaras dengan terma dan syarat yang
dinyatakan dalam Memorandum Persetujuan ini.

3. Sebaik sahaja Memorandum Persetujuan ini ditandatangani, disempurnakan dan


dilaksanakan, maka pihak-pihak dalam Memorandum Persetujuan ini adalah terikat
……………………. …………………
Pihak Pertama Pihak Kedua
MEMORANDUM PERSETUJUAN [2]

sepenuhnya dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam Memorandum Persetujuan ini.
Sebarang pindaan ke atas terma dan syarat yang terkandung dalam Memorandum
Persetujuan ini hendaklah mendapat persetujuan bertulis pihak-pihak.

MAKA MEMORANDUM PERSETUJUAN INI MENYAKSIKAN PERSETUJUAN di antara pihak-


pihak di sini sepertimana berikut:-

4. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tempoh Memorandum Persetujuan ini adalah selama
TIGA [3] BULAN iaitu berkuatkuasa pada tarikh 28 JANUARI 2021 [KHAMIS] SEHINGGA 27
MAC 2021 [SABTU] [dirujuk sebagai ”Tempoh Memorandum Tersebut”] di mana Tempoh
Memorandum Tersebut adalah berkuatkuasa pada tarikh Memorandum Persetujuan ini
ditandatangani dan disempurnakan.

5. Sepanjang Tempoh Memorandum Tersebut berkuatkuasa, Pihak Kedua bertanggungan,


bertanggungjawab dan mempunyai liabiliti untuk menyiapkan segala Kerja-Kerja berkaitan
dengan Pengubahsuaian Kediaman Pihak Pertama termasuklah Kerja-Kerja Tambahan dan
Kemasan mengikut arahan yang diberikan oleh Pihak Pertama [dirujuk sebagai ”Kerja
Pengubahsuaian Tersebut”].

6. Sebagai balasan kepada Kerja Pengubahsuaian Tersebut, Pihak Pertama bersetuju untuk
membuat Bayaran Perkhidmatan kepada Pihak Kedua mengikut Pecahan Bayaran
sepertimana berikut:-

BIL TARIKH BAYARAN PERKHIDMATAN JUMLAH BAYARAN


1. BAYARAN PENDAHULUAN [28 JANUARI 2021] RM5, 000.00
2. BAYARAN PERTAMA [05 FEBRUARI 2021] RM5, 000.00
3. BAYARAN KEDUA [16 FEBRUARI 2021] RM7, 000.00
4. BAYARAN KETIGA [***********] RM2, 370.00
JUMLAH KESELURUHAN RM19, 370.00

7. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Bayaran Perkhidmatan tersebut dibayar oleh Pihak
Pertama kepada Pihak Kedua menerusi Bayaran Secara Tunai dan/atau Bayaran ke Akaun
Bank Pihak Kedua atas persetujuan pihak-pihak mengikut Butiran sepertimana berikut:-

……………………. …………………
Pihak Pertama Pihak Kedua
MEMORANDUM PERSETUJUAN [3]

[a] Akaun Maybank Berhad atas nama **********

8. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pihak Kedua hendaklah menyiapkan Kerja


Pengubahsuaian Tersebut secara keseluruhannya pada atau sebelum tarikh ******** MAC
2021 dan Pihak Pertama hendaklah dan/atau berhak untuk membuat semakan dan penelitian
ke atas Hasil Kerja Pihak Kedua tersebut.

9. SEKIRANYA Pihak Kedua gagal untuk menyiapkan Kerja Pengubahsuaian Tersebut dalam
tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan dalam Memorandum Persetujuan ini, maka Pihak
Pertama berhak untuk membuat Tuntutan termasuklah mengambil Tindakan Undang-Undang
terhadap Pihak Kedua sepertimana berikut:-

[a] Pihak Pertama berhak untuk membuat Tuntutan Ganti Rugi berjumlah [RM6, 000.00]
terhadap Pihak Kedua atas kerugian yang dialami oleh Pihak Pertama akibat kegagalan
Pihak Kedua memastikan Kerja Pengubahsuaian Tersebut siap sepenuhnya mengikut
tempoh masa yang dipersetujui dalam Memorandum Persetujuan ini;

[b] Pihak Pertama berhak untuk menuntut Bayaran Perkhidmatan yang telahpun dibayar
kepada Pihak Kedua mengikut Jumlah yang difikirkan sesuai oleh Pihak Pertama
berdasarkan kepada Baki Kerja-Kerja Semasa yang sepatutnya diselesaikan oleh Pihak
Kedua.

10. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pihak Pertama atas budi bicaranya BOLEHLAH
MELANJUTKAN Tempoh Memorandum Tersebut bagi tempoh EMPAT BELAS [14] HARI
lagi atas sebab-sebab sepertimana berikut DENGAN SYARAT, Memorandum Persetujuan
yang baru dan mengandungi terma dan syarat baru hendaklah ditandatangani oleh pihak-
pihak:-
[a] Pihak Kedua gagal untuk menyiapkan Kerja Pengubahsuaian Tersebut mengikut
tempoh masa yang telahpun dipersetujui oleh pihak-pihak; atau

……………………. …………………
Pihak Pertama Pihak Kedua
MEMORANDUM PERSETUJUAN [4]

[b] Pihak Pertama mendapati bahawa Hasil Kerja Pengubahsuaian Tersebut yang
dilakukan oleh Pihak Kedua ke atas Rumah Kediaman Pihak Pertama adalah tidak
memuaskan.

11. SEKIRANYA timbul pertikaian membabitkan Memorandum Persetujuan ini, maka pertikaian
tersebut hendaklah diselesaikan secara baik oleh pihak-pihak dan bolehlah dirujuk kepada
Panel Bebas yang dilantik oleh Pihak Pertama sahaja untuk penyelesaian.

12. Jika pertikaian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh TUJUH [7] HARI selepas dirujuk
kepada Panel Bebas tersebut, maka pihak-pihak boleh mengambil tindakan mengikut
peruntukan Undang-Undang termasuklah tuntutan sepertimana Para 9 di atas.

13. SEKIRANYA Pihak Kedua melakukan kemungkiran di bawah Memorandum Persetujuan ini, di
mana Pihak Pertama berhak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Pihak Kedua di
bawah Memorandum Persetujuan ini, akan tetapi tidak mengambilnya, maka ianya tidak boleh
dianggap sebagai suatu penepian ”waiver” hak dan ianya tidak menjejaskan hak Pihak
Pertama untuk mengambil tindakan tersebut kemudiannya terhadap Pihak Kedua.

14. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Kos penyediaan Memorandum Persetujuan, Fii Peguam
dan Kos Duti Setem ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Pertama.

15. Masa sekiranya dinyatakan dalam Memorandum Persetujuan ini adalah pati kepada
Memorandum Persetujuan ini.

********** BAKI MUKA SURAT INI SENGAJA DITINGGALKAN KOSONG **********

Memorandum Persetujuan ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang menurunkan tandatangan


sepertimana di bawah pada tarikh 28 JANUARI 2021.

……………………. …………………
Pihak Pertama Pihak Kedua
MEMORANDUM PERSETUJUAN [5]

DITANDATANGANI oleh }
untuk dan bagi Pihak Pertama }
}
} .........................................................
} MUHAMMAD AFIF BIN MANSOR
} [NO. K/P: **********]

Dan

DITANDATANGANI oleh }
untuk dan bagi Pihak Kedua }
}
} .............................................................
} ABDL RAHIM BIN ABDUL KADIR
} [NO. K/P: **********]

……………………. …………………
Pihak Pertama Pihak Kedua

You might also like